Negara bangsa dari sudut sejarah

11

Click here to load reader

Transcript of Negara bangsa dari sudut sejarah

Page 1: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

1

Negara Bangsa Malaysia Dari Sudut Sejarah * Oleh : Ahmad Fauzi Mohamed

Pendahuluan

Kebanyakan negara yang pernah dijajah biasanya akan menghadapi masalah pembinaan sebuah

bangsa apabila negara itu mencapai kemerdekaan. Malah ada negara-negara di Asia dan Afrika

yang berpecah belah sebaik sahaja ia dibebaskan dari belenggu penjajahan. Perpecahan ini adalah

berpunca dari kegagalan rakyat negara-negara tersebut mencari asas-asas perpaduan dan

persefahaman di kalangan mereka.

Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini. Walaupun negara telah hampir 40 tahun

mencapai kemerdekaan daripada pihak British, sebuah negara bangsa Malaysia masih belum

dapat dibentuk dalam erti kata sebenarnya. Mengikut Rajini Ramlan (1986)1 pembinaan bangsa

Malaysia masih di tahap impian kerana sehingga kini masih tiada ada satu identiti sepunya bagi

seluruh rakyat di negara ini. Buktinya kita masih terpingga-pingga hendak menunjukkan ciri-ciri

dan rupa bangsa Malaysia secara pasti dan yakin apabila ada orang bertanya mengenainya.

Dalam konteks negara kita Malaysia, banyak pihak yang menyalahkan dasar penjajahan British

yang diwarisi sebagai punca kegagalan penyatuan semua kaum. Walaupun terdapat fakta-fakta

yang menyokong tentang kebenaran dakwaan tersebut, namun yang pasti apakah kita harus terus

menerus menyalahkan penjajahan. Kegagalan kita membentuk sebuah negara bangsa Malaysia

setelah hampir 40 tahun kita mencapai kemerdekaan harus diterima sebagai kesilapan kita

sendiri.

Pembentukan Sebuah Negara Bangsa Malaysia

Ungkapan istilah bangsa negara Malaysia bukanlah sesuatu yang baru tetapi telahpun

diperkatakan dan diperbincangkan oleh berbagai-bagai pihak. Namun begitu, penghuraiannya

tidaklah begitu jelas. Walaupun banyak orang bercakap tentang bangsa Malaysia tetapi hanya

dalam tahun 1988, dalam satu majlis Pelancaran Perancangan Pemasyarakatan Perpaduan yang

dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir

Mohamad dalam ucapannya yang bertajuk “Pembentukan Bangsa Malaysia” telah bercakap dan

menghuraikan tentang bangsa Malaysia dan pembentukannya serta matlamat dan bilakah

tercapainya cita-cita tersebut.2

1 Lihat Dewan Masyarakat, Ogos 1986 hlm. 6. 2 Lihat Majalah Dewan Budaya, Februari 1990 hlm. 23.

Page 2: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

2

Mengikut YB. Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman3, di majlis tersebut YAB Perdana Menteri telah

menjelaskan bahawa tercapainya bangsa negara Malaysia ialah apabila kita ke luar negara, orang

kenal kita ini bangsa Malaysia. YAB Perdana Menteri juga menyebut tentang hubungan ekonomi

dengan pembentukan bangsa serta kebimbangan setengah-setengah pihak yang takut bahasa dan

kebudayaan suku kaum mereka akan hilang kerana menerima konsep negara bangsa Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, Abdul Rahman Haji Embong (1995)4 menegaskan bahawa

gagasan bangsa Malaysia adalah situasi di mana anggota semua kaum harus mempunyai perasaan

sebangsa dengan nama kolektif (Bangsa Malaysia) yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi,

budaya dan nasib masa depan dengan rupa bangsa yang sepunya. Justeru itu, dapatlah

dirumuskan bahawa sebuah negara bangsa akan hanya wujud apabila terdapat satu bentuk identiti

sepunya bagi seluruh kumpulan-kumpulan etnik di sesebuah negara.

Kesungguhan ke arah pembentukan bangsa Malaysia semakin ketara, menyerlah dan

menampakkan komitmen para pemimpin negara dan secara tidak langsung menjadi hasrat

kerajaan. Peri mustahaknya ke arah pembentukan satu negara bangsa Malaysia telah dinyatakan

secara jelas oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 28 Februari 1991

melalui apa yang kemudiannya dikenali sebagai Wawasan 2020. Beliau menegaskan bahawa:

“Cabaran pertama, paling pokok dan paling asas ke arah mencapai

matlamat Wawasan 2020 ialah membentuk sebuah negara-bangsa (Bangsa

Malaysia) yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang

diperkongsi bersama … (dan menumpukan) taat setia yang tidak berbelah

bagi terhadap bangsa tersebut.”

(Mahathir Mohamad: 1991)

Ciri utama dalam pembentukan negara bangsa Malaysia ialah integrasi nasional, di mana semua

kumpulan, golongan, agensi, institusi dan individu serta ahli masyarakat dari semua peringkat

mempunyai kesediaan untuk hidup secara harmoni dan bersatu-padu serta berbaik-baik sangka

demi mencapai matlamat. Mengikut Anwar Ibrahim (1995)5 perpaduan dan identiti bangsa

semestinya menjadi agenda utama dalam pembentukan bangsa.

Sejarah : Teori, Pengertian & Kepentingannya

Tidaklah dapat dinafikan bahawa pengetahuan dan pemahaman yang mendalam mengenai sejarah

negara sendiri secara amnya adalah penting dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein, Perdana

3 Pandangan Dato’ Raja Ariffin Raja Sulaiman semasa ditemuramah oleh Editor Bersekutu

Dewan Budaya, Wan Omar Wan Ahamed dalam Dewan Budaya, Februari 1990, hlm. 22 – 24. 4 Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 55

5 Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 6

Page 3: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

3

Menteri Malaysia Kedua ketika membentangkan Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan

di Dewan Rakyat, pada 23 Februari, 1971 telah menegaskan bahawa:

“Kita juga mesti sedar bahawa di tengah-tengah masyarakat kita pada

hari ini terdapat satu generasi baru, terdiri daripada mereka yang telah

menjadi dewasa selepas kita mencapai kemerdekaan. Mereka tidak tahu

latar belakang sejarah dan politik yang terdapat ketika kita

memperjuangkan kemerdekaan negara dan dengan sebab itu tidak

faham kompromi-kompromi yang telah dipersetujui pada masa itu di

antara kaum-kaum bagi menjayakan perjuangan kita.”

(Dewan Masyarakat, 15 Ogos, 1983 hlm. 9)

Sesungguhnya pengetahuan mengenai sejarah tidak boleh diketepikan demi pergerakan sejarah

selanjutnya. Peristiwa-peristiwa sejarah dapat dijadikan input berbentuk pengajaran dan pedoman

untuk mengenal, mengetahui, memahami dan menghargai sesuatu peristiwa itu. Melalui sejarah

negara, kita boleh menimba pengalaman ke arah membina rancangan pembangunan yang

meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik untuk bergerak menghadapi zaman akan datang

dengan penuh keyakinan.

Teori sejarah mengikut Raja Mohd. Affandi (1976)6 dapat dimaknakan sebagai penerangan

tentang perjalanan sejarah masyarakat manusia. Beliau menegaskan bahawa fakta sejarah cuba

memberikan jawaban yang memuaskan tentang dua persoalan iaitu: (1) mengapa peristiwa itu

terjadi, dan (2) bagaimana peristiwa itu terjadi dalam kehidupan masyarakat manusia. Dalam

memberikan jawapan kepada persoalan tersebut, tentulah ada tujuan-tujuan tertentu dari

perjalanan sejarah dan tentulah ada corak-corak tertentu dalam kegiatan manusia. Sekiranya tidak

ada corak tertentu, ini bermakna perjalanan sejarah terdiri dari peristiwa-peristiwa mendadak,

tidak berkaitan dan tidak ada hubungan dari masa ke semasa.

Menurut Wan Mohd Mahyiddin (1983)7 sejarah bangsa adalah penting sebagai catatan

pengalaman dan perjuangannya yang melalui berbagai masalah untuk dijadikan contoh teladan

oleh generasi yang kemudian. Manakala Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah

Shaffie (1994)8 menegaskan bahawa peranan sejarah Malaysia dalam membentuk keperibadian

kebangsaan adalah penting. Keperibadian kebangsaan adalah adalah asas kepada

kewarganegaraan yang sihat.

Ringkasnya, penyerapan pengetahuan, kefahaman, pengalaman, iktibar dan pedoman dari sejarah

dapat dijadikan panduan membantu kita memahami permasalahan masa kini untuk kehidupan

pada masa akan datang. Justeru itu, pengetahuan tentang sejarah negara merupakan antara wadah

6 Lihat Majalah Dewan Masyarakat, 15 September 1976 hlm. 47

7 Lihat Majalah Dewan Budaya, 1 Januari, 1983 hlm. 38

8 Lihat Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, 1994 hlm. 5

Page 4: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

4

yang paling baik dan berkesan bagi mempercepatkan pembentukan sebuah negara bangsa

Malaysia. Untuk tujuan tersebut, pengetahuan tentang sejarah seharusnya bukanlah sekadar

mengetahui tarikh-tarikh dan fakta-faktanya semata-mata tetapi haruslah setiap peristiwa yang

berlaku dibuat penganalisaan dan pencerakinan yang tajam ke atas corak, bentuk dan polanya.

Sejarah : Peristiwa & Kesannya

Sejarah negara menunjukkan kegagalan kita untuk mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia

seiring dengan kemerdekaan yang kita capai. Kegagalan ini mudah diperjelaskan berdasarkan

peristiwa-peristiwa sejarah menuntut kemerdekaan itu sendiri. Semasa menuntut kemerdekaan

penekanan hanya diberi tentang pembentukan sebuah negara dan antara isu utama yang

dibangkitkan ialah soal kerakyatan dan bukannya sebuah negara bangsa. Begitu juga halnya

dengan pembentukan Malaysia pada 1963, yang dilahirkan ialah hanyalah negara Malaysia dan

bukannya bangsa Malaysia. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1995)9 pembentukan negara

Malaysia adalah hasil “pembinaan” yang juga memperuntukkan “warga” Malaysia dengan hak

dan tanggungjawab yang ditentukan dalam perlembagaan. Peruntukan tentang “bangsa” tidak ada

padanya.

Mengikut Dr. Hussein bin Haji Ahmad (1987)10 pengetahuan sejarah sebagai sesuatu

kesinambungan akan memberikan satu tanggapan dan sudut pandangan yang mendalam terhadap

akar umbi dan proses perkembangan bangsa dan negara yang melalui berbagai zaman dan

peristiwa. Kesedaran mendalam terhadap hakikat bahawa satu bangsa Malaysia moden adalah

kesinambungan sejarah yang lama akan melahirkan kebanggaan dan identiti diri yang kuat.

Ditambah dengan pengertian terhadap berbagai peristiwa perjuangan bangsa akan menanam

kekuatan semangat untuk menghadapi segala jenis cabaran yang mungkin mengancam kewujudan

negara sebagai tempat lahir, hidup dan mati.

Dalam konteks negara kita di mana penghuninya terdiri daripada berbagai kaum serta mempunyai

dan mengamalkan budaya dan bahasa yang berbeza, ciri-ciri persamaan identiti haruslah

dijadikan kayu ukur dalam pembinaan sebuah negara bangsa Malaysia. Selain komitmen,

perpaduan dan sikap bertolak ansur antara kaum adalah menjadi perkara paling pokok dan

penyumbang ke arah pembentukan sebuah negara bangsa. Dalam perkembangan berkaitan,

peristiwa-peristiwa sejarah seharusnya telah dapat memperkukuhkan semangat semua bangsa

yang dipanggil warganegara Malaysia untuk patuh serta taat setia yang tidak berbelah-bahagi

ketaatannya kepada negara.

9 Lihat Jurnal Pemikir Oktober-Disember 1995 hlm. 113 10

Lihat Majalah Balai Muhibbah, Julai-September, 1987 hlm. 42

Page 5: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

5

Namun begitu, sejarah negara menunjukkan hal-hal remeh yang bersifat perkauman masih lagi

diperkatakan. Mengikut Dr. Sanusi Osman (1985)11 walaupun kita inginkan rakyat yang bersatu

padu dan memberi taat setianya yang paling tinggi kepada negara, tetapi kebanyakan pemimpin

lebih mengutamakan perpaduan kaum masing-masing daripada perpaduan nasional. Kepada

mereka, perpaduan kaum sendiri itu adalah lebih penting begitu juga dengan taat setia kepada

negara ini. Tindakan sedemikian bukankah bertentangan dengan rancangan dan matlamat asal

pembinaan bangsa kita?

Kenyataan di atas ada kebenarannya. Hal-hal serta tuntutan-tuntutan yang berbau perkauman

yang ditimbulkan satu ketika dahulu seperti isu Universiti Merdeka, isu Kebudayaan Nasional

dan isu Bukit Cina menyebabkan setengah-setengah golongan merasa kurang senang, tidak puas

hati, marah, benci, takut dan sebagainya. Isu-isu perkauman boleh menjejaskan dan menghalang

usaha-usaha mencapai perpaduan dan seterusnya menghalang usaha-usaha pembinaan sebuah

negara bangsa.

Sekiranya kita memahami dan mahu mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah lalu, isu-isu

yang berbentuk perkauman sedemikian tidak perlu lagi dibangkitkan. Andainya masih juga perlu

dan terpaksa dijadikan isu, maka sewajarnyalah ia ditangani sebaik mungkin agar tidak timbul

rasa tidak senang hati kaum-kaum yang lain. Mungkin kerana tidak memahami (atau sengaja

tidak mahu memahami) sejarah maka irama lama isu-isu yang berbau perkauman terus menerus

dibangkitkan dari masa ke semasa. Telahpun terbukti bahawa pergaduhan-pergaduhan antara

kaum yang pernah berlaku dalam lipatan sejarah negara telah mendatangkan kesan yang amat

besar kepada penduduk negara ini. Peristiwa hitam 13 Mei, 1969 yang merupakan kemuncak

pergaduhan kaum yang terbesar seharusnya menyedarkan seluruh rakyat agar tidak bermain

dengan api perkauman kerana kesannya amat buruk sekali.

Peristiwa berdarah tersebut telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda

yang bukan sedikit jumlahnya, telah mengejutkan ramai pemimpin dan rakyat negara ini. Sejak

peristiwa tersebut, lebih banyak pemikiran dan usaha telah ditumpukan ke arah merapatkan

perhubungan dan mempertingkatkan kerjasama di antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

Seharusnya peristiwa sejarah ini difahami dan dijadikan pedoman bersama agar isu-isu yang

bercorak perkauman tidak dipermudahkan. Peristiwa tersebut mengikut Dr. Sanusi Osman

(1985)12 membuktikan bahawa anggapan umum pada satu ketika dahulu tentang keharmonian

hidup dan persefahaman yang tinggi di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang etnik itu

sebenarnya salah.

11

Lihat Majalah Dewan Budaya, 1 Mac 1985 hlm. 43 12 Lihat Majalah Dewan Budaya, Mac 1985 hlm. 42

Page 6: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

6

Pada zaman kesultanan Melayu Melaka lagi telah wujud perkampungan orang-orang Melayu atau

Jawa, Cina dan India bagi memudahkan pentadbiran. Walau bagaimanapun, bilangan orang Cina

dan India yang datang dan tinggal di Melaka pada masa itu tidaklah ramai. Mereka menganggap

kehadiran mereka hanyalah untuk mencari nafkah hidup dan akan kembali ke negara asalanya.

Oleh itu tidak timbul masalah perpaduan kaum antara mereka. Setiap kaum memahami

kedudukan dan peranan mereka. Hubungan baik ini berubah semasa penjajahan British pada abad

ke-19 di mana kaum Cina dan India telah di bawa secara beramai-ramai masuk demi kepentingan

ekonomi. Maka wujudlah beberapa kelompok perkampungan Cina dan India yang hidup terasing

(pengasingan antara kaum) diantara satu dengan yang lain. Corak pemisahan ini menyumbang

kepada masalah perpaduan dan integrasi kaum di mana setiap kaum tidak boleh bercampur gaul,

bermesra atau memahami budaya dan adat resam kaum yang lain mengakibatkan ikatan antara

kaum bertambah jauh. Ditambah pula oleh perbezaan bahasa, agama, pendidikan serta pengaruh

politik dari negara asal mereka dan tidak wujudnya interaksi formal dan informal secara

berkesanan dengan masyarakat tempatan.

Selain daripada perkauman, banyak dasar-dasar kerajaan seperti sering dilihat oleh mereka yang

tidak mahu mengenali sejarah sebagai sesuatu yang tidak adil serta lebih menguntungkan dan

mementingkan orang-orang Melayu. Sebagai contoh, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilihat oleh

segelintir individu yang tidak memahami sejarah negara, sebagai lebih memihak kepada orang-

orang Melayu. Sebenarnya tujuan DEB adalah bertujuan membetulkan ketidakseimbangan sosio-

ekonomi yang wujud di antara kaum-kaum, di antara wilayah-wilayah dan di antara kawasan

dalam wilayah yang sama di Malaysia.13 DEB yang diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia

Kedua (1971-1975) bukan sahaja mengutungkan orang-orang Melayu, tetapi nikmatnya turut

dirasai oleh semua kaum di Malaysia baik secara langsung mahupun tidak langsung seperti apa

yang kita nikmati hari.

Kalaupun DEB lebih memberi manfaat kepada orang Melayu, perkara ini seharusnya tidak

menimbulkan sebarang kegelisahan dan rasa tidak puas hati kaum-kaum yang lain. Memangpun

terbukti sebelum peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 orang-orang Melayu jauh ketinggalan

berbanding kaum-kaum yang lain di Malaysia. Hasil Bacian Penduduk pada tahun 1971 oleh

Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar kemiskinan mengikut kaum pada tahun 1970 adalah

seperti berikut:

13

Lihat Malaysia Kita, 1991 hlm. 737.

Page 7: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

7

KADAR KEMISKINAN DAN PURATA PENDAPATAN, 1970

(SEMENANJUNG MALAYSIA)

________________________________________________________________________

Kaum Kadar Kemiskinan Pendapatan Purata (%) Keluarga Sebulan ________________________________________________________________________ Melayu 64.8 $ 172.00 Cina 26.0 $ 394.00 India 39.2 $ 304.00 Lain-Lain 44.8 $ 813.00 ________________________________________________________________________

Sumber : Malaysia Kita, INTAN, 1991 hlm. 735

Kita akan lebih mudah memahami kewujudan situasi sedemikian jika kita melihatnya dari

perspektif sejarah. Sebenarnya perkembangan ekonomi orang Melayu telah bermula sejak zaman

kegemilangan Kesultanan Melayu sehinggalah kedatangan penjajah British. Perkembangan

ekonomi sewaktu penjajahan British hanyalah untuk kepentingan ekonomi penjajah dan ini telah

mewujudkan keadaan ‘dual economy’, iaitu ekonomi moden dan ekonomi tradisional. Orang

Melayu terlibat dalam sektor ekonomi tradisional (sara-hidup) dan telah dibiarkan menjadi

mundur dan tidak diberi galakan serta kemudahan-kemudahan untuk meningkat maju sedangkan

sektor ekonomi moden (getah dan bijih timah) yang dimonopoli oleh kaum Cina dan India

berkembang dengan begitu maju sekali. Akibatnya, kaum Melayu ketinggalan dari segi ekonomi.

Undang-undang British yang berkaitan dengan penggunaan tanah juga telah menyekat kebebasan

dan dan peluang orang Melayu dari sektor tradisional untuk berkembang maju.

Fakta sejarah menunjukkan bahawa keadaan sebegini wujud hasil daripada penjajah yang

mengamalkan pemerintahan yang berasaskan dasar ‘pecah dan perintah’. Dasar-dasar ekonomi,

pelajaran, imigrasi, kebudayaan pemerintah kolonial Inggeris telah menyebabkan berlakunya

berbagai ketempangan dan ketidakseimbangan. Akibatnya berlakulah perkembangan ekonomi,

kebudayaan dan juga perkembangan pelajaran yang berasingan mengikut kelompok-kelompok

kaum.

Jelas dasar ‘pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh British turut menyumbang kepada

kemunduran orang-orang Melayu. Bagi memajukan perkembangan ekonomi moden, tenaga

buruh asing pula telah dibawa masuk dari India dan China. Perbezaan kebudayaan dan nilai di

antara orang Melayu dan kaum-kaum imigran telah memburukkan lagi keadaan. Kaum Cina dan

India terlibat dalam perkembangan ekonomi moden dan ini mengakibatkan jurang perbezaan

Page 8: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

8

ekonomi antara kaum menjadi semakin ketara. Akibatnya orang Melayu yang kebanyakkannya

terlibat dalam bidang pertanian tradisional di luar bandar menjadi lebih mundur.

Menurut Firdaus Haji Abdullah (1979)14 dalam satu perbincangan tertutup antara beliau dengan

seorang pemimpin DAP, pemimpin tersebut mengakui bahawa kerana takdir sejarah pada masa

lalu, bangsa Melayu di negara ini telah menjadi mangsa ketidakadilan. Walaupun tidak

menjelaskan punca dan kesannya akibat ketidakadilan yang dideritai oleh bangsa Melayu, tetapi

pemimpin DAP tersebut bersetuju bahawa “our Malay brothers and sisters” mestilah ditolong.

Ini merupakan bukti bahawa pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah dapat mengikis rasa

tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia.

Menurut Rajini Ramlan (1986)15 dalam suasana masyarakat pelbagai kaum, memang tidak dapat

dinafikan terjadinya kecenderungan berpuak-puak dan pengelompokan berasaskan kaum yang

secara langsungnya ini akan mempengaruhi sikap prejudis. Justeru itu, pemberian hak-hak

istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negara Borneo dan kepentingan-kepentingan

sah kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia

juga pernah dijadikan isu dan rasa ketidakpuasan di kalangan orang-orang bukan Melayu.

Pengetahuan sejarah dapat mengikis prasangka antara kaum. Dalam persekutuan Tanah Melayu,

orang-orang sebenarnya telah memberi pengorbanan yang besar iaitu memberi hak dan

kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu. Orang-orang bukan Melayu dibenarkan

mengambil bahagian di dalam pentadbiran dan pemerintahan negara ini. Orang-orang Melayu

mengharapkan pengorbanan besar ini akan dibalas dengan sokongan dan bantuan kerajaan

Inggeris supaya mereka lebih maju dan setaraf dengan bangsa-bangsa lain Sayangnya Inggeris

tidak pernah mengambil langkah ke arah itu dan lebih malang lagilah sekiranya kaum-kaum lain

yang kini sedang mewarisi taraf kewarganegaraan dan hak yang sama dengan orang-orang

Melayu turut tidak dihargai pengorbanan besar tersebut. Sesungguhnya pembentukan Persekutuan

merupakan satu langkah tolakansur terutamanya oleh orang-orang Melayu dalam pertikaian

politik Tanah Melayu pada masa itu.

Adalah tidak adil jika sejarah pengorbanan orang-orang Melayu dalam pembentukan Persekutuan

Tanah Melayu tidak dihargai teutamanya oleh orang-orang yang telah dan sedang menikmati

hasil tuaian pengorbanan tersebut jika mereka terus menerus mempertikaikan soal-soal hak dan

keistimewaan orang Melayu. Peristiwa sejarah menunjukkan orang-orang bukan Melayu,

terutama orang-orang Cina, amat menentang penubuhan Persekutuan kerana tidak berpuas hati

dengan hak istimewa orang-orang Melayu. Mereka juga turut marah-marah kerana Singapura

14

Lihat Majalah Dewan Masyarakat, 15 Jun 1979 hlm. 46. 15 Lihat Majalah Dewan Masyarakat, Ogos, 1986 hlm. 7

Page 9: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

9

tidak dimasukkan bersama di dalam lingkungan Persekutuan kerana dengan kemasukkan tersebut

akan dapat mengimbangi kekuatan orang-orang Melayu. Tentangan yang paling hebat dalam

perkara ini datangnya Parti Komunis Malaya dan lain-lain pertubuhan sayap kiri.

Menurut Drs. Rachmanmat (1976) kelantangan orang asing untuk mendapatkan hak dan

kemudahan yang sama berikutan dengan pemisahan politik antara Komintang dan komunis di

China dalam tahun 1926. Orang-orang Cina yang dilahirkan di Negeri Selat semakin tergesa-gesa

untuk mendapatkan pengakuan sebagai warganegara negara ini. Pemimpin persatuan dan wakil

orang-orang Cina di Dewan Perundangan Negeri Selat menyuarakan secara terus terang akan

keazaman mereka untuk mendapatkan hak yang sama dengan orang-orang Melayu. Salah seorang

daripada mereka Mr. Lim Chin Yan dalam ucapannya kepada sebuah persatuan Cina pada 6

Februari, 1931 telah dengan lantangnya berkata:

“Siapa kata negara ini negeri Melayu? Semasa Captain Light datang ke

sini, terjumpakah ia orang-orang Melayu atau kampung? Nenek

moyang kita datang ke sini dan telah bekerja sebagai buruh dan mereka

tak mengirim wang balik ke China. Mereka membelanjakan wang

mereka di sini dan kerana itu kerajaan berupaya membuka negeri ini

menjadi tamadun, kita telah menjadi satu dengan negeri ini. Ini kita

punya, negara kita.”16

Sejarah menunjukkan bahawa orang-orang Melayu adalah lebih berhati-hati memainkan isu-isu

yang berbentuk perkauman. Namun begitu, sejarah juga menunjukkan orang-orang Melayu juga

mempunyai tahap kesabarannya dalam hal ini. Mengikut Dato’ Abdullah bin Ahmad (1987)17

peristiwa 13 Mei 1969 adalah kemuncak kemarahan orang Melayu kerana tidak puas hati

terhadap keadaaan ekonomi Singapura yang berada di bawah pemerintahan Malaysia,

memperbesar-besarkan masalah kaum dan telah melahirkan suatu keadaan yang berbahaya.

Kaum Cina sebagai suatu kaum minoriti yang umumnya tunduk kepada pemerintahan Melayu,

telah mendapati diri mereka cukup kuat untuk menggugat ‘perjanjian atau kontrak sosial’ yang

telah lama diterima oleh mereka bahawa bangsa Melayu menguasai politik negara. Apabila

kekuatan itu digabungkan dengan kekuatan hampir dua juta penduduk Cina Singapura

menyebabkan api perkauman menjadi lebih marak sehingga berlakunya rusuhan-rusuhan kaum

serta tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Demikianlah beberapa cebisan pengetahuan sejarah negara kita yang dapat dikaitkan dengan

usaha bagi mempercepatkan pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia. Sebenarnya banyak

lagi peristiwa-peristiwa sejarah yang boleh diperbincangkan seperti kebangkitan nasionalisma,

16

Drs. Rachmanmat, Sejarah Malaysia Moden Esei dan Kritikan, Penerbitan Adabi, 1976 hlm.

82.

Page 10: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

10

sejarah pemeritahan Jepun, Bintang Tiga, konsep Malaysian Malaysia, pembentukan Malaysia,

penyingkiran Singapura dan sebagainya. Namun begitu, perpaduan dan intergrasi nasional adalah

dua komponen utama dalam usaha ke arah pembentukan bangsa negara Malaysia. Pengetahuan

dan iktibar daripada peristiwa-peristiwa sejarah negara kita adalah penunjuk-petunjuk tentang

betapa pentingnya kedua-dua komponen tersebut untuk mewujudkan keharmonian, sikap

toleransi, keamanan, kesejahteraan dan seterusnya membentuk sebuah negara bangsa Malaysia

yang gemilang.

Perpaduan & Integrasi Nasional

Sebenarnya kedudukan perpaduan di kalangan kaum-kaum hari adalah jauh dan semakin lebih

baik. Sesungguhnya, usaha untuk menerapkan semangat perpaduan bukanlah satu perkara yang

mudah. Kepelbagaian kaum, agama, budaya, aktiviti ekonomi serta lokasi tempat tinggal

menimbulkan rintangan dan masalah. Manakala integrasi nasional ialah satu proses bagi

mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,

sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Untuk mewujudkan "satu identiti nasional" sudah pasti melibatkan beberapa unsur integrasi yang

saling berkait di antara satu sama lain seperti integrasi wilayah, integrasi kebudayaan, integrasi

pendidikan, integrasi sosial, integrasi ekonomi dan politik. Perpaduan masyarakat di harap dapat

di capai melalui rancangan-rancangan pembangunan negara yang dijalankan dengan menyeluruh

dan tersusun dari aspek ekonomi, sosial, politik, pendidikan serta kebudayaan.

Semasa Konvensyen Pembangunan Bangsa Malaysia, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr.

Mahathir Mohamad telah menyelar golongan-golongan yang begitu lantang menyuarakan

perpaduan di kalangan rakyat sedangkan di hati mereka masih tebal semangat perkauman. Usaha

membentuk bangsa Malaysia merupakan perkara baru yang bukan semula jadi, maka sudah

semestinya akan wujud tentangan-tentangan dari dalam untuk menghalang percubaan ini. Jika

konsep ini, benar-benar mahu dibentuk, kepentingan peribadi harus dikorbankan secara ikhlas

demi mencapai matlamat dan kepentingan negara. Sebaliknya adalah tidak mustahil untuk

membentuk satu bangsa Malaysia yang tekal dan tidak bersifat palsu kerana saranan ini adalah

menasabah dan praktikal. Tanggapan buruk terhadap pembentukan bangsa negara Malaysia

selama ini disebabkan oleh pertikaian-pertikaian remeh-temeh mengenai masalah-masalah

kesenian disebabkan oleh kejahilan kefahaman mengenai erti kebudayaan.

Walaupun, kepentingan politik, ekonomi dan kebudayaan dalam mewujudkan sesuatu bangsa,

beberapa ciri kemanusiaan yang telah sedia terbentuk di dalam diri setiap ahli kelompok

17

Abdullah bin Ahmad, Dato’, Tengku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia, Berita

Publishing, 1987 hlm.120-121.

Page 11: Negara bangsa dari sudut sejarah

afm

11

berkenaan. Dengan kata lain, suatu asas atau tapak pembentukan yang lebih kukuh mesti di cari.

Pendekatan-pendekatan ke arah menilai personaliti, nilai, sikap atau norma yang seharusnya

dimiliki oleh rakyat Malaysia. Aspek-aspek inilah yang boleh menentukan setiap rakyat di negara

ini mempunyai pandangan hidup yang sama serta bercita-cita ke arah yang sama, iaitu yang

berakhir dengan personaliti kebangsaan atau nilai kebangsaan.

Penutup

Kebanyakkan daripada masalah perpaduan yang berbangkit sekarang ini berpunca dari dasar-

dasar penjajah British. Ketiga-tiga kumpulan etnik ini bukan sahaja terasing dari segi lokasi dan

kegiatan ekonomi tetapi juga beza-beza dari segi serta mengamalkan kepercayaan dan budaya

berasingan dan tambah menyukarkan lagi integrasi antara kaum Akibatnya, setiap kumpulan etnik

mempunyai sifat curiga-mencurigai terhadap kejujuran kaum yang lain.

Dalam menuju ke arah sebuah negara maju dengan mengikut acuan kita sendiri menjelang tahun

2020 bangsa Malaysia harus menjadi bangsa yang kuat. Soal-soal remeh seperti hak dan

perkauman adalah adalah ‘irama usang’ dan tidak perlu diberi nafas baru. Tembok-tembok

menghalang ke arah pembentukan satu bangsa negara Malaysia hendaklah diruntuhkan. Begitu

juga dengan ruang-ruang yang kosong perlulah dirapatkan dan nescaya bangsa Malaysia akan

menjadi satu bangsa yang agung dan dihormati. Sejarah lampau semasa zaman kegemilangan

Kerajaan Melaka telah membukti yang kita boleh. Perkembangan masa kini menunjukkan tanda-

tanda yang amat memberangsangkan. Adalah diharapkan impian menjadi satu bangsa yang

dihormati seperti yang lahirkan dalam Wawasan 2020 akan menjadi kenyataan.

Justeru itu, adalah diharapkan pemahamam serta pengetahuan yang mendalam mengenai latar

belakang dan peristiwa-peristiwa sejarah negara dapat dijadikan iktibar untuk membina sebuah

negara bangsa Malaysia. Sesungguhnya pengetahuan dan pemahaman tentang sejarah membantu

rakyat Malaysia mengisi kemerdekaan dengan pembangunan serta merealisasikan cita-cita dan

dasar negara dengan konsisten tanpa terlalu banyak soal. Dengan komitmen serta keikhlasan

semua warganegara hasrat untuk merealisasikan sebuah negara bangsa, insyaAllah akan kita

capai.

Catatan:

* Artikel ini merupakan sebahagian daripada tugasan penulis semasa mengikuti pengajian ijazah pertama di Universiti Utara Malaysia.