Negeri Johor

2
NEGERI JOHOR Bendera Johor Johor Darul Takzim Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri. Jata Negeri Johor Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogankata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH" Lagu Johor Allah peliharakan Sultan ‘Nugerahkan dia segala kehormatan sihat dan ria kekal dan makmur luaskan kuasa naungkan kami rakyat dipimpini berzaman lagi dengan merdeka bersatu hati

description

~

Transcript of Negeri Johor

Page 1: Negeri Johor

NEGERI JOHOR

Bendera Johor

Johor Darul Takzim Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat. Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri. Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

Jata Negeri Johor

Mahkota tanda D.Y.M.M Raja. Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau, sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai menggambarkan Gambir dan Lada Hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogankata negeri ini ialah:- "KEPADA ALLAH BERSERAH"

Lagu Johor

Allah peliharakan Sultan

‘Nugerahkan dia

segala kehormatan

sihat dan ria

kekal dan makmur

luaskan kuasa

naungkan kami

rakyat dipimpini

berzaman lagi

dengan merdeka bersatu hati

Allah berkati Johor

Allah selamatkan Sultan.