Negeri Perak 2011

5
Negeri Perak 2011 Bahagian A Soalan 1 “1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.” Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks Malaysia dan cara-cara memupuk perpaduan di sekolah. Soalan 2 Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan. Bahagian B Soalan 3 Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan dan manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit berjangkit. Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit berjangkit tersebut dan langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya. Soalan 4 Tabiat pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan pengambilan makanan suplemen sangat penting. Namun begitu, pengambilannya tanpa rujukan pakar kesihatan, mungkin memberi risiko kepada kesihatan badan. Bincangkan Bahagian C 5 (a) “Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang, Prof. Madya Dr Muhammad Nor Omar, berkata tidak perlu mempertikaikan soal kemampuan penyelidik muda atau lama kerana

Transcript of Negeri Perak 2011

Page 1: Negeri Perak 2011

Negeri Perak 2011Bahagian A

Soalan 1“1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam

kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.” Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks Malaysia dan cara-cara memupuk perpaduan di sekolah.

Soalan 2

Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan.

Bahagian B

Soalan 3

Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan dan manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit berjangkit. Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit berjangkit tersebut dan langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya.

Soalan 4

Tabiat pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan pengambilan makanan suplemen sangat penting. Namun begitu, pengambilannya tanpa rujukan pakar kesihatan, mungkin memberi risiko kepada kesihatan badan. Bincangkan

Bahagian C

5 (a) “Pengarah Pejabat Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang, Prof. Madya Dr Muhammad Nor Omar, berkata tidak perlu mempertikaikan soal kemampuan penyelidik muda atau lama kerana bidang penyelidikan bukan pentas mencipta kepentingan peribadi. Beliau berkata, bidang itu menjadi platform mereka berbakti kepada kehidupan sejagat melalui sumbangan ilmu dan penemuan terbaru yang sentiasa dipertingkatkan bagi manfaat bersama. Gandingan bersama golongan penyelidik muda dan penyelidik lama membantu mereka belajar dan melonjakkan lagi hasil penemuan …”

(Disesuaikan daripada Ruhaiza Rusmin, “Pengkelasan Bawa Impak Negatif” , My Metro, April 2009)

i. Apakah keutamaan penyelidik dalam menghasilkan sesuatu Penyelidikan dan pembangunan ?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan kepentingan Penyelidikan dan Pembangunan kepada negara kita.

Page 2: Negeri Perak 2011

5 (b) ... Seseorang itu dianggap patriotik apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotik amat penting sekali. Tun Dr Mahathir Mohamed pernah mengingatkan, “tanpa semangat ini, kita tidak boleh yakin kita dapat bertahan, kita dapat kekalkan hak kita. Kemungkinannya ialah kita akan tinggal nama dalam sejarah saja ...”

(Disesuaikan daripada “Kepentingan Kemerdekaan Terhadap Masyarakat”: generasipascamerdeka2010.blogspot.com)

i. Apakah elemen penting yang mampu mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara kita ?

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, terangkan cara-cara untuk memantapkan patriotisme dalam kalangan pelajar.

6 (a) “Peningkatan purata suhu atmosfera di permukaan bumi menyebabkan suhu lautmeningkat dan bakal mengancam terumbu karang di lautan. Apabila terumbu karang musnah, ikan-ikan yang bergantung kepadanya juga akan mati. Lautan adalah penyerap utama gas karbon dioksida (CO2) daripada atmosfera. Peningkatan penyerapan gas CO2 inimenyumbang secara langsung kepada turunnya nilai Ph air laut. Proses pengoksidan air lautini akan memberi kesan kepada hidupan marin.”

(Disesuaikan daripada : Era Hijau, Jun 2007)

i. Jelaskan bagaimana pemanasan global boleh memberi kesan kepada hidupan marin.

ii. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemusnahan dan perubahan habitat hidupan marin.

6(b) “…Di Eropah dan Jepun, aplikasi laser digunakan dengan meluas berbanding diMalaysia yang penggunaannya masih belum begitu popular. Berdasarkan kajian, antara sebabutama penggunaan laser kurang mendapat sambutan adalah kerana kos peralatan danpenyelenggaraan yang tinggi. Di samping itu, sumber tenaga manusia seperti jurutera danjuruteknik yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan peralatan laser juga kurang ...”

(Disesuaikan daripada Nurbalqis Hayati binti Ahmad Najih, “Penggunaan Teknologi Laser”.

Rencana Sains dan Teknologi, 2007)

i. Jelaskan mengapa penggunaan teknologi laser masih kurang digunakan di Malaysia.

i. Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana penggunaan laser dapat memberi sumbangan kepada kehidupan manusia

Page 3: Negeri Perak 2011

Bahagian E

9. Berdasarkan jadual berikut, huraikan perubahan kes keganasan rumah tangga mengikut negeri-negeri terpilih di Malaysia bagi tahun 2003 hingga 2005 (anggaran). Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk membendung gejala ini.

Keganasan Rumah Tangga Mengikut Negeri 2003 hingga 2005*

Negara 2003 (kes) 2004 (kes) 2005* (kes)Johor 42 74 66Kedah 28 22 42Kelantan 22 23 32Melaka 101 107 77Negeri Sembilan 30 35 53Perak 31 24 36Pulau Pinang 108 83 105Selangor 114 150 61Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 59 40 36Jumlah 535 558 508

* AnggaranDisesuaikan daripada

Jabatan Kebajikan Melaka, Tahun 2006)

10 Berdasarkan carta di bawah, berikan kesan rangkaian sosial dalam talian ke atas pengguna teknologi laman web.

Kesan Rangkaian Sosial Dalam Talian

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dr Maslin Masrom, “Rangkaian Sosial Dalam Talian”, Dewan Kosmik, Januari 2009

Internet

Laman Sesawang

KEBAIKAN KEBURUKAN

Kos Murah

Membina Kredibiliti

Hubungan

Kurang Rahsia

Gangguan

Membuang Masa