New Microsoft Word Document (4)

2
http://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/peraturan-bilik- darjah.html Guru yang berkredibiliti akan membentuk peraturan dan prosedur (rutin) di dalam bilik darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan, sebaliknya meningkatkan pembelajaran. Menurut Haliza Hamzah dalam bukunya "Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku" (m/s30), peraturan bermaksud kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Peraturan juga merujuk satu peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Seorang guru yang bijak akan mengambil peluang sebelum memulakan pengajarannya untuk berbincang dengan murid tentang pengurusan bilik darjah termasuklah peraturan dalam kelas. Peraturan perlu dijalankan secara konsisten agar berkesan. Manakala, rutin bermaksud prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti murid dalam aktiviti spesifik mereka di dalam bilik darjah. Rutin dibentuk bertujuan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh Peraturan Bilik Darjah : Pelajar mesti datang sebelum tempoh pengajaran dan pembelajaran bermula iaitu sebelum pukul 7.00 pagi. Tujuannya untuk proses pembersihan kelas harian. Pelajar dilarang untuk berada di dalam kelas semasa waktu rehat. Dilarang bermain atau membuat bising di dalam kelas. Pelajar hanya boleh keluar kelas dengan izin guru dan memakai pas keluar masuk kelas. Memberi sepenuh perhatian dan tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran. Dilarang makan dalam kelas.

description

nota

Transcript of New Microsoft Word Document (4)

Page 1: New Microsoft Word Document (4)

http://guruinspirasipencetusrevolusi.blogspot.com/2013/03/peraturan-bilik-darjah.html

Guru yang berkredibiliti akan membentuk peraturan dan prosedur (rutin) di dalam bilik

darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan, sebaliknya meningkatkan

pembelajaran. 

    Menurut Haliza Hamzah dalam bukunya "Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku"

(m/s30), peraturan bermaksud kenyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh

diterima di dalam bilik darjah. Peraturan juga merujuk satu peringatan dan autoriti

kepada nilai moral murid-murid. 

    Seorang guru yang bijak akan mengambil peluang sebelum memulakan

pengajarannya untuk berbincang dengan murid tentang pengurusan bilik darjah

termasuklah peraturan dalam kelas. Peraturan perlu dijalankan secara konsisten agar

berkesan. 

     Manakala, rutin bermaksud prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti murid

dalam aktiviti spesifik mereka di dalam bilik darjah. Rutin dibentuk bertujuan melicinkan

proses pengajaran dan pembelajaran. 

Contoh Peraturan Bilik Darjah : 

Pelajar mesti datang sebelum tempoh pengajaran dan pembelajaran bermula iaitu

sebelum pukul 7.00 pagi. Tujuannya untuk proses pembersihan kelas harian. 

Pelajar dilarang untuk berada di dalam kelas semasa waktu rehat. 

Dilarang bermain atau membuat bising di dalam kelas. 

Pelajar hanya boleh keluar kelas dengan izin guru dan memakai pas keluar masuk

kelas. 

Memberi sepenuh perhatian dan tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran. 

Dilarang makan dalam kelas. 

Page 2: New Microsoft Word Document (4)

Contoh Rutin Bilik Darjah :

Pelajar harus membersihkan kelas mengikut jadual pembersihan yang telah disediakan. 

Secara bergiliran, setiap kumpulan mestilah menukar informasi dan bahan bacaan

tambahan di papan kenyataan setiap minggu. 

Pelajar mestilah beratur masuk ke kelas setiap hari selepas waktu rehat. 

Mematikan suis setiap kali meninggalkan kelas. 

Menghormati guru iaitu member salam semasa guru masuk dan keluar kelas.

Konsekuen : 

Apabila murid melanggar peraturan kelas, murid akan :

Diberi nasihat. 

Diberi amaran. 

Diberi amaran kedua kali. 

Mengasingkan pelajar tersebut dengan membawanya keluar selama 5 minit. 

Dikenakan denda yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 

Berjumpa dengan guru disiplin. 

Sekiranya masih ingkar, murid dikehendaki berjumpa dengan Guru Besar. 

Memanggil ibu bapa untuk berbincang dengan Guru Besar untuk menyelesaikan

masalah disiplin anak-anak.