negara singapura

5
1. Muhammad Hendy .P (16) 2. Septia Dian Adikara (30) 3. Adhelian Gufron .N (01) 4. Rahmad Riansyah () 5. Alfian Gilang .P (04)

description

Negara SIngapura

Transcript of negara singapura

Page 1: negara singapura

1. Muhammad Hendy .P (16)2. Septia Dian Adikara (30)3. Adhelian Gufron .N (01)4. Rahmad Riansyah ()5. Alfian Gilang .P (04)

Page 2: negara singapura

Ibu Negara = Bandar Raya Singapura 11°17′N 103°51′E / 1.283°N 103.85°E

Bandar raya terbesar = Bandar Raya Singapura

Bahasa rasmi = Melayu Kerajaan = Republik berparlimen   Presiden = Sellapan Ramanathan   Perdana = MenteriLee Hsien Loong

Page 3: negara singapura

Republik Singapura ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia, berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim (Malaysia) dan Kepulauan Riau (Indonesia).

Negara yang seluas 692.7 km persegi ini lebih besar daripada Monaco dan Vatican City merupakan negara terkecil di Asia Tenggara. Jumlah penduduknya telah mencecah 5 juta dengan bantuan imigrasi. Kadar ini dijangka terus meningkat, dan disasar meningkat ke 6.5 juta dalam satu dekad. Demografik negara adalah seperti berikut: bangsa Cina (76.8%); Melayu (13.95%); India (7.9%) dan lain-lain (1.4%). Kemelut kaum jarang berlaku di Singapura.

Page 4: negara singapura

Singapura termasur dunia atas kecapaian ekonominya, negara tersebut adalah negara yang termaju Asia Tenggara dan merupakan salah daripada empat harimau Asia. Pakar ekonomi belanda Albert Winsemius bertanggung jawab merumuskan rancangan ekonominya yang berfokus Foreign Direct Investment dan pembangunan dipacu kerajaan berjaya merealisasikan ekonomi berpaksikan industri, pendidikan dan perancangan bandar. Kecapaian ini merupakan hasil polisi ekonomi bebas dipelopori kerajaan tersebut.

Bahasa-bahasa yang digunakan di Singapura adalah Inggeris (rasmi dan perantaraan), Melayu (bahasa kebangsaan), Cina (Mandarin) dan India (Tamil).

Page 5: negara singapura

Sejarah Singapura Sejarah Singapura bermula pada kurun ke-14

Masihi. Pada masa itu, Singapura dikenali sebagai Temasek, salah satu pelabuhan dan bandar terpenting di rantau Nusantara. Ia berada di bawah pemerintahan kerajaan Sriwijaya di Palembang yang pada masa itu sedang mengalami kemunduran.

Selepas hilangnya kuasa Srivijaya ke atas Temasek, ia dituntut oleh kerajaan Majapahit dan kerajaan Ayuthia (Siam). Namun kubu pertahanan bandar tersebut berhasil menghalang serangan Siam. Pada waktu itu juga, nama Temasek berubah menjadi Singha Pura, atau "Bandar Singa" dalam bahasa Sanskrit.

Inggris tiba di Singapura pada tahun 1819 Sir Thomas Stamford Raffles menetapkannya sebagai sebuah pusat perdagangan.