NILAI DIPERKASA, PELAKSANAAN ISTIMEWA.

60
KOD KELAKUAN NILAI DIPERKASA, PELAKSANAAN ISTIMEWA.

Transcript of NILAI DIPERKASA, PELAKSANAAN ISTIMEWA.

KOD KELAKUANNILAI DIPERKASA, PELAKSANAAN ISTIMEWA.

JADUAL KANDUNGAN

MESEJ DARIPADA CEO KITA _________________________________________________________________1

NILAI UTAMA KITA _________________________________________________________________________2

CARA KITA BERJAYA DI BEMIS ______________________________________________________________3

CARA KITA MENEGAKKAN KOD KITA__________________________________________________________5

SEIRINGAN DIPERKASA DAN ISTIMEWA _______________________________________________________6

Memastikan Tempat Kerja Selamat dan Sihat _________________________________________________8

Menghargai Kepelbagaian dan Gabungan ___________________________________________________ 10

Menggalakkan Peluang Sama Rata ________________________________________________________ 12

Memupuk Suasana Saling Menghormati di Tempat Kerja ______________________________________ 14

Melindungi Maklumat Peribadi ___________________________________________________________ 16

Menggunakan Media Sosial Secara Bertanggungjawab ________________________________________ 18

DIPERKASA DAN ISTIMEWA UNTUK PELANGGAN KITA ________________________________________ 20

Menghantar Produk yang Selamat dan Berkualiti Tinggi _______________________________________ 22

Berurusan secara Adil dan Jujur __________________________________________________________ 24

Bersaing secara Adil ___________________________________________________________________ 26

DIPERKASA DAN ISTIMEWA BERSAMA RAKAN NIAGA BISNES KITA _____________________________ 28

Membina Perkongsian Kukuh ____________________________________________________________ 30

Mencegah Sogokan dan Rasuah __________________________________________________________ 32

Melindungi Maklumat Sulit Pihak Lain ______________________________________________________ 34

Menghormati Harta Intelek Pihak Lain _____________________________________________________ 35

Menghormati dan Melindungi Hak Asasi Manusia ____________________________________________ 36

DIPERKASA DAN ISTIMEWA UNTUK PIHAK BERKEPENTINGAN KITA _____________________________ 38

Mengelakkan Kon ik Kepentingan ________________________________________________________ 40

Mengekalkan Ketepatan Akaun dan Rekod __________________________________________________ 44

Menjawab Pertanyaan Pihak Luar _________________________________________________________ 46

Pengurusan Krisis _____________________________________________________________________ 47

Melindungi Aset dan Maklumat Kita _______________________________________________________ 48

Melindungi Alam Sekitar ________________________________________________________________ 52

Penyertaan dalam Proses Politik __________________________________________________________ 54

Menjalankan Bisnes Peringkat Global ______________________________________________________ 56

MAKLUMAT HUBUNGAN GLOBAL UNTUK COMPLIANCE CONNECTION LINE KITA __________________ 57

Rakan sekerja yang dihormati,

Semasa pengasas kita, Judson Moss Bemis, memulakan Syarikat ini lebih dari 150 tahun lalu, beliau menanam komitmen pada integriti dan kebolehpercayaan yang kekal menjadi asas bisnes kita hari ini.

Bisnes kita sudah berkembang pesat dan berubah dengan hebat dalam tempoh satu setengah abad. Kita sudah beralih daripada menjadi pengeluar beg kapas dan burlap untuk pengilang sepanjang Sungai Mississippi kepada pencipta pembungkusan eksibel berteknologi tinggi untuk syarikat global besar.

Perkara yang tidak berubah sepanjang masa ini adalah keperluan untuk meraih dan mengekalkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan kita. Sama ada mereka membungkus produk makanan, perubatan atau farmaseutikal, atau barangan lain, para pelanggan kita bergantung pada kita bagi memastikan pengguna akhir menerima produk ini dalam keadaan sepatutnya.

Kita mesti menunjukkan kita boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan pelanggan kita dengan cara penuh beretika kerana ia adalah tugas sepenuh masa dan kita semua mesti melakukan yang terbaik. Ingat, setiap pilihan yang kita buat dan setiap tindakan yang kita ambil ada kesannya—pada diri kita, rakan sekerja kita dan adakalanya pada Syarikat dan mereka yang menerima khidmat kita. Itu sebabnya nilai utama kita iaitu Inovasi, Akauntabiliti, Hormat dan Etika adalah sangat penting.

Kita terus membina warisan Tuan Bemis sambil melihat masa hadapan, dan nilai ini dijadikan panduan sepanjang perjalanan. Semua nilai ini membantu kita memahami yang cara kita mencapai matlamat adalah sama penting dengan matlamat itu sendiri.

Amalan semua nilai ini dengan menjadikannya sebagai panduan keputusan dan tingkah laku kita menunjukkan kita menyokong budaya berprestasi tinggi yang menuntut dan meraikan tindakan yang betul.

"Nilai Diperkasa, Pelaksanaan Istimewa" adalah Kod Kelakuan global Bemis. Sepadan dengan namanya, nilai ini memperkasakan kita sebagai individu dan seiringan sebagai syarikat untuk memberi prestasi paling baik. Nilai kita membantu mengembangkan bisnes kita dan melindungi reputasi kita.

Kita beroperasi dalam dunia dinamik yang kompleks dimana kewujudan risiko dan peluang adalah sama banyak. Kod ini mengenal pasti bidang yang memerlukan perhatian dan penjagaan istimewa. Ia juga menetapkan jangkaan bagaimana kita menangani semua risiko itu. Kadangkala laluannya jelas kelihatan dan Kod ini akan memperkasakan kita dengan keyakinan untuk meneruskan rancangan. Dalam keadaan lain, kod ini akan membantu kita mengenal pastibila kita memerlukan bantuan daripada sumber tambahan.

Kita semua mesti mengikuti Kod dan mengamalkan semua nilai Bemis, tanpa mengira fungsi dan lokasi kita. Apabila pelanggan menggunakan pembungkusan kita, mereka menyerahkan lebih daripada sekadar produk mereka; mereka menyerahkan kepercayaan pada jenama mereka dan jenama kita. Kita bersedia menerima tanggungjawab itu untuk 150 tahun lagi.

Salam mesra,

William F. Austen Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

MESEJ DARIPADA CEO KITA

1Kod Kelakuan Bemis 2015©

NILAI UTAMA KITA

Di Bemis, tindakan dan pencapaian kita adalah berasaskan nilai utama kita. Ini kerana semua nilai ini mewakili diri dan prinsip kita, serta perkara yang dunia boleh jangkakan daripada kita. Pendek kata, nilai utama ini sangat mustahak.Oleh sebab nilai kita menjadi teras cara kita bertindak, senarai tingkah laku berkaitan dengan setiap nilai disediakan di bawah. Semua penerangan ini, walaupun tidak menyeluruh, bertujuan memberikan panduan dalam pekerjaan kita dan urusan dengan pihak lain. Semangat di sebalik barisan ayat itu yang paling utama; ia menyokong panduan yang diberi dalam keseluruhan Kod Kelakuan ini. Fikirkan tentang makna nilai utama ini pada anda, laksanakan nilai ini dengan sedaya upaya anda dan sentiasa dapatkan bantuan apabila anda tidak pasti.

INOVASI Kita... ...akan menerajui industri dalam inovasi pembungkusan ...sentiasa mencari pelbagai jalan untuk terus memperbaiki prestasi ...akan berusaha menjadi pakar bidang ...sentiasa mencari jalan bekerjasama

AKAUNTABILITI Kita... ...berusaha ke arah kedudukan yang tinggi; sentiasa konsisten menyampaikan komitmen kita ...melakukan perkara yang kita janjikan, tepat pada masa yang dinyatakan ...mengakui dan bertanggungjawab atas kesilapan kita ... memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh rakan sepasukan serta fokus pada penyelesaian ... menerima tanggungjawab atas kejayaan pelanggan dan secara proaktif menyokong mereka ...menyokong pelanggan dengan kepakaran teknikal

HORMAT Kita... ...akan sentiasa melayan semua orang yang kita temui dengan rasa hormat dan bermaruah ...akan sentiasa bertimbang rasa dan berbudi bahasa ...akan memikirkan kepentingan orang lain

ETIKA Kita... ...menunjukkan dan mewakili standard etika tertinggi ...ada tahap integriti yang tinggi ...akan berlaku adil dan boleh dipercayai ...akan mempertimbangkan semua pandangan

Mengamalkan nilai utama ini adalah komitmen peribadi. Setiap daripada kita ada tanggungjawab bersama untuk membuat pilihan bijak. Mari kita bersama-sama tunjukkan tingkah laku berprestasi tinggi yang sudah kita kenal pasti. Inilah gambaran kejayaan individu dan berpasukan di Bemis.

2 Kod Kelakuan Bemis 2015©

CARA KITA BERJAYA DI BEMIS

PENGENALAN KEPADA KOD KELAKUAN KITA

"Nilai Diperkasa, Pelaksanaan Istimewa" bukan semata-mata buku peraturan mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sebagai syarikat global, kita perlu mematuhi undang-undang yang diguna pakai untuk kita. Walau bagaimanapun, kita melihat undang-undang itu sebagai tahap paling minimum-kita mensasarkan sesuatu yang lebih tinggi. Kita bertindak dengan betul, walaupun apabila ia sukar dilakukan dan tiada sesiapa yang sedang memerhati. Nilai utama kita, yang menjadi isi utama Kod Kelakuan ini, memandu keputusan dan tindakan kita.

Dalam keseluruhan Kod ini, anda akan mendapat maklumat tentang banyak topik yang penting. Prinsip kunci utama setiap topik dibentangkan dalam format "CARA, SEBAB dan PERKARA". Bahagian "CARA Kita Cemerlang" menetapkan piawai mengurus situasi yang boleh mewujudkan risiko pada Bemis atau diri kita secara peribadi. Seterusnya, bahagian "SEBAB" menerangkan rasional pematuhan Kod adalah baik untuk bisnes dan reputasi kita. Akhir sekali, bahagian "APA" memberi tip praktikal tentang perkara yang mesti kita lakukan atau elakkan untuk mengamalkan nilai kita dan menjalankan bisnes dengan cara yang betul. Ciri "Bagaimana Jika...?" adalah senario andaian yang memberi panduan tambahan.

Kod ini diguna pakai untuk semua orang di Bemis. Sama ada anda seorang pengarah, pegawai, pekerja, pekerja sementara atau pekerja kontrak bebas, anda bertanggungjawab memahami dan mematuhi Kod ini. Kita juga percaya dengan menjalankan bisnes bersama mereka yang berkongsikan nilai kita. Itu sebabnya kita menjangkakan pembekal, pengedar, ejen dan rakan niaga lain supaya bertingkah laku secara konsisten dengan piawai yang ditetapkan dalam Kod ini.

MAJU KE HADAPAN DAN MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB

Di Bemis, kita bangga dengan komitmen kita pada tanggungjawab peribadi. Kita semua bertanggungjawab, sebagai individu dan seiringan sebagai pasukan, atas cara Syarikat kita beroperasi, berkhidmat kepada pelanggan dan komuniti serta mencapai matlamat bisnes kita. Apabila kita meletakkan nilai kita dalam semua tindakan, kita menghormati sejarah kebanggaan kita di samping membantu membina masa hadapan yang cerah.

Kita melakukannya dengan

• bertindak secara beretika dengan jujur dan adil

• melayan orang lain dengan bermaruah dan hormat: mengalu-alukan perbezaan pandangan dan pendapat, mencari penyelesaian adil, membuat keputusan berasaskan merit, menumpukan perhatian kepada cara kita berkomunikasi dan memupuk kesedaran tentang persepsi pada kita

• tidak mengalah dalam mengejar inovasi dan penambahbaikan

• konsisten menunaikan komitmen kita

• mempertanggungjawabkan diri sendiri (perasaan pemilikan peribadi atas keputusan, tindakan dan hasil kita) serta mencari panduan apabila diperlukan (lihat sumber dalam bahagian dalam kulit belakang)

• melaporkan pelanggaran terhadap Kod kita, dasar Syarikat atau undang-undang yang disyaki atau sebenar

TANGGUNGJAWAB KHAS KETUA DAN PENYELIA

Kita menjangka semua orang di Bemis untuk mengamalkan nilai kita dan mematuhi Kod ini. Walau bagaimanapun, ketua dan penyelia mempunyai tanggungjawab tambahan khas. Jika anda mengetuai atau menyelia orang lain, anda perlu menjadi model peranan yang menunjukkan kepimpinan beretika dan menunjukkan teladan yang betul dengan

• mewujudkan persekitaran kerja positif, kreatif dan terbuka yang hanya menerima tingkah laku mematuhi undang-undang, beretika, bertanggungjawab dan bersesuaian

• menggaji, menaikkan pangkat dan menugaskan tanggungjawab secara beretika dan mematuhi undang-undang

• sentiasa bertingkah laku dengan cara yang menghormati Kod kita dan nilai utama Bemis

• berkomunikasi mengenai kepentingan integriti, terutamanya apabila berhadapan situasi atau matlamat mencabar

• menyediakan sumber pembangunan dan latihan mencukupi untuk membolehkan pekerja menjalankan tugas mereka serta mengembangkan kerjaya mereka

• menggunakan proses pengurusan prestasi Syarikat untuk menilai tahap keupayaan pekerja dalam mencapai objektif bisnes mereka

3Kod Kelakuan Bemis 2015©

• mengesan serta mengurangkan risiko etika dan pematuhan, di samping sebarang risiko bisnes yang lain

• responsif kepada rakan sekerja yang meminta nasihat anda atau menyuarakan kebimbangan, serta membantu mereka mempercayai kerahsiaan dialog ini

• menunaikan semua komitmen dan mengurus jangkaan pekerja dengan sewajarnya

• mengekalkan akauntabiliti dalam kalangan semua pekerja, tanpa mengira kedudukan atau jawatan kerja mereka

• mengurus sebarang situasi yang menyebabkan kon ik kepentingan, dengan memastikan hasil yang adil, munasabah dan bersesuaian

JIKA KITA MELIHAT SESUATU, KITA BERSUARA

Budaya Syarikat kita dibina atas pematuhan pada nilai kita dan pemaparan tingkah laku yang berprestasi tinggi. Ia membolehkan bisnes kita berkembang maju dan reputasi kita kekal kukuh. Bagi mengekalkan budaya ini, kita semua perlu melaporkan dengan segera sebarang isu atau kebimbangan yang mungkin melibatkan pelanggaran Kod kita, dasar Bemis atau undang-undang.

Jika anda melihat sesuatu pelanggaran yang jelas, sesuatu yang membimbangkan anda atas sebarang sebab atau sesuatu yang menimbulkan perasaan kurang senang, ia adalah penting untuk anda bersuara. Suarakan kebimbangan sebaik sahaja anda merasakannya. Menunggu untuk menangani masalah boleh menyebabkan situasi bertambah buruk.

Apabila sampai ke tahap melakukan perkara yang betul, ia sentiasa wajar untuk mengajukan soalan atau menyuarakan kebimbangan kepada pengurus anda. Pengurus boleh membantu dengan menasihatkan anda tentang tindakan yang betul atau merujuk anda kepada orang lain yang lebih berpengetahuan atau berkepakaran. Dalam sesetengah kes, anda mungkin lebih selesa menghubungi salah seorang yang berikut: pakar bidang, Sumber Manusia (HR), Perundangan dan Pematuhan atau Compliance Connection Line (diterangkan dalam bahagian yang seterusnya).

Berkongsi kebimbangan anda dan melaporkan pelanggaran disyaki atau sebenar melalui salah satu saluran di atas atau lebih, membenarkan Syarikat membuat susulan dengan anda dan memberi maklum balas apabila perlu. Semua laporan yang dihantar akan ditangani dengan segera dan berhati-hati.

Bemis akan mengekalkan kerahsiaan pada tahap paling tinggi yang mungkin. Sila ingat yang penyiasatan mungkin diperlukan dan Bemis perlu mematuhi kewajipan Syarikat yang lain.

PELAPORAN TANPA NAMA DAN MENGEKALKAN KERAHSIAAN

Bemis menyedari bahawa mungkin terdapat keadaan tertentu apabila seseorang individu mengutamakan ketanpanamaan dalam menyuarakan kebimbangan. Dalam situasi sebegitu, jika dibenarkan oleh undang-undang tempatan, anda boleh menggunakan sistem talian bantuan Syarikat yang dipanggil Compliance Connection Line. Sistem ini direka bentuk untuk menambahkan kemudahan dan keselesaan bagi menghantar soalan, kebimbangan dan ulasan tanpa nama kepada pengurusan kanan sekiranya terdapat sebarang penipuan, tingkah laku tidak beretika serta isu etika dan pematuhan yang lain.

Compliance Connection Line disediakan melalui pelaporan web atau telefon (bebas tol) 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Mekanisme pelaporan ini diuruskan oleh pihak ketiga bebas untuk mengekalkan ketanpanamaan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang. Sama ada anda membuat laporan web atau panggilan telefon, anda boleh berkomunikasi dalam sebarang bahasa-talian bantuan tersebut menyediakan khidmat penterjemah.

Maklumat lanjut berkenaan Compliance Connection Line ada disiarkan dalam intranet Bemis dan dipaparkan di setiap kemudahan Bemis. Nombor bebas tol dan alamat laman web disenaraikan pada kulit belakang Kod ini.

TINDAKAN BALAS TIDAK DITERIMA SAMA SEKALI

Di Bemis, kita percaya pada komunikasi jujur dan terbuka. Ini bermakna setiap pekerja boleh mengajukan soalan atau melaporkan kebimbangan pada bila-bila masa ia timbul, tanpa ketakutan tindakan balas.

Bagi mewujudkan persekitaran yang memberi keselesaan kepada semua orang untuk bersuara, Bemis melarang keras sebarang bentuk tindakan balas. Bertindak balas pada pekerja lain kerana melaporkan kelakuan tidak wajar atau memberi maklumat sebagai sebahagian daripada penyiasatan Syarikat akan mengakibatkan tindakan disiplin-biasanya penamatan pekerjaan.

4 Kod Kelakuan Bemis 2015©

CARA KITA MENDUKUNG KOD KITA

Kod ini ialah asas Program Integriti Bisnes dan Pematuhan Bemis. Program ini ialah platform keseluruhan perusahaan berterusan bagi menggalakkan budaya beretika, menyokong nilai utama kita serta mencegah dan mengesan salah laku. Program Integriti Bisnes dan Pematuhan kita direka bentuk untuk menambah baik prestasi kerja kita; memperkukuh budaya beretika kita; serta mencegah, mengesan dan bertindak dengan sewajarnya pada salah laku. Selain Kod, program ini juga mengandungi

• dasar dan prosedur• pengawasan lembaga pengarah dan pengurusan kanan• pengurusan harian dan kepimpinan program• garis panduan penugasan kuasa budi bicara• komunikasi dan latihan• pemantauan dan pengauditan• penilaian• Compliance Connection Line• insentif untuk pematuhan dan disiplin konsisten pada

ketidakpatuhan• alat penilaian risiko

PENYIASATAN DAN TINDAKAN DISIPLIN

Bemis mengambil serius tentang semua laporan pelanggaran terhadap undang-undang, Kod dan dasar Syarikat. Syarikat berusaha menjalankan penyiasatan secara berhati-hati, segera dan objektif. Bantuan setiap rakan sekerja diperlukan untuk melakukan siasatan tersebut.

Apabila pekerja melaporkan pelanggaran terhadap

Kod yang disyaki atau sebenar, Syarikat dengan serta-merta memulakan proses penyiasatan. Dalam kebanyak kes, wakil HR tempatan akan meneliti laporan yang diterima dan berurusan dengan pengurusan kemudahan atau kilang kanan untuk melaksanakan tindakan yang bersesuaian. Susulan penyiasatan ini, pekerja yang melaporkan pelanggaran tersebut (jika mereka memperkenalkan diri) akan dimaklumkan mengenai cadangan tindakan.

Jika pelanggaran berlaku, Bemis berusaha mengambil pengajaran daripadanya. Maklumat yang dipelajari daripada sesebuah insiden diguna pakai ke arah menambah baik proses Syarikat dan mencegah masalah yang serupa daripada berulang.

Kegagalan untuk mematuhi Kod, dasar Syarikat dan semua undang-undang berkenaan boleh mengakibatkan penamatan pekerjaan. Ia juga boleh mengakibatkan liabiliti sivil dan jenayah.

PENGECUALIAN Dalam keadaan yang jarang berlaku, pelaksanaan tegas

Kod ini boleh menyebabkan kesukaran besar. Dalam kes-kes luar biasa ini, pengecualian daripada Kod boleh dimohon untuk mengawal kesukaran itu.

Sebarang penepian atau pindaan Kod bagi Ketua Pegawai Eksekutif, Penasihat Undang-undang, Ketua Pegawai Kewangan, Pengawal atau pengarah atau pegawai eksekutif atau kewangan kanan lain mesti diluluskan oleh Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Syarikat Bemis, dan didedahkan kepada pemegang saham kita. Sebagai pengecualian daripada Kod ini untuk semua pekerja lain mesti diluluskan oleh Penasihat Undang-undang, menurut prosedur yang digunakan oleh Jawatankuasa Audit.

TERUSKAN— JADI DIRI ANDA YANG TERBAIK

BOLEHKAH Kita Melakukannya?

Adakah ia menurut undang-undang?

PERLUKAH Kita

Melakukannya?Adakah ia beretika

dan konsisten dengan nilai kita, Kod ini

dan dasar Syarikat?

Adakah Kita AKAN

Melakukannya?Adakah ia mengekalkan

budaya yang berprestasi tinggi dan memanfaatkan pihak

berkepentingan kita?

TIDAK PASTI

TIDAK PASTI

TIDAK PASTI

TIDAK TIDAK TIDAK

YA YA YA

MEMBUAT KEPUTUSAN BERETIKA

BERHENTI—JANGAN LAKUKANNYA

TANYA PENGURUS ATAU PERUNDANGAN DAN PEMATUHAN

5Kod Kelakuan Bemis 2015©

6 Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEIRINGAN DIPERKASA DAN ISTIMEWA

3Bemis North America Brand Identity Standards | February 2015

7Kod Kelakuan Bemis 2015©

Persekitaran kerja positif dan dinamik yang menggalakkan kita mempercayai dan menyokong satu sama lain untuk cemerlang adalah kunci

mengekalkan kejayaan kita. Ditakrifkan oleh nilai kita dan diperkukuhkan oleh tingkah laku kita, budaya beretika dan berprestasi tinggi yang kita wujudkan dalam syarikat adalah budaya yang dialami oleh pihak luar.

Kita menjaga keselamatan satu sama lain serta bekerjasama dengan semangat keadilan dan saling menghormati. Kita menghargai bakat, latar belakang dan perspektif berbeza yang menjadikan kita sebagai-Bemis. Bersama-sama, kita memberi hasil yang luar biasa. Kita menerima kuasa teknologi dengan tangan terbuka untuk menghubungkan kita dan mempengaruhi usaha kita, di samping menyedari tanggungjawab baharu yang kita hadapi disebabkan oleh teknologi.

Dengan menghargai, menyokong dan melindungi satu sama lain dalam semua cara ini, kita berkembang bersama dan mewujudkan nilai lestari untuk pelanggan, pemegang saham dan komuniti kita.

8 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MEMASTIKAN TEMPAT KERJA SELAMAT DAN SIHATCARA KITA BERJAYA

Kita mengambil tanggungjawab memastikan keselamatan, perlindungan dan kesihatan kita serta satu sama lain di tempat kerja. Kita melindungi pelawat dan komuniti kita daripada bahaya.

9Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB TIADA YANG LEBIH PENTING DARIPADA KESELAMATAN

Di Bemis, kita percaya tiada yang lebih penting daripada memastikan semua orang selamat, aman dan sihat. Ia tindakan yang betul dan membolehkan kita melakukan kerja dengan paling baik.

Risiko pada keselamatan kita bukan hanya datang daripada jentera pengeluaran, bahan kimia dan peralatan gudang. Kita melihat semua aktiviti pembuatan, pejabat, perkapalan dan luar tapak daripada prespektif kesihatan dan keselamatan.

Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Kita semua mesti mematuhi prosedur keselamatan Bemis dan tampil bersuara jika timbul kebimbangan atau bahaya. Ingat, tiada sasaran atau metrik operasi yang lebih penting daripada kekal selamat.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK KEKAL SELAMAT

Kita menyumbang kepada budaya kesihatan dan keselamatan dengan

• tidak sekali-kali mengambil risiko yang tidak perlu di tempat kerja atau meminta orang lain berbuat demikian

• mengetahui dan mematuhi peraturan Syarikat berkenaan dengan kesihatan dan keselamatan

• memerhatikan antara satu sama lain bagi mengelakkan keadaan atau tingkah laku yang tidak selamat

• sentiasa melaporkan sebarang keadaan atau tingkah laku yang tidak sihat atau tidak selamat, seperti hazad tempat kerja, kerosakan atau kehilangan peralatan, atau senjata di kawasan harta milik Syarikat

• mengetahui perkara yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecederaan atau kecemasan lain di tempat kerja

• mengambil bahagian dalam latihan kecemasan dan keselamatan

• tidak sekali-kali bekerja di bawah pengaruh alkohol atau dadah (termasuk ubat preskripsi jika ia menjejaskan prestasi), serta menghubungi pengurus jika rakan sekerja kelihatan seperti berada di bawah pengaruh bahan ini

• berbincang tentang perbezaan pendapat dengan tenang

• melaporkan ancaman atau kelakuan ganas yang anda alami atau saksikan (termasuk ancaman luar kerja dan di media sosial)

• memanggil penguasa undang-undang jika seseorang sedang berada dalam bahaya, kemudian memanggil penyelia

Bagaimana Jika...?S. Beberapa ahli kumpulan kerja saya adakalanya

menghisap ganja atau meminum arak sebelum memulakan syif kerja mereka. Tingkah laku itu tidak kelihatan seperti menjejaskan prestasi mereka. Adakah ini sesuatu yang penting?

J. Berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol di tempat kerja mewujudkan risiko keselamatan serius kepada semua orang. Ia juga memberi kesan negatif pada prestasi kerja. Kita melindungi pekerja, pelanggan dan pelawat kita dengan mengekalkan tempat kerja yang bebas daripada kesan penggunaan serta penyalahgunaan dadah dan alkohol. Anda mempunyai kewajipan untuk melaporkan sebarang pelanggaran terhadap dasar ini.

Hubungi wakil HR tempatan anda untuk maklumat lanjut berkenaan dengan peraturan keselamatan kita, dasar ujian alkohol dan dadah serta Dasar Keganasan Tempat Kerja.

10 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENGHARGAI KEPELBAGAIAN DAN RANGKUMAN

CARA KITA CEMERLANG

Kita bertindak dengan cara yang paling kreatif dan membuat keputusan yang terbaik apabila kita memanfaatkan pelbagai bakat dan perspektif.

11Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KEPENTINGAN UNTUK MENGHARGAI PERBEZAAN KITA

Menarik, membangunkan dan memperkasakan rakan sekerja yang berbakat serta mempunyai pelbagai latar belakang dan saling melengkapi menjadikan Bemis lebih kuat. Menghargai setiap perkara yang menjadikan kita unik, meluaskan perspektif kita dan menggalakkan idea baharu.

Apabila rakan sekerja berasa digabungkan dan bebas menyumbang, kita menangani cabaran dengan lebih kreatif dan membuat keputusan yang lebih baik. Kepelbagaian dan rangkuman juga membantu kita berkhidmat kepada pelanggan dan komuniti kita dengan kefahaman dan penghargaan yang lebih mendalam.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MENERIMA KEPELBAGAIAN DAN RANGKUMAN DENGAN TANGAN TERBUKA

Kita menunjukkan kepentingan kepelbagaian dan rangkuman dengan

• membina pasukan kita dengan kepelbagaian perspektif

• tidak sekali-kali membuat penilaian awal pada rakan sekerja atau calon pekerja berdasarkan perbezaan budaya atau zikal

• berkongsi maklumat dan mendapatkan input daripada semua ahli pasukan kita

• secara aktif mendapatkan pandangan yang berbeza

• mendengar pendapat orang lain dengan sopan santun dan penuh hormat

• bersuara jika kita berasa pandangan kita atau orang lain tidak dihormati

Bagaimana Jika...?S. Salah seorang pekerja di bawah seliaan saya baru

berada dalam keadaan kurang upaya. Dia mahu berbincang dengan saya mengenai kemudahan yang akan membantu dia melakukan kerjanya. Adakah ini perbualan yang perlu saya lakukan? Jika ya, apakah kemudahan yang perlu saya pertimbangkan?

J. Memiliki kelainan upaya tidak semestinya bermakna rakan sekerja itu tidak boleh melakukan tugasnya. Pekerja kelainan upaya boleh terus memberi sumbangan penting terhadap kejayaan Syarikat. Ia adalah penting untuk mengekalkan persekitaran yang membuat rakan sekerja berasa dialu-alukan untuk membincangkan keadaan kerja mereka. Kita akan menyediakan kemudahan yang munasabah untuk mereka yang memiliki kelainan upaya sekiranya perkara itu tidak membebankan.

Hubungi wakil HR tempatan anda untuk maklumat lanjut mengenai komitmen kita pada kepelbagaian dan rangkuman.

12 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENGGALAKKAN PELUANG SAMA RATA

CARA KITA CEMERLANG

Kita komited pada keadilan dalam menggaji, memberi ganjaran dan menaikkan pangkat orang kita. Kita diamanah untuk membuat semua keputusan ini berdasarkan cara setiap orang membantu Syarikat kita berjaya.

13Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB PELUANG SAMA RATA MEMBANTU MEMASTIKAN KEJAYAAN KITA

Kita bangga dengan kemampuan kita menjalankan bisnes dengan adil. Kita percaya ini bermula dengan cara kita melayan orang kita. Menarik dan mengekalkan pekerja terbaik bermakna menggaji dan menaikkan pangkat secara adil, berasaskan keupayaan, aspirasi dan prestasi. Kita menjanjikan peluang pekerjaan sama rata kepada semua calon yang berkelayakan.

Memberi semua orang peluang adil bukan sahaja perkara yang betul untuk dilakukan, malah ia juga dituntut oleh undang-undang. Kita tidak akan bertolak ansur dengan diskriminasi berasaskan bangsa, warna kulit, agama, negara asal, jantina, kehamilan, usia, kelainan upaya, orientasi seksual, identiti jantina, status perkahwinan, perkhidmatan tentera atau sebarang status lain yang dilindungi oleh undang-undang.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MENGGALAKKAN PELUANG SAMA RATA

Kita menggalakkan peluang sama rata dengan

• melayan orang lain dengan adil dan menumpu perhatian pada nilai yang dibawa oleh mereka ke dalam organisasi kita

• membuat keputusan mengenai penggajian, latihan, kenaikan pangkat dan disiplin berasaskan merit

• enggan menerima sebarang alasan untuk diskriminasi, kerana tiada alasan untuk penerimaan tersebut

Bagaimana Jika...?S. Saya terdengar penyelia saya berkata yang dia

tidak mahu pekerja berusia bekerja di jabatan kami. Dia mengatakan bahawa itu bukan diskriminasi memandangkan pekerja berusia tidak akan mampu mengikuti keperluan pengeluaran kami yang pantas. Adakah dia betul?

J. Tidak, anggapannya tidak betul. Kepercayaan atau pernyataan menyeluruh mengenai seseorang atau sekumpulan orang berdasarkan usia atau ciri peribadi lain adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan tindakan bersifat diskriminasi. Setiap orang perlu dihakimi berdasarkan kebolehan mereka. Persekitaran kerja yang melayan semua orang dengan adil membantu memastikan budaya saling mempercayai, bermotivasi dan berprestasi tinggi.

Kita memberi komitmen kukuh pada peluang sama rata. Rujuk Dasar Peluang Pekerjaan Sama Rata serta Dasar Akta Hak Pekerjaan dan Pekerjaan Semula Perkhidmatan Beruniform kita untuk maklumat lanjut.

14 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MEMUPUK SUASANA SALING MENGHORMATI DI TEMPAT KERJA

CARA KITA CEMERLANG

Kita percaya semua orang di Bemis perlu dilayan secara bermaruah dan hormat. Semua rakan sekerja kita berhak bekerja dalam persekitaran bersokongan yang bebas daripada gangguan.

15Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KITA MENGAMBIL BERAT PERKARA YANG KITA KATAKAN DAN LAKUKAN

Di Bemis, kita bersikap saling menghormati dan profesional apabila berurusan dengan rakan sekerja dan orang lain. Kita menerima bahawa perbezaan pendapat mungkin berlaku. Jika ia berlaku, kita menangani situasi secara terbuka dan profesional. Kita berusaha mewujudkan persekitaran yang membolehkan semua orang berkomunikasi dan bekerjasama sebaik yang mungkin secara produktif. Ini adalah penting untuk operasi bisnes kita dan menguruskan pandangan komuniti bisnes terhadap kita.

Kita tidak bertolak ansur dengan gangguan, membuli atau tingkah laku lain yang bersifat mengugut, menakutkan atau tidak menghormati. Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mencegah sikap tidak hormat dan bersuara jika ia berlaku.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMUPUK SUASANA SALING MENGHORMATI DI TEMPAT KERJA

Kita menghormati rakan sekerja kita dan orang lain dengan

• sentiasa melayan satu sama lain dengan bermaruah

• mengelakkan penggunaan perkataan dan tindakan yang mungkin menjelikkan atau merendah-rendahkan orang lain

• tidak hanya melihat dari jauh jika kita menyaksikan gangguan, membuli atau kelakuan lain yang menjelikkan—kita mesti bersuara!

Apakah yang Dimaksudkan dengan Gangguan?

Gangguan boleh mengenai

• perkara yang kita katakan atau tulis kepada satu sama lain, termasuk penghinaan, gurauan atau stereotaip berdasarkan bangsa, etnik atau jantina; atau bahasa yang mengancam, merendahkan maruah atau kesat

• perkara yang kita lakukan, seperti sentuhan yang tidak disenangi, gerak laku seksual yang tidak diingini atau gerak isyarat yang agresif

• benda yang kita paparkan, seperti meletakkan gambar atau bahan yang mungkin dianggap lucah atau bayangan seksual di kubikel pejabat; atau menyiarkan slogan, poster atau pelekat bampar yang boleh dianggap menjelikkan pada harta atau kawasan Bemis.

Rujuk Dasar Peluang Pekerjaan Sama Rata dan Dasar Menentang Gangguan kita untuk maklumat lanjut mengenai tingkah laku yang dilarang.

16 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MELINDUNGI MAKLUMAT PERIBADI

CARA KITA CEMERLANG

Kita memahami kepentingan melindungi maklumat peribadi, tanpa mengira pemiliknya. Kita sentiasa berhati-hati mengurus dan melindungi maklumat peribadi dengan sewajarnya.

17Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KITA MESTI BERHATIHATI MENGURUS MAKLUMAT PERIBADI

Bemis perlu mengumpul, menyimpan, menggunakan dan berkongsi maklumat peribadi mengenai pekerja (dan kadangkala orang lain) untuk menjalankan bisnes kita, mengurus manfaat dan memenuhi syarat perundangan. Jika maklumat ini jatuh ke tangan yang salah, ia boleh dipergunakan untuk mengenal pasti individu, menjalankan pencurian identiti atau melakukan pelbagai jenis penipuan yang lain.

Jika kerja kita memberi kita akses kepada "maklumat peribadi, iaitu sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti individu khusus secara tunggal atau beserta dengan maklumat lain, kita mesti melindunginya menurut dasar dan prosedur privasi data Bemis serta undang-undang yang berkenaan.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MELINDUNGI PRIVASI

Kita menghormati dan melindungi privasi maklumat peribadi dengan

• mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi hanya jika ia perlu untuk mengurus operasi kita atau menjalankan bisnes dengan berkesan

• berkomunikasi dengan jelas mengenai cara dan sebab maklumat peribadi digunakan, disimpan atau didedahkan

• mengambil langkah-langkah bersesuaian untuk memastikan keselamatan sebarang data yang mesti diakses dalam perjalanan kerja kita

• mematuhi undang-undang perlindungan data dan privasi yang dikenakan pada kita

• berkongsi maklumat peribadi dengan mereka yang mempunyai sebab sah untuk mengetahuinya sahaja dan mereka yang sudah bersetuju untuk melindungi maklumat ini dengan sewajarnya, atau dengan pihak berkuasa jika disyaratkan oleh undang-undang

Bagaimana Jika...?S. Saya menerima satu salinan memo yang

mengandungi maklumat perubatan seorang rakan sekerja secara tidak sengaja. Apakah yang perlu saya lakukan dengan maklumat ini?

J. Maklumat peribadi, termasuk maklumat perubatan yang diberi kepada Syarikat oleh pekerja, adalah sulit dan tidak sepatutnya dikongsikan dengan sesiapa. Anda perlu memaklumkan penyedia asal memo dan kemudian memadamkan memo itu daripada rekod anda.

Pastikan anda menghubungi Perundangan dan Pematuhan, Pegawai Privasi kita atau wakil HR tempatan anda sebelum menggunakan atau mendedahkan sebarang maklumat peribadi. Semua sumber ini juga boleh memberi perincian lanjut mengenai cara Bemis melindungi maklumat peribadi anda.

18 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL SECARA BERTANGGUNGJAWAB

CARA KITA CEMERLANG

Kita mengalu-alukan kuasa media sosial untuk membina rangkaian dan menyuarakan pandangan kita. Namun, kita sentiasa berhati-hati dengan tidak berkongsi maklumat milik Syarikat.

19Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KEPENTINGAN TINGKAH LAKU KITA DALAM TALIANMedia sosial ialah alat yang berkuasa pengumpulan maklumat dan komunikasi untuk individu dan bisnes. Bemis boleh menggunakan media sosial untuk mengadakan dialog jujur, langsung dan bermakna dengan pelanggan kita dan orang lain. Sebagai individu, ramai daripada kita kerap menggunakan media sosial dalam kehidupan peribadi kita.

Menggunakan akal kiran dan penilaian baik adalah penting dalam semua komunikasi kita, terutamanya melalui media sosial. Perkara yang kita siarkan, twit, blog atau kongsi dalam talian boleh dicapai oleh ribuan orang dalam tempoh beberapa saat, dan kemudian ia pasti berada di luar kawalan kita. Kita hanya perlu berdiam sejenak untuk ber kir dan menggunakan akal kiran.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MENGGUNAKAN MEDIA SOSIAL SECARA BIJAK Kita menggunakan media sosial secara bertanggungjawab dengan

• memastikan masa yang diluangkan untuk media sosial tidak mengganggu komitmen kerja

• membezakan dengan jelas antara siaran peribadi dan siaran yang dibenarkan secara rasmi oleh Bemis

• memperkenalkan diri kita sebagai pekerja Bemis jika kita diberi kuasa untuk menyokong Syarikat, produk kita atau perkhidmatan kita

• tidak sekali-kali mendedahkan maklumat sulit atau milik Syarikat, pelanggan, rakan niaga atau pesaing kita

Bagaimana Jika...?S. Saya baru sahaja menghantar twit pedas mengenai

kesilapan bisnes terkini yang dilakukan oleh salah seorang pesaing langsung kita. Melihat pada twit semula yang dihasilkan oleh twit itu, ini mungkin bagus untuk bisnes kita, bukan?

J. Penggunaan media sosial untuk menggembar-gemburkan kejadian malang pihak lain, walaupun pihak itu adalah pesaing langsung kita, tidak memenuhi piawai keadilan kita yang tinggi. Lebih baik kita membuat pilihan bermoral dan menumpu perhatian pada mesej positif kita sendiri.

Rujuk Dasar Media Sosial kita atau hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk maklumat lanjut tentang cara dan masa menggunakan media sosial.

20 Kod Kelakuan Bemis 2015©

DIPERKASA DAN ISTIMEWA UNTUK PELANGGAN KITA

21Kod Kelakuan Bemis 2015©

Kita bangga memenuhi keperluan pembungkusan pelbagai golongan pelanggan. Semua pelanggan ini termasuk beberapa peneraju peringkat dunia

dalam pembuatan produk makanan, perubatan dan farmaseutikal, serta barangan lain yang memperbaiki kehidupan orang. Banyak syarikat lebih kecil bergantung pada Bemis untuk menyampaikan produk mereka kepada pasaran berkembang dalam keadaan sempurna. Dalam masa yang sama, pelanggan kerajaan, yang rakyatnya menuntut fokus diberikan pada kualiti, keselamatan dan nilai, turut bergantung pada Bemis.

Cara memastikan kita memenuhi keperluan pelanggan, sambil mengekalkan keyakinan dan kepercayaan mereka, bergantung sepenuhnya pada cara kita mengendalikan diri kita setiap hari. Ingat, reputasi kita hanya sebaik pengalaman terakhir setiap pelanggan bersama kita.

22 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENGHANTAR PRODUK SELAMAT DAN BERKUALITI TINGGI

CARA KITA CEMERLANG

Kita semua berkongsi tanggungjawab untuk memastikan produk dan perkhidmatan Bemis memenuhi piawai kualiti dan keselamatan kita yang tinggi.

23Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KEPENTINGAN KUALITI DAN KESELAMATAN PRODUK

Teknologi kita meletakkan keupayaan pembungkusan unggul di tangan banyak syarikat peneraju bertaraf dunia. Dengan bantuan Bemis, pelanggan kita boleh menghantar makanan, produk penjagaan kesihatan dan banyak item lain dalam keadaan sempurna kepada pengguna yang mempercayai mereka.

Kita melakukan lebih daripada sekadar membantu pelanggan kita membungkus produk, kita juga membantu mempakejkan kepercayaan pada jenama mereka. Dengan meletakkan keutamaan tertinggi pada kualiti dan keselamatan produk serta perkhidmatan kita, kita melindungi reputasi setiap pelanggan di samping mempertingkatkan reputasi kita sendiri.

CARA KITA MEMENUHI PIAWAI TINGGI KITA

Kita mengutamakan kualiti dan keselamatan produk dengan

• memastikan produk kita dikeluarkan dalam persekitaran yang menggalakkan kualiti dan keselamatan pengguna

• menumpukan perhatian teliti pada peraturan keselamatan makanan dan pembungkusan perubatan yang dikenakan pada kita

• memikul tanggungjawab peribadi atas reputasi Bemis dengan melaporkan serta-merta sebarang kebimbangan yang mungkin kita ada berkenaan dengan kualiti dan keselamatan makanan, tanpa mengira peranan kita

• mempertanggungjawabkan diri untuk menangani sebarang isu dengan serta-merta jika kita memikul tanggungjawab keselamatan atau kualiti produk

• tidak sekali-kali mengabaikan kawalan kualiti atau mengambil jalan pintas yang boleh memberi kesan negatif pada kualiti

Bagaimana Jika...?S. Kami sedang ketinggalan dalam jadual pengeluaran

untuk pembungkusan sebuah peranti perubatan, jadi saya benar-benar mempertimbangkan untuk melaraskan jarak tempoh percubaan untuk mempercepatkan proses dan menjadikan kerja kami kembali mengikut jadual. Memandangkan kami memang jarang mengesan sebarang bahan cemar, apakah kesan buruk perubahan kecil ini pada protokol?

J. Sebarang perkara yang menimbulkan risiko pada kualiti produk kita adalah dilarang sama sekali. Semua peraturan dan prosedur kita sudah ditetapkan untuk memastikan produk kita sentiasa selamat dan memenuhi piawai kualiti paling tinggi.

Rujuk wakil Kualiti atau Keselamatan tempatan anda untuk maklumat lanjut mengenai garis panduan kualiti dan keselamatan kita.

24 Kod Kelakuan Bemis 2015©

BERURUSAN SECARA ADIL DAN JUJUR

CARA KITA CEMERLANG

Kita bertindak serta bersuara dengan adil dan jujur apabila menerangkan nilai yang dibawa oleh Bemis kepada pelanggan kita. Kita percaya pendekatan ini membina kepercayaan dan keyakinan pada Syarikat kita.

25Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KEPENTINGAN KATA KATA KITAMemenangi bisnes da mendapat kepercayaan pelanggan bermula dengan cara kita menonjolkan Bemis di pasaran. Kita menyerlahkan nilai yang mampu dibawakan oleh Bemis kepada pelanggan kita secara jelas dan jujur, dan kita menepati janji kita. Ini adalah cara mewujudkan kepercayaan dan membina hubungan bisnes berkekalan.

Tidak kira sama ada kita memegang peranan pemasaran atau jualan atau tidak, setiap interaksi luar Syarikat adalah peluang kita memberi tanggapan positif pada jenama Bemis.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK BERURUSAN SECARA ADIL DAN JUJUR Kita menunjukkan kejujuran dan integriti kita dengan

• tidak sekali-kali memberi gambaran yang salah mengenai keupayaan produk dan perkhidmatan kita

• memastikan kontrak dan bahan pemasaran kita mematuhi semua undang-undang dan peraturan

• tidak menggalakkan pelanggan membeli melebihi keperluan mereka

• mengelakkan dakwaan yang tidak tepat atau memperkecilkan pesaing

• menghormati hak harta intelek pihak lain, seperti paten, hak cipta, rekaan dan tanda dagangan

• mendapatkan pihak berkuasa yang sewajarnya untuk memuktamadkan perjanjian atau menandatangani kontrak

Bagaimana Jika...?S. Penyelia saya mahukan kami menghebohkan

khabar angin mengenai ketidakstabilan kewangan salah seorang pesaing kami kerana dia kir ia akan memberi kelebihan saing kepada kita. Saya ada keraguan tentang semua khabar angin ini. Dalam sebarang keadaan, ia kedengaran tidak bermoral langsung. Apakah yang perlu saya lakukan?

J. Kebimbangan anda berasas. Ini bukan cara kita beroperasi. Walaupun khabar angin itu benar, kelebihan saing kita paling baik dicapai dengan menumpukan pada merit kita sendiri, bukan cabaran yang dihadapi oleh pihak lain. Jika kita mengeluarkan kenyataan yang dibuktikan salah, kita mengambil risiko merosakkan reputasi kita bagi integriti. Malah, tingkah laku sebegitu mungkin mengundang tindakan undang-undang. Anda perlu bersuara kepada pengurus kanan atau ahli Perundangan dan Pematuhan mengenai situasi ini.

Hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk maklumat lanjut tentang cara menjalankan amalan pemasaran dan jualan dengan sewajarnya.

26 Kod Kelakuan Bemis 2015©

BERSAING SECARA ADILCARA KITA CEMERLANG

Kita bersaing secara bertenaga dan jujur untuk bisnes. Kita berjaya atas kekuatan idea dan teknologi transformatif yang membawa nilai kepada pelanggan, tidak sekali-kali melalui kelakuan yang tidak sesuai di pasaran.

27Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB BERSAING SECARA ADIL ADALAH TINDAKAN YANG BETUL

Kita mengalu-alukan persaingan hebat kerana ia mengekalkan kejujuran kita dan kesungguhan kita berniaga. Pelanggan datang ke Bemis dan kekal bersama kita kerana mereka mempercayai kita untuk menyokong keperluan pembungkusan mereka dengan kualiti, keselamatan dan nilai unggul. Menginovasi bagi kejayaan mereka memastikan kejayaan kita sendiri. Ia melindungi reputasi dan kelebihan saing kita.

Semua undang-undang yang direka untuk mengekalkan persaingan bebas dan adil, dikenali sebagai undang-undang antitrust di Amerika Syarikat dan undang-undang persaingan di kebanyakan tempat lain, adalah sangat rumit. Ia juga boleh jadi berbeza antara negeri atau negara. Semua undang-undang ini menentukan cara syarikat boleh bersaing dan berinteraksi antara satu sama lain.

Kita menurut undang-undang yang diguna pakai pada Bemis kerana ia tindakan yang betul, serta kerana pelanggaran boleh mengakibatkan denda yang sangat besar, kerosakan reputasi kita dan sehingga hukuman penjara.

CARA KITA BERSAING SECARA ADIL

Kita mengelakkan sebarang perbincangan atau perjanjian dengan pesaing (atau sesuatu yang kelihatan seperti itu sekalipun) yang boleh dilihat sebagai tingkah laku antipersaingan.

Apabila bercakap mengenai pesaing kita, kita

• tidak sekali-kali membincangkan atau merunding penentuan harga, proses pembidaan atau cara kita mendekati pasaran kita

• melaporkan dengan serta-merta kepada Perundangan dan Pematuhan sebarang cubaan oleh pesaing untuk menjalankan perbincangan tidak wajar atau mengadakan perjanjian yang salah di sisi undang-undang

• mengelakkan dakwaan palsu atau komen negatif mengenai produk pesaing

• tidak sekali-kali mengganggu hubungan bisnes pesaing dengan sengaja

• tidak sekali-kali menggunakan tindakan yang boleh dipersoalkan atau salah di sisi undang-undang untuk mendapatkan maklumat persaingan

• mengelak menggunakan kekuatan atau maklumat pasaran kita dalam sebarang cara yang mungkin menjejaskan atau menghalang persaingan secara tidak adil

• Apabila bercakap mengenai rakan niaga kita, kita tidak sekali-kali menawarkan atau menerima rasuah atau wang sogokan

• berurusan secara adil dengan semua pihak, mengelakkan sebarang amalan palsu atau tidak jujur

• sentiasa berkelakuan profesional semasa rundingan dengan melayan semua orang dengan hormat

Hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk maklumat lanjut tentang garis panduan antitrust dan persaingan kita.

28 Kod Kelakuan Bemis 2015©

DIPERKASA DAN ISTIMEWA BERSAMA RAKAN NIAGA KITA

3Bemis North America Brand Identity Standards | February 2015

29Kod Kelakuan Bemis 2015©

Kejayaan Bemis berakar umbi daripada komitmen kita pada nilai dan inovasi kita dalam teknologi dan khidmat pelanggan. Kejayaan ini disokong

oleh hubungan rakan niaga yang kukuh.

Kita membina hubungan berdasarkan kepercayaan, keadilan dan saling menghormati. Kita meletakkan piawai integriti bisnes yang sama tinggi pada rakan niaga kita, pekerja mereka dan subkontraktor mereka, seperti yang kita dukung pada syarikat kita sendiri.

MEMBINA PERKONGSIAN KUKUH

CARA KITA CEMERLANG

Kita memilih rakan niaga yang berkongsi komitmen kita pada piawai etika paling tinggi, di samping turut memastikan nilai paling baik untuk Bemis.

30 Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KEPENTINGAN PERKONGSIAN KUKUH

Reputasi kita bergantung pada kebolehan kita mengeluarkan produk berkualiti tinggi yang selamat. Kita berharap pada rakan niaga yang boleh dipercayai untuk menyediakan bahan mentah, peralatan dan sokongan lain yang diperlukan dengan harga berpatutan. Rakan niaga kita adalah sebahagian penting daripada budaya berprestasi tinggi kita.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMBINA PERKONGSIAN KUKUH

Apabila bercakap mengenai bekerja dengan, atau memilih rakan niaga kita, kita memastikan hasil paling baik dengan

• melayan semua pembekal dan rakan niaga kita yang lain dengan adil dan berintegriti, tanpa mengira nilai transaksi atau tempoh hubungan

• memilih pembekal yang paling memenuhi keperluan dan objektif bisnes kita, di samping juga memastikan mereka berkongsi nilai kita

• mengasaskan keputusan kita pada kriteria objektif, seperti kualiti, harga, perkhidmatan, kebolehpercayaan, kesediaan, kecemerlangan teknikal dan penghantaran, di samping amalan bisnes beretika

• mengelakkan kon ik kepentingan, walaupun yang kelihatan seperti kon ik kepentingan, yang boleh menimbulkan persoalan pada pertimbangan bebas kita bagi pihak Syarikat

• mengelakkan hadiah dan hiburan tidak wajar atau sebarang bentuk pilih kasih lain yang mungkin menjejaskan pemilihan rakan niaga paling baik untuk Bemis

• tidak sekali-kali berkongsi maklumat sulit bisnes syarikat lain dengan sesiapa sahaja, tanpa kebenaran syarikat tersebut

• berkomunikasi secara jujur dengan rakan niaga kita, berusaha memahami isu yang timbul dan bekerjasama mencari penyelesaian yang memuaskan semua pihak

• memastikan semua rakan niaga komited pada amalan bisnes beretika dan pematuhan kepada undang-undang

Bagaimana Jika...?S. Sebuah syarikat calon pembekal memenuhi kriteria

harga dan kualiti kita yang ketat, tetapi syarikat ini pernah mengalami beberapa masalah keselamatan pada masa lalu. Patutkah rekod lampau mereka menjejaskan peluang mereka?

J. Tidak semestinya. Semua rakan niaga dinilai melalui banyak kriteria, termasuk harga, kualiti, ketepatan masa, kebolehpercayaan, komitmen pada amalan bisnes beretika dan keselamatan. Kita mensyaratkan rakan niaga kita berusaha mencapai piawai kita untuk memelihara reputasi kita. Usaha wajar anda perlu, antara lain, mendapatkan kefahaman keadaan yang menyebabkan insiden keselamatan lampau itu, kesan insiden dan langkah yang diambil oleh syarikat itu bagi mengelakkan ia berulang.

Hubungi Pemerolehan atau Perundangan dan Pematuhan untuk maklumat lanjut tentang piawai perkongsian kita.

31Kod Kelakuan Bemis 2015©

32 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENCEGAH SOGOKAN DAN RASUAH

CARA KITA CEMERLANG

Di Bemis, kita memenangi dan mengekalkan bisnes melalui kekuatan proposisi nilai kita serta pembinaan hubungan berdasarkan kejelasan dan kepercayaan, tidak sekali-kali dengan menawarkan atau menerima sebarang insentif tidak wajar.

33Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KITA MESTI MELINDUNGI REPUTASI NAJAM KITA

Kita percaya pada strategi memenangi bisnes melalui keyakinan dan kepercayaan yang diinspirasikan oleh orang, produk dan perkhidmatan kita pada orang lain. Kita juga percaya pada nilai hebat yang kita berikan. Tiada ruang untuk rasuah dalam bisnes kita. Kita tidak bertolak ansur dengan rasuah dalam sebarang bentuk, di semua tempat kita beroperasi. Ia meletakkan kedua-dua syarikat dan reputasi kita dalam risiko. Disebabkan juga aktiviti sogokan menyalahi undang-undang berlaku di hampir kesemua tempat, ia boleh mengakibatkan denda berat sehingga hukuman penjara untuk individu terbabit.

Sebagai syarikat global, kita mesti mematuhi undang-undang pelbagi negara yang melarang keras penerimaan, penawaran, pemberian atau kebenaran pembayaran rasuah dalam sebarang bentuk. Semua undang-undang ini termasuk Akta Amalan Rasuah Asing A.S. (FCPA) dan Akta Sogokan U.K., yang mungkin diguna pakai pada operasi kita di seluruh dunia. Penggubalan undang-undang antisogokan tempatan, seperti undang-undang di China dan Akta Syarikat Bersih Brazil, adalah beberapa contoh lain.

Kita hanya mahu menjalankan bisnes dengan pelanggan dan rakan niaga yang berkongsi komitmen kita untuk beroperasi dengan integriti sepanjang masa. Kita lebih rela menolak peluang bisnes daripada membayar wang sogokan. Menentang rasuah akan menjadikan bisnes kita lebih kukuh, lebih anjal menghadapi risiko dan lebih mampan.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MENCEGAH RASUAH

Kita mencegah sogokan dan bentuk rasuah lain dengan

• tidak sekali-kali menawarkan, menjanjikan atau memberikan sesuatu yang bernilai kepada pegawai kerajaan atau sesiapa sahaja untuk mendapatkan kelebihan bisnes

• tidak sekali-kali menawarkan atau menerima wang rasuah atau sogokan

• menyimpan rekod tepat dan lengkap supaya semua pembayaran diperincikan secara jujur dan dana Syarikat tidak digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang

• tidak sekali-kali menggunakan ejen atau pihak ketiga lain untuk membuat bayaran tidak wajar yang kita tidak boleh buat sendiri

• mematuhi dasar Bemis berkaitan dengan pemberian serta penerimaan hadiah dan hiburan (rujukan dalam bahagian Hadiah dan Hiburan untuk maklumat lanjut)

• melaporkan sebarang kebimbangan mengenai kemungkinan pembayaran tidak wajar

Bagaimana Jika...?S. Dalam majlis sambutan sivik di salah satu pasaran

Amerika Latin kita, saya didekati oleh pegawai majlis bandar raya yang meluluskan permit operasi tempatan kita. Dia menyatakan yang dia sangat gembira kerana Bemis melabur di bandar rayanya. Dia juga mengulas mengenai ramai orang muda bijak tempatan yang sedang mencari pekerjaan. Sambil menghulurkan satu salinan resume anak saudara perempuannya, dia menyatakan harapan agar saya dapat membantu walaupun saya tiada kewajipan melakukannya. Saya baru menyemak semula resume itu dan wanita muda ini kelihatan layak untuk beberapa jawatan kosong. Apakah yang perlu saya lakukan?

J. Situasi ini perlu ditangani dengan teliti. Membantu anak saudara perempuan pegawai itu boleh dianggap sebagai ganjaran untuk layanan baik kepada Bemis, walaupun kita mendapatkan permit itu dengan menurut prosedur yang betul. Anda perlu menghubungi Perundangan dan Pematuhan sebelum meneruskan.

Rujuk Dasar Antirasuah Bemis untuk maklumat lanjut tentang garis panduan antirasuah kita.

34 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MELINDUNGI MAKLUMAT SULIT ORANG LAIN CARA

KITA CEMERLANG Semasa berkhidmat untuk pelanggan dan bekerja dengan rakan niaga kita, kita mesti sentiasa melindungi maklumat sulit yang diamanahkan kepada kita.

SEBAB PERLINDUNGAN MAKLUMAT SULIT MENGUKUHKAN KEPERCAYAAN

Meraih dan mengekalkan kepercayaan pelanggan dan rakan niaga kita adalah penting untuk mengekalkan reputasi dan pertumbuhan kita. Kita mahu pihak lain tahu yang mereka boleh mengharapkan kita untuk menjaga kepentingan mereka sebaik kepentingan kita sendiri. Ini termasuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi sebarang maklumat sulit yang dikongsikan oleh pelanggan dan rakan niaga dengan kita sepanjang tempoh menjalankan bisnes. Pendedahan maklumat ini boleh membahayakan bisnes mereka. Ia juga berpotensi membenarkan pesaing kita mendapat kelebihan yang tidak adil.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMELIHARA KERAHSIAAN

Kita melindungi maklumat sulit pihak lain, sama ada yang diberi secara lisan, visual, atas kertas atau elektronik, dengan

• tidak sekali-kali mendedahkan tanpa kebenaran, data kewangan, strategi penentuan harga, terma kontrak, data teknikal, proses proprietari atau perincian rundingan yang sedang berjalan dengan rakan niaga

• tidak sekali-kali menyiarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak boleh didapati secara umum

• memaklumkan Perundangan dan Pematuhan dengan serta-merta jika kita menerima sebarang maklumat sulit yang tidak sepatutnya kita terima daripada rakan niaga atau pelanggan

Maklumat lanjut tentang pengendalian maklumat sulit boleh didapati dalam Dasar Pengurusan Maklumat Sulit dan Interaksi Pihak Ketiga.

35Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENGHORMATI HARTA INTELEK PIHAK LAINCARA

KITA CEMERLANG Kita menghormati dan melindungi harta intelek dan hak komersial pihak lain, seperti kita menjangka mereka akan melindungi kita dalam hal yang sama.

SEBAB KITA BERTANGGUNGJAWAB PADA PIHAK LAIN

Selepas mempertimbangkan nilai bisnes idea, pengetahuan dan harta intelek lain kita sendiri, serta usaha yang kita curahkan untuk mencipta dan melindungi semua perkara ini, kita mesti menghormati nilai harta intelek pihak lain.

Kita memahami yang penyalinan tanpa izin atau penggunaan hasil kerja dilindungi pihak lain adalah tidak dibenarkan. Perbuatan tidak beretika, melanggar undang-undang dan boleh mewujudkan liabiliti kewangan dan perundangan terhadap Bemis.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MELINDUNGI HARTA PIHAK LAIN

Kita menghormati dan melindungi harta intelek pihak lain dengan

• tidak secara sengaja melanggar peraturan hak cipta, paten, tanda dagangan, rahsia dagangan, nama, hak rekaan, logo, pengetahuan dan harta tidak ketara lain yang dimiliki oleh orang atau syarikat lain

• mematuhi semua undang-undang harta intelek yang berkenaan

• menggunakan semua aset pihak ketiga, termasuk kandungan berasaskan teks, video, muzik dan perisian, menurut terma lesennya yang khusus

• hanya menggunakan perisian yang dilesenkan untuk penggunaan dalam bisnes kita, walaupun dalam peranti mudah alih khusus untuk bisnes Syarikat

Hubungi Pejabat Penasihat Harta Intelek untuk maklumat lanjut tentang peraturan harta intelek.

36 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENGHORMATI DAN MELINDUNGI HAK ASASI MANUSIA

CARA KITA CEMERLANG

Bemis komited menghormati dan melindungi hak asasi manusia individu dan komuniti. Kita menjangka rakan niaga kita untuk berkongsi komitmen ini.

37Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB PERLINDUNGAN HAK ASASI MANUSIA ADALAH SANGAT MUSTAHAK

Sebagai warga korporat global yang bertanggungjawab, Bemis menghormati hak asasi manusia, budaya serta undang-undang individu dan komuniti. Kita menyokong maruah dan kesamaan bagi semua manusia.

Kita percaya bahawa tiada ruang untuk pemerdagangan manusia, perhambaan, buruh kanak-kanak serta amalan kerja yang tidak selamat dan tidak adil dalam masyarakat global kita. Di Bemis, kita mengambil pelbagai langkah untuk memastikan bahawa kita memelihara hak asasi manusia dalam semua hal bisnes. Kita hanya bekerja dengan rakan niaga yang berkongsi komitmen kita untuk melindungi hak asasi manusia dan menjalankan bisnes dengan integriti. Salah satu cara kita menyokong komitmen kita pada hak asasi manusia ialah melalui keahlian kita dalam Bursa Data Beretika Pembekal [Supplier Ethical Data Exchange (SEDEX)].

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MENGHORMATI DAN MELINDUNGI HAK ASASI MANUSIA

Kita melayan semua orang dengan penuh hormat dan bermaruah melalui

• menyediakan suasana, waktu dan pampasan pekerjaan yang wajar untuk semua pekerja Bemis

• menggalakkan pembekal kita komited pada amalan pekerjaan adil dan penyumberan mampan yang melindungi kesihatan serta kesejahteraan pekerja dan komuniti

• tidak sekali-kali menggunakan buruh kanak-kanak atau buruh penjara paksaan

• enggan menutup sebelah mata apabila kita melihat dan mengesyaki pelanggaran terhadap hak asasi manusia, serta memberi amaran kepada Syarikat apabila kejadian ini berlaku

Bagaimana Jika...?S. Baru-baru ini saya melawat sebuah kemudahan

pembekal kita di benua Asia. Mesyuarat panjang diikuti dengan lawatan kilang bermakna saya berada di kawasan kemudahan itu selama lebih daripada 13 jam dalam dua hari berasingan. Saya menyedari bahawa sebilangan pekerja yang sedang bertugas waktu syif semasa saya tiba masih bekerja keras semasa saya pulang. Sesetengah mereka kelihatan agak muda. Saya menyuarakan semua kebimbangan ini kepada pengurus kilang, yang menyakinkan saya bahawa pematuhan kepada undang-undang buruh adalah keutamaan dan tiada apa-apa yang tidak kena. Perlukah saya berasa bimbang?

J. Anda perlu berkongsi kebimbangan anda dengan pengurusan Bemis. Sama seperti kita mempertanggungjawabkan diri sendiri atas keadaan kemudahan milik kita, kita percaya rakan niaga kita mesti memberi jaminan wajar amalan mereka tidak mewujudkan risiko pada reputasi Bemis disebabkan kaitan kita dengan mereka.

Rujuk Dasar Hak Asasi Manusia kita untuk maklumat lanjut.

38 Kod Kelakuan Bemis 2015©

DIPERKASA DAN ISTIMEWA UNTUK PIHAK BERKEPENTINGAN KITA

39Kod Kelakuan Bemis 2015©

Keyakinan pihak berkepentingan kita pada prestasi kewangan dan budaya berprestasi tinggi kita sangat penting untuk kejayaan kita. Kepercayaan

mereka pada kebolehan kita dalam mewujudkan nilai mampan kepada mereka membolehkan Bemis menggunakan peluang sepenuhnya, kekal bersemangat utuh dan berkembang maju dalam jangka panjang.

Kita mesti membuat pilihan bijak untuk kepentingan terbaik Syarikat, menyimpan rekod dengan teliti, menyampaikan cerita kita dengan betul dan memelihara reputasi dan aset lain kita. Tambahan pula, kita mahu mewujudkan perbezaan positif dalam komuniti tempat kita beroperasi, iaitu tempat orang kita menetap dan bekerja.

40 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENGELAKKAN KONFLIK KEPENTINGANCARA KITA CEMERLANG

Kita meletakkan matlamat Syarikat dan kepentingan pelanggan mendahului keuntungan peribadi kerana ia membantu kita membuat keputusan tidak berat sebelah yang bijak dan memanfaatkan bisnes kita.

Apakah Itu K n ik Kepentingan? Kon ik kepentingan wujud apabila hubungan sosial atau keluarga, aktiviti luar waktu kerja, pelaburan kewangan atau kepentingan peribadi lain berisiko yang mengganggu keupayaan kita membuat keputusan tidak berat sebelah bagi pihak Syarikat.

41Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KITA MEMBUAT KEPUTUSAN TIDAK BERAT SEBELAH UNTUK SYARIKAT

Kita membuat keputusan objektif yang bebas daripada kecenderungan peribadi kerana ia membawa hasil lebih baik untuk Bemis dan pelanggan kita. Menggunakan penilaian baik untuk membuat pilihan paling terbaik untuk bisnes kita membolehkan kita menginovasi dan mengejar matlamat kita tanpa gangguan atau kesetiaan berbelah bahagi. Ia juga menunjukkan kepada pihak lain yang kita bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Sesuatu yang kelihatan seperti kon ik kepentingan sekalipun boleh menyebabkan orang lain memikirkan bahawa kita bertindak secara tidak wajar. Kebanyakan kon ik kepentingan boleh dielakkan atau ditangani jika didedahkan tepat pada masanya dan diuruskan dengan betul.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN KONFLIK KEPENTINGAN

Kita meletakkan kepentingan utama Syarikat mendahului kepentingan kita sendiri dengan

• berwaspada dengan keadaan melibatkan aktiviti atau hubungan peribadi kita yang boleh mengganggu keobjektifan kita

• mendedahkan kepada pengurus atau Perundangan dan Pematuhan sebarang situasi yang kita percaya terdapat kon ik antara kepentingan peribadi kita dan kepentingan Syarikat

• mendapatkan nasihat daripada pengurus atau Perundangan dan Pematuhan jika kita tidak pasti sama ada wujud kon ik kepentingan atau tidak

• mengeluarkan diri kita daripada proses penyelesaian apabila kita terlibat dalam kon ik kepentingan

Potensi kon ik kepentingan boleh muncul dalam banyak keadaan. Walaupun garis panduan berikut tidak merangkumi setiap situasi, ia menangani beberapa kon ik kepentingan yang biasa.

Rakan Baik dan Ahli Keluarga Kita mengelak daripada meletakkan diri dalam situasi

kesetiaan kita pada rakan baik atau ahli keluarga boleh mempengaruhi penilaian kita secara tidak wajar.

Kita mencegah kon ik kepentingan sebenar atau kelihatan seperti kon ik kepentingan dengan

• membuat keputusan objektif tanpa berat sebelah

• memastikan rakan baik atau ahli keluarga tidak diletakkan dalam hubungan melaporkan diri kepada kita

• tidak menyertai proses pengambilan kerja seseorang yang ada hubungan persahabatan atau keluarga dengan kita

• tidak menyertai pemilihan atau pengurusan hubungan rakan niaga yang menggaji rakan baik atau ahli keluarga anda

Bagaimana Jika...?S. Anak saudara perempuan pengurus kilang kerja telah

diambil bekerja sebagai siswazah pelatih pemasaran. Semua orang tahu mereka bersaudara, jadi adakah itu masih kon ik kepentingan?

J. Hubungan kekeluargaan yang diketahui itu bukan isunya. Ia adalah penting untuk memastikan bahawa pengurus kilang itu tidak terlibat dalam proses pemilihan siswazah pelatih dan tidak mempengaruhi proses itu untuk memihak kepada anak saudara perempuannya. Jika itu berlaku, ia boleh menjadi perkara disiplin. Jika dia memohon dan dipilih mengikut merit melalui proses pengambilan siswazah pelatih biasa kita, tiada kon ik kepentingan selagi pengurus kilang itu tidak terlibat untuk menyelia anak saudara perempuannya.

42 Kod Kelakuan Bemis 2015©

Siapakah Yang Dianggap Ahli Keluarga? "Ahli keluarga" termasuk suami atau isteri, pasangan domestik, anak, ibu, bapa, ibu saudara, bapa saudara, anak saudara lelaki, anak saudara perempuan, abang atau adik lelaki, kakak atau adik perempuan, ibu mentua, bapa mentua, menantu lelaki, menantu perempuan, ipar perempuan, ipar lelaki, datuk atau nenek dan cucu. Orang lain yang dianggap sebagai ahli keluarga adalah sesiapa individu yang menetap di rumah anda, dan sebarang perhubungan tiri, angkat atau saraan. Kepentingan kewangan ahli keluarga yang menjadi, atau boleh kelihatan menjadi, kon ik kepentingan mesti didedahkan.

Kepentingan Kewangan Peribadi atau Keluarga

Kita memastikan bahawa pelaburan keluarga dan peribadi tidak menghalang keputusan yang kita buat bagi pihak Syarikat.

• Kita mengelakkan kon ik kepentingan sebenar atau kelihatan seperti kon ik kepentingan dengan tidak mengambil atau memegang kepentingan kewangan peribadi dalam sebarang transaksi yang kita tahu ia diminati, atau mungkin diminati, oleh Bemis

• tidak melakukan pelaburan yang tidak didedahkan atau memegang kepentingan kewangan yang tidak didedahkan dalam syarikat pembekal, pelanggan atau pesaing (kecuali pemilikan kurang daripada 5% saham dalam syarikat yang didagangkan di bursa saham atau saham yang dimiliki melalui dana bersama)

• mendedahkan kepada Perundangan dan Pematuhan sebarang kepentingan atau pegangan lain, walaupun jika ia kurang daripada 5%, dalam syarikat selain Bemis yang bisnes utamanya berkaitan dengan sektor pembungkusan

Bagaimana Jika...?S. Ipar-duai saya memiliki saham besar dalam salah

sebuah syarikat vendor tempatan kita. Pengurus saya yang meluluskan semua pemilihan vendor, maka saya tidak perlu mendedahkan maklumat ini, bukan?

J. Ipar-duai anda dikira sebagai ahli keluarga. Oleh itu, pelaburan mereka boleh mewujudkan kon ik kepentingan. Walaupun pengurus anda yang meluluskan pemilihan vendor, anda perlu mendedahkan situasi ini kepada Perundangan dan Pematuhan.

Hadiah dan Hiburan Kita mencari peluang untuk membina dan

mengukuhkan perhubungan bisnes, tetapi kita tidak akan sekali-kali menawarkan atau menerima hadiah dan hiburan yang tidak bersesuaian untuk mempengaruhi keputusan bisnes.

Hubungan profesional dan peribadi yang erat dengan pelanggan dan rakan niaga kita adalah penting untuk kejayaan Bemis. Dalam keadaan tertentu, ia mungkin kebiasaan dan sesuai untuk memberi atau menerima ihsan bisnes, seperti hiburan munasabah dan hadiah sederhana. Saling memberi layanan baik dan hadiah boleh membina muhibah dan mengeratkan perhubungan bisnes.

Kita jangan sekali-kali membenarkan ihsan sebegini untuk mempengaruhi kemampuan kita dalam membuat keputusan bisnes objektif, atau mewujudkan tanggapan yang keobjektifan kita sudah terjejas. Kita mahu kejayaan kita berdasarkan nilai produk dan perkhidmatan kita, integriti kita dan kekuatan reputasi kita.

Pemberian Hadiah dan Hiburan Sebarang hadiah yang kita beri mesti

• bertujuan bisnes yang wajar

• sah di sisi undang-undang dan didokumenkan dengan tepat

• dibenarkan oleh dasar Bemis

• dibenarkan oleh dasar syarikat penerima

• bernilai munasabah dan bersesuaian dengan keadaan

• bukan berbentuk tunai, sijil hadiah atau padanan tunai lain

• tidak bertujuan menjamin kelebihan tidak wajar atau sebaliknya mempengaruhi penerima secara tidak wajar

Penerimaan Hadiah dan Hiburan

Bagi mengelakkan walaupun kelihatan seperti kelakuan tidak wajar dan memastikan integriti proses pemerolehan kita, kita

• tidak sekali-kali meminta hadiah

• tidak menerima tunai, kad hadiah atau padanan tunai lain

• hanya menerima layanan baik atau hadiah bernilai munasabah dan diberi secara tidak kerap

• tidak menerima sebarang hadiah atau layanan baik daripada vendor jika kita ahli pasukan yang menilai pemerolehan yang ditandingi oleh vendor itu

43Kod Kelakuan Bemis 2015©

Pekerja dan Agensi Kerajaan Peraturan kompleks dikenakan pada pemberian

hadiah, hiburan dan ihsan bisnes lain kepada pegawai kerajaan, termasuk pekerja organisasi milik kerajaan. Sesuatu yang mungkin dibenarkan untuk pelanggan komersial boleh jadi menyalahi undang-undang apabila berurusan dengan kerajaan.

Ingat, kedudukan pekerja kerajaan adakalanya tidak begitu jelas. Contohnya, dalam negara yang memiliki sistem penjagaan kesihatan yang ditadbir oleh kerajaan, ada kemungkinan doktor, jururawat dan profesional penjagaan kesihatan lain ialah kakitangan kerajaan.

Memandangkan terdapat risiko terhadap bisnes kita akibat tidak mengikut peraturan pemberian dan penerimaan hadiah melibatkan kakitangan kerajaan, ia adalah penting untuk kita agar mendapatkan panduan lebih awal daripada Perundangan dan Pematuhan.

Bagaimana Jika...?S. Jabatan teknologi maklumat (IT) sedang dalam proses

menyemak semula bida bagi pelaksanaan sistem khusus yang besar. Salah seorang vendor peneraju menawarkan pasukan projek untuk menggunakan jet peribadi vendor itu untuk menghadiri demonstrasi sistem di kemudahan mereka. Jemputan ini menyertakan makan malam di sebuah restoran yang sangat mahal dan lawatan ke kasino. Bolehkah mereka menerimanya?

J. Layanan baik vendor itu boleh dianggap mewah dan tidak sesuai. Ia perlu ditolak secara sopan dalam sebarang keadaan, terutamanya semasa pasukan projek sedang menilai tawaran vendor itu. Malah, layanan baik yang dicadangkan oleh vendor itu sepatutnya menimbulkan persoalan sama ada ia adalah jenis rakan niaga yang kita mahukan untuk bisnes kita.

Peluang Korporat Kita tidak mengambil kesempatan peribadi atas

peluang bisnes yang kita temui sepanjang tempoh kerja kita, dengan menyedari bahawa ia kepunyaan Syarikat.

Kita mendedahkan pengetahuan kita mengenai peluang yang ditemui semasa bekerja dengan Bemis supaya kita boleh mengejar matlamat kita dengan lebih baik dan berkhidmat kepada pelanggan kita.

Ini bermakna kita

• sentiasa membangkitkan peluang bisnes berkaitan dengan Bemis untuk perhatian Syarikat

• tidak sekali-kali menggunakan maklumat proprietari atau hubungan yang didapati di tempat kerja untuk keuntungan peribadi

• tidak sekali-kali bersaing dengan Bemis

Bagaimana Jika...?S. Seorang pengurus logistik mendapat tahu yang sebuah

gudang di lokasi strategik akan dijual di pasaran dengan harga yang sangat menarik. Dia menyampaikan maklumat ini kepada ipar lelakinya yang memiliki harta tanah serupa (bisnes yang mempunyai pelaburan oleh pengurus logistik itu). Ipar lelakinya berjaya merundingkan kadar sewa yang lebih tinggi daripada Bemis berbanding dengan sewa yang akan dibayar untuk harta tanah yang satu lagi, jika mereka mengetahui tentangnya. Adakah ini diterima oleh dasar Syarikat?

J. Maklumat yang didapati melalui kerja anda tidak sepatutnya dikongsikan sama sekali dengan rakan dan keluarga. Ia adalah kon ik kepentingan untuk menggunakan maklumat ini bagi kelebihan peribadi mahupun keuntungan rakan atau keluarga.

Pekerjaan Luar dan Aktiviti Lain

Setiap kita memberi usaha terbaik setiap hari di Bemis, memastikan kerja luar atau aktiviti lain tidak menghalang sumbangan kita kepada Syarikat.

Di Bemis, kita menggalakkan orang kita menikmati hidup yang produktif di luar waktu kerja. Aktiviti luar, seperti pekerjaan kedua atau berkhidmat dalam lembaga pengarah, boleh diterima selagi aktiviti anda diluluskan oleh pengurus/penyelia anda dan tidak

• mengganggu tanggungjawab atau prestasi kerja anda

• memerlukan perhatian berlebihan semasa bekerja untuk Bemis

• melibatkan penggunaan sumber Syarikat yang besar, termasuk masa rakan sekerja

• melibatkan pekerjaan dengan pesaing, pembekal atau pelanggan Bemis

Bagaimana Jika...?S. Saya berada dalam lembaga pengarah badan

tidak berasaskan keuntungan tempatan dan saya mempunyai kewajipan pengumpulan dana tahunan. Perlukan saya mendedahkan hubungan saya sebelum meminta Bemis membuat dermaan?

J. Ya. Jika Bemis mempertimbangkan perhubungan atau transaksi dengan sesebuah organisasi yang anda terlibat, ia adalah penting untuk anda mendedahkan jawatan anda. Pemberian maklumat ini akan membantu mengelakkan sebarang tanggapan manipulasi yang tidak wajar.

Hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk maklumat lanjut tentang kon ik kepentingan.

MENGEKALKAN KETEPATAN AKAUN DAN REKOD

CARA KITA CEMERLANG

Kita mengekalkan rekod yang lengkap dan tepat. Ini membolehkan kita membuat keputusan bisnes yang bertanggungjawab. Begitu juga, kita boleh memberi maklumat yang jujur dan tepat pada masanya kepada pelabur dan agensi kerajaan.

44 Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KITA MESTI JUJUR DALAM REKOD BISNESRekod yang rapi adalah kritikal untuk menjalankan Syarikat kita dengan jaya dan mematuhi undang-undang. Sebagai syarikat awam, undang-undang sekuriti mensyaratkan Bemis mengekalkan rekod tepat dan mendedahkan maklumat penuh mengenai prestasi kewangan dan bisnes kita tepat pada masanya.

Rekod bisnes dan penyata kewangan yang lengkap dan tepat membolehkan perancangan rapi dan pembuatan keputusan. Ia juga penting untuk mengekalkan keyakinan pemegang saham, pelanggan, rakan niaga dan pihak berkepentingan lain.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMASTIKAN KETEPATAN Kita mengekalkan integriti akaun dan rekod kita dengan

• mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum, kawalan dalaman dan semua undang-undang serta peraturan yang berkaitan

• mengekalkan akaun, laporan perbelanjaan dan resit yang benar-benar mencerminkan transaksi kewangan, tanpa kenyataan yang salah, tokok tambah atau tekaan

• merekodkan semua aset, liabiliti, pendapatan, perbelanjaan dan transaksi bisnes dengan lengkap, tepat, dalam tempoh yang betul dan tepat pada masanya

• mengikuti dengan teliti semua prosedur dan garis panduan penyimpanan rekod Bemis

• tidak sekali-kali mewujudkan atau mengekalkan, untuk sebarang tujuan, sebarang dana tunai, aset lain atau liabiliti rahsia atau tidak direkodkan

• memastikan rekod dihantar kepada pengaudit dalam dan luar dengan rekod yang tepat dan tepat pada masanya

• tidak sekali-kali menipu atau memberikan maklumat salah kepada sesiapa mengenai kewangan atau operasi bisnes kita

• melaporkan sebarang kebimbangan mengenai rekod yang tidak tepat, palsu atau keliru kepada Audit Dalaman atau Perundangan dan Pematuhan

Bagaimana Jika...?S. Kami berada dalam tekanan untuk mencapai sasaran

suku tahunan kami. Satu penghantaran produk yang besar sedia untuk pengambilan yang dijadualkan, tetapi syarikat logistik tidak boleh mengambilnya sehingga hari Rabu yang sudah memasuki suku tahun yang seterusnya. Memandangkan kami sudah bersedia untuk penghantaran dan penangguhan ini bukan salah kami, penyelia saya berkata yang kami boleh memasukkan penghantaran ini dalam pengiraan suku tahunan ini. Apakah ini akan menimbulkan masalah?

J. Ya. Ini akan mewujudkan rekod perakaunan palsu. Ini bukan sahaja akan memberi gambaran yang salah mengenai kedudukan kewangan syarikat kepada para pelabur, ia akan menjadi penipuan yang mendedahkan Bemis pada tindakan undang-undang. Tindakan yang betul adalah merekodkan penghantaran semasa suku tahun yang seterusnya apabila ia benar-benar dihantar keluar.

Rujuk Dasar Kewangan dalam bahagian Dasar Korporat Bemis di intranet kita untuk maklumat lanjut tentang amalan penyimpanan rekod.

45Kod Kelakuan Bemis 2015©

46 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENJAWAB PERTANYAAN PIHAK LUAR CARA

KITA CEMERLANG Di Bemis, kita berbicara dengan satu suara apabila berkomunikasi dengan media, penganalisis kewangan, pelabur dan orang awam.

SEBAB KITA MESTI BERBICARA DENGAN SATU SUARA

Pelanggan, pelabur dan komuniti kita berhak mendapat maklumat yang tepat, lengkap dan jelas mengenai Bemis. Kita perlu menonjolkan Syarikat secara positif di samping sentiasa bersikap jujur.

Rakan sekerja tertentu yang dilantik sudah dilatih khas dan dibenarkan bercakap bagi pihak Bemis. Apabila kita mengarahkan semua pertanyaan media kepada mereka yang paling bersedia untuk menanganinya, kita mencegah pemberian maklumat yang salah atau ralat daripada disiarkan kepada umum.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MENYAMPAIKAN CERITA KITA DENGAN CARA YANG BETUL

Jika kita dihubungi dengan soalan atau permintaan dari luar Bemis dan kita tidak diberi kuasa untuk membalas semua soalan itu, kita melindungi reputasi kita dengan

• menjawab secara sopan dan profesional yang kita tidak dibenarkan membantu, tetapi kita akan menghubungi pihak yang bertanya dengan seseorang yang boleh membantu

• merujuk semua pertanyaan luar, sekiranya sesuai, kepada Pengarah Hubungan Pelabur

Hubungi Hubungan Pelabur untuk arahan lanjut berkenaan dengan maklumat lanjut tentang dasar komunikasi luar kita.

47Kod Kelakuan Bemis 2015©

PENGURUSAN KRISISCARA

KITA CEMERLANG Sebagai sebuah syarikat, kita memikul tanggungjawab kita semasa senang dan mencabar, sentiasa ada rancangan untuk menjaga orang kita, komuniti kita dan pengguna kita.

SEBAB KEPENTINGAN SENTIASA BERSEDIA

Walaupun dengan komitmen berterusan dan penuh tenaga kita pada keselamatan produk dan tempat kerja serta tanggungjawab alam sekitar, kita jangan sekali-kali berasa puas hati. Kita mesti bersedia sepenuhnya untuk kejadian krisis, tanpa mengira sekecil mana kebarangkalian kejadian itu. Oleh itu, kita komited pada persediaan kecemasan dan pelaksanaan rancangan pengurusan krisis, jika ia dibuktikan perlu. Kemampuan kita bertindak dengan pantas dan menyelaras dengan pihak lain boleh melakukan perbezaan yang besar pada kesejahteraan pekerja kita, pelawat, komuniti tempatan dan pengguna dalam pasaran.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN JIKA MENGHADAPI KRISIS

Kita boleh memainkan peranan kita dengan

• menonjolkan diri dan bertanggungjawab jika kita memegang peranan kepimpinan

• mengesyorkan tindakan berdasarkan nilai utama Bemis dan pengajaran daripada pihak lain yang mengalami situasi yang serupa

• mengakui tanggungjawab kita

• berkomunikasi dengan empati dan kejelasan dengan mereka yang terjejas disebabkan situasi tersebut

• melayan semua orang dengan penuh hormat

• bekerja dengan rakan niaga yang berkaitan untuk menyelesaikan situasi dengan pantas dan selamat

Rujuk tab Bersikap Tabah (Be Resilient) dalam laman Pengurusan Risiko Global intranet kita untuk maklumat lanjut tentang pengurusan krisis. Anda juga boleh menghubungi kumpulan Pengurusan Risiko Global.

SEBAB ASET KITA MUSTAHAK UNTUK MASA HADAPAN KITA

Aset Bemis adalah hasil kerja keras semua pekerja kita pada masa lepas dan masa kini. Keuntungan dan pertumbuhan mampan jangka panjang Syarikat kita memerlukan kita melindungi dan menggunakan aset kita dengan bijak. Kita semua bertanggungjawab, dalam lingkungan skop peranan individu kita, memastikan kita melindungi aset kita yang paling penting, iaitu reputasi Bemis. Kita juga mesti melindungi aset lain kita daripada kehilangan, kerosakan, pembaziran dan penggunaan tidak wajar.

Aset datang dalam pelbagai bentuk. Cara kita melindunginya berbeza, bergantung pada jenis aset dan peranan khusus kita.

Aset ikal termasuk peralatan pejabat, perabot, jentera pengeluaran, bahan kimia, peralatan gudang dan telefon bimbit. Tanah, bangunan pejabat dan kemudahan pembuatan tempat kita beroperasi juga adalah aset

zikal kita.

Aset maklumat termasuk semua data yang disimpan dalam fail dan pelayar kita. Maklumat ini adalah penting untuk operasi harian bisnes kita dan untuk pertumbuhan berterusan Syarikat.

intelek, reka bentuk, hak cipta, tanda dagangan, paten dan rahsia dagangan kita. Semua aset ini membantu kita memacu inovasi dan penambahbaikan.

Aset kewangan termasuk wang dan sebarang benda yang boleh diubah menjadi, atau menghasilkan wang, seperti saham, bon, pinjaman dan deposit.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MELINDUNGI ASET KITA

Kita memelihara nilai aset kita dengan

• mengambil semua langkah yang munasabah bagi memastikan aset Syarikat tidak dirosakkan, disalah guna, dibazirkan, hilang atau dicuri

• menunjukkan penilaian baik dalam penggunaan sistem maklumat dan komunikasi, serta data elektronik yang disimpan, diproses atau dihantar

• sentiasa mengendalikan dana Syarikat secara jujur, bertanggungjawab dan menurut dasar Bemis

• melaporkan dengan segera sebarang penyalahgunaan aset Syarikat kepada wakil HR tempatan, Perundangan dan Pematuhan atau Compliance Connection Line

• tidak sekali-kali mengeluarkan harta kepunyaan Syarikat dari kemudahan Bemis untuk kegunaan peribadi

• tidak sekali-kali membenarkan individu tanpa kebenaran, termasuk rakan dan keluarga, untuk menggunakan aset Syarikat

MELINDUNGI ASET DAN MAKLUMAT KITA CARA

KITA CEMERLANG Kita menjaga aset Bemis kerana semua aset ini adalah asas binaan masa hadapan kita. Semua aset kita membantu kita berkhidmat kepada pelanggan kita dengan lebih baik dan mencipta nilai untuk pemegang saham kita.

48 Kod Kelakuan Bemis 2015©

Maklumat Sulit dan Proprietari Maklumat sulit bisnes dan harta intelek kita adalah aset

bisnes penting yang membezakan kita daripada pesaing. Kita mesti melindunginya daripada pendedahan yang tidak dibenarkan atau penyalahgunaan.

Kejayaan berterusan kita dalam membangunkan produk dan perkhidmatan baharu, menarik pelanggan baharu dan mengekalkan kelebihan saing kita bergantung pada setiap kita memainkan peranan untuk melindungi maklumat dan pengetahuan sulit Bemis.

Kita melakukannya dengan

• hanya berkongsi maklumat sulit dan proprietari dengan pekerja yang dibenarkan serta mempunyai keperluan bisnes sah untuk mengaksesnya

• memastikan keselamatan dokumen, data dan peranti dengan langkah-langkah zikal yang berkesan, di samping kata laluan dan penyulitan

• tidak membincangkan hal sulit di tempat awam, seperti lif, kereta api dan restoran

• tidak menyebabkan maklumat sulit berpotensi dilihat oleh orang lain (seperti menggunakan komputer riba untuk urusan kerja semasa penerbangan atau mengakses maklumat melalui rangkaian Wi-Fi yang tidak selamat)

• memastikan hanya orang yang dibenarkan mengakses kemudahan Syarikat

• mengiringi semua pelawat kawasan Syarikat dan tidak membenarkan mereka memasuki kawasan larangan

• melaporkan sebarang kemungkinan pencerobohan keselamatan supaya ia boleh ditangani dengan segera dan wajar

Bagaimana Jika...?S. Salah seorang rakan sekerja saya meminta sedikit

maklumat mengenai inisiatif baharu yang belum diumumkan oleh Syarikat. Bolehkah saya kongsikan maklumat ini jika dia bersetuju untuk tidak membincangkannya dengan sesiapa?

J. Anda boleh berkongsi maklumat itu hanya jika rakan sekerja anda memerlukannya untuk menjalankan tugas dan sudah diberi kebenaran untuk menerimanya. Kerahsiaan program baharu khususnya penting kerana kita perlu menjaganya daripada kebocoran maklumat yang boleh disedari oleh pesaing. Kita mesti tegas mematuhi dasar berkenaan dengan rancangan, inovasi, pelaburan dan maklumat sulit kita yang lain.

Apakah Beberapa Contoh Maklumat Sulit? Maklumat sulit bisnes termasuk• maklumat proprietari, seperti reka bentuk industri dan

formula bahan kimia• rahsia dagangan, tanda dagangan dan harta intelek lain• maklumat kewangan bukan umum (termasuk penentuan

harga) dan unjuran• rancangan pemasaran dan produk baharu• senarai pelanggan dan pembekal• maklumat dan idea penyelidikan serta pembangunan• proses pembuatan• maklumat pemerolehan• maklumat berkaitan dengan perolehan, pelaburan dan

penyahlaburan yang berpotensi• pendapat undang-undang dan hasil kerja peguam

Hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk maklumat lanjut tentang cara bersesuaian untuk melindungi aset Syarikat kita.

Pengurusan Rekod Kita mengurus rekod dan maklumat kita dengan

berkesan kerana kita memahami perbuatan itu meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan risiko dan menyokong budaya berprestasi tinggi kita.

Selain mengurus akses kepada rekod dan maklumat yang diperlukan untuk menjalankan bisnes kita, program pengurusan rekod dan maklumat berkesan membantu kita memenuhi syarat perundangan untuk mengekalkan dokumen bagi tempoh masa tertentu.

Kita mengurus rekod kita secara berkesan dengan

• mengenal pasti, mengekalkan, melindungi dan menghapuskan rekod menurut jadual waktu pengekalan rekod Syarikat

• memastikan rekod mudah diakses dan dikekalkan dalam persekitaran tersusun dan selamat

• tidak sekali-kali secara berpilih mengedit atau membuang rekod yang belum memenuhi syarat pengekalan, atau mengarahkan orang lain untuk melakukannya

• mematuhi sebarang pemeliharaan dokumen atau notis "pegang" yang diterima daripada Perundangan dan Pematuhan

• menyediakan rekod lengkap dan tepat dengan segera jika diminta sehubungan dengan audit atau penyiasatan

49Kod Kelakuan Bemis 2015©

Apakah Yang Dikatakan Rekod Syarikat?Rekod Syarikat boleh termasuk• surat-menyurat, termasuk memorandum, surat, e-mel

(termasuk lampiran), siaran media sosial dan mesej pesanan teks

• dasar dan prosedur• invois dan pesanan belian• kontrak• laporan, analisis, formula, jadual waktu, jadual,

pembentangan dan model kewangan• fail personel• laporan pengeluaran

Rujuk Dasar Pengurusan Rekod kita untuk perincian lanjut tentang pengurusan rekod yang betul.

Kawalan Dalaman Kita memahami dan menghormati keperluan mematuhi

kawalan dalaman Syarikat. Semua kawalan ini direka bentuk untuk menggalakkan kecekapan, memastikan pelaporan kewangan yang dipercayai dan membantu kita mematuhi undang-undang.

Kawalan dan prosedur dalaman ditetapkan untuk melindungi Bemis, pihak berkepentingan kita, pelanggan kita dan orang lain. Semuanya dimantapkan untuk mengurangkan risiko bisnes kita, terutamanya mencegah penipuan, mengesan dan meminimumkan ralat, menggalakkan kecekapan operasi serta mencapai pematuhan dasar Syarikat dan undang-undang.

Kita mengekalkan integriti kewangan kita dengan

• beroperasi dalam rangka kerja sebarang kawalan dalaman yang diguna pakai pada tugas kita yang tertentu

• tidak sekali-kali memintas kawalan dalaman, walaupun perbuatan itu mungkin kelihatan tidak berbahaya atau dapat menjimatkan masa

• melaporkan sebarang kebimbangan dengan serta-merta kepada Audit Dalaman, Perundangan dan Pematuhan atau Compliance Connection Line, terutamanya jika kita menyedari kawalan atau prosedur dalaman tertentu sudah dipintas atau dibatalkan

Hubungi Audit Dalaman untuk perincian lanjut tentang kawalan dalaman Bemis.

Penggunaan Bersesuaian Sistem Maklumat dan Komunikasi

Sistem serta peranti maklumat dan komunikasi kita bertujuan untuk membantu kita mencapai matlamat bisnes kita. Kita mesti menggunakan dan melindunginya secara bertanggungjawab.

Sistem serta peranti maklumat dan komunikasi Bemis adalah aset berharga yang membantu kita dalam pelaksanaan strategi kita. Ia adalah penting untuk menyedari kesensitifan dan nilai maklumat yang diproses, dihantar atau disimpan oleh semua sistem dan peranti ini. Kita mesti menggunakan semua aset ini secara bertanggungjawab supaya ia boleh terus beroperasi dengan tepat dan selamat, tanpa kerosakan atau kehilangan.

Sistem dan peranti Syarikat, seperti komputer, telefon, pencetak dan peranti penyalin, disediakan untuk kegunaan bisnes. Kadang kala, kegunaan peribadi diperlukan. Ini dibenarkan selagi ia munasabah, dihadkan dan secara sampingan. Sebagai perlindungan berterusan untuk semua sumber ini, Bemis memelihara hak untuk memantau penggunaannya, sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan.

Kita menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara bertanggungjawab dengan

• memastikan hanya pengguna dibenarkan mempunyai akses kepada perkhidmatan rangkaian dan komputer Bemis, seperti intranet, aplikasi e-mel dan direktori fail rangkaian kita

• memberi akses kepada pengguna yang dibenarkan dengan sistem dan data yang diperlukan sahaja kepada untuk melakukan tugas mereka

• melindungi ID pengguna dan kata laluan kita dengan menukarnya secara kerap dan tidak sekali-kali berkongsi kata laluan dengan orang lain

• memastikan peralatan komputer selamat dan dipelihara pada sepanjang masa, di dalam atau di luar premis Bemis, termasuk komputer riba, telefon pintar dan peranti simpanan

• memastikan sebarang data Syarikat yang disimpan dalam media boleh alih disimpan dengan selamat, dan hanya menggunakan media yang disediakan oleh Syarikat

• tidak sekali-kali membuka lampiran e-mel yang mencurigakan atau mengikut hiperpautan yang meragukan

• mengelakkan aktiviti yang tidak sesuai dalam sistem komputer Syarikat, seperti mengakses atau mewujudkan kandungan yang menjelikkan atau tnah

• tidak menyalahgunakan kemudahan telefon, komputer, pencetak, peranti penyalin dan lebar jalur rangkaian Syarikat untuk kegunaan peribadi terhad, penggunaan sebegitu perlu bersifat sampingan, tidak kerap dan dibenarkan di bawah dasar Syarikat tempatan50 Kod Kelakuan Bemis 2015©

• mengehadkan penggunaan peranti tanpa wayar peribadi kita semasa waktu bekerja untuk mengelakkan kesan buruk pada produktiviti

Bagaimana Jika...?S. Anak lelaki saya yang berusia sepuluh tahun suka

menelefon saya setiap petang selepas dia pulang dari sekolah untuk berkongsi cerita mengenai harinya. Adakah saya dibenarkan bercakap dengannya menggunakan telefon Syarikat?

J. Kami memahami bahawa komunikasi ada kalanya dengan rakan-rakan dan orang tersayang mungkin diperlukan semasa anda di tempat kerja. Panggilan, pesanan teks atau e-mel ringkas secara tidak kerap tidak menimbulkan masalah. Anda perlu menggunakan pertimbangan baik berkenaan dengan panggilan telefon, pesanan teks dan e-mel peribadi semasa bekerja. Pastikan ia tidak mengganggu kerja anda atau perhatian rakan sekerja anda.

Rujuk Dasar Teknologi Maklumat dalam bahagian Dasar Korporat Bemis di intranet kita untuk maklumat lanjut tentang penggunaan sistem komunikasi dan maklumat yang wajar.

Perdagangan Orang Dalam Kita tidak sekali-kali menggunakan atau berkongsi

maklumat material bukan umum mengenai Bemis atau sesebuah syarikat lain bagi tujuan membeli atau menjual sekuriti.

Sepanjang tempoh kerja kita, kita mungkin ada akses pada maklumat yang tidak diketahui umum. Sama ada maklumat itu kepunyaan Bemis atau entiti lain, kita berhati-hati untuk memelihara reputasi kita sebagai syarikat yang boleh dipercayai untuk melindungi maklumat yang diamanahkan kepada kita. Ini diguna pakai terutamanya pada maklumat material bukan umum mengenai Bemis atau syarikat lain, termasuk pelanggan dan rakan niaga kita.

Maklumat material bukan umum ialah maklumat yang kita ketahui tetapi belum disiarkan kepada umum. Seorang pelabur yang ber kiran waras akan menganggap maklumat ini penting dalam memutuskan sama ada hendak menjual atau membeli saham. Perdagangan orang dalam berlaku apabila individu menggunakan "maklumat dalaman" ini untuk kelebihan peribadi, untuk mengelakkan kerugian dalam pasaran saham atau untuk berkongsi supaya orang lain melakukan tindakan yang sama. Perdagangan orang dalam adalah jenayah serius yang membawa hukuman denda berat sehingga hukuman penjara.

• Kita boleh membantu menghalang perdagangan orang dalam dan penyalahgunaan pasaran dengan tidak sekali-kali membeli, menjual atau sebaliknya berurusan dengan saham di Bemis, atau sebarang syarikat yang didagangkan di bursa saham, apabila memiliki maklumat dalaman

• tidak sekali-kali menjual atau membeli saham sehingga maklumat dalaman mengenai syarikat berkaitan atau sekuritinya disediakan kepada umum dan pelabur sudah berpeluang menilai maklumat itu

• tidak mendedahkan maklumat dalaman kepada sesiapa di luar Bemis, termasuk ahli keluarga, saudara-mara atau rakan-rakan

• hanya berkongsi maklumat dalaman dengan rakan sekerja setakat yang diperlukan

• berhati-hati melindungi maklumat dalaman daripada pendedahan tidak sengaja

• mengelakkan kelihatan seperti berdagang atas maklumat dalaman dengan menolak untuk melibatkan diri dalam jualan singkat, jualan dan belian pilihan atau terbitan lain pada saham Bemis

• tidak melibatkan diri dalam "memberi maklumat", iaitu menyampaikan maklumat material bukan umum secara langsung atau tidak langsung, mengenai sebarang syarikat kepada sesiapa yang mungkin berdagang, apabila memiliki maklumat sebegitu

• tidak sekali-kali menggalakkan orang lain berdagang menggunakan maklumat dalaman

• tidak sekali-kali menyebarkan maklumat palsu atau melakukan sebarang perkara yang memanipulasi harga sekuriti yang didagangkan di bursa saham

Bagaimana Jika...?S. Pelaburan bapa saya terjejas teruk dalam krisis kewangan

global. Dia bertanya saya jika dia patut membeli saham Bemis. Saya berasa tindakan itu benar-benar boleh membantunya, terutamanya memandangkan kita menjangka pelancaran produk akan datang untuk meningkatkan harga saham. Bolehkah saya memberitahu bapa saya mengenai pelancaran produk itu?

J. Jangan sebut tentang pelancaran produk itu. Ia adalah maklumat material bukan umum yang boleh memberi bapa anda kelebihan perdagangan yang tidak adil. Perkongsian maklumat itu adalah salah di sisi undang-undang. Beritahu bapa anda, memandangkan anda ialah pekerja Bemis, anda tidak boleh memberi maklumat yang boleh menggalakkan atau menghalang sesiapa berurus niaga saham syarikat itu. Minta dia merujuk pada bahagian Hubungan Pelabur dalam laman web kita yang mengandungi berita kewangan dan korporat mengenai syarikat. Dia juga boleh menghubungi Hubungan Pelabur jika ingin mengajukan soalan khusus.

Rujuk Dasar Pendedahan Maklumat dan Perdagangan Sekuriti kita untuk maklumat lanjut tentang peraturan berkaitan dengan perdagangan.

51Kod Kelakuan Bemis 2015©

52 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MELINDUNGI ALAM SEKITAR

CARA KITA CEMERLANG

Di Bemis, kita memikul tanggungjawab untuk meminimumkan kesan operasi kita pada alam sekitar. Kita melakukan perkara ini melalui penambahbaikan berterusan dalam kemampanan produk dan pengurusan teliti proses pembuatan kita.

53Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB KITA MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL UNTUK ALAM SEKITAR

Kita komited dengan menerajui tanggungjawab pada alam sekitar. Kita memahami bahawa operasi dan aktiviti kita ada memberi kesan pada alam sekitar dan kita berusaha meminimumkan kesan ini dengan pelbagai cara. Contohnya, kita bangga dengan inovasi kita dalam rekaan pembungkusan mampan yang memelihara produk pelanggan lebih lama dengan menggunakan bahan yang lebih sedikit.

Kita bekerja keras mengurangkan sumber dengan membina pembungkusan lebih kuat, lebih ringan dan lebih padat yang mengurangkan keperluan pengangkutan dengan trak serta mengurangkan juga penggunaan bahan mentah, bahan bakar, elektrik dan air. Kita juga mencari peluang bekerja dengan pelanggan dan rakan niaga yang berkongsi visi kami untuk menghasilkan rekaan pembungkusan dan proses pengeluaran yang lebih mampan.

Kita melakukan pendekatan strategik bagi pengawasan alam sekitar kita. Setiap kita berperanan mengekalkan komitmen kita, memikirkan idea baharu dan membantu mencapai matlamat kemampanan kita.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MELINDUNGI PLANET BUMI

Kita menyumbang kepada amalan mampan Syarikat kita dengan

• mematuhi semua undang-undang alam sekitar dan dasar Syarikat yang berkenaan

• melaporkan sebarang tumpahan, kebocoran, atau aliran secara tidak sengaja kepada wakil Keselamatan tempatan atau menghubungi Talian Kecemasan Krisis Bemis di 1-855-236-4791 (A.S. dan Kanada) atau 1-612-672-8000 (Global)

• mengikuti prosedur dan rancangan Syarikat untuk pengurusan sisa buangan dan mengitar semula bagi mencapai matlamat tahun 2020 kita iaitu sifar sisa buangan ke kambus tanah

• mengambil langkah kecil yang praktikal setiap hari, seperti menutup lampu yang tidak digunakan, menetapkan suhu termostat yang bersesuaian dan tidak membiarkan enjin kenderaan melahu, untuk memotong pengeluaran haba dan mengurangkan penggunaan air, bahan bakar dan elektrik kita

Bagaimana Jika...?S. Saya bekerja dalam barisan pengeluaran salah satu

kilang pembungkusan produk penjagaan kesihatan kita. Saya bukan pakar proses bisnes, tetapi tidak lama dahulu saya mengesan peluang untuk melakukan pembetulan kecil pada salah satu proses yang boleh mencegah pembaziran bahan. Saya menyebut perkara ini kepada penyelia syif saya, dan dia memberitahu saya bahawa dia akan menyampaikan cadangan saya, tetapi dia tidak pernah membuat susulan. Apabila saya mengingatkan dia baru-baru ini, dia menyuruh saya kembali bekerja dan "serahkan kerja menyelamatkan planet kepada pakar." Saya berasa kecewa. Patutkah saya membiarkan sahaja perkara ini?

J. Apabila menyentuh tentang penambahbaikan bisnes kita dan menjadikannya lebih mampan, idea hebat boleh muncul dalam kiran sesiapa di antara kita pada bila-bila masa. Kita perlu berasa berkuasa untuk mengetengahkan idea kita tanpa mengira peranan. Kita patut sekurang-kurangnya menyebabkan idea itu dipertimbangkan. Tingkah laku penyelia anda dalam kes ini tidak boleh diterima dan tidak selari dengan nilai Bemis. Anda perlu pertimbangkan untuk menyuarakan idea anda melalui saluran lain yang bersesuaian, seperti wakil HR tempatan anda atau Penyelidikan dan Pembangunan korporat.

Rujuk laman Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan dalam intranet kita untuk maklumat lanjut.

54 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENYERTAI PROSES POLITIK

CARA KITA CEMERLANG

Kita menggalakkan penyertaan aktif dalam proses politik yang boleh membawa perbezaan positif dalam hidup kita dan komuniti kita. Sebagai syarikat, kita berhubung secara membina dengan semua kerajaan di semua rantau tempat kita beroperasi.

55Kod Kelakuan Bemis 2015©

SEBAB SUARA KITA MEMBAWA PERBEZAAN

Kita percaya bahawa proses politik yang terbuka dan teguh menghasilkan masyarakat yang lebih adil, cekap dan produktif. Kita menyokong hak setiap pekerja untuk menyuarakan kepercayaan peribadinya dan secara aktif menyertai proses politik.

Kita tidak sepatutnya menggunakan waktu kerja atau sumber Syarikat untuk aktiviti politik peribadi. Kita tidak mahu orang lain memikirkan yang Bemis menyokong perjuangan peribadi kita kerana ini boleh merosakkan jenama dan reputasi kita.

Peraturan yang mentadbir urus sumbangan politik badan korporat jauh berbeza di antara negara. Di mana sahaja kita menjalankan bisnes, kita akan bekerja dengan Perundangan dan Pematuhan untuk memastikan kita mematuhi undang-undang pilihan raya dan kewangan kempen tempatan. Jika kita berhubung dengan penggubal undang-undang atau agensi kerajaan, kita akan betul-betul mematuhi undang-undang melobi dan tidak sekali-kali cuba "membeli pengaruh."

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MENGGUNAKAN HAK SIVIK DAN POLITIK KITA

Sama ada kita menyertai proses politik sebagai individu atau sebagai syarikat, atau berhubung dengan kerajaan, ada piawai tertentu yang kita mesti ikuti. Contoh khusus disebut di bawah.

Aktiviti Politik Peribadi Setiap daripada kita berhak untuk menyertai proses

politik dan melibatkan diri dalam aktiviti sivik, termasuk memegang jawatan politik.

Apabila mengambil bahagian dalam aktiviti politik, anda mesti

• menerangkan dengan jelas bahawa pandangan dan tindakan politik anda adalah bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan Syarikat

• melakukannya di luar waktu pejabat, di luar pejabat dan menggunakan perbelanjaan sendiri

• memaklumkan Perundangan dan Pematuhan jika anda memutuskan untuk bertanding jawatan politik, bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kon ik kepentingan

Bagaimana Jika...?S. Saya sedang menjalankan kempen calon untuk gabenor

di negeri tempat tinggal saya. Bolehkah saya membuat salinan poster kempen menggunakan mesin penyalin Syarikat?

J. Walaupun kita menggalakkan pekerja untuk aktif dalam hal ehwal sivik, semua penglibatan sebegitu mesti dibuat hanya dalam waktu peribadi dan menggunakan perbelanjaan peribadi. Penggunaan sebarang peralatan, kemudahan, telefon atau dana pejabat tidak dibenarkan.

Aktiviti Politik Korporat Sebagai syarikat, kita sentiasa mematuhi undang-undang

pilihan raya dan kewangan kempen politik tempatan, negeri dan kebangsaan.

Kita melakukannya dengan

• tidak membuat sebarang sumbangan atau perbelanjaan politik secara langsung atau tidak langsung bagi pihak Bemis tanpa kelulusan terlebih dahulu oleh Perundangan dan Pematuhan

• tidak menggunakan kemudahan korporat untuk aktiviti mengumpul dana semasa waktu bekerja

Melobi Kita tidak sekali-kali menggunakan cara tidak

betul dalam cubaan mempengaruhi agensi, wakil atau penggubal undang-undang kerajaan untuk mengeluarkan hasil yang berpihak pada Bemis.

Walaupun melobi adalah aktiviti sah di sisi undang-undang untuk mencapai perubahan politik dan sivik, ia mesti sentiasa dilakukan menurut undang-undang yang berkenaan.

Kita melakukannya dengan

• mematuhi semua syarat pelaporan dan peraturan yang berkenaan tentang pendedahan umum, hanya jika kita ada kebenaran untuk meluluskan aktiviti melobi bagi pihak Bemis

• mendapatkan kebenaran untuk berhubung dengan penggubal undang-undang, pegawai kawal selia kanan, pegawai cawangan eksekutif atau staf mereka bagi pihak Syarikat

Hubungi Perundangan dan Pematuhan untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti melobi dan politik yang betul.

56 Kod Kelakuan Bemis 2015©

MENJALANKAN BISNES DI PERINGKAT GLOBALCARA

KITA CEMERLANG Sebagai syarikat yang menjalankan bisnes di peringkat global, Bemis komited dalam mematuhi semua undang-undang berkenaan yang mentadbir urus dagangan antarabangsa.

SEBAB KITA MESTI BERDAGANG SECARA BERHATI HATI

Kita beroperasi di peringkat global. Oleh itu, kita tertakluk pada undang-undang mentadbir urus perdagangan antarabangsa yang kompleks dan pelbagai antara satu kawasan bidang kuasa dengan yang lain. Semua undang-undang ini boleh menjejaskan kemampuan kita menjual dan mengeksport produk kita di samping mengimport bahan mentah.

Dari semasa ke semasa, keselamatan nasional, keadaan politik dan pertimbangan ekonomi boleh menyebabkan kerajaan dan organisasi antarabangsa untuk mengenakan sekatan dagangan merangkumi negara, organisasi dan individu tertentu. Semua had ini boleh termasuk embargo atau boikot dagangan, larangan perjalanan, pembekuan aset dan larangan pemindahan tunai atau teknologi.

Pelanggaran kawalan import eksport, sekatan dagangan dan boikot boleh mengakibatkan denda berat, penarikan balik permit atau sehingga hukuman penjara. Mematuhi semua undang-undang ini bermakna kita bukan sekadar melindungi Bemis, malah kita menjadi dunia yang lebih selamat.

PERKARA YANG KITA LAKUKAN UNTUK MEMATUHI PERATURAN DAGANGAN

Kita memahami dengan teliti serta memenuhi tanggungjawab kita dengan

• tidak sekali-kali mengambil, memasarkan atau mengedarkan sesuatu merentas sempadan antarabangsa tanpa mengetahui terlebih dahulu implikasi kawal selia

• menurut dasar dan prosedur Syarikat yang direka bentuk untuk menangani peraturan dagangan

• tidak secara sengaja memasarkan, menjual atau menyediakan perkhidmatan kepada sesiapa yang berada dalam senarai sekatan atau embargo A.S., EU atau negara lain yang berkenaan

• mematuhi semua larangan kontrak atau statutori berkenaan dengan pihak yang dibenarkan untuk mengakses maklumat pelanggan

• menjalankan penilaian risiko dan pemeriksaan usaha wajar terhadap organisasi pihak ketiga yang kita rancang untuk bekerjasama menjalankan bisnes

• melaporkan kepada Perundangan dan Pematuhan jika mana-mana pelanggan, pembekal atau pihak lain mengajak kita menyertai rancangan boikot

Maklumat lanjut mengenai peraturan dagangan antarabangsa boleh didapati dengan menghubungi kumpulan Pematuhan Dagangan Global.

MAKLUMAT HUBUNGAN GLOBAL UNTUK COMPLIANCE CONNECTION LINE KITA

Compliance Connection Line kita menawarkan cara sulit untuk menjawab soalan anda mengenai Kod Kelakuan Bemis, menjawab kebimbangan anda tentang membuat keputusan beretika atau melaporkan pelanggaran Kod.

Gunakan Compliance Connection Line dengan memfailkan laporan melalui Web (www.complianceconnection.bemis.com) atau menghubungi nombor yang sepadan dengan lokasi anda di bawah. Semua pilihan ini disediakan untuk anda 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Untuk Berhubung melalui Telefon: Argentina .........................................................................................................................................00 800 1777 9999 Australia ...........................................................................................................................................0011 800 1777 9999 Belgium ............................................................................................................................................00 800 1777 9999 Brazil ................................................................................................................................................0021 800 1777 9999 Chile .................................................................................................................................................1230 020 3559 China (semua pembawa) .................................................................................................................00 400 120 3062 Czech (panggilan pindah bayaran/panggilan caj balikan) ............................................................. +1 720 514 4400 Denmark .........................................................................................................................................00 800 1777 9999 Finland ............................................................................................................................................990 800 1777 9999 Perancis (termasuk Andorra, Corsica dan Monaco) .......................................................................00 800 1777 9999 Jerman .............................................................................................................................................00 800 1777 9999 Hong Kong .......................................................................................................................................001 800 1777 9999 Ireland ..............................................................................................................................................00 800 1777 9999 Itali ...................................................................................................................................................00 800 1777 9999 Jepun ...............................................................................................................................................001 800 1777 9999 Malaysia ...........................................................................................................................................00 800 1777 9999 Mexico ..............................................................................................................................................001 866 376 0139 New Zealand ....................................................................................................................................00 800 1777 9999 Norway .............................................................................................................................................00 800 1777 9999 Poland .............................................................................................................................................00 800 111 3819 Singapura .........................................................................................................................................001 800 1777 9999 Sepanyol (termasuk Kepulauan Canary) ........................................................................................00 800 1777 9999 Sweden ............................................................................................................................................00 800 1777 9999 Switzerland (termasuk Lichtenstein) ..............................................................................................00 800 1777 9999 United Kingdom (termasuk England, Scotland, Ireland Utara dan Wales) .................................. 00 800 1777 9999 Amerika Syarikat (termasuk Kepulauan US Virgin, Puerto Rico dan Guam) ............................... 800 461 9330 Uruguay (panggilan pindah bayaran/panggilan caj balikan) ......................................................... +1 720 514 4400

Jika negara anda tidak disenaraikan di atas, sila rujuk laman web (www.complianceconnection.bemis.com) sekiranya ada pilihan panggilan bebas tol disediakan. Ataupun, anda boleh menggunakan nombor +1 720 514 4400 untuk panggilan pindah bayaran/panggilan caj balikan. Bantuan operator mungkin diperlukan dan caj tempatan mungkin dikenakan.

Untuk Berhubung Melalui Web: www.complianceconnection.bemis.com

Cara Lain untuk Berhubung: Anda juga boleh menghubungi Pasukan Integriti Bisnes dan Pematuhan melalui salah satu cara berikut:

• E-mel: [email protected]• Telefon: 920 527 5668• Alamat: Pasukan Integriti Bisnes dan Pematuhan

Bemis Company, Inc. One Neenah Center PO Box 669

Neenah, WI 54957

bemis.com