Nasi Lemak the best (Y)

21
7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y) http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 1/21  Nasi lemak  Nasi lemak merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang Malaysia, Indonesia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi Lemak lazim ditemukan di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.  Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir [2]   Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih. Pemakanan Asal  Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para  pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk memebekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.  

Transcript of Nasi Lemak the best (Y)

Page 1: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 1/21

 

Nasi lemak 

 Nasi lemak merupakan makanan Melayu kegemaran bagi orang Malaysia, Indonesia dan Singapura terutama

sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura.

Di Indonesia, nasi Lemak lazim ditemukan di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera

Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa

lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

 Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini

nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, 

limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir [2] 

 Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara

di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan

nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.

Pemakanan Asal Nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu pada umumnya.

Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para

 pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh

kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang

tinggi untuk memebekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu

di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk 

santapan mereka selepas membanting keringat. 

Page 2: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 2/21

Makanan popularPada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan

tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan

makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini

semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam

linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus. 

Cara memasak 

 Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik. Nasilemak menggunakan santan untuk melemakkan dan menyedapkan lagi serta menggunakan daun pandan untuk 

mewangikan lagi masakan.

Kontroversi Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar 

 pemakanan.

Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia

dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.[3]

 

Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Cadangan

 penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan

Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin

meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak.

Page 3: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 3/21

DAPUR TANPA SEMPADAN...  D U N I A M A S A K A N M E M A N G U N I K . D A R I B A H A N - B A H A N A S A S B O L E H

B E R T U K A R K E P A D A R I B U A N J E N I S M A S A K A N Y A N G B E R B E Z A R U P A ,

G A Y A D A N R A S A . . I T U L A H K E A J A I B A N N Y A . . . T I A D A S E M P A D A N U N T U K

B E R K O N G S I I L M U M E N G E N A I N Y A . . . . A M A R A N K E R A S ! ! ! ! D I L A R A N G

M E L A K U K A N P E N G A M B I L A N S E B A R A N G M A T E R I A L T E R U T A M A" G A M B A R " D A R I B L O G I N I T A N P A I Z I N D A R I P E M I L I K . . H A K C I P T A

T E R P E L I H A R A .

B E N A S H A A R I

S U N D A Y , F E B R U A R Y 2 4 , 2 0 1 3

NASI LEMAK ALA KAMPUNG...UNTUK HARI INI...

 Assalammualaikum, salam hujung minggu semua. Anda sehat?..Cm hari ni

cuma masak sekali saja, buat nasi lemak pagi tadi, sebab Bak tak sehat, dan dia

teringin nak makan nasi lemak. Memandangkan tak plan apa2, jadi cm cuma

buat benda2 yang asas, timun pun takde, cuma ada yang dah mula uzur, tu

 pasal anda nampak hirisan timun mula kekuningan sudahh. Seperti biasa, cm

akan guna beras Basmathi untuk masak nasi lemak, selain sedap, sukatan untuk 

cecairnya juga mudah. Guna beras biasa pun boleh, sukatan santan sama

dengan banyak mana air yang anda biasa masak. Tapi kan beras Basmathi

 jenis lain, cm rasa perlu sukatan berlainan sedikit. Kalau Basmathi Moghul,

nisbah dia 1 : 1.5 iaitu 1 beras : 1.5 cecair, kalau beras Basmathi King Jasmine sukatan dia kurang sikit, 1 :

1.3 iaitu 1 beras : 1.3 cecair. Yang jenis lain cm tak pasti, sebab tak pernah guna lagi. Ini sebagai panduan

untuk anda dan juga cm pada masa akan datang...  

Page 4: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 4/21

  Sebab cm macam rajin sikit, maka cm bungkus dengan daun pisang, konon2 macam yang jual di 

warung2 kat kampung (eh, bandar pun ada gak kan style macam ni). Tapi daun pisang tu macam

tak ngam dengan kandungan nasi, cm rasa sebab terlebih muatan, grrrr...gasak lah kan, janji 

nampak authentic Malaysian Nasi Lemak. Dan seperti biasa, bila dah tak cukup bahan2

sampingan, belasah guna apa yang ada saja. Sambal tumis ikan bilis, ikan tenggiri goreng kunyit,

telur rebus, hirisan timun dan ulam daun selom...rasa aneh tak?.. Ehemm cuba dulu baru tau sebab

keanehan itu mendatangkan rasa yang sungguh sensasi dan sedap. Satu lagi mungkin aroma dari 

daun pisang yang buat nasi lemak lagi sedap. Anda boleh saja nak makan dengan lauk2 lain, tapi 

nasi lemak sebenarnya wajib ada sambal tumis, ulam timun dan telur (samada rebus, telur dadar

atau telur mata lembu). Resipi macam yang cm pernah buat dulu, takde beza..Dan sebelum tu nak

share dengan anda yang ada anak2 kecil...petua yang bagus disini…. 

Page 5: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 5/21

BAHAN-BAHAN NASI LEMAK :-) 

4 cawan beras Basmathi (cm guna Basmathi Moghul), cuci dan rendam 30 minit

6 cawan santan

1 helai daun pandan, disimpul

1 biji bawang besar, belah 4

1 batang serai, dititik

1 inci halia, diketuk

4 ulas bawang putih, diketuk

1/2 camca teh halba

Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN SAMBAL TUMIS :-) 

2 genggam ikan bilis, bersihkan dan rendam

2 1/2 senduk nasi cili kisar 

1 camca teh pes asam jawa

1 biji bawang besar hiris

Garam dan gula secukup rasa

1 biji bawang besar * 

4 biji bawang merah* 

3 ulas bawang putih* 

3 biji buah keras, hiris* 

1 inci belacan*

(*dik isar halus )

Page 6: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 6/21

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-) 

Telur rebus secukupnya, dibelah 2

Hirisan timun secukupnya

Daun selom (optinal)

Ikan goreng @ ayam goreng

Sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-) 

 1. UNTUK NASI LEMAK :- Toskan beras Basmathi, masukkan ke dalam rice

cooker, masukkan santan, daun pandan, serai, bawang besar, bawang putih,halba, halia dan garam secukup rasa. Kacau rata dan masak seperti biasa

hingga nasi kering. Biar betul2 masak, kemudian gemburkan nasi guna

chopstick, off kan suis rice cooker, tujuan untuk mengelakkan nasi lemak

menjadi terlalu bergerak pada bahagian bawahnya. Sementara menanti nasi

masak anda boleh buat sambal tumis..

 2. UNTUK SAMBAL TUMIS :-  Panaskan minyak dalam kuali, tumis

bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan

masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau selalu.

 Masukkan pes asam jawa, kacau dan tambah ikan bilis(toskan).

Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

 Akhir sekali tambah hirisan bawang besar, kacau dan masak

hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

 3. UNTUK NASI LEMAK KAMPUNG :-  Ambil sehelai daun pisang, dan letak atas

sehelai kertas surat khabar (yang telah dipotong kecil sikit dari saiz daun

 pisang). ceduk nasi lemak secukupnya atas daun pisang. Letak hirisan timun,

telur rebos dan sambal tumis, kemudiam bungkus s

Page 7: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 7/21

 Saya : Selamat pagi , encik

Responden : Selamat pagi 

Saya : Apakah nama encik ?

Responden :  Nama saya Suhaimi bin Naim 

Saya : Apakah umur encik ?

Responden : Umur saya ialah 42 tahun 

Saya : Apakah alamat gerai encik ?

Responden :  No.1, Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras, 56000,Kuala Lumpur  

Saya : Bolehkah saya menemubual puan tentang kerja kursus sejarah saya ?

Responden : Boleh apa salahnya.

Saya : Apakah tujuan perniagaan ini dijalankan adalah sebagai sumber pendapatan

Responden : Tujuan saya menjalankan adalah sebagai pendapatan utama keluarga saya 

Saya : Berapakah kos pengendalian perniagaan anda untuk masa sebulan

Responden : Saya perlu membelanja RM 800 per cawangan termasuklah gaji dan kos untuk 

bahan mentah 

Saya : Pak Su adakah perniagaan ini sumber pendapatan utama keluarga anda ?

Responden : Ya , ini merupakan sumber pendapatan utama keluarga saya 

Saya : Adakah perniagaan ini sebuah penerusan tradisi keluarga anda ?

Responden : Tidak, saya yang memulakan perniagaan ini hasil sokongan keluarga saya 

Saya : Pada pendapat Pak Su, adakah perniagaan ini memenuhi permintaan penduduk ?

Responden : Ya, perniagaan ini dapat membantu ramai penduduk di sebelah pagi hari. 

Saya : Berapa rangkaian perniagaan Pak Su memiliki cawangan untuk perniagaan ini

Responden : kesemuanya ada dua cawangan 

Saya : Apakah cabaran yang dihadapi oleh Pak Su?

Responden : Saya menghadapi banyak pesaing dalam perniagaan ini seperti restoran BRJ  

Saya :Apakah saranan dan harapan ?

Page 8: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 8/21

Responden :Saya harap agar perniagaan ini akan berkembang dengan baik dan ramai orang akan

melibatkan diri dalam bidang ini 

Saya : Terima kasih

Responden : Sama- Sama 

ISI KANDUNGAN

Bil. Tajuk Muka surat

1 Tajuk kajian

2 Senarai Kandungan

3 Penghargaan

4 Objektif Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Hasil kajian

Maklumat asas

- Nama/jenis kegiatan ekonomi

-Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi

-Lokasi/ tempat kajian 

-Pihak yang mengusahakan/individu/kelompok masyarakat

yang mengusahakan 

Latar belakang

-Tujuan dijalankan

-Proses/cara pelaksanaan

-Produk yang dihasilkan

- Kos pengendalian

Sumbangan/ pengaruh kepada keluarga atau masyarakat

-Sumber pendapatan

-Penerusan tradisi keluarga

-Memenuhi permintaan

-Prasarana dan rangkaian 

Page 9: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 9/21

Prospek 

-Cabaran/kekangan yang dihadapi

-Penglibatan pihak luar/galakan kerajaan atau swasta

-Reaksi/penerimaan masyarakat

-Saranan dan harapan7 Rumusan

8 Lampiran

9 Rujukan

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menolong saya membuat folio

Sejarah saya ini. Terdapat 3 pihak yang telah menolong saya membuat folio ini. 

Antaranya ialah ibu bapa (Murali a/l Subramaniam dan Sundri a/l Vadivaloo) saya. Ini adalah

kerana mereka telah menolong saya mendapatkan maklumat untuk folio ini. Mereka juga sanggup berjaga dan

menemani saya pada waktu malam sementara saya menyiapkan folio ini.

Selain itu, ialah pengetua sekolah saya, Pn Hafsah binti Sharif .Beliau telah membimbing saya

sepenuhnya dalam folio ini. Saya amat berterima kasih kepada beliau.

Seterusnya, secara tidak langsung ramai juga yang telah membantu saya membuat folio ini.

Antaranya, ialah guru Sejarah saya , Pn.Hassimah . Beliau telah menerangkan kepada saya cara-cara untuk 

membuat folio ini. Beliau juga telah memberi beberapa maklumat kepada saya untuk membuat folio ini.

Pihak seterusnya ialah kawan saya Amir   dan Aliff    . Mereka telah banyak membantu saya membuat

 projek ini. Mereka berkongsi maklumat mereka dengan saya. Kami juga telah bersama-sama membuat kajian

untuk  menjayakan folio ini.

Page 10: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 10/21

 

KAJIAN INI DAPAT MEMBANTU SAYA SERBA SEDIKIT:

1)  Mengenali dan memahami kegiatan ekonomi tradisional negara

2)  Memupuk rasa bangga dan cinta terhadap negara

3)  Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama dalam masyarakat.

4)  Menguasai kemahiran mencari,mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang kegiatan ekonom

tradisional

Page 11: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 11/21

Guru menerangkan kaedah yang akan digunakan semasa mencari dan mengumpul maklumat seperti:

1)  Temubual

2)  Analisis dokumen

3)  I n t e r ne t

Contoh temuramah :

Menemuramah orang sumber 

Contoh analisis dokumen :

Memilih maklumat, dokumen yang berkaitanseperti fail kurikulum dankokurikulum dan menjadi

sekolah.

Contoh sumber internet:

Mengambil maklumat dari ‘google 

Page 12: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 12/21

Saya telah membuat kajian ke atas kegiatan ekonomi tradisional iaitu nasi lemak. Nasi lemak 

merupakan makanan yang popular di kalangan orang Melayu. Kegiatan ekonomi ini merupakan kegiatan yang

telah lama wujud dari zaman dulu lagi. Dulu, nasi lemak merupakan makanan kepada pesawah padi sebagai

 pembekal tenaga. Kawasan kegiatan ekonomi dijalankan adalah di Taman Alam Damai , Cheras.

Lokasi bagi kerja kursus yang sedang dikaji oleh saya adalah Taman Alam Damai, Cheras , Kuala

Lumpur. Nama pengusaha Nasi lemak ialah Pak Su beliau berumur 42 tahun. Alamat gerai beliau ialah No.1,

Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras, 56000,Kuala Lumpur 

Tujuan kegiatan ini dijalankan adalah sebagai sumber pendapatan kepada keluarga. Selain itu, kegiatan

ini dijalankan untuk melahirkan satu kesedaran kepada para penduduk tentang nasi lemak 

Page 13: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 13/21

 

Proses pelaksanaan ialah

Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang

 besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.

Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Tumis selama 5-10 minit.

Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga

 pekat (30-60 minit).

Masukkan garam dan gula secukup rasa

Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan santan, air, garam, halia

dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api

kecil sehingga masak.

Boleh dihidan kan den an telur rebus, ikan bilis oren dan timun toskan

Page 14: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 14/21

 

Produk yang dihasilkan

Kos pengendalian kegiatan ini adalah sebanyak 

Kos upah + Kos Bahan = Kos Pengeluaran

2( RM 250.00) + RM 300.00 = RM 800.00(per cawangan)

Page 15: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 15/21

 

SUMBANGAN DAN HARAPAN

Sumber pendapatan

Menurut Pak Su, perusahaan nasi lemak ini merupakan sumber pendapatan utama keluarganya. Pak Su juga

 berkata bahawa dia mampu menyara keluarganya hanya dengan perniagaan ini. Hal ini demikian kerana usaha

Pak Su yang bekerja tanpa kenal penat lelah dari awal pagi lagi.

Pak Su juga berkata bahawa perniagaan ini merupakan pewarisan tradisi keluarganya iaitu daripada

moyangnya, iaitu datuk ayahnya. Selain itu Pak Su berkata bahawa dia berbangga menjalankan perniagaan ini

yang diwarisi oleh keluarganya secara turun temurun.

Kegiatan ekonomi telah memenuhi permintaan penduduk tempatan dan juga penduduk dari taman

 berdekatan. Hal ini demikian, kegiatan ekonomi ini telah memenuhi permintaan orang ramai untuk makanan

tradisional yang sedap.Pak Su juga berkata bahawa dia mempunyai beberapa cawangan gerai nasi lemak ini.

Antaranya adalah di Taman Connaught, Cheras

Page 16: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 16/21

 

Prospek 

Antara cabaran yang dihadapi oleh Pak Su ialah persaingan dengan pihak lain. Sebagai contohnya ialah

Restoran BRJ yang terletak berdekatan gerai Pak Su. Hal ini demikian kerana ramai penduduk memilih restoran

yang popular daripada gerai – gerai kecil.

Selain itu, Pak Su juga mengatakan bahawa beliau telah mendapatkan bantuan kewangan daripada bank 

swasta iaitu Maybank. Beliau amat berterima kasih dengan bank tersebut atas bantuan yang diberi oleh

Reaksi penduduk terhadap perniagaan ini ialah amat menggalakan. Mereka member banyak sokongan

kepada Pak Su untuk menjalankan perniagaanya. Di Samping itu, Pak Su berharap agar perniagaannya dapat

memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kegiatan ekonomi tradisional ini

Sebagai rumusan, dari segi tajuk kajian yang dipilih dapat membantu saya sebagai pelajar untuk mengetahui

dengan lebih mendalam tentang produk tempatan khususnya Nasi lemak . Melalui tugasan ini saya memahami

 perlunya kerjasama dan kerja berpasukan untuk mengumpul maklumat demi menyiapkan tugasan ini.

Selain itu kegigihan pengusaha kilang ini amat-amat saya kagumi dan patut dicontohi oleh semua pihak. Kita

 perlu berbangga dengan usaha-usaha penduduk tempatan khususnya En.Mat Ismail bin Jusuh yang berusaha

mempertahankan makanan warisan ini.

Akhir sekali mengeluarkan sesuatu produk yang mampu menjana ekonomi setempat serta menyediakan peluang

 pekerjaan kepada orang tempatan. Di Samping itu, kegiatan mampu menambahkan pendapatan negara

Page 17: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 17/21

Page 18: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 18/21

Page 19: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 19/21

BUKU

Masariah Mispari,1996, Resepi Sihat, Pilihan Bijak, Petaling Jaya, V RSACOMM

MAJALAH

Mingguan Wanita, 28 Januari – 3 Februari ,2011

INTERNET

ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu

www.tiffinbiru.com/.../nasi-lemak-ala-kampunguntuk-... hari ini 

ORANG SUMBER 

Pak Suhaimi bin Naim, 42 tahun,  No.1, Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras, 56000,Kuala Lumpur 

MELAWAT TEMPAT KAJIAN

 No.1, Jalan 8/154D, Taman Desa Cheras, 56000,Kuala Lumpur 

Page 20: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 20/21

 

Page 21: Nasi Lemak the best (Y)

7/30/2019 Nasi Lemak the best (Y)

http://slidepdf.com/reader/full/nasi-lemak-the-best-y 21/21