NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... ·...

141
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG KEEMPAT BELAS SOALAN LISAN DAN JAWAPAN 12 OKTOBER 2020 – 19 OKTOBER 2020 Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Transcript of NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... ·...

Page 1: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA

DEWAN UNDANGAN NEGERI

YANG KEEMPAT BELAS

SOALAN LISAN DAN JAWAPAN

12 OKTOBER 2020 – 19 OKTOBER 2020

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

Page 2: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

2

SOALAN YANG DIKEMUKAKAN BAGI MENDAPATKAN JAWAPAN LISAN DARIPADA YAB. KETUA MENTERI

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

1. Adakah Kerajaan Negeri tetap akan menaikkan cukai taksiran untuk tahun 2021 walaupun ekonomi Pulau Pinang amat terkesan dengan pandemik COVID-19?

YAB. Ketua Menteri:

1. Cukai taksiran yang berdasarkan Senarai Nilaian Baharu 2020 telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 sepertimana yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, di atas keprihatinan Kerajaan Negeri, kenaikan cukai taksiran bagi tahun 2020 diberi pelepasan melalui pemberian Rebat Cukai Taksiran kepada semua pegangan yang terdapat di Pulau Pinang. Pemberian rebat cukai taksiran ini merupakan antara usaha pihak Kerajaan Negeri untuk memberi masa dan peluang kepada seluruh rakyat di Pulau Pinang untuk pulih daripada impak dan kesan pandemik COVID-19.

Pemberian rebat cukai taksiran ini sedikit sebanyak memberi impak kepada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang memandangkan PBT masih perlu menyediakan dan memastikan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan tidak terjejas bagi memastikan kebersihan, keselesaan dan kesejahteraan penduduk Pulau Pinang adalah terjamin. Oleh yang demikian, untuk tahun 2021, cukai taksiran perlu dikenakan sepertimana kadar sedia ada yang telah ditetapkan.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

2. Huraikan jadual pelaksanaan projek Penang South Reclamation (PSR), Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT) dan Pan Island Link 1 (PIL 1).

(a) Apakah kelulusan Kerajaan Persekutuan yang masih diperlukan?

(b) Jelaskan status penubuhan bon untuk pembiayaan projek dan mekanisme penjualan tanah PSR.

(c) Apakah kelebihan Pelan Induk cadangan Bjarke Ingels Group (BIG) terpilih?

YAB. Ketua Menteri :

2. Jadual pelaksanaan bagi projek Penang South Reclamation (PSR), Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT) dan Pan Island Link 1 (PIL 1) adalah seperti berikut:

(i) Penang South Reclamation (PSR)

Projek PSR telah dibentangkan kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) pada 18 April 2019. MPFN telah memberi 18 nasihat bagi pelaksanaan projek ini. Selain itu, projek ini juga telah mendapat kelulusan Enviroment Impact Assessment (EIA) pada 25 Jun 2019 dengan 72 syarat. PSR juga telah memperoleh surat kelulusan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada PLAN Malaysia pada 27 Ogos 2019.

Secara keseluruhannya, Projek PSR telah mendapat kesemua kelulusan wajib yang diperlukan daripada Kerajaan Persekutuan. Lanjutan daripada kelulusan EIA, salah satu (1) syarat adalah untuk menyediakan Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang. Laporan EMP ini akan mensyaratkan kontraktor yang dilantik dalam mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA semasa kerja-kerja penambakan dilaksanakan. Langkah-langkah kawalan alam sekitar dan

Page 3: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

3

program pengawasan alam sekitar di dalam Laporan EMP ini perlu dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor yang akan dilantik.

Pada masa ini, laporan EMP (Pindaan 1) telah dikemukakan kepada pihak JAS Negeri Pulau Pinang pada 17 Julai 2020 dan masih menunggu kelulusan.

Kerajaan Negeri bersama dengan rakan pelaksana Project Delivery Partner (PDP) juga sedang memperhalusi langkah- langkah mitigasi bagi meminimakan impak sosial dan alam sekitar sebelum projek bermula secara fizikal. Kerajaan negeri kini dalam fasa menyediakan reka bentuk dan penyediaan dokumen-dokumen tender.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif menganjurkan Master Design Competition (MDC) di mana syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat dalam penyediaan reka bentuk dapat mengambil bahagian dalam MDC. Lima (5) syarikat telah dipilih ke pusingan akhir bagi pertandingan tersebut dan pemenang yang berjaya iaitu Bjarke Ingels Group (BIG) telah diumumkan pada 19 Ogos 2020 yang lalu. Pihak BIG akan menyediakan reka bentuk terperinci ini dalam masa yang terdekat.

(ii) Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT)

Fasa 1 LRT Laluan Bayan Lepas telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) pada 21 Februari 2020 dengan 63 syarat. Laporan Kajian Penilaian Impak Warisan (HIA) telah diluluskan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) 28 Ogos 2020. Manakala, Laporan Kajian Impak Sosial (SIA) telah diluluskan pada 19 Jun 2020. Selain itu, Kerajaan Negeri sedang menyusuli kelulusan akhir untuk memuktamadkan skim rel yang telah mendapat kelulusan bersyarat pada 18 Julai 2019 untuk menjalankan pemeriksaan awam (Public Inspection) daripada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan yang dijangka akan dimuktamadkan sebelum akhir Disember 2020.

(iii) Pan Island Link (PIL 1)

Projek PIL 1 telah mendapat kelulusan Laporan Environmental Impact Assesment (EIA) pada 10 April 2019 dengan 56 syarat dan Laporan Traffic Impact Assesment (TIA) yang diluluskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 24 Ogos 2018.

Pihak Rakan Pelaksana Projek (PDP) iaitu SRS Consortium Sdn. Bhd. kini dalam proses penambahbaikan struktur model kewangan bagi pembiayaan pelaksanaan projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) melalui hasil penjualan tanah tambakan projek PSR. Jadual pelaksanaan bagi projek-projek PIPPP ini akan ditetapkan sejurus struktur model kewangan (financial architecture) dimuktamadkan oleh pihak PDP bersama Kerajaan Negeri.

(a) Kerajaan Negeri berpendirian tegas bahawa kerja- kerja penambakan bagi projek Penang South Reclamation (PSR) tidak akan dimulakan sehingga semua kelulusan yang diperlukan oleh pihak berkuasa untuk pelaksanaan projek ini diperolehi.

Kerajaan Negeri telah mendapat nasihat daripada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang diterima pada 18 April 2019. Kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya juga telah diperolehi pada 25 Jun 2019. Lanjutan daripada kelulusan EIA ini, salah satu (1) syarat adalah untuk menyediakan Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi

Page 4: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

4

kelulusan JAS Negeri Pulau Pinang. Laporan EMP ini akan mensyaratkan kontraktor yang dilantik dalam mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA semasa kerja-kerja penambakan dilaksanakan. Langkah-langkah kawalan alam sekitar dan program pengawasan alam sekitar di dalam Laporan EMP ini perlu dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor yang akan dilantik.

Pada masa ini, laporan EMP (Pindaan 1) telah dikemukakan kepada pihak JAS Negeri Pulau Pinang pada 17 Julai 2020 dan masih menunggu kelulusan.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang menunggu kelulusan akhir bagi Skim Kereta Api Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT) Segmen 1 hingga 4 (KOMTAR – Permatang Damar Laut) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Manakala bagi projek PIL 1, kesemua kelulusan wajib yang diperlukan daripada Kerajaan Persekutuan telah diperolehi oleh Kerajaan Negeri.

Pihak Rakan Pelaksana Projek (PDP) iaitu SRS Consortium Sdn. Bhd. kini dalam proses penambahbaikan struktur model kewangan bagi pembiayaan pelaksanaan projek PIPPP melalui hasil penjualan tanah tambakan projek PSR. Jadual pelaksanaan bagi projek-projek PIPPP ini akan ditetapkan sejurus struktur model kewangan (financial architecture) dimuktamadkan oleh pihak PDP bersama Kerajaan Negeri.

(b) YB. Tun Dr. Mahathir Mohamad, Mantan Perdana Menteri pada 1 Oktober 2019 telah mengemukakan surat persetujuan kepada Kerajaan Negeri untuk cadangan penerbitan bon dengan jaminan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kini sedang menyusuli tindakan untuk menerbitkan bon tersebut bersama Kerajaan Persekutuan dan masih menunggu maklum balas berhubung perkara ini. Kerajaan Negeri yakin satu persefahaman boleh dicapai bersama pihak Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam dan kesesakan jalan raya di Pulau Pinang demi kebaikan rakyat serta kelestarian ekonomi Negeri Pulau Pinang.

(c) Reka bentuk Bjarke Ingels Group (BIG) telah dipilih sebagai reka bentuk yang paling sesuai untuk PSR oleh panel juri induk (Master Jury Panel - MJP) yang dianggotai oleh pakar-pakar bidang perancangan bandar, arkitek, reka bentuk, ekonomi, kejuruteraan marin dan hidraulik, ekologi, kelestarian, pelaburan dan perdagangan dari Malaysia dan luar negara.

MJP telah menilai reka bentuk lima peserta akhir Pertandingan Mereka Bentuk Pelan Induk (MDC) PSR berdasarkan tujuh kriteria, iaitu:

(i) Kecemerlangan reka bentuk dan perancangan;

(ii) Inovasi tata ruang (spatial and innovation);

(iii) Maklum balas kepada konteks dan cita-cita Pulau Pinang;

(iv) Penyelesaian inovatif dan kepintaran teknikal;

(v) Fasa dan pelaksanaan yang strategik;

(vi) Kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial; dan

Page 5: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

5

(vii) Kebolehlaksanaan dari segi ekonomi, kewangan dan perniagaan.

Cadangan BIG yang bernama “BiodiverCity Penang” didapati mempunyai kelebihan dan berpotensi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah bandaraya yang mempunyai konsep pembangunan yang rancak sebagai pemangkin ekonomi dalam dan luar negeri.

Dalam reka bentuknya, BIG telah mengemukakan konsep persekitaran yang berdaya tahan (environmental resilience); menekankan kelestarian dari segi infrastruktur sosial dan kepelbagaian ekologi, manfaat untuk komuniti nelayan, kesejahteraan awam dan memupuk bakat keunikan identiti budaya komuniti masyarakat di Pulau Pinang terus dikekalkan.

Selain itu, nama pengasas BIG, Bjarke Ingels berupaya menambah nilai dan membawa prestij kepada nama PSR dan menarik minat pelabur.

Kerajaan Negeri kini sedang bekerjasama dengan pihak BIG untuk memuktamadkan pelan induk pembangunan PSR. Reka bentuk akhir meliputi nilai warisan and inovasi yang mencirikan keunikan Pulau Pinang serta mewujudkan satu bandar baru untuk komuniti, ekonomi dan ekologi yang kian membangun dan berkembang.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

3. Apakah perkembangan cadangan pembinaan gimnasium di setiap KADUN bagi menggalakkan rakyat bersenam dan bersukan?

(a) Berapa gimnasium telah dibina di Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2000 dan agensi mana yang menyelenggarakan gimnasium tersebut?.

YAB. Ketua Menteri :

3. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bermula melaksanakan cadangan ini pada tahun 2019. Pusat gimnasium rakyat pertama yang telah diwujudkan bagi kegunaan penduduk setempat adalah di Pantai Robina, KADUN Teluk Air Tawar.

Pada tahun 2020, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia dan Sukan juga bekerjasama dengan ADUN Penanti untuk mewujudkan pusat gimnasium rakyat di Dewan Taman Gua Perahu.

Usaha ini masih diteruskan dengan kerjasama ADUN Kawasan untuk mencadangkan dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau dewan rakyat yang sesuai untuk ditukar guna sebagai pusat gimnasium rakyat di setiap KADUN.

(a) Terdapat lapan (8) buah gimnasium di Negeri Pulau Pinang dibawah seliaan agensi negeri, jabatan persekutuan dan pihak swasta seperti perincian di bawah

BIL LOKASI AGENSI

PENYELENGGARA

1. Majlis Sukan Negeri Batu Uban MSN

2. Pusat Kegiatan Sukan Air Tanjung Bungah MSN

3. Taman Bandaraya (Youth Park) MBPP

4. Balai Rakyat, Pasar Awam, Balik Pulau MBPP

Page 6: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

6

BIL LOKASI AGENSI

PENYELENGGARA

5. Kompleks Sukan Dan Rekreasi MBSP Bertam,

Kepala Batas

MBSP

6. Padang Awam Jawi PDT SPS

7. Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban Jabatan Belia dan

Sukan

8. Kompleks Rakan Muda, Jawi Jabatan Belia dan

Sukan

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

4. Nyatakan kronologi perkhidmatan feri Pulau Pinang yang tergendala akibat daripada feri yang rosak termasuk perubahan dari segi pengurusan feri.

(a) Terangkan peranan Kerajaan Negeri dalam pengurusan perkhidmatan feri.

(b) Apakah rancangan dan usaha masa depan bagi mempertingkatkan perkhidmatan feri yang merupakan salah satu mode pengangkutan yang penting bagi warga Pulau Pinang?

YAB. Ketua Menteri

4. Kejadian perkhidmatan feri yang tergendala selama satu (1) hari pada 24 Ogos 2020 adalah disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada dua (2) buah feri iaitu Pulau Undan dan Pulau Angsa. Pihak Rapid Ferry telah melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada enjin dan sistem penapisan bagi kedua-dua buah feri sepanjang malam 23 Ogos 2020, namun kerosakan feri gagal untuk diatasi dan pihak Rapid Ferry terpaksa menggantikan perkhidmatan feri dengan perkhidmatan bas Rapid Penang. Sebanyak enam (6) buah bas ‘shuttle ferry’ telah disediakan pada 24 hingga 28 Ogos 2020.

Pada 25 Ogos 2020 feri Pulau Angsa telah berjaya diperbaiki dan kembali beroperasi seperti sedia kala manakala feri Pulau Undan mula beroperasi pada 29 Ogos 2020. Di samping itu, sebagai langkah persediaan bagi kejadian kerosakan feri, pihak Rapid Ferry kini sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan sebuah lagi feri iaitu feri Pulau Talang-talang dan dijangka siap pada bulan Oktober 2020.

Buat masa ini, pihak Rapid Ferry akan menguruskan operasi perkhidmatan feri seperti biasa sehingga 31 Disember 2020.

(a) Perkhidmatan feri adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan memainkan peranan dalam usaha meningkatkan penggunaan pengangkutan awam termasuk perkhidmatan feri. Di samping menjadi ikon pelancongan negeri, perkhidmatan feri merupakan salah satu mod pengangkutan awam yang penting kepada seluruh rakyat di Pulau Pinang. Justeru itu, Kerajaan Negeri akan sentiasa bekerjasama dengan pihak Rapid Ferry Sdn. Bhd. Selaku operator perkhidmatan ini untuk memastikan perkhidmatan feri dapat beroperasi dengan baik. Sekiranya pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memutuskan untuk melantik operator yang baharu kelak,

Page 7: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

7

Kerajaan Negeri akan terus memberikan kerjasama dalam usaha menambahbaik perkhidmatan feri.

(b) Kerajaan Negeri telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak MOT pada 27 Ogos 2020 dan telah memohon supaya pihak MOT menangguhkan hasrat untuk menghentikan perkhidmatan feri selama tiga (3) bulan mulai 1 September 2020. Kerajaan Negeri juga telah memohon pihak MOT untuk mengemukakan pelan perancangan keseluruhan kerja-kerja menaik taraf serta pengoperasian feri baharu yang dapat memenuhi keperluan sama seperti perkhidmatan feri sedia ada yang bukan sahaja dapat menampung penumpang pejalan kaki malah pengguna basikal, motosikal, dan kenderaan persendirian yang lain.

Berdasarkan sesi perbincangan tersebut, pihak MOT memaklumkan akan mengemukakan laporan penuh pelan perancangan keseluruhan kerja-kerja menaik taraf serta pengoperasian feri baharu yang merangkumi jenis feri dan kerja- kerja pengubahsuaian terminal. Walau bagaimanapun, sehingga kini pihak MOT masih belum mengemukakan laporan tersebut kepada Kerajaan Negeri. Justeru, melalui mesyuarat Lembaga Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) yang bersidang pada 14 September 2020 telah memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi memantau operasi perkhidmatan feri.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

5. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mempunyai tapak tanah yang dalam saiz kecil, akibat penularan wabak COVID-19 adakah PDC bercadang memberi kemudahan kepada pihak-pihak berkepentingan untuk menjalankan aktiviti perniagaan dalam tapak ini?

(a) Senaraikan tapak tanah yang ada di sekitar Bayan Baru.

YAB. Ketua Menteri:

5. Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mempunyai tanah bersaiz kecil berkeluasan kurang daripada 1 ekar yang dikenali sebagai tanah reja. Akan tetapi PDC dalam proses membuat penyediaan tender bagi penjualan tanah-tanah yang berkenaan dan tiada sebarang cadangan bagi sebarang aktiviti perniagaan dijalankan di atas tapak yang berkenaan. Senarai tanah reja PDC yang berkenaan adalah seperti Jadual berikut:

Bil. Plot (Daerah Timur Laut) Keluasan (Ekar)

1. Tapak di Lintang Macallum 1 (Bersebelahan Blok 362) 0.44

2. Tapak di Lintang Macallum 1 (Bersebelahan Blok 352) 0.078

3. Tapak di Lintang Macallum 1 (Bersebelahan Blok 354) 0.112

Page 8: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

8

(a) Senarai tapak tanah yang ada di sekitar Bayan Baru adalah seperti berikut :

Bil. Plot Keluasan (Ekar)

1. Lengkok Mahsuri (Lot No. PT 6609) 0.83

2. Tapak bersebelahan Shell Bayan Baru (Lot 7596) 0.56

Ahli Kawasan Jawi (YB. H'ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

6. Projek tambun tanah sedang dijalankan oleh Penang Development Corporation (PDC) di Byram.

(a) Sila nyatakan jumlah keluasan tanah yang akan ditambun.

(b) Berapa lamakah projek tersebut akan dijalankan?

(c) Apakah jenis perindustrian yang akan dizonkan di kawasan ini?

YAB. Ketua Menteri:

6. (a) Pada masa ini pihak Penang Development Corporation (PDC) sedang menjalankan projek tambun tanah di Byram yang dipecahkan kepada tujuh (7) fasa. Jumlah keluasan tanah yang akan ditambun belum dimuktamadkan kerana terlibat dengan pelbagai proses pengambilan tanah. Pada peringkat ini hanya tambun tanah Fasa 1 dilaksanakan iaitu berkeluasan 145 ekar.

Fasa 1 bagi projek ini telah dimulakan pada 15 Jun 2020 dan tempoh pelaksanaan projek adalah selama 18 bulan.

(b) Pada peringkat ini, jenis industri yang dikenal pasti untuk ditempatkan di Byram adalah dari kategori industri ‘promoted’ dan am. Ini bagi menampung permintaan dari pelabur tempatan dan asing.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

7. Apakah peranan dan skop kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pembangunan Sosial yang dijenamakan semula dan berkuatkuasa pada 15 September 2020?

(a) Apakah impaknya terhadap pembangunan wanita dan keluarga selepas penjenamaan semula?

YAB. Ketua Menteri:

7. Kerajaan Negeri telah melaksanakan penyusunan dan penjenamaan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selaras dengan keperluan semasa untuk memulihkan serta meningkatkan ekonomi pasca COVID-19 dan visi negeri Pulau Pinang di bawah Penang2030. Portfolio Pembangunan Sosial melibatkan skop kerja pembangunan masyarakat di negeri Pulau Pinang. Portfolio ini berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar serta program-program bagi pembangunan masyarakat di negeri Pulau Pinang.

(a) Portfolio pembangunan sosial akan melibatkan pembangunan masyarakat secara keseluruhan yang mana wanita dan keluarga merupakan sebahagian serta unit asas dalam masyarakat. Portfolio baharu ini dibangunkan selaras dengan visi Penang2030 di mana Kerajaan Negeri memberikan keutamaan

Page 9: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

9

kepada pembangunan institusi keluarga yang menjadi asas kepada pembangunan dan kejayaan negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri akan masih meneruskan momentum pembangunan wanita dan keluarga yang dicetuskan sebelum ini sebagai sebahagian daripada skop kerja portfolio pembangunan sosial. Kerajaan Negeri tidak akan meminggirkan mana-mana pihak daripada arus pembangunan negeri dan penjenamaan portfolio baharu ini masih meneruskan agenda pembangunan wanita dan keluarga, malah menjadi satu norma dan prinsip asas dalam proses membuat keputusan di negeri Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd. Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

8. Kepadatan penduduk di Balik Pulau semakin meningkat terutamanya DUN Pulau Betong dan Telok Bahang, keperluan untuk berurusan dengan Jabatan Kerajaan semakin ketara. Maka Balik Pulau memerlukan suatu mini Pusat Transformasi Bandar (UTC). (a) Bilakah ianya boleh diadakan?

YAB. Ketua Menteri:

8. Kerajaan Persekutuan ada menubuhkan ‘one stop centre’ yang dinamakan Urban Transformation Centre (UTC) dan Rural Transformation Centre (RTC). UTC di Pulau Pinang beroperasi di KOMTAR yang dibuka setiap hari kecuali cuti umum bermula jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam (Isnin-Jumaat) dan jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Sabtu dan Ahad).

Penubuhan UTC atau RTC perlu mengambil kira permintaan dan keperluan penduduk setempat agar perkhidmatan yang ditawarkan dapat dinikmati sebaiknya. UTC dan RTC diterajui oleh Kementerian Kewangan dan hasrat Kementerian Kewangan adalah untuk menubuhkan UTC Negeri di setiap ibu negeri di Malaysia. Sekiranya terdapat keperluan serta peruntukan kewangan yang membenarkan, Kementerian Kewangan akan mewujudkan UTC Bandar di bandar-bandar utama yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

Bagi tahun 2020, Kementerian Kewangan baru sahaja menubuhkan UTC Pulau Pinang di KOMTAR yang mula beroperasi pada bulan Ogos baru-baru ini. Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kewangan, belum ada cadangan di bawah RMK bagi pewujudan mini UTC yang baharu.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

9. Bagaimana Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada pembangunan Industri Asas Tani menembusi pasaran luar?

(a) Apakah jenis bantuan dan sokongan yang disediakan untuk membantu mereka yang terlibat dalam industri Agromakanan?

(b) Adakah Kerajaan Negeri menyediakan pembiayaan kewangan dan tanah khusus kepada anak muda yang berminat dalam pertanian moden dan perternakan?

YAB. Ketua Menteri:

9. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri memberi penekanan kepada pembangunan Industri Asas Tani (IAT) untuk menembusi pasaran luar dengan cara melaksanakan program-program bagi meningkatkan daya saing produk IAT.

Page 10: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

10

Bagi tahun 2020, sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan bagi pembangunan projek Industri Asas Tani (IAT) dengan melaksanakan program-program seperti berikut:

No. Projek /Program Peruntukan (RM)

Sasaran Bilangan Program

Sasaran Bilangan Usahawan yang

Menerima Faedah

1. Program Pembangunan Industri Pemperosesan Makanan

200,000

-

25

2.

Program Pembangunan Aktiviti Jualan Terus

300,000 20 140

JUMLAH 500,000 20 165

Selain meningkatkan daya saing produk IAT tempatan bagi pasaran tempatan mahupun ke pasaran luar negara, pembangunan IAT di negeri ini juga memfokuskan kepada pembangunan modal insan di mana usahawan tempatan diberi pendedahan, kemahiran dan pengetahuan berkaitan pengendalian bahan makanan diikuti dengan pembangunan kualiti dan representasi produk supaya mencapai piawaian dan memenuhi kehendak pasaran.

Untuk membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran, pihak Jabatan Pertanian Negeri juga menyediakan bantuan dan insentif seperti mesin dan peralatan pemprosesan makanan kepada usahawan yang layak. Usahawan IAT juga turut dibantu dengan cara membawa mereka menyertai program-program promosi samada di dalam atau di luar Pulau Pinang.

(a) Perincian bantuan dan sokongan yang disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri kepada usahawan industri agromakanan dan IAT adalah seperti di Lampiran A.

Pihak Jabatan Pertanian Negeri tidak menawarkan tanah khusus kepada belia yang berminat untuk menjalankan projek pertanian. Walau bagaimanapun, pihak jabatan menyediakan plot / tapak untuk disewa kepada peserta yang berminat untuk terlibat dalam bidang pertanian. Belia yang berminat perlu melalui proses temuduga bagi mendapatkan plot / tapak yang disediakan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri seperti di Permatang Pauh Agro Park, Batu

Kawan Agro Park dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda.

Plot / tapak projek yang ditawarkan adalah milik agensi luar yang mempunyai kerjasama dengan pihak Jabatan Pertanian Negeri bagi tujuan membangunkan sektor pertanian.

Bagi belia yang berhasrat menjalankan projek pertanian juga boleh memohon pembiayaan menerusi Tabung Usahawan Tani (TUT)

Negeri Pulau Pinang. Kemudahan pinjaman adalah berjumlah RM6,000 kepada belia berumur 40 tahun dan ke bawah. Bagi usahawan tani yang berumur melebihi usia 40 tahun, kemudahan pinjaman yang ditawarkan adalah berjumlah RM5,000 dengan tempoh bayaran balik pinjaman ini ialah selama 2 tahun tanpa sebarang bayaran faedah. Bagi mereka yang memerlukan

Page 11: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

11

pinjaman kali kedua, pinjaman mikrokredit ini boleh dimohon sehingga RM10,000 dengan kadar faedah yang dikenakan ialah 6% setahun bagi tempoh pinjaman selama 2 tahun.

Selain itu, belia juga boleh memohon Geran Agroprenuer Muda (GAM) dari pihak Kerajaan Persekutuan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima sehingga RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. Selain itu, pemohon GAM boleh dipertimbangkan Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan RM50,000 hingga RM200,000 daripada pihak Agrobank atau sehingga RM50,000 daripada pihak TEKUN Nasional bagi setiap projek. Seterusnya, pemohon GAM juga akan menerima khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan.

Bagaimana Kerajaan Negeri memberi penekanan kepada pembangunan Industri Asas Tani menembusi pasaran luar.

Pada tahun 2020, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri telah memperuntukan sejumlah peruntukan bagi pembangunan pelbagai projek Industri Asas Tani (IAT). Berikut adalah agihan mengikut butiran projek/program:

No. Projek /Program Peruntukan (RM)

Sasaran Bilangan Program

Sasaran Bilangan Usahawan yang

Menerima Faedah

1.

Program Pembangunan Industri

Pemperosesan Makanan

200,000.00 - 25

2. Program Pembangunan Aktiviti Jualan Terus

300,000.00

20

140

(a) Objektif pelaksanaan ketiga-ketiga projek ini adalah bagi memastikan produk IAT tempatan mampu bersaing di pasaran Apakah jenis bantuan dan sokongan yang disediakan untuk membantu mereka yang terlibat dalam industri agromakanan tempatan mahu pun di luar negeri. Peringkat permulaan pembangunan IAT ialah melalui pembangunan modal insan di mana usahawan diberi pendedahan dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pengendalian bahan makanan, seterusnya pembangunan kualiti dan representasi produk supaya mencapai piawaian dan kehendak pasaran. Bagi tujuan membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran, pihak Jabatan Pertanian Negeri juga menyediakan bantuan/insentif berkaitan mesin dan peralatan pemprosesan makanan kepada usahawan yang layak. Usahawan IAT juga turut dibantu melalui penyertaan program-program promosi di dalam dan di luar Negeri Pulau Pinang. Walau bagaimana pun, program promosi yang melibatkan perhimpunan awam dilaksanakan melalui kaedah yang lebih sesuai dengan pematuhan SOP Kesihatan dan Keselamatan yang ditetapkan. Industri

Page 12: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

12

agromakanan terdiri daripada tanaman makanan dan produk hasilan makanan. Berikut ialah bantuan dan sokongan yang disediakan kepada usahawan tanaman dan IAT serta khidmat sokongan pertanian yang lain:

No. Butiran Projek Kumpulan Sasar Bantuan / Insentif

Khidmat Sokongan Pertanian: Program Latihan dan Pengukuhan Petani/Usahawan/Orang Awam

1. Pembangunan Khidmat

Petani / Usahawan IAT / Orang Awam

Latihan, peralatan bagi perlaksanaan program

pengukuhan, kempen dan promosi teknologi pertanian dan perkhidmatan mekanisasi ladang

Pengembanga n Tekno Pertanian

2. Program Pembangunan Kelompok Tani

3. Program Pembangunan Petani Pelapis

4. Pengukuhan Khidmat Pengembanga n dan Komunikasi Pembangunan

5. Program Perkhidmatan Kejenteraan

Khidmat Sokongan Pertanian: Kemudahan Latihan Pertanian

6. Pembangunan Pusat Inkubator (Tasek Cempedak & Bumbung Lima)

Petani / Orang Awam

Kemudahan Pusat Latihan.

7. Pembangunan Pusat Pengembanga n Teknologi Pertanian Cherok Tok Kun

8. Pembangunan Pusat Teknologi Sg. Acheh, SPS

9. Pusat Pengembanga n Teknologi Pertanian Daerah Barat

Daya / Timur Laut

Page 13: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

13

No. Butiran Projek Kumpulan Sasar Bantuan / Insentif

10. Menaiktaraf Makmal Ujikaji Produk Hiliran Makanan di Kompleks Pertanian Cherok Tok Kun

Projek Pembangunan : Projek Pembangunan Tanaman

11. Pembangunan Tanaman Padi

Petani

Bantuan peralatan, jentera dan input pertanian serta infrastruktur ladang.

12.

Pembangunan Tanaman Buah-Buahan

13. Pembangunan Sayur- Sayuran

14.

Program Pembangunan

Tanaman Lain- Lain Ekonomi

15. Pembangunan Kawasan Kelapa

Projek Pembangunan : Projek dan Program Pembangunan Usahawan IAT

16 Program Pembangunan Industri Pemprosesan Makanan

Bantuan peralatan dan mesin, label/pembungkusan, papan tanda, dan bantuan

baikpulih dan naiktaraf bengkel pemprosesan.

17 Program Pembangunan Aktiviti Jualan Terus

Pihak Jabatan Pertanian Negeri tidak menawarkan secara khusus tanah kepada belia yang berminat untuk menjalankan projek pertanian, tetapi lebih kepada tawaran plot / tapak projek kepada peserta yang layak melalui proses temuduga seperti di Permatang Pauh Agro Park, Batu Kawan Agro Park dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda. Plot / tapak projek adalah milik agensi lain yang mempunyai kerjasama dengan pihak Jabatan Pertanian Negeri bagi tujuan membangunkan sektor pertanian. Peserta yang ditawarkan plot / tapak projek akan dikenakan kadar bayaran sewaan dengan tempoh kontrak sewaan tertentu.

Manakalan bagi belia yang berhasrat menjalankan projek pertanian boleh memohon pembiayaan dalam bentuk pinjaman mikrokredit di bawah Tabung Usahawan Tani (TUT) Negeri Pulau Pinang. Kemudahan pinjaman adalah sehingga RM6,000.00 kepada belia berumur 40 tahun dan ke bawah dan untuk usahawan tani yang berumur 40 tahun dan ke atas, kemudahan pinjaman adalah sehingga RM5,000.00 dengan

Page 14: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

14

tempoh bayaran balik selama 2 tahun. Manakala untuk pinjaman kali kedua kadar faedah yang dikenakan ialah 8% setahun.

Selain itu, belia juga boleh memohon Geran Agroprenuer Muda (GAM) dari pihak Kerajaan Persekutuan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima sehingga RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. Selain itu, pemohon GAM boleh dipertimbangkan Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang- kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan RM50,000 hingga RM200,000 daripada pihak Agrobank atau sehingga RM50,000 daripada pihak TEKUN Nasional bagi setiap projek. Seterusnya, pemohonan GAM juga akan menerima khidmat nasihat teknikal dan latihan secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

10. Kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Bukit Kukus pada 19 Oktober 2018 yang telah meragut 9 orang pekerja maut.

(a) Apakah status kes kejadian tersebut?

(b) Apakah inisiatif kerajaan bagi mengelakkan kemalangan seperti ini berlaku lagi?

(c) Bilakah projek ini akan selesai dan dibuka untuk kegunaan awam?

YAB. Ketua Menteri:

10. (a) Status terkini bagi kes tanah runtuh di tapak pembinaan projek Bukit Kukus yang telah berlaku pada 19 Oktober 2018 ialah syarikat kontraktor telah didapati bersalah atas kecuaian dan diambil tindakan mahkamah oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Denda dikenakan sebanyak RM 35,000.00 kepada syarikat kontraktor terbabit. Selain itu, pengarah projek syarikat kontraktor tersebut juga telah dikenakan denda sebanyak RM 35,000.00.

(b) Bagi mengelakkan kemalangan ini daripada berulang, Kerajaan Negeri melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengambil beberapa langkah seperti berikut:

(i) Mewajibkan kontraktor utama melantik jurutera perunding bertauliah bagi mereka bentuk, menyelia dan menyediakan pelan pembinaan untuk kerja- kerja tanah sementara di tapak;

(ii) Memastikan jurutera perunding dan jurutera perunding pemeriksa bebas perlu mengawasi, menyelia dan mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan orang awam, harta awam dan persekitaran;

(iii) Memastikan semua laluan air semula jadi di tapak mesti dikaji, dikekalkan dan disalurkan tanpa menjejaskan aliran sedia ada;

(iv) Membina longkang/parit sementara terlebih dahulu di kawasan-kawasan yang melibatkan kerja-kerja pemotongan serta penstabilan cerun;

(v) Memastikan semua kerja-kerja mitigasi terutama yang melibatkan kerja-kerja penstabilan cerun perlulah disegerakan;

Page 15: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

15

(vi) Memantau peranan kontraktor utama, jurutera perunding utama dan jurutera perunding pemeriksa bebas perlu lebih pro-aktif di tapak demi keselamatan orang awam, harta awam dan persekitaran; dan

(vii) Menyediakan jadual penyenggaraan sistem perparitan dan kolam enapan sementara di tapak.

(c) Projek pembinaan jalan ini dijangka akan disiapkan seterusnya dibuka untuk kegunaan awam pada bulan Mei 2021.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daneil Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

11. Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).

(a) Apakah usaha dan inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan RIBI tidak akan diroboh sewenang-wenangnya seperti di Negeri Kedah?

YAB. Ketua Menteri:

11. (a) Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan keharmonian rakyat termasuk memastikan isu mengenai RIBI di Pulau Pinang diuruskan secara berkesan. Antara insiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan RIBI tidak diroboh sewenang-wenangnya di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan Negeri telah mewujudkan Jawatankuasa MMK Hal Ehwal Bukan Islam dan Jawatankuasa Penyelarasan RIBI untuk memastikan isu-isu melibatkan RIBI diuruskan secara berkesan;

(ii) Kerajaan Negeri telah menetapkan setiap pembangunan di Pulau Pinang termasuk RIBI perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Hal ini bagi memastikan semua RIBI yang dibangunkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan demi kesejahteraan rakyat; dan

(iii) Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah memutuskan supaya semua tindakan penguatkuasaan terhadap RIBI diambil selepas mendapat keputusan Jawatankuasa Tanah Negeri berdasarkan ulasan daripada Jawatankuasa Penyelarasan RIBI. Jawatankuasa Penyelarasan RIBI akan meneliti isu berkaitan RIBI bersama agensi teknikal dan ADUN kawasan berdasarkan peruntukan perundangan yang sedang berkuatkuasa, dengan matlamat mencapai penyelesaian memandangkan ia melibatkan isu yang sensitif.

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

12. Apakah perkembangan terkini Penang International Halal Hub (PIHH) Development Sdn. Bhd. setelah 12 tahun beroperasi?

(a) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengadaptasikan Industri 4.0 dan era digital ekonomi tambahan lagi untuk menghadapi pandemik COVID-19?

(b) Sila terangkan kejayaan-kejayaan sepanjang PIHH Development diwujudkan.

YAB. Ketua Menteri :

12. Penang International Halal Hub Development Sdn Bhd (PIHH) telah ditubuhkan pada April 2008. Perkembangan terkini PIHH setelah 12 tahun beroperasi adalah PIHH telah dijenama semula kepada Penang Halal International Sdn Bhd (PHI) yang dilancarkan

Page 16: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

16

oleh Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang pada 11 September 2020 di Jen Hotel. PHI merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang ditubuhkan bukan berorientasikan keuntungan, dan perkara itu masih kekal sehingga kini. Antara fungsi utama penubuhan PHI adalah sebagai agensi yang mempromosi dan membantu para industri dalam hal-hal yang berkaitan halal seperti pensijilan halal, pemasaran produk halal serta meneroka pasaran-pasaran halal yang baru di dalam dan luar negara. Kerajaan Negeri telah mewujudkan PIHH Development Sdn. Bhd. atau kini dikenali sebagai PHI sebagai satu langkah mempromosikan industri halal dan menjadikan Pulau Pinang sebagai Hab Halal Antarabangsa di rantau Asean.

(a) Antara langkah-langkah yang diambil oleh PHI untuk mengadaptasikan Industri 4.0 dan era digital ekonomi terutamanya untuk menghadapi pandemik COVID-19 adalah seperti berikut:

(i) Menjalin kerjasama antara PHI dan foodpanda, sebuah syarikat penghantaran makanan secara digital/tempahan atas talian melalui program Ramadhan E-Bazaar dan Penang Food4U. Program ini bertujuan membantu para peniaga makanan mempromosikan perniagaan mereka melalui platform 'digital delivery' foodpanda. Hasil rundingan dengan pihak Food Panda, para peniaga yang mendaftarkan diri dalam program anjuran PHI ini akan menikmati diskaun caj pengangkutan.

(ii) Memulakan inisiatif e-dagang (E-commerce) Penang E-Mall dan menjalin kerjasama dengan Shopee platform e-dagang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Platform ini menyediakan peluang kepada para usahawan Pulau Pinang untuk memasarkan produk jualan mereka secara atas talian. Sehingga September 2020, sebanyak 5466 peniaga Pulau Pinang telah menyertai program Penang E-Mall ini dan anggaran hasil jualan yang telah dijana melalui baucar diskaun yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam platform Penang E-Mall ini adalah sebanyak RM1.15 juta ringgit, dengan peruntukan yang dilepaskan setakat ini ialah RM145,000.00 daripada RM500,000.00 yang diperuntukkan.

(iii) Menganjurkan beberapa siri latihan berkaitan halal dan keusahawanan, khusus kepada para usahawan Pulau Pinang. Antaranya ialah Kursus Asas Shopee,

Halal Intensive Training Course (HITC) atau Kursus Asas Pensijilan Halal Malaysia (KAPHM) serta beberapa siri kursus dan latihan pada masa akan datang.

Selain itu, perancangan masa hadapan PHI adalah untuk melaksanakan program ‘digital community delivery’ dan International Inspirasi Khadijah 2020 Virtual, iaitu sebuah pameran perdagangan secara virtual yang mengetengahkan produk dan servis oleh para usahawan wanita.

PHI kini dalam perbincangan dengan beberapa pihak untuk melaksanakan projek baharu dan ianya akan diumumkan apabila telah mencapai persetujuan bersama. Malah, PHI juga telah menjalinkan hubungan dengan beberapa rakan strategik yang terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta dalam usaha memartabatkan industi halal di Pulau Pinang.

(b) Antara kejayaan-kejayaan sepanjang PHI diwujudkan sejak April 2008 adalah seperti berikut:

Page 17: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

17

(i) Mewujudkan “designated area” yang dibangunkan sebagai Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) untuk memenuhi permintaan pelabur yang ingin menempatkan operasi pengilangan di Pulau Pinang khususnya dalam sektor Halal seperti berikut:

(a) 53 ekar di Penang Science Park (PSP); dan

(b) 98 ekar di Utara Penang Science Park/Penang Science Park North (PSPN).

Kedua-dua TPPH di PSP dan PSPN ini telah memperoleh pengiktirafan Sijil Halmas daripada Halal Development Corporation (HDC) bagi melayakkan para pelabur untuk menikmati insentif serta galakan cukai.

PHI juga merupakan pihak yang mempromosikan Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang (TPHPP) dengan tanah yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). Dari tahun 2008 sehingga kini terdapat 8 buah syarikat di dalam fasa 1 TPHPP manakala 22 buah syarikat ditempatkan di Zon Makanan fasa 2 TPHPP.

(ii) Penganjuran Penang International Halal Expo and Conference (PIHEC)

Halal Penang telah berjaya dalam penganjuran secara tahunan PIHEC bermula pada tahun 2010 melibatkan penyertaan pemamer yang terdiri daripada usahawan dan syarikat tempatan dan luar negara dalam sektor makanan dan minuman, farmaseutikal dan kosmetik, lojistik dan teknologi. PIHEC telah merekodkan penyertaan 84 pemamer pada tahun pertama dan terkini PIHEC 2019 berjaya mengumpulkan 291 para usahawan, syarikat dan organisasi dari dalam dan luar negara. Statistik menunjukkan penglibatan para usahawan tempatan yang lebih ramai melalui platform PIHEC yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri jelas membawa manfaat besar bagi aktiviti promosi produk dan perkhidmatan tempatan; dan

(iii) Menyumbang terhadap peningkatan jumlah permohonan pensijilan Halal di Negeri Pulau Pinang daripada 55 kepada 1,112 permohonan setakat Disember 2018 melalui prinsip Kerajaan Negeri iaitu Aggressive, Condusive and Persuasive (ACP) Kerajaan Negeri yang diterapkan sejak penubuhan Halal Penang pada November 2008. Permohonan Halal terdiri daripada pelbagai kategori industri iaitu pembuatan makanan, restoran dan outlet makanan, makanan, pembuatan kosmetik, farmaseutikal, khidmat lojistik, perhotelan serta rumah penyembelihan.

Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

13. Sila nyatakan status projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebanyak RM800 juta dan pengendalian perkhidmatan feri Pulau Pinang yang dikhabarkan akan diberhentikan pada tahun depan selepas diadakan perbincangan dengan Menteri Pengangkutan.

Y.A.B. KETUA MENTERI

13. Status projek menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dari 6.5 mppa (million passengers per annum) kepada 12 mppa kini telah mendapat kelulusan pelan Kebenaran Merancang serta kelulusan pelan bangunan daripada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Buat masa kini kerja pembinaan fizikal di tapak masih belum dijalankan.

Page 18: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

18

Berdasarkan laporan bulanan projek menaik taraf LTAPP setakat 25 September 2020 yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri, pihak MAHB masih dalam proses mengemukakan dokumen-dokumen berkaitan untuk pematuhan terhadap kelulusan-kelulusan yang telah diperolehi daripada agensi berkaitan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mengambil maklum mengenai cadangan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk menangguhkan semua projek menaik taraf lapangan terbang di Malaysia bagi melaksanakan kajian National Airports Strategic Plan (NASP) yang dijangka siap pada tahun 2023. Setakat ini, perincian mengenai laporan ini masih belum dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri.

Berhubung dengan pengendalian perkhidmatan feri, satu sesi perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah diadakan pada 27 Ogos 2020 bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengangkutan di Pulau Pinang termasuk perkhidmatan feri.

Melalui perbincangan tersebut, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa pihak Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) akan memulakan proses pengambilalihan semula pengurusan perkhidmatan feri daripada pihak Rapid Ferry Sdn. Bhd. (Rapid Ferry).

Selain itu, Kerajaan Negeri telah memohon pihak MOT untuk mengemukakan pelan perancangan keseluruhan kerja-kerja naik taraf serta pengoperasian feri-feri baharu kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu memandangkan perkhidmatan feri merupakan salah satu mod pengangkutan awam yang penting kepada seluruh rakyat negeri ini.

Lanjutan daripada itu, pihak MOT melalui pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) akan mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri setelah model perniagaan perkhidmatan feri yang akan disediakan oleh pihak PPSB mendapat persetujuan Kerajaan Persekutuan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

14. Sila terangkan visi pembangunan wanita dan keterangkuman gender selepas penyusunan semula portfolio barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

14. Kerajaan Negeri telah melaksanakan penyusunan semula portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berkuatkuasa 15 September 2020 selaras dengan keperluan semasa untuk memulihkan serta meningkatkan ekonomi pasca COVID-19 dan visi Negeri Pulau Pinang di bawah Penang2030. Portfolio pembangunan wanita dan keterangkuman gender disusun semula kepada portfolio baharu iaitu pembangunan sosial. Portfolio ini berperanan untuk merancang dan melaksanakan dasar serta program-program bagi pembangunan masyarakat di negeri Pulau Pinang.

Di bawah portfolio pembangunan sosial, Kerajaan Negeri akan terus memberikan fokus kepada visi pembangunan wanita dan keterangkuman gender yang disasarkan sebelum ini iaitu untuk mengurangkan jurang gender serta menyediakan wanita untuk memberikan sumbangan kepada pembangunan negeri Pulau Pinang. Fokus Kerajaan Negeri kepada visi ini adalah selaras dengan Penang2030 di mana keutamaan diberikan kepada institusi keluarga yang menjadi asas kepada pembangunan negeri dan wanita sebagai tunjang kepada sesebuah keluarga. Program yang telah dilaksanakan seperti program Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK), Program Wanita Jana Rezeki, Program Mentor Usahawan Wanita, Dasar Keluarga Selamat, Program Pembangunan Kepimpinan Wanita serta Pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender akan diteruskan.

Page 19: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

19

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

15. Mohon Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan status terkini Industri Akuakultur di Penaga.

YAB. Ketua Menteri:

15. Status terkini bagi projek Zon Industri Akuakultur (ZIA) Penaga adalah masih di peringkat penyediaan laporan Environmental Impact Assessment (EIA) Jadual-2 yang merangkumi laporan Fisheries Impact Assessment (FIA). Terms of Reference (TOR) bagi Laporan EIA Jadual- 2 ini dijangka siap pada suku pertama tahun 2021 setelah tergendala susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan Negeri mengambil maklum akan kepentingan tanah paya bakau dan keperluan untuk mengekalkan kawasan tersebut. Kerajaan Negeri juga mengambil berat akan usaha untuk pengekalan kawasan paya bakau yang sedang dirancang. Berikut adalah pandangan teknikal daripada:

I. ULASAN TEKNIKAL JABATAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN 5 Jun 2020 NO.RUJUKAN : PSUKPP/(R)/32/0603/1 Klt.9 ( ) Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

(a) Pinggiran Pantai Telok Air Tawar di Seberang Perai Utara diliputi dengan pokok-pokok bakau lebih kurang tujuh (7) km. Bagi mana-mana pembangunan berhadapan pantai pemaju perlu merujuk kepada garis panduan had anjakan sedia ada berdasarkan JPS 1/97 dengan had anjakan bagi kawasan hutan paya bakau adalah 400 meter yang dikira bermula dari garisan tebing terakhir pokok bakau ke kawasan darat.

(b) Manakala merujuk kepada garisan panduan terkini yang telah dikemaskini melalui National Coastal Erosion Study (NCES) 2015 yang telah dibentangkan pada 27 Mac 2018 bahawa had anjakan bagi kawasan hutan paya bakau adalah berdasarkan kepada kategori hakisan bagi pantai berkenaan yang dikira bermula dari garisan air pasang tinggi ke kawasan darat. Had anjakan berdasarkan kepada kategori hakisan adalah seperti:

(i) 60m bagi kawasan hakisan yang mengalami hakisan kategori 1;

(ii) 30m bagi kawasan hakisan yang mengalami hakisan kategori 2;

(iii) 20m bagi kawasan hakisan yang mengalami hakisan kategori 3;

(iv) 20m bagi kawasan pantai yang stabil; dan

(v) 20m bagi kawasan pantai yang telah dilindungi dengan struktur kawalan hakisan

(c) Pokok bakau merupakan pelindung hakisan pantai semulajadi yang dapat menyerap kesan ombak tsunami pada tahun 2004 dengan baik berbanding dengan struktur penahan ombak buatan. Sekiranya hutan pokok bakau tersebut ditebang untuk pembangunan, maka struktur penahan ombak buatan (rock revertment) perlu dibina dengan anggaran kos RM84 juta (RM12juta x 7km) dan struktur tersebut perlu diselenggara sepanjang masa dengan kos yang tinggi.

Page 20: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

20

II. Tujuh (7) surat dari Persatuan Nelayan di Kawasan Projek ZIA

(a) Persatuan Nelayan Kawasan Seberang Perai - 9 Jun 2020

Surat kepada YAB Ketua Menteri dan disalinkan kepada YB EXCO telah dihantar pada 9 Jun 2020 menyatakan keputusan beberapa siri Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Nelayan Seberang Perai yang telah mengusulkan bantahan terhadap pelaksanaan Projek ZIA Penaga daripada 16 unit nelayan dan telah mendapat sokongan sebulat suara kerana:

(i) Banjir dan Tsunami;

(ii) Pencemaran air paya bakau dan laut tempat nelayan menangkap ikan;

(iii) Ribut - sejak 2017 hingga 2020 sebanyak 130 buah rumah telah terjejas akibat ribut kerana kekurangan zon penampan;

Usul 2.2 (26 April 2016) - Memohon kepada Jabatan Perhutanan dan Jabatan Alam Sekitar agar kawasan hutan persisir pantai (paya bakau) dapat diwartakan sebagai hutan simpan kekal serta diperketatkan penguatkuasaan- pemantauan bagi memastikan kawasan yang menjadi tempat pembiakan utama hasil laut ini terpelihara demi masa depan sektor perikanan Negeri;

Usul 2.4 (26 April 2016) - Mengusulkan kepada Jabatan Perikanan agar membantah pelaksanaan Projek ZIA

(b) Surat bantahan dari enam (6) Ketua Unit Nelayan bertarikh 9 Jun 2020:

(i) Rosidi bin Ramli - Ketua Unit Nelayan Pengkalan Sena, 98 Ahli Nelayan dan 35 Bot Nelayan;

(ii) Muhammad Nor bin Saidin - Ketua Unit Nelayan Sg.

(iii) Tembus, 126 Ahli Nelayan dan 100 Bot Nelayan;

(iv) Sahimi bin Husin - Ketua Unit Nelayan Bakau Tua, 98 Ahli Nelayan dan 60 Bot Nelayan;

(v) Abdul Latip bin Teha – Ketua Unit Nelayan Penaga, 220 Ahli Nelayan dan 80 Bot Nelayan;

(vi) Ariffin bin Mat - Ketua Unit Nelayan Kuala Muda, 268 Ahli Nelayan dan 250 Bot Nelayan; dan

(vii) Muhammad Nizam bin Abdul Salim - Ketua Unit Nelayan Butterworth.

III. Ulasan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang - Hutan Bakau di sepanjang perairan Teluk Air Tawar – Kuala Muda, Pulau Pinang - di terima pada 11 Oktober 2020 berdasarkan Ulasan bertarikh Disember 2019

(i) Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang sentiasa menyokong terhadap usaha untuk mewartakan Hutan Paya Laut yang terdapat di Penaga sebagai Hutan Simpanan Kekal;

(ii) Usaha-usaha bagi mewartakan semua kawasan hutan bakau dan hutan nipah dalam tanah kerajaan dan tanah milik agensi sebagai Hutan Simpan Kekal sebagaimana keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bil.602/2007 masih diteruskan dan sedang dalam penyediaan untuk pembentangan di dalam MTNeg sebelum

Page 21: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

21

dibentangkan di MMKN kelak. Antara salah satu perkara untuk diberi perhatian adalah perlindungan Kawasan Hutan Paya Laut Penaga yang menjadi lokasi terpenting di Pulau Pinang sebagai tempat persinggahan burung hijrah;

(iii) Sebarang perluasan atau pembukaan kawasan paya laut untuk penubuhan kolam akuakultur yang baharu bakal menjejaskan habitat terpenting ini;

(iv) Dengan adanya pewartaan sebagai Hutan Simpanan Kekal kelak, Hutan Paya Laut di sekitar Penaga atau Teluk Ayer Tawar akan menjadi lokasi penting untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti konservasi biodiversiti yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Usaha ini dilihat bukan sahaja dapat menggalakkan pengunjung biasa namun penyelidik- penyelidik dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini. Ini akan dapat mewujudkan kepelbagaian aktiviti ekopelancongan secara langsung dan tidak langsung di kawasan tersebut.

(v) Mesyuarat MMK Pertanian pada 14 Mei 2020 dan Mesyuarat PAC pada 9 Oktober 2019 menjemput Pakar Ekologi Hutan Bakau, Dr. Foong Swee Yeok, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat USM, terdapat kepentingan eko- sistem paya bakau Teluk Ayer Tawar-Kuala Muda untuk food security dan food safety Negeri Pulau Pinang seperti surat bertarikh 16 Jun 2020.

Antara ulasan yang dinyatakan adalah seperti berikut;

− Banyak kajian telah menunjukkan hubungan rapat di antara hasil tangkapan perikanan yang bernilai komersial tinggi dengan hutan paya bakau [di antaranya: bawal (Pampus chinensis), udang (udang putih Penaeus merguiensis), kerang (Anadara granosa) dan ketam (Scylla serrata).

− Peranan pokok bakau sebagai pembekal makanan dan tapak perlindungan untuk spesies hidupan laut memang telah dibuktikan sejak tahun 1970an. Di antaranya, terdapat hasil kajian saintifik yang menggunakan teknologi “Carbon Isotope” menunjukkan anak udang memperolehi setinggi 84% kandungan isi Carbon-nya daripada punca pokok bakau (kajian dijalankan di Universiti Malaya, Chong et al. (2001).

− Ketergantungan udang pada carbon pokok bakau masih dapat dikesan hingga 2km dari pinggir hutan bakau. Boleh disimpulkan bahawa pemusnahan hutan paya bakau akan secara terusnya menjejaskan sumber makanan laut di negara kita. Kewujudan hutan paya bakau yang sihat menjaminkan pendapatan hasil sumber makanan perikanan yang bersih dan selamat (Food Safety & Food Security) untuk semua.

− Satu anggaran telah dibuat untuk menilai pergantungan hasil tangkapan perikanan di kawasan Teluk Ayer Tawar- Kuala Muda terhadap hutan paya bakau. Anggaran ini telah dibuat menggunakan cara TESSA (Toolkit for Ecosystem Service Site-based Assessment) yang dibangunkan oleh Cambridge University bersama 5 institut antarabangsa yang lain https://www.birdlife.org/worldwide/science/assessing-ecosystem-services-tessa).

Page 22: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

22

− Terdapat lima (5) kampung nelayan di kawasan ZIA: Kuala Muda, Bakau Tua, Pulau Mertajam, Penaga and Teluk Ayer Tawar. Jumlah bilangan nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Pulau Pinang adalah seramai 945 (Sumber: DOF, 2014; data Unit Nelayan dan permerhatian di tapak kajian). Pendapatan purata nelayan (LKIM, 2009) adalah sebanyak RM 1,758 sebulan (nilai pada tahun 2018 berdasarkan IMF 2019 Deflator Index). Selepas penyesuaian nilai perkhidmatan ekosistem paya bakau sebagai habitat hidup (50%) dan tempat pembiakan (25%) (Sasekumar et al. (1992, 1998) dan Jothy (1984), nilai perkhidmatan ekosistem hutan paya bakau dari segi perikanan adalah setinggi RM14,951,790 setahun untuk kawasan Teluk Ayer Tawar-Kuala Muda.

− Jumlah hasil pendapatan dari nelayan Teluk Ayer Tawar-Kuala Muda yang setinggi RM14.9 juta setahun ini menggambarkan betapa pentingnya ekosistem hutan paya bakau dalam menjaminkan keselamatan pemakanan (Food Security) untuk negeri Pulau Pinang. Jumlah hasil tangkapan ini juga adalah dari punca yang mesra alam kerana tidak melibatkan penggunaan antibiotik serta bahan pemakanan ikan (fish feed) yang tidak lestari. Aspek ini adalah penting untuk kesihatan komsumer dari segi “Food Safety” juga.

− Sebarang bentuk aktiviti ekonomi yang lain tidak sepatutnya dijalankan di tapak hutan paya bakau kerana pengorbanan RM 14.9 juta sumber perikanan yang selamat ini akan memberi impak yang amat tinggi terhadap rakyat Pulau Pinang. Aktiviti akuakultur udang/ikan dalam kolam yang berisiko penyakit setinggi 35% (berdasarkan kajian terkini Boston Consulting Group di Negara Thai, 2019), sepatutnya diharam terus daripada menjejaskan keutuhan hutan paya bakau di Teluk Ayer Tawar-Kuala Muda.

− Selain daripada itu, jumlah anggaran perkhidmatan ekosistem (ecosystem service) dari Teluk Ayer Tawar-Kuala Muda ini adalah setinggi RM93 juta setahun. Perkhidmatan ekosistem yang terlibat adalah: perlindungan tepi pantai dari hakisan ombak/tsunami, pengekalan kualiti air, eko- pelancongan dan carbon ekonomi.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

16. Beapakah jumlah mereka yang dilaporkan kehilangan pekerjaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19?

YAB. Ketua Menteri:

16. Pulau Pinang, jumlah pekerja yang diberhentikan secara pemberhentian tetap atau sukarela semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh pandemik COVID-19 adalah seramai 5,443 orang dengan pecahan mengikut bulan seperti berikut:

Jadual 1: Bilangan Pemberhentian Pekerja Mengikut Bulan Yang Dilaporkan Kepada JTK Pulau Pinang Semasa Tempoh PKP

Page 23: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

23

Bulan Jumlah Pemberhentian (orang)

Mac 122

April 1,494

Mei 275

Jun 1,542

Julai 1,184

Ogos 290

September 536

Jumlah 5,443

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

17. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan diranang bagi membantu usahawan-usahawan yang tekesan akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

YAB. Ketua Menteri:

17. Langkah-langkah yang telah diambil dan dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi membantu usahawan-usahawan yang terkesan akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut:

(a) Memberi pengecualian penyewaan kepada penyewa / usahawan makanan dan minuman di Kompleks Gerai Bukit Tengah di bawah seliaan Penang Development Corporation (PDC) untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 di bawah program Bantuan Rakyat Pulau Pinang. PDC pada dasarnya meneruskan pemberian pengecualian penyewaan pada bulan Julai, Ogos dan September 2020 dan akan membuat penilaian keadaan perniagaan penyewa usahawan sama ada akan diteruskan pengecualian dari bulan ke bulan sehingga Disember 2020;

(b) Menyalurkan bantuan one-off RM500.00 kepada penjaja dan peniaga kecil di Pulau Pinang seperti berikut:

(i) 14,012 peniaga dan penjaja berlesen;

(ii) 3,103 penjaja penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan kedai persendirian (shoplot); dan

(iii) 5,666 penjaja/penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan PBT.

(c) Meluluskan pengecualian bayaran sewa premis-premis perniagaan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1.0 dan 2.0 bagi tempoh empat (4) bulan termasuk pasar- pasar awam, lot-lot kedai dan sebagainya.

Page 24: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

24

Melalui bantuan Fasa 2.0 tersebut, Kerajaan Negeri telah meluluskan pengecualian bayaran sewa bagi tempoh tambahan tiga (3) bulan iaitu bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2020 yang melibatkan unit-unit kedai di bawah pengurusan Kerajaan Negeri termasuk PBT.

Keseluruhan bantuan berkaitan pengecualian bayaran sewa yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui dua (2) fasa tersebut melibatkan tempoh selama empat (4) bulan.

(d) Menawarkan Skim Pinjaman Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang (Skim Peka PKS) pada April 2020. Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM30 juta sebagai dana dalam Skim Peka PKS dan bantuan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan usahawan IKS sektor pembuatan. Pemohon yang layak boleh mendapat pinjaman sehingga RM50,000 manakala usahawan PKS dalam sektor lain juga boleh mendapat bantuan pinjaman sehingga RM20,000. Skim Peka PKS ini bukan sahaja merupakan pinjaman tanpa faedah, malah, peminjam juga tidak perlu membuat sebarang pembayaran balik bagi tempoh enam bulan pertama. Pembayaran balik bulanan cuma akan bermula pada bulan ketujuh sehingga bulan ke-30;

(e) Memberi penangguhan pembayaran pinjaman Skim Pinjaman Harapan (SPH) selama 3 bulan bermula April hingga Jun 2020 kepada peminjam SPH bagi membantu meringankan beban usahawan akibat penutupan perniagaan mereka semasa PKP melibatkan peruntukan sebanyak RM654,152.75;

(f) Menjalankan program kerjasama antara Penang Halal International Sdn. Bhd. (PHI) dan Food Panda, sebuah syarikat penghantaran makanan secara digital/atas talian melalui program Ramadhan E-Bazaar dan Penang Food4U. Program ini bertujuan membantu para peniaga makanan mempromosikan perniagaan mereka melalui platform digital Food Panda. Hasil rundingan dengan pihak Food Panda, para peniaga yang mendaftarkan diri dalam program anjuran PHI ini akan menikmati diskaun caj antara 3% hingga 5%;

(g) Memulakan inisiatif e-dagang (E-commerce) Penang E-Mall @ Shopee melalui kerjasama dengan platform e-dagang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Shopee. Platform ini menyediakan peluang kepada para usahawan Pulau Pinang untuk memasarkan produk jualan mereka secara dalam talian. Sehingga September 2020, sebanyak 5466 peniaga Pulau Pinang telah menyertai program Penang E-Mall ini dan anggaran hasil jualan yang telah dijana melalui baucar diskaun yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam platform Penang E- Mall ini adalah sebanyak RM1.15 juta ringgit;

(h) Melaksanakan pelbagai kursus/seminar menerusi platform Webinar seperti Taklimat Moratorium dengan kerjasama Bank Negara dan jabatan/agensi kerajaan yang terlibat. Program Insentif Usahawan dan Plan Bayaran Balik Pinjaman Pasca Moratorium yang diadakan pada 12 dan 13 September 2020 di RAIA Hotel, Bayan Lepas telah menarik seramai 1,236 pengunjung. Sebanyak 17 bank dan 8 agensi berkaitan keusahawanan mengambil bahagian. Sebanyak 907 permohonan bantuan bayaran balik bernilai RM280.6 juta telah diterima. Permohonan untuk melanjutkan moratorium sebanyak 489, bernilai RM71.6 juta sementara permohonan untuk menstruktur semula pinjaman diterima sebanyak 418 bernilai RM209.1 juta ; dan

(i) Bekerjasama dengan NCIA bagi pelaksanaan Program PENJANANCER Jom Niaga iaitu program fast track yang bertujuan untuk menyediakan peluang menjana pendapatan melalui keusahawanan bagi golongan sasaran dalam

Page 25: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

25

tempoh 3 bulan selepas menjalani latihan kemahiran, atau penempatan pekerjaan di dalam industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau IKS.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

18. Apakah solusi bagi gelandangan yang tiada maklumat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara serta yang mempunyai rekod jenayah dan adakah kerajaan akan menawarkan gelandangan kursus pemulihan akhlak dan pendidikan kemahiran hidup?

YAB. Ketua Menteri:

18. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa menjalankan operasi bersepadu secara berkala dalam usaha untuk menangani masalah gelandangan ini. Dalam menjalankan fungsinya, JKM terikat kepada Akta Orang Papa 1977 dan tidak dapat menangani kes gelandangan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Sebaliknya, JKM akan merujuk kes tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Negara ataupun Jabatan Imigresen Malaysia dan tindakan akan diambil menggunakan peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasanya.

Kursus pemulihan akhlak dan pendidikan kemahiran hanya disediakan kepada gelandangan warganegara sahaja. Menggunakan peruntukan Akta Orang Papa 1977, gelandangan yang telah mendapat perintah mahkamah akan dimasukkan ke Institusi Bina Diri untuk mendapat penjagaan, perlindungan dan pemulihan. Kes gelandangan yang dirujuk ke institusi tersebut mestilah berumur antara 18 hingga 59 tahun, tidak menghidap sebarang penyakit berjangkit dan tidak mempunyai ahli keluarga atau waris yang sanggup menerima gelandangan tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

19. Bilakah Projek Lebuhraya Bukit Kukus sejauh 5 km dengan nilai RM545.6 juta bermula dan bila siap untuk digunakan?

(a) Sila huraikan pecahan panjang jalan dan nilai projek antara Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan dua (2) syarikat swasta serta peruntukan oleh MBPP.

(b) Adakah hasil laporan siasatan kes runtuhan ini telah siap dan dibentangkan?

YAB. Ketua Menteri:

19. Projek Pembinaan Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah dimulakan sejak 14 Januari 2016 yang lalu dan dijangka akan siap sepenuhnya untuk dibuka kepada umum pada bulan Mei 2021.

(a) Panjang keseluruhan Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) adalah sepanjang 5.5 km. Sepanjang 3.3 km dibina oleh MBPP, sepanjang 1.4 km akan dibina oleh PLB Land Sdn Bhd dan sepanjang 0.8 km akan dibina oleh Geo Valley Sdn Bhd. Kos pembinaan yang terlibat oleh MBPP adalah sebanyak RM275,600,000.00. Kos pembinaan oleh PLB Land Sdn Bhd adalah sebanyak RM150 juta dan kos pembinaan oleh Geo Valley Sdn Bhd sebanyak RM120 juta. Kos keseluruhan projek ini adalah sebanyak RM545,600,000.00

(b) Laporan siasatan dalaman MBPP telah dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 9 Januari 2019 yang lalu. Hasil siasatan menunjukkan terdapat kelemahan dalam kerja- kerja tanah sementara yang dijalankan oleh pihak kontraktor. Di samping itu, terdapat

Page 26: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

26

kelemahan dalam pengawasan tapak kerja oleh firma jurutera perunding utama dan firma jurutera penyemak bebas.

Syarikat kontraktor bagi projek Pembinaan Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) telah diambil tindakan oleh mahkamah pada 29 Februari 2020 melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Denda yang dikenakan kepada syarikat kontraktor adalah sebanyak RM35,000.00. Di samping itu juga, pengarah projek juga telah dikenakan denda sebanyak RM35,000.00

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

20. Masalah dadah.

(a) Senaraikan kes tangkapan yang dibuat berkaitan penagihan dan pengedaran dadah mengikut daerah dalam sepuluh tahun ini.

(b) Daripada jumlah tersebut, berapakah kes yang melibatkan taiko besar dan ejen pengedar?

(c) Selain tangkapan, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam membanteras jenayah dadah yang semakin berleluasa?

YAB. Ketua Menteri:

20. (a) Senarai kes tangkapan yang dibuat berkaitan penagihan dan pengedaran dadah mengikut daerah dalam sepuluh tahun dari 1 Januari 2010 hingga 31 Ogos 2020 ini adalah seperti di LAMPIRAN A. Maksud Bekalan Dadah berkaitan dengan aktiviti Pengedaran Dadah, selalunya merujuk kepada penagih untuk mendapatkan sumber dadah manakala Permintaan Dadah merujuk kepada Transaksi dadah yang terus berleluasa dalam pengedaran kerana adanya permintaan.

(b) Maklumat daripada Polis Diraja Malaysia Pulau Pinang menyatakan kes yang melibatkan Taiko besar dan ejen Pengedar adalah sebanyak 5 kes dalam masa 10 tahun. Bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pertuduhan melibatkan Pengedaran Dadah dan Hukuman Mati, terdapat 17 kes sejak 10 tahun dari 1 Januari 2010 hingga 31 Ogos 2020.

Seksyen 39A(2) untuk kes pemilikan dadah melibatkan hukuman penjara dan sebatan 10 kali ada 3,536 kes sejak 10 tahun dari 1 Januari 2010 hingga 31 Ogos 2020.

(c) Selain tangkapan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 22 September 2020 di dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Pulau Pinang Bil 1/2020 telah memperkenalkan sistem I-REFER, sebuah inisiatif bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang dan PEGIS Pulau Pinang yang membawakan sistem Pemetaan Pemprofiling kawasan berisiko tinggi dadah dan penggunaan warna seperti pemetaan Covid-19 untuk menunjukkan warna Merah (hotspot), Jingga, Kuning, Hijau secara LIVE di kawasan dadah di Negeri Pulau Pinang. Sistem I-REFER menggunakan PEGIS map browser yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi AADK Negeri Pulau Pinang.

Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Pulau Pinang menyokong penuh penggunaan Sistem I-REFER; dan Bersetuju supaya I-REFER dijadikan sebagai rujukan utama Kerajaan Negeri, Jabatan Kerajaan,

Page 27: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

27

Pejabat Ahli Parlimen, Pejabat ADUN, Pejabat Daerah, Peghulu Mukim dan MPKK berkaitan permasalahan dadah di Pulau Pinang.

Maklumat-maklumat yang boleh diakses melalui I-REFER adalah seperti berikut:

(i) Kawasan Penagihan Dadah, Mukim;

(ii) Kawasan Penempatan Berisiko;

(iii) Jumlah Unit Keluarga;

(iv) Jumlah Institusi Pendidikan;

(v) Analisis Program Pencegahan;

(vi) Perancangan Operasi;

(vii) Risikan;

(viii) Keluasan Kawasan;

(ix) Jumlah Populasi Penduduk;

(x) Jumlah Statistik Penyalahgunaan Dadah dan OKP; dan

(xi) Taburan Kes Komplian dan Tidak Komplian; serta Anggaran Penagih.

REFER boleh diakses di laman PEGIS map browser: http://pegis.penang.gov.my/geoportal/home/index.html. Slide pembentangan dan kegunaan lanjut penggunaan sistem I- REFER adalah seperti di LAMPIRAN B.

Program Rintis AADK melibatkan 15 Agensi bawah 9 Kementerian dilaksanakan di 12 kawasan di seluruh negara di mana agensi kerajaan bergerak bersama, bukan berasingan. Terdapat 155 kawasan risiko tinggi dadah Zon Merah di seluruh negara. Bukit Mertajam ada 4 kawasan risiko tinggi, dan kawasan Guar Perahu di Penanti adalah Zon Merah.

Majlis Banteras Dadah Negeri Pulau Pinang pada September 2020 juga telah melihat Laporan Penilaian Outcome Program Rintis pertama di Pulau Pinang yang telah dimulakan di Guar Perahu Penanti bersama ADUN Penanti bermula dengan Dialog permasalahan dadah sintetik (75% kes dadah) pada Ogos 2019. Program RINTIS ini melibatkan Pejabat ADUN, MP, MPKK, Qaryah Masjid, JPWK, Persatuan Penduduk, KRT, Skuad AADK dan NGO setempat seperti Stop the Methness, Sahabat Belia, Majlis Belia, dan lain-lain.

Sekarang Program Rintis Guar Perahu melibatkan 3 mukim iaitu Mk 19, 20, 21 iaitu Kg Mengkuang Mak Sulong, Taman Guar Perahu, Kg Padang Ibu hingga Kg Tun Sardon, umur 25 ke atas, 90% lelaki, 10% wanita yang bertujuan untuk:

(i) mengurangkan bilangan kes baru melalui tindakan bersepadu;

(ii) mengurangkan bilangan kes berulang melalui peningkatan jumlah penagih dan penyalahgunaan bahan terlarang;

(iii) kadar jenayah jalanan menurun; dan

(iv) komuniti bangkit memerangi dadah.

Laporan Penilaian Outcome Program Rintis menunjukkan komitment tinggi yang ditunjukkan oleh stakeholder (ADUN, MP, MPKK, JPWK, NGO), keterlibatan positif oleh komuniti; dan peningkatan kesediaan komuniti untuk berubah.

(i) 21 program Omnipresence berjaya dilakukan termasuk rondaan, edaran pamphlet, temu seru;

Page 28: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

28

(ii) Skor kesediaan komuniti untuk berubah di Kg Guar Perahu, Taman Guar Perahu, Kg Padang Ibu, Kg Tun Sardon telah meningkat tinggi dari Tahap 2 (Penafian) kepada Tahap 5 (Persediaan) pada Jun 2020;

(iii) 27 orang atau 38% kadar penagih baru yang tidak pernah dikesan sebelum ini telah berjaya dikesan dengan kerjasama MPKK dan lain-lain pemimpin masyarakat setempat yang terlibat program Rintis Guar Perahu pada September 2019 sehingga 10 Jun 2020; dan

(iv) 8 Sarang Dadah telah dikenalpasti dan 5 telah berjaya dibersihkan;

(v) 21% peningkatan kes komplian hadir;

(vi) 71% penagih dadah berjaya di tahan untuk menjalani rawatan dan pemulihan di Institusi Pemulihan dari Sept 2019- Jun 2020;

(vii) Penajaan kewangan, pengecualian sewa dewan PINTAR Taman Guar Perahu, bantuan khidmat nasihat dari Agensi lain seperti LPPKN untuk saringan kemurungan ibubapa dan keluarga OKT.

Impak bagi pelaksanaan Program Rintis ini adalah:

(i) Guar Perahu bebas dadah jadi Zon Hijau target bulan Jun 2021;

(ii) Masyarakat berasa selamat;

(iii) Tahap keyakinan dan sokongan kepada agensi penguatkuasaan;

(iv) Kesedaran rakyat tentang bahaya dadah meningkat; dan

(v) Pemilik-hakkan komuniti dalam menangani permasalahan dadah

Slide pembentangan Pelaksanaan Program Rintis di Guar Perahu adalah seperti di LAMPIRAN C yang akan diletakkan diatas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.

Pada 5/9/2020, Bengkel Design Thinking Program Rintis Guar Perahu membuat cadangan pelaksanaan dari 7 aspek:

Aspek Keselamatan:

(i) Latih penduduk setiap kampung bagi Penerangan Apps PDRM VSP untuk bagi maklumat dadah;

(ii) Operasi - sekali sebulan rm2000 untuk test urin dadah Shabu;

(iii) kes rompak dan ragut selalunya melibatkan kes dadah Shabu. 27% penagih terlibat dlm jenayah. Mula-mula penagih bukan penjenayah. Syor Rawat penagih di Pusat Pemulihan, bukan di penjara;

(iv) Tutup Lorong tikus; dan

(v) Untuk cegah aktiviti lumba haram motorsikal, bagi malap atau tutup lampu di atas flyover Hiway BKE persimpangan Kubang Semang dan atas flyover Mengkuang pada pukul jam 2.00 - 5.00 pagi

Aspek Sosial dan Pendidikan:

(i) Rumah Collective sebagai tempat selamat atau Safehouse.

Sebagai contoh Gudang 1 ekar Kilang Letrik di Johor. Di Guar Perahu, Dewan PINTAR Taman Guar Perrahu atau sekurang-kurangnya Gudang Bundle Padang Ibu belakang Masjid Padang Ibu. Majlis Belia Daerah mencadangkan Pusat Belia. Cadangan ialah untuk memanfaatkan tanah Persekutuan di kawasan Padang Homestay Mengkuang Titi;

Page 29: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

29

(ii) Belajar baiki dan teknik kayuh basikal dari Ikon bicycle seperti Tigun Wibisana dari US, Man Gerek yang kayuh basikal dari Pulau Pinang ke Mekah untuk menunaikan umrah, Pak Din Musa, Noh Hujan;

(iii) Online gaming, Kelas solekan utk remaja perempuan;

(iv) Program Pertanian Bandar; dan

(v) Pendidikan Keibubapaan untuk pencegahan dadah.

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah:

(i) Meningkatkan pemeriksaan / operasi di kawasan-kawasan berisiko tinggi wujudnya aktiviti pengedaran dadah contohnya di Jeti, Pelabuhan, Terminal Kargo, Terminal Bas, Stesyen Keretapi;

(ii) Memantau perbekalan bahan-bahan memproses dadah seperti Kafein dan bahan kimia di kedai-kedai yang membekalkan bahan kimia;

(iii) Mengadakan kempen dan ceramah;

(iv) Kerap buat pemantauan dan pemeriksaan di Pusat servis Kurier seluruh negeri; dan

(v) Mengadakan perjumpaan dengan wakil setiap pusat servis kurier bagi mendedahkan kesalahan dan bahaya aktiviti pengedaran dadah melalui servis kurier.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

21. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani isu homestay atau Airbnb yang berlaku dalam kawasan perumahan?

YAB. Ketua Menteri:

21. Bagi menangani isu homestay atau Airbnb yang berlaku dalam kawasan perumahan, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengeluarkan notis di bawah Seksyen 27(2)(a) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 bagi memberhentikan aktiviti yang dijalankan dan memulihkan semula tanah / bangunan seperti keadaan sebelumnya. Notis juga akan dikeluarkan bagi segala pindaan dan tambahan atau pengubahsuaian dalaman terhadap unit homestay atau Airbnb di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 dan tindakan perobohan akan diambil selepas notis disempurnakan.

Bagi bangunan strata pula adalah tertakluk di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Walau bagaimanapun, tiada sebarang peruntukan pada Akta 757 berkaitan isu homestay atau Airbnb. Oleh yang demikian, jika terdapat isu homestay atau Airbnb di bangunan strata, Majlis akan menasihati Joint Management Body (JMB) / Management Corporation (MC) untuk membuat undang-undang kecil tambahan sebagaimana yang dinyatakan pada Seksyen 32(3) dan Seksyen 70(2), Akta 757. Seksyen tersebut memberikan kuasa kepada JMB / MC bagi membuat undang-undang kecil tambahan melalui ketetapan khas pada mesyuarat agung bagi mengawal selia kawalan, pengurusan, pentadbiran, penggunaan dan penikmatan bangunan dan harta bersama. Pihak JMB / MC juga boleh menetapkan denda yang tidak melebihi RM200.00 terhadap mana – mana pemilik yang melanggar undang – undang kecil tersebut.

Page 30: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

30

Kerajaan Negeri akan menyemak dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terhadap perkara ini dan tindakan seterusnya adalah menyediakan satu garis panduan yang lengkap terhadap aktiviti ini terutamanya di kawasan perumahan.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

22. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini, ramai telah memulakan perniagaan kecil seperti penjaja makanan. Adakah dasar kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberi keutamaan dalam mengawal aktiviti penjaja melalui peraturan dan garis panduan atau penguatkuasaan, seperti kompaun dan rampasan barang?

(a) Perincikan statistik penguatkuasaan ke atas penjaja sepanjang tahun 2019-2020 mengikut PBT.

YAB. Ketua Menteri:

22. Kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pulau Pinang sentiasa mengawal aktiviti penjajaan makanan melalui beberapa kaedah iaitu dengan pemakaian Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih dan Garis Panduan Pengurusan Trak Bergerak. Garis panduan ini hanya terpakai kepada penjajaan kategori makanan, barangan dan perkhidmatan. Penjaja dan peniaga kecil akan diberikan lesen sekiranya syarat-syarat di dalam garis panduan tersebut dipatuhi seperti aktiviti penjajaan dijalankan di kawasan yang belum sibuk, kawasan yang tidak menimbulkan kesesakan, kawasan yang tidak mengganggu lalu lintas jalanraya, di bawah flyover dan sebagainya.

Selain itu, PBT juga sentiasa mengenal pasti dan menyediakan lokasi penempatan semula penjaja yang bersesuaian atau ruang berniaga yang sah bagi menempatkan semula penjaja tanpa lesen dan menetapkan peraturan serta syarat-syarat terhadap penjaja- penjaja tersebut untuk memastikan aktiviti penjajaan tidak menimbulkan sebarang kacau ganggu. PBT juga meluluskan permit penjajaan secara sementara kepada peniaga atau penjaja tepi jalanan mengikut kesesuaian lokasi penjajaan dan tidak menimbulkan kacau ganggu serta mematuhi Garis Panduan Kaedah Penjajaan Secara Mudah Alih.

Dalam masa yang sama, PBT juga mengeluarkan permit penjajaan untuk aktiviti perniagaan buah-buahan bermusim serta menjalankan proses temuduga terbuka bagi pengisian ruang niaga PBT yang masih kosong dengan kekerapan dua (2) kali sebulan supaya penjaja-penjaja dapat diberikan lesen sekiranya berjaya. PBT akan menggunakan pendekatan secara tindakan penguatkuasaan sebagai kaedah terakhir untuk mengawal aktiviti penjajaan sekiranya peniaga / penjaja masih ingkar dan gagal mematuhi undang-undang dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

(a) Statistik penguatkuasaan ke atas penjaja oleh PBT di sepanjang tahun 2019 – 2020 adalah seperti berikut:

BIL. KESALAHAN MBPP MBSP

2019 2020 2019 2020

1 Pengeluaran Kompaun

9,806

2,864

240

115

Page 31: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

31

2 Rampasan dan Sitaan

449

135

252

1,001

JUMLAH 10,255 2,999 492 1,116

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

23. Apakah persiapan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk kawasan rawan banjir di Seberang Perai Tengah, khususnya Bukit Tengah, untuk menghadapi sebarang bencana akibat banjir kilat dan kerosakan rumah dan infrastruktur awam pada musim tengkujuh yang telah bermula?

YAB. Ketua Menteri:

23. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan dua (2) Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Negeri di kawasan Seberang Perai Tengah (SPT) iaitu RTB Parit 5 dan RTB Parit 4 yang dijangka siap pada awal tahun 2021.

Dalam tempoh pembinaan tersebut, sebanyak tiga (3) pam telah siap sedia ditempatkan di beberapa lokasi kritikal di kawasan Bukit Tengah bagi menghadapi musim tengkujuh tahun 2020.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

24. Volum permintaan dan perbekalan tahun lepas dan tahun ini serta cabaran adalah

seperti berikut:

Tahun Pembekalan (meter padu) Permintaan (meter padu)

2018 391,537,524 306,573,881

2019 398,874,700 307,532,394

2020 sehingga Ogos 270,331,537 209,673,191

Setakat ini, pembekalan air adalah lebih daripada permintaan. Oleh itu, pembekalan air masih lagi mencukupi untuk keperluan rakyat Pulau Pinang.

Namun begitu, Yang Berhormat bertanya sama ada projek Penang Southern Reclamation (PSR) adalah diperlukan.

Bagi makluman Yang Berhormat, projek PSR adalah projek yang kritikal bagi masa depan Pulau Pinang. Projek ini bukan sekadar projek tambakan biasa untuk tujuan spekulasi hartanah.

Sebaliknya projek ini bertujuan untuk menjadi pemangkin ekonomi Negeri Pulau Pinang sepertimana Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas telah dibangunkan pada tahun 70an bersama-sama dengan bandar Bayan Baru. Tanpa Bayan Lepas, sudah tentu Pulau Pinang tidak akan mencapai kejayaan pada hari ini sebagai antara negeri paling maju, berdaya saing dan berdaya huni di negara ini.

Page 32: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

32

Maka dengan semangat yang sama, projek PSR ini telah digagaskan. Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, keseluruhan tambakan bagi PSR adalah lebih kurang 4,500 ekar dengan dibahagikan kepada 3 pulau. Pulau pertama yang akan ditambak adalah Pulau A, iaitu pulau terbesar dengan keluasan sebanyak 2,300 ekar. Tumpuan pulau ini pula bukannya sebagai pusat komersil atau perumahan, walaupun elemen-elemen ini sudah tentu akan termasuk. Sebaliknya tumpuan bagi Pulau A adalah untuk menyediakan tanah industri yang baharu.

Kawasan perindustrian bagi Pulau A pula bukan sekadar tanah lapang yang biasa tetapi akan direka bentuk secara khusus mengikut keperluan semasa industri sedunia. Bila kita lihat kepada permintaan dan keperluan syarikat-syarikat terbesar dunia pada hari ini, keperluan mereka tidak lagi berkisar pada kos buruh yang murah atau insentif- insentif tempatan semata-mata. Mereka kini mengutamakan faktor ESG (Environmental, Social, Governance).

Dalam erti kata lain, mereka akan memilih tapak pelaburan yang dapat memenuhi keperluan piawaian ESG antarabangsa yang sukar dicapai dengan tanah brownfield ataupun kawasan yang sudah dibangunkan.

Tetapi dengan tambakan pulau baharu, pembangunan greenfield dapat dilakukan agar Pulau Pinang dapat menawarkan kawasan perindustrian baharu yang sesuai dan dapat menarik minat syarikat-syarikat terbesar agar rakyat Pulau Pinang dapat berkecimpung dalam pekerjaan- pekerjaan berpendapatan tinggi.

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

25. Sektor Pelancongan di Pulau Pinang.

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor pelancongan yang terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19?

(b) Jelaskan kaedah promosi serta perancangan Kerajaan Negeri dalam mempromosikan semula Pulau Pinang walaupun masih dalam cabaran pandemik COVID-19.

(c) Jumlah peruntukan yang dibelanjakan untuk tujuan di atas.

YAB. Ketua Menteri:

25. (a) Rancangan Kerajaan Negeri untuk memulihkan sektor pelancongan yang terjejas disebabkan pandemik COVID- 19 adalah seperti berikut:

(i) Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan Negeri telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat 1.0 dan 2.0 yang bertujuan membantu golongan yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang turut merangkumi peniaga kecil dan penjaja berlesen, pemandu pelancong; pemandu teksi, penarik beca, pemandu e-hailing, pemandu bas/van persiaran, pemandu kereta sewa/limousin, pengusaha kuda dan pengusaha lancang air. Selain itu, pengecualian sewa juga diberikan kepada premis-premis perniagaan milik Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Penang Development Corporation (PDC) dan Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang;

(ii) Kerajaan Negeri turut memperkenalkan skim pinjaman tanpa faedah untuk sektor pelancongan Pulau Pinang melalui Skim PEKA 2.0 kepada syarikat/pengusaha pelancongan sebagai langkah pemulihan pelancongan. Peruntukan RM10 juta disediakan di bawah skim ini.

Page 33: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

33

Pinjaman tanpa faedah ini dapat meringankan beban kewangan dan memperbaiki aliran tunai syarikat/pengusaha pelancongan;

(iii) Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, pelancongan domestik adalah dibenarkan. Oleh itu, keutamaan adalah diberikan untuk menggerakkan semula sektor pelancongan dengan fokus kepada pasaran pelancongan domestik. Kempen promosi dan pemasaran giat dijalankan dengan sasaran kepada pelancong domestik. Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan seperti hotel penginapan, tempat tarikan pelancong dan agen pelancongan untuk membentuk pakej pelancongan bagi menarik pelancong ke Pulau Pinang. Pakej- pakej pelancongan tersebut dipromosikan di laman web penangtraveldeals.com. Selain itu, pameran pelancongan dalam negara seperti Penang International Travel Exchange (PITE) yang akan diadakan pada 14-16 Oktober 2020 dan Business Events Penang (BE@Penang) yang akan diadakan pada 10-11 Disember 2020 merupakan platform yang sesuai untuk menonjolkan keistimewaan Pulau Pinang dan menarik pelancong domestik;

(iv) Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism dan Penang Convention and Exhibition Bureau telah melaksanakan kempen bagi mempromosikan pelancongan Pulau Pinang kepada pelancong dalam pelbagai kategori. Antaranya, kempen “Yes, This is Penang & Penang Through Lenses” menggalakkan lawatan semula (revisitation) ke Pulau Pinang, kempen “7 World Wonders of Penang” menjenamakan 7 tarikan utama di Pulau Pinang, kempen “JOM! Experience Penang” bagi mengukuhkan pelancongan domestik di kalangan penduduk tempatan, kempen “Thank You Frontliners” menawarkan pakej menarik kepada pekerja barisan hadapan dan kempen “Penang Here For Tomorrow” yang memberi tumpuan kepada bidang pelancongan business events

(v) Penubuhan PETERAB dan Pasukan Kerja Next Norm Pelancongan Pulau Pinang untuk membantu pemulihan ekonomi pelancongan supaya mengurangkan pandemik COVID-19 terhadap industri pelancongan dan mempercepatkan proses pemulihan

(vi) Mempromosikan pelancongan Pulau Pinang melalui radio dan media sosial dengan menonjolkan keistimewaan Pulau Pinang khususnya dalam aspek makanan tempatan, gaya hidup, alam semula jadi, pengembaraan, budaya dan warisan. Saluran promosi media sosial merangkumi Facebook, Instagram, Linkedin, Youtube, Youku, Weibo, Wechat dan TikTok, manakala saluran radio merangkumi Mix FM, Sinar FM, Melody FM, HITZ FM, MY FM dan ERA FM. Video-video pelancongan juga dihasilkan bagi menunjukkan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam memastikan Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat. Video yang dihasilkan bertajuk “Your Safety Is Our Priority”, “Thank You For Keeping Penang Safe” dan “Penang Responsible Tourism” meningkatkan keyakinan pelancong. Promosi ini akan membantu memperkukuhkan jenama Pulau Pinang dan menggalakkan lebih ramai pelancong melawat Pulau Pinang, lantas meningkatkan ekonomi negeri;

Page 34: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

34

(vii) Memperkenalkan kempen Pelancongan Bertanggungjawab (Responsible Tourism) untuk memastikan semua orang sedar tentang tanggungjawab yang dipikul dan harus dijalankan oleh setiap lapisan masyarakat. Pelancongan Bertanggungjawab memberi fokus kepada lima (5) tanggungjawab pelancong iaitu penjarakan sosial, kerapkan pembasuhan tangan, memakai pelitup muka, pembuangan pelitup muka secara betul, dan mendapatkan rawatan segera sekiranya kurang sihat; dan lima (5) tanggungjawab penggiat pelancong iaitu menyediakan aplikasi MySejahtera/PGCare, periksa suhu badan, sediakan pembersih tangan dan sabun, pastikan penjarakan sosial dan menyediakan tong sampah yang mencukupi;

(viii) Mewujudkan Sistem Akreditasi bagi Kesiapsiagaan COVID-19 di Pulau Pinang (COVID-19 Safety Accreditation Programme). Akreditasi ini memberikan pengiktirafan kepada penggiat- penggiat industri pelancongan yang telah memenuhi dan mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan. Logo akreditasi yang dipamerkan di premis hotel dan tempat tarikan pelancong akan memberi keyakinan dan keamanan yang tinggi kepada pelancong semasa lawatan mereka di Pulau Pinang; dan

(ix) Kerajaan Negeri turut mempertingkatkan infrastruktur serta menyediakan lebih banyak kemudahan mesra pelancong di samping melaksanakan penyelenggaraan berterusan bagi infrastruktur sedia ada. Stesen Atas Bukit Bendera akan dinaik taraf dengan memperluaskan ruang menunggu, penyediaan lif dan eskalator serta pelaksanaan Sistem Electronic Queue Management System. Di kawasan George Town pula, Kerajaan Negeri melalui Pelan Induk Pesisir Utara George Town sedang dalam perancangan untuk menaik taraf kawasan Padang Kota, Esplanade, English Garden dan Kota Cornwallis yang merupakan tempat tumpuan pelancong.

(b) Kaedah promosi serta perancangan Kerajaan Negeri dalam mempromosikan semula Pulau Pinang walaupun masih dalam cabaran pandemik COVID-19 adalah seperti berikut:

(i) Promosi melalui media elektronik.

Kerajaan Negeri mempromosikan pelancongan Pulau Pinang melalui radio dan media sosial. Saluran promosi media sosial merangkumi Facebook, Instagram, Linkedin, Youtube, Youku, Weibo,

Wechat dan TikTok, manakala saluran radio merangkumi Mix FM, Sinar FM, Melody FM, HITZ FM, MY FM dan ERA FM. Video-video pelancongan juga dihasilkan bagi menunjukkan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam memastikan Pulau Pinang sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat.

(ii) Promosi melalui media cetak.

Promosi juga dibuat melalui pengiklanan di pejalan kaki tertutup (covered walkways) di pusat bandar Kuala Lumpur melalui kempen Outdoor Advertising Campaign. Lokasi yang terlibat adalah Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Chulan berhadapan dengan Wisma Genting dan Wisma Cosway. Risalah pelancongan Pulau Pinang turut dicetak dan diedarkan di lokasi strategik kunjungan pelancong seperti

Page 35: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

35

hotel, lapangan terbang, pusat membeli-belah dan tempat-tempat tarikan pelancong.

(iii) Promosi melalui kempen.

Kerajaan Negeri melalui Penang Global Tourism dan Penang Convention and Exhibition Bureau telah melaksanakan kempen bagi mempromosikan pelancongan Pulau Pinang kepada pelancong dalam pelbagai kategori. Antaranya, kempen “Yes, This is Penang & Penang Through Lenses” menggalakkan lawatan semula (revisitation) ke Pulau Pinang, kempen “7 World Wonders of Penang” menjenamakan 7 tarikan utama di Pulau Pinang, kempen “JOM! Experience Penang” bagi mengukuhkan pelancongan domestik di kalangan penduduk tempatan, kempen “Thank You Frontliners” menawarkan pakej menarik kepada pekerja barisan hadapan dan kempen “Penang Here For Tomorrow” yang memberi tumpuan kepada bidang pelancongan business events;

(iv) Promosi melalui tawaran pakej pelancongan.

Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan penggiat industri pelancongan seperti hotel penginapan, tempat tarikan pelancong dan agen pelancongan untuk membentuk pakej pelancongan bagi menarik pelancong ke Pulau Pinang. Pakej-pakej pelancongan tersebut dipromosikan di laman web penangtraveldeals.com. Selain itu, Penang Global Tourism juga akan berkolaborasi dengan Online Travel Agents (OTA) yang utama di pasaran pelancongan untuk menawarkan cashback bagi pakej pelancongan yang dijual. Kempen cashback ini dicadangkan untuk dilaksanakan pada akhir tahun 2020 bagi memperkukuhkan jenama pelancongan Pulau Pinang.

(v) Promosi melalui pameran pelancongan dan perdagangan.

Pameran pelancongan dan perdagangan dalam negara seperti Penang International Travel Exchange (PITE) yang akan diadakan pada 14-16 Oktober 2020 dan Business Events Penang (BE@Penang) yang akan diadakan pada 10-11 Disember 2020 merupakan platform yang sesuai untuk menonjolkan keistimewaan Pulau Pinang dan menarik pelancong domestik. Selain itu, Kerajaan Negeri juga mempromosikan destinasi pelancongan Pulau Pinang di MATTA Fair dan pameran-pameran pelancongan yang lain.

(c) Anggaran perbelanjaan bagi program-program promosi dan pemasaran di atas adalah berjumlah RM3.5 juta.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

26. Apakah status kewangan negeri termasuklah hutang bermula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama sehingga kini?

(a) Apakah perancangan khusus jangka masa pendek dan sederhana dalam mengurangkan bebanan hutang negeri?

YAB. Ketua Menteri:

26. Meskipun berdepan dengan krisis pandemik Covid-19 dan berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana sebahagian program di bawah penganjuran Kerajaan Negeri dibatalkan, seperti Pesta Pulau Pinang Tahun 2020,

Page 36: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

36

Kerajaan Negeri tetap berkeupayaan untuk membuat pembayaran balik untuk pinjaman. Kesemua pembayaran tersebut dibuat mengikut jadual bayar balik yang telah ditetapkan dan baki pinjaman Kerajaan Negeri kepada KerajaanPersekutuan dengan berakhirnya tahun 2020 kelak adalah RM49,628,591.44. Selaras dengan fokus Bajet Negeri yang telah dirangka untuk tahun 2020 untuk meminimumkan jumlah hutang Kerajaan Negeri dan mengambil kira kedudukan semasa kewangan negeri, sehingga kini tiada pinjaman baharu yang dibuat dengan Kerajaan Persekutuan.

(a) Antara usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan bebanan hutang negeri dan mempertingkatkan hasil pendapatan negeri adalah seperti berikut :-

Jangka masa pendek :

Mengkaji semula projek yang berkos tinggi bagi memastikan kemampuan dan kecekapan perbelanjaan termasuk mendapatkan pinjaman yang lebih rendah.

Jangka masa sederhana :

(i) Mengkaji peluang untuk mempelbagaikan pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang stabil melalui instrumen yang baru dalam pasaran kewangan, di samping meningkatkan pelaburan melalui Simpanan Tetap dan pasaran ekuiti dengan lebihan kewangan Kerajaan Negeri yang ada.

(ii) Mempelbagaikan sumber hasil negeri dan mengurangkan tunggakan hasil melalui tindakan penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

27. Nyatakan secara spesifik tarikh bila Kerajaan Negeri akan memulakan kerja-kerja Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang pada tahun 2021.

YAB. Ketua Menteri:

27. Jadual pelaksanaan bagi projek-projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) adalah seperti berikut:

i. Penang South Reclamation (PSR)

Projek PSR telah dibentangkan kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) pada 18 April 2019. MPFN telah memberi 18 nasihat bagi pelaksanaan projek ini. Selain itu, projek ini juga telah mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) pada 25 Jun 2019 dengan 72 syarat. PSR juga telah memperoleh surat kelulusan LaporanPenilaian Impak Sosial (SIA) daripada PLAN Malaysia pada 27 Ogos 2019.

Secara keseluruhannya, Projek PSR telah mendapat kesemua kelulusan wajib yang diperlukan daripada Kerajaan Persekutuan. Lanjutan daripada kelulusan EIA, salah satu syarat adalah untuk menyediakan Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi kelulusan jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang. Laporan EMP ini akan mensyaratkan kontraktor yang dilantik dalam mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA semasa kerja-kerja penambakan dilaksanakan. Langkah-langkah kawalan alam sekitar dan program pengawasan alam sekitar di dalam Laporan EMP ini perlu dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor yang akan dilantik.

Page 37: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

37

Pada masa ini, laporan EMP (Pindaan 1) telah dikemukakan kepada pihak JAS Negeri Pulau Pinang pada 17 Julai 2020 dan masih menunggu kelulusan.

Kerajaan Negeri bersama dengan rakan pelaksana Project Delivery Partner (PDP) juga sedang memperhalusi langkah- langkah mitigasi bagi meminimakan impak sosial dan alam sekitar sebelum projek bermula secara fizikal. Kerajaan Negeri kini dalam fasa menyediakan reka bentuk dan penyediaan dokumen-dokumen tender.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif menganjurkan Master Design Competition (MDC) di mana syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat dalam penyediaan reka bentuk dapat mengambil bahagian dalam MDC. Lima (5) syarikat telah dipilih ke pusingan akhir bagi pertandingan tersebut dan pemenang yang berjaya iaitu Bjarke Ingels Group (BIG) telah diumumkan pada 19 Ogos 2020 yang lalu. Pihak BIG akan menyediakan reka bentuk terperinci ini dalam masa yang terdekat.

ii. Bayan Lepas Light Rail Transit (BLLRT)

Fasa 1 LRT Laluan Bayan Lepas telah mendapat kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) pada 21 Februari 2020 dengan 63 syarat. Laporan Kajian Penilaian Impak Warisan (HIA) telah diluluskan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) 28 Ogos 2020. Manakala, Laporan Kajian Impak Sosial (SIA) telah diluluskan pada 19 Jun 2020. Selain itu, Kerajaan Negeri sedang menyusuli kelulusan akhir untuk memuktamadkan skim rel yang telah mendapat kelulusan bersyarat pada 18 Julai 2019 untuk menjalankan pemeriksaan awam (Public Inspection) daripada pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan yang dijangka akan dimuktamadkan sebelum akhir Disember 2020.

iii. Pan Island Link (PIL 1)

Projek PIL 1 telah mendapat kelulusan Laporan Environmental Impact Assessment (EIA) pada 10 April 2019 dengan 56 syarat dan Laporan Traffic Impact Assessment (TIA) yang diluluskan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada 24 Ogos 2018.

Sehingga kelulusan-kelulusan ini diperolehi, pihak Rakan Pelaksana Projek (PDP) iaitu SRS Consortium Sdn. Bhd. kini dalam proses penambahbaikan struktur model kewangan bagi pembiayaan pelaksanaan projek PIPPP melalui hasil penjualan tanah tambakan projek PSR. Jadual pelaksanaan bagi projek-projek PIPPP ini akan ditetapkan sejurus struktur model kewangan (financial architecture) dimuktamadkan oleh pihak PDP bersama Kerajaan Negeri.

Kerja pembinaan bagi projek di bawah PDP juga dijangka boleh bermula setelah Works Package Contracts (WPC) pertama dianugerahkan kepada kontraktor bagi setiap komponen Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPPP) selepas struktur model kewangan (financial architecture) dimuktamadkan.

(iii) Jalan-Jalan Utama dan Terowong Dasar Laut

Bagi Projek Jalan-Jalan Utama, kelulusan wajib yang diperlukan iaitu kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) telah diperolehi pada 7 November 2017 dengan 59 syarat. Kerajaan Negeri telah pun menandatangani perjanjian bagi fasa pembinaan untuk salah satu pakej projek Jalan-Jalan Utama iaitu Pakej 2 (Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam). Kerja-

Page 38: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

38

kerja awalan bagi fasa pembinaan Pakej 2 telah dijalankan bermula pada 31 Oktober 2019. Kerajaan Negeri telah menetapkan fasa pembinaan Pakej 2 dimulakan terlebih dahulu dan disusuli oleh fasa pembinaan bagi pakej-pakej jalan yang lain. Bagi projek Jalan Berkembar dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (Pakej 1) dan Jalan Pintasan dari Persiaran Gurney ke Tun Dr. Lim Chong Eu (Pakej 3), pihak kontraktor kini sedang dalam tindakan memuktamadkan pindaan rekabentuk terperinci. Manakala untuk Terowong Dasar Laut (Pakej 4), pihak Kerajaan Negeri masih dalam tindakan memuktamadkan kelulusan bagi draf laporan kajiankebolehlaksanaan yang dikemukakan oleh pihak Consortium Zenith Contruction (CZC).

Secara amnya, projek-projek di bawah PIPPP telah mendapat hampir kesemua kelulusan wajib yang diperlukan dari agensi-agensi kerajaan untuk memulakan proses fasa pembinaan. Kerajaan Negeri bersama dengan rakan pelaksana bagi projek BLLRT, PIL 1 serta PSR dan pihak kontraktor bagi projek Pakej 2 (Jalan Pintasan Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Ayer Itam) di bawah Projek Jalan- jalan Utama dan Terowong Dasar Laut sedang memperhalusi langkah-langkah mitigasi bagi menangani impak sosial dan alam sekitar yang perlu dilaksanakan sebelum projek bermula secara fizikal.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Chook Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

28. Huraikan purata kapasiti efektif air setiap bulan bagi tahun 2020 di Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam.

(a) Jelaskan kapasiti harian pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Dua.

(b) Apakah status Empangan Mengkuang?

(c) Sila perincikan isi padu penggunaan air oleh perumahan, perniagaan, perindustrian dan sebagainya.

YAB. Ketua Menteri:

28. Untuk kapasiti efektif bagi tahun 2020 untuk Empangan Teluk Bahang dan Empangan Air Itam sila rujuk ke LAMPIRAN 1 dan LAMPIRAN 2.

(a) Untuk memenuhi permintaan air, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengoptimumkan pengeluaran air terawat di loji rawatan air terbesar Pulau Pinang LojiRawatan Air Sungai Dua (LRA Sg Dua). Purata pengeluaran air terawat LRA Sg Dua adalah 963.2 juta liter sehari (MLD) sejak 01.01.2020. LAMPIRAN 3 disertakan.

(b) Melalui mesyuarat yang berlangsung di KASA pada 24 September 2020, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk menerima Empangan Mengkuang dan majlis penyerahan akan diadakan pada 26 Oktober 2020 di Empangan Mengkuang.

(c) Sila rujuk LAMPIRAN 4. Kesemua Lampiran yang dinyatakan akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat setelah tamat sesi soalan lisan.

Page 39: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

39

Page 40: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

40

Page 41: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

41

Page 42: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

42

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

29. Nyatakan fokus Pelancaongan Bertanggungjawab dan inisiatif-inisiatif berkaitan.

YAB. Ketua Menteri:

29. Pulau Pinang merupakan sebuah destinasi pelancongan yang popular dan telah mula kembali rancak khususnya pelancongan domestik sejak perjalanan merentas negeri dibenarkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Dalam mengawal penularan wabak Covid-19, langkah-langkah kawalan perlu diambil khususnya dalam sektor pelancongan. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan kempen Pelancongan Bertanggungjawab (Responsible Tourism) untuk memastikan semua orang sedar tentang tanggungjawab yang dipikul dan harus dijalankan oleh setiap lapisan masyarakat. Pelancongan Bertanggungjawab memberi fokus kepada perkara-perkara seperti berikut:

(i) Lima (5) tanggungjawab pelancong – penjarakan sosial, kerapkan pembasuhan tangan, memakai pelitup muka, pembuangan pelitup muka secara betul dan mendapatkan rawatan segera sekiranya kurang sihat; dan

(ii) Lima (5) tanggungjawab penggiat pelancong – sediakan aplikasi MySejahtera/PGCare, periksa suhu badan, sediakan pembersih tangan dan sabun, pastikan penjarakan sosial dan menyediakan tong sampah yang mencukupi.

Bagi memberi keyakinan kepada pelancong untuk berkunjung ke Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah mewujudkan Sistem Akreditasi bagi Kesiapsiagaan COVID-19 di Pulau Pinang (COVID-19 Safety Accreditation Programme). Akreditasi ini memberikan pengiktirafan kepada penggiat-penggiat industri pelancongan yang telah memenuhi dan mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan. Pasukan akreditasi dan penilaian adalah terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pejabat EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) dan Penang Global Tourism (PGT). Proses penilaian yang menyeluruh akan dijalankan untuk memastikan semua garis panduan dan prosedur operasi standard dipatuhi sebelum kelulusan permohonan akreditasi tersebut. Pihak yang telah memenuhi SOP akreditasi ini akan diberi logo rasmi untuk dipamerkan di premis serta untuk kegunaan promosi dan pemasaran. Logo akreditasi yang dipamerkan di premis hotel dan tempat tarikan pelancong akan memberi keyakinan dan keamanan yang tinggi kepada pelancong semasa lawatan mereka di Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

30. Senaraikan bilangan kilang kitar semula plastik mengikut daerah, berlesen dan tidak berlesen.

(a) Nyatakan jumlah bilangan penguatkuasaan yang telah dijalankan ke atas kilang-kilang yang beroperasi secara haram serta membakar secara terbuka.

(b) Terangkan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) ke atas kilang haram tersebut.

Page 43: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

43

YAB. Ketua Menteri:

30. Kerajaan Negeri telah mengenalpasti sebanyak 102 buah kilang kitar semula plastik beroperasi di Negeri Pulau Pinang. Kesemua kilang tersebut terletak di kawasan Seberang Perai. Sebanyak 91 buah kilang kita semula plastik adalah berlesen manakala 11 buah kilang lagi tidak berlesen. Senarai bilangankilang kitar semula plastik mengikut daerah, berlesen dan tidak berlesen adalah seperti berikut:

Daerah Berlesen Tidak

Berlesen

Jumlah

Kilang

Seberang Perai Utara 34 1 35

Seberang Perai Tengah 36 7 43

Seberang Perai Selatan 21 3 24

Jumlah 91 11 102

(a) Sebanyak 34 operasi penguatkuasaan telah dijalankan sehingga September 2020. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengeluarkan sebanyak 16 notis dan 11 tawaran kompaun bagi ketidakpatuhan yang ditemui.

(b) Kekangan yang dihadapi oleh pihak berkuasa atau agensi dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas kilang haram adalah seperti berikut:

(i) Kesukaran mendapatkan maklumat lengkap berhubung syarikat yang menjalankan aktiviti operasi kilang bagi tujuan dokumentasi untuk tindakan undang-undang di mahkamah;

(ii) Kesukaran mendapatkan pembuktian aktiviti atau kesalahan yang sedang dijalankan;

(iii) Proses tindakan mahkamah yang mengambil masa yang panjang;

(iv) Infrastruktur dan pembangunan kilang kitar semula yang tidak mengikut/lulus kebenaran merancang juga menjadi kekangan kepada jabatan alam sekitar dalam menjalankan penguatkuasaan; dan

(v) Tindakan penguatkuasaan yang dijalankan secara berasingan oleh semua jabatan atau agensi penguatkuasaan berikutan senarai peruntukan undang-undang yang berbeza dan tindakan penguatkuasaan tidak menyeluruh.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

31. Berkenaan kitar sisa plastik dari negara asing.

(a) Sila nyatakan jumlah diimport melalui Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) sejak 1 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2020.

(b) Daripada jumlah tersebut berapakah adalah untuk kilang di Negeri Pulau Pinang?

Page 44: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

44

YAB. Ketua Menteri:

31. Sebagai makluman Yang Berhormat, jabatan yang diberi kuasa untuk mengeluarkan lesen import (AP) sisa pepejal plastik H.S. Kod 39.15 ialah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) di bawah kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Bagi maksud ini, JPSPN telah dilantik di bawah Seksyen 10, Akta Kastam 1967 (Akta 235), sebagai pegawai kastam yang hak bagi tujuan menandatangani, meminda dan membatalkan lesen-lesen import (AP) selaras dengan peruntukan butiranberkenaan pada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

(a) Jumlah sisa plastik yang diimport melalui Pelabuhan NBCT (P14) bermula tarikh 01 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2020 adalah sebanyak 153,441.26 metrik tan metrik melibatkan 22 kilang yang mempunyai permit import sisa plastik H.S. Kod 39.15.

(b) Daripada jumlah tersebut, 13 kilang adalah dari Pulau Pinang dan selebihnya iaitu 9 kilang adalah dari negeri selain Pulau Pinang. Jumlah pengimportan sisa plastik bagi kilang di Negeri Pulau Pinang sahaja adalah 95,136.93 metrik tan sepanjang tempoh 01 Ogos 2019 sehingga 31 Ogos 2020. Manakala selebihnya iaitu 58,304.33 metrik tan adalah untuk kilang dari luar Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

32. Data Pecahan Jantina di peringkat pembuat keputusan termasuk pejawat awam dan pewakilan rakyat kini masih menunjukkan terdapat jurang gender yang ketara.

(a) Apakah dasar yang telah dan akan diadakan oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan penyertaan wanita di tahap pembuat keputusan?

(b) Apakah program-program yang telah dilaksanakan dalam merapatkan jurang tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

32. (a) Antara dasar yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam peringkat pembuat keputusan adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan Negeri telah melancarkan Dasar Keterangkuman Gender pada 7 Mac 2019 yang bertujuan untuk menyediakan kerangka yang jelas bagi memastikan golongan wanita dan lelaki mempunyai akses yang sama melalui pengamalannisbah 40%:40%:20% iaitu 40% wanita, 40% lelaki dan 20% terbuka untuk wanita dan lelaki. Pelaksanaan pendekatan ini adalah untuk mengurangkan dominasi satu golongan serta meningkatkan penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan;

(ii) Kerajaan Negeri telah menambah penglibatan wanita di bawah pentadbirannya dengan kini mempunyai dua (2) EXCO wanita yang memegang portfolio penting di Pulau Pinang. Selain itu, terdapat enam (6) Ahli Dewan Undangan Negeri dan lapan (8) Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan yang terdiri daripada golongan wanita;

(iii) Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) supaya sekurang-kurangnya 30%

Page 45: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

45

keanggotaan terdiri daripada golongan wanita pada tahun 2021 iaitu lima (5) ahli wanita daripada jumlah 15 ahli MPKK. Pelaksanaan inisiatif ini dilaksanakan secara berperingkat di mana MPKK mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) ahli wanita pada tahun 2017 dan telah bertambah kepada sekurang- kurangnya tiga (3) ahli pada tahun 2019; dan

(iv) Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah meluluskan pelaksanaan Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) di setiap 40 KADUN di Pulau Pinang. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh 15 wanita yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan wanita dan keluarga. Jawatankuasa ini juga menjadi platform kepada golongan wanita untuk tampil ke hadapan bagi meningkatkan kemahiran kepimpinan. Kerajaan Negeri telah meluluskan pelanjutan pelaksanaan JPWK di setiap KADUN selama dua (2) tahun sehingga tahun 2021.

Sebagai perancangan masa hadapan, Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneliti cadangan penggunaan perspektif keterangkuman gender dalam pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan dan Ahli Lembaga Pengarah di bawah anak syarikat Kerajaan Negeri.

(b) Antara program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan jurang perbezaan jantina adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) telah menganjurkan bengkel pembangunan kapasiti Dasar Keterangkuman Gender kepada pegawai agensi Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Semua Bahagian, Jabatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan didedahkan dengan pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender di Negeri Pulau Pinang. Melalui pelaksanaan dasar ini, Kerajaan Negeri menyasarkan 30 peratus pengisian pegawai wanita dapat dicapai melalui Pihak Berkuasa Melantik;

(ii) Pelaksanaan program Sidang Wanita yang dilancarkan pada Julai 2020 yang bertujuan untuk mencungkil bakat kepimpinan wanita di Pulau Pinang serta memberikan pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat. Melalui pelaksanaan program ini, dilihat lebih ramai wanita akan berkecimpung dalam bidang politik;

(iii) Program Mentor Usahawan Wanita Pulau Pinang telah dilancarkan pada tahun 2020 yang bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita di Pulau Pinang. Program ini adalah selaras dengan visi Penang2030 yang menyasarkan 40% usahawan wanita di Pulau Pinang menjelang tahun 2030; dan

(iv) Kerajaan Negeri melalui PWDC telah menganjurkan empat (4) program pembangunan kapasiti kepada ahli Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang bertujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan di kalangan golongan wanita.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

33. Projek pembangunan tanaman Fertigasi atau vertical agro pot bagi yang tiada mempunyai kawasan yang luas.

Page 46: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

46

(a) Apakah perancangan untuk membangunkan bidang ini? Mohon diadakan peruntukan khas bagi menggalakkan bidang ini diceburi oleh orang-orang awam baik di bandar mahupun di luar bandar.

YAB. Ketua Menteri:

33. Pada masa kini terdapat pelbagai teknologi pertanian yang tidak memerlukan ruang yang luas untuk aktiviti pertanian, antaranya ialah teknik penanaman fertigasi, nutrient film technique (NFT), menggunakan set nutripot, set hygrowpot link tech (HLT) dan sebagainya.

Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri sentiasa menggalakkan orang awam mahu pun para petani untuk menggunakan teknik tanaman sebegini bagi mengatasi masalah ruang atau kawasan pertanian yang terhad. Walau bagaimanapun, teknik penanaman seperti fertigasi memerlukan kos permulaan yang agak tinggi berbanding konvensional. Justeru itu, melalui projek pembangunan pertanian, pihak Jabatan Pertanian Negeri turut memberi bantu kepada petani yang berhasrat menjalankan projek fertigasi di kawasan masing- masing, selain bantuan daripada Kerajaan Persekutuan. Agihan peruntukan untuk projek fertigasi adalah seperti berikut:

Projek Fertigas

Projek Pembangunan Negeri JUMLAH Projek Pembangunan Persekutuan JUMLAH

SPU SPT SPS BD/TL SPU SPT SPS BD/TL

Agihan Peruntukan

Tahun 2018

1,043.00 2,000.00 3,043.00 18,930.00 18,930.00

Tahun 2019

3,000.00 2,060.00 5,060.00 3,000.00 3,000.00

Tahun 2020

13,060.00 7,080.00 2,500.00 22,640.00 77,920.00 60,000.00 10,830.00 148,750.00

JUMLAH 17,103.00 0.00 9,140.00 4,500.00 30,743.00 96,850.00 60,000.00 10,830.00 3,000.00 170,680.00

Bilangan Peserta

Tahun 2018

1 1 2 4 4

Tahun 2019

1 2 3 1 1

Tahun 2020

3 2 1 6 5 3 1 9

JUMLAH 5 0 4 2 11 9 3 1 1 14

Selain fertigasi, terdapat juga teknik vertical farming lain yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri melalui program Pertanian Bandar. Program Pertanian Bandar atau Perkebunan Komuniti di peringkat negeri telah dilaksanakan dengan menggunakan sebahagian peruntukan di bawah Projek Pembangunan Industri Sayur-sayuran. Namun demikian, agihan peruntukan agak terhad dan justeru itu, pada tahun

Page 47: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

47

2021, pihak Jabatan Pertanian Negeri telah memohon sejumlah peruntukan khas bagi tajuk projek ini.

Selain peruntukan pembangunan negeri, pihak Jabatan Pertanian Negeri juga menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Progam Pertanian Bandar. Untuk makluman, Jabatan Pertanian Negeri telah menerima peruntukan berjumlah RM200,000.00 pada tahun 2020 bagi perlaksanaan Program Pertanian Bandar. Skop Program adalah dalam bantuan input pertanian dan peralatan yang berkaitan selain program latihan dan kempen yang berkaitan pertanian bandar. Agihan peruntukan mengikut kategori dan daerah adalah seperti berikut:

DAERAH KATEGORI TAHUN 2020

Bil. Projek Bil. Peserta Peruntukan

SEBERANG PERAI UTARA

Individu 1 12 1,750.00

Komuniti 6 115 17,025.00

Sekolah 3 150 9,925.00

Institusi 1 25 1,900.00

JUMLAH 11 302 30,600.00

SEBERANG PERAI TENGAH

Individu 1 10 1,750.00

Komuniti 3 60 12,100.00

Sekolah 3 150 10,150.00

Institusi 2 50 3,800.00

JUMLAH 9 270 27,800.00

SEBERANG PERAI SELATAN

Individu 2 20 2,700.00

Komuniti 4 80 13,050.00

Sekolah 3 150 8,250.00

Institusi 2 50 5,000.00

JUMLAH 11 300 29,000.00

BARAT DAYA / TIMUR LAUT

Individu 2 44 12,950.00

Komuniti 10 206 51,475.00

Sekolah 6 270 26,550.00

Institusi 3 90 11,375.00

JUMLAH 21 610 102,350.00

JUMLAH BESAR Individu 6 86 19,150.00

Page 48: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

48

Selain itu, Jabatan Pertanian Negeri juga menerima agihan peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berjumlah RM600,000.00 untuk Projek Pertanian Bandar, yang disalurkan sebanyak dua (2) fasa bagi tempoh perlaksanaan tahun 2020 dan 2021. Skop projek pertanian bandar adalah dalam bentuk input pertanian, pembinaan dan naik taraf infrastruktur serta latihan kepada peserta. Agihan peruntukan adalah seperti berikut:

DAERAH KATEGORI TAHUN 2020

Bil. Projek Bil. Peserta Peruntukan

SEBERANG PERAI UTARA

Individu 185 185 38,850.00

Komuniti 9 91 45,007.00

JUMLAH 194 276 83,857.00

SEBERANG PERAI TENGAH

Individu 163 163 34,230.00

Komuniti 8 81 56,300.00

JUMLAH 171 244 90,530.00

SEBERANG PERAI SELATAN

Individu 125 125 26,250.00

Komuniti 6 68 30,000.00

JUMLAH 131 193 56,250.00

BARAT DAYA / TIMUR LAUT

Individu 70 70 14,700.00

Komuniti 10 129 50,000.00

JUMLAH 80 199 64,700.00

JUMLAH KESELURUHAN

Individu 543 543 114,030.00

Komuniti 33 369 181,307.00

Latihan (Negeri) - - 4,663.00

JUMLAH 576 912 300,000.00

Lawatan YB Exco Agrotech & Keselamatan Makanan Ke Gary VictoryFARM @Rooftop Malaysia di Jelutong di Pusat Khidmat YB Lim Swee Kim ADUN Sg Pinang pada 4 Ogos 2020 di mana Jabatan Pertanian (Pertanian Bandar) mempunyai geran untuk membantu komuniti pertanian bandar. Saya juga telah mencadangkan Victory Farm dimasukkan sebagai pembekal dan kontraktor untuk menguruskan penyediaan Urban Vertical Farm. Victory Farm juga boleh memberikan latihan kepada pengusaha baru yang ingin berkecimpung ke dalam industri pertanian bandar termasuk individu yang tidak bekerja seperti suri rumah.

Gambar Rajah adalah seperti diLAMPIRAN dan Lampiran ini akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.

Pada tahun 2017, jumlah import makanan agro berjumlah RM51.3 bilion dan pada tahun 2018, ia melebihi RM52 bilion. (RM52,000,000,000)

https://www.malaysiakini.com/news/489650

Page 49: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

49

Masalah yang sering dihadapi: -

(i) Tidak ada ruang untuk tumbuh, tidak ada jari hijau, memerlukan penyiraman berterusan, bercucuk tanam yang memerlukan tenaga.

(ii) Sayuran pasar yang penuh dengan racun perosak, hormon pertumbuhan, bahan kimia toksik, tidak segar, semakin mahal, dan lain-lain

Sayuran organik sangat mahal, tidak pasti ia adalah organik sepenuhnya, pilihan yang sangat terhad, Vertical Farming adalah penyelesaian alternatif untuk menyelesaikan masalah di atas:

(i) Jimat Ruang: hanya menggunakan ruang seluas 1 kaki persegi, tetapi mengetuk ruang menegak, yang dapat menumbuhkan 60 tanaman;

(ii) Jimat air: Air dikitar semula dan disiram secara automatik;

(iii) Jimat Masalah: Penyelenggaraan yang sangat rendah, hanya tambah air dan tambah baja;

(iv) Jimat Wang: Tidak perlu membeli sayuran organik yang mahal;

(v) Jimat Masa: Tidak perlu menghabiskan berjam-jam untuk membajak tanah, cukup atur sistemnya dan bagus untuk pergi;

(vi) PERCUMA: Bebas dari Racun Racun, Hormon Pertumbuhan, Pewarna dan Pewarna, Lilin, Pengawet, toksin lain yang tidak diingini;

(vii) PERCUMA: Bebas dari Tenaga Kerja Tanpa tanah, tanpa kerja keras, tanpa penggalian rumput. Hanya persediaan yang mudah dan boleh mula berkembang;

(viii) PERCUMA: Bebas dari perubahan Iklim, banjir & kemarau;

(ix) PERTUMBUHAN SENDIRI: Segar, Selamat, QC terjamin, terus dari ladang ke meja; dan

(x) MENINGKATKAN: Meningkatkan hasil, meningkatkan pertumbuhan Peningkatkan pengeluaran

Dengan Vertical Farming, anda tidak memerlukan banyak ruang. Boleh menjana pendapatan. FAMA boleh membeli dan menjual sayur-sayuran anda melalui negeri dan menambah pendapatan kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Dan banyak lagi Vertical Farm dengan menggunakan ruang kecil, anda boleh menanam sayur-sayuran 60x Victory Rooftop Vertical Farm hanya apartmen 1200 kaki persegi tetapi mampu menghasilkan kira-kira 1-3 tan sayur setara dengan 1 ekar tanah yang menghasilkan 1-4 tan. Jika menggunakan Vertical Farm 1 ekar, kira-kira pengeluaran mempunyai purata 350,000 tanaman, rata-rata 35tan per kitaran, dengan 1 ekar sahaja Vertical Farm boleh mengawal di bawah 1 keluasan tanah, tidak perlu meletakkan racun. Oleh itu tanpa menggunakan racun, makanannya lebih sihat

Ruj: https://edition.cnn.com/2020/07/21/health/chemical- endocrine-disruptor-doubled-wellness/index.html

Racun Perosak yang dijumpai di dalam air

Ruj: https://www.malaymail.com/ berita / malaysia / 2015/03/07 / larangan-racun perosak-dijumpai-di-cameron-dataran tinggi-air / 854143

Pertanian bandar mempromosikan kelestarianya sendiri, mereka dapat bertukar sayur dengan komuniti lain. Tanaman kumpulan di kampung berjaya contohnya Persatuan Peladang, sehingga kita dapat memperkenalkan konsep ini ke bandar. Dengan

Page 50: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

50

Pemberian RM500 untuk individu, mereka dapat membeli menara Vertical VGROW dari VictoryFARM yang dapat menumbuhkan 60 tanaman dengan hanya 1 kaki persegi. Sistem Plug & Grow, bebas dari masalah. Oleh itu, setiap keluarga mula tumbuh, maka lebihan sayur-sayuran mereka dapat berkongsi sayur-sayuran mereka kepada jiran mereka atau menukar sayur-sayuran antara keluarga Dengan pemberian RM50k, VictoryFARM dapat membina Ladang Vertikal berukuran 500 kaki persegi, yang dapat menghasilkan kira-kira 5000 tanaman sayur-sayuran untuk mengekalkan pertanian masyarakat.

Antara Vertical farm yang terbaik adalah Kairos Agriculture yang berpusat di Pulau Pinang Permatang Pauh Agropark Penanti yang memulakan Pertanian Vanilla Pertama di Malaysia yang dikuasakan oleh teknologi Smart Agriculture 4.0 dan menjadi pelopor Latihan Agropreneur untuk Belia di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Kairos Agriculture (“KAIROS”), sebuah syarikat sosial yang dikendalikan oleh Jubli Rebak Baru Sdn Bhd (975900- K), akan melancarkan ladang VANILLA pintar pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi Agriculture 4.0 termasuk Internet of things (IOT), Big Data, AI dan Pembelajaran Mesin dan Drone. Vanilla digunakan secara meluas di seluruh dunia dalam makanan dan minuman, kosmetik, wangian, minyak wangi, ubat- ubatan dan industri tembakau, VANILLA adalah tanaman bernilai tinggi; Eksport Dunia 2018: USD 1.47B; 66% dari Madagascar dan 10% dari Indonesia. Di Malaysia, VANILLA berjaya ditanam secara manual di Sarawak dengan kualiti tempatan yang diiktiraf sebagai antara nilai tertinggi oleh pihak berkuasa pengujian makanan di Jepun. Taman Agro Permatang Pauh dan Eko- Ladang Bersepadu (PPAP) kini berada di atas tanah seluas 2 ekar yang disewa oleh Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Pulau Pinang di sempadan Penanti Pulau Pinang dan Lunas Kedah, akan memiliki VANILLA sebagai miliknya tanaman sauh dan dilengkapi dengan tanaman tunai premium lain, ramuan dan rempah.

Pada 15 Ogos 2020, Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Pengerusi CMI Pulau Pinang, secara rasmi akan melancarkan projek Agro-Park dan Eko-Farm Bersepadu Permatang Pauh yang berkait rapat dan selaras dengan Wawasan 2030 Pulau Pinang yang akan dibuat Pulau Pinang sebagai "Keluarga Berfokus Keluarga, Hijau dan Cerdas yang Mengilhami Bangsa

Taman bersepadu, dengan perluasan lebih banyak tanah dalam waktu dekat, akan menempatkan Pusat Latihan Usahawan Sosial yang memfokuskan pada pengembangan Agro-perusahaan dengan tujuan untuk menjana peluang pekerjaan bagi para belia Pulau Pinang, terutama mereka dari keluarga B40 yang tinggal di sekitar Penanti kawasan.

Saya memberi sokongan kepada inisiatif strategik ini yang dapat berfungsi sebagai model untuk mendorong lebih banyak belia untuk terlibat dalam pertanian dan pertanian industri berasaskan. Kairos Agriculture, yang dikendalikan oleh orang Pulau Pinang Encik Ezra Tan yang telah bertahun-tahun di Sarawak mengasah kemahiran pertaniannya dalam menanam vanila, cendawan dan pisang, akan disokong oleh pasukan petani pakar, pengamal teknologi IR 4.0 dan pengusaha berpengalaman dengan gabungan beberapa dekad pengalaman dalam bidang masing- masing.

Visi mereka adalah menjadi ladang bersepadu bebas kimia terkemuka di Asia dan misi kami adalah menjadi teladan bagi golongan muda untuk mengambil bahagian dalam pertanian melalui pertanian pintar.

Page 51: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

51

Page 52: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

52

Page 53: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

53

Page 54: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

54

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

34. Nyatakan strategik jangka panjang dan pendek Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

(a) Berapakah peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri dan adakah FAP juga menerima tajaan dari pihak swasta?

(b) Apakah perancangan FAP untuk pembangunan program akar umbi?

(c) Berapakah kos pengurusan FAP untuk sebulan bersertakan gaji dan elaun?

YAB. Ketua Menteri:

34. Strategi jangka pendek Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) adalah untuk mempergiatkan latihan dan perlawanan persahabatan serta menyiapkan pemain dari segi kecergasan dan taktik pemain bagi mempersiapkan pasukan Liga Premier untuk beraksi di Liga Super dan seterusnya menjadi juara pada Liga Super 2021. FAP ingin mendapatkan kembali keyakinan rakyat terhadap pasukan bola sepak Pulau Pinang danseterusnya menjadikan sukan bola sepak sebagai pilihan utama rakyat Pulau Pinang.

Strategi jangka panjang (FAP) adalah untuk memantapkan barisan pemain bagi pasukan Liga Premier, Piala Presiden dan Piala Belia. FAP akan bekerjasama dengan akademi-akademi bola sepak di Pulau Pinang bagi mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru yang berkualiti untuk beraksi bersama FAP pada masa hadapan.

(a) Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM8 juta bagi tahun 2020 kepada FAP dan FAP juga telah menerima tajaan daripada pihak swasta berjumlah RM500,000.00.

(b) Perancangan FAP untuk pembangunan program akar umbi adalah seperti berikut:

(i) Mempergiatkan penganjuran liga domestik;

(ii) Berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi mewujudkan pasukan bola sepak di setiap sekolah dengan FAP menyediakan kepakaran khidmat jurulatih, kursus kejurulatihan, peralatan bola sepak dan peluang permainan kepada murid; dan

(iii) Bekerjasama dengan Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) bagi mempergiatkan Program Klinik Bola Sepak.

(c) Secara puratanya kos pengurusan FAP untuk sebulan bersertakan gaji dan elaun adalah berjumlah RM719,500.00.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

35. Kerajaan Negeri telah menetapkan kuota dua (2) orang belia (seorang lelaki dan seorang wanita) yang berumur 21-35 tahun dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mulai tahun 2021.

(a) Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji penetapan kuota 2 orang belia tersebut adalah diluar kuota 30% wanita yang telah ditetapkan sebelum ini supaya menggalakkan lebih ramai belia wanita untuk menyertai MPKK?

Page 55: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

55

YAB. Ketua Menteri:

35. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Bil. 33/2020 pada 9 September 2020 telah meluluskan penetapan kuota dua (2) orang belia (seorang lelaki dan seorang wanita) yang berumur 21-35 tahun dalam keanggotaan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mulai tahun 2021. Kuota wanita adalahtermasuk dalam syarat pelantikan anggota MPKK iaitu 30% keanggotaan adalah terdiri daripada kalangan wanita.

(a) Penetapan kuota dua (2) orang belia baru diluluskan oleh kerajaan negeri dan hanya akan berkuatkuasa mulai 2021. Justeru itu, kerajaan negeri akan mengkaji penetapan kuota 2 orang belia adalah diluar kuota 30% wanita yang telah ditetapkan pada masa akan datang.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

35. (a) Kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah mencapai pelbagai kejayaan dari dalam dan luar negara sejak mendapat status bandaraya masing-masing pada 1 Januari 2015 dan 19 September 2019. Setakat ini, MBPP pada keseluruhannya telah memperolehi sebanyak 55 pengiktirafan dan penganugerahan manakala MBSP pula telah memenangi sebanyak 10 pengiktirafan dan penganugerahan sehingga kini. Perincian pengiktirafan dan penganugerahan yang dicapai oleh MBPP dan MBSP adalah seperti di LAMPIRAN A yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat setelah tamat sesi soalan lisan.

(b) Usaha-usaha yang telah diambil untuk membendung wabak COVID-19 oleh MBPP adalah seperti berikut:

(i) Mempergiatkan publisiti dan penerangan tentang Standard Operating Procedure (SOP) bagi pelbagai sektor termasuk hebahan tentang Operasi Penguatkuasaan melalui saluran media sosial terutamanya Facebook dan media massa termasuk mengoptimakan kegunaan sistem siaraya CCTV;

(ii) Mempergiatkan operasi kawalan Perintah Kawalan Pergerakan di pasar awam dengan kerjasama Persatuan Peniaga, RELA dan sebagainya;

(iii) Mempergiatkan operasi penguatkuasaan bersepadu di premis perniagaan dengan Polis Diraja Malaysia;

(iv) Penutupan premis perniagaan/ pasar awam yang gagal mematuhi SOP ditetapkan;

(v) Menggalakkan aktiviti perniagaan secara e-dagang ketika Perintah Kawalan Pergerakan melalui beberapa inisiatif bersama peniaga tempatan seperti Jom Beli Online (JBO@MBPP), Business From Home, Durian From Farm, Bring Your Own Bag dan Bring Your Own Container;

(vi) Pengurusan kerja termasuk program pembangunan kapasiti melalui video conferencing, webinar dan sebagainya; dan

(vii) Menjalankan sanitasi permukaaan yang disentuh oleh orang awam seperti railing dan sebagainya di Pasar Awam dan Kompleks Makanan.

Page 56: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

56

Usaha yang telah diambil oleh MBSP pula untuk membendung wabak COVID-19 adalah seperti berikut:

(i) Mengekang penularan COVID-19 dikalangan kakitangan MBSP dan penduduk

yang berurusan di premis milik MBSP melalui bekalan topeng muka;

(ii) Menyediakan botol pencuci tangan (hand sanitizer) di premis- premis MBSP;

(iii) Menjalankan pemeriksaan suhu badan kepada semua kakitangan dan pelanggan yang berurusan di Menara MBSP dan pejabat-pejabat cawangan;

(iv) Mengeluarkan sebanyak 4,546 notis kepada pemilik perniagaan seperti

pasaraya, restoran dan kedai makanan, kedai serbaneka dan stesen minyak,

pusat penjaja dan kompleks makanan serta lain-lain jenis perniagaan supaya

menyediakan pencuci tangan dan meningkatkan kekerapan pencucian

peralatan kedai yang digunasama oleh pelanggan serta kepada 229 badan

pengurusan JMB/MC di seluruh Seberang Perai;

(v) Mengedar notis dan video pada skrin LED / Skrin Layar untuk tayangan video

kesedaran terhadap penularan wabak COVID- 19;

(vi) Menjalankan promosi Amalan Pencegahan COVID-19 yang turut dimuatnaik di

laman sesawang MBSP selain dicetak dalam bentuk poster sebanyak 5,000

unit untuk edaran kepada pemilik premis perniagaan dan orang ramai;

(vii) Menangguhkan semua program yang melibatkan perhimpunan dan aktiviti

seperti gotong royong;

(viii) Mengambil tindakan penutupan premis-premis perniagaan di Seberang Perai

kecuali pasaraya, kedai runcit, pasar awam (untuk barangan keperluan harian),

kedai serbaneka (24jam);

(ix) Membenarkan semua kompleks makanan dan restoran menjual secara “take

away” atau “drive thru” sahaja. Restoran tidak dibenarkan menyaji makanan di

dalam premis makanan;

(x) Menghentikan perkhidmatan kaunter di premis MBSP kepada orang ramai iaitu

di Menara Bandaraya MBSP, Pejabat- Pejabat Cawangan MBSP di Kampung

Jawa Butterworth, Jalan Betek Bukit Mertajam, Jawi Nibong Tebal;

(xi) Menutup tempat rekreasi dan kompleks sukan kepada orang ramai seperti

Kompleks Sukan Bertam, Komplek Sukan Jalan Betek, Kolam Renang Awam

Seberang Jaya, Kompleks Rekreasi Sony Seberang Jaya dan dewan-dewan

MBSP;

(xii) Melarang orang ramai menjalankan apa-apa aktiviti di Vision Park Kepala

Batas, UpCycle Park Bandar Perda, Taman Tunku Seberang Jaya;

(xiii) Mengurangkan bilangan pekerja bertugas di pejabat dan lapangan dengan

arahan bekerja dari rumah kecuali bagi perkhidmatan-perkhidmatan penting

(essential services);

Page 57: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

57

(xiv) Menghentikan kerja-kerja kontraktor MBSP kecuali kerja-kerja pembaikan

perkhidmatan penting;

(xv) Melarang mana-mana pasar malam, pasar tani dan pasar pagi (kecuali pasar

awam MBSP) untuk beroperasi;

(xvi) Melaksanakan disinfeksi di pasar-pasar awam MBSP (30 buah) dengan

kekerapan 2 hari sekali mulai 20 Mac 2020;

(xvii) Melarang semua jenis aktiviti gerai penjaja di tepi jalan mulai 22 Mac 2020; dan

(xviii) Melaksanakan kawalan kemasukan ke pasar-pasar awam dengan

menghadkan laluan masuk ke pasar awam dan membuat tanda bagi

menjarakkan kedudukan antara pengunjung (social distancing).

Page 58: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

58

LAMPIRAN A

PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN YANG DITERIMA MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG (MBPP)

TAHUN 2015

BIL. PENGIKTIRAFAN / PENGANUGERAHAN

TARIKH TERIMA PIHAK YANG MEMBERI PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN

1.

THE PAINTBALL ASIA LEAGUE SERIES 2015 THAILAND – ASIA PREMIER WORLD CLASS PAINTBALL TOURNAMENT (TEMPAT KEDUA) KATEGORI DIVISYEN 3

26, 27 DAN 28 MAC 2015

PAINTBALL ASIA LEAGUE SERIES, EXPRESSWAY PAINTBALL PARK, BANGKOK THAILAND

2.

PERTANDINGAN BOT BERHIAS KEAJAIBAN MALAM (MAGIC OF THE NIGHT PUTRAJAYA 2015) – KATEGORI MOST CREATIVE & MOST POPULAR

31 MEI 2015

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA/PERBADANAN PUTRAJAYA DAN MARINA PUTRAJAYA

3.

AWARD OF THE BEST WEBSITE TOURISM PROMOTION ORGANIZATION FOR ASIA PACIFIC CITIES DI SANYA, CHINA

(PENANG MUNICIPAL PARK)

29 MEI 2015

TOURISM PROMOTIONAL ORGANIZATION FOR ASIA PACIFIC (TPO)

4. KEJOHANAN FUTSAL UNIVERSITI MALAYA OPEN 2015 (TEMPAT KETIGA)

4 JUN 2015 UNIVERSITI MALAYA

5.

THE PAINTBALL ASIA LEAGUE SERIES 2015 SINGAPORE – ASIA PREMIER WORLD CLASS PAINTBALL TOURNAMENT (TEMPAT KEDUA) KATEGORI DIVISION 4

5, 6 DAN 7 JUN 2015

PAINTBALL ASIA LEAGUE SERIES, RED DYNASTY PAINTBALL PARK, SINGAPORE

6.

THE PAINTBALL ASIA LEAGUE SERIES 2015 MALAYSIA – ASIA PREMIER WORLD CLASS PAINTBALL TOURNAMENT (OVERALL CHAMPION) DIVISION 4

31 OKTOBER, 1 DAN 2

NOVEMBER 2015

PAINTBALL ASIA LEAGUE SERIES, MAHSURI HALL, LANGKAWI, KEDAH

7.

PELAKSANAAN INISIATIF PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU 2015 PROGRAM PENGKOMPOSAN SISA (TEMPAT PERTAMA)

3-4 NOVEMBER 2015

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN/JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN BANDAR

8. KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI (TEMPAT PERTAMA)

26 DISEMBER 2015 MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI (MPSPK), SUNGAI PETANI, KEDAH

Page 59: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

59

AHUN 2016

BIL. PENGIKTIRAFAN/ PENGANUGERAHAN

TARIKH TERIMA PIHAK YANG MEMBERI PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN

1

KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK (LELAKI) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG (TEMPAT PERTAMA)

5 MAC 2016

MAKSAK NEGERI PULAU PINANG, JESSEBALL SPORT CENTRE, BUKIT TENGAH, PULAU PINANG

2

KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK PERINGKAT KEBANGSAAN (TEMPAT KETIGA)

14-17 APRIL 2016

MAKSAK KEBANGSAAN, MITC, AYER KEROH, MELAKA

3

FINALIST EARTH CITY HOUR CHALLENGE 2016

11 APRIL 2016

WWF (WORLD WIDE FUND)

4

TOURISM PROMOTION ORGANIZATION FOR ASIA PACIFIC (TPO) TOURISM INDUSTRY LEADER AWARD IN TOURISM PROMOTION FOR ASIA PACIFIC FORUM 2016

15 JUN 2016

TOURISM PROMOTION ORGANIZATION FOR ASIA PACIFIC (TPO)

5

PERTANDINGAN BOT BERHIAS KEAJAIBAN MALAM (MAGIC OF THE NIGHT PUTRAJAYA 2016) KATEGORI HIASAN LAMPU TERBAIK (TEMPAT KEDUA)

4 JUN 2016

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA/PERBADANAN PUTRAJAYA DAN MARINA PUTRAJAYA

Page 60: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

60

TAHUN 2017

BIL. PENGIKTIRAFAN / PENGANUGERAHAN TARIKH TERIMA PIHAK YANG MEMBERI PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN

1. CNN TRAVEL PENANG BEING NAMED AS ONE OF THE 17 BEST PLACES TO VISIT IN 2017

JANUARI 2017

CNN TRAVEL

2.

TEMPAT PERTAMA KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

1 MEI 2017

MAKSAK KEBANGSAAN

3.

TEMPAT KETIGA KEJOHANAN FUTSAL MAKSAK KEBANGSAAN 2017 (LELAKI / WANITA)

18-21 MEI 2017

MAKSAK KEBANGSAAN

4.

PERINGKAT AKHIR MIX DIVICIOON SABAH FCAS INTERNATIONAL DRAGON BOAT RACE 2017

13-14 MEI 2017

KERAJAAN NEGERI SABAH

5.

ANUGERAH MEDAN SELERA BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT

10 OKTOBER 2017

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

6.

BEST BROADCAST ADVERTISEMENT " PEDESTRIAN IS KING"

18 - 21 OKTOBER 2017

TOURISM PROMOTION ORGANIZATION FOR ASIA PACIFIC CITIES (TPO), TONGYEONG, KOREA

7.

SIJIL PENGHARGAAN PELAKSANAAN INISIATIF PEMBANGUNAN KEJIRANAN HIJAU 2017 - PENYEDIAAN LALUAN PEJALAN KAKI (KATEGORI BANDARAYA)

11 NOVEMBER 2017

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

8.

ANUGERAH MEDAN SELERA BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT

11 NOVEMBER 2017

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN & KERAJAAN TEMPATAN

9.

MIP THINK CITY MYPLACE AWARDS 2017 - SPECIAL MERITS

23 NOVEMBER 2017

MALAYSIAN INSTITUTE OF PLANNERS

TAHUN 2018

BIL JENIS PENGIKTIRAFAN TARIKH TERIMA PIHAK YANG MEMBERI

1

ACTC (ASEAN CLEAN TOURIST CITY)

26 JAN 2018

MINISTRY OF TOURISM, ARTS AND CULTURE MALAYSIA (MoTAC) DI CHIANG MAI, THAILAND

2

BEST PRINT ADVERTISEMENT (YOSAKOI PENANG)

22 JUN 2018 TOURISM PROMOTION ORGANISATION ASIA PACIFIC, VIETNAM

3

ANUGERAH GEOSPATIAL KEBANGSAAN 2018 (AGK 2018)

10 JUL 2018 MINISTRY OF WATER, LAND AND NATURAL RESOURCES DI PICC PUTRAJAYA

4

PENANG GREEN OFFICE CERTIFICATION -JABATAN LANSKAP MBPP, -PUSAT INFORMASI TAMAN BANDARAYA

SEPT 2018

PENANG GREEN COUNCIL STRATEGIES SDN BHD

Page 61: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

61

BIL JENIS PENGIKTIRAFAN TARIKH TERIMA PIHAK YANG MEMBERI

5

PROVISIONAL CERTIFICATE FOR LOW CARBON CITIES FRAMEWORK (LCCF)

18 OKT 2018

MINISTRY OF ENERGY, SCIENCE, TECHNOLOGY, ENVIRONMENT AND CLIMATE CHANGE

6

PENANG ASIA PACIFIC MASTERS GAMES BEING THE FIRST TO ORGANIZE ASIA PACIFIC MASTERS GAMES - FROM 7 SEPTEMBER 2018 UNTIL 15 SEPTEMBER 2018

9 NOV 2018

THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

7

PENANG ASIA PACIFIC MASTERS GAMES BEING THE MOST NUMBER OF COUNTRIES PARTICIPATING IN ASIA PACIFIC MASTERS GAMES - 64 COUNTRIES

9 NOV 2018

THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

8

PENANG ASIA PACIFIC MASTERS GAMES BEING THE FIRST TORCH RUN FOR THE ASIA PACIFIC MASTERS GAMES TOTAL DISTANCE: 3908 KM

9 NOV 2018

THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS

9

ANUGERAH INNOVATION BLAST (KATEGORI TEKNIKAL) - JOHAN

26 NOV 2018

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

10

ANUGERAH INNOVATION BLAST KATEGORI PENGURUSAN) - NAIB JOHAN

26 NOV 2018 PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

11

AQUASAVE (SUSTAINABLE WATER MANAGEMENT CERTIFICATION)

29 NOV 2018 PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG (PBAPP)

12

PENANG GREEN OFFICE CERTIFICATION -JABATAN PENGUATKUASAAN -JABATAN KHIDMAT KEMASYARAKATAN

29 NOV 2018

PENANG GREEN COUNCIL STRATEGIES SDN BHD

13

SIJIL PEMATUHAN SAGA (STANDARD ACCOUNTING SYSTEM FOR GOVERNMENT AGENCIES) 2018

29 NOV 2018

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

TAHUN 2019

BIL JENIS PENGIKTIRAFAN /

PENGANUGERAHAN TARIKH PIHAK YANG MEMBERI

1 MS ISO 9001:2015 - KAWALAN PENGURUSAN

26 FEB 2019 SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD

2

ASEAN PUBLIC TOILET STANDARD 2019 - 2021 - TANDAS AWAM PANTAI MIAMI & TANDAS AWAM PANTAI MAS

19 MAC 2019

ASEAN TOURISM STANDARD

3 SPECIAL RECOGNITION FOR PUBLIC FACILITY (PENANG COASTAL CYCLING ROUTE)

12 APR 2019 PROPERTY GURU ASIA PROPERTY AWARDS (MALYSIA) 2019

4 SPECIAL RECOGNITION FOR PUBLIC FACILITY (CHOWRASTA MARKET)

12 APR 2019 PROPERTY GURU ASIA PROPERTY AWARDS (MALYSIA) 2019

Page 62: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

62

BIL JENIS PENGIKTIRAFAN / PENGANUGERAHAN

TARIKH PIHAK YANG MEMBERI

5 ANUGERAH SISTEM PENARAFAN BINTANG - PIHAK BERKUASA TEMPATAN (SPB-PBT) - 5 BINTANG

2 MEI 2019 KPKT

6 INTERNATIONAL LARGE URBAN PARKS - 3rd PLACE

OKT 2019 WORLD URBAN PARKS, KANADA

7 LCCF -DIAMOND RECOGNITION - TANJONG PINANG STRAIT QUAY

9 OKT 2019 GREEN TECH MALAYSIA

8 AKAUNTABILITI INDEKS PENGURUSAN KEWANGAN - 5 BINTANG (PENCAPAIAN MARKAH TERTINGGI)

3 OKT 2019 KETUA AUDIT NEGARA

9 BABY BIDS @ JALAN GURDWARA - GOLD WINNER

15 NOV 2019 MALAYSIA INSTITUTE OF PLANNERS (MIP) MyPLACE AWARDS 2019

10 ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG - JOHAN BAGI KATEGORI ICT -- e-INSPECTION

12 NOV 2019 PSUKPP

11 ANUGERAH KHAS INOVASI BERPOTENSI KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG - TAMAN MANDIRI

12 NOV 2019 PSUKPP

12

INNOVATION BLAST TAHUN 2020 KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG - SISTEM SMART PARKING

12 NOV 2019

PSUKPP

13

PENSIJILAN PROJEK PEJABAT HIJAU PULAU PINANG

- JABATAN PERBENDAHARAAN

- BAHAGIAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

- BAHAGIAN KESIHATAN PERSEKITARAN JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN

21 NOV 2019

PENANG GREEN COUNCIL

TAHUN 2020

BIL JENIS PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN

TARIKH PIHAK YANG MEMBERI

1 ASEAN CLEAN TOURIST CITY (ACTC) - 16 JAN 2020 ASEAN TOURISM STANDARD (DI

BRUNEI)

2 CLIMATHON GLOBAL AWARDS 31 JAN 2020 THINK CITY

3 BEST CORPORATE LEADERSHIP FOR MALE

15 OGOS 2020 MALAYSIA GREEN BUILDING COUNCIL

4

BEST SUSTAINABILITY LEARDERSHIP FOR INSTITUTIONS

15 OGOS 2020

MALAYSIA GREEN BUILDING COUNCIL

5

SPECIAL AWARDS IB SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGs)

15 OGOS 2020

MALAYSIA GREEN BUILDING COUNCIL

6

MENAIKTARAF TANAH LAPANG SUNGAI ARA (FASA 4) - JUARA

17 OGOS 2020

GRPB CHAMPION AWARD 2019

Page 63: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

63

BIL JENIS PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN

TARIKH PIHAK YANG MEMBERI

7

GOLD MEDAL BAGI KATEGORI MOBILITY UNTUK WORLD SMART SUSTAINABLE CITIES ORGANIZATION AWARDS YANG KE-4 (4TH WEGO AWARD)

29 SEPTEMBER 2020

WORLD SMART SUSTAINABLE CITIES ORGANISATION (WeGo)

PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN YANG DITERIMA MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI (MBSP)

TAHUN 2019

BIL. PENGIKTIRAFAN / PENGANUGERAHAN TARIKH TERIMA PIHAK YANG MEMBERI PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN

1 PENGIKTIRAFAN PROVISION BAGI LCC2030 CHALLENGE

11 OKTOBER 2019

KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM (MESTECC)

2

PENGIKTIRAFAN GRED A BAGI PENCAPAIAN PENGURANGAN PENGHASILAN KARBON DI SEBERANG PERAI

1 NOVEMBER 2019

CARBON DISCLOSURE PROJECT ORGANIZATION (CDP).

3

ANUGERAH KUALITI SIRIM 2019 8 NOVEMBER 2019

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

4 ANUGERAH KONTINJEN TERBAIK SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 1441H/2019

9 NOVEMBER 2019

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

5

i. NAIB JOHAN BAGI PROJEK SAFETY TOP AND RESIZABLE GRATING OLEH KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

ii. ANUGERAH KHAS INOVASI BERPOTENSI BAGI ANUGERAH INOVASI UNTUK KATEGORI ICT BAGI PEMBENTANGAN BAJET MBSP TAHUN 2021 21 PROJEK IAMS INTERNAL AUDIT MANAGEMENT SYSTEM

iii. NAIB JOHAN BAGI ANUGERAH INOVASI UNTUK KATEGORI BUKAN ICT BAGI PROJEK VEHICLE OPTIMIZATION MATRIX – DECISION MODELLING DAN

iv.

JOHAN INOVATION BLAST BAGI KATEGORI TEKNIKAL UNTUK PROJEK POTHOLE REPAIR & RANGERS VIA CROWDSOURCING CPR.

12 NOVEMBER 2019

MAJLIS SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2019

Page 64: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

64

6 3 BINTANG DALAM PENGAUDITAN

PERSIJILAN SEMULA SISTEM PENGURUSAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

20 DISEMBER 2019

PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)

TAHUN 2020

BIL. PENGIKTIRAFAN / PENGANUGERAHAN

TARIKH TERIMA PIHAK YANG MEMBERI PENGIKTIRAFAN/PENGANUGERAHAN

1

PENGHARGAAN DI ATAS PENGLIBATAN DALAM ALL ABOUT SDG’S CAMPAIGN 2019 SEMASA UNDP ROUNDTABLE DISCUSSION WITH CITY COUNCILS ON THE SDG’S

20 JANUARI 2020

UNITED NATIONS DEVELOPMENT PROGRAMME (UNDP)

2 PENGIKTIRAFAN SEBAGAIMOST PRODUCTIVE ORGANIZATION IN NORTHERN REGION

20 JANUARI 2020 PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)

3

PENGIKTIRAFAN UNTUK PENCAPAIAN MBSP SEPANJANG TAHUN 2019 SEMASA MAJLIS PERHIMPUNAN ANGGOTA PENJAWAT AWAM OLEH YAB KETUA MENTERI PADA

30 JANUARI 2020

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

4

PENGHARGAAN ANTARABANGSA DARIPADA UNITED NATIONS HABITAT (UN HABITAT) DI ATAS PENGLIBATAN DALAM PEMBENTANGAN LAPORAN PENCAPAIAN VOLUNTARY LOCAL REVIEW (VLR) MBSP BERDASARKAN 17 SDGS KEY PLATFORM DI ABU DHABI, UAE.

13 FEBRUARI 2020

UNITED NATIONS HABITAT (UN HABITAT)

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

37. Apakah status pembinaan Kompleks Pasar Teluk Kumbar?

(a) Sila huraikan jadual perlaksanaan projek tersebut.

(b) Apakah benar projek tersebut tidak diberikan keutamaan dan menghadapi pelbagai karenah?

Apakah perincian RM1 Juta dalam ucapan Bajet Tahun 2021 oleh Dato' Bandar berkaitan Pasar Teluk Kumbar tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

37. (a) Status terkini pembinaan Kompleks Pasar Teluk Kumbar adalah tender yang telah dikeluarkan pada bulan Februari 2020 yang lalu telah dibatalkan pada bulan Ogos 2020 atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Panggilan tender baru dijangka akan dibuat semula pada bulan November 2020.

Page 65: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

65

(b) Projek ini sentiasa diberi keutamaan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi memenuhi keperluan harian penduduk tempatan. Walaupun terdapat banyak kekangan, MBPP tetap komited untuk melaksanakan projek pembinaan ini.

(c) Peruntukan RM1 juta yang disediakan pada tahun 2021 oleh MBPP bertujuan bagi kerja-kerja permulaan / awalan projek Pasar Teluk Kumbar ini.

Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

38. Sila nyatakan status projek-projek Kerajaan Persekutuan yang diluluskan untuk Pulau Pinang dalam Belanjawan 2020 khususnya Projek Kereta Kabel Perbadanan Keretapi Funikular Bukit Bendera?

YAB. Ketua Menteri:

38. Berdasarkan kepada laporan prestasi dan pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) yang telah dijana daripada Sistem Pemantauan Projek 2 (SPP 2), jumlah keseluruhan projek Kerajaan Persekutuan yang diluluskan untuk Pulau Pinang dalam Belanjawan 2020 sehingga 2 Ogos 2020 ialah sebanyak 167 projek dengan kos keseluruhan projek sejumlah RM14.90 bilion. Projek ini terdiri daripada 126 projek baharu dengan kos sebanyak RM10.52 bilion manakala 41 projek sambungan dengan kos sebanyak RM4.38 bilion yang mana melibatkan sebanyak 148 projek fizikal dan 19 projek bukan fizikal.

Status pelaksanaan projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

BIL. STATUS PELAKSANAAN

PROJEK

BILANGAN PROJEK

1 Dalam Perancangan 13

2 Ikut Jadual 122

3 Telah Siap 25

4 Lewat Jadual 6

5 Sakit 1

JUMLAH KESELURUHAN 167

Manakala, bagi Projek Kereta Kabel Bukit Bendera, permohonan peruntukan bagi projek ini telah diluluskan dalam Belanjawan 2020 pada bulan Oktober 2019. Walau bagaimanapun, Kementerian Kewangan melalui surat bertarikh 3 April 2020 telah menyatakan bahawa permohonan tersebut tidak mendapat pertimbangan daripada pihak Kementerian dan tidak dapat diteruskan.

Kerajaan Negeri melalui Y.A.B. Ketua Menteri telah mengemukakan rayuan pada 10 Jun 2020 kepada Kementerian Kewangan bagi meneliti dan mempertimbangkan semula permohonan peruntukan bagi cadangan pelaksanaan Projek Kereta Kabel Bukit Bendera di Pulau Pinang dan tiada maklum balas yang diterima sehingga kini.

Bagi meneruskan projek tersebut, Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Bukit Bendera akan mengeluarkan Request for Proposal (RFP) untuk bekerjasama dengan pihak swasta secara Public Private Partnership (PPP). Panggilan RFP dijangka akan dilaksanakan pada bulan November 2020. Projek ini dijangka akan mengambil masa antara tiga (3) hingga empat (4) tahun untuk siap sepenuhnya dan mula beroperasi.

Page 66: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

66

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

39. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur luar negara (FDI) untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang?

(a) Adakah tanah perindustrian semasa mencukupi untuk digunakan dalam tempoh 10 tahun lagi?

YAB. Ketua Menteri:

39. Perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik pelabur luar negara (FDI) untuk jangka masa pendek adalah seperti berikut:

(i) Manfaatkan perang dagang US-Eropah, US-China bagi menarik pelabur baru ke Pulau Pinang yang mempunyai kelebihan dari segi lokasi yang strategik, bakat dalam bidang teknologi, eko-sistem industri teknologi dan supply chain yang sedia ada.

(ii) Memberi fokus kepada industri galakan dan meningkatkan khidmat kepada pelabur sedia adadengan memberi tumpuan kepada kekuatan Pulau Pinang dalam bidang elektronik dan elektrikal serta semikonduktor. Di samping itu, industri yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi (high growth potential) seperti pembuatan peralatan seperti perubatan (medical devices), IOT sains kesihatan, mesin dan peralatan (machinery & equipment), automotif, aeroangkasa, pertahanan, rail (pengangkutan) dan avionik. Selain itu, tumpuan juga dipelbagaikan kepada sektor perkhidmatan seperti Global Business Services, Research & Development, Design & Development & Software Development. Aktiviti-aktiviti ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi. Sektor lain termasuk creative technology content dan applications/games;

(iii) Memperkukuhkan kerjasama dan sinergi dengan Agensi-Agensi Kerajaan Persekutuan seperti Northern Corridor Economic Region/Malaysia External Trade Development Corporation/Malaysian Investment Development Authority/Ministry of International Trade and Industry (NCER/MATRADE/MIDA/MITI) bagi meningkatkan pelaburan ke Pulau Pinang dan terus mempromosikan Pulau Pinang sebagai Silicon Valley of the East. Ini termasuk perkongsian sumber-sumber dan mengelakkan redundancy dan pembaziran dari segi kos, masa dan tenaga kerja. Contohnya, misi promosi pelaburan yang diselaraskan, perkongsian perisikan pasaran, fasilitasi pelaburan dan sebagainya. Walaupun misi pelaburan antarabangsa tidak dapat diadakan pada tahun ini berikutan penularan Wabak COVID-19, InvestPenang telah menyertai beberapa sesi webinar untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan utama di rantau ini. InvestPenang juga telah menganjurkan sesi Webinar yang mensasarkan pelaburan strategik dari Negara China dengan usahama pihak China Chamber of International Commerce (CCOIC) dan Malaysia Investment Development Authority (MIDA) pada 23 September 2020. Sesi Webinar yang sama juga akan dianjurkan oleh InvestPenang pada 14 Oktober 2020 yang mensasarkan pelaburan strategik dari Negara Jepun dengan usahama Japan External Trade Organization (JETRO), MIDA Tokyo dan Asean Japan Centre;

(iv) Penganjuran Penang World Congress On Information Technology (WCIT) Tech Fest daripada 18 hingga 20 November 2020 adalah usaha bagi menarik pelabur ke Pulau Pinang. Penang Tech Fest secara virtual ini ialah satu landasan menuju Penang WCIT 2022 yang telah dijadual semula tarikhnya akibat COVID-19;

Page 67: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

67

(v) Menubuhkan Business & Industrial Parks Enhancement Council (BIPEC)” untuk mengenalpasti dan meluluskan cadangan penambahbaikan operasi penyelenggaraan dan pengurusan infrastruktur bagi kawasan perniagaan dan perindustrian di Pulau Pinang yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dan Penang Development Corporation (PDC). Kerajaan Negeri akan menaik taraf taman perindustrian dan kawasan perniagaan utama dan memastikan infrastruktur memenuhi taraf antarabangsa. Ini adalah penting dalam memastikan segala infrastruktur dan kemudahan yang disediakan di kawasan-kawasan perindustrian utama di Negeri Pulau Pinang berkualiti tinggi dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa;

(vi) Penubuhan Majlis Penasihat Pelaburan Strategik Pulau Pinang (Penang Strategic Investment Advisory Council) yang merupakan usaha bersama antara Kerajaan Negeri dan sektor swasta. Majlis Penasihat Pelaburan Strategik Pulau Pinang akan memainkan peranan sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri tentang langkah-langkah untuk membangun dan meningkatkan Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan strategik. Ahli Majlis Penasihat terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman luas dan pemimpin yang dihormati dari pelbagai industri. Ahli Majlis boleh memberi input yang bermanfaat kepada kerajaan mengenai cabaran dan peluang pelaburan yang berpotensi. Ini akan membolehkan kerajaan membentuk dasar yang mampan dan membina;

(vii) Meningkatkan usaha untuk menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran di Pulau Pinang untuk memenuhi keperluan tenaga kerja syarikat-syarikat Multinasional. Selain itu, usaha-usaha berterusan memupuk bakat baru tenaga kerja berkemahiran juga sedang giat dijalankan oleh Pusat Career Assistance and Talent (CAT) Centre;

(viii) Pusat S.M.A.R.T (SME Market Advisory, Resource & Training Centre) yang dikelolakan oleh InvestPenang memainkan peranan utama dalam memantapkan ekosistem industri sokongan di Pulau Pinang dengan menyediakan fasilitasi kepada syarikat-syarikat pengilang multinasional dan pelabur baru yang berminat untuk mencari pembekal tempatan. Ini termasuk menganjurkan sesi pemadanan perniagaan (business matching events) di antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan syarikat-syarikat multinasional dan pelabur baru dengan tujuan untuk membangunkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan serta meningkatkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Ekosistem industri sokongan yang mantap juga merupakan salah satu daya tarikan utama pelabur asing untuk melabur di Pulau Pinang kerana ianya dapat membantu mengurangkan kos operasi mereka; dan

(ix) Memastikan ease of doing business di Pulau Pinang kekal tinggi terutama jika berbanding dengan pesaing- pesaing yang lain (competitors) seperti Singapura, Vietnam, Thailand dan lain-lain lagi. Matlamat ini dapat dicapai melalui perlaksanaan “hand holding program” oleh InvestPenang dimana para pelabur baru yang ingin beroperasi di Pulau Pinang akan diberi bantuan dan bimbingan untuk memudahkan mereka menubuhkan perniagaan dan memulakan operasi pengilangan.

Dari segi perancangan jangka panjang pula langkah-langkah berikut dalam peringkat perancangan;-

(i) Pulau Pinang sebagai destinasi work, live and play. Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkepentingan untuk menaiktaraf Pulau Pinang sebagai negeri antarabangsa yang sesuai didiami dan selari dengan

Page 68: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

68

konsep work, live and play. Ini termasuklah peningkatan kualiti pengangkutan awam - Pelan Induk Pengangkutan Awam (termasuk laluan LRT) untuk meningkatkan kualiti hidup di Pulau Pinang;

(ii) Memberi tumpuan utama kepada penyediaan infrastruktur dalam kawasan perindustrian PDC iaitu dari segi jaringan (connectivity) jalur lebar berkelajuan tinggi menggunakan fiber optik dan logistik yang baik dengan tujuan memenuhi keperluan industri yang memerlukan kelajuan dan kecekapan dalam sistem penyampaian.; dan

(iii) Kerajaan Negeri melalui PDC merancang untuk memastikan tanah perindustrian PDC adalah mencukupi di samping menyediakan kemudahan infrastruktur yang bertaraf global bagi menarik pelabur dari industri teknologi tinggi dan pengeluaran produk yang mempunyai nilai tambah.

Berdasarkan trend penjualan tanah industri bagi tahun-tahun sebelum ini, dijangka tanah perindustrian PDC yang sedia ada mampu menampung permintaan para pelabur untuk tempoh sepuluh (10) tahun lagi di mana kawasan Byram telah dikenalpasti sebagai tapak perindustrian PDC yang baharu. Selain itu, Projek Penang South Reclamation (PSR) bakal menyediakan tanah seluas 800 ekar di atas Pulau A untuk industri hi-technology dan elektrik dan elektronik.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

40. Mohon pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan keupayaan belia-belia dalam ekonomi gig?

(a) Sila nyatakan insentif khusus yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu golongan/pemain ekonomi gig?

YAB. Ketua Menteri:

40. Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) telah melaksanakan pelbagai program dan kursus dalam meningkatkan keupayaan belia-belia dalam ekonomi gig. Antara program dan kursus yang dianjurkan oleh PYDC adalah seperti berikut:

(i) Phyton Programming Essentials;

(ii) Search Engine Optimization & Mobilegraphy Video;

(iii) How to Win when Start Small with Limited Resources in e- Marketplace;

(iv) LiveNOW KOL Livestreaming Training Programme;

(v) How to Start Livestream Successfully and Strategise your Content in e-Marketplace;

(vi) How to Create a Winning Social Media Strategy & Let’s Build a Website;

(vii) Bengkel E-dagang;

(viii) Industry Revolution 4.0 Awareness Workshop;

(ix) Pemerkasaan Belia Melalui Ekonomi Digital; dan

(x) Live Streaming King Competition.

(a) Dalam era digitalisasi ini, PYDC telah melancarkan program Platform Bakat Digital Belia Pulau Pinang bagi mewujudkan 1,000 orang belia yang

Page 69: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

69

mempunyai bakat digital dalam tempoh masa dua (2) tahun. Program ini adalah berobjektif untuk mewujudkan 1,000 peluang pekerjaan baharu untuk belia dan membangunkan ekonomi gig di negara kita secara amnya dan Pulau Pinang secara khususnya. Tambahan pula, Platform Bakat Digital ini juga berfungsi sebagai medium bagi memadankan bakat-bakat digital dengan perkhidmatan- perkhidmatan digital yang diperlukan oleh para pengusaha dari dalam dan luar negara. Melalui platform ini, perkhidmatan yang ditawarkan adalah secara freelance, separuh masa atau berdasarkan projek jangka pendek juga dikenali sebagai ekonomi gig yang menjadi trend global pada masa sekarang.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

41. Berapakah jumlah penguatkuasaan yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai isu premis judi di Pulau Pinang?

(a) Sila nyatakan jumlah premis yang masih aktif beroperasi mengikut daerah sejak tahun 2016 hingga sekarang.

YAB. Ketua Menteri:

41. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pulau Pinang telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap premis judi di negeri Pulau Pinang. Bilangan serbuan dan tangkapan sejak tahun 2016 sehingga bulan Ogos 2020 adalah seperti berikut :

Tahun 2016 2017 2018 2019 2020

SERBUAN BERJAYA 1648 1631 1265 1319 621

TANGKAPAN 2127 2084 1837 1793 1042

(a) Mengikut rekod, terdapat 87 premis judi berlesen aktif dan tiada premis judi tanpa lesen dalam negeri. Jumlah premis judi yang aktif beroperasi mengikut daerah di negeri Pulau Pinang sejak tahun 2016 sehingga sekarang adalah seperti berikut :

Daerah Bilangan Premis Judi Berlesen

Bilangan Premis Judi Tanpa Lesen

SPU 19 0

SPT 33 0

SPS 9 0

DTL 18 0

DBD 8 0

JUMLAH 87 0

Ahli Kawasan Telok Ayer Tawar (YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

42. Apakah tindakan yang diambil untuk membantu nelayan, petani dan penternak yang terkesan akibat pandemik COVID-19?

(a) Nyatakan peratusan dan langkah-langkah yang telah diambil.

Page 70: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

70

YAB. Ketua Menteri:

42. Kerajaan sedia maklum akan kesan pandemik COVID-19 terhadap nelayan, petani dan penternak apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula pada bulan Mac 2020 yang lalu.

NELAYAN

(a) Kerajaan Negeri telah melancarkan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1.0, 2.0 dan 2.1 dengan memberi bantuan kepada penduduk negeri ini termasuk nelayan, petani dan penternak bagi memastikan kebajikan golongan tersebut sentiasa terjaga sepanjang tempoh PKP dan selepas PKP.

Antara langkah-langkah yang telah diambil dan peratusan penerima bantuan di bawah sektor pertanian adalah seperti berikut:

(i) Melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0, Kerajaan Negeri telah

menyalurkan bantuan wang tunai sebanyak RM400.00 kepada 3,998 nelayan pesisir pantai (Zon A) dan bantuan kotak insulasi kepada 250 nelayan darat/sungai dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1,644,200.00. Dianggarkan sebanyak 5,814 nelayan pantai (Zon A) yang merangkumi nelayan yang berlesen dan tidak berlesen layak menerima bantuan tersebut. Walau bagaimanapun, hanya 68.8% daripada anggaran asal tersebut telah menerima bantuan secara EFT dan hadir serahan tangan melalui dua (2) program penyerahan bantuan yang dijalankan serentak di bahagian Pulau dan Seberang. Manakala bagi bantuan kotak insulasi, 100% nelayan darat/sungai yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan telah menerima bantuan tersebut;

(ii) Menurut Jabatan Perikanan Pulau Pinang, antara bantuan yang telah

dilaksanakan di bawah Pakej Bantuan Rakyat 2.0 ini adalah bantuan sebanyak RM180.00 dalam bentuk penyerahan kotak insulasi kepada nelayan darat/sungai yang berkelayakan. Selain itu, Kerajaan juga telah menyalurkan bantuan bernilai RM400.00 kepada nelayan pesisir pantai yang berkelayakan. Melalui pakej ini juga, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200,147.00 dengan tujuan untuk menjaga kebajikan penternak tradisional yang berkelayakan.

PETANI Jabatan Pertanian Negeri telah mengambil tindakan menyediakan bantuan dalam bentuk input pertanian pada kadar RM400.00 per petani yang berdaftar dengan pihak Jabatan. Kaedah penyaluran bantuan adalah bersifat bersasar kepada kumpulan petani yang mengusahakan tanaman buah-buahan tidak bermusim, sayur- sayuran, kontan dan tanaman industri seramai 1,142 penerima, berbanding 6,637 petani bagi semua komoditi dan 462 usahawan Industri Asas Tani (IAT). Berikut ialah maklumat bilangan petani mengikut kategori tanaman dan daerah:

Page 71: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

71

DAERAH

BILANGAN PETANI MENGIKUT KATEGORI TANAMAN

JUMLAH

BUAH TIDAK BERMUSIM

SAYUR KONTAN TANAMAN INDUSTRI

SPU 23 154 26 25 228

SPT 22 147 31 5 205

SPS 48 136 2 12 198

BD 306 119 4 35 464

TL 0 47 0 0 47

JUMLAH 399 603 63 77 1,142

Di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.1, Kerajaan Negeri juga telah memberi bantuan berbentuk input pertanian kepada semua petani berdaftar yang mengusahakan tanaman buah-buahan tidak bermusin, sayur-sayuran, kontan dan tanaman industri bernilai RM400.00 bagi 1,142 petani yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Neger dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM456,800.00. Insentif ini adalah merupakan tambahan kepada insentif sedia ada di bawah program dan projek pembangunan pertanian tahunan Jabatan Pertanian Negeri. Penyerahan bantuan ini masih berjalan dan dilaksanakan secara berperingkat oleh Jabatan Pertanian Negeri.

Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang turut memberi peluang kepada mana-mana golongan petani, penternak dan nelayan yang terlibat dalam bidang keusahawan dan menjalankan industri kecil dan sederhana menerusi bantuan yang diperkenalkan adalah seperti berikut:-

(i) Skim pinjaman tanpa faedah kelangsungan perniagaan Pulau Pinang (Skim PEKA PKS) kepada perusahaan/ industri kecil dan -sederhana;

(ii) Penangguhan tempoh pembayaran balik pinjaman di bawah Tabung Usahawan Tani selama tiga (3) bulan; dan

(iii) Kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCER) melalui Program PENJANANCER Jom Niaga iaitu program fast track yang bertujuan untuk menyediakan peluang menjana pendapatan melalui keusahawanan bagi golongan sasaran dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menjalani latihan kemahiran, atau penempatan pekerjaan di dalam perusahaan kecil dan sederhana atau industri kecil dan sederhana.

Page 72: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

72

PENTERNAK

Selain itu, melalui Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 2.0, sejumlah 988 orang penternak ruminan, unggas dan babi berskala kecil di negeri Pulau Pinang yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP) telah menerima manfaat dalam bentuk makanan ternakan dan makanan tambahan ternakan yang bernilai RM200,001.50. Bantuan ini dilihat dapat menampung bebanan kos makanan ternakan bagi para penternak. Bantuan ini telah disalurkan kepada 100% daripada keseluruhan penternak ruminan, unggas dan babi berskala kecil di negeri Pulau Pinang;

Kerajaan Negeri melalui JPVPP telah menangguhkan pelaksanaan kadar caj bayaran Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) bagi tujuan pemindahan ternakan ruminan dan babi yang bermula pada 1 April kepada 1 Ogos 2020. Pelaksanaan penangguhan ini dianggarkan telah dimanfaatkan 100% oleh sejumlah 1,151 penternak atau pengusaha ternakan ruminan dan babi di negeri Pulau Pinang dengan anggaran implikasi kewangan RM284,355.00.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

43. Apakah rancangan penuh Kerajaan Negeri untuk projek Gurney Wharf dan apakah timeline persiapan penuh kjemudahan-kemudahan awam projek itu supaya rakyat boleh menikmatinya?

YAB. Ketua Menteri:

43. Kawasan tambak berhampiran Bulatan Gurney Drive, Seri Tanjung Pinang 2 (STP2) telah dikenal pasti bagi tujuan Pembangunan Projek Gurney Wharf.

Kerajaan Negeri komited untuk menyediakan kawasan hijau dan lapang bagi tujuan rekreasi serta riadah untuk dinikmati oleh penduduk-penduduk Pulau Pinang. Projek Pembangunan Gurney Wharf dijangka menjadi tempat ikonik kawasan awam di dalam bandar berhadapan laut. Kerajaan Negeri pada awalnya telah mengenal pasti kerja-kerja landskap dan pengindahan taman rekreasi bagi Projek Gurney Wharf seperti berikut:

(a) Penyediaan kawasan promenade untuk pejalan kaki;

(b) Penyediaan kawasan permainan skate park;

(c) Penyediaan kioks, tandas awam, kedai serbaneka dan viewing deck;

(d) Penyediaan kawasan permainan kanak-kanak;

(e) Penyediaan sistem perparitan dan saliran;

(f) Penyediaan wetlands;

(g) Penyediaan foothpath on grade;

(h) Penyediaan tempat letak kereta terbuka;

(i) Penyediaan tangga dan laluan ramp Orang Kurang Upaya (OKU);

(j) Penyediaan turfing sementara di Gurney Paired Road; dan

(k) Tandas awam.

Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk penyediaan komponen tambahan seperti berikut:

(a) Pembinaan hawker center dan kemudahan food & beverage area;

(b) Penyediaan retail area; dan

Page 73: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

73

(c) Kemudahan teksi air.

Walau bagaimanapun, susulan penularan wabak COVID-19, Kerajaan Negeri akan meneliti semula keperluan setiap komponen projek melalui satu Jawatankuasa Pelaksanaan Projek.

Perancangan Projek Gurney Wharf telah dimulakan sejak tahun 2016 dengan Sesi Stakeholders Engagement dan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Pulau Pinang.

Bagi pelaksanaan projek ini, Kerajaan Negeri telah melantik Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd. (TPD) sebagai Project Management Office (PMO) bagi projek ini memandangkan TPD sedang menguruskan kerja-kerja penambakan laut Seri Tanjung Pinang Fasa 2 (STP 2) yang telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Perjanjian PMO telah dimeterai bersama pihak TPD pada bulan Jun 2020.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam proses penilaian dan pelantikan konsultan. Secara keseluruhan seramai tujuh (7) konsultan telah dipertimbangkan untuk dilantik terdiri daripada Arkitek (termasuk Pengurus Projek), Arkitek Landskap, Jurutera Awam & Struktur, Jurutera Mekanikal & Elektrik, Jurukur Bahan, Jurutera Marin Pantai & Tambakan dan Konsultan Alam Sekitar (termasuk Auditor Alam Sekitar). Pelantikan konsultan telah dilaksanakan pada awal Oktober 2020.

Seterusnya, dokumen tender sedang disediakan bagi tujuan pelantikan kontraktor. Tempoh masa yang diperlukan bagi keseluruhan projek untuk siap adalah dalam tempoh tiga (3) tahun, iaitu selepas pelantikan kontraktor projek, memuktamadkan rekabentuk dan termasuk tempoh pembinaan iaitu mulai awal tahun 2021 hingga pertengahan tahun 2023.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

44. Sila senaraikan semua kerja kontrak atau projek yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri secara rundingan terus daripada 2008-2020.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan Request For Proposal (RFP)? Jelaskan.

(b) Senaraikan projek-projek yang telah dilaksanakan secara RFP oleh Kerajaan Negeri /agensi dari 2008-2020.

YAB. Ketua Menteri:

44. Jumlah kontrak kerja/ projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kaedah Rundingan Terus dari tahun 2008 hingga 2020 adalah sebanyak 21 dengan nilai perolehan keseluruhan berjumlah RM7,934,339.66 (rujuk Lampiran A). Senarai kontrak kerja/ projek berkenaan adalah seperti di Lampiran B.

(a) Request for Proposal (RFP) adalah salah satu kaedah perolehan Kerajaan yang boleh dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi bagi mencari penyelesaian (solutions) yang paling tepat mengikut keperluan sesuatu projek. Untuk melaksanakan RFP, Jabatan/Agensi perlu jelas tentang matlamat, visi dan fungsi projek yang hendak dilaksanakan bagi membantu syarikat menyediakan cadangan penyelesaian. RFP diuruskan secara tender terbuka hendaklah mematuhi peraturan tender seperti yang ditetapkan mengikut Pekeliling Perbendaharaan PK2.1: Kaedah Perolehan Kerajaan dan Surat Pekeliling Kewangan Negeri Bil. 4/2019: Menerima Pakai Keseluruhan Pekeliling Perbendaharaan Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Page 74: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

74

Jabatan/Agensi juga hendaklah mengambil perhatian berkaitan perkara seperti di Lampiran C dalam melaksanakan perolehan secara RFP.

(b) Jumlah projek-projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara RFP dari tahun 2008 hingga 2020 adalah adalah sebanyak 77 (rujuk Lampiran D). Senarai kontrak kerja/ projek berkenaan adalah seperti di Lampiran E. Lampiran-lampiran yang dinyatakan di atas akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat setelah tamat sesi soalan lisan

Page 75: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

75

LAMPIRAN A

JUMLAH KONTRAK KERJA/PROJEK YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SECARA RUNDINGAN TERUS DARIPADA TAHUN 2008 HINGGA TAHUN 2020

TAHUN BILANGAN PROJEK NILAI (RM)

2008 - -

2009 1 264,836.00

2010 - -

2011 - -

2012 - -

2013 - -

2014 3 1,832,429.80

2015 - -

2016 1 200,000.00

2017 1 200,000.00

2018 - -

2019 9 1,441,398.16

2020 6 3,995,675.70

JUMLAH 21 7,934,339.66

Page 76: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

76

LAMPIRAN B

SENARAI KONTRAK KERJA/PROJEK YANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG SECARA RUNDINGAN TERUS DARIPADA TAHUN 2008 HINGGA TAHUN 2020

TAHUN BILANGAN PROJEK

NAMA PROJEK NILAI (RM)

2008 - - -

2009 1 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Bangunan Seri Mutiara

264,836.00

2010 - - -

2011 - - -

2012 - - -

2013 - - -

2014 3 Kerja-Kerja Menaiktaraf Bangunan Negeri Maha Di MAEPS, Serdang Selangor

280,400.00

Kerja-Kerja Menaiktaraf Siling Dan Sistem Penggantungan Serta Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Lebuh Light, Pulau Pinang (Fasa 1)

265,824.80

Kerja-Kerja Merawat Bumbung Konkrit Bangunan Masjid Negeri Pulau Pinang, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

1,286,205.00

2015 - - -

2016 1 Menaiktaraf Bangku Di Dalam Taman Botani Dan Kerja-Kerja Berkaitan Kepada Pesaka Indah Ria Enterprise

200,000.00

2017 1 Menaiktaraf Bangku Di Dalam Taman Botani Dan Kerja-Kerja Berkaitan Kepada Pesaka Indah Ria Enterprise

200,000.00

2018 - - -

Page 77: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

77

TAHUN BILANGAN PROJEK

NAMA PROJEK NILAI (RM)

2019 9 Kerja-Kerja Pemasangan Lampu Hiasan Pesta Pulau Pinang Tahun 2019

224,840.00

Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Pembaikan Serta Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Seri Mutiara, Pulau Pinang

183,460.00

Kerja-Kerja Menyelenggara Dan Pembaikan Lima (5) Unit Lif Di Blok A Dan Lima (5) Unit Lif Di Blok B Di Mutiara Heights, Jelutong

310,000.00

Kerja-Kerja Menggantikan Dua (2) Unit Lif Di Blok 1A Desa Delima Lot 8755, Lorong Semarak Api Dua, Bandar Baru Ayer Itam

246,000.00

Kerja-Kerja Menaiktaraf Satu (1) Unit Lif Di Taman Seri Setia, Tanjung Bunga

46,000.00

Kerja-Kerja Penyelenggaraan Secara Komprehensif Bagi Tiga (3) Buah Lif Di PPR Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin/Lorong

106,868.16

Selamat, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Kerja-Kerja Pembaikan Satu (1) Unit Tangki Di Flat Taman Permai Jaya, Bukit Mertajam

11,200.00

Kerja-Kerja Mendalam Kolam Takungan S10, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Kerja-Kerja Penyediaan Tempat Pembuangan Sampah Di Empat (4) Buah Kawasan Residensi Yang Terletak Berhampiran Projek Perpustakaan Digital Butterworth

138,000.00

2020 6 Kerja-Kerja Penyelenggaraan Lif Secara Komprehensif Bagi Dua (2) Unit Lif Di Program Perumahan Rakyat (PPR) Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang

102,960.00

Page 78: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

78

TAHUN BILANGAN PROJEK

NAMA PROJEK NILAI (RM)

Kerja-Kerja Pembaikan Lif No. 1 Di Rumah Pangsa Padang Tembak Blok J, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

29,318.60

Kerja-Kerja Pembaikan Empat (4) Unit Lif Di Saujana Damai, Bayan Lepas, Pulau Pinang

215,800.00

Kerja-Kerja Pembaikan Enam (6) Unit Lif Di Blok A dan B (Lif No. 1, 2 & 3) Rumah Pangsa Desa Wawasan, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

95,597.10

Projek Pencerapan Data Jalan Untuk Pendaftaran Marris Dan Kajian Ketahanan Jalan (HDM4) Bagi Jalan-Jalan Negeri Di Pulau Pinang (Fasa 2)

3,488,000.00

Kerja-Kerja Menaiktaraf Dan Pembaikan Di Dewan Sri Pinang, DTL, Pulau Pinang (Dewan Persidangan Sementara)

64,000.00

Page 79: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

79

LAMPIRAN C

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Melaksanakan Perolehan Secara

Request for Proposal (RFP)

Jabatan/ Agensi juga hendaklah mengambil perhatian berkaitan perkara berikut dalam melaksanakan perolehan secara RFP:

(a) Jabatan/ Agensi hendaklah menjelaskan kepada semua syarikat yang menyertai tender RFP dan memasukkan di dalam dokumen RFP, syarat-syarat khusus seperti berikut:

(i) Sekiranya diperlukan, Jabatan/ Agensi berhak memilih satu cadangan RFP atau kombinasi RFP untuk dijadikan satu spesifikasi baru Jabatan/ Agensi tanpa melibatkan sebarang bayaran atau pampasan kepada syarikat.

(ii) Kerajaan tidak terikat untuk melantik mana-mana syarikat berdasarkan cadangan RFP yang dikemukakan.

(iii) Syarikat bertanggungjawab (accountable) terhadap apa-apa representasi dan dokumen RFP yang dikemukakan adalah sulit.

(b) Dokumen RFP perlu mengandungi sekurang-kurangnya perkara-perkara berikut:

(i) Ringkasan eksekutif mengenai pendekatan (approach) pelaksanaan projek.

(ii) Proses pelaksanaan projek, project milestones dan serahan projek.

(iii) Cadangan skop projek.

(iv) Maklumat korporat syarikat termasuk saiz syarikat dan keupayaan kewangan.

(v) Kepakaran/keupayaan tenaga kerja syarikat.

(vi) Pengalaman syarikat dalam bidang yang berkaitan termasuk senarai projek/pelanggan.

(vii) Cadangan prosedur menangani risiko seperti kelewatan projek, isu-isu pelaksanaan dan risiko kewangan yang terlibat.

(viii) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(c) Jabatan/ Agensi hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Kewangan bagi menilai semua cadangan RFP. Laporan hasil penilaian hendaklah dibentangkan kepada Lembaga Perolehan untuk keputusan.

(d) Dalam keadaan di mana semua RFP yang ditawarkan oleh syarikat tidak memenuhi keperluan Jabatan/ Agensi, Jawatankuasa Penilaian Teknikal boleh membuat syor kepada Lembaga Perolehan untuk menerima pakai beberapa gabungan RFP untuk dijadikan sebagai keperluan baru Jabatan/ Agensi.

(e) Sekiranya Lembaga Perolehan bersetuju, penyediaan spesifikasi baru yang meliputi maklumat teknikal dan kewangan (harga dan keupayaan kewangan syarikat) hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Penyediaan Spesifikasi dan pelawaan semula hendaklah dibuat kepada syarikat yang mengemukakan RFP. Tempoh dan tawaran tender hendaklah selaras dengan peraturan dan tatacara perolehan yang berkuatkuasa.

(f) Penilaian Teknikal dan Kewangan kali kedua hendaklah dibuat mengikut tatacara

Page 80: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

80

penilaian Tender dan dibentangkan kepada Lembaga Perolehan untuk keputusan.

Lampiran DJumlah Projek-Projek Yang Telah Dilaksanakan Secara RFP Oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dari Tahun 2008 hingga Tahun 2020

TAHUN BILANGAN PROJEK

2008 -

2009 -

2010 -

2011 1

2012 3

2013 3

2014 7

2015 5

2016 4

2017 11

2018 12

2019 18

2020 13

JUMLAH 77

Page 81: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

81

LAMPIRAN E

Senarai Projek-Projek Yang Telah Dilaksanakan Secara RFP Oleh Kerajaan Negeri

Pulau Pinang Dari Tahun 2008 hingga Tahun 2020

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

2008 - -

2009 - -

2010 - -

2011 1 Request For Proposal (RFP) Operation & Maintenance Of Sanitary Landfill & Material Recovery Facility (MRF) For Penang

2012 3 ‘Request For Proposal’ (RFP) Untuk Cadangan Kerja-Kerja Pemulihan Dan Menyiapkan Kompleks Pasar Dan Penjaja 4 Tingkat Di Atas Lot 8826, Mukim 13, D.T.L. Pulau Pinang Untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) For The Development Of A Cable Car At Arulmigu Balathandayuthapani Temple (Hilltop) Waterfall, Jalan Kebun Bunga Lot 2837 Mukim 18, North East District, Penang, Malaysia Secretariat

Request For Proposal (RFP Bagi Cadangan Pembangunan Dan Pengurusan Taman Herba Pulau Pinang

2013 3 Request For Proposal (RFP) For Development Of An Educational Tourism Hub At A Government Reserve Land, Lot 705, Section 1,

Bandar Tanjung Pinang, North East District, enang, Malaysia

Cadangan Pembangunan Dan Pengurusan Tanah Kerajaan Negeri Pt 330, Sandiland Foreshore, Jalan C.Y. Choy, Seksyen 11e, Bandar George Town, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Untuk Cadangan Menaiktaraf Kompleks Makanan Selera Sri Pantai, Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang Untuk MPPP

2014 7 'Request For Proposal (RFP) Bagi Cadangan Menggantikan Lampu Jalan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) Kepada Lampu Jenis Light Emitted

Page 82: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

82

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Diode (LED) Di Kawasan Penyelenggaraan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Permintaan Untuk Cadangan (Request For Proposal - RFP) Bagi Cadangan Pembangunan Dan Pengurusan Agro - Pelancongan Pulau Pinang Di Atas Tanah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (SSI) Di Lot 311 Dan 498, Mukim 19, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, Malaysia

Request For Proposal (RFP) Bagi Pemasangan Kekotak Iklan Berlampu (Light Box) Di Tiang- Tiang Lampu Majlis Perbandaran Pulau Pinang

Permintaan Untuk Cadangan (Request For Proposal - RFP) Bagi Cadangan Pengurusan Dan Operasi Rumah Suffolk Di Atas Tanah Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang Di Pt 61, Seksyen 3, Daerah Timur Laut, George Town, Pulau Pinang, Malaysia Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Bagi Pemasangan Kekotak Iklan Berlampu (Light Box) Di Tiang- Tiang Lampu Majlis Perbandaran Pulau Pinang

RFP: Cadangan Pengurusan Infrastruktur Desa Flora Dan Fauna (DFF), Hutan Lipur Telok Bahang, 11050 Telok Bahang Daerah Barat Daya, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) For The Ticketing System Upgrade, Ticketing Kiosk And Turnstile

2015 5 Request For Proposal For The Development Of Coastal Resort And Spa, North East District, Penang, Malaysia

Request For Proposal (RFP) For Establishing And Operating Earthquake & Typhoon Pavilion At Penang Hill, Mukim 16th, North East District, Ayer Itam, 11500 Penang, Malaysia

Operation Of Bee Gallery At Penang Hill, Mukim 16th, North East District, Ayer Itam, 11500 Penang, Malaysia

Request For Proposal (RFP) For Operation Of Café At Railway Bungalow, Penang Hill, Mukim 16th, North East District, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang, Malaysia

Request For Proposal (RFP) For The Ticketing System Upgrade, Ticketing Kiosk And Turnstile

Page 83: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

83

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Penang Hill Corporation At Jalan Stesen Bukit Bendera, Air Itam, 11500 Penang Malaysia.

2016 4 Pra-Kelayakan Tender Bagi “Request For Proposal” (RFP) Bagi Membangunkan “Intelligent Operations Center And Video Analytics” Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Pra-Kelayakan Tender Bagi “Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Menggantikan Lampu Jalan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) Kepada Lampu Jenis Light Emitting Diode (LED) Di Kawasan Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Request For Proposal (RFP) For Operation Of Café At Railway Bungalow, Penang Hill, North East District, Ayer Itam, 11500 Penang.

Request For Proposal (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Kolam Renang Di Lebuh Relau, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Atas Tanah Majlis Lot 10986, Mukim 13, Pulau Pinang)

2017 11 Request For Proposal (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Pasar Awam, Medan Selera Serta Dewan Serbaguna Pagar Buloh, Sungai Ara Di Atas Lot 1095 & 1096, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Jalan Dato’ Ismail Hashim/Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang

Pra-Kelayakan Bagi Tender “Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Menggantikan Lampu Jalan High Pressure Sodium Vapour (Hpsv) Kepada Lampu Jenis Light Emitting Diode (Led) Di Kawasan Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Fasa 2)

Request For Proposal (RFP) For Establishing And Operating A Family Lodge & Campsite At Hillside Bungalow, Lot 627, Bandar Bukit Bendera (Penang Hill), North East District, Ayer Itam, 11500 Penang, Malaysia

Request For Proposal (RFP) Untuk Penyediaan Perkhidmatan Fotografi Dan Produk Fotografi/Pengimejan Di Bukit Bendera, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Untuk Menaiktaraf Dan Menyelenggara Pondok Perhentian Bas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Page 84: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

84

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Comprehensive Visual Inspection On The Tunnel, Supporting Structures, Slopes And

Drainage Along The Funicular Track Of Penang Hill Funicular System

Request For Proposal (RFP) Bagi Mengkaji, Mencadang, Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi, Menguji, Mentauliah Dan Data Migrasi Bagi Aplikasi Kompaun Bersepadu Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Kolam Renang Di Lebuh Relau, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Atas Tanah Majlis Lot 10986, Mukim 13, Pulau Pinang)

Request For Proposal (RFP) Untuk Menaiktaraf Dan Menyelenggara Pondok Perhentian Bas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Kerja Pemasangan Sistem Solar Photovoltaic (PV) Di Ibu Pejabat Mpsp, Bandar Perda Seberang Perai Tengah

Comprehensive Inspection And Structural Assessment On Tunnel And Supporting Structures Along The Railway Track Of The Penang Hill Funicular System

Buloh, Sungai Ara Di Atas Lot 1095 & 1096, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Jalan Dato’ Ismail Hashim/Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Perkhidmatan Kitar Semula Sisa Makanan Dan/Atau Perkhidmatan Pemprosesan Sisa Makanan

Tender Request For Proposal (RFP) Bagi Cadangan Merancang, Membina, Mengurus Dan Menyelenggara Sebuah Pusat Penyimpanan Dan Penyerahan Ayam Di Atas Sebahagian Lot 1576, Seksyen 3, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang Melalui Build-Operate- Transfer (B.O.T.) Arrangement, Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Cadangan Pembangunan Tanah Majlis Di Atas Lot 767, Seksyen 9w, Bandar George Town, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Page 85: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

85

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Request For Proposal Penang Hill Lower Station Commercial Lot R3 Leasing, Lot 234, Lower Station, Penang Hill, Ayer Itam, 11500, Penang

Pra-Kelayakan Bagi Tender “Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Menggantikan Lampu Jalan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) Kepada Lampu Jenis Light Emitting Diode (LED) Di Kawasan Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Fasa 2)

Request For Proposal (RFP) Cadangan Kerja- Kerja Pemuliharaan Bangunan Pasar Dan Cadangan Pembangunan Semula Di Atas Lot 205 (Lot Baru 10000), 425, 426, 943, 945 (Lot

Baru 10001), 947, 948, 949, Lebuh Campbell, Sek.18, George Town, D.T.L. Pulau Pinang

Request For Proposal Bagi Pembangunan Dan Pengurusan Sistem Tempat Letak Kereta Secara Pintar Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang Dan Majlis Perbandaran Seberang Perai

‘Request For Proposal’ (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Sukan Bandaraya, Relau, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Atas Tanah Majlis Lot 10986, Mukim 13, Pulau Pinang)

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Lampu Jalan Jenis ”Hight Presure Sodium Vapor” (HPSV) Kepada Lampu Jalan Jenis ”Light Emminting Diode” (LED) Di Kawasan Seberang Perai

Request For Proposal (RFP) Untuk Mengurus, Menyelenggara Dan Menjalankan Aktiviti Perniagaan Yang Terhad Di Atas Jejantas Pejalan Kaki Di Simpang Jalan Penang / Jalan Dr Lim Chwee Leong / Jalan Burma Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Request For Proposal Penang Hill Lower Station Commercial Lot Leasing - Lot 234, Penang Hill, Ayer Itam, 11500, Penang

2019 18 Pra-Kelayakan Bagi Tender “Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Menggantikan Lampu Jalan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) Kepada Lampu Jenis Light Emitting Diode (LED) Di Kawasan

Page 86: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

86

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Fasa 2)

Request For Proposal (RFP) Bagi Kerja-Kerja Membaiki, Mendalamkan Dan Mengeluarkan Pasir Di Sungai Titi Teras Dan Sungai Burong, Daerah Barat Daya

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Pembinaan Water Cooled Chiller System Di Menara Bandaraya, Bandar Perda

‘Request For Proposal’ (RFP) Cadangan Menaiktaraf Kafeteria Taman Bandaraya (Youth Park) Di Atas Sebahagian Lot 1877, Seksyen 2, Bandar George Town, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Bagi Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Pasar Taman Terubong Jaya, Di Atas Lot 8826, Tingkat Paya Terubong 4, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Request For Proporsal (RFP) Merekabentuk, Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Bagi Modul Pengiklanan Pada Jejantas-Jejantas Lintasan Pejalan Kaki Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Request For Proporsal (RFP) Merekabentuk, Membekal, Memasang, Menguji Dan Menauliah Bagi Pemasangan Solar Panel Lengkap Dengan Aksesori-Aksesori Di Laluan-Laluan Basikal Dan Jambatan Harapan, Pulau Pinang

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Pengambilalihan Pengurusan Dan Penyelenggaraan Kompleks Kolam Renang Awam, Seberang Jaya Milik MPSP

Request For Proposal (RFP) Cadangan Perkhidmatan Pengurusan Penjaja Statik Sementara Dan Pengurusan Aktiviti Di Jalan Chowrasta, Pulau Pinang

‘Request For Proposal’ (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Sukan Bandaraya,

Page 87: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

87

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Relau, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Atas Tanah Majlis Lot 10986, Mukim 13, Pulau Pinang)

Request For Proposal (RFP) Merekabentuk, Membekal, Memasang, Menguji Dan Menauliah Bagi Pemasangan Solar Panel Lengkap Dengan

Aksesori-Aksesori Di Laluan-Laluan Basikal Dan Jambatan Harapan, Pulau Pinang

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Bagi Penganjuran Butterworth Frige Festival 2019

Request For Proposal (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Pasar Awam, Medan Selera Serta Dewan Serbaguna Pagar Buloh, Sungai Ara Di Atas Lot 1095 & 1096, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Jalan Dato’ Ismail Hashim/Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang

“Request For Proposal To Conduct Pre- Feasibility Study For Penang Hill Cable Car Service”

Request For Proposal (RFP) Sistem Pengurusan Dan Pemantauan Operasi Serta Pengurusan Data Dan / Atau Sistem Pengurusan Kenderaan Pintar Serta Pengurusan Data

Request For Proposal (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Pasar Batu Feringgi, Di Atas Lot 481, Seksyen 1, Bandar Batu Feringgi, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Tender Request For Proposal (RFP) Melalui Build-Operate-Transfer (B.O.T.) Arrangement Bagi Cadangan Merancang, Membina, Mengurus Dan Menyelenggara Sebuah Pusat Penyimpanan Dan Pengedaran Ayam Berserta

Request For Proposal (RFP) Cadangan Pembangunan Tanah Majlis Di Atas Lot 767, Seksyen 9w, Bandar George Town, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Request For Proposal Penang Hill Lower Station Commercial Lot R3 Leasing, Lot 234, Lower Station, Penang Hill, Ayer Itam, 11500, Penang

Pra-Kelayakan Bagi Tender “Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Menggantikan Lampu Jalan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) Kepada Lampu Jenis Light Emitting Diode (LED) Di Kawasan Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Fasa 2)

Page 88: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

88

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Request For Proposal (RFP) Cadangan Kerja- Kerja Pemuliharaan Bangunan Pasar Dan Cadangan Pembangunan Semula Di Atas Lot 205 (Lot Baru 10000), 425, 426, 943, 945 (Lot

Baru 10001), 947, 948, 949, Lebuh Campbell, Sek.18, George Town, D.T.L. Pulau Pinang

Request For Proposal Bagi Pembangunan Dan Pengurusan Sistem Tempat Letak Kereta Secara Pintar Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang Dan Majlis Perbandaran Seberang Perai

‘Request For Proposal’ (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Sukan Bandaraya, Relau, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Atas Tanah Majlis Lot 10986, Mukim 13, Pulau Pinang)

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Kerja-Kerja Penggantian Lampu Jalan Jenis ”Hight Presure Sodium Vapor” (HPSV) Kepada Lampu Jalan Jenis ”Light Emminting Diode” (LED) Di Kawasan Seberang Perai

Request For Proposal (RFP) Untuk Mengurus, Menyelenggara Dan Menjalankan Aktiviti Perniagaan Yang Terhad Di Atas Jejantas Pejalan Kaki Di Simpang Jalan Penang / Jalan Dr Lim Chwee Leong / Jalan Burma Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

Request For Proposal Penang Hill Lower Station Commercial Lot Leasing - Lot 234, Penang Hill, Ayer Itam, 11500, Penang

2019 18 Pra-Kelayakan Bagi Tender “Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Menggantikan Lampu Jalan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) Kepada Lampu Jenis Light Emitting Diode (LED) Di Kawasan Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Fasa 2)

Request For Proposal (RFP) Bagi Kerja-Kerja Membaiki, Mendalamkan Dan Mengeluarkan Pasir Di Sungai Titi Teras Dan Sungai Burong, Daerah Barat Daya

Page 89: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

89

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Pembinaan Water Cooled Chiller System Di Menara Bandaraya, Bandar Perda

‘Request For Proposal’ (RFP) Cadangan Menaiktaraf Kafeteria Taman Bandaraya (Youth Park) Di Atas Sebahagian Lot 1877, Seksyen 2, Bandar George Town, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Bagi Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Pasar Taman Terubong Jaya, Di Atas Lot 8826, Tingkat Paya Terubong 4, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Request For Proporsal (RFP) Merekabentuk, Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Bagi Modul Pengiklanan Pada Jejantas-Jejantas Lintasan Pejalan Kaki Di Kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Request For Proporsal (RFP) Merekabentuk, Membekal, Memasang, Menguji Dan Menauliah Bagi Pemasangan Solar Panel Lengkap Dengan Aksesori-Aksesori Di Laluan-Laluan Basikal Dan Jambatan Harapan, Pulau Pinang

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Bagi Cadangan Pengambilalihan Pengurusan Dan Penyelenggaraan Kompleks Kolam Renang Awam, Seberang Jaya Milik MPSP

Request For Proposal (RFP) Cadangan Perkhidmatan Pengurusan Penjaja Statik Sementara Dan Pengurusan Aktiviti Di Jalan Chowrasta, Pulau Pinang

‘Request For Proposal’ (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Sukan Bandaraya, Relau, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang (Atas Tanah Majlis Lot 10986, Mukim 13, Pulau Pinang)

Request For Proposal (RFP) Merekabentuk, Membekal, Memasang, Menguji Dan Menauliah Bagi Pemasangan Solar Panel Lengkap Dengan Aksesori-Aksesori Di Laluan-Laluan Basikal Dan Jambatan Harapan, Pulau Pinang

Page 90: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

90

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Tender ”Request For Proposal” (RFP) Bagi Penganjuran Butterworth Frige Festival 2019

Request For Proposal (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Pasar Awam, Medan Selera Serta Dewan Serbaguna Pagar Buloh, Sungai Ara Di Atas Lot 1095 & 1096, Mukim 10, Daerah Barat Daya, Jalan Dato’ Ismail Hashim/Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang

“Request For Proposal To Conduct Pre- Feasibility Study For Penang Hill Cable Car Service”

Request For Proposal (RFP) Sistem Pengurusan Dan Pemantauan Operasi Serta Pengurusan Data Dan / Atau Sistem Pengurusan Kenderaan Pintar Serta Pengurusan Data

Request For Proposal (RFP) Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Pasar Batu Feringgi, Di Atas Lot 481, Seksyen 1, Bandar Batu Feringgi, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Tender Request For Proposal (RFP) Melalui Build-Operate-Transfer (B.O.T.) Arrangement Bagi Cadangan Merancang, Membina, Mengurus Dan Menyelenggara Sebuah Pusat Tempat Letak Kenderaan Di Atas Sebahagian Lot 1576, Seksyen 3, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Penyimpanan Dan Pengedaran Ayam Berserta Tempat Letak Kenderaan Di Atas Sebahagian Lot 1576, Seksyen 3, Bandar Jelutong, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang Untuk Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Request For Proposal For The Development Of Coastal Resort And Spa North East District Penang, Malaysia

2020 13 Cadangan Penyewaan Dan Perkhidmatan Pengurus Harta Premis MBPP No. 126, Lebuh Armenian Sebagai Penyewaan Komersial Dan Premis Mbpp No. 128, Lebuh Armenian Sebagai 'Digital Xceleration' (DX)

"Request For Proposal" (RFP) Bagi Cadangan Menaiktaraf, Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Kolam Renang Awam Seberang Jaya

Page 91: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

91

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Cadangan Pembangunan Semula Dan Pengurusan Kompleks Bayu Senja, Bandar Batu Feringghi, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Cadangan Pembangunan Semula Dan Pengurusan Kompleks Bayu Senja, Bandar Batu Feringghi, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Bagi Cadangan Mengurus Dan Menyelenggara Kompleks Pasar Taman Terubong Jaya, Di Atas Lot 8826, Tingkat Paya Terubong 4, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Cadangan Request For Proposal (RFP) Melaksanakan Dan Membangunkan Kawasan Tebus Guna Tanah Dari Bulatan Queensbay Hingga Ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang, Malaysia

Tender Bagi “Request For Proposal” (RFP) Untuk Cadangan Menaiktaraf Sistem Lampu Isyarat Lalulintas Sediada Kepada “Adaptive Traffic Control System” Bagi Kawasan Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Zon B)

Mengkaji, Mencadang, Merekabentuk, Membangun, Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi, Menguji Dan Mentauliah Sistem Pengesanan Kontak Dan Pengukuran Haba

Request For Proposal (RFP) Cadangan Pembangunan Dan Pengurusan Akademi Badminton Pulau Pinang Di Atas Pt 214 Dan Pt 217, Seksyen 8, Bandar George Town, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Bagi Cadangan Menjalankan Program Retrofit Energy Management Scheme (REMS) Untuk Menukar Lampu Jenis Konvensional Sediada Kepada Lampu Jenis Cekap Tenaga Di Premis-Premis MBPP Fasa 1

Cadangan Request For Proposal (RFP) Melaksanakan Dan Membangunkan Kawasan Tebus Guna Tanah Dari Bulatan Queensbay Hingga Ke Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang, Malaysia

Tender Bagi “Request For Proposal” (RFP) Untuk Cadangan Menaiktaraf Sistem Lampu Isyarat Lalulintas Sediada Kepada “Adaptive Traffic Control System” Bagi Kawasan Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Zon B)

Page 92: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

92

TAHUN BILANGAN PROJEK

SENARAI PROJEK REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

Mengkaji, Mencadang, Merekabentuk, Membangun, Membekal, Menghantar, Memasang, Mengkonfigurasi, Menguji Dan Mentauliah Sistem Pengesanan Kontak Dan Pengukuran Haba

Request For Proposal (RFP) Cadangan Pembangunan Dan Pengurusan Akademi Badminton Pulau Pinang Di Atas Pt 214 Dan Pt 217, Seksyen 8, Bandar George Town, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang

Request For Proposal (RFP) Bagi Cadangan Menjalankan Program Retrofit Energy Management Scheme (REMS) Untuk Menukar Lampu Jenis Konvensional Sediada Kepada Lampu Jenis Cekap Tenaga Di Premis-Premis MBPP Fasa 1

Page 93: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

93

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

45. Isu pencemaran sungai akibat pembuangan najis babi.

(a) Berapakah jumlah ladang babi yang terdapat di Pulau Pinang?

(b) Apakah cadangan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai akibat najis babi dari ladang ternakan di Kampung Selamat?

(c) Bagaimanakah langkah untuk memastikan pencemaran bau dapat dihapuskan dari mengganggu ketenteraman penduduk sekitarnya?

YAB. Ketua Menteri:

45. (a) Sebagai makluman Yang Berhormat, terdapat sebanyak 166 ladang babi yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPV).

(b) Kerajaan Negeri sememangnya komited dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah pencemaran yang berpunca dari ladang ternakan babi termasuk ladang-ladang yang beroperasi di kawasan Kampung Selamat, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.

Berasaskan komitmen ini, Kerajaan Negeri telah meluluskan Enakmen Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2016 yang mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. Enakmen ini mewajibkan penternak untuk menaik taraf ladang sedia ada sebelum 1 Januari 2022 kepada Modern Pig Farming (MPF) yang mempunyai empat (4) kriteria seperti berikut:-

(i) Menaik taraf kepada sistem kandang tertutup;

(ii) Zon penampan dengan jarak 200 meter,

(iii) Mengguna pakai sistem kumbahan sifar; dan

(iv) Amalan penternakan yang baik.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan ke atas penternak-penternak yang gagal melaksanakan MPF bermula 1 Januari 2022.

Sebagai makluman Yang Berhormat juga, Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Negeri Pulau Pinang) 2020 telah mula dikuatkuasakan pada 1 Mac 2020. Berdasarkan kepada Peraturan 37, penternak babi adalah diwajibkan memohon lesen daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh kuat kuasa iaitu pada bulan September 2020.

Mengambil kira kekangan pelaksanaan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP) kepada penternak babi hanya akan bermula pada tahun 2021 dan tindakan ke atas penternak babi di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan Penternakan Babi (Negeri Pulau Pinang) 2020 akan juga mula dilaksanakan pada 1 Januari 2021.

Selain itu, isu mengenai pencemaran ladang ternakan babi di Kampung Selamat telah juga dibincangkan antara Y.A.B. Ketua Menteri dengan YB. Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air semasa satu sesi pertemuan pada 24 September 2020. Pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) secara dasar bersetuju untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri

Page 94: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

94

dalam usaha untuk mengatasi isu-isu pencemaran ternakan babi yang berlaku di Kampung Selamat.

Justeru itu, melalui penguatkuasaan Enakmen Ternakan Babi 2016 dan kerjasama dari pihak KASA, Kerajaan Negeri yakin bahawa isu-isu berkaitan pencemaran air dan bau dari ladang-ladang ternakan babi akan dapat diselesaikan dengan sewajarnya.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

46. Apakah status terkini Penang Arts District (PAD) dan sekiranya kos pembinaan terlalu tinggi, apakah wajar untuk meneliti semula projek tersebut dari aspek pembinaan tapak lokasi atau menaik taraf salah sebuah bangunan milikan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk tujua PAD?

YAB. Ketua Menteri:

46. Kerajaan Negeri sedang dalam usaha untuk membangunkan projek Penang Art District (PAD) sebagai pemangkin dalam bidang kesenian dan kebudayaan. Tapak projek ini terletak di antara Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu dan Gat Lebuh Macallum. Projek PAD di tapak tersebut hanya dapat dimulakan setelah pembinaan pylon bagi stesen Light Railway Transit (LRT) diselesaikan. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri sedang meneliti semula rancangan pembangunan projek tersebut dalam aspek kos projek, kemampuan kewangan dan kesesuaian tapak. Kerajaan Negeri juga sedang mempertimbangkan penggunaan bangunan milikan agensi-agensi Kerajaan yang bersesuaian bagi tujuan PAD sementara menunggu perkembangan projek LRT.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

46. Nyatakan bilangan Sekolah Persendirian Antarabangsa (International Schools) di Pulau Pinang, berbanding dengan keseluruhan negara.

(a) Bilangan pelajar dalam Sekolah Antarabangsa mengikut kewarganegaraan.

YAB. Ketua Menteri:

46. Terdapat 12 Sekolah Antarabangsa di Negeri Pulau Pinang berbanding dengan 175 Sekolah Antarabangsa di seluruh Malaysia.

(a) Berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), terdapat seramai 5,426 pelajar di Sekolah Antarabangsa di Negeri Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,963 pelajar merupakan warganegara Malaysia manakala 2,463 adalah bukan warganegara. Pelajar bukan warganegara yang paling ramai adalah dari 10 negara yang berikut yang membawa jumlah pelajar seramai 1,916 orang:

BIL NEGARA BILANGAN PELAJAR

1. China 397

2. Korea Selatan 255

3. Amerika Syarikat 255

4. Korea Utara 229

5. India 194

6. Jepun 191

7. United Kingdom 137

8. Thailand 93

Page 95: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

95

BIL NEGARA BILANGAN PELAJAR

9. Australia 88

10. Hong Kong 77

Jumlah 1,916

547 orang pelajar lagi adalah dari negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia, Jerman, Canada, Taiwan dan sebagainya.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

48. Apakah tindakan yang akan dan telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menegakkan Artikel 14A (1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang terhadap empat ADUN yang telah berpaling tadah dari gabungan Pakatan Harapan (PH) setelah memenangi PRU-14 terakhir atas tiket PH?

YAB. Ketua Menteri:

48. Memandangkan keempat-empat ADUN ini gagal mengosongkan kerusi walaupun mereka hendaklah berbuat demikian di bawah Perkara 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri pada mulanya bertekad untuk membentangkan suatu usul untuk pengosongan kerusi-kerusi yang terbabit dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (“Dewan”) yang Keempat Belas.

Walau bagaimanapun, penambahan kes-kes Covid-19 yang mendadak di seluruh negara lanjutan daripada pilihan raya negeri Sabah yang berlangsung baru-baru ini dikhuatiri akan berulang sekali lagi sekiranya pilihan raya kecil diadakan di Pulau Pinang susulan daripada pengosongan kerusi-kerusi tersebut.

Berpandukan matlamat bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat Pulau Pinang adalah jauh lebih penting dalam usaha Kerajaan Negeri untuk membendung wabak Covid-19, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk tidak meneruskan dengan pembentangan usul pada sidang Dewan kali ini.

Usul tersebut akan dibentangkan dalam persidangan Dewan yang seterusnya, atau apabila wujudnya keadaan yang mengizinkan untuk pilihan raya kecil diadakan tanpa menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

49. Senaraikan nama dan jumlah Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang tidak berdaftar di setiap daerah di Pulau Pinang.

(a) Apakah tindakan perundangan kerajaan bagi RIBI tidak berdaftar yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan senaraikan garis panduan RIBI di Pulau Pinang?

(b) Berapa banyak tindakan RIBI tidak berdaftar telah diambil tindakan setakati ni?

Page 96: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

96

YAB. Ketua Menteri:

49. Kerajaan Negeri tidak mempunyai data terperinci mengenai nama dan jumlah Rumah

Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang tidak berdaftar di setiap daerah di Pulau Pinang. Namun begitu, berdasarkan rekod Pejabat Daerah dan Tanah, terdapat sejumlah 78 RIBI yang dibina secara haram di Pulau Pinang sejak tahun 2015.

(a) Antara tindakan perundangan kerajaan yang boleh diambil terhadap RIBI yang tidak berdaftar dan melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:

(i) Pengeluaran Notis Binaan Tanpa Kebenaran di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133);

(ii) Pengeluaran Notis Tukar Guna Bangunan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); dan

(iii) Notis 425 Kanun Tanah Negara mengenai pendudukan secara tak sah di tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.

Kerajaan Negeri pada tahun 2019 telah memutuskan supaya semua tindakan penguatkuasaan terhadap RIBI diambil selepas mendapat keputusan Jawatankuasa Tanah Negeri berdasarkan ulasan daripada Jawatankuasa Penyelarasan RIBI. Jawatankuasa Penyelarasan RIBI akan meneliti isu berkaitan RIBI bersama agensi teknikal dan ADUN kawasan berdasarkan kepada peruntukan perundangan yang sedang berkuatkuasa.

Senarai Garis Panduan yang digunakan dalam pengurusan RIBI di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

(i) Garis Panduan untuk Penyediaan Kemudahan Masyarakat di Kawasan Pemajuan Perumahan Baharu;

(ii) Garis Panduan Permohonan Kebenaran Merancang;

(iii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133);

(iv) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); dan

(v) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1986.

(b) Berdasarkan rekod Pejabat Daerah dan Tanah dari tahun 2015 sehingga 2020 (sehingga Ogos), sejumlah 78 RIBI telah diambil tindakan dengan pengeluaran Notis 4525 Kanun Tanah Negara. Perincian mengikut daerah adalah seperti berikut:

DAERAH BILANGAN TINDAKAN

Timur Laut 20

Barat Daya 15

Seberang Perai Utara 11

Seberang Perai Tengah 27

Seberang Perai Selatan 5

JUMLAH 78

Page 97: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

97

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

50. Kadar Pengangguran di Pulau Pinang.

(a) Nyatakan dengan terperinci kadar pengangguran terkini seluruh Negeri Pulau Pinang khususnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP serta tindakan kerajaan menempatkan semula mereka dalam sektor pekerjaan,

(b) Adakah peruntukan sedia ada untuk membantu golongan terjejas akibat COVID-19 ini mencukupi?

YAB. Ketua Menteri:

50. (a) Berdasarkan Survei Tenaga Buruh (STB) yang dijalankan oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), kadar pengangguran di Pulau Pinang pada suku tahun pertama 2020 adalah 2.1% dan telah meningkat pada suku tahun kedua 2020 kepada 4.4%. Kadar pengangguran di Pulau Pinang bagi suku tahun ketiga belum dikeluarkan lagi.

(i) Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pusat Bantuan Kerjaya dan Bakat Pulau Pinang (Penang Career Assistance and Talent (CAT) Centre) telah melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk menempatkan semula rakyat Pulau Pinang yang kehilangan kerja disebabkan oleh pandemik COVID-19 seperti berikut:

(ii) Menjalani pemadanan kerja secara berkumpulan (group job matching) untuk membantu pencari kerja dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan dari majikan/syarikat. Pusat CAT akan mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan untuk syarikat yang mengalami penutupan. Susulan itu, Pusat CAT akan menjalani prosedur pemadanan kerja secara berkumpulan dengan syarikat yang memperluaskan operasi;

(iii) Laman sesawang Pusat CAT menjadi satu titik tumpuan kepada majikan dan juga pencari kerja. Melalui perkhidmatan percuma laman sesawang Pusat CAT ini, pihak majikan dapat mempromosi peluang pekerjaan yang ditawarkan manakala pencari kerja juga dapat memohon pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman sesawang tersebut;

(iv) Jangkauan kepada agensi-agensi pekerjaan lain secara proaktif bagi memahami peluang-peluang pekerjaan yang aktif untuk dipanjangkan kepada pencari kerja melalui laman sesawang serta Facebook Pusat CAT;

(v) Bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu pencari kerja melalui program-program seperti latihan, kaunseling, insentif kewangan dan lain-lain; dan

(vi) Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk mempromosikan maklumat tentang peluang pekerjaan yang tersedia seperti dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi program JomKerja dan JomNiaga di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan TalentCorp untuk program Career Comeback.

Page 98: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

98

(b) Peruntukan sedia ada untuk membantu golongan terjejas akibat COVID-19 adalah mencukupi buat masa ini. Kerajaan Negeri telah merangka dan melaksanakan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1.0, 2.0 dan 2.1 (Penang Lawan COVID-19) bagi membantu rakyat Pulau Pinang yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 dengan implikasi kos berjumlah RM155.5 juta.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga akan menyemak dan meneliti semula perancangan dan pelaksanaan program serta projek bagi tahun 2020 agar keutamaan diberikan kepada penyediaan peruntukan yang mencukupi bagi menangani kesan penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

51. Bagaimanakah prestasi industri pelabuhan Negeri Pulau Pinang yang terkesan akibat COVID-19?

YAB. Ketua Menteri:

51. Industri pelabuhan negeri Pulau Pinang sangat terkesan akibat daripada penularan wabak COVID-19 berdasarkan rekod dan stastistik pengendalian seperti berikut:

(i) Pengendalian kontena dijangka mencatatkan penurunan sebanyak 6.6% jika dibandingkan dengan jumlah pengendalian pada tahun 2019 yang menjadikan penurunan dari jumlah pengendalian sebanyak 1,113,618 Twenty-foot Equivalent Unit (TEU) pada tahun 2019 kepada 1,040,098 TEU bagi tahun 2020;

(ii) (ii) Pengendalian kargo konvensional dijangka menyusut 17.2% jika dibandingkan dengan pengendalian pada tahun 2019. Prestasi pengendalian pada tahun 2019 ialah 7,167,415 Freight Weight Tonnes (FWT) dan dijangka Penang Port Sdn Bhd (PPSB) hanya akan mengendalikan kargo konvensional sebanyak 5,934,435 FWT sahaja pada tahun 2020; dan

(iii) Bagi operasi “cruise” di Swettenham Pier Cruise Terminal, dijangka akan mencatatkan penurunan pengendalian sebanyak 70.6% berbanding pengendalian pada tahun 2019. Prestasi pengendalian pada tahun 2019 adalah sebanyak 733,789 penumpang dan dijangka PPSB hanya dapat mengendalikan 212,627 penumpang sahaja pada tahun 2020.

Ahli Kawasan Kebun Bunga (YB. Jason Ong Khan Lee) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

52. Apakah pakej rangsangan ekonomi yang bakal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pada 2021, 2022 dan 2023?

YAB. Ketua Menteri:

52. Kerajaan Negeri belum memutuskan untuk melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi tahun 2021, 2022 dan 2023. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan, ianya akan dirangka dengan mengambil kira kesan dan impak penularan COVID-19 serta keberhasilan tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC) serta kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

PSERCC merupakan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh YAB. Ketua Menteri dan dianggotai oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta wakil-wakil daripada industri berkaitan. Jawatankuasa

Page 99: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

99

ini ditubuhkan bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang menghalang pertumbuhan ekonomi dan mencadangkan langkah pemulihan yang sesuai untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta menentukan pembangunan sosio-ekonomi yang mampan demi kesejahteraan rakyat selepas penularan wabak COVID-19.

Di bawah jawatankuasa tersebut, enam (6) Jawatankuasa Kumpulan Kerja turut ditubuhkan untuk membantu PSERCC yang mana masing-masing diterajui oleh seorang pengerusi dan keahlian oleh wakil kerajaan dan industri yang berkaitan. Jawatankuasa Kerja tersebut terdiri daripada pelbagai sektor iaitu:

(i) Industri/SMI/SME/Peruncitan;

(ii) Pasaran Tenaga Kerja;

(iii) Perumahan;

(iv) Infrastruktur dan Pengangkutan;

(v) Pelancongan; dan

(vi) Industri Makanan.

Pada masa ini, semua Jawatankuasa Kerja telah mengenal pasti dan akan melaksanakan tindakan-tindakan jangka masa pendek dan sederhana untuk memulihkan ekonomi Pulau Pinang.

Melalui Belanjawan Tahun 2021, Kerajaan Negeri akan memberikan fokus untuk memulihkan ekonomi Pulau Pinang serta meminimakan kesan penularan COVID-19. Inisiatif di bawah fokus-fokus utama ini akan diterangkan dengan lebih terperinci melalui Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 dan Usul Anggaran Pembangunan 2021 dalam sidang kali ini.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

53. Apakah hasil mesyuarat antara Y.A.B. Ketua Menteri dengan Menteri Pengangkutan pada 27 Ogos 2020?

(a) Adakah Kerajaan Negeri dijemput menyertai kajian strategik pembesaran dan pembinaan lapangan terbang?

(b) Huraikan status pembinaan tempat letak kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

(c) Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mengambil alih perkhidmatan Rapid Ferry?

YAB. Ketua Menteri:

53. Perjumpaan antara Y.A.B. Ketua Menteri bersama YB. Menteri Pengangkutan pada 27 Ogos 2020 membincangkan perkara berkaitan dengan status pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), perkhidmatan feri dan projek Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT). Susulan daripada perjumpaan tersebut, Y.A.B. Ketua Menteri telah mengemukakan surat mengenai isu-isu yang dibincangkan kepada YB. Menteri Pengangkutan pada 8 September 2020. Sehingga kini, tiada maklum balas yang diterima daripada pihak YB. Menteri Pengangkutan.

(a) Buat masa ini Kerajaan Negeri masih belum dijemput untuk menyertai kajian National Airports Strategic Plan (NASP) oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

(b) Status pembinaan tempat letak kenderaan bertingkat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) setakat 30 September 2020 adalah 94% siap. Projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan

Page 100: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

100

susulan daripada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan di tapak terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Cadangan tempoh siap projek ini pada mulanya adalah pada penghujung April 2020. Projek ini telah disambung semula pembinaannya pada 11 Jun 2020 setelah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Projek ini dijangka akan disiapkan pada suku ke empat tahun 2020 dengan memperolehi Certificate of Practical Completion (CPC) dan dapat digunakan pada suku pertama tahun 2021 tertakluk kepada kelulusan Certificate of Completion and Compliance (CCC).

(c) Setakat ini, Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk menguruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang buat masa ini dilaksanakan oleh Rapid Ferry Sdn. Bhd. Semasa perjumpaan bersama Kementerian Pengangkutan pada 27 Ogos 2020, Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai cadangan pengoperasian feri oleh pihak Penang Port Sdn. Bhd. Namun, cadangan ini masih belum dimuktamadkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan.

Ahli Kawasan Batu Lancang (YB. Ong Ah Teong) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

54. Apakah perkembangan dan status pembinaan kolam takungan bawah tanah Solok Van Praagh yang sepatutnya ditender untuk pembinaan pada tahun ini? Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa kerja yang dijalankan di tapak.

YAB. Ketua Menteri:

54. Kejadian banjir kilat yang sering berlaku di Solok Van Praagh adalah disebabkan oleh limpahan air Sungai Jelutong sewaktu hujan lebat dan faktor air pasang laut daripada muara Sungai Jelutong Diversion.

Bagi penyelesaian jangka panjang, Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang yang bermesyuarat pada 5 Disember 2019 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000.00 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang untuk menjalankan kajian rekabentuk terperinci bagi cadangan struktur takungan bawah tanah di Solok Van Praagh dalam usaha mengurangkan impak banjir kilat. Namun lawatan pada 24 Ogos 2020 mendapati keluasan kawasan lapang yang asalnya dicadangkan untuk pembinaan struktur takungan bawah tanah adalah kurang sesuai dan tidak menepati spesifikasi bagi tujuan rekabentuk tersebut.

JPS dalam tindakan untuk melantik perunding setelah dibentangkan di peringkat Lembaga Perolehan Negeri pada 25 September 2020. JPS dan juru perunding yang dilantik kelak akan mencadangkan rekabentuk alternatif atau lokasi struktur takungan bawah tanah yang paling optimum bagi penyelesaian jangka panjang terhadap isu banjir kilat lokaliti tersebut di samping mengambil kira kemungkinan / mengelak isu pengambilan balik tanah.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

55. Senaraikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan ke atas pembuangan sampah haram serta pembakaran terbuka mengikut KADUN sejak 2019 sehingga kini.

(a) Kenapa masalah ini tidak dapat dibendung dengan berkesan?

Page 101: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

101

(b) Nyatakan usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Daerah dan Tanah dalam membanteras tapak pelupusan sampah haram.

YAB. Ketua Menteri:

55. Semenjak tahun 2019 sehingga kini, sebanyak 2,534 kompaun, 1,287 notis dan dua (2) tindakan mahkamah telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap kesalahan pembuangan sampah secara haram.

Dalam tempoh yang sama sebanyak 102 kompaun dan 62 notis dikeluarkan untuk kesalahan pembakaran terbuka oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar. Senarai tindakan penguatkuasaan ke atas pembuangan sampah secara haram dan pembakaran terbuka mengikut KADUN semenjak tahun 2019 adalah seperti di lampiran yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.

(a) Masalah pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka masih tidak dapat dibendung kerana terdapat kekangan yang perlu dihadapi oleh pihak berkuasa. Antara kekangan adalah dari segi peruntukan undang- undang untuk mengawal aktiviti perkhidmatan pungutan sampah oleh private haulier, kurangnya tanggungjawab pemaju dan syarikat utiliti untuk memastikan sisa-sisa yang dihasilkan daripada kerja perobohan dan pengorekan adalah dipantau kaedah pelupusan (permit dan slip timbang) ke tapak pelupusan yang dibenarkan oleh Majlis. Majlis juga tiada peruntukan undang-undang bagi menyita kenderaan yang didapati membuang sampah secara haram. Majoriti aktiviti pembuangan sampah haram berlaku pada luar waktu bekerja dan kekurangan tenaga kerja untuk melakukan pemantauan. Kerajaan Negeri juga menghadapi masalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan secara berasingan oleh semua jabatan atau agensi penguatkuasaan berikutan senarai peruntukan undang-undang yang berbeza dan tindakan penguatkuasaan tidak menyeluruh. Disamping itu, terdapat kurang kesedaran di kalangan masyarakat mengenai tatacara pelupusan sampah yang betul serta kekurangan lokasi pelupusan yang sesuai. Jarak lokasi pelupusan sedia ada di Seberang Perai Selatan jauh daripada kawasan sisa pembinaan dijana. Selain itu, terdapat tanah-tanah kosong dan terpencil yang tidak berpagar atau dijaga oleh pemilik yang memberi peluang bagi menjadi lokasi sampah haram.

(b) Usaha yang diambil untuk membanteras tapak pelupusan sampah haram adalah dengan mengambil tindakan untuk memberhentikan dan menghapuskan segala kacau ganggu terhadap pemunya tanah dan pemilik berdaftar kenderaan yang membuang sampah di bawah Seksyen 80 Akta Kerajaan Tempatan 1976, pengeluaran notis dibawah seksyen 46(1)(e) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 meletakkan atau menyebabkan diletakkan kayu- kayan, besi sekerap atau lain – lain benda di tempat awam serta seksyen 47(2)(a) Akta Jalan Parit Dan Bangunan meninggalkan bahan binaan di tempat awam. Bagi tanah milik persendirian, Kerajaan Negeri akan mengenal pasti lokasi tapak sampah haram tersebut dan membuat carian rasmi bagi pemilik tanah tersebut seterusnya mengeluarkan notis Seksyen 74, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Tuan tanah tersebut dikehendaki membersihkan tanah tersebut.

Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar dan Pejabat Daerah dan Tanah telah melaksanakan inisiatif untuk membanteras pembuangan sampah haram serta pembakaran terbuka dengan pemasangan Removeable CCTV, mewujudkan lokasi khas bagi pembuangan sisa binaan

Page 102: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

102

(C&D) dengan teknologi pemprosesan C&D sebagai satu sumber baru yang boleh diguna semula. Kerja-kerja pembersihan dan pengindahan dilakukan di lokasi sampah haram. Kaedah ini berjaya mengurangkan bilangan lokasi sampah haram tegar dari semasa ke semasa. Rondaan secara berkala dan intipan diadakan di lokasi hot spot dengan meletakkan pasukan intipan bagi mengenal pasti pelaku kesalahan dan tindakan penguatkuasaan di bawah akta dan undang-undang kecil sedia ada. Lain-lain usaha termasuk pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat aktiviti sampah haram, meletakkan halangan di kawasan sampah haram di atas rezab tanah kerajaan dan mengeluarkan notis kepada pemilik tanah serta mendaftarkan semua pengangkut sampah melalui permit yang dikeluarkan.

Page 103: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

103

LAMPIRAN A

Bil Kadun Sampah Haram Pembakaran Sampah Terbuka

Kompaun

Notis Mahkamah Kompaun Notis Mahkamah

1 N22 - Tanjong Bunga

70 2 0 0 0 0

2 N23 – Air Putih 65 - 0 0 0 0

3 N24 – Kebun Bunga

78 - 0 0 0 0

4 N25 – Pulau Tikus 31 - 0 0 0 0

5 N26 – Padang Kota

268 - 0 0 0 0

6 N27 - Pengkalan Kota

61 - 0 0 0 0

7 N28 - Komtar 220 - 0 0 0 0

8 N29 - Datok Keramat

54 - 0 0 0 0

9 N30 - Sungai Pinang

139 2 1 0 0 0

10 N31 - Batu Lancang

59 - 0 0 0 0

11 N32 - Seri Delima 41 - 0 0 0 0

12 N33- Air Itam 43 - 0 0 0 0

13 N34 - Paya Terubong

50 - 0 0 0 0

14 N35 - Batu Uban 219 1 0 0 0 0

15 N36 - Pantai Jerejak

161 - 0 0 0 0

16 N37 - Batu Maung 120 1 0 0 0 0

17 N38 - Bayan Lepas

88 - 0 0 0 0

18 N39 - Pulau Betong

38 1 0 0 0 0

19 N40 - Telok Bahang

85 - 0 0 0 0

Jumlah 1890 7 1 0 0 0

1898

Page 104: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

104

LAMPIRAN B

Bil Kadun Sampah Haram Pembakaran Sampah Terbuka

Kompaun Notis Mahkamah Kompaun Notis Mahkamah

1 Penaga 3 32 0 0 0 0

2 Bertam 26 61 0 1 1 0

3 Pinang Tunggal 25 53 0 1 1 0

4 Permatang Berangan

9 37 0 0 0 0

5 Teluk Air Tawar 30 71 0 0 0 0

6 Sungai Dua 41 81 0 1 1 0

7 Sungai Puyu 5 32 0 2 2 0

8 Bagan Jermal 51 89 0 1 1 0

9 Bagan Dalam 25 69 0 0 0 0

10 Seberang Jaya 54 109 0 3 1 0

11 Penanti 3 27 0 1 1 0

12 Permatang Pasir 5 31 0 1 0 0

13 Berapit 43 102 0 4 0 0

14 Padang Lalang 53 113 0 1 0 0

15 Machang Bubok 34 93 1 5 1 0

16 Perai 12 25 0 2 0 0

17 Bukit Tengah 30 55 0 5 2 0

18 Bukit Tambun 73 40 0 2 1 0

19 Jawi 1 10 0 0 0 0

20 Sungai Bakap 72 90 0 1 1 0

21 Sungai Acheh 49 60 0 3 2 0

644 1280 1 34 15 0

1974

Page 105: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

105

LAMPIRAN C

SENARAI TINDAKAN PENGUATKUASAAN YANG

DIJALANKAN KE ATAS PEMBAKARAN TERBUKA

OLEH JABATAN ALAM SEKITAR

MENGIKUT KADUN SEJAK 2019 SEHINGGA KINI

KADUN KOMPAUN NOTIS

ARAHAN MAHKAMAH

Bertam 6 4 0

Pinang Tunggal 7 3 0

Sungai Dua 8 5 0

Telok Air Tawar 2 0 0

Sungai Puyu 1 0 0

Bagan Jermal 1 0 0

Bagan Dalam 2 2 0

Seberang Jaya 1 0 0

Permatang Pasir 4 3 0

Penanti 7 0 0

Berapit 2 2 0

Machang Bubok 7 7 0

Padang Lalang 0 0 0

Perai 3 2 0

Bukit Tengah 12 10 0

Bukit Tambun 1 1 0

Jawi 1 0 0

Sungai Bakap 1 0 0

Air Putih 1 5 0

Batu Maung 1 3 0

JUMLAH 68 47 0

Page 106: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

106

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

56. Sila nyatakan status terkini bagi projek pembinaan gelanggang badminton di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal.

YAB. Ketua Menteri:

56. Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 9 September 2020 telah meluluskan reka bentuk konsep Projek Pembinaan Gelanggang Badminton di Nibong Tebal atau dinamakan sebagai Projek Nibong Tebal Arena.

Pihak Jabatan Kerja Raya dalam proses menyediakan rekabentuk lengkap serta dokumen kontrak yang dijangka untuk pengiklanan tender pada Mac 2021.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

57. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengusaha Taska, Tadika dan Pusat Jagaan mengalami masalah kewangan akibat daripada kekurangan pelajar. Bagi pengusaha yang berdaftar, pelbagai bantuan disalurkan oleh kerajaan.

(a) Adakah kerajaan akan memudahcarakan proses pendaftaran supaya pengusaha tidak berdaftar yang juga menawarkan khidmat sosial ini dapat menikmati bantuan?

(b) Huraikan, jika sebarang usaha/bantuan dari kerajaan.

YAB. Ketua Menteri:

57. (a) Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan keselamatan kanak-kanak serta penghuni yang perkhidmatan di TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan di Pulau Pinang. Terdapat sejumlah 250 TASKA, dan Pusat Jagaan yang tidak berdaftar di Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memudahcara pengusaha TASKA, TADIKA dan Jagaan yang tidak berdaftar untuk mendapatkan perakuan pendaftaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang.

(b) Antara inisiatif Kerajaan Negeri dalam pengusaha TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan mendapatkan perakuan pendaftaran demi kanak-kanak dan penghuni adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan Negeri sedang menyediakan satu garis panduan bagi memudahcara pengusaha TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan di Pulau Pinang untuk mendapatkan perakuan pendaftaran daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(ii) Kerajaan Negeri telah menawarkan diskaun sebanyak 90% terhadap caj tukarguna bangunan kepada semua pengusaha TASKA dan Pusat Jagaan yang beroperasi sebelum 15 September 2017 dengan tempoh permohonan bagi diskaun bermula dari 15 September 2017 hingga 30 Jun 2020;

(iii) Memberikan pengecualian kepada 250 TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan yang belum berdaftar di Pulau Pinang seperti berikut:

− Pengecualian sumbangan tempat letak kenderaan yang tidak disediakan;

− Pengecualian sumbangan untuk penanaman pokok; dan

Page 107: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

107

− Pengecualiaan denda 10 kali ganda daripada fi permohonan yang dikenakan kepada TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan beroperasi tanpa kelulusan.

Selain daripada inisiatif Kerajaan Negeri ini, terdapat juga perkhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk memudahcara pengusaha TASKA, TADIKA dan Pusat Jagaan seperti berikut:

(i) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang memberikan advokasi dan khidmat nasihat kepada semua pengusaha dan orang awam yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan proses pendaftaran TASKA mengikut Akta TASKA 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan;

(ii) Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang melaksanakan program seperti Kempen Jom Daftar kepada orang awam bagi mengalakkan lebih ramai orang menjalankan operasi TASKA dan Pusat Jagaan secara berdaftar dan memberi maklumat jelas tentang proses pendaftaran TASKA dan Pusat Jagaan; dan

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengadakan bengkel berkenaan kurikulum dan tatacara pengurusan tadika kepada pengusaha dan guru tadika.

Ahli Kawasan Pulau Betong (YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

58. Rumah-rumah kampung perlu mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) atau Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk membinanya. Untuk mengelakkan banjir kilat sistem perparitan perlu ada untuk rumah-rumah kampung.

(a) Bagaimanakah sistem perparitan dirancang untuk rumah-rumah kampung?

YAB. Ketua Menteri:

58. Memandangkan kebanyakan rumah-rumah kampung merupakan pembangunan lama yang tiada sistem perparitan di kawasan kampung yang sukar dilaksanakan. Antara usaha yang masih dilaksanakan secara berterusan melalui Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) untuk membina dan naiktaraf sistem perparitan di kampung. Walau bagaimanapun, usaha ini tertakluk kepada kebenaran tuan tanah sekiranya perparitan ini dibina di atas tanah milik. Bagi membolehkan satu sistem perparitan bersepadu diwujudkan di kawasan perkampungan, kebenaran tuan tanah daripada keseluruhan kawasan kampung adalah diperlukan sebelum projek dapat dilaksanakan.

Secara amnya, sistem perparitan sedia ada di kebanyakan kampung adalah dibina oleh pemilik tanah sendiri atau oleh pihak kerajaan dengan kebenaran tuan tanah dan kebanyakan parit kampung ini disambung ke sistem perparitan berdekatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) atau parit-parit di bawah selenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai final discharge.

(a) Semua pemajuan termasuk pembinaan rumah kampung dan perancangan sistem perparitan perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau pihak berkuasa yang berkaitan sebelum sebarang kerja dijalankan. Namun begitu, kebanyakan rumah di kawasan perkampungan dibina tanpa pelan pemajuan, pelan kerja tanah, pelan bangunan atau pelan parit dan jalan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk ulasan dan kelulusan sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan. Disebabkan

Page 108: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

108

ini, perancangan sistem perparitan yang teratur dan sistematik di dalam kawasan kampung sukar dilaksanakan.

PEJABAT DAERAH BARAT DAYA

Buat masa ini, tiada perancangan khusus untuk sistem perparitan di kampung memandangkan kebanyakan rumah-rumah kampung merupakan pembangunan lama. Walau bagaimanapun, usaha berterusan masih dilaksanakan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya PDTDBD untuk membina dan naiktaraf sistem perparitan di kampung. Walau bagaimanapun, usaha ini tertakluk kepada kebenaran tuan tanah sekiranya perparitan ini dibina di atas tanah milik.

PEJABAT DAERAH TIMOR LAUT

Pentadbiran ini tidak terlibat dalam perancangan sistem perparitan rumah-rumah kampung. Ia terletak di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempata (PBT). Pentadbiran ini hanya melaksanakan projek pembaikan dan naiktaraf sistem perparitan kampung sediada yang tidak diselenggara oleh agensi-agensi lain seperti JPS, PBT dan JKR mengikut keperluan dan tertakluk kepada kesediaan peruntukan.

PEJABAT DAERAH SEBERANG PRAI SELATAN

Rancangan pembinaan rumah di kawasan kampung adalah di luar bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Sebarang Perai Selatan (PDTSPT). PDTSPS hanya akan menaiktaraf longkang yang sedia ada dan mendapat kebenaran daripada pemilik tanah yang berdaftar. Sekiranya tiada kebenaran daripada pemilik tanah, maka projek membina dan menaiktaraf tidak akan dilaksanakan oleh PDTSPS. PDTSPS mengesyorkan supaya pelan perparitan di kawasan kampung perlu disyaratkan di dalam permohonan pembinaan rumah di peringkat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

PEJABAT DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Sistem perparitan sedia ada di kebanyakan kampung adalah dibina oleh pemilik tanah sendiri atau oleh pihak kerajaan dengan kebenaran tuan tanah dan kebanyakan parit kampung ini disambung ke sistem perparitan berdekatan yang disediakan oleh PBT, JKR atau parit-parit di bawah selenggaraan JPS sebagai final discharge.

JABATAN KERJA RAYA

JKR tidak menguruskan keluluskan rumah-rumah kampung dan perlu dirujuk kepada PBT. Manakala untuk mengelakkan banjir kilat, sistem perparitan sememangnya perlu ada untuk rumah-rumah kampung. Justeru itu, pertimbangan bagi pelaksanaan projek perparitan adalah berdasarkan permohonan/aduan yang diterima daripada penduduk/MPKK/ADUN Kawasan/Ahli Parlimen Kawasan dan tertakluk kepada kebenaran tuan tanah. Selain itu, bagi pertimbangan pelaksanaan projek terutamanya bagi Rancangan Tebatan Banjir perbincangan bersama jabatan teknikal seperti JPS dan JKR turut diadakan terlebih dahulu mengikut keperluan sebelum projek dilaksanakan.

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

Sistem perparitan di kawasan kampung adalah dibawah bidang kuasa Pejabat Daerah dan Tanah.

Page 109: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

109

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

59. Apakah kebajikan dari segi pendidikan dan kerjaya yang diberikan kepada atlet dan bekas atlet Negeri Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan?

YAB. Ketua Menteri:

59. Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) sentiasa menitik beratkan hal-hal kebajikan para atlet mahupun bekas atlet negeri Pulau Pinang.

Dari segi pendidikan, MSNPP telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia (USM), Politeknik Seberang Perai dan enam (6) buah Kolej Komuniti dalam Negeri Pulau Pinang bagi mewujudkan platform kepada atlet dan bekas atlet untuk melanjutkan pelajaran atau meningkatkan kemahiran dalam bidang yang diminati. Sehingga kini, MSN telah berjaya menempatkan tiga (3) orang atlet Pulau Pinang bagi melanjutkan pelajaran di USM dan UiTM.

Dari segi kerjaya, MSNPP dalam usaha menjalinkan kejasama dengan Agensi Kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat swasta di Pulau Pinang bagi menyediakan laluan kerjaya kepada atlet dan bekas atlet. Beberapa siri perbincangan dengan Jabatan Tenaga Kerja, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Penang Development Corporation, Penang Youth Development Corporation (PYDC) dan Penang Women’s Development Corporation (PWDC) telah diadakan untuk menempatkan para atlet dan bekas atlet dalam bidang pekerjaan.

Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah melancarkan program One State, One University, One Center (1S1U1C) yang bertujuan menjadikan universiti yang dipilih berperanan sebagai pusat latihan negeri dan dalam masa yang sama lebih ramai atlet negeri dari pelbagai jenis sukan dapat ditempatkan di universiti tersebut untuk melanjutkan pengajian. Pelaksanaan program 1S1U1C ini secara langsung dapat menggalakkan lebih ramai atlet dan bekas atlet di negeri untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi kerana program ini menawarkan syarat kemasukan yang lebih fleksibel ke dalam program yang dimohon yang bersesuaian dengan minat dan kelayakan atlet. Sehingga kini, sebanyak empat (4) buah Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) bagi program 1S1U1C ini iaitu :-

(i) Universiti Selangor (MoU - 18 April 2017);

(ii) UiTM (MoU - 29 Jan 2019) (14 Kampus);

(iii) Universiti Sultan Zainal Abidin (MoU - 17 Feb 2019); dan

(iv) Universiti Utara Malaysia (MoU - 30 Apr 2019).

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

60. Sila nyatakan misi yang telah dicapai sejak Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang ditubuhkan.

(a) Apakah strategi Perbadanan Stadium untuk mempromosikan stadium-stadium yang sedia ada di Pulau Pinang kepada orang ramai terutamanya Stadium Batu Kawan?

Page 110: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

110

YAB. Ketua Menteri:

60. Perbadanan Stadium Dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 1 Januari 2020.

Misi penubuhan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang adalah untuk menjadikan kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi di bawah pengurusan Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang sebagai pilihan utama penggunaan dan penganjuran acara sukan dan rekreasi di peringkat antarabangsa.

Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang telah menaik taraf padang bola sepak dan trek balapan di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan mengikut spesifikasi Fédération Internationale de Football Association (FIFA) dan International Association of Athletics Federations (IAAF). Ini akan menjadikan Stadium Negeri sebagai pilihan utama penggunaan dan penganjuran acara sukan dan rekreasi di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2020, berikutan pendemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, program-program di peringkat antarabangsa tidak dapat dilaksanakan. Walau bagaimanapun, perbadanan akan menganjurkan program-program peringkat antarabangsa seperti Petronas Cubprix dan Penang International Flower, Fruit & Food Festival pada tahun 2021.

Buat masa ini, adalah terlalu awal kepada perbadanan untuk menyatakan pencapaian misi penubuhan.

(a) Perbadanan telah merangka strategi-strategi berikut untuk mempromosikan penggunaan stadium terutamanya Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan kepada orang ramai seperti membenarkan orang ramai menggunakan trek balapan di stadium negeri untuk bersenam jogging dan aktiviti larian secara rekreasi tanpa perlu membuat tempahan mulai 1 Ogos 2020;

(b) Menyediakan sebuah bilik perbincangan bagi penggunaan oleh kumpulan tumpu bincang atau untuk penggunaan persatuan-persatuan sukan dan belia;

(c) Akan menganjurkan program-program yang melibatkan penyertaan selebriti;

(d) Akan menganjurkan program-program bertaraf antarabangsa atau kebangsaan; dan

(e) Akan berkolaborasi dengan kilang-kilang di Pulau Pinang bagi penganjuran Hari Sukan bagi sekolah-sekolah.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

61. Perumahan.

(a) Apakah pendekatan Kerajaan Negeri berhubung pembangunan perumahan mampu milik meskipun berhadapan dengan pandemik COVID-19?

(b) Apakah status terkini program penyelenggaraan perumahan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri?

YAB. Ketua Menteri:

61. (a) Kerajaan Negeri mengambil pendekatan mengutamakan dan menyusun semula (repriotizing and restrategizing) dasar yang menyentuh kepada pembinaan perumahan dengan mensasarkan tiga (3) kelompok seperti berikut:

Page 111: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

111

(i) Bakal pembeli (buyer)

Pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan aspek utama isi rumah (household) perlu diberi perhatian iaitu kesan ekonomi dan keperluan kediaman yang selesa. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri telah meluluskan penurunan paras maksima harga Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak 10 peratus di Pulau dan Seberang Perai menjadikan harga rumah mampu milik bagi unit berkeluasan 850 kaki persegi maksima RM270,000.00 di Pulau dan RM225,000.00 seunit di Seberang Perai. Sekiranya pemaju ingin mengekalkan harga lama iaitu RM300,000.00 di Pulau dan RM250,000.00 di Seberang Perai, saiz hendaklah ditingkatkan menjadi minima 900 kaki per segi. Selain daripada itu, pelbagai kemudahan dan fasiliti kegunaan bersama seperti tempat riadah, dewan serbaguna, ruang bacaan juga perlu disediakan. Ringkasan kepada pengurangan harga tersebut adalah seperti berikut:

Jenis Hartanah

Had Siling / Keluasan Semasa

Had Siling / Keluasan Baharu

Majlis Bandaraya

Pulau Pinang (MBPP)

C3 RM300,000.00 (minima 850 kps)

C3 RM300,000.00 (minima 900 kps) / C3 270,000.00 (minima 850 kps)

C2 RM200,000.00 (minima 800 kps)

C2 RM180,000.00 (minima 800 kps)

C1 RM150,000.00 (minima 750 kps) tanpa kemasan

C1 RM135,000.00 (minima 750 kps) tanpa kemasan

Majlis Bandaraya Seberang

Perai

(MSBP)

C3 RM250,000.00 (minima 850 kps)

C3 RM225,000.00 (minima 850 kps) / C3 RM250,000.00 (minima 900 kps)

C2 RM200,000.00 (minima 800 kps)

C2 RM180,000.00 (minima 800 kps)

C1 RM150,000.00 (minima 750 kps) tanpa kemasan

C1 RM135,000.00 (minima 750 kps) tanpa kemasan

ii. Pemaju

Kerajaan Negeri perlu merancakkan sektor pembinaan hartanah khususnya kediaman sebagai penggerak kepada ekonomi Pulau Pinang di mana tidak kurang 140 sektor akan mendapat manfaat darinya. Strategi pertama adalah mengurangkan jumlah unit siap tidak terjual (overhang) yang berjumlah 3,043 unit bernilai RM2.546 billion. Strategi kedua adalah mengurangkan kos pembangunan di mana Kerajaan Negeri memberi pelbagai insentif dan diskaun seperti premium tukar guna tanah, kadar sumbangan dan caj pembangunan. Strategi ketiga pula adalah meningkatkan penyertaan pemaju dalam membina rumah mampu milik melalui pemberian nisbah plot lebih tinggi iaitu kepada 4:1.

Page 112: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

112

iii. Pemilik rumah

Kesan ekonomi akibat COVID-19 turut menyebabkan pemilik rumah terpaksa melepaskan kediaman mereka untuk mengurangkan komitmen bulanan. Insentif pengecualian bayaran fi 2% terhadap pindah milik hartanah yang diperolehi mereka ini kurang tiga (3) tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani dapat mengurangkan bebanan mereka ini.

Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri sentiasa memantau iklim ekonomi rakyat Pulau Pinang dan industri berkaitan untuk merangka langkah dan pendekatan yang boleh membantu melegakan mereka dan supaya Pulau Pinang bangkit semula.

(b) Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah tadbir urus yang cekap, akauntabiliti dan telus akan terus melaksanakan kerja - kerja penyelenggaraan di kesemua perumahan awam dan swasta yang layak di Negeri Pulau Pinang. Sehingga September 2020, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membelanjakan hampir RM259.76 juta bagi projek - projek penyelenggaraan di kesemua perumahan awam dan swasta seluruh negeri Pulau Pinang. Perincian mengikut peruntukan adalah seperti berikut:

BIL. PROJEK AMAUN

1. Penyelenggaraan Perumahan Awam (Selenggara)

RM194,694,146.60

2. Penyelenggaraan Perumahan Awam (Pembangunan)

RM2,245,445.69

3. Penyelenggaraan Perumahan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP)

RM21,940,302.62

4. Penyelenggaraan Perumahan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

RM3,980,890.13

5. Tabung Penyelenggaraan Maksima 80 Pulau Pinang

RM36,905,861.22

JUMLAH BESAR RM259,766,646.26

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

62. Dalam mengadaptasi `Tadbir Urus Yang Baik` dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

(a) Apakah Kerajaan Negeri sentiasa mendengar dan sentiasa respon setiap permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat dan wakil rakyat?

(b) Apakah Kerajaan Negeri telah ada mekanisme bagi memantau setiap permasalahan yang disampaikan dalam DUN telah diselesaikan atau diambil tindakan yang sewajarnya?

YAB. Ketua Menteri:

62. Dalam mengadaptasi `Tadbir Urus Yang Baik` dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri sentiasa mendengar.dan memberi maklum balas serta berusaha untuk menyelesaikan terhadap permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat dan wakil rakyat. Kerajaan Negeri sentiasa mengambil maklum dan tindakan terhadap permasalahan yang disampaikan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri

Page 113: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

113

(DUN). Ketua Jabatan/wakil sentiasa hadir bertugas mewakili Jabatan masing-masing sepanjang persidangan. Isu-isu atau permasalahan yang dibahaskan oleh ahli-ahli Yang Berhormat dalam membantu dan menegakkan hak rakyat akan diambil tindakan diperingkat Jabatan yang berkenaan. Tambahan, siaran secara langsung persidangan sentiasa disediakan dan dapat diakses oleh semua tanpa perlu berada di tempat persidangan. Ini dapat memastikan setiap perkara berbangkit dapat terus sampai kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan susulan awal. Selain daripada itu, MPKK juga memainkan peranan dalam menyampaikan permasalahan yang dibangkit oleh rakyat dan juga wakil rakyat melalui Pejabat Daerah dan Tanah. Setiap masalah yang dibangkitkan akan dipanjangkan kepada jabatan berkenaan untuk tindakan lanjut mengikut peraturan dan undang-undang sedang berkuatkuasa.

Kerajaan Negeri melalui ahli-ahli Ecxo dan agensi-agensi yang bertanggungjawab sebenarnya akan merekod permasalahan yang dibangkitkan oleh wakil rakyat dalam sidang DUN dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) akan berada di DUN sepanjang Dewan bersidang bagi membantu urusan mengikut portfolio masing-masing.

Di samping itu, Ketua Jabatan diwajibkan hadir ketika sidang DUN membahaskan soalan lisan dan mempastikan ada wakil jabatan berada di DUN sepanjang sidang DUN bersidang. Ini bagi mempastikan jabatan mencatatkan sebarang isu atau masalah yang dibangkit oleh YB. ADUN dan juga bagi memberi maklum balas segera kepada YB. Exco yang berkaitan.

Ahli Kawasan Air Putih (YB. Lim Guan Eng) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

63. Sila nyatakan langkah-langkah kewangan yang diambil untuk menangani krisis ekonomi pasca-penularan wabak COVID-19 agar meringankan beban kewangan kepada rakyat dan perniagaan di Pulau Pinang.

YAB. Ketua Menteri:

63. Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah proaktif untuk menangani impak daripada penularan wabak COVID-19 di Negeri Pulau Pinang. Antara langkah utama yang diambil bagi meringankan beban rakyat berikutan kesan wabak ini ialah dengan pelaksanaan Pakej Bantuan Khas (Penang Lawan COVID-19) dengan implikasi kos berjumlah RM155.5 juta. Pakej ini mempunyai tiga objektif utama iaitu :

(a) Memberikan bantuan segera kepada golongan yang paling terkesan (the most vulnerable group), iaitu penjaja, peniaga kecil, pemandu teksi, penarik beca, pemandu e-hailing, orang kurang upaya dan kumpulan B40.

(b) Mengupayakan golongan pekerja untuk berdiri semula dan meneruskan usaha menjaga diri, keluarga serta membangunkan negeri melalui produktiviti.

(c) Membolehkan kelangsungan perniagaan atau business continuity di Negeri Pulau Pinang bagi memastikan ekonomi negeri akan terus dibangunkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

(d) Senarai bantuan dan insentif yang dilaksanakan di bawah Pakej Bantuan Khas (Penang Lawan COVID-19) ini adalah seperti di LAMPIRAN A,B dan C yang akan diletakkan di atas meja Yang Berhormat selepas selesai sesi soalan lisan.

Page 114: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

114

LAMPIRAN A

FASA 1

LAPORAN PERBELANJAAN PAKEJ BANTUAN KHAS (PENANG LAWAN COVID-19) Kemaskini sehingga 30 September 2020

BIL. PAKEJ

BANTUAN

ANGGARAN PENERIMA MANFAAT

ANGGARAN PERUNTUKAN

BILANGAN PENERIMA MANFAAT SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (TERMASUK KEHILANGAN HASIL)

PERATUS PERBELANJAAN

BAKI

(RM) (RM) (%) (RM)

1

One-off RM500 kepada peniaga dan penjaja berlesen

14,012 peniaga MBPP- 6957 MBSP- 6324

7,006,000.00

11,324 peniaga (MBPP- 6,806

MBSP- 4,518)

5,662,000.00 80.82 1,344,000

FAMA – 731 (Pasar tani)

66,000.00 132 66,000.00 100.00 0.00

2

Bekalan peralatan keselamatan diri (face mask, hand sanitizer dll.)

Rakyat Pulau Pinang dan kakitangan

barisan hadapan 10,000,000.00

Rakyat Pulau Pinang dan kakitangan

barisan hadapan

8,416,587.00 84.17 1,583,413

3

Bantuan tunai one-off kepada pesakit COVID-19 Pulau Pinang

Pesakit dan waris COVID-19

300,000.00 92 46,500.00 15.50 253,500

4

One-off RM500 kepada pemandu pelancong berdaftar

1,367 pemandu pelancong

685,000.00 751 375,500.00 54.82 309,500

5

One-off RM500 kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan AES dibawah BPEN

18,007 (JKM) 9,003,500.00 18,087 9,043,500.00 100.44 -40,000.00

650 (AES) 325,000.00 660 330,000.00 101.54 -5,000.00

6

Penambahan RM200 dalam wang insentif tahunan kepada penarik beca dan upfront RM300 (April, Mei, Jun)

318 penarik beca 63,600.00 189 94,500.00 148.58 -30,900.00

7

Penambahan RM200 dalam wang insentif tahunan kepada pemandu teksi dan upfront RM300 (bayaran fasa 2)

2,248 pemandu teksi 449,600.00 2,221 1,110,500.00 247.00 -660,900

8

One-off RM300 kepada pemandu e-hailing

10,000 pemandu e-hailing

3,000,000.00 8,390 2,517,000.00 83.90 483,000

9

Bantuan kewangan khas kepada masjid dan surau

226 masjid, 538 surau

495,000.00 226 masjid, 476 surau

464,000.00 93.74 31,000.00

Page 115: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

115

BIL. PAKEJ

BANTUAN

ANGGARAN PENERIMA MANFAAT

ANGGARAN PERUNTUKAN

BILANGAN PENERIMA MANFAAT SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (TERMASUK KEHILANGAN HASIL)

PERATUS PERBELANJAAN

BAKI

(RM) (RM) (%) (RM)

10

Bantuan Khas Kewangan one-off RM300 kepada kakitangan barisan hadapan kedua-dua PBT

4,791 kakitangan MBPP-1700 MBSP -

3091 1,437,300.00

4,983 kakitangan

MBPP - 1,892 MBSP

- 3,091

1,494,900.00 104.01 -57,600.00

11

Bantuan Khas Kewangan one-off RM300 kepada 10,511 kakitangan barisan hadapan jabatan persekutuan.

Anggaran 11,000 ATM - 240 RELA -

164 PDRM - 1,787 JKNPP - 7,570

APM - 300 JIM - 450

3,300,000.00

ATM - 240

72,000.00

73.16 885,600. RELA - 164 49,200.00

PDRM - 1,787

536,100.00

JKNPP - 5,107

1,532,100.00

APM - 300 90,000.00

JIM - 450 135,000.00

12

Peruntukan khas RM30,000 kepada setiap ADUN

40 ADUN 1,200,000.00 40 ADUN 1,200,000.00 100.00 0.00

13

Pinjaman Tanpa Faedah Kelangsungan Perniagaan Pulau Pinang (Penang Business Continuity Zero Interest Loan)

SME dan Mikro 30,000,000.00 1,649 28,715,000.00 95.72 1,285,000

14

Bantuan zakat sebanyak RM3 juta kepada golongan asnaf

Golongan asnaf (Peniaga kecil /

penjaja) 3,000,000.00 5,250 2,625,000.00 87.50 375,000

15

Pengecualian sewa bulanan Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) kelolaan Kerajaan Negeri

4,860 keluarga 932,844.00 4,860 932,844.00 100.00 0.00

16

Pengecualian sewa premis-premis perniagaan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

10,999 premis perniagaan

1,610,000.00 10,999 1,610,000.00 100.00 -

Page 116: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

116

BIL. PAKEJ

BANTUAN

ANGGARAN PENERIMA MANFAAT

ANGGARAN PERUNTUKAN

BILANGAN PENERIMA MANFAAT SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (TERMASUK KEHILANGAN HASIL)

PERATUS PERBELANJAAN

BAKI

(RM) (RM) (%) (RM)

17

Penangguhan tempoh pembayaran kepada Kerajaan Negeri bagi cukai tanah/petak, byrn skim sewa beli RSKN dan pinjaman (SPH, TUT dan penuntut)

Rakyat Pulau Pinang - - - - -

JUMLAH 72,873,844.00 67,118,231.00 92.10 5,755,613

Kelulusan Tambahan

18

Pegawai Penyelaras Khas Parlimen Tasek Gelugor/ Kepala Batas dan Balik Pulau (YAB KM)

Rakyat di Kawasan Parlimen berkaitan

60,000.00

Rakyat di Kawasan Parlimen berkaitan

60,000.00 100.00 0.00

19

Pengawai Penyelaras KADUN Penaga, Sungai Dua dan Permatang Berangan (YAB KM)

Rakyat di KADUN berkaitan

90,000.00 Rakyat di KADUN

berkaitan 90,000.00 100.00 0.00

20

Bantuan untuk pelarian Rohingya (NGO)

Pelarian di Pulau Pinang

100,000.00 1 100,000.00 100.00 0.00

21

Peruntukan kepada Pg Science Cluster untuk menyediakan facemask bagi petugas barisan hadapan

Petugas barisan hadapan

60,000.00 1 60,000.00 100.00 0.00

22

Bantuan Barang Keperluan Harian kepada rakyat yang kurang berkemampuan

20,650 keluarga 1,032,500.00 20,650 1,032,500.00 100.00 0.00

23

Bantuan Khas Kewangan one-off RM300 kepada kakitangan barisan hadapan Bhgn. Perumahan, PSUKPP

51 kakitangan 15,300.00 51 15,300.00 100.00 0.00

Page 117: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

117

BIL. PAKEJ

BANTUAN

ANGGARAN PENERIMA MANFAAT

ANGGARAN PERUNTUKAN

BILANGAN PENERIMA MANFAAT SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR (TERMASUK KEHILANGAN HASIL)

PERATUS PERBELANJAAN

BAKI

(RM) (RM) (%) (RM)

24

Peruntukan Makanan dan Minuman Petugas Ops COVID-19 PDRM

Petugas Ops COVID-19

120,000.00 Petugas Ops

COVID-19 120,000.00 100.00 0.00

25

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500 kepada pengusaha kuda

9 4,500.00 9 4,500.00 100.00 0.00

26

Bantuan Khas Kewangan one-off RM200 kepada pemandu bas dan upfront RM300 bayaran Fasa 2

521 260,500.00 463 231,500.00 88.87 29,000.00

27

Pembelian Face Mask bagi perlindungan dan Mitigasi ancaman COVID-19

Rakyat PP 35,000.00 Rakyat PP 35,000.00 100.00 0.00

28

Projek Penyediaan Makmal Minilab di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas

Rakyat yang pulang dari luar negara

186,100.00 - 90,000.00 48.36 96,100.00

JUMLAH 1,963,900.00 1,838,800.00 93.63 125,100

JUMLAH KESELURUHAN

74,837,744.00 68,957,031.00 92.14 5,880,713

Page 118: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

118

LAMPIRAN B

FASA 2

LAPORAN PERBELANJAAN PAKEJ BANTUAN KHAS FASA 2 (PENANG LAWAN COVID-19)

Kemaskini sehingga 30 September 2020

BIL CADANGAN

INSENTIF/BANTUAN ANGGARAN PENERIMA

IMPLIKASI KEWANGAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(TERMASUK KEHILANGAN HASIL) (RM)

PERATUS BELANJA

(%)

BAKI

(RM)

1 Rebat bagi cukai taksiran

tahun 2020 Jumlah:597,806 MBPP:281,949 MBSP:315,857

47,311,854.20 Jumlah:597,806 MBPP:281,949 MBSP:315,857

47,311,854.20 100.00 0.00

2 Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off penjaja/penggerai

yang berniaga dalam kompleks makanan/ kedai

persendirian (shoplot).

Jumlah:3,103 MBPP:1,950 MBSP:1,153

1,551,500.00 Jumlah: 1,670 MBPP: 1,229 MBSP: 441

835,000.00 53.82 716,5

00.00

3 Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara

one-off kepada penjaja/penggerai yang mempunyai tagging dan berdaftar dengan PBT.

Jumlah:5,666 MBPP:2,673 MBSP:2,993

2,833,000.00 Jumlah: 1,586 MBPP: 1,345 MBSP: 241

793,000.00 27.99 2,040

,000.00

4 Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 secara

one-off kepada kakitangan barisan

hadapan yang terlibat dalam menangani wabak

COVID-19.

Jumlah:6,179 1,853,700.00 Jumlah: 6,390 1,917,000.00 103.41 -

63,300.00

Polis DiRaja Malaysia 4090 4090

Angkatan Tentera Malaysia

1436 1436

Angkatan Pertahanan Awam

60 60

RELA 239 239

VETERAN ASKAR WATANIAH

63 277

BOMBA 211 211

PSUKPP (Pengawal Keselamatan)

80 77

5 Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 secara

one-off kepada ahli MPKK dan JPWK

sebagai penghargaan dalam usaha membantu

kerajaan negeri membendung penularan

wabak Covid 19.

Jumlah : 6,050 1,815,000.00 Jumlah : 3,401 1,020,300.00 56.21 794,7

00.00

MPKK (364) 5,460 3,092

JPWK (40) 594 309

Page 119: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

119

BIL CADANGAN

INSENTIF/BANTUAN ANGGARAN PENERIMA

IMPLIKASI KEWANGAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(TERMASUK KEHILANGAN HASIL) (RM)

PERATUS BELANJA

(%)

BAKI

(RM)

6 Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara one-off kepada pemandu bas/van persiaran, kereta

sewa / limosin pelancongan.

331 165,500.00 332 166,000.00 100.30 -

500.00

7 Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM300 secara

one-off kepada pengusaha lancang air (watercraft operator) di

Pulau Pinang.

23 6,900.00 21 6,300.00 91.30 600.0

0

8 Peruntukan RM200,000

untuk pelaksanaan Show Penang, sebuah projek bagi membangunkan

kandungan digital (digital content) sektor seni,

budaya dan warisan yang pertama dalam negara.

Golongan yang terlibat dengan seni, budaya dan warisan

200,000.00 9 24,397.00 12.20 175,6

03.00

9 Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 secara

one-off kepada pengusaha taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang berdaftar

dengan Jabatan Masyarakat dan tadika yang berdaftar dengan

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Jumlah : 645 322,500.00 Jumlah : 450 225,000.00 69.77 97,50

0.00

TADIKA (BPEN) 465 270

TASKA (JKMPP) 118 118

Pusat Jagaan Kanak-kanak (JKMPP)

62 62

10 Peruntukan RM100,000

kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

dan individu yang membantu masyarakat

Pulau Pinang menangani masalah keganasan

rumah tangga.

NGO dan individu

100,000.00 4 55,000.00 55.00 45,00

0.00

11 Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM400 secara one-off kepada Nelayan Pesisir Pantai (Zon A)

5,814 2,325,600.00 3,998 1,599,200.00 68.77 726,4

00.00

12 Bantuan kotak insulasi (RM180) kepada 250 nelayan darat/sungai

250 45,000.00 0 0.00 0.00 45,00

0.00

13 Insentif makanan

ternakan bagi penternak tradisional untuk komoditi

unggas, ruminan dan babi.

988 200,147.00 988 200,001.50 99.93 145.5

0

Page 120: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

120

BIL CADANGAN

INSENTIF/BANTUAN ANGGARAN PENERIMA

IMPLIKASI KEWANGAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(TERMASUK KEHILANGAN HASIL) (RM)

PERATUS BELANJA

(%)

BAKI

(RM)

14 Pinjaman Tanpa Faedah

Untuk Sektor Pelancongan - Skim

PEKA

Peniaga 10,000,000.00 71 2,445,000.00 24.45 7,555

,000.00

15 Bantuan Zakat Pekerja Harian /

e-hailing dsb. 5,000,000.00 3,769 1,884,500.00 37.69

3,115,500.00

16 Pengecualian Kadar Sewaan dan Pajakan

bagi Projek-projek CMI dan SSI bagi bulan April

dan Mei 2020

33 pengusaha / syarikat

271,926.00 33 271,926.00 100.00 0.00

17 Diskaun dan

Pengecualian Kadar Sewaan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 bagi premis-premis tertentu

milik PDC

387 syarikat / premis / penghuni

1,030,000.00 387 1,030,000.00 100.00 0.00

18 Konsesi sewa kepada 24 lot komersial Perbadanan

Bukit Bendera Pulau Pinang untuk setengah bulan pada Januari dan

Februari 2020, dan sepenuhnya untuk Mac,

April dan Mei 2020. Bantuan one-off RM500

kepada pengendali servis jip di Bukit Bendera.

24 lot komersial / 13 pengendali

jip

448,253.00 24 lot komersial / 13 pengendali jip

448,253.00 100.00 0.00

19 Pengecualian Sewa

Bulanan RSKN dan PPR untuk bulan Jun dan Julai

2020

2,911 unit 516,000.00 2911 516,000.00 100.00 0.00

20 Pengecualian bayaran sewa bagi unit kedai dibawah pengurusan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri untuk

bulan Mei, Jun dan Julai 2020

122 unit 76,741.00 122 76,741.00 100.00 0.00

JUMLAH

KESELURUHAN (RM)

76,073,621.20

60,825,472.70 79.96

15,248,148.50

Page 121: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

121

LAMPIRAN C

FASA 2.1

LAPORAN PERBELANJAAN PAKEJ BANTUAN KHAS FASA 2.1 (PENANG LAWAN COVID-19)

Kemaskini sehingga 30 September 2020

BIL CADANGAN

INSENTIF/BANTUAN ANGGARAN PENERIMA

IMPLIKASI KEWANGAN

(RM)

BILANGAN PENERIMA SEBENAR

PERBELANJAAN SEBENAR

(RM)

PERATUS BELANJA

(%)

BAKI (RM)

1

Cadangan pemberian insentif input pertanian (baja/benih tanaman) bernilai RM400 kepada petani yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian

1,142 456,800.00 - - - -

2

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500.00 kepada pengusaha kantin sekolah

439 219,500.00 - - - -

3

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500.00 kepada syarikat penganjuran acara (event organizer) di Pulau Pinang.

100 50,000.00 - - - -

4

Bantuan Khas Kewangan one-off RM1,000.00 kepada Pertubuhan Rumah Ibadat Bukan Islam yang berdaftar dengan ROS Pulau Pinang.

1,711 1,711,000.00 - - - -

5

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500.00 kepada Pertubuhan/ Persatuan yang aktif dan berdaftar dengan ROS Pulau Pinang.

3,996 1,998,000.00 - - - -

6

Bantuan Khas Kewangan one-off RM500.00 bagi pengusaha penjual akhbar dan buku Pulau Pinang

150 75,000.00 - - - -

JUMLAH KESELURUHAN

(RM) 4,510,300.00 - - - -

Pakej ini dalam proses bayaran oleh pihak BPEN.

Page 122: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

122

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

64. Mohon pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyatakan apakah kesan akibat wabak COVID-19 dari sudut jumlah pelancong dan hasil industri pelancongan di Pulau Pinang?

(a) Nyatakan berapakah jumlah hotel yang ditutup akibat COVID-19?

YAB. Ketua Menteri:

64. Wabak COVID-19 telah menjejaskan sektor pelancongan bukan hanya di Pulau Pinang, malah di seluruh Malaysia dan dunia. Berdasarkan statistik daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), bagi tempoh Januari hingga Mac 2020, perbelanjaan pelancong antarabangsa di Malaysia adalah RM12.5 billion iaitu penurunan sebanyak 41.5% berbanding RM21.4 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2019. MOTAC juga mengunjurkan kerugian melebihi RM31 bilion untuk pelancongan antarabangsa sahaja bagi tempoh Januari hingga Jun 2020. Manakala bagi pelancongan domestik pula, MOTAC mengganggarkan kerugian melebihi RM13 bilion perbelanjaan daripada pelancong domestik bagi tempoh yang sama.

Pelancongan merupakan salah satu sektor yang amat penting bagi Pulau Pinang dan berkait rapat dengan rantaian ekonomi negeri. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan telah menyebabkan kawalan sempadan negara diperketatkan dan pelancong asing tidak dibenarkan untuk memasuki negara. Oleh itu, jumlah pelancong telah berkurang secara drastik dan menyebabkan perbelanjaan dalam negeri turut berkurangan. Dengan pengurangan pelancong, perniagaan-perniagaan dalam sektor pelancongan turut terjejas seperti yang dihadapi dalam bidang penginapan, pengangkutan, pusat membeli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara-acara perniagaan (MICE-Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions). Hasil industri pelancongan yang disumbangkan oleh kegiatan ekonomi tersebut turut berkurangan. Pengurangan pelancong ke Pulau Pinang turut memberi kesan langsung kepada pengurangan peluang pekerjaan dan perniagaan.

Berdasarkan kepada laporan daripada National Corridor Implementation Authority (NCIA), Pulau Pinang dianggarkan mengalami pengurangan sebanyak 43,000 orang pelancong dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain itu, dianggarkan terdapat pengurangan sebanyak 64% penerbangan komersial ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada bulan April 2020.

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Penang Institute, kesemua responden daripada sektor pelancongan memaklumkan bahawa pandemik COVID-19 merupakan kejutan terburuk bagi perniagaan mereka sejak penubuhannya dan hampir kesemuanya (96.4%) mengalami penurunan pendapatan lebih daripada 50%. Antara bulan Januari hingga 20 Mac 2020, terdapat 18,476 pembatalan bilik hotel di Pulau Pinang dengan anggaran nilai RM8.96 juta. Dengan kemerosotan sektor pelancongan, Kerajaan Negeri telah memberikan pengecualian Fi Hotel bagi tempoh dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020, manakala Kerajaan Persekutuan pula telah memberikan pengecualian Cukai Pelancongan dari 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021. Pengecualian ini adalah bagi mengaktifkan kembali sektor pelancongan di Pulau Pinang.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pelancongan domestik adalah dibenarkan. Oleh itu, sektor pelancongan Pulau Pinang dapat digerakkan semula dengan memberi fokus kepada pelancongan domestik. Tempoh

Page 123: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

123

pemulihan sektor pelancongan adalah bergantung kepada situasi kawalan wabak COVID-19 di peringkat negara dan global.

(a) Berdasarkan laporan oleh pihak pengurusan hotel kepada Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang, sebanyak lapan (8) buah hotel di Pulau Pinang telah menghentikan operasi sepanjang tempoh musim COVID-19 daripada bulan Mac sehingga September 2020 iaitu Hotel Jazz, Hotel Penaga, Hotel Jerejak, Hotel Rainbow, Hotel Holiday Inn, Hotel Copthorne Orchid, Hotel Vouk dan Hotel OYO Jalan Sultan Ahmad Shah. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada hotel tersebut telah mengembalikan operasi selepas bulan September dan telah menerima respons yang stabil setelah aktiviti pelancongan domestik dibenarkan.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

65. Sila nyatakan jumlah eksport sarang burung walit mentah dari Pulau Pinang ke luar negara melalui kilang Primary Processing Establishment pada tahun 2020.

(a) Apakah langkah yang telah diambil bagi membantu meningkatkan jumlah eksport memandangkan industri tersebut merupakan komoditi perladangan yang bernilai tinggi dan mampu menyumbang kepada nilai eksport industri pertanian?

YAB. Ketua Menteri:

65. Sebagai makluman Yang Berhormat, Primary Processing Establishment (PPE) merujuk kepada kilang atau pusat pemprosesan yang melaksanakan aktiviti pemprosesan sarang burung walit belum bersih (raw unclean edible bird nest) yang membolehkan mereka mengeskport sarang burung walit (SBW) ke Negara China. PPE tersebut hendaklah memperolehi skim pensijilan Good Veterinary Hygienic Practice (GVHP) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia.

Melalui skim pensijilan yang dilaksanakan untuk tujuan pengeskportan, industri makanan berasaskan haiwan berskala kecil dan sederhana (EKS) termasuk pengeluar sarang burung (edible bird nest) perlu melalui proses pemeriksaan veterinar secara berkala oleh pegawai - pegawai pemeriksa veterinar yang terlatih. Ini adalah untuk memastikan EKS tersebut akur sepenuhnya kepada piawaian asas kebersihan dan keselamatan makanan yang ditetapkan oleh JPV.

Bagi membolehkan premis pemprosesan PPE tersebut mengeksport ke Negara China, premis pemprosesan hendaklah mengikuti Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh General Administration of Customs, P.R. China (GACC) serta premis akan diverifikasi oleh GACC sebelum menerima kelulusan eksport tersebut.

Terdapat sebuah PPE yang didaftarkan di Pulau Pinang iaitu Syarikat Sarang Jaya Sdn. Bhd. yang telah berjaya memperolehi pensijilan GVHP dan dalam proses permohonan kelulusan eksport sarang burung walit ke Negara China. Jumlah sarang burung walit mentah yang telah dieskport dari Negeri Pulau Pinang bagi tahun 2020 adalah 2.54 tan metrik (Januari – September 2020).

(a) Langkah-langkah yang telah diambil bagi meningkatkan jumlah eksport komoditi sarang burung walit ke luar negara adalah seperti berikut:

(i) Mengadakan rundingan dengan negara pengimport dan penetapan syarat import yang dipersetujui oleh kedua - dua belah pihak;

Page 124: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

124

(ii) Menganjurkan program promosi secara berterusan di negara-negara yang berpotensi untuk menjadi negara pengimport sarang burung walit;

(iii) Mewujudkan sistem QR Code Sticker bagi produk sarang burung walit untuk tujuan eksport ke Negara China sebagai satu kaedah kawalan daya jejak (traceability) yang memberi keyakinan kepada pengguna bahawa produk yang dihasilkan di Malaysia selamat serta berkualiti; dan

(iv) Pemantauan secara berkala ke atas premis pemprosesan sarang burung walit bagi pematuhan syarat - syarat piawaian pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) / Good Veterinary Hygienic Practice (GVHP).

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

66. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk mewajibkan semua pusat membeli-belah untuk memberi peletakan kereta kepada kakitangan-kakitangan penyewa lot mereka untuk menghentikan peletakan kereta secara haram di kawasan-kawasan perumahan?

YAB. Ketua Menteri:

66. Setakat ini Kerajaan Negeri tiada perancangan untuk mewajibkan semua pusat membeli-belah untuk menyediakan tempat letak kereta kepada kakitangan-kakitangan penyewa lot bagi menghentikan aktiviti meletak kereta secara haram di kawasan-kawasan perumahan berdekatan. Sehubungan dengan itu, untuk mengurangkan tempat letak kereta oleh pekerja-pekerja kompleks membeli-belah di kawasan-kawasan perumahan di Bahagian Pulau, adalah disarankan supaya pekerja-pekerja mengamalkan car pooling atau pun menggunakan perkhidmatan bas awam percuma seperti bas CAT atau e-hailing.

Di kawasan Seberang Perai pula tiada masalah mengenai perletakan kereta perkerja di kompleks membeli-belah di kawasan perumahan kerana tempat letak kereta bagi kawasan komersial dan kompleks membeli-belah masih dapat menampung keperluan pekerja dan pelanggan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

67. Jelaskan secara terperinci kedudukan kerja penebangan pokok di Bukit Relau dan Bukit Botak pada 2013 dan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

(a) Kerja penebangan hutan untuk tanam durian seluas 16 hektar di kawasan yang sama. Jelaskan mengapa masih berlaku tanpa kelulusan dan kebenaran MBPP?

(b) Jelaskan pembangunan lereng bukit dengan tanaman durian mengikut plan struktur MBPP dan syarat pertanian negeri.

YAB. Ketua Menteri:

67. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengambil maklum mengenai isu penebangan pokok di Bukit Relau dan Bukit Botak pada tahun 2013. Bagi isu penebangan pokok di Bukit Botak iaitu di Lot 11396, pihak MBPP telah mengenakan tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan dua (2) notis denda kepada pihak pemaju Tetuan General Accomplishment Sdn. Bhd. sebanyak RM50,000.00 pada 13 Julai 2014 di atas kesalahan melakukan kerja tanah tanpa kelulusan dan denda sebanyak RM40,000.00 pada 19 Mei 2016 di atas kesalahan gagal mematuhi notis menghendaki kerja tanah diberhentikan.

Page 125: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

125

Bagi isu penebangan pokok di Bukit Relau pula iaitu di Lot 277 dan 271 pula, dua (2) notis denda telah dikeluarkan kepada dua (2) pihak pemaju atas kesalahan melakukan kerja tanah tanpa kelulusan di bawah Seksyen 70A, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 iaitu denda RM 10,000 dikeluarkan pada 3 Ogos 2015 kepada Tetuan Lucky 18 Sdn. Bhd manakala denda RM30,000 dikeluarkan pada 1 Oktober 2014 kepada Tetuan Modern Rewards Sdn. Bhd.

(a) Lot yang terlibat bagi isu kerja-kerja penebangan hutan dan pembinaan jalan serta pembentukan tanah berteres untuk tanaman durian adalah Lot 274, Lot 275, Lot 276 dan Lot 6621 di Mukim 13, Daerah Timur Laut. Walau bagaimanapun, hanya sebahagian daripada kawasan lot-lot tersebut terlibat dengan aktiviti berkenaan. MBPP telah dimaklumkan bahawa kerja-kerja tanah tanpa kelulusan masih berlaku kerana pemilik tanah enggan memohon kelulusan melakukan kerja tanah kerana bimbang permohonan yang dikemukakan oleh mereka tidak akan mendapat kelulusan MBPP. Dalam masa yang sama, masih ada antara pekebun kecil yang tidak mengetahui bahawa aktiviti kerja-kerja tanah ini memerlukan kelulusan daripada pihak MBPP.

(b) Selain daripada itu, pemaju juga tidak mempunyai garis panduan khusus berkaitan kerja-kerja pembersihan hutan bagi melakukan aktiviti pertanian dan perkebunan. Hal ini juga menyebabkan pihak pemaju melakukan aktiviti haram ini sewenang-wenangnya. Tambahan pula, hukuman dan denda yang dikenakan ke atas pihak yang menjalankan kerja-kerja tanah tanpa kelulusan juga adalah tidak setimpal dan tidak cukup untuk menghalang para pemaju melakukan aktiviti kerja-kerja tanah tanpa kelulusan.

(c) Mengikut Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang, sebarang pembangunan perbandaran yang meliputi pembangunan skim perumahan, perhotelan, resort, perdagangan, perindustrian dan sebarang struktur bangunan (footprint) adalah tidak dibenarkan di kawasan tanah tinggi yang diwartakan di bawah Akta Pemeliharaan Tanah 1960 (Akta 385) atau sebarang tanah yang berada pada aras 76 meter (250 kaki) ke atas dan berkecerunan 25 darjah ke atas. Namun demikian, pembangunan skim ini adalah dibenarkan bagi pemajuan infrastruktur dan utiliti dengan syarat-syarat yang dipersetujui dari jabatan teknikal yang berkaitan serta mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri. Bagi aktiviti pertanian pula dihadkan di kawasan tanah berketinggian 76 meter (250 kaki) ke atas kecuali tanaman kekal sahaja selaras dengan peruntukan Akta Pemeliharaan Tanah 1960.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

68. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

(a) Nyatakan perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dalam menangani isu kejatuhan ekonomi kepada golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

(b) Senaraikan agensi yang melaksanakan usaha-usaha memulihkan kedudukan ekonomi rakyat Pulau Pinang dan bagaimanakah perancangan tersebut dilaksanakan?

Page 126: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

126

YAB. Ketua Menteri:

68. (a) Penularan pandemik COVID-19 menuntut Kerajaan Negeri bertindak proaktif untuk meneliti kesan-kesan sosio ekonomi wabak tersebut terhadap golongan yang paling terkesan dan merangka pelan pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

Berikutan itu, antara perancangan jangka pendek Kerajaan Negeri dalam menangani isu kemerosotan ekonomi akibat pandemik COVID-19 adalah meluluskan Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang menerusi tiga (3) fasa. Seminggu selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 25 Mac 2020, Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang Fasa 1 telah diumumkan dengan peruntukan sejumlah RM75 juta. Seterusnya, pada awal Mei 2020, sejumlah RM76 juta lagi diperuntukkan dalam Fasa 2.0. Prihatin dengan rintihan rakyat, peruntukan tambahan sejumlah RM4.5 juta diluluskan melalui Fasa 2.1 pada penghujung Ogos 2020. Ketiga-tiga Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang yang disalurkan secara berfasa ini menjadikan keseluruhan peruntukan diluluskan berjumlah RM155.5 juta.

Pakej-pakej bantuan ini adalah 0.16% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri pada tahun 2019 mempunyai tiga (3) objektif bagi memastikan ekonomi negeri akan terus dibangunkan pasca pandemik melalui produktiviti. Bantuan-bantuan yang telah disalurkan ini diberikan kepada rakyat Pulau Pinang merentas pelbagai kategori dan sektor seperti berikut:

(i) Memberikan bantuan segera kepada golongan yang paling terkesan;

(ii) Mengupayakan golongan pekerja dan meneruskan usaha menjaga diri, keluarga serta membangunkan negeri; dan

(iii) Membolehkan kelangsungan perniagaan atau business continuity di Negeri Pulau Pinang.

Untuk merangka strategi jangka pendek, sederhana dan panjang bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan asing dan tempatan serta menentukan pembangunan sosioekonomi yang mampan demi kesejahteraan rakyat pasca PKP dan penularan COVID-19, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Penang Socio Economic Recovery Consultative Council (PSERCC), sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri dan dianggotai oleh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan berkaitan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) serta wakil-wakil daripada industri berkaitan bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang menghalang pertumbuhan ekonomi dan mencadangkan langkah pemulihan yang sesuai untuk merangsang pertumbuhan ekonomi serta menentukan pembangunan sosioekonomi yang mampan demi kesejahteraan rakyat selepas penularan wabak COVID-19.

Di bawah jawatankuasa tersebut, enam (6) Jawatankuasa Kumpulan Kerja turut ditubuhkan untuk membantu PSERCC yang mana masing-masing diterajui oleh seorang pengerusi dan keahlian oleh wakil kerajaan dan industri yang berkaitan. Jawatankuasa Kerja tersebut terdiri daripada pelbagai sektor iaitu:

(i) Industri/SMI/SME/Peruncitan;

(ii) Pasaran Tenaga Kerja;

Page 127: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

127

(iii) Perumahan;

(iv) Infrastruktur dan Pengangkutan;

(v) Pelancongan; dan

(vi) Industri Makanan.

Pada masa ini, semua Jawatankuasa Kerja telah mengenal pasti isu dan cabaran semasa dan akan melaksanakan tindakan-tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang untuk memulihkan ekonomi Pulau Pinang mengikut sektor masing-masing.

(b) Semua agensi kerajaan terlibat dalam melaksanakan usaha-usaha memulihkan kedudukan ekonomi rakyat Pulau Pinang mengikut skop kerja yang diliputi oleh agensi masing-masing mengikut pelan perancangan pemulihan ekonomi yang dirangka oleh jawatankuasa PSERCC. Selain itu, kerjasama dan sokongan daripada pihak swasta juga amat diperlukan memandangkan Kerajaan Negeri tidak boleh bergerak sendiri dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

69. Apakah tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menyempurnakan dan menyegerakan penyerahan kompleks-kompleks yang dahulunya di bawah milikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) seperti Astaka Taman Tun Sardon dan Astaka Persimpangan Gelugor?

YAB. Ketua Menteri:

69. Astaka Persimpangan Gelugor dan Astaka Tun Sardon adalah bangunan yang dibina oleh Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM). MBPP telah mengambilalih Astaka Persimpangan Gelugor pada 30 Ogos 2018 dan Astaka Taman Tun Sardon pada 30 Januari 2019. Terdapat kelewatan dalam pengambilalihan tanah untuk kedua-dua astaka dan kronologi kelewatan seperti berikut :

(a) Pada 30 Mei 2018, MBPP telah menerima surat daripada pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang untuk menyerahkan kompleks.

(b) Pada 30 Ogos 2018: MBPP bersetuju menerima kompleks selepas pembaikan kecil dilaksanakan.

(c) Pada 25 Januari 2019, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pulau Pinang memaklumkan kepada MBPP untuk menyerahkan lapan (8) kompleks. Perkara ini dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Harta Bil.7/2019 pada 26 Julai 2019 dan diputuskan supaya penyerahan bangunan mestilah bersama dengan tanah untuk memudahkan pihak MBPP merancang naiktaraf dan pembaikan.

(d) Proses permohonan pemilikan tanah untuk kedua-dua astaka sedang diaturkan dan surat terkini telah dihantar kepada Pegawai Daerah dan Tanah Timur Laut pada 25 Ogos 2020.

Astaka Persimpangan Gelugor mempunyai 21 gerai; 16 gerai diisi dan 5 gerai masih kosong, manakala Astaka Taman Tun Sardon mempunyai 26 gerai dan semua gerai diisi.

Page 128: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

128

Senarai penjaja di Astaka Persimpangan Gelugor dan Astaka Tun Sardon adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

MBPP sedang memantau kedua-dua astaka berkenaan dengan menjalankan pembaikan dan penyelenggaraan kerosakan dan pembersihan di kedua-dua astaka berkenaan. Sebanyak RM90,765.50 dibelanjakan untuk pembaikan pada tahun 2019 dan RM46,836.40 untuk tahun 2020 sehingga Ogos.

Page 129: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

129

Page 130: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

130

.

Page 131: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

131

Page 132: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

132

Page 133: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

133

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Munaindy) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

70. Sila perincikan kesemua Lembaga Rayuan yang wujud di bawah Kerajaan Negeri dan apakah tugas dan peranan Lembaga Rayuan ini?

(a) Sila perincikan kes yang dibawa ke hadapan kesemua Lembaga Rayuan ini dan keputusannya dari tahun 2010 sehingga 2020.

YAB. Ketua Menteri:

70. Lembaga Rayuan yang wujud di Kerajaan Negeri adalah Lembaga Rayuan di bawah seliaan PLANMalaysia Pulau Pinang.

Lembaga Rayuan adalah badan berkecuali yang diwujudkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang mempunyai sifat-sifat sebuah inferior tribunal dan melaksanakan fungsi quasijudicial bertindak sebagai satu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa seperti berikut:

(i) Notis Permintaan;

(ii) Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis (Seksyen 23 (1)(a) & (b));

(iii) Amaun Pampasan (Seksyen 25(9));

(iv) Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan (Seksyen 30(7));

(v) Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35 C);

(vi) Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35 D); dan

(vii) vii. Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula (Seksyen 35 E).

Lembaga tersebut mempunyai peranan untuk mendengar, menyelesaikan pertikaian dan memutuskan rayuan yang timbul antara dua (2) pihak iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan pihak awam yang terkilan dengan keputusan pihak berkuasa tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 172.

(a) Kes yang dibawa ke Lembaga Rayuan tersebut dari tahun 2010 sehingga September 2020 adalah berjumlah 297 kes. Daripada pecahan tersebut, 134 kes adalah di bawah Seksyen 23 (1) (a) iaitu pemohon kebenaran merancang dan 163 kes di bawah Seksyen 23 (1) (b) iaitu pemohon lot berjiran.

Sepanjang tahun 2010 sehingga September 2020, keputusan daripada Lembaga Rayuan tersebut bagi kedua-dua Seksyen 23 (1) (a) dan 23 (1) (b) adalah seperti berikut:

Bil. Keputusan Bilangan

1 Dibenarkan 61

2 Ditolak 37

3 Dibatalkan 163

4 Tiada Perintah 2

5 Ditarik Balik 5

6 Belum Selesai 29

JUMLAH 297

Page 134: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

134

LAMPIRAN A

KES-KES YANG DIBAWA KE LEMBAGA RAYUAN PLANMALAYSIA TAHUN 2010 HINGGA 2020

Nota:

Seksyen 23 (1) (a) - Pemohon Kebenaran Merancang (134 kes)

Seksyen 23 (1) (b) - Pemohon lot berjiran (163 kes)

TAHUN KES

KEPUTUSAN

JUMLAH Dibenar kan Ditolak Dibatalkan

Tiada Perintah

Ditarik Balik

Belum Selesai

2010

(42 kes)

23 (1) (a) 6 8 13 - - - 27

23 (1) (b) 2 8 5 - - - 15

2011

(37 kes)

23 (1) (a) 15 1 10 - - - 26

23 (1) (b) 3 - 8 - - - 11

2012

(43 kes)

23 (1) (a) 5 5 10 - - 1 21

23 (1) (b) 11 2 6 - - 3 22

2013

(22 kes)

23 (1) (a) 3 2 11 - - - 16

23 (1) (b) - - 6 - - - 6

2014

(31 kes)

23 (1) (a) 1 1 7 - - 1 10

23 (1) (b) 2 2 17 - - - 21

2015

(37 kes)

23 (1) (a) 3 1 4 - - - 8

23 (1) (b) 2 5 14 2 5 1 29

2016

(27 kes)

23 (1) (a) 1 2 5 - - 2 10

23 (1) (b) 2 - 12 - - 3 17

2017

(21 kes)

23 (1) (a) - - 5 - - - 5

23 (1) (b) 3 - 11 - - 2 16

2018

(20 kes)

23 (1) (a) - - 5 - - 1 6

23 (1) (b) 1 - 10 - - 3 14

2019

(12 kes)

23 (1) (a) - - 2 - - 2 4

23 (1) (b) 1 - 2 - - 5 8

Sehingga Sept. 2020

(5 kes)

23 (1) (a) - - - - - 1 1

23 (1) (b) - - - - - 4 4

JUMLAH 61 37 163 2 5 29 297

Page 135: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

135

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao-Leung) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

71. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula pelantikan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd sebagai pemaju untuk Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang memandangkan tuduhan rasuah tidak berasas yang dibuat oleh Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, pengarah eksekutif kanan syarikat itu dalam penganugerahan projek tersebut?

YAB. Ketua Menteri:

71. YAB. Ketua Menteri semasa sidang media berkenaan status Projek Jalan-Jalan Utama di Pulau Pinang pada 8 Ogos 2020 telah menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan pelaksanaan tiga (3) komponen projek jalan oleh pihak Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZC) yang telah dilantik menerusi proses tender terbuka. Ini adalah kerana kajian kebolehlaksanaan bagi tiga (3) komponen projek jalan telah disiapkan pada Mei 2015 dan kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah diperolehi pada November 2017.

Manakala bagi projek terowong dasar laut, keputusan Kerajaan Negeri untuk meneruskan pelaksanaan projek ini adalah tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut yang masih belum dimuktamadkan oleh pihak CZC.

Ahli Kawasan Penaga (YB. Mohd Yusni Bin Mat Piah) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

72. Berapa bilangan nelayan di pengezonan zon A, B, C dan ke atas?

(a) Nyatakan jenis-jenis pukat perikanan yang dibenarkan di setiap zon di Pulau Pinang.

(b) Bagaimana kawalan penguatkuasaan dilakukan pihak agensi kerajaan?

(c) Berapa jumlah pukat yang dirampas dan apakah yang dilakukan kepada pukat-pukat tersebut dan cara penghapusannya?

YAB. Ketua Menteri:

72. (a) Bilangan nelayan mengikut Zon dan jenis-jenis pukat perikanan yang dibenarkan bagi setiap zon di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

No.

Zon Nelayan

Bilangan Nelayan

(orang)

Jenis pukat perikanan yang dibenarkan

1 Zon A 4,193 Pukat hanyut

2 Zon B 212 Pukat tunda dan Pukat jerut

3 Zon C 200

4 Zon C3 97 Rawai tuna

Jumlah: 4,702

Sumber: Jabatan Perikanan Pulau Pinang

Page 136: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

136

(b) Kawalan penguatkuasaan dilakukan sama ada melakukan bertindak atas aduan yang diterima atau mengadakan operasi bersepadu bersama agensi lain seperti Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Setiap kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Perikanan 1985 boleh dikenakan kompaun, penyitaan barang perikanan atau digantung lesen berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh nelayan atau pengusaha perikanan.

(c) Sejumlah 442 pukat telah dirampas dari tahun 2017 sehingga Julai 2020 oleh Jabatan perikanan adalah seperti di bawah. Pelupusan barang yang telah dirampas pula adalah bergantung kepada keputusan yang dikeluarkan oleh Pegawai Undang-Undang Jabatan Perikanan. Kebiasaannya, pukat atau bubu naga yang dirampas akan ditanam atau dibakar mengikut keadaan mana yang lebih sesuai dan ekonomik.

BIL. PERALATAN / 2017 2018 2019

2020 (Sehingga Julai)

KES TANGKAPAN

1 Pukat Tunda 21 17 28 17

2 Pukat Jerut Ikan 2 0 0 5

3 Pukat Hanyut 4 1 1 5

4 Kenka 2 Bot (Apollo) 22 19 5 7

5 Kenka 1 Bot 0 0 0 1

6 Rawai/Mengail 1 0 1 0

7 Bubu Naga 21 119 53 28

8 Saiz Mata Keroncong bawah 38 mm

0 2 0 0

9 Ikan Larangan 1 1 2 0

10 Mamalia Terdampar 7 5 1 0

11 Guna Kru Asing 0 0 4 0

12 Rawa Surong 3 0 0 0

13 Kor Bergalah 13 7 6 2

14 Jumpa Pukat Kenka 2 Bot

0 6 3 0

15 Sampan Tunda Ganding (Apollo)

0 0 1 0

JUMLAH 95 177 105 65

Ahli Kawasan Telok Bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

73. Penang South Reclamation (PSR).

(a) Sila sebutkan status terkini mengenai projek tersebut dalam semua aspek.

(b) Adakah rungutan, kesan dan persoalan yang dibangkitkan telah diselia dengan baiknya oleh Kerajaan Negeri?

Page 137: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

137

(c) Berapakah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri sebelum projek bermula, contoh seperti kajian EIA, FIA , etc dan sila beri perinciannya?

YAB. Ketua Menteri:

73. (a) Projek Penang South Reclamation (PSR) telah dibentangkan kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) pada 18 April 2019. MPFN telah memberi 18 nasihat bagi pelaksanaan projek ini. Selain itu, projek ini juga telah mendapat kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) pada 25 Jun 2019 dengan 72 syarat. PSR juga telah memperoleh surat kelulusan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) daripada PLAN Malaysia pada 27 Ogos 2019.

Secara keseluruhannya, Projek PSR telah mendapat kesemua kelulusan wajib yang diperlukan daripada Kerajaan Persekutuan. Lanjutan daripada kelulusan EIA, salah satu syarat adalah untuk menyediakan Laporan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Pulau Pinang. Laporan EMP ini akan mensyaratkan kontraktor yang dilantik dalam mematuhi syarat-syarat kelulusan EIA semasa kerja-kerja penambakan dilaksanakan. Langkah-langkah kawalan alam sekitar dan program pengawasan alam sekitar di dalam Laporan EMP ini perlu dipatuhi sepenuhnya oleh kontraktor yang akan dilantik

Pada masa ini, laporan EMP (Pindaan 1) telah dikemukakan kepada pihak JAS Negeri Pulau Pinang pada 17 Julai 2020 dan masih menunggu kelulusan. Kerajaan Negeri bersama dengan rakan pelaksana Project Delivery Partner (PDP) juga sedang memperhalusi langkah-langkah mitigasi bagi meminimakan impak sosial dan alam sekitar sebelum projek bermula secara fizikal. Kerajaan Negeri kini dalam fasa menyediakan reka bentuk dan penyediaan dokumen-dokumen tender. Tender dijangka akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2021 untuk memulakan kerja-kerja tebus guna tanah. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mengambil inisiatif menganjurkan Master Design Competition (MDC) di mana syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat dalam penyediaan reka bentuk dapat mengambil bahagian dalam MDC. Lima (5) syarikat telah dipilih ke pusingan akhir bagi pertandingan tersebut dan pemenang yang berjaya iaitu Bjarke Ingels Group (BIG) telah diumumkan pada 19 Ogos 2020 yang lalu. Pihak BIG akan menyediakan reka bentuk terperinci ini dalam masa yang terdekat.

(b) Kerajaan Negeri telah mengadakan sesi libat urus (engagement) bersama 5,774 orang, termasuk nelayan, pihak berkepentingan, wakil rakyat, penduduk, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dari Jun 2015 hingga 31 Ogos 2020.

Laporan EIA PSR juga dipamerkan kepada awam dua (2) kali pada tahun 2017 dan 2019 sebelum mendapat kelulusan pada 25 Jun 2019. Semasa sesi pameran awam ini, orang awam telah diberi peluang mendapatkan maklumat tepat mengenai PSR dan memberi maklum balas mereka. Sebanyak 371 maklum balas bertulis diterima daripada orang awam dan agensi-agensi teknikal pada 2017, dan 834 lagi diterima pada 2019. Kesemua maklum balas dan isu yang dibangkitkan berhubung dengan PSR telah dijawab secara bertulis dan lisan melalui penerangan secara individu dan berkumpulan seperti di dialog awam dan melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN). Sejak dahulu lagi, Kerajaan Negeri telah mengamalkan pendekatan yang terbuka dan telus dalam menghadapi dan menjawab bantahan nelayan, pihak

Page 138: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

138

berkepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan. Kerajaan Negeri akan meneruskan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dalam membantu rakyat memahami keperluan dan kepentingan PSR kepada Pulau Pinang.

(c) Anggaran kos yang terlibat bagi kesemua kajian untuk projek PSR setakat ini berjumlah RM8.04 juta. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dalam tindakan menyemak perincian pembayaran kajian ini dengan dibantu oleh pihak perunding kewangan yang dilantik memandangkan kos kajian ini telah ditanggung oleh pihak Rakan Pelaksana Projek (PDP) terlebih dahulu. Anggaran kos ini hanya akan dimuktamadkan selepas perunding kewangan lantikan Kerajaan Negeri telah meneliti semua tuntutan yang dikemukakan oleh PDP bagi tujuan kajian tersebut. Senarai kajian yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

(i) Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA);

(ii) Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA);

(iii) Kajian Hidraulik (termasuk tinjauan batimetri);

(iv) Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak;

(v) Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP);

(vi) Kajian Penilaian Impak Perikanan (FIA);

(vii) Kajian Penilaian Risiko Trafik Marin (MRTA);

(viii) Kajian Penilaian Impak Trafik (TIA);

(ix) Kajian Impak Tsunami & Peningkatan Aras Laut; dan

(x) Aktiviti ‘Soil Investigation’ Awalan

Ahli Kawasan Seberang Jaya (YB. Dr. Afif Bin Bahardin) bertanya kepada YAB. Ketua Menteri:

74. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri dari segi infrastruktur, sumber manusia dan kewangan untuk mengekalkan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan utama untuk tujuan pelaburan dan industri menjelang tahun 2030?

YAB. Ketua Menteri:

74. Perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri dari segi infrastruktur, sumber manusia dan kewangan untuk mengekalkan Negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan utama untuk tujuan pelaburan dan industri menjelang tahun 2030 adalah seperti berikut:

(a) Infrastruktur

Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah menyediakan infrastruktur seperti pembangunan taman-taman perindustrian baru di kawasan Batu Kawan, Penang Science Park North dan Byram. Selain daripada penyediaan tapak pembinaan kilang, taman-taman perindustrian ini juga dilengkapi dengan infrastruktur asas seperti jalan raya, saliran, elektrik, bekalan air, telekomunikasi, sambungan jalur lebar, gas (kawasan tertentu) dan sebagainya untuk menarik para pelabur.

Taman-taman perindustrian ini dibangunkan secara berfasa mengikut keperluan dari semasa ke semasa dan pihak Kerajaan Negeri memastikan

Page 139: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

139

bekalan tapak pembinaan kilang untuk para pelabur adalah sekurang-kurangnya 200 ekar pada setiap masa.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga melakukan kerja-kerja naik taraf infrastruktur di taman-taman perindustrian sedia ada seperti Taman Perindustrian Bayan Lepas, Taman Perindustrian Perai, Taman Perindustrian Bukit Minyak dan Taman Peindustrian Batu Kawan. Kerja-kerja naik taraf termasuk pelebaran jalan raya, lampu jalan, lampu isyarat, kemudahan rekreasi, kemudahan pejalan kaki dan sebagainya. Kerja-kerja naik taraf jalan raya dengan membina jejantas kenderaan di kawasan persimpangan Batu Kawan juga sedang dijalankan untuk menampung keadaan lalu lintas yang semakin sesak. Tambahan lagi, Projek Penang South Reclamation (PSR) merupakan perancangan jangka panjang bakal menyediakan tanah seluas 800 ekar di atas Pulau A untuk industri hi-technology, elektrik dan elektronik.

Rancangan jangka masa panjang lain yang telah dicadangkan juga termasuk pengwujudan persimpangan baharu dari kawasan Batu Kawan ke Lebuhraya Utara-Selatan, penaiktarafan jalan raya di kawasan Bukit Tambun, Juru-Autocity dan sebagainya. Rancangan-rancangan ini dijangka dapat membantu menarik pelaburan baharu ke Pulau Pinang.

(b) Sumber manusia

Rancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri dari segi sumber manusia untuk mengekalkan negeri Pulau Pinang sebagai destinasi pilihan utama untuk tujuan pelaburan dan industri menjelang tahun 2030 adalah seperti berikut:

(i) Menganjurkan program Career Exploration Week: My Penang, My Workplace yang berlangsung secara virtual pada 26 September hingga 2 Oktober 2020 bagi membantu pencari kerja terutamanya yang terjejas dengan keadaan semasa pandemik COVID-19;

(ii) Penyediaan khidmat fasilitasi untuk pemadanan pekerjaan (job matching) melalui Penang Career Assistance and Training Centre (Pusat CAT). Kerajaan Negeri melalui Pusat CAT menjalani pemadanan kerja secara berkumpulan (group job matching) untuk membantu pencari kerja dengan menjalankan pemadanan jawatan bersesuaian apabila menerima permintaan dari majikan/syarikat. Pusat CAT akan mendapatkan maklumat tentang jenis pekerjaan untuk syarikat yang mengalami penutupan. Susulan itu, Pusat CAT akan menjalani prosedur pemadanan kerja secara berkumpulan dengan syarikat yang membesarkan operasi. Selain itu, pihak majikan dan pekerja juga boleh menggunakan laman sesawang Pusat CAT yang merupakan satu perkhidmatan yang percuma. Pihak majikan dapat mempromosi peluang pekerjaan yang ditawarkan manakala pencari kerja juga dapat memohon pekerjaan yang ditawarkan menerusi laman sesawang tersebut;

(iii) Kerjasama dengan PERKESO dalam membantu pencari kerja melalui program-program yang ditawarkan oleh PERKESO (latihan, kaunseling, insentif kewangan dan lain-lain);

(iv) Kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam mempromosikan program di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) iaitu program JomKerja & JomNiaga

Page 140: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

140

melalui saluran komunikasi sedia ada seperti laman sesawang InvestPenang, Pusat CAT serta menyalurkan inkuiri daripada golongan yang disasarkan terus kepada pihak yang berkaitan;

(v) Kerjasama dengan TalentCorp dalam mempromosikan program Career Comeback melalui Facebook Pusat CAT Centre serta menyalurkan inkuiri daripada golongan yang disasarkan terus kepada pihak yang berkaitan;

(vi) Bekerjasama dengan pemain industri untuk inisiatif Biasiswa Penang Future Foundation (PFF). Biasiswa PFF bertujuan untuk menarik anak Malaysia berumur 25 tahun dan ke bawah yang sedang atau bakal mengikuti pengajian dalam bidang STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Perakaunan dan Matematik) di institusi pendidikan tinggi awam atau swasta dalam Malaysia untuk bekerja di negeri Pulau Pinang selepas tamat pengajian. Biasiswa ini layak untuk dimohon oleh semua anak Malaysia, tanpa mengira bangsa atau negeri asal mengikut syarat dan terma yang telah disenaraikan di laman sesawang https://penangfuturefoundation.my/scholarship-eligibility/. Penerima Biasiswa PFF perlu bekerja di negeri Pulau Pinang, tidak kira dalam sektor swasta mahupun sektor awam, untuk tempoh antara satu (1) hingga lapan (8) tahun bergantung kepada amaun biasiswa yang diterima;

(vii) Bekerjasama dengan Penang Skills Development Centre (PSDC) yang berperanan untuk melatih modal insan dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri berasaskan teknologi tinggi di negeri ini. Antara program khusus yang menjadi agenda utama Kerajaan Negeri melalui PSDC ialah penguasaan kemahiran ilmu Industri 4.0 dalam bidang Automation dan Robotic Teknologi Pemesinan Kepersisan, Kejuruteraan (Komputer, Elektronik, Mekatronik, Telekomunikasi), dan Teknologi Pembuatan (CAD/CAM);

(viii) Membangunkan sistem pendidikan vokasional ala Negara Jerman iaitu Program German Dual Vocational Training (GDVT) dan Malaysian Meister Program di negeri Pulau Pinang. Melalui sistem ini, pusat latihan akan didirikan di kilang-kilang serta institusi-institusi perniagaan bagi membolehkan pelajar mempelajari pengetahuan secara teori dan menjalani latihan praktikal pada masa yang serentak;

(ix) Bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam melaksanakan program-program latihan kemahiran secara berterusan seperti Talent Enhancement Program (NTEP). NTEP adalah program khas untuk memastikan tenaga kerja mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan industri di Northen Corridor Economic Region (NCER) di samping meningkatkan peluang pekerjaan dan kualiti hidup graduan tempatan. Melalui program NTEP, pekerja akan diberi latihan kemahiran bermutu tinggi, diikuti dengan latihan kemahiran insaniah untuk meningkatkan tahap daya saing mereka; dan

(x) Mewujudkan peluang pekerjaan baru melalui aktiviti promosi dan menarik pelaburan baharu. Justeru, peluang perkerjaan secara langsung akan terhasil dan ini membuka peluang yang luas kepada penduduk tempatan bagi memenuhi kekosongan yang ditawarkan.

Page 141: NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMIdun.penang.gov.my/images/hansard 2020/HANSARD_MESYUARAT... · 2020. 12. 8. · 1 bahagian dewan undangan negeri, psukpp negeri pulau pinang penyata

141

Pada Januari 2019 hingga Jun 2020, Pulau Pinang mencatatkan nilai pelaburan yang diluluskan sejumlah RM25.97 bilion di dalam sektor pembuatan. Dianggarkan sebanyak 25,857 peluang pekerjaan di Pulau Pinang akan diwujudkan di dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang seperti berikut:

Tempoh Jumlah Pelaburan dari sektor pembuatan (RM)

Peluang pekerjaan

Jan-Dec 2019 16,855,360,334 18,886

Jan-Jun 2020 9,116,296,758 6,971

Total 25,971,657,092 25,857

Sumber: MIDA

(c) Kewangan

Kerajaan Negeri memberi diskaun sebanyak 10% ke atas tanah perindustrian milik PDC untuk sebarang pelaburan bernilai RM1 bilion dan ke atas. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri tidak memberi sebarang insentif kewangan atau pengecualian cukai untuk menarik pelaburan asing/tempatan.

Pelabur juga layak untuk mendapatkan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui MIDA dan NCIA.

Pulau Pinang juga telah memohon dana daripada Kerajaan Pusat dibawah RMK12 untuk penubuhan pusat R&D atau Technology Enabler bagi melestarikan Pulau Pinang sebagai pusat industri teknologi tinggi di rantau Asia ini dan seterusnya mengekalkan pembangunan bakat (talent) tempatan berkhidmat di negeri ini.

Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi pada tahun 2019 sejumlah RM16.9 billion menduduki tempat kedua selepas Selangor yang mencatat RM17.0 billion dan Kedah tempat ketiga dengan jumlah RM11.5 billion. Pada 6 bulan pertama 2020, Pulau Pinang mencatatkan jumlah pelaburan RM9.1 billion, tempat kedua selepas Sabah yang menduduki tempat pertama dengan nilai pelaburan RM11.72 billion dan Selangor di tempat ketiga dengan RM3.38 billion.

Dari segi usaha-usaha untuk terus menarik pelaburan ke Pulau Pinang, Kerajaan Negeri akan manfaatkan perang dagang AS-Eropah, AS-China bagi menarik pelabur baharu ke Pulau Pinang yang mempunyai kelebihan dari segi lokasi yang strategik, bakat dalam bidang teknologi, eko-sistem industri teknologi dan supply chain yang sedia ada.

Yang terkini penganjuran Penang WCIT TECHFEST secara atas talian pada 18 hingga 20 adalah usaha bagi memperkenalkan dan menarik pelabur ke Pulau Pinang. Penang TECHFEST secara 'virtual' ini ialah satu landasan menuju Penang WCIT 2022 yang telah dijadualkan semula tarikhnya akibat COVID-19.