New Microsoft Word Document (48)

1
Soalan: Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba... Lengkapkan cerita di atas. Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu di rumah jiranku. Jiranku ketika itu kebetulan tiada di rumah kerana bercuti ke Sabah. Aku pun segera mengintai melalui tingkap. Aku ternampak kelibat dua orang berada di dalam kawasan rumah jiranku. Keadaan mereka sungguh mencurigakan. Aku segera ke bilik ayahku. Aku mengetuk pintu. Ayah keluar, aku terus menceritakan perkara yang telah aku lihat tadi. Aku dan ayah terus mengintai melalui tingkap. Aku mengesyaki yang mereka itu adalah pencuri. Ayah terus menelefon polis. Tidak lama kemudian, polis pun tiba. Mereka mengepung rumah jiranku. Aku dan ayah sekadar memerhati melalui tingkap bagaimana pihak polis menyerbu masuk dan dapat memberkas pencuri tersebut. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada aku dan ayah.

description

ntg

Transcript of New Microsoft Word Document (48)

Page 1: New Microsoft Word Document (48)

Soalan: Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba...Lengkapkan cerita di atas.

Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu di rumah jiranku. Jiranku ketika itu kebetulan tiada di rumah kerana bercuti ke Sabah.          Aku pun segera mengintai melalui tingkap. Aku ternampak kelibat dua orang berada di dalam kawasan rumah jiranku. Keadaan mereka sungguh mencurigakan.          Aku segera ke bilik ayahku. Aku mengetuk pintu. Ayah keluar, aku terus menceritakan perkara yang telah aku lihat tadi. Aku dan ayah terus mengintai melalui tingkap. Aku mengesyaki yang mereka itu adalah pencuri. Ayah terus menelefon polis.          Tidak lama kemudian, polis pun tiba. Mereka mengepung rumah jiranku. Aku dan ayah sekadar memerhati melalui tingkap bagaimana pihak polis menyerbu masuk dan dapat memberkas pencuri tersebut. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada aku dan ayah.