New microsoft office word 97 2003 document

4
Forum BM Forum 1 1.)Banyak cara pengusaha atau peniaga menarik minat orang ramai.Contohnya seperti yang banyak terdapat diakhbar-akhbar atau di majalah-majalah masa kini.Dalam iklan tersebut saya rasa pihak syarikat tidak peka atau pun sengaja tidak ambil kisah tentang penulisan mengikut bahasa yang betul,Penggunaan huruf besar dan kecil tidak mengikut hukum bahasa yang betul. Ini kerana mereka hanya memikirkan cara untuk melariskan jualan dan keuntungan yang bakal diperolehi tanpa memikirkan kesan lain. Ada juga iklan atau papan tanda yang mengunakan bahasa campuran Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris " Kursus Bahasa English" " Pakej Penginapan Business & Leisure" Bagi peniaga kecil juga mereka juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan bahasa "Goreng Pisang Panas".Memang tidak dinafikan iklan hendaklah menggunakan ayat yang ringkas dan padat tetapi seharusnya ianya tidaklah salah dari segi hukum bahasa yang digunakan.Beberapa langkah wajar diambil bagi membendung kesalahan-kesalahan ini dari berulang.Pihak yang meluluskan iklan akhbar atau papan tanda mestilah mempunyai pakar rujuk bahasa yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa .Selain itu Pihak PBT hendaklah bertidak tegas dengan mendenda atau menarik balik papan tanda yang salah dari segi bahasa. 2)Kesalahan bahasa sepatutnya tidak berlaku seandainya warga Malaysia prihatin dan sayang kepada bahasa Melayu. Perumpamaan "bodoh sombong" mungkin paling sesuai kepada individu, syarikat maupun pihak berkuasa tempatan yang memberi lesen iklan dan papan tanda tanpa merujuk terlebih dahulu pakar bahasa atau Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara kesalahan bahasa yang dapat dikesan ialah; 1.Di larang masuk: Kesalahan penggunaan di yang sepatutnya dirapatkan dengan kata kerja larang 2.Awas kawasan perbinaan! Kesalahan imbuhan, sepatutnya Awas kawasan pembinaan!

Transcript of New microsoft office word 97 2003 document

Page 1: New microsoft office word 97   2003 document

Forum BM

Forum 1

1.)Banyak cara pengusaha atau peniaga menarik minat orang ramai.Contohnya seperti yang banyak terdapat diakhbar-akhbar atau di majalah-majalah masa kini.Dalam iklan tersebut saya rasa pihak syarikat tidak peka atau pun sengaja tidak ambil kisah tentang penulisan mengikut bahasa yang betul,Penggunaan huruf besar dan kecil tidak mengikut hukum bahasa yang betul. Ini kerana mereka hanya memikirkan cara untuk melariskan jualan dan keuntungan yang bakal diperolehi tanpa memikirkan kesan lain. Ada juga iklan atau papan tanda yang mengunakan bahasa campuran Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris " Kursus Bahasa English" " Pakej Penginapan Business & Leisure" Bagi peniaga kecil juga mereka juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan bahasa "Goreng Pisang Panas".Memang tidak dinafikan iklan hendaklah menggunakan ayat yang ringkas dan padat tetapi seharusnya ianya tidaklah salah dari segi hukum bahasa yang digunakan.Beberapa langkah wajar diambil bagi membendung kesalahan-kesalahan ini dari berulang.Pihak yang meluluskan iklan akhbar atau papan tanda mestilah mempunyai pakar rujuk bahasa yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa .Selain itu Pihak PBT hendaklah bertidak tegas dengan mendenda atau menarik balik papan tanda yang salah dari segi bahasa.

2)Kesalahan bahasa sepatutnya tidak berlaku seandainya warga Malaysia prihatin dan sayang kepada bahasa Melayu. Perumpamaan "bodoh sombong" mungkin paling sesuai kepada individu, syarikat maupun pihak berkuasa tempatan yang memberi lesen iklan dan papan tanda tanpa merujuk terlebih dahulu pakar bahasa atau Dewan Bahasa dan Pustaka.

Antara kesalahan bahasa yang dapat dikesan ialah;

1.Di larang masuk:

Kesalahan penggunaan di  yang sepatutnya dirapatkan dengan kata kerja larang

2.Awas kawasan perbinaan!

Kesalahan imbuhan, sepatutnya Awas kawasan pembinaan!

 

Cara untuk mengatasi kesalahan bahasa di papan tanda juga medium penyiaran ialah;

1.Wujudkan kursus, kempen atau badan pemantau untuk mendidik individu, masyarakat, syarikat agar lebih memahami bahasa Melayu.

2.Tindakan tegas berupa saman dikenakan kepada yang ingkar.

3.Pihak berkuasa tempatan mestilah menyediakan pegawai pakar bahasa Melayu untuk dirujuk sebelum sesebuah iklah atau papan tanda dibenarkan untuk dipamerkan.

Page 2: New microsoft office word 97   2003 document

3) MENGAPA PERLU BAYAR LEBIH? Sedangkan Harga KCC SUPRO Lebih Rendah 20 % Berbanding Tawaran Lain Dan BERKUALITI! Begitulah cara penulisan iklan yang telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 24 Oktober yang lalu.Dalam iklan tersebut saya rasa pihak syarikat tidak peka atau pun sengaja tidak ambil kisah tentang penulisan mengikut bahasa yang betul,Penggunaan huruf besar dan kecil tidak mengikut hukum bahasa yang betul. Ini kerana mereka hanya memikirkan cara untuk melariskan jualan dan keuntungan yang bakal diperolehi tanpa memikirkan kesan lain. Ada juga iklan atau papan tanda yang mengunakan bahasa campuran Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris " Kursus Bahasa English" " Pakej Peginapan Business & Leisure" Bagi peniaga kecil juga mereka juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan bahasa "Goreng Pisang Panas".Memang tidak dinafikan iklan hendaklah menggunakan ayat yang ringkas dan padat tetapi seharusnya ianya tidaklah salah dari segi hukum bahasa yang digunakan.Beberapa langkah wajar diambil bagi membendung kesalahan-kesalahan ini dari berulang.Pihak yang meluluskan iklan akhbar atau papan tanda mestilah mempunyai pakar rujuk bahasa yang diiktiraf oleh Dewan Bahasa .Selain itu Pihak PBT hendaklah bertidak tegas dengan mendenda atau menarik balik papan tanda yang salah dari segi bahasa.

Forum 2

1) Kelemahan guru Bahasa Melayu ketika mengajar mata pelajaran ini cukup banyak.Paling utama adalah  faktor kelayakan , bukan semua guru yang mengajar mata pelajaran ini berkelayakan dalam bidang ini ketika berada di institusi perguruan dahulu.Jika benarpun guru ini berkelayakan namun ada antara mereka yang mempunyai pencapaian yang rendah pada zaman persekolahan pada peringkat menengah.Ini menyebabkan penguasaan Bahasa Melayu mereka agak terhad,hasilnya mereka gagal mengajar mata pelajaran ini dengan berkesan.Terdapat juga guru yang gagal menterjemahkan sesuatu perbendaharaan kata dengan tepat.Sepatutnya guru-guru dan murid-murid harus lebih kerap menggunakan Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan bagi mengatasi masalah kekemahan perbendaharaan kata.

Bidang bahasa amat luas,dari segi tatabahasanya, bagi guru yang kurang membaca dan kurang berusaha meningkatkan pengetahuan mereka, maka guru tersebut akan gagal mengajar mata pelajaran ini dengan berkesan.Ini sesuai dengan kenyataan seorang pejuang Bahasa Melayu iaitu " Kemajuan Bahasa Melayu Itu Telah Jauh Meninggalkan Para Penuturnya".

Kebanyakan murid tidak mempunyai Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan sebagai rujukan mereka, mereka banyak bergantung kepada buku-buku rujukan terbitan pihak swasta yang mana pastinya tidak sempurna malah tidak mengikut standard yang sepatutnya sebagai mana yang dikehendaki oleh KPM. Selain itu murid juga kurang membaca,ini memyebabkan mereka gagal menguasai bidang tatabahasa dan kosa kata mereka juga terhad.Murid juga terdedah dengan bahasa ibunda,bahasa daerah dan bahasa pasar Faktor ini menjadi kekangan kepada murid ketika mempelajari Bahasa Melayu yang standard ketika berada di sekolah.Setiap kosa kata bakal diterjemah malah kemungkinan gagal diinterpretasi dengan tepat,kesannya akan mereka akan kecundang di pentas peperiksaan.

Page 3: New microsoft office word 97   2003 document

Bahasa Melayu saban hari menerima kemajuan,saban waktu menerima penambahbaikan dan penambahan kosa katanya.Kita sebagai guru dan murid hendaklah berkayuh laju selaju kemajuan bidang bahasa itu sendiri. 

2) Bahasa Melayu berstatus sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal atau pada peringkat sekolah rendah dengan baik agar tidak menjadi masalah bagi murid berkomunikasi dan menimba pengetahuan dengan baik dalam masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa.

                    Kelemahan-kelemahan bahasa Melayu yang ada pada guru ialah guru boleh berkomunikasi dengan bangsa lain dalam bahasa Melayu secara tidak rasmi tetapi tidak dapat menggunakannya dengan betul dalam keadaan yang rasmi secara bertutur ataupun menulis. Ini juga menjadikan tahap penguasaan murid dalam sekolah menjadi lemah  dan bermasalah juga untuk bertutur dan menulis dengan baik. Masalah ini berlaku disebabkan kekurangan model pembelajaran dan masalah dari aspek tatabahasa. Bahasa yang digunakan dalam buku teks adalah bahasa rasmi tetapi tidak ramai yang boleh dijadikan contoh menggunakan menggunakan bahasa rasmi atau baku dengan baik. Maka ,ia akan memberi masalah kepada murid-murid untuk mendengar dan memahami serta menuturi apa yang dipelajarinya. Selain itu, guru terdapat kelemahan juga dalam aspek-aspek bahasa dan aspek-aspek bukan bahasa. Masalah dalam aspek bahasa ialah ketiadaan sebuah tatabahasa pegangan, buku tatabahsa yang digunakan kini masih keliru dan berlainan antara pengarang-pengarang tatabahasa. Manakala, aspek bukan bahasa melibatkan penggunaan kata ganti nama,iaitu masalah sopan atau tidak sopan. Contohnya, menggunakan engkau dalam perbualan adalah tidak sopan tetapi ada guru juga yang tidak mengetahui masalah ini juga.   

                Untuk mengatasi kelemahan-kelemahahan tersebut, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam bilik darjah.Contohnya,guru boleh menggunakan strategi penggabungjalinan untuk mengelakkan kebosanan murid dan menarik minat pembelajarannya. Selain itu, guru boleh menjalankan aktiviti pemulihan bagi murid yang lemah dan dan aktiviti pengayaan bagi murid yang telah mahir melalui menjalankan ujian. Guru boleh menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk menghasilkan impak yang baik dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Forum 3