Negara Bangsa

download Negara Bangsa

of 2

description

Kenegaraan

Transcript of Negara Bangsa

PendahuluanNegara bangsa terdiri daripada negara, kerajaan, bangsa dan perlembagaan. Negara adalah sebuah wilayah yang mempunyai penduduk, sempadan kawasan yang jelas dan pemerintahan berwibawa. Kerajaan adalah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara. Bangsa pula adalah sekumpulan manusia yang mendiami sebuah wilayah dan mempunyai persamaan bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman sejarah. Manakala perlembagaan adalah peraturan tertinggi bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir atau memerintah sesebuah negara. bangsa iaitu warga sebuah negara yang merdeka dan berdaulat yang jelas mempunyai identiti serta hasrat kolektifnya untuk terus hidup sebagai suatu kesatuan yang diikat oleh satu budaya serta kesedaran kebangsaannya yang tunggal dan menerusi tanggapan sejarahnya yang seragam. Oleh itu, selain daripada perlunya berusaha melahir dan memupuk identiti, hasrat, kesedaran sejarah dan semangat kebangsaan kolektif dan tunggal melalui perlembagaan yang boleh memberi satu naungan kepada kehidupan demokrasi, tulus dan mulia kepada warganegaranya Bangsa merujuk kepada kepelbagaian penduduk yang menetap di sesebuah negara. Mereka boleh dikenali secara rawak melalui bahasa pertuturan, rupa paras dan fizikal, keturunan, budaya dan lain-lain. Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al Quran yang bermaksud:- 'Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal' Surah Al Hujurat: Ayat 13 Dalam ayat ini menekankan 'saling kenal-mengenal' bermaksud tanpa adanya bangsa agak sukar untuk membentuk sesebuah negara kerana tidak terdapat perkembangan dan perkongsian idea dalam mentadbir dan memakmurkan negara tersebut.