Nilai Keadilan Islam Dan Buddha
-
Upload
fara-mohd-lazim -
Category
Documents
-
view
131 -
download
4
description
Transcript of Nilai Keadilan Islam Dan Buddha
NILAI KEADILAN AJARAN AGAMA ISLAM
Islam adalah agama persamaan dan keadilan. Allah SWT bersifat adil dan
cintakan keadilan dan kasihkan orang yang bersifat adil. Antara asas yang sangat
ditekankan dalam syariat Islam adalah prinsip keadilan kepada semua manusia.
Banyak ayat al-Quran yang menyeru kepada keadilan dan mencegah daripada bersifat
zalim. Keadilan merupakan salah satu daripada tiga asas pegangan hidup Islam, seiring
dengan tauhid dan khilafah. Menurut Islam, dengan menegakkan keadilan akan
memberikan kebaikan kepada seseorang, manakala pelanggaran terhadapnya akan
mengakibatkan mala petaka.
Keadilan juga termasuk dalam akhlak Islam yang mesti diamalkan di dalam
semua aspek kehidupan dan kepada semua manusia meliputi sahabat dan musuh.
Sekiranya ia dipinggirkan, maka ia dianggap satu dosa dan kesalahan di sisi Allah
SWT. Tidak ada subjek yang lebih berkait rapat dengan konsep keadilan kecuali hak
asasi manusia. Ini bermakna keadilan tidak akan menjadi kenyataan jika hak asasi
manusia tidak diiktiraf oleh masyarakat. Ia juga adalah asas kepada kehidupan
bermasyarakat dalam Islam. Konsep keadilan ini perlu ditonjolkan di dalam setiap
perhubungan, antara pemimpin dan rakyat, orang kaya dan miskin, suami dan isteri,
mahupun ibu bapa dan anak-anak.
Apabila keadilan ditegakkan dalam semua aspek, maka terjaminlah keamanan
dan ketenteraman di dalam keluarga, masyarakat dan negara. Sifat dan tabiat yang adil
mencerminkan kesempurnaan akal dan akhlak yang menjanjikan kebahagiaan hakiki.
Kedudukan adil bagi seorang manusia menurut pandangan Islam ditentukan bukan oleh
ketinggian darjat keturunan atau kekayaan mahupun kekuasaan, tetapi oleh
ketakwaannya yang merupakan hasil dari ketinggian ilmu dan akhlaknya. Keadilan yang
diperkenalkan oleh Islam adalah keadilan yang pasti, ia tidak dapat digoncang oleh rasa
cinta dan benci, tidak pula dipengaruhi oleh hubungan kekeluargaan individu dan
kecenderungan peribadi.
NILAI KEADILAN Ajaran Agama Buddha
Menurut agama Buddha, nilai keadilan adalah penting dalam semua aspek.
Sebagai contoh nilai keadilan penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Hal ini
bertujuan untuk membina keluarga yang harmoni dan aman sejahtera. Ibu bapa
berperanan utama dalam mewujudkan dan memupuk rasa adil dalam sesebuah
keluarga. Sebagai seorang bapa merangkap kepada ketua sebuah keluarga haruslah
bijak untuk melakukan sesuatu tindakan. Misalnya dalam hal pembahagian barangan
dan juga pendidikan. Sebagai seorang bapa, seseorang itu perlu berlaku adil dalam
memberikan sebarang pendidikan kepada anak-anaknya. Tidak seharusnya timbul rasa
pilih kasih pada setiap anak-anak. Sekiranya wujud perasaan seperti ini, maka haruslah
segera di jauhkan untuk mengelakkan rasa dendam dalam diri anak-anak.
Sering terjadi dalam institusi kekeluargaan akan berlakunya penipuan dalam
pembahagian harta. Hal seperti ini adalah kerana tidak adanya sifat keadilan dalam diri
pembahagi harta tersebut. Dalam ajaran agama Buddha telah melarang penganutnya
supaya tidak melakukan penipuan. Jika seseorang melakukan perbuatan menipu akan
menyebabkan satu bentuk penganiayaan terhadap bagi individu yang ditipu. Perkara ini
dianggap keji dalam ajaran Buddha dan semestinya akan menimbulkan rasa marah
terhadap mangsa penipuan.
Begitu juga dalam sistem kehakiman untuk menjatuhkan sebarang hukuman.
Nilai keadilan amat sukar dipraktikan dalam mengambil keputusan dan sebarang
tindakan. Apa yang penting sebenarnya ialah untuk bercakap benar bagi menyebabkan
suatu pihak yang tidak bersalah teraniaya. Di sini dapat dilihat kerelevanan ajaran
Buddha dalam pendidikan moral. Dalam ajaran Buddha berkaitan dengan Perintah
yang keempat menyentuh supaya tidak boleh menipu dan berbohong sesama manusia.
Jika seseorang tersebut mampu bercakap benar, secara tidak langsung mereka juga
akan berlaku adil. Jadi adalah relevan agama Buddha dalam pendidikan moral.
Melalui nilai keadilan yang terdapat dalam diri seseorang dapat membentuk
insan bermoral di mana dengan adanya nilai keadilan tersebut, seseorang itu dapat
melaksanakan perkara-perkara yang menjurus kearah kebaikan. Teori kemoralan
sosial dapat dikaitkan dengan nilai keadilan. Teori kemoralan sosial ini merupakan
tingkah laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan
aman dan harmoni. Sebagai contoh, kanak-kanak yang melakukan kesalahan kerana
membuli rakannya akan diambil tindakan yang sewajarnya. Pihak atasan akan
mengenakan denda kepada pembuli tersebut. Di sini dapat dilihat bahawa nilai keadilan
terbentuk kerana pesalah dikenakan denda yang setimpal atas perbuatannya mengikut
undang-undang dan kanak-kanak yang dibuli memperoleh keadilan. Mengikut teori ini,
peraturan moral dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah
supaya wajib dipatuhi. Keadilan juga telah menjadi satu amalan dalam masyarakat.
Nilai dalam teori ini banyak mementingkan masyarakat dan bukan individu dalam
mencapai matlamat moral.
Selain itu juga, teori perkembangan moral kanak-kanak turut boleh dikaitkan
dengan nilai keadilan melalui ajaran agama Islam dan ajaran agama Buddha ini. Teori
yang dapat dikaitkan adalah teori perkembangan moral Lawrence. Kanak-kanak
akan mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Mereka juga akan
mempraktikkan kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan, keadilan dan pelbagai jenis
aspek moral yang lain, walaupun mereka tidak mengetahui maksud moral yang
sebenar. Sebagai contoh, jika seseorang kanak-kanak iaitu Ahmad dicubit oleh Arif, jadi
untuk berlaku adil Ahmad dibolehkan mencubit Arif. Pada peringkat ini, timbul persoalan
hak-hak peribadi dan tujuan-tujuan sesuatu tingkah laku. Dengan itu, mereka akan
berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan kerana terdapatnya penyerapan
nilai-nilai keadilan dalam tindakan tersebutnya. Jelaslah, bahawa nilai keadilan
menjadikan seseorang itu insane bermoral.