NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) · PDF fileSabah mengenai pemberian Bayaran...

6
NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL.6/2007 BAYARAN PERUMAHAN KHAS TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan Negeri Sabah mengenai pemberian Bayaran Perumahan Khas kepada pegawai yang diperuntukkan rumah Kerajaan tertentu. Pekeliling ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan (Persekutuan) Bilangan 11 Tahun 2002. LATAR BELAKANG 2. Pada masa sekarang pegawai yang diperuntukkan perumahan oleh Kerajaan tidak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan dan tidak dikenakan bayaran sewa. Peraturan ini diamalkan tanpa membezakan antara jenis rumah Kerajaan seperti di Lampiran A. Peraturan ini telah disemak semula dan Kerajaan telah bersetuju supaya pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jabatan dan Rumah Khas Jawatan diberi Bayaran Perumahan Khas. Bayaran Perumahan Khas diberi sebagai galakan untuk pegawai berkenaan menduduki rumah Kerajaan yang diperuntukkan. PELAKSANAAN Kadar Bayaran Perumahan Khas dan Pegawai Yang Layak 3. Bayaran Perumahan Khas sebanyak 50% daripada kelayakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan pegawai diberi kepada pegawai yang menduduki- a. Rumah Khas Jabatan b. Rumah Khas Jawatan Syarat Bayaran Perumahan Khas 4. Bayaran Perumahan Khas dibayar dengan syarat pegawai yang menduduki rumah yang diperuntukkan tidak menyewakan rumah sendiri. Pegawai tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan dan juga tidak dikenakan bayaran sewa sepertimana ditetapkan mengikut Perintah Am Negeri Sabah 1982 Bahagian ‘E’. Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Khas Jabatan 5. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jabatan tiada pilihan untuk tinggal di rumah lain memandangkan rumah berkenaan diperuntukkan atas keperluan tugasnya. Jika pegawai tidak menduduki rumah yang diperuntukkan, pegawai tidak layak Bayaran Perumahan Khas serta Imbuhan Tetap Perumahan.

Transcript of NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) · PDF fileSabah mengenai pemberian Bayaran...

Page 1: NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) · PDF fileSabah mengenai pemberian Bayaran Perumahan Khas kepada pegawai yang ... membukanya apabila diperlukan kerana air pasang atau

NEGERI SABAH

JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 )

PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL.6/2007

BAYARAN PERUMAHAN KHAS

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan NegeriSabah mengenai pemberian Bayaran Perumahan Khas kepada pegawai yangdiperuntukkan rumah Kerajaan tertentu. Pekeliling ini adalah selaras dengan PekelilingPerkhidmatan (Persekutuan) Bilangan 11 Tahun 2002.

LATAR BELAKANG

2. Pada masa sekarang pegawai yang diperuntukkan perumahan oleh Kerajaan tidakdibayar Imbuhan Tetap Perumahan dan tidak dikenakan bayaran sewa. Peraturan inidiamalkan tanpa membezakan antara jenis rumah Kerajaan seperti di Lampiran A.Peraturan ini telah disemak semula dan Kerajaan telah bersetuju supaya pegawai yangdiperuntukkan Rumah Khas Jabatan dan Rumah Khas Jawatan diberi Bayaran PerumahanKhas. Bayaran Perumahan Khas diberi sebagai galakan untuk pegawai berkenaanmenduduki rumah Kerajaan yang diperuntukkan.

PELAKSANAAN

Kadar Bayaran Perumahan Khas dan Pegawai Yang Layak

3. Bayaran Perumahan Khas sebanyak 50% daripada kelayakan kadar Imbuhan TetapPerumahan pegawai diberi kepada pegawai yang menduduki-

a. Rumah Khas Jabatanb. Rumah Khas Jawatan

Syarat Bayaran Perumahan Khas

4. Bayaran Perumahan Khas dibayar dengan syarat pegawai yang menduduki rumahyang diperuntukkan tidak menyewakan rumah sendiri. Pegawai tidak layak dibayarImbuhan Tetap Perumahan dan juga tidak dikenakan bayaran sewa sepertimana ditetapkanmengikut Perintah Am Negeri Sabah 1982 Bahagian ‘E’.

Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Khas Jabatan

5. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jabatan tiada pilihan untuk tinggal dirumah lain memandangkan rumah berkenaan diperuntukkan atas keperluan tugasnya. Jikapegawai tidak menduduki rumah yang diperuntukkan, pegawai tidak layak BayaranPerumahan Khas serta Imbuhan Tetap Perumahan.

Page 2: NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) · PDF fileSabah mengenai pemberian Bayaran Perumahan Khas kepada pegawai yang ... membukanya apabila diperlukan kerana air pasang atau

Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Khas Jawatan.

6. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan perlu menduduki rumahberkenaan berdasarkan kepentingan jawatan yang disandangnya. Jika pegawai tidakmenduduki rumah yang diperuntukkan, pegawai tidak layak Bayaran Perumahan Khas sertaImbuhan Tetap Perumahan.

Pegawai Yang Diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan

7. Pegawai yang diperuntukkan Rumah Biasa Kerajaan tidak layak dibayar BayaranPerumahan Khas oleh kerana pegawai berkenaan menduduki rumah yang berkenaan ataspilihannya sendiri. Pegawai juga tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan dan tidakdikenakan bayaran sewa sepertimana ditetapkan mengikut Pekeliling Perkhidmatan NegeriSabah Bil. 5 Tahun 1996.

Senarai Jawatan Yang Diperuntukkan Rumah Khas Jabatan

8. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk mengenalpasti jawatan-jawatanpenting yang boleh disediakan Rumah Khas Jabatan. Peruntukan Rumah Khas Jabatanhendaklah disenarai dan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh agensi masing-masing.Penentuan ini hendaklah dibuat dengan teliti supaya hanya pegawai yang benar-benardikehendaki setiap masa tinggal di atas panggilan untuk bertugas di luar waktu pejabatsahaja diperuntukkan Rumah Khas Jabatan. Contoh penyediaan Rumah Khas Jabatan dibeberapa agensi Kerajaan Negeri adalah seperti di Lampiran B.

9. Kementerian-Kementerian/Jabatan-Jabatan dikehendaki memantau semua agensi dibawah kawalannya supaya menetapkan jawatan-jawatan yang layak disediakan RumahKhas Jabatan. Bagi maksud ini, surat edaran dalaman dikeluarkan olehKementerian/Jabatan berkenaan. Satu salinan surat tersebut hendaklah dikemukakankepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (Bahagian Saraan dan Pencen), KementerianKewangan (Bahagian Pentadbiran) dan Jabatan Kerja Raya (Ibu Pejabat).

Senarai Jawatan Yang Layak Disediakan Rumah Khas Jawatan

10. Jawatan-jawatan yang layak disediakan Rumah Khas Jawatan adalah sepertidisenaraikan di Lampiran C.

TARIKH KUATKUASA

11. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa pada 02 Januari 2008.

Page 3: NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) · PDF fileSabah mengenai pemberian Bayaran Perumahan Khas kepada pegawai yang ... membukanya apabila diperlukan kerana air pasang atau

PEMAKAIAN

12. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukanPekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada Pihak BerkuasaBerkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH’

( SUKARTI BIN WAKIMAN )Setiausaha Kerajaan Negeri

Jabatan Ketua MenteriKOTA KINABALU

Tarikh: 07 NOVEMBER 2007

s.k: Setiausaha TetapKementerian KewanganWisma Kewangan88593 KOTA KINABALU

Bendahari NegeriJabatan Bendahari Negeri88595 KOTA KINABALU

Pengarah AuditJabatan Audit88990 KOTA KINABALU

Diedarkan kepada:

Semua Setiausaha Tetap Kementerian NegeriSemua Ketua Jabatan NegeriSemua Ketua Pengurusan Badan Berkanun NegeriSemua Ketua Pengurusan Kuasa Tempatan NegeriSemua Pegawai DaerahSemua Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil

Page 4: NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) · PDF fileSabah mengenai pemberian Bayaran Perumahan Khas kepada pegawai yang ... membukanya apabila diperlukan kerana air pasang atau

LAMPIRAN A

RUMAH KERAJAAN

Kemudahan perumahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dibahagikan kepadatiga jenis dengan tafsiran seperti berikut:-

Rumah Biasa Kerajaan - ialah rumah yang bukan dikhaskan untukseseorang pegawai yang menjawat sesuatujawatan tertentu dan diperuntukkan kepadapegawai yang layak memohonnya mengikutperaturan-peraturan yang ditetapkan;

Rumah Khas Jabatan - ialah rumah yang dikhaskan oleh Jabatanuntuk kediaman seseorang pegawai yangdikehendaki berada setiap masaberdekatan dengan tempat bekerja; dan

Rumah Khas Jawatan - ialah rumah yang dikhaskan untukseseorang pegawai yang memegangjawatan tertentu.

Page 5: NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) · PDF fileSabah mengenai pemberian Bayaran Perumahan Khas kepada pegawai yang ... membukanya apabila diperlukan kerana air pasang atau

LAMPIRAN B

Contoh Rumah Khas Jabatan (RKJ) Di Beberapa Jabatan

1. Jabatan Pengairan dan Saliran yang memperuntukkan RKJ bagi PenjagaPintu Air yang sentiasa dikehendaki mengawasi pintu air, menutup ataumembukanya apabila diperlukan kerana air pasang atau surut.

2. Jabatan Pertanian yang mempunyai Stesen Taman Pertanian, LagudSebrang dan Pusat Latihan Timbang Menggaris dan Pusat PenyelidikanTuaran memperuntukkan RKJ di mana pekerja dikehendaki mengawasipusat-pusat tersebut atau pun keselamatan dan kebajikan pelatih-pelatihserta terlibat dalam pengembangan pertanian pada bila-bila masa dilawatioleh petani atau pekebun.

3. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak yang mempunyaiLadang Ternakan dan Pusat Penyelidikan Haiwan memperuntukkan RKJ dimana pekerjanya dikehendaki menjalankan tugas penusuan dan mengawasipembiakan haiwan serta membuat kerja-kerja makmal yang mengikut jadual24 jam atau pun di luar jangka.

4. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am yang mempunyai pusat-pusat sepertiRumah Warga Tua Sri Pritchard di Kinarut, Warga Tua Taman Sri Stella danWarga Tua Sri Harapan Sandakan memperuntukkan RKJ bagipekerja-pekerja yang dikekendaki mengawasi dan memberi layanan rapikepada penghuni sama ada mengikut jadual atau pun di luar jangka.

5. Jabatan Keretapi Negeri Sabah memperuntukkan Rumah Khas Jabatan(RKJ) di mana pekerjanya di Bahagian Kejuruteraan Awambertanggungjawab memeriksa landasan keretapi dalam keadaan baik danselamat dan sentiasa bersedia sekiranya berlaku kerja-kerja kecemasanseperti tanah runtuh dan kemalangan.

Page 6: NEGERI SABAH JPAN 700-2/C115/45 JLD.8/( 78 ) · PDF fileSabah mengenai pemberian Bayaran Perumahan Khas kepada pegawai yang ... membukanya apabila diperlukan kerana air pasang atau

LAMPIRAN C

Jawatan-Jawatan Yang Layak Diperuntukkan Rumah Khas Jawatan

1. Pegawai Daerah

2. Penolong Pegawai Daerah, Pejabat Daerah Kecil