New Sport Generation Games: ANATOMI & FISIOLOGI:...
Transcript of New Sport Generation Games: ANATOMI & FISIOLOGI:...
New Sport Generation Games: ANATOMI & FISIOLOGI: SISTEM TENAGA
Pages
HOME
SUKATAN PELAJARAN
PERMAINAN INTERAKTIF
BANK SOALAN
BERITA SUKAN
GALERI
SOAL JAWAB
HUBUNGI KAMI
ANATOMI & FISIOLOGI: SISTEM TENAGA
Tenaga diperolehi dari makanan.Penghasilan dalam badan secara berterusan untuk kehidupan.Kapasiti melakukan kerja. Penghasilan tenaga melalui pemecahan nutrien makanan menghasilkanAdenosina Trifosfat( ATP ). Tenaga dihasilkan semasa pemecahan ATP sebanyak 7 hingga 12 kilokalori.
Adenosina Trifosfat ( ATP )
Dihasilkan melalui :
Sistem anaerobik alaktik (ATP-PC)Sistem anaerobik laktik (Glikosis anaerobik / sistem asid laktik )Sistem aerobic ( sistem oksigen )
Sistem Anaerobik Alaktik (ATP-PC)
Dikenali sebagai sistem fosfogen,Membekalkan tenaga untuk aktiviti intensiti tinggi sehingga 10 saat. Fosfokreatin ( PC ) disimpan dalam sel otot. Tenaga terhasil apabila fosfat terurai dan pada sebatian fosfat kreatin. Hasil pemecahan ialah Kreatin (c) dan fosfat bukan organik (p i )
Sistem Anaerobik laktik( Anaerobik Glikolisis )
Penghasilan tenaga hasil pemecahan glukosa. Karbohidrat yang tercerna atau glikogen tersimpan dalam otot atau hepar. Tidak memerlukan oksigen untuk proses pemecahan glukosa. Menghasilkan asid laktik yang melesukan otot. ATP yang dihasilkan melebihi dari yang diperolehi dari sistem ( ATP-PC). ATP untuk aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3 minit.
Sistem Aerobik
Memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga. Penghasilan paling banyak ATP .Membolehkan aktiviti fizikal dilakukan dalam jangkamasa yang lama. Aktiviti berintensiti rendah dan sederhana. Nutrien glikogen, lemak dan protein digunakan untuk penghasilan tenaga. Hasil sampingan tidak melesukan.
Faktor-Faktor Penyebab Kelesuan Otot:
Pengumpulan asid laktikKekurangan simpanan ATP dan PCKekurangan simpanan glikogen ototPengumpulan Asid LaktikAkibat pemecahan karbohidrat yang tidak sempurna.Berlaku dalam fiber otot.Glukosa ditukar oleh enzim kepad asid laktik bagi menghasilkan ATP.Apabila kandungan asid laktik banyak dalam darah akan menyebabkan kelesuan.
Langkah-Langkah Melambatkan Kelesuan
Bagi melambatkan kelesuan, atlit mesti mengawal kadar kerja melalui rentak larian yang sesuai bagi memastikan PCr dan ATP tidak kehabisan. Jika pada permulaan larian terlalu cepat mengakibatkan simpanan ATP dan PC berkurang dengan cepat. Keadaan ini menyebabkan kelesuan berlaku lebih awal dan atlit gagal mengekalkan rentak larian sehingga fasa terakhir. Latihan dan pengalaman dapat membantu atlit menilai rentak larian yang optima bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan ATP dan PC.
Klik disini untuk permainan interaktif Sistem Tenaga.
Sistem Tenaga - Aras Pengetahuan
Sistem Tenaga - Aras Kefahaman
Sistem Tenaga - Aras Aplikasi
Posted by
Cikgu Sha Sha
at08:59
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
No comments:
Post a Comment
Newer Post
Older Post
Home
Subscribe to:Post Comments (Atom)
Follow by Email
ANDA PELAWAT KE
Online Promotion Codes
SEUNTAI KATA
Selamat Datang Saya ucapkan kepada anda semua. Blog ini akan cuba membantu para pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Sukan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk untuk mendalami ilmu dalam bidang ini. Adalah menjadi harapan agar kehadiran blog ini akan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.
PUSTAKA ANATOMI & FISIOLOGI
BAB 1 - PENGENALAN ANATOMI&FISIOLOGIBAB 2 - SISTEM RANGKABAB 3 - SISTEM OTOT RANGKABAB 4 - SISTEM SARAFBAB 5 - SISTEM TENAGA
TIPS TIPS BERHARGA
TIPS EXAM: SAINS SUKAN SPM KERTAS 2
BILIK UJI MINDA
SCIENCE EASYTEKA TEKI ANAK MELAYU
PENGETUA
PENYELIA PETANG
PK KOKURIKULUM
PK HAL EHWAL MURID
PK PENTADBIRAN
Apa kata anda tentang blog ini?
Picture Window theme. Powered by Blogger.