Network bab1

11
1 BAB 1 :PENGENALAN KEPADA ASAS RANGKAIAN © Suria Hazni Kolej Komuniti Jelebu suriahazni@kolej komuniti jelebu

description

asas rangkaian komputer bab: 1

Transcript of Network bab1

Page 1: Network bab1

1

BAB 1 :PENGENALAN KEPADA ASAS RANGKAIAN

© Suria Hazni Kolej Komuniti Jelebu

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 2: Network bab1

2

1.1 TAKRIFAN RANGKAIAN Merupakan satu titik penyambungan diantara satu komputer

dengan komputer yang lain yang dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya.

Satu koleksi komputer yang dihubungkan oleh laluan komunikasi. Boleh dihubungkan kepada rangkaian lain dan mengandungi satu

rangkaian lain ( sub-rangkaian). Satu titik perkongsian alat (pencetak dan CD-ROM), perisian,

pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.

Melibatkan fizikal pewayaran dan pemasangan peranti seperti hub dan switch, penggunaan protokol komunikasi dan perisian untuk menguruskan rangkaian dan sebarang operasi berkaitan rangkaian.

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 3: Network bab1

3

1.2 KELEBIHAN RANGKAIAN

Berkongsi Fail - Berkongsi fail yang disimpan pada pelayan (server) atau komputer

pusat.

Memindahkan Fail - Memindahkan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.

Berkongsi Perisian (Aplikasi) dan mengurangkan kos - Berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. - Mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data - Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih

pengguna kedalam satu aplikasi- Pengguna yang lain juga dapat menggunakan data -data tersebut.

Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom Dan Perkakasan lain

Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail ) Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 4: Network bab1

4

1.3 CIRI-CIRI KELAS RANGKAIAN

Terdapat 3 Jenis Kelas Rangkaian didalam Sistem Rangkaian :

1) Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)

2) Rangkaian Kawasan Meluas (Wide Area Network - WAN)

3) Rangkaian Kawasan Metropolitan ( Metropolitan Area Network - MAN)

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 5: Network bab1

5

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Rangkaian yang terhad kepada batasan geografi yang kecil. Rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan , sekolah, pejabat atau

kampus. Merupakan satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di

dalam kawasan yang terhad seperti dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik seperti dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1 : Contoh Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 6: Network bab1

6

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.

Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian LAN ini ialah mesej dihantar dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan untuk menjalankan aturcara yang tersimpan di dalam rangkaian.

Data aturcara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer dalam rangkaian atau pada komputer pelayan fail (File Server).

Pelayan fail biasanya merupakan komputer berkuasa tinggi yang mempunyai storan ekslusif (cakera keras dan pemacu CD-ROM) bagi mengawal pengurusan rangkaian.

Pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer yang lain yang berada dalam sistem rangkaian (workstation).

Setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail seperti proses mencetak dikenali sebagai pelanggan (client). 

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 7: Network bab1

7

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

Rajah 1.2 :Contoh Rangkaian Kawasan Setempat dengan File Server Terdapat 3 jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam

tatarajah LAN bagi rangkaian pelayan. Rangkaian-rangkaian itu ialah : - Topologi Bas atau Bas Linar (Bus/Linear Topology)- Topologi Bintang atau Labah-labah (Star Topology)- Topologi Gelang Token (Token Ring Topology)

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 8: Network bab1

8

RANGKAIAN KAWASAN MELUAS (WAN)

WAN (Wide Area Network) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografi contohnya menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat. 

Rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks.  Memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian bagi membolehkan

rangkaian setempat (LAN) dan metropolitan berhubung secara global seperti internet seperti dalam rajah.

Rajah 1.3 : Gabungan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) membentuk Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 9: Network bab1

9

RANGKAIAN KAWASAN MELUAS (WAN)

Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir sama dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.

Dapat kita simpulkan bahawa WAN mewakili rangkaian komputer yang terpisah oleh jarak dan lokasi geografi yang jauh seperti dalam Rajah 1.4. 

Rajah 1.4 : Contoh Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 10: Network bab1

10

RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)

MAN (Metropolitan Area Network) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan LAN dan meliputi suatu rangkaian yang sederhana besar bagi membolehkan informasi dan maklumat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.

Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun daerah seperti dalam Rajah 1.5. 

Rajah 1.5 : Contoh Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)

suriahazni@kolej komuniti jelebu

Page 11: Network bab1

11

KATA KUNCI Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network) LAN

LAN merupakan satu rangkaian data berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang kecil. Ia menghubungkan komputer pelanggan (workstation), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala kecil.

Rangkaian Kawasan Meluas (Wide Area Network) WANWAN merupakan satu rangkaian data yang berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang besar. Ia menghubungkan komputer pelanggan (workstation), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala besar seperti internet.

Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network) MANMAN merupakan satu rangkaian data yang berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang sederhana besar. Ia menghubungkan komputer pelanggan (workstation), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala sederhana.

Pelayan Fail (File Server)Pelayan fail biasanya merupakan komputer berkuasa tinggi yang mempunyai storan ekslusif (cakera keras dan pemacu CD-ROM) bagi mengawal pengurusan rangkaian (perkongsian data dan perkakasan)

Pengguna (Client)Komputer yang menggunakan perkhidmatan pelayan fail

Stesen Kerja (Workstation)Komputer yang dirangkaian ke pelayan failsuriahazni@kolej komuniti jelebu