Newsletter - Sabah State Railway · dur Kerja dan Fail Meja tarikh akhir pada 29 Febru-ari 2012....

2
memberi faedah kepada rakyat keseluruhannya. Untuk itu, saya ingin menyeru kepada semua kakitangan jabatan ini supaya melipatgandakan usaha, komitment dan seman- gat kerja yang tinggi tanpa mengenal erti putus asa demi menjadikan JKNS sebagai jabatan yang ulung dan ber- prestasi tinggi. Dengan bermu- lanya tahun 2012 ini, marilah kita sama-sama bertekad un- tuk meningkatkan semangat kerja berpasukan, disiplin, produktiviti dan berganding bahu bersama-sama mencapai hasrat ini. Akhir kalam, pergunakanlah sepenuhnya Newsletter ini sebagai bahan maklumat JKNS, dan jutaan terima kasih di atas kerjsama yang diberi- kan kepada saya sepanjang perkhidmatan saya di JKNS ini. Sekian. (Hj Mohd Zain Hj Mohd Said) Asalamualaikumwarahmatulla- hi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pertama sekali, saya ingin mengucap syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya lahirlah Newsletter pertama JKNS sebagai wadah bagi memaparkan segala maklumat, program dan kegiatan di JKNS bagi hebahan warga JKNS yang tercinta. Tidak lupa, saya juga ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada AJK ICT & Multimedia di atas kerjasama dan komitment mereka dalam menjayakan penerbitan Newsletter sulung ini. Harapan saya agar usaha ini diteruskan dan mendapat kerjasama dari semua bahagian di JKNS. Saya percaya, setiap bulan kita mempunyai banyak program dan aktiviti yang ingin dikongsi bersama semua kakitangan di jabatan ini. Oleh itu, penerbitan Newsletter ini memang tepat pada masanya. Seperti yang kita maklum, JKNS pada masa kini sedang menuju ke arah pemodenan perkhidmatan keretapi yang lebih baik demi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat, terutama di kawasan luar bandar. Sehubungan den- gan itu, kita sebagai kakitan- gan JKNS juga harus berubah dan ‘transform’ ke arah pengu- rusan kerja yang lebih berkualiti dan berinnovatif demi untuk mencapai visi dan misi jabatan ke arah pembe- rian perkhidmatan keretapi yang bermutu dan cekap serta Perutusan Pengurus Besar Majlis Amanat Tahun Baru Pengurus Besar Jabatan Keretapi NegerI Sabah pada 22 Februari 2012, Dewan Serbaguna, JKNS Perhimpunan Patriotik Peringkat K.P.I ditunda pada tarikh yang dimaklumkan kelak Majlis Pecah Tanah Projek Aeropod@Tanjung Aru pada 25 Feb 2012 Dokumentasi Manual Prose- dur Kerja dan Fail Meja tarikh akhir pada 29 Febru- ari 2012. Kursus Innovasi pada bulan Mac 2012, Bilik Kuliah Unit Latihan JKNS Bengkel Teknikal Pen- yediaan Sistem Komunikasi (Radio Phone/Radio Trans- ceiver bermula pada bulan Mac, 2012 Lawatan Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Keretapi (KESURI) Negeri Sabah Ke Jakarta dan Bandung pada 26 30 Jun 2012 Pada 30 Januari - 02 Februari 2012 lepas, Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM) peringkat JKNS telah diadakan selama 4 hari di Dream World Resort Mesilau, Kundasang. Tujuan bengkel di adakan untuk memberi pendedahan/mempelajari format penyediaan MPK/FM mengikut garis panduan yang disediakan, mengumpul dan mengemaskini maklumat berkaitan penubuhan JKNS, Objektif, Visi, Misi, Carta Fungsi, Proses Kerja dan mengkaji semula Fungsi JKNS dan Dokumentasi semula MPK/FM. Bengkel ini disertai oleh 30 orang termasuk pengurusan atasan, pegawai dan kakitangan JKNS. Edisi Januari Volume 01/2012 Gambar Berkumpulan Peserta Bengkel MPK & FM Para peserta sedang mendengar taklimat daripada Pengurus Besar Bengkel MPK & FM di Dreamworld Jabatan Keretapi Negeri Sabah ‘Rail The Better Way To Travel’ Newsletter Pada 4 Feb, 2012 lepas, Majlis Pelancaran semula perkhidmatan keretapi wap NBR telah diadakan di JKNS setelah tidak beroperasi selama enam tahun. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, dengan dihadiri oleh Mayor Datuk Abidin Madingkir, Pengerusi Sutera Harbor Tan Sri Ahmad Kamil Jaffar, SUT KPI Datuk Felix Madan dan Pengurus Besar JKNS, Hj Mohd Zain Hj Mohd Said. PELANCARAN SEMULA NORTH BORNEO RAILWAY (NBR) PENGUMUMAN

Transcript of Newsletter - Sabah State Railway · dur Kerja dan Fail Meja tarikh akhir pada 29 Febru-ari 2012....

memberi faedah kepada rakyat

keseluruhannya. Untuk itu,

saya ingin menyeru kepada

semua kakitangan jabatan ini

supaya melipatgandakan

usaha, komitment dan seman-

gat kerja yang tinggi tanpa

mengenal erti putus asa demi

menjadikan JKNS sebagai

jabatan yang ulung dan ber-

prestasi tinggi. Dengan bermu-

lanya tahun 2012 ini, marilah

kita sama-sama bertekad un-

tuk meningkatkan semangat

kerja berpasukan, disiplin,

produktiviti dan berganding

bahu bersama-sama mencapai

hasrat ini.

Akhir kalam, pergunakanlah

sepenuhnya Newsletter ini

sebagai bahan maklumat

JKNS, dan jutaan terima kasih

di atas kerjsama yang diberi-

kan kepada saya sepanjang

perkhidmatan saya di JKNS ini.

Sekian.

(Hj Mohd Zain Hj Mohd Said)

Asalamualaikumwarahmatulla-

hi Wabarakatuh dan Salam

Sejahtera. Pertama sekali, saya

ingin mengucap syukur

kepada Ilahi kerana dengan

limpah dan kurniaNya lahirlah

Newsletter pertama JKNS

sebagai wadah bagi

memaparkan segala

maklumat, program dan

kegiatan di JKNS bagi

hebahan warga JKNS yang

tercinta. Tidak lupa, saya juga

ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan kepada

AJK ICT & Multimedia di atas

kerjasama dan komitment

mereka dalam menjayakan

penerbitan Newsletter sulung

ini. Harapan saya agar usaha

ini diteruskan dan mendapat

kerjasama dari semua

bahagian di JKNS. Saya

percaya, setiap bulan kita

mempunyai banyak program

dan aktiviti yang ingin

dikongsi bersama semua

kakitangan di jabatan ini. Oleh

itu, penerbitan Newsletter ini

memang tepat pada masanya.

Seperti yang kita maklum,

JKNS pada masa kini sedang

menuju ke arah pemodenan

perkhidmatan keretapi yang

lebih baik demi memenuhi

kehendak dan keperluan

rakyat, terutama di kawasan

luar bandar. Sehubungan den-

gan itu, kita sebagai kakitan-

gan JKNS juga harus berubah

dan ‘transform’ ke arah pengu-

rusan kerja yang lebih

berkualiti dan berinnovatif

demi untuk mencapai visi dan

misi jabatan ke arah pembe-

rian perkhidmatan keretapi

yang bermutu dan cekap serta

P e r u t u s a n P e n g u r u s B e s a r Majlis Amanat Tahun Baru

Pengurus Besar Jabatan

Keretapi NegerI Sabah pada

22 Februari 2012, Dewan

Serbaguna, JKNS

Perhimpunan Patr iot ik

Peringkat K.P.I ditunda pada

tarikh yang dimaklumkan

kelak

Majlis Pecah Tanah Projek

Aeropod@Tanjung Aru pada

25 Feb 2012

Dokumentasi Manual Prose-

dur Kerja dan Fail Meja

tarikh akhir pada 29 Febru-

ari 2012.

Kursus Innovasi pada bulan

Mac 2012, Bilik Kuliah Unit

Latihan JKNS

Bengkel Teknikal Pen-

yediaan Sistem Komunikasi

(Radio Phone/Radio Trans-

ceiver bermula pada bulan

Mac, 2012

Lawatan Kelab Sukan dan

Rekreasi Jabatan Keretapi

(KESURI) Negeri Sabah Ke

Jakarta dan Bandung pada

26 — 30 Jun 2012

Pada 30 Januari - 02 Februari 2012 lepas,

Bengkel Manual Prosedur Kerja (MPK) dan

Fail Meja (FM) peringkat JKNS telah

diadakan selama 4 hari di Dream World

Resort Mesilau, Kundasang.

Tujuan bengkel di adakan untuk memberi

pendedahan/mempela ja r i for mat

penyediaan MPK/FM mengikut garis

panduan yang disediakan, mengumpul dan

mengemaskini maklumat berkaitan

penubuhan JKNS, Objektif, Visi, Misi, Carta

Fungsi, Proses Kerja dan mengkaji semula

Fungsi JKNS dan Dokumentasi semula

MPK/FM. Bengkel ini disertai oleh 30

orang termasuk pengurusan atasan,

pegawai dan kakitangan JKNS.

Edisi Januari Volume 01/2012

Gambar Berkumpulan Peserta Bengkel MPK & FM

Para peserta sedang mendengar taklimat daripada

Pengurus Besar

B e n g k e l M P K & F M d i

D r e a m w o r l d

Jabatan Keretapi Negeri Sabah ‘Rail The Better Way To Travel’

Newsletter

Pada 4 Feb, 2012 lepas, Majlis Pelancaran semula

perkhidmatan keretapi wap NBR telah diadakan di JKNS

setelah tidak beroperasi selama enam tahun. Majlis ini

disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan

dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, dengan dihadiri

oleh Mayor Datuk Abidin Madingkir, Pengerusi Sutera

Harbor Tan Sri Ahmad Kamil Jaffar, SUT KPI Datuk Felix

Madan dan Pengurus Besar JKNS, Hj Mohd Zain Hj Mohd

Said.

PELANCARAN SEMULA NORTH BORNEO RAILWAY (NBR)

PENGUMUMAN

Penubuhan kumpulan (FIRST)

juga dikenali sebagai Fleet Inter-

nal Response Specialist Team

hasil buah fikiran kakitangan Keju-

ruteraan Jentara semasa majlis

Railway Gala Nite 2011 pada 20

Desember 2011 di Shangri-La’s

Tanjung Aru Resort & Spa, Kota

Kinabalu.

Hak Cipta Terpelihara Diterbitkan oleh : Jawatankuasa ICT&Multimedia JKNS,

Segala Pandangan/kritikan sila emailkan kepada [email protected]

Setelah operasi perkhidmatan keretapi disambung semula

pada Februari 2011, beberapa masalah telah dikenalpasti

berlaku dan antaranya adalah masalah tiadanya lintasan rata.

Ekoran dengan masalah tersebut, Bahagian Kejuruteraan

Awam telah mengambil langkah untuk membuat penelitian dan

kajian mengenai masalah ini. Kajian mendapati beberapa

laluan yang sangat perlu, sesuai dan selamat dibina Lintasan

Rata telah terlepas pandang dan terabai dari dibina.

Perancangan dan kajian dijalankan untuk pembinaan Lintasan

Rata di laluan tersebut dengan mengambilkira maklumbalas

Lintasan Rata yang sedia ada mengenai keberkesanan dan

keupayaan Lintasan Rata yang sedia ada tersebut. Hasil

daripada kajian ini, maka Pemilihan Jenis Sistem dan Design

Lintasan Rata telah ditentukan dengan bantuan Konsultant

yang arif dengan perkara ini. Pembinaan dimulakan pada

penghujung tahun 2010 Di Lintasan Rata Jalan Binaie by

Pass, Tenom, Lintasan Rata Kimanis Power dan di susuli

dengan pembinaan lintasan Rata di Tenom, Bongawan dan

Takis, Papar. Lintasan Rata yang dilengkapi sepenuhnya

dengan sistem otomatik sepenuhnya ini telah memenuhi dan

menjawab segala permasalahan yang timbul di lintasan rata

yang yang lain.

“ Walaupun lintasan rata ini kelihatan baik dan telah menjawab

segala permasalahan yang timbul, namun kita masih meletak-

kan status Lintasan Rata ini dalam pemerhatian, dan sekiranya

Sistem dan Lintasan Rata ini terbukti sedemikian kita akan

cuba untuk menggantikan kesemua Sistem dan Lintasan Rata

yang ada kepada Sistem dan Lintasan Rata yang baru.” ulas

Jurutera Awam 2, Raymie Azlan Amin mengenai isu Lintasan

Rata di JKNS.

Oleh: Ichik Syawal

P e n u b u h a n f i r s t j k n s

Persembahan pada malam terse-

but bukanlah gimik semata-mata

kerana ia merupakan titik permu-

laan penubuhan kumpulan FIRST.

Keanggotaan kumpulan ini adalah

dikalangan semua kakitangan

Bahagian Kejuruteraan Jentera

yang dipengerusikan oleh, Ketua

Jurutera Jentera Gred J44, En.Md

Zainin Bin Md Layer dan diketuai

oleh Jurutera Jentera 2 Gred J41

En.Wellson Bahoi.

Fungsi utama kumpulan FIRST

ialah bertanggungjawab memberi

bantuan teknikal dan kepakaran

mengendalikan kes-kes kemalan-

gan dan kegelinciran keretapi di

Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Oleh: Pitung Samsuddin

AKTIVITI KERJA BHG KEJURUTERAAN AWAM

MAJLIS HITAM & PUTIH SEMPENA

RAILWAY GALA NITE

KOLEKSI BERITA SANA SINI

Majlis Bersama Jabatan telah diada-kan pada 29 November 2011 di Hotel Waterfront, W.P. Labuan di antara pihak Pengurusan bersama dengan Staf JKNS. Acara lain yang diadakan ialah kunjungan hormat ke Jabatan Pelabuhan & Dermaga, W.P. Labuan dan aktiviti permainan bowling.

14 Disember 2011, Lawatan Kerja oleh YB Tuan Jelaing Anak Mersat Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia 1 ke Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Railway GALANITE

Anjuran bersama

KESURI & JKNS

telah diadakan pada

20 Dis 2012 bertem-

pat di Shangri-La’s

Tanjung Aru Resort,

Kota Kinabalu