NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran...

22
NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 71 No. 17 24hb Ogos 2018 TAMBAHAN No. 2 RANG UNDANG-UNDANG Rang Undang-Undang yang berikut, yang akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor, adalah diterbitkan untuk makluman umum: The following Bills, about to be introduced in the State Legislative Assembly of Selangor, are published for general information: Muka Page Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 29 (Negeri Selangor) (Pindaan) 2018 Islamic Family Law (State of Selangor) 37 (Amendment) Enactment 2018 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 45 (Negeri Selangor) (Pindaan) 2018 Syariah Court Civil Procedure (State of Selangor) 49 (Amendment) Enactment 2018

Transcript of NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran...

Page 1: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

NEGERI SELANGOR

Warta KerajaanDITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF SELANGOR GAZETTEPUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 71No. 17 24hb Ogos 2018 TAMBAHAN

No. 2

RANG UNDANG-UNDANG

Rang Undang-Undang yang berikut, yang akan dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor, adalah diterbitkan untuk makluman umum:

The following Bills, about to be introduced in the State Legislative Assembly of Selangor, are published for general information:

Muka Page

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 29 (Negeri Selangor) (Pindaan) 2018

Islamic Family Law (State of Selangor) 37 (Amendment) Enactment 2018

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 45 (Negeri Selangor) (Pindaan) 2018

Syariah Court Civil Procedure (State of Selangor) 49 (Amendment) Enactment 2018

Page 2: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

29WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (Pindaan)RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

[ ]

DIPERBUAT oleh Badan Perundangan Negeri Selangor seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2018.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 8

2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 2 tahun 2003], yang disebut “Enakmen ibu” dalam Enakmen ini, dipinda dalam seksyen 8 dengan menggantikan perkataan “jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun” dengan perkataan “jika lelaki atau perempuan itu berumur kurang daripada lapan belas tahun”.

Page 3: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR30

Rang Undang-Undang2

Seksyen baharu 8a

3. Enakmen ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8 seksyen yang berikut:

“Permohonan untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun

8a. (1) Tertakluk kepada seksyen 18, setiap permohonan untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun kepada Mahkamah hendaklah dimulakan dengan—

(a) bagi lelaki, suatu notis permohonan melalui ibu atau bapa atau penjaganya berserta dengan afidavit ibu atau bapa atau penjaganya dan juga afidavit bakal isteri kepada lelaki itu; atau

(b) bagi perempuan, suatu notis permohonan melalui ibu atau bapa atau penjaganya berserta dengan afidavit ibu atau bapa atau penjaganya dan juga afidavit bakal suami kepada perempuan itu.

(2) Bagi maksud subseksyen (1)—

(a) afidavit ibu atau bapa atau penjaga yang memohon bagi pihak lelaki yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(i) nama, umur dan status perkahwinan lelaki yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu;

(ii) alasan-alasan bagi perkahwinan yang dicadangkan itu; dan

(iii) kemampuan lelaki yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu untuk memberi nafkah kepada bakal isterinya;

Page 4: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

31WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (Pindaan)

3

(b) afidavit ibu atau bapa atau penjaga yang memohon bagi pihak perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(i) nama, umur dan status perkahwinan perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu; dan

(ii) alasan-alasan bagi perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) afidavit bakal isteri kepada lelaki yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(i) nama, umur dan status perkahwinannya pada masa itu;

(ii) alasan-alasan bagi perkahwinan yang dicadangkan itu;

(iii) pernyataan berhubung dengan tahap kesihatannya; dan

(iv) pernyataan sama ada dirinya pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah atau tidak; dan

(d) afidavit bakal suami kepada perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:

(i) nama, umur dan status perkahwinannya pada masa itu;

(ii) alasan-alasan bagi perkahwinan yang dicadangkan itu;

(iii) kemampuannya untuk memberi nafkah kepada bakal isterinya yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu;

Page 5: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR32

Rang Undang-Undang4

(iv) pernyataan berhubung dengan tahap kesihatannya; dan

(v) pernyataan sama ada dirinya pernah disabitkan dengan apa-apa kesalahan jenayah atau tidak.

(3) Selepas menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), Mahkamah hendaklah memerintahkan—

(a) lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu dan bakal isteri atau suaminya supaya menjalani pemeriksaan kesihatan di mana-mana hospital Kerajaan, pusat kesihatan Kerajaan atau institusi kesihatan Kerajaan yang lain;

(b) mana-mana pegawai perubatan Kerajaan supaya mengeluarkan suatu laporan perubatan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan yang dinyatakan di bawah perenggan (a)—

(i) bagi lelaki, yang menyatakan tahap kesihatan mental, fizikal dan psikologinya; atau

(ii) bagi perempuan, yang menyatakan tahap kesihatan mental, fizikal, psikologi dan reproduktifnya;

(c) mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat supaya mengeluarkan suatu laporan sosial yang menyatakan latar belakang sosio-ekonomi lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu; dan

(d) Polis Diraja Malaysia supaya mengeluarkan laporan rekod jenayah lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu dan bakal isteri atau suaminya, jika ada.

(4) Mahkamah hendaklah, setelah menerima laporan-laporan yang dinyatakan di bawah subseksyen (3), mengarahkan—

(a) lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu dan bakal isteri atau suaminya; dan

Page 6: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

33WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (Pindaan)

5

(b) ibu bapa atau penjaga kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu,

supaya hadir di hadapannya bagi membolehkan Mahkamah menyiasat mengenai kesediaan pihak-pihak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu termasuk sama ada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu bersetuju atau tidak terhadap perkahwinan tersebut.

(5) Walau apa pun perenggan (4)(b), Mahkamah boleh mengecualikan mana-mana ibu atau bapa kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu daripada menghadiri siasatan di bawah seksyen ini, jika difikirkannya wajar untuk berbuat demikian.

(6) Mahkamah boleh, pada bila-bila masa sebelum membuat keputusan di bawah seksyen ini, memanggil mana-mana orang lain untuk memberi keterangan jika difikirkannya wajar untuk berbuat demikian.

(7) Mahkamah, dalam mempertimbangkan permohonan di bawah seksyen ini, hendaklah—

(a) memberi keutamaan kepada kebajikan lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu; dan

(b) berpuas hati bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu—

(i) adalah patut dan perlu; dan

(ii) tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu.

(8) Mahkamah, setelah berpuas hati dengan semua kehendak dalam seksyen ini, hendaklah—

(a) memberikan kebenaran untuk berkahwin kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu di bawah seksyen 18; dan

Page 7: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR34

Rang Undang-Undang6

(b) memerintahkan lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu supaya menghadiri sesi runding cara kekeluargaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar sebelum perkahwinan itu diakadnikahkan.

(9) Mana-mana Mahkamah yang memberi kebenaran untuk berkahwin di bawah seksyen 18 boleh—

(a) memerintahkan pembayaran nafkah oleh bakal suami kepada perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu selepas perkahwinan itu; atau

(b) mengeluarkan apa-apa perintah lain yang difikirkan wajar untuk menjaga kebajikan lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu.

(10) Semua prosiding di bawah seksyen ini hendaklah didengar dan diputuskan dalam Mahkamah tertutup.

(11) Bagi maksud seksyen ini, “Pegawai Kebajikan Masyarakat” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].

Pindaan seksyen 18

4. Subseksyen 18(2) Enakmen ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 8” dengan perkataan “seksyen 8 dan 8a”.

Kecualian

5. (1) Apa-apa permohonan untuk kebenaran berkahwin yang dibuat oleh lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun di bawah Enakmen ibu dan belum dirujuk kepada Hakim Syarie di bawah seksyen 18 pada tarikh yang ditetapkan, hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, diuruskan di bawah Enakmen ibu sebagaimana yang dipinda oleh Enakmen ini.

(2) Bagi maksud seksyen ini, “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Enakmen ini mula berkuat kuasa.

Page 8: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

35WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) (Pindaan)

7

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (“Enakmen No. 2 tahun 2003”).

1. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

2. Fasal 2 bertujuan untuk meminda umur minimum bagi perkahwinan seseorang perempuan daripada enam belas tahun kepada lapan belas tahun berdasarkan kemaslahatan semasa untuk memastikan kebajikan perempuan di bawah umur lapan belas tahun itu terpelihara. Peruntukan ini juga selaras dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak ialah seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun.

3. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 8a ke dalam Enakmen No. 2 tahun 2003 yang berhubungan dengan tatacara permohonan kebenaran untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun.

Fasal ini juga memperincikan kehendak-kehendak yang perlu dipatuhi oleh pemohon dan Mahkamah Syariah sebelum sesuatu kebenaran untuk berkahwin dikeluarkan kepada lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu.

Selain itu, Fasal ini memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengarahkan lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu supaya mengemukakan laporan-laporan yang diperlukan dan untuk memanggil mana-mana orang yang berkaitan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir ke Mahkamah Syariah bagi memberikan keterangan berkaitan dengan permohonan itu.

Fasal ini juga menghendaki Mahkamah Syariah untuk mengutamakan kebajikan lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu semasa mempertimbangkan permohonan kebenaran untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan itu supaya perkahwinan tersebut tidak akan menyebabkan kemudaratan kepada lelaki atau perempuan itu.

Fasal ini juga memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan perintah pembayaran nafkah oleh bakal suami kepada perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun itu selepas perkahwinan itu atau untuk mengeluarkan apa-apa perintah lain yang difikirkan wajar untuk menjaga kebajikan lelaki atau perempuan berumur kurang daripada lapan belas tahun itu.

Page 9: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR36

Rang Undang-Undang84. Fasal 4 bertujuan untuk meminda seksyen 18 dengan memasukkan rujukan kepada seksyen baharu 8a ke dalam subseksyen 18(2) Enakmen No. 2 tahun 2003 selaras dengan pewujudan seksyen baharu 8a itu.

5. Fasal 5 memperkatakan peruntukan kecualian.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa jua perbelanjaan wang tambahan.

Shah alam Bertarikh 20 Ogos 2018[MAIS/SU/BUU/02/011/46; PU.Sel. (ADV) RUU (S) 05/7/2]

Dato’ haji Nik Suhaimi biN Nik SulaimaN Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor

Page 10: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

37WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Islamic Family Law (State of Selangor)(Amendment)

A BILL

i n t i t u l e d

An Enactment to amend the Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment 2003.

[ ]

ENACTED by the Legislature of the State of Selangor as follows:

Short title and commencement

1. (1) This Enactment may be cited as the Islamic Family Law (State of Selangor) (Amendment) Enactment 2018.

(2) This Enactment shall come into operation on a date to be appointed by His Royal Highness the Sultan by notification in the Gazette.

Amendment of section 8

2. The Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment 2003 [Enactment No. 2 of 2003], which is referred to as the “principal Enactment” in this Enactment, is amended in section 8 by substituting for the words “where either the man is under the age of eighteen or the woman is under the age of sixteen” the words “where either the man or the woman is under the age of eighteen”.

Page 11: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR38

Bill2

New section 8A

3. The principal Enactment is amended by inserting after section 8 the following section:

“Application to marry for man or woman under the age of eighteen

8A. (1) Subject to section 18, every application to marry for the man or the woman under the age of eighteen to the Court shall be commenced by—

(a) for the man, a notice of application through his mother or father or guardian together with the affidavit of his mother or father or guardian and also the affidavit of the woman to be wedded to the man; or

(b) for the woman, a notice of application through her mother or father or guardian together with the affidavit of her mother or father or guardian and also the affidavit of the man to be wedded to the woman.

(2) For purposes of subsection (1)—

(a) the affidavit of the mother or father or guardian who makes an application on behalf of the man under the age of eighteen shall contain the following particulars:

(i) the name, age and marital status of the man under the age of eighteen;

(ii) the grounds for the proposed marriage; and

(iii) the means of the man under the age of eighteen to provide maintenance to the woman to be wedded to him;

Page 12: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

39WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Islamic Family Law (State of Selangor)(Amendment)

3

(b) the affidavit of the mother or father or guardian who makes an application on behalf of the woman under the age of eighteen shall contain the following particulars:

(i) the name, age and marital status of the woman under the age of eighteen; and

(ii) the grounds for the proposed marriage;

(c) the affidavit of the woman to be wedded to the man under the age of eighteen shall contain the following particulars:

(i) her name, age and marital status at that time;

(ii) the grounds for the proposed marriage;

(iii) a statement in relation to her health stage; and

(iv) a statement whether or not she has been convicted of any criminal offence; and

(d) the affidavit of the man to be wedded to the woman under the age of eighteen shall contain the following particulars:

(i) his name, age and marital status at that time;

(ii) the grounds for the proposed marriage;

(iii) his means to provide maintenance to the woman under the age of eighteen to be wedded to him;

(iv) a statement in relation to his health stage; and

(v) a statement whether or not he has been convicted of any criminal offence.

Page 13: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR40

Bill4

(3) Upon receiving an application under subsection (1), the Court shall order—

(a) the man or the woman under the age of eighteen and the woman to be wedded to him or the man to be wedded to her to undergo health examination in any Government hospital, Government health centre or other Government health institutions;

(b) any Government medical officer to issue a medical report for the purpose of the health examination stated under paragraph (a)—

(i) for the man, which states his mental, physical and psychological health stage; or

(ii) for the woman, which states her mental, physical, psychological and reproductive health stage;

(c) any Social Welfare Officer to issue a social report which states the socio-economic background of the man or the woman under the age of eighteen; and

(d) the Royal Malaysia Police to issue a report on criminal records of the man or the woman under the age of eighteen and the woman to be wedded to him or the man to be wedded to her, if any.

(4) The Court shall, upon receiving the reports stated under subsection (3), order—

(a) the man or the woman under the age of eighteen and the woman to be wedded to such man or the man to be wedded to such woman; and

(b) the parents or guardian to the man or the woman under the age of eighteen,

to attend before it in order to enable the Court to inquire on the readiness of the parties towards the proposed marriage including whether or not the man or the woman under the age of eighteen agrees towards such marriage.

Page 14: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

41WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Islamic Family Law (State of Selangor)(Amendment)

5

(5) Notwithstanding paragraph (4)(b), the Court may exempt any parent to the man or the woman under the age of eighteen from attending the inquiry under this section, if the Court thinks it is proper to do so.

(6) The Court may, at any time before making a decision under this section, summon any other person to give evidence if the Court thinks it is proper to do so.

(7) The Court, in considering the application under this section, shall—

(a) give priority to the welfare of the man or the woman under the age of eighteen; and

(b) be satisfied that the proposed marriage—

(i) is proper and necessary; and

(ii) shall not cause harm to the man or the woman under the age of eighteen.

(8) The Court, on being satisfied with all the requirements in this section, shall—

(a) give permission to marry to the man or the woman under the age of eighteen under section 18; and

(b) order the man or the woman under the age of eighteen to attend consultation session on family as may be determined by the Chief Registrar before the marriage is solemnized.

(9) Any Court which gives permission to marry under section 18 may—

(a) order the payment of maintenance by the man to be wedded to the woman under the age of eighteen after the marriage; or

(b) issue any other orders as it thinks proper to protect the welfare of the man or the woman under the age of eighteen.

Page 15: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR42

Bill6

(10) All proceedings under this section shall be heard and decided in camera.

(11) For the purpose of this section, “Social Welfare Officer” has the meaning assigned to it under the Child Act 2001 [Act 611].

Amendment of section 18

4. Subsection 18(2) of the principal Enactment is amended by substituting for the words “section 8” the words “sections 8 and 8a”.

Savings

5. (1) Any application for permission to marry made by the man or the woman under the age of eighteen under the principal Enactment and has not been referred to the Syarie Judge under section 18 at the appointed date, shall, on the appointed date, be managed under the principal Enactment as amended by this Enactment.

(2) For the purpose of this section, “appointed date” means the date on which this Enactment comes into operation.

EXPLANATORY STATEMENT

This Bill seeks to amend the Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment 2003 (“Enactment No. 2 of 2003”).

1. Clause 1 contains the short title and provision on the commencement of the proposed Enactment.

2. Clause 2 seeks to amend the minimum age for marriage of a woman from sixteen to eighteen years based on public benefit to ensure that the welfare of the woman under the age of eighteen is protected. This provision is also consistent with the interpretation of “child” under the Child Act 2001 [Act 611] which provides that a child is a person under the age of eighteen years.

3. Clause 3 seeks to introduce new section 8a into Enactment No. 2 of 2003 relating to the procedure for the application for permission to marry for the man or the woman under the age of eighteen.

Page 16: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

43WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Islamic Family Law (State of Selangor)(Amendment)

7

This Clause also elaborates the requirements which need to be complied with by the applicant and the Syariah Court before a permission to marry is issued to the man or the woman under the age of eighteen.

Besides that, this Clause authorizes the Syariah Court to order the man or the woman under the age of eighteen to submit the required reports and to summon any person related to the proposed marriage to attend the Syariah Court in order to give evidence related to the application.

This Clause also requires the Syariah Court to give priority to the welfare of the man or the woman under the age of eighteen when considering the application for permission to marry for such man or woman so that the said marriage will not cause harm to such man or woman.

This Clause also authorizes the Syariah Court to issue the order for payment of maintenance by the man to be wedded to the woman under the age of eighteen after the marriage or to issue any other orders as it thinks proper to protect the welfare of the man or the woman under the age of eighteen.

4. Clause 4 seeks to amend section 18 by incorporating reference to the new section 8a into subsection 18(2) of Enactment No. 2 of 2003 in line with the provision of the new section 8a.

5. Clause 5 deals with savings provisions.

FINANCIAL IMPLICATIONS

This Bill will not involve the State Government in any extra financial expenditure.

Shah alam Dated 20 August 2018[MAIS/SU/BUU/02/011/46; PU.Sel. (ADV) RUU (S) 05/7/3]

Dato’ haji Nik Suhaimi biN Nik SulaimaN State Legal Adviser Selangor

Page 17: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

45WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tatacara Mal Mahkamah Syariah(Negeri Selangor) (Pindaan)RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Enakmen untuk meminda Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

[ ]

DIPERBUAT oleh Badan Perundangan Negeri Selangor seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) (Pindaan) 2018.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Page 18: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR46

Rang Undang-Undang2

Seksyen baharu 7a

2. Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 4 tahun 2003] dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 7 seksyen yang berikut:

“Permohonan kebenaran untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan berumur kurang daripada lapan belas tahun

7a. Walau apa pun apa-apa jua dalam Bahagian ini, suatu permohonan kebenaran untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 2 tahun 2003] dan apa-apa tatacara yang tidak dinyatakan dalam Enakmen itu hendaklah dijalankan mengikut Enakmen ini.”

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 (“Enakmen No. 4 tahun 2003”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa Enakmen yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 7a ke dalam Enakmen No. 4 tahun 2003 bagi membolehkan tatacara berhubung dengan suatu permohonan untuk berkahwin bagi lelaki atau perempuan yang berumur kurang daripada lapan belas tahun mengguna pakai peruntukan dalam seksyen 8a Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 2 tahun 2003]. Walau bagaimanapun, mana-mana tatacara yang berkaitan dengan permohonan tersebut yang tidak dinyatakan secara khusus di bawah seksyen 8a Enakmen No. 2 tahun 2003 hendaklah mengguna pakai tatacara yang dinyatakan di bawah Enakmen No. 4 tahun 2003.

Page 19: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

47WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tatacara Mal Mahkamah Syariah(Negeri Selangor) (Pindaan)

3

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan Negeri dalam apa-apa jua perbelanjaan wang tambahan.

Shah alam Bertarikh 20 Ogos 2018[MAIS/SU/BUU/02/011/55; PU.Sel.(ADV)RUU (S) 05/7/3]

Dato’ haji Nik Suhaimi biN Nik SulaimaN Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor

Page 20: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

49WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Islamic Family Law (State of Selangor)(Amendment)

A BILL

i n t i t u l e d

An Enactment to amend the Syariah Court Civil Procedure (State of Selangor) Enactment 2003.

[ ]

ENACTED by the Legislature of the State of Selangor as follows:

Short title and commencement

1. (1) This Enactment may be cited as the Syariah Court Civil Procedure (State of Selangor) (Amendment) Enactment 2018.

(2) This Enactment shall come into operation on a date to be appointed by His Royal Highness the Sultan by notification in the Gazette.

Page 21: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR50

Bill2

New section 7a

2. The Syariah Court Civil Procedure (State of Selangor) 2003 [Enactment No. 4 of 2003] is amended by inserting after section 7 the following section:

“Application for permission to marry for man or woman under the age of eighteen

7a. Notwithstanding anything in this Part, an application for permission to marry for the man or the woman under the age of eighteen shall be made in accordance with the procedure prescribed in the Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment 2003 [Enactment No. 2 of 2003] and any procedure not specified in that Enactment shall be carried out in accordance with this Enactment.”.

EXPLANATORY STATEMENT

This Bill seeks to amend the Syariah Court Civil Procedure (State of Selangor) Enactment 2003 (“Enactment No. 4 of 2003”).

2. Clause 1 contains the short title and provision on the commencement of the proposed Enactment.

3. Clause 2 seeks to introduce new section 7a into Enactment No. 4 of 2003 to enable the procedure related to an application to marry for the man or the woman under the age of eighteen to apply the provision in section 8a of the Islamic Family Law (State of Selangor) Enactment 2003 [Enactment No. 2 of 2003]. However, any procedure related to such application which is not specifically stated under section 8a of Enactment No. 2 of 2003 shall apply the procedure stated under Enactment No. 4 of 2003.

Page 22: NEGERI SELANGOR Warta Kerajaan - jakess.gov.my negeri Selangor... · dengan tafsiran “kanak-kanak” di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] yang memperuntukkan bahawa kanak-kanak

51WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Islamic Family Law (State of Selangor)(Amendment)

3

FINANCIAL IMPLICATIONS

This Bill will not involve the State Government in any extra financial expenditure.

Shah alam Dated 20 August 2018[MAIS/SU/BUU/02/011/55; PU.Sel.(ADV)RUU (S) 05/7/3]

Dato’ haji Nik Suhaimi biN Nik SulaimaN State Legal Adviser Selangor

Hakcipta Pencetak HPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADSemua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk

yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/

atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yangdilantik).

DICETAK OLEH

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,

KUALA LUMPUR

BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA