nilai murni~~~

download nilai murni~~~

of 29

description

NILAI

Transcript of nilai murni~~~

Definisi Budi Bahasa dan Nilai-Nilai MurniMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasa sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusiaDato Dr Hassan Ahmad berkenaan dengan budi. Kata beliau Makna perkataan budi ini luas, tidak terhad pada makna yang berkaitan dengan tingkah laku atau pekerti manusia sahaja, tetapi mencakup seluruh aspek tindakan, perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan, mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun manusia. Istilah lain yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah adab atau budaya.Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga menaktifkan nilai sebagai satu `preference', iaitu sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat-matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya.Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"(Wan Mohd. Zahid, 1988)Budi bahasa dan nilai-nilai murni boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkahlaku, perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan orang lain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Budi bahasa juga menunjukkan kejernihan fikiran, ketinggian akhlak dan akal budi seseorang atau sesuatu bangsa.Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata, sedasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang peranan ibu bapa dalam melahirkan masyarakat yang penyayang. Obligasi yang wajib dipikul oleh ibu bapa semakin kerap dipaparkan melalui dada-dada media cetak mahupun media elektronik. Pembentukan masyarakat penyayang sering dipolemikkan dan dijadikan agenda utama untuk dibahaskan di parlimen ataupun di warung-warung kopi. Pembentukan masyarakat penyayang dianggap amat penting kerana hal ini merupakan asas bagi masyarakat untuk mengamalkan sikap sayang-menyayangi, hormat-menghormati, bekerjasama, bantu-membantu, dan pemupukan nilai-nilai murni yang lain. Masyarakat penyayang ini telah menjadi impian negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah pragmatik dan efektif yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk melahirkan masyarakat penyayang.

Bapa borek anak rintik merupakan peribahasa yang sering berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Daripada realiti ini, dapatlah kita katakan bahawa ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik. Walau bagaimanapun, terdapat juga ibu bapa yang berperangai buruk dan menunjukkan sikap negatif seperti merogol, mendera dan sebagainya. Dalam konteks ini, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sejak kecil lagi, ibu bapa perlu menampilkan sikap penyayang kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung. Lama-kelamaan anak-anak akan mengikut tabiat yang positif ini dan masyarakat yang penyayang akan dapat dilahirkan. Tegasnya, peranan ibu bapa amat penting dalam melahirkan masyarakat yang penyayang.

Seperti yang telah dinyatakan, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting kepada anak-anak supaya dapat melahirkan masyarakat yang penyayang. Ibu bapa sewajarnya memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala yang negatif. Ibu bapa boleh meluangkan masa untuk menemani anak-anak mereka pada masa lapang dan merancang aktiviti yang berfaedah bersama-sama anak-anak mereka. Perkara ini amat berkesan berbanding ibu bapa yang hanya tahu bekerja sahaja dan memenuhi segala permintaan anak mereka tanpa meluangkan masa untuk anak-anak mereka. Biar kita ambil contoh, ibu bapa boleh cuba berkomunikasi dengan anak-anak mereka dan memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka serta memberikan sokongan kepada mereka supaya mereka dapat menyelesaikan masalah. Dengan berbuat sedemikian, jalinan ukhuwah antara ahli-ahli keluarga akan menjadi lebih baik dan anak-anak akan dapat merasai kasih sayang yang secukupnya daripada keluarga mereka serta tidak terlibat dengan gejala negatif semata-mata untuk meraih perhatian daripada ibu bapa. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa yang berbunyi bagai menatang minyak yang penuh. Oleh itu , ibu bapa mesti memberikan perhatian terhadap anak-anak dan memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka untuk melahirkan masyarakat yang penyayang .

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa harus memberikan didikan agama atau didikan moral yang secukupnya kepada anak-anak. Ibu bapa perlulah menekankan kepentingan ajaran agama terhadap pembentukan sahsiah remaja kerana didikan agama dan moral dapat menjamin kekuatan iman remaja agar mereka dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Seterusnya, mendorong remaja mengawal tingkah laku mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang bukan sahaja menjatuhkan maruah diri malah mencalar maruah keluarga. Tanggapan sesetengah ibu bapa bahawa tanggungjawab mereka tidak lebih daripada menyekolahkan dan menyediakan makan minum anak-anak serta tempat tinggal memang tidak benar sama sekali. Mereka juga harus memastikan anak-anak mereka mendapat didikan agama atau didikan moral yang sempurna supaya mereka mempunyai pemikiran yang positif. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Didikan agama yang dibekalkan kepada remaja dapat memastikan bahawa anak-anak mereka mempunyai benteng jati diri yang kukuh sekukuh Tembok Besar China untuk menolak ajakan rakan-rakan yang tidak bermoral untuk melibatkan diri dalam kebejatan sosial yang mampu mencemarkan imej diri dan merosakkan nama baik sesebuah institusi keluarga. Kurangnya penglibatan remaja dalam kancah sosial merupakan agenda yang boleh mempengaruhi sekali gus melahirkan masyarakat penyayang dengan secepat mungkin dan masyarakat Malaysia dapat dijadikan suri teladan yang baik kepada masyarakat dunia.

Pada realitinya, dewasa ini memang sukar dinafikan ibu bapa juga perlu mendedahkan anak-anak mereka dengan aktiviti masyarakat setempat dalam melahirkan masyarakat penyayang. Dalam menyoroti hal ini, ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung dengan hanya membataskan pergerakan anak mereka di dalam rumah sahaja dek takut mereka akan terlibat dengan gejala negatif di luar rumah. Sebagai analoginnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti gotong-royong yang dianjurkan pihak tertentu di kawasan perumahan. Hal ini sudah pasti dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bersatu padu antara anak-anak dan ahli-ahli komuniti setempat. Tidak mustahil rasanya jika prakarsa ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan anak-anak kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Anak-anak akan dapat menimba pengalaman seperti menghargai dan dihargai apabila mereka bekerjasama dalam aktiviti bergotong-royong bersama-sama penduduk setempat kerana mereka akan saling beramah mesra dan saling membantu dalam menyiapkan tugas masing-masing. Deduksinya, pendedahan anak-anak terhadap aktiviti masyarakat setempat merupakan salah satu elemen penting bagi melahirkan masyarakat penyayang.Pada asasnya, nilai murni adalah nilai bersifat universal yang memprojekkan kepada adab yang terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka perhubungannya dengan tuhan, manusia dan alam. Perbincangan nilai murni cenderung membahaskan domain-domain nilai substantif seperti agama, rohaniah, moral dan estetika yang mencetuskan stimulasi yang positif seperti ketenangan emosi, kedamaian pemikiran, jiwa yang bersih dan keluhuran akal budi manusia. Nilai murni juga merangkumi set-set nilai yang terdiri daripada nilai instrumental, nilai mutakhir dan nilai integratif. Berdasarkan kepada penjelasan ini, dapatlah difahami bahawa unsur-unsur alam dan benda yang lain diluar kategori manusia dianggap tidak mempunyai nilai murni.Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka. Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing ke dalam jiwa anak-anak. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang berasaskan agama penting untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.Pada alaf baharu ini, ibu bapa diberikan peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan obligasi yang wajib dipikul oleh ibu bapa. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat hari ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan dalam hal yang bersangkut-paut dengan pembentukan masyarakat penyayang. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. Masyarakat penyayang merupakan masyarakat yang anggotanya mengamalkan sikap yang sayang-menyayangi, hormat-menghormati, bantu-membantu, dan nilai murni yang lain. Masyarakat seperti ini menjadi impian negara kita untuk merealisasikan Wawasan 2020. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah pragmatik yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat penyayang.

Peranan ibu bapa yang paling signifikan ialah ibu bapa perlu memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Kasih sayang ibu bapa dapat dilihat melalui kesanggupan ibu bapa meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Pada masa itu, ibu bapa harus berkongsi masalah anak-anak dan menjadi pendengar setia kepada setiap luahan hati anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk mengeratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Dengan ini, bibit-bibit kasih sayang akan mekar dalam jiwa anak-anak. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.

Selain itu, ibu bapa sewajarnya memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak semenjak kecil lagi bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Akan tetapi, ibu bapa kini terlalu mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka dalam mencurahkan didikan agama kepada nanak-anak. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan bahawa didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap agama amat mementingkan hubungan baik dengan Pencipta, sesama manusia dan alam sekitar. Hai ini akan tercapai dengan adanya nilai kasih sayang dalam kehidupan. Misalnya, mereka perlu menggalakkan anak-anak mengikuti kelas agama supaya anak-anak akan menjadi insan yang penyayang. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang penyayang akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti melalui didikan agama yang teguh.

Seperkara lagi itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk seperti menjadi pendera, perogol dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi entiti mithali kepada anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang penyayang kepada anak-anak sejak kecil lagi seperti sering membawa anak-anak menziarahi orang tua di kampung. Lama-kelamaan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini dan masyarakat penyayang akan dilahirkan. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang penyayang pada alaf globalisasi ini.

Jika kita tinjau dari perspektif yang berbeza pula, ibu bapa juga harus menjaga keharmonian rumah tangganya. Hal ini dikatakan demikian kerana kerharmonian rumah tangga dapat mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia dan hidup dengan penuh limpahan kasih sayang. Ikatan kasih sayang yang teguh daripada ibu bapa sudah pasti dalam membentuk jiwa anak-anak dengan nilai kasih sayang dan sekali gus mereka akan mencontohi sikap penyayang ibu bapa mereka kerana kepimpinan melalui teladan. Ibu bapa seyogianya memastikan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga erat bagi melahirkan keluarga yang penyayang. Hal ini dapat dipraktikkan dengan mengelakkan sebarang pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak yang masih belum keras ubun-ubunnya dan sentiasa menghormati pasangan hidup masing-masing. Dengan adanya sikap toleransi dan hormat-menghormati ditambah lagi dengan kasih sayang maka impian kita untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dapat dilahirkan.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga haruslah melibatkan anak-anak dalam aktiviti masyarakat. Ibu bapa seyogianya mendekatkan anak-anak mereka dengan masyarakat setempat bagi mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat. Dengan ini, anak-anak akan dapat mengenali ahli komunitinya dengan lebih dekat lagi dan perasaan sayang akan timbul dalam sanubari mereka kerana kata orang, tak kenal maka tak cinta, sudah kenal baru jatuh cinta. Contohnya, ibu bapa boleh mengajak anak-anak untuk menyertai gotong-royong di kawasan tempat tinggal atau solat berjemaah di surau atau di masjid. Bukan itu sahaja, keprihatinan ibu bapa tatkala jiran kita ditimpa musibah dengan menghulurkan sedikit sumbangan sama ada dari sudut fizikal, material dan sokongan sudah tentu dapat membuka mata anak-anak untuk membuat perkara yang sama apabila mereka dewasa kelak. Secara implisitnya, perasaan kasih sayang akan mekar dalam kehidupan masyarakat kita. Sesungguhnya, hubungan silaturahim yang erat mampu melahirkan masyarakat yang penyayang. Secara deduksinya, ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam melahirkan masyarakat yang penyayang. Namun begitu, tindakan mengharapkan ibu bapa semata-mata juga tidak akan berkesan kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Setiap individu dalam kalangan masyarakat harusnya mengambil inisiatif untuk melakukan anjakan paradigma bagi merealisasikan pembentukan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan cara ini, masyarakat kita akan dipandang tinggi sebagai sebuah bangsa yang bukan sahaja maju dari aspek kebendaannya, justeru kaya dengan budaya penyayang. Secara tidak langsung juga, imej negara akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak kata pujangga, Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh selagi akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.Antara peranan-peranan yang perlu dilaksanakan oleh ibu bapa bagi membentuk anak-anak mereka ke arah yang baik ialah ibu bapa hendaklah memberi didikan yang secukupnya kepada anak-anak. Ibu bapa mestilah mendidik anak mereka sejak kecil lagi dengan akidah, akhlak dan keagamaan bagi memperkukuhkan jati diri remaja pada masa akan datang. Selain itu, ibu bapa juga bertanggungjawab member anak-anak mereka pendidikan yang terancang sejak kecil dan pendidikan di sekolah. Pendidikan bagi anak-anak amat penting supaya mereka mengetahui hala tuju dan masa depan mereka. Ibu bapa juga hendaklah mendidik dan mendisiplinkan anak-anak agar menjadi orang yang berguna pada masa hadapan. Ibu bapa juga sepatutnya menekankan kepada anak-anak bahawa mereka salah seorang yang akan menjadi pemimpin masyarakat dan negara suatu hari nanti. Jika seseorang pemimpin tidak bermoral dan berakhlak, maka rosaklah negara pada masa akan datang.

Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan berhubungan baik dengan masyarakat agar sama-sama memantau pergerakan anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah memastikan jiran-jiran mengenali anak-anak mereka dan mengambil berat tentang pergerakan anank-anak pada setiap masa. Ibu bapa dan masyarakat hendaklah sama-sama berganding bahu bagi membendung gejala sosial yang kian merebak. Sebagai contoh, sebagai masyarakat yang cakna, kita sepatutnya menegur remaja-remaja yang melakukan perkara yang tidak sepatutnya, bukan mengutuk ibu bapa mereka dan remaja tersebut. Kempen kesedaran juga amat penting kepada anak-anak remaja bagi membentuk peribadi mereka ke arah yang lebih baik. Dengan cara ini, mereka akan lebih mengetahui dan dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Kita juga dapat melahirkan remaja yang berfikiran positif dan bebas daripada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Peranan terakhir yang sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa ialah menitikberatkan tentang aktiviti harian anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak terutamanya ketika mereka di usia remaja. Selain itu juga, ibu bapa mestilah mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya dimana mereka berada dan dengan siapa mereka berkawan. Ini kerana, seperti yang kita ketahui, remaja sekarang mudah terpengaruh dengan kenakalan dan isu sosial yang di sebabkan oleh faktor persekitaran, rakan-rakan dan sebagainya. Faktor ini amat penting bagi ibu bapa untuk memantau anak-anak mereka. Jika faktor ini diabaikan, besar kemungkinan mereka mudah terpengaruh dan terjebak dengan masalah sosial. Dan yang terakhir ialah, ibu bapa hendaklah menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap anak-anak bagi membentuk peribadi yang mulia.

Sebagai kesimpulannya, membentuk anak tidak semudah membina bangunan. Kehidupan anak memerlukan pemantauan, bimbingan dan didikan yang betul mengikut landasan keagamaan. Ada anak yang boleh didisiplinkan dengan cara lembut, perlahan dan dengan penuh kasih sayang. Tidak kurang juga anak sekarang memerlukan kaedah disiplin yang tegas dan keras. Oleh itu, setiap individu perlulah mengambil berat terhadap masyarakat dan keluarga mereka daripada ke kancah gejala sosial yang semakin kritikal di negara kita kini. Dengan ini, kita juga dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak tinggi sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertamadun.

Dalam usaha merealisasikan hasrat melahirkan pelajar berakhlak mulia di sekolah, seluruh warga sekolah dan institusi yang berkaitan dengan sekolah perlu digerakkan dan diselaraskan gerak kerjanya. Di antara pihak yang perlu digembeling tenaga ialah :i. Guru-guruii. Murid-muridiii. Kakitangan sekolahiv. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)i) GuruGuru-guru adalah komponan penting dalam merealisasikan hasrat ini. Guru-guru perlu menjadi contoh dan teladan kepada pelajar-pelajar mereka. Guru sebagai nukleus perubah akhlak dan budi bahasa pelajar telah ditegaskan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan Perayaan Hari Guru 2007 yang bertemakan Guru Penjana Modal Insan Gemilang dengan katanya:

....dalam usaha menyuntik nilai murni kepada murid, guru perlu terlebih dahulu menjadi contoh pengamal dan pemelihara nilai-nilai tersebut. Ini adalah kerana tutur kata dan tindak tanduk guru menjadi perhatian dan rujukan murid, ibu bapa dan masyarakat. Oleh itu, guru harus memiliki peribadi yang cemerlang dan menjadi teladan atau role model terbaik kepada anak didik dan masyarakatnya. Guru sebagai ibu bapa kedua berperanan mencorak masa depan murid. Sikap proaktif, berdaya saing, bersemangat kental, berakhlak mulia dan ketrampilan diri perlu menjadi amalan dan budaya kerja. Hanya guru yang versatile dapat menghasilkan generasi murid yang berkualiti iaitu murid yang mampu mencipta kelainan, mampu memberi sumbangan bermakna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara serta mampu menjadi modal insan yang gemilang...

ii) Kakitangan SekolahSatu lagi golongan penting dalam membantu merealisasikan hasrat melahirkan pelajar berakhlak mulia ialah kakitangan sekolah bukan guru. Mereka juga perlu memahami dan menghayati misi dan visi sekolah serta hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan pelajar berakhlak mulia. Mereka juga menjadi cermin dan rujukan pelajar selama berada di sekolah. Oleh itu amat penting kakitangan sekolah juga mempastikan mereka berakhlak mulia dengan berbudi bahasa dan menghayati nilai-nilai murni yang dihayati bersama.

iii) Pelajar-PelajarGolongan pelajar adalah golongan sasar dalam merealisasi hasrat ini. Kesediaan pelajar perlu ada untuk merubah akhlak mereka. Mereka perlu difahamkan kepentingan perubahan ini dengan perkongsian misi dan visi sekolah serta hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. Halangan yang berlaku perlu dihadapi demi merealisasikan usaha murni ini.

i) Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG)PIBG adalah ases yang cukup baik antara guru dengan ibu bapa. Ibu bapa perlu membantu hasrat sekolah demi masa depan anak-anak mereka. Ibu bapa adalah cerminan pelajar sewaktu di rumah. Visi dan misi sekolah dalam melahirkan pelajar berakhlak mulia perlu dikongsi bersama antara sekolah dan ibu bapa melalui PIBG. Tindakan seiring sejalan antara sekolah dan PIBG perlu dipereratkan. Tindakan sederap cukup penting supaya tiada pihak yang memandang rendah dan mengabaikan aspek yang penting ini. Penglibatan ibu bapa dalam semua program sekolah perlu diberi perhatian oleh PIBG.Asas Dalam Merealisasikan Hasrat Melahirkan PelajarBerakhlak Mulia di SekolahPelajar yang berakhlak mulia boleh dilahirkan dengan melihat kepada asas-asas pembinaannya. Secara umumnya, seorang cendikiawan, Ibnu Maskawaih dalam penulisannya Tahdzub Al Akhlaq menyenaraikan perkara-perkara yang menjadi asas kepada perubahan seseorang,Di peringkat sekolah pula, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini berpunca daripada kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak, ibu bapa perlu sentiasa bersikap prihatin terhadap anak mereka bagi membina sebuah keluarga yang harmoni.Pengaruh Persekitaran SekolahPengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan pengaruh keluarga. Selain daripada belajar perkara-perkara yang berkaitan dengan akademik di dalam bilik darjah, murid juga sebenarnya mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan daripada interaksinya dengan rakan-rakan dan kakitangan sekolah.Banyak perkara yang menjadi pegangan dan ikutan murid sama ada yangpositif mahupun negatif. Sepanjang berada di sekolah, murid-murid biasanya mengambil sikap sama ada memerhati, memahami, menghayati, mencuba dan mengambil bahagian apa-apa perkara baru yang dialami, dilihat dan dipelajarinya.Berhubung dengan salah laku murid dan isu mengamalkan nilai-nilai murniyang dikira boleh memberi pengaruh kepada tingkah laku tersebut adalah disiplin sekolah yang longgar. Kemajuan dan pencapaian anak-anak di sekolah tidak diambil pedulioleh ibu bapa. Guru-guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar d. Suasana perhubungan yang tidak mesra antara pelajar-pelajar sesamamereka dan hubungannya dengan guru-guru.Ketika di sekolah, interaksi berlaku antara murid dengan orang dewasa seperti guru-guru, kakitangan sekolah dan juga pengusaha kantin sekolah danantara murid dengan sesama mereka.Interaksi yang mesra antara warga sekolah akan membentuk suasana harmoni dan hormat menghormati dan sebaliknyainteraksi yang kurang atau tidak mesra langsung akan membentuk suasana yangtegang dan penuh dengan permusuhan. Ianya boleh memberi kesan kepadatingkah laku murid. Akibat salah faham, perasaan dendam, sakit hati, geram, kecewa danmarah yang bercampur aduk, murid mungkin bertindak agresif seperti membakar bilik guru, merosakkan bilik darjah dan harta sekolah, memecahkan cermin keretaguru, mencalarkan kereta guru, memukul guru dan lain-lain yang melanggar disiplin sekolah. Pelanggaran disiplin akan mengambarkan penghayataan nilai-nilai murni yang amat rapuh dikalangan murid.Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan muridmengikut pencapaian, pihak pentadbir yang menekankan peperiksaan, bentuk,struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru kesemuanyamenggalakkan masalah moral dan memberi kesan pembentukan sahsiah yangterpuji di kalangan murid-murid yang lemah daripada segi akademik .Pihak sekolah harus bijak dalam mengatasi masalah di dalam mengambiltindakan terhadap murid yang telah melakukan kesalahan kerana jika berlakukesilapan di dalam mengambil tindakan ianya akan menambahkan lagi masalahdi sekolah dan membantutkan penerapan nilai murni dikalangan murid.Oleh itu pihak sekolah harus bijak di dalam menentukan tindakan atauhukuman yang perlu dikenakan ke atas seseorang murid yang bermasalah agar tindakan yang diambil dapat memberi kesan yang baik di dalam usahamenangani masalah tersebut.Keadaan sekolah yang gagal menarik perhatian murid akan mendorongmurid tidak bersekolah dan lebih selesa untuk berhenti dan bekerja bagimenampung hidup mereka. Ada kajian mendapati satu pertiga daripada muridlelaki benci pada sekolah dan lebih suka bekerja kerana mereka merasakansebahagian mata pelajaran di sekolah membosankan dan tidak memberi manfaatkepada mereka.Selain itu, ada murid yang merasa rendah diri, merasa malu dan takutkepada guru. Mereka merasakan diri mereka tidak dihargai oleh guru dan jugarakan mereka kerana mereka lemah dalam pelajaran.Murid seperti ini merasa bosan dan ada juga yang membenci guru dansekolah. Terdapat juga guru yang mengajar secara sambil lewa menyebabkanmurid menjadi kurang berminat dengan apa yang diajar oleh guru tersebut.Oleh kerana itu apabila timbul perasaan bosan dan jemu dalam diri murid,mereka akan bertingkah laku negatif seperti membuat bising, mengganggu kawanserta cuba untuk melarikan diri daripada sekolah. Sudah tentu proses pengajarandan pembelajaran akan terganggu.Guru memainkan peranan penting di dalm mendidik murid. Jadi hubunganyang lemah di antara guru dan murid menyebabkan murid tidak berminat untukpergi ke sekolah. Para guru mestilah bersikap adil serta mempunyai sifat-sifatyang mulia seperti keikhlasan, kepatuhan, ketaqwaan, berfikiran terbuka, sentiasamenunjukkan kasih sayang dan sentiasa memberi kemaafan kepada murid yangmelakukan kesalahan.Jika guru bersikap sebaliknya, akan menimbulkan kekeliruan dankecelaruan untuk mengamal dan menghayati nilai-nilai murni yang dipelajari danmungkin mencetuskan isu-isu moral.Dengan sifat-sifat ini maka masalah salah laku pelajar di sekolah dapatdibendung dan perkara ini akan lebh mudah diatasi. Guru dan sekolah perlumemainkan peranan penting dalam menangani pelajar-pelajarnya daripadaterjebak dengan gejala salah laku.Sekolah dengan kerjasama guru perlu mengadakan pelbagai aktiviti yangberfaedah dan memberi manfaat kepada murid-muridnya supaya setiap masamurid tidak disia-siakan dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan seterusnya akanmemantapkan sahsiah terpuji dikalangan murid-murid.Pemasalahan akhlak masa kini menjadi semakin ketara di kalangan pelajar sekolah. Sering terjadi pelajar terlibat dengan dadah, peras ugut, lepak atau berkeliaran di tempat hiburan dan pasaraya. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga di dalam pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan melalui penerapan nilai dalam KBSM.Sejak kebelakangan ini, apabila orang berbicara dan mengaitkan soal pendidikan, maka tidak terlepas isu moral di kalangan pelajar atau remaja dibicarakan sebagai satu topik besar. Kalau pada suatu masa dahulu, zaman sebelum perluasan pengaruh media komunikasi, terutama sebelum meluasnya pengaruh media elektronik, sedikit sangat orang yang berbicara dan mempersoal tentang moral. Malah pada zaman itu para pemimpin, cendiakawan atau orang biasa banyak yang berbicara tentang kepasifan pelajar-pelajar dan remaja kita. Pelajar-pelajar kita dikatakan kaku dan tidak berani tampil ke hadapan berhujah untuk membentangkan pendapat. Pelajar-pelajar kita gagal berkomunikasi dengan baik. Dengan kata lain, pelajar kita tidak agresif dan berani seperti sekarang.Tetapi keadaan masa kini sudah jauh berubah. Pelajar-pelajar dan remaja kita sudah menerjah keluar daripada kepompong kepasifan yang membelenggukan. Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan Negara.Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau apakah Dasar Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan sehingga dapat mengubah halatuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak dibendung secepat mungkin.Tetapi sebelum kita berbicara lebih lanjut tentang salah silap yang berada di mana-mana, yang memungkinkan berlakunya kerosakan dan keruntuhan moral, elok kita menyelak sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi para pendidik dalam menghadapi tugas seharian mereka.Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.2.0 Moral dan Akhlak: Latarbelakang IsuSistem Pendidikan Negara sekarang boleh dikatakan terbaik dan mungkin ia diakui oleh dunia. Walupun wujud sistem dualisme dalam pendidikan kita namun kelihatan semacam kesepaduan antara ilmu naqliah dan aqliah. Sistem pendidikan masih menekankan pendidkan moral, nailai dan aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, di samping terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama.Isu keruntuhan akhlak telah menjadi perbincanagn hangat di kalangan masyarakat sekaramg. Isu ini telah dibincangkan di semua peringkat masyarakat, dari kedai kopi, kaki-kaki lima, sekolah, IPT hatta di Dewan Negeri dan Parlimen. Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat serta betapa pentingnya masalah keruntuhan ini ditangani dengan sebaik-naiknya agar ia tidak menjadi lebih parah.Keruntuhan akhlak telah berlaku di kalangan pemimpin peringkat atasan dalam bentuk penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah, minum arak dan berpoya-poya. Gejala ini juga terdapat di kalangan remaja seperti pergaulan bebas, bohsia, lari dari rumah, bersekedudukan dan lain-lain lagi. Selain itu, keruntuhan moral di kalangan masyarakat dapat juga dilihat dalam bentuk putusnya hubungan kekeluargaan, hilangnya rasa kasih sayang serta wujudnya sikap pulau memulau dan benci membenci terutama di kalangan masyarakat Islam.Gejala keruntuhan akhlak pada umumnya adalah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian masa lampau tentang betapa pentingnya Pendidikan Akhlak Islam di ajar, disemai dan disuburkan dalam diri anak-anak kita. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak ummah dan moral masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Pada hari ini, beberapa program telah dilancarkan yang bertujuan melahirkan rakyat berakhlak dan bermoral tinggi.3.0 Konsep Moral dan AkhlakSecara kasar dan pada laras bahasa yang biasa kedua-dua istilah di atas menampakkan maksud yang sama. Kedua-dua membawa maksud perlakuan atau tingkah laku yang baik. Walau bagaimanapun kalau dihalusi akan terserlah perbezaannya.Menurut T.Iskandar (1970) dalam Kamus Dewan mengatakan moral adalah sesuatu yang berkaitan dengan apa yang betul dan adil. Moral bermaksud perlakuan baik mengikut norma, peraturan dan ketetapan yang dibuat dan dipersetujui oleh satu komuniti manusia. Pengertian ini betul untuk komuniti tersebut, masa tersebut dan lingkungan yang tertentu sahaja. Dengan keadaan yang lain persetujuan tersebut mungkin tidak berlaku. Dengan kata lain moral walaupun baik dan betul tetapi tidak universal. Kebiasaannya moral lebih menekankan perhubungan yang harmoni di antara manusia sesama manusia (disiplin-disiplin kemanusiaan) dan hubungan yang harmoni di antara manusia dengan alam sekitar (disiplin-disiplin sains tabii). Moral menekankan kepentingan dan keselesaan individu serta masyarakat tetapi bersifat peribadi. Moral tidak membenarkan berlakunya krisis atau pertentangan peribadi. Oleh sebab itulah nilai moral biasanya tidak dikaitkan dengan Maha Pencipta atau dengan soal-soal metafizik.Kolhbeg (1981) dalam menghuraikan perkembangan prinsip asas moral memberi penegasan seperti berikut:..the main factors which have been shown to correlate with the development of a principled, predictable morality are intelligence, moral knowledge (that is, knowledge of the rules of a society) the tendency to anticipate future events, the ability to maintain focused attention, thecapacity to control unsocialised fantasies, and self-esteem.Goleman (1995) telah memberikan konsep baru tentang emotional intelligence (EI) atau kecerdasan emosi yang boleh dikaitkan dengan amalan nilai dan moral individu yang boleh berjaya dalam kehidupan sejagat atau global village.Moral berbeza dangan akhlak dari segi sumber yang menentukan sesuatu perlakuan yang baik. Sesungguhnya akhlak bersumberkan wahyu, iaitu hubungan dengan Maha Pencipta.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud ;Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berakhlak mulia.Dalam hal yang sama Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya Sesungguhnya aku diutuskan demi menyempurnakan akhlak. Aishah pernah ditanya tentang akhlak Nabi SAW maka dia menjawab; Akhlaknya adalah Al-Quran.Menurut Abdul Raof Dalip (1986), akhlak dapat diertikan sebagai kelakuan tatatertib, maruah dan merangkum seluruh perbuatan lahiriah yang dihasilkan daripada dorongan batiniah di dalam diri manusia. Ini bermaksud akhlak berakar umbi daripada sifat kerohanian yang suci. Dengan ini jelaslah bahawa akhlak bersumberkan wahyu daripada Maha Pencipta. Justeru, pendidikan akhlak akan membawa insan semakin dekat dengan Penciptanya.Persoalan akhlak dan moral ada kaitannya dengan iman. Orang yang beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa takut untuk melakukan perbuatan yang terlarang di samping mengerjakan yang disuruh Allah. Iman ini harus dimiliki dan menjadi benteng penghalang pengaruh-pengaruh negatif. Orang yang beriman ialah orang yang berakhlak mulia ( bermoral dan memiliki nilai murni ), orang yang sentiasa melakukan yang baik dan menjauhi dosa iaitu tidak melakukan perbuatan negatif yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat.Sekiranya hal ini tidak diberi perhatian yang serius, maka pembentukan moral dan insan yang murni akhlak tidak akan berhasil. Walaupun kita berjaya melahirkan manusia berilmu tinggi namun tanpa disertai pendidikan moral dan akhlak, kita juga akan melahirkan insan yang akan menjadi perompak, perogol, pembunuh dan penjenayah yang lain di kalangan orang yang berijazah atau berpendidikan tinggi.4.0 Moral dan Akhlak Dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Matlamat pendidikan di Malaysia yang asalnya adalah rujukan daripada barat telah diubahsuai kepada konsep pendidikan bersepadu. Kurikulum pendidikan barat yang diasaskan daripada falsafah humanisme menekankan keharmonian dan keseimbangan di antara manusia dengan manusia, dan di antara manusia dengan alam sekitar. Kedua-dua hubungan ini adalah perlu dan baik tetapi ia masih berkisar dan bertitiktolak pada ilmu akal. Mana mungkin ilmu akal semata-mata dapat memahami hukum alam yang dicipta oleh Maha Pencipta. Justeru, untuk lebih memahami hukum-hukum alam yang dicipta oleh Tuhan, maka satu lagi dimensi yang paling penting perlu dimasukkan iaitu hubungan manusia dan alam sekitar dengan Maha Pencipta. Bagi hubungan dengan Maha Pencipta mestilah dirujuk kepada ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Dengan wujudnya kurikulum tiga dimensi ini, maka ia bolehlah dikatakan sebagai kurikulum bersepadu.Pengubahsuaian kepada bidang-bidang matlamat pendidikan perlu dilakukan agar ia bersesuaian dengan konsep bersepadu. Pengubahsuaian ini boleh dilihat dalam rajah 1 yang ditunjukkan di bawah.KognitifAqidah Akhlak Nilai Murni AfektifPsikomorRajah 1 : Kesepaduan ilmu Akal dan +ilmu WahyuMatlamat Pendidikan mestilah dimulakan dengan kekuatan aqidah. Kemurnian aqidah akan menjelmakan akhlak yang baik. Dari akhlak yang baik ini akan terpancarlah nilai murni yang akan dimanifestasikan oleh tingkah laku yang baik. Dan seterusnya dihayati dalam bidang-bidang kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian, matlamat pendidikan akan tercapai iaitu dapat melahirkan pelajar yang berintelek, berakhlak dan bertaqwa.Bagaimana mengaplikasikan konsep sepadu dalam pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran menurut tradisi barat adalah bersifat sekular. Terdapat beberapa model atau pendekatan pengajaran seperti pendidikan kognitif, pendekatan aktiviti-aktiviti motivasi dan jaya diri, pendekatan pembinaan tingkah laku, pendekatan interaksi sosial dan pendekataan penggunaan ilmu. Guru boleh memilih mana-mana pendekatan yang sesuai dengan matlamat pendidikan yang telah ditentukan. Kelima-lima pendekatan ini hanyalah mencakupi ilmu akal.. Ilmu akal mempunyai had dan batasan tertentu. Kekangan ini akan menyebabkan kita gagal memahami ilmu dengan sebenarnya. Oleh yang demikian setiap pendekatan atau model pengajaran yang disebutkan di atas mestilah disasarkan kepada konsep-konsep ilmu wahyu. Ini dapat ditunjukkan oelh rajah 2 di bawah.Kognitif Motivasi & Tingkah Interaksi PenggunaanJaya Diri Laku Sosial IlmuAl-Guran Konsep Konsep Konsep KonsepAs-Sunnah Insan Fitrah Keseimbangan IbadahMODEL (Nilai Murni)AkhlakAqidahRajah 2 Menunjukkan Kesepaduan Dalam Pendidikan PengajaranSetiap pendekatan pengajaran mestilah dimulakan dengan aqidah. Seterusnya dikembangkan ke dalam akhlak dan moral. Nilai-nilai moral ini dihayati ke dalam konsep-konsep daripada ilmu wahyu iaitu konsep insan, konsep fitrah, konsep keseimbangan dalam hukum-hukum Allah swt dan konsep ibadah. Konsep-konsep daripada ilmu wahyu ini seterusnya disepadukan dan dihayati ke dalam kelima-lima pendekatan pengajaran yang akan digunakan iaitu kognitif, motivasi dan jaya diri, tingkahlaku, interaksi sosial dan penggunaan ilmu.Apakah tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan? Untuk memastikan matlamat pendidikan tercapai seperti yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, maka: Kepentingan manusia (insan) mestilah lebih utama dan istimewa daripada kepentingan ekonomi, sains, teknologi dan industri. Nilai dan harga diri manusia mesti berada pada tempat yang tertinggi. Dengan cara yang demikian, nilai dan moral dapat dilaksanakan dalam pendidikan negara. Untuk memastikan wujudnya acuan Malaysia yang berasaskan nilai, guru dan para pemikir hendaklah bersedia untuk mengubah suai dan menilai semula seluruh komponen pendidikan supaya benar-benar mengikut nilai, sejarah, budaya, agama dan tamadun bangsa kita. Kita perlu kembali kepada sumber wahyu yang hakiki dan benar untuk rujukan nilai kerana niali-nilai ciptaan manusia adalah bersifat subjektif dan tidak universal. Dalam konteks ini konsep bersepadu adalah yang paling sesuai diterapkan. Pembinaan acuan Malaysia yang berasaskan moral dan nilai perlulah dimulakan dengan anjakan paradigma terhadap konsep dan falsafah ilmu. Kalau dulunya kita bertunjangkan barat dan kini sudah sampai masanya kita kembali kepada ilmu yang bersifat sepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Usaha untuk membina acuan Malaysia dengan fokus pembangunan manusia sebagai agenda istimewa perlulah dilaksanakan serentak dengan konsep pembinaaan masyarakat madani. Ini bermaksud persoalan moral, nilai dan manusia mestilah selari dengan konsep Ad-Din sebagai satu cara hidup. Ini bermakna setiap aktiviti kemajuan negara sama ada pendidikan, ekonomi, pengurusan,, perundangan, politik, kesenian dan sebagainya mestilah dilaksanakan secara bersepadu di antara ilmu akal dan ilmu wahyu. Inilah asas atau teras pembinaan acuan Malaysia.Penekanan kepada moral dan nilai direalisasikan dengan menjadikan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran wajib, dan selaras dengan wawasan 2020 di mana diharapkan masyarakat Malaysia dalam abad ke-21 akan mempunyai warga yang bukan sahaja mampu berdaya saing dalam Negara perindustrian, juga menekankan penerapan nilai-nilai murni melalui pendekatan pendidikan nilai merentasi kurikulum, termasuk kurikulum tersirat, iaitu kegiatan kokurikulum dan amalan tingkah laku di sekolah, yang diharapkan menghasilkan budaya sekolah yang beretika.Sebenarnya jika dikaji dengan teliti, pendidikan nilai ini mendasari falsafah pendidikan Negara kita kerana matlamat FPN adalah untuk menghasilkan insan yang seimbang dari semua aspek iaitu aspek emosi, intelek, rohani dan jasmani. Tanpa memasukkan program pendidikan nilai dalam kurikulum, cita-cita untuk melahirkan generasi cemerlang dari semua segi tidak akan berhasil. Hanya penerapan nilai dan pendidikan moral sahaja yang mampu mendidik dan membentuk individu menjadi seorang yang benar-benar rasional, amanah, bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang lain yang dipersetujui masyarakat.Di antaranya, Taylor (1961) mengemukakan pandangan bahawa nilai adalah darjah dan peraturan yang secara tergabung membina cara hidup manusia. Nilai menggariskan iadea-idea dan matlamat-matlamat hidup. Nilai adalah darjah normative dan peraturan kerana ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran manusia semasa ia menjadi asas pegangan yang mempengaruhi pemikiran mnusia semasa membuat pertimbangan dalam menentukan cara dan gaya bertindak serta bertingkahlaku sebaik-baiknya untuk mengekalkan kesejahteraan dirinya (dalam Sufean Hussin, 1989).Mengikut seorang penulis lain dari India, Radharkaman Mukerjee (1965), beliau menyatakan bahawa nilai terbit daripada keinginan dan motif yang dibentuk serta diperakukan oleh budaya dan masyarakat. Nilai mengikat indidividu secara halus dan senyap. Bagi Allporrt (1961) pula, beliau menyebut bahawa nilai ialah kepercayaan yang mengakibatkan manusia memilih sesuatu tingkah laku. Wiliams (1968), mentafsirkan nilai sebagai apa saja yang dipegang oleh seseorang yang menjadi kriteria untuk membuat keputusan bagi memilih tingkah laku dalam angka mencapai hasrat dan keinginan.Model Pendidikan Nilai 3KModel ini dikemukakan berasaskan kepada anggapan dan keyakinan bahawa ;I(a) Manusia terbina dari tiga komponen iaitu akal, roh dan jasad (Al Ghazali (1967) Maslow,A.H. (1954), Taylor,P.W.(1961), Fathi Yakan (1988).(b) Penerapan nialai adalah satu proses yang berjalan secara tabie (Abdullah,N.U.(1988), Ismail Jusoh, (1993).(c) Manusia harus mengenali dirinya dan hubungannya dengan sistem alam dan Pencipta alam (Al Ghazali (1967), A.A.Maududi (1984). Dengan andaian dan kesedaran di atas maka model penerapan nilai digambarkan seperti berikut (Rajah 3) .NILAI MURNIINSAN SEIMBANGTAAT DAN PATUHKEPERCAYAAN KEPADA TUHANPENERAPAN KEFAHAMAN,KESEDARAN DAN KEYAKINAN (3K)TOPIK PELAJARANRajah 3Model Penerapan Nilai 3KRajah 3 di atas menunjukkan fasa-fasa yang harus berlaku atau diwujudkan dalam proses penerapan nilai. Individu yang menghayati niali-nilai murni akan terbina sekiranya pendidikan yang dijalani itu melibatkan ketiga-tiga bidang iaitu akal, roh dan jasad. Dalam model 3K di atas, penerapan nilai secara langsung boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran yang diajar dalam kelas (Ismail Jusoh, 1993). Ia boleh dilakukan semasa membuat rumusan atau penutup pengajaran.Guru boleh mengaitkan isi pelajaran geografi, apabila belajar tentang tajuk kejadian hujan, kondensasi, proses sejatan, tekanan rendah dan tekanan tinggi dan sebagainya. Proses-proses tersebut tidak berlaku secara kebetulan. Semua kejadian ada Pencipta dan Penguasanya. Begitu juga dalam pelajaran Biologi, pelajaran mengenai sel, menunjukkan kekuasaan Tuhan. Sel yang seni itu mustahil wujud dengan sendiri tanpa ada sebab dan akibat disebaliknya. Tindak blas yang berlaku dalam sel tidak mungkin terjadi tanpa ada kawalan. Siapakah yang mengawalnya? Hakikat inlah yang patut ditonjolkan dalam pengajaran dalam rangka memberi kesedaran, kefahaman dan keyakinan (3K) kepada pelajar supaya mereka dapat menginsafi kewujudan Tuhan.Proses penerapan nilai melalui model ini boleh dilaksanakan secara langsung atau secara tidak langsung. Secara langsung, guru boleh menghubungkan terus isi pelajaran dengan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang mana dengan nilai ini akan tersemai nilai-nilai murni yang dihajati seperti kerjasama, jujur, bersikap positif dan lain-lain seperti yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Negara.. Proses penerapan ini bukan terhad kepada jangka masa tertentu (semasa pelajar berada di alam persekolahan), bahkan ianya berjalan sepanjang hayat dan di setiap tempat. Proses ini juga bergantung kepada persekitaran, iaitu yang terdiri daripada keluarga, pendidik, masyarakat, media dan rakan sebaya. Jadi, penerapan nilai yang berkesan hanya terhasil jika terdapat persekitaran yang positif.Falsafah Moral dan Tingkah LakuFalsaafh yang relevan kepada profesion keguruan dan perkembangan pendidikan di negara ini ialah falsafah moral dan tingkah laku. Falsafah ini memerlukan peranan positif dan konstruktif profesion keguruan ke arah membina moral dan tingkah laku pelajar. Guru yang baik perlu mempunyai komitmen moral yang tinggi dan menjadikan diri mereka teladan yang baik kepada pelajar.Contohnya, guru tidak seharusnya mendenda dan melarang pelajar merokok sedangkan pada masa yang sama guru merokok di kawasan sekolah dan di mana-mana sahaja.Falsafah moral dan tingkah laku juga mendasari perkembangan pendidikan, perkembangan profesion keguruan dan perkembangan institusi sekolah. Bagaimanapun, pengaruh lain seprti agama, budaya, etika, pemodenan, sekularisme, dasar dan peraturan sekolah seringkali menimbulkan konflik dan percanggahan dari segi falsafah moral dan tingkah laku. Oleh sebab itu, pengajaran dan pembelajarn di sekolah sering kali berhadapan dengan isu kontroversi dan menyulitkan peranan guru serta peranan sekolah menangani krisis yang berlaku dalam masyarakat.Ideologi buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia begitu kuat dipengaruhi oelh aliran falsafah moral dan tingkah laku bagi tujuan mengawal tindakan dan tingkah laku golongan muda. Pada masa yang sama terdapat unsur-unsur pemodenan dan revolusi moral dan tingkah laku yang menyebabkan berlakunya tingkah laku baharu iaitu agresif, konfrontasi, kecenderungan untuk mencabar dan mengkritik dan sebagainya.Falsafah moral dapat menolak fahaman kebendaan yang menguasai masyarakat dan memberikan kesan tertentu kepada dunia pendidikan dan profesion keguruan. Bersifat kebendaan memanglah penting dalam kehidupan, terutama isu kemiskinan dan kemunduran dalam masyarakat Malaysia yang masih begitu kuat menghalang berlakunya perubahan dan menjejaskan kualiti pendidikan golongan miskin. Semangat berusaha kuat untuk mencapai perubahan perlu ditanamkan kepada anak-anak golongan miskin supaya kemajuan kebendaan dapat membantu dan membentuk mereka mencapai kehidupan yang lebih baik dan menyediakan peluang pelajaran dan kemudahan belajar di rumah yang mendorong kemajuan mereka.5.0 Guru: Agen Pembentukan Akhlak dan Moral.Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Atan Long (1980) mendefinisikan guru sebagai satu golongan masyarakat untuk memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada generasi muda dalam masyarakat itu. Memang dikatakan guru memainkan peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu peranan guru dan ibu bapa sama penting dalam pendidikan.Sebagaimana ibu bapa, guru-guru juga dipandang oleh anak-anak didiknya sebagai contoh atau role model. Kalau tidak masakan ada pepatah berbunyi Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Oleh itu, setiap guru mesti memiliki akhlak yang mulia agar sifat-sifat mulia itu dapat diteladani dan diikuti. Apa kata kalau guru sendiri tidak dapat menjadi sebagai role model yang baik, bak kata pepatah tadi, muridnya tentu tidak berguna. Tegasnya, anak-anak didik akan menjadi lebih biadap lagi.Sebagai role model bukan mudah. Segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan menjadi ikutan. Cara guru bercakap, berjalan, berpakaian dan paling utama dari segi akhlaknya diperhatikan. Guru yang baik disenangi anak-anak didiknya. Apatah lagi kalau guru ini jujur dan ikhlas, segala tunjuk ajar, ingatan atau nasihat serta bimbingan yang diberikan mudah diterima.Kejayaan dalam menerapkan nilai-nilai murni bergantung kepada kesabaran guru kerana guru merupakan orang yang paling berpengaruh dalam pembentukan sahsiah dan mind set seseorang individu pada tahun-tahun formatif anak-anak didiknya. Anak-anak ini memerlukan asuhan dan belaian kasih saying sebagaimana yang dicurahkan oleh ibu bapa mereka.Guru merupakan orang paling penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis sehingga anak-anak didiknya akan berasa sekolah seperti rumah keduanya. Sekaligus suasana yang harmonis itu dapat pula membentuk apa yang dikatakan Sekolah tanpa takut (No fear school). Kalau dapat diwujudkan suasana seperti itu maka sudah tentu anak-anak didik dapat memperkembangkan potensi dan mengawal emosi secara menyeluruh dan seimbang. Dan yang pastinya suasana pembelajaran yang sedemikian dapat membantu guru-guru atau pihak sekolah mewujudkan sekolah penyayang.Guru juga dapat memberi tunjuk ajar yang berkesan dan bertanggungjawab membentuk minda, sikap dan kelakuan anak-anak didiknya yang bakal menjadi anggota masyarakat selepas tamat persekolahan, sama ada menjadi pemimpin politik, pegawai kerajaan, ahli korporat, atau setidak-tidaknya menjadi isteri atau suami yang berakhlak mulia.Untuk mewujudakan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut, maka guru seharusnya berupaya menjadi contoh dan teladan yang baik, pendorong yang berkesan, pembimbing yang bertimbang rasa, pendengar yang penuh rasa simpati dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak didiknya. Selain itu, guru juga seharusnya menunjukkan sikap dedikasi dalam menjalankan tugas sehariannya dan mengamalkan apa yang disampaikan kepada anak-anak didiknya dengan penuh tanggungjawab dan beretika.Hubungan guru dengan masyarakat juga menjadi perhatian. Selain mewujudkan sekolah penyayang guru juga berperanan dalam mewujudkan permuafakatan dengan masyarakat setempat. Ini kerana guru telah sekian lama dikanali sebagai pemimpin kecil yang dapat menyatupadukan masyarakat melalui jalinan mesra dalam pergaulan mereka dengan masyarakat.Setiap guru harus komited terhadap kerjaya pendidikan, berperibadi tinggi an bersikap terbuka tanpa memilih kaum atau keturunan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terutamanya dalam menjayakan pendidikan moral. Dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini, anak-anak didik terdiri daripada pelbagai keturunan dan fahaman keagamaan. Jadi dalam menangani masalah moral atau menjayakan pendidikan moral, guru mestilah menjauhi sikap prejudis. Keikhlasan dan kejujuran patut wujud dalam diri guru dan menampilkan pengajaran mengikuti aspirasi Negara. Dalam hal ini guru-guru yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya ialah guru yang sejati, berinovatif dan kreatif.Dengan kata lain, falsafah yang mengemudikan amalan pendidikan di sekolah ialah bahawa semua guru merupakan guru dalam Pendidikan Moral dan Pendidikan Nilai. Lebih penting ialah guru diperlukan menerap nilai-nilai murni, sepertimana yang dikenalpasti sebagai nilai inti (core values) dalam pengajaran mereka masing-masing. Selain dari itu, guru juga ialah role model, kepada pelajar mereka dan tingkahlaku guru melambangkan keprofesionalan profesion itu.Dengan penekanan nilai di sekoah, dan guru diharapkan melambangkan diri sebagai agen pendidikan moral di sekolah, maka kepentingan Pendidikan Moral dan Nilai dalam profesion perguruan tidak perlu dipersoalkan.Martabat profesion perguruan biasanya dibayangkan daripada perspektif bagaimana seseorang guru menjalankan tugasnya iaitu membantu peajar-pelajar mereka belajar. Tugas guru ialah menyampaikan pengetahuan kepada pelajarnya, berbentuk isi kandungan yang ditetapkan dalam mata-mata pelajaran tertentu. Tetapi, lebih dari itu, tugas guru ialah mendidik, dan dengan ini bermakna membantu perkembangan individu pelajar mereka, bukan sahaja dari segi penguasaan ilmu tetapi juga perkembangan individu itu sendiri, pembangunan insan pelajar itu mengikut lunas-lunas nilai masyarakat dalam konteks masyarakat Malaysia. Kejayaan pendidikan sukar diukur tetapi boleh dikatakan adalah diharapkan lebih dari semata-mata pelajar mencapai dalam peperiksan awam. Yang penting ialah sama ada guru berjaya memberi: pertama (i) pengetahuan kepada pelajarnya dengan menanamkan nilai mencari ilmu di kalangan mereka, menanamkan semangat pembelajaran sepanjang hayat dan kedua (ii) membentuk peribadi mulia, manusia berilmu dan berketrampilan serta mempunyai nilai-nilai masyarakat Malaysia, khususnya mencapai matlamat yang dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Martabat profesion perguruan juga dibayangkan dari perspektif bagaimana seorang guru bertindak sebagai seorang agen moral, dan contoh moral kepada murid-murid mereka. Personaliti guru dan nilai-nilai tersendiri yang dipamerkan melalui tingkahlakunya, mempengaruhi peranannya sebagai agen moral dan contoh kepada murid-murid. Dalam pengajarannya, seorang guru mungkin secara tidak langsung menerapkan nilai tersendiri dalam situasi pengajaran dan pembalajaran melalui pemilihan isi kandungan, prosedur dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini akan membawa kesan yang negatif jika nilai tersendiri tidak selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia, seperti yang digariskan dalam panduan penerapan nilai murni merentasi kurikulum. Kegagalan guru untuk mempraktikkan nilai-nilai yang seharusnya mereka terapkan kepada pelajar mereka akan merendahkan martabat profesion itu sendiri.Profesion keguruan pada abad ke-21 terdedah kepada berbagai-bagai cabaran baharu. Setengah cabaran adalah berbentuk kebendaan, intelektual, pemikiran, kerohanian, kebudayaan, ideologi baru dan isu-isu yang berkaitan degan masalah etika. Cabaran penting profesion keguruan ialah membina dan membentuk masyarakat beretika yang mampu membangun dan membina kekuatan sendiri serta menentukam masa depan yang bebas daripada berbagai-bagai krisis sosial dan moral.Fenomena sosial seperti merokok, gangguan seksual, pesta seks di kalangan pelajar, lari dari rumah, menagih dadah, bergaduh, gengterisme, mencuri, membuli adalah gejala juvana dan delinkuen yang meluas di kalangan remaja di sekolah.Masalah ini mencerminkan kelemahan sekolah dan profesion keguruan dalam membendung dan menangani masalah sosial di sekolah. Oleh sebab itu, timbul berbagai-bagai penulisan yang mencerminkan kelemahan sekolah yang dikaitkan dengan masalah sosial seperti sekolah melahirkan jenayah, sekolah tanpa roh dan watak. Pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan di sekolah menunjukkan kelemahan peranan guru-guru di sekolah. Dengan bertambah ramainya guru perempuan, peranan bapa di sekolah semakin lenyap. Kesan daripada masalah ini ialah meningkatnya masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar. Wawasan pembangunan dan pendidikan di sekolah tidak berkesan kerana asas kerangka tindakan pengurusan tingkah laku yang tidak berkesan.Kualiti pendidikan yang diterima oleh pelajar-pelajar bergantung kepada kualiti pengajaran dan ini bergantung kepada guru-guru mereka. Untuk mendapatkan kualiti pendidikan yang sewajarnya, maka seseorang guru itu mestilah bersikap professional. Professional bukan bermakna mendapat gaji yang lumayan tetapi ia termasuk penetapan standard yang tinggi untuk memasuki kerjaya perguruan, calon guru yang terbaik, persediaan dan pendidikan guru yang berkualiti, pendidikan berterusan semasa bekerja, suasana kerja yang selesa yang cukup dengan peralatan mengajar, peluang untuk berinteraksi dengan rakan sekerja dan boleh membuat keputusanMohd Sani Ibrahim merumuskan bahawa guru yang professional ialah (Rujuk rajah 4): Guru yang berilmu (content knowledge)o Ilmu yang berkaitan isi kandungan mata pelajaran, pengetahuan pedagogi, bahan, kaedah dan teknologi. Guru yang mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran pembelajaran (Pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge)o Meliputi merancang, mengurus, memilih starategi dan meransang pengajaran pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik, kemahiran kaunseling dan menilai p-p Guru yang mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu dimiliki ialah peribadi dan tingkah laku yang mulia, menggunakan bahasa yang standard dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan usaha yang dilakukan.o Meliputi taqwa, akhlak, peribadi mulia, komitmen, sopan, positif dan budaya ilmuGuru Disiplin dan Isu MoralPenyelidik berpendapat, guru disiplin merasakan murid yang bermasalah ini perludikenakan tindakan tegas agar mereka tidak mengulangi kesalahan mereka.Walau bagaimanapun murid yang dihukum ini akan lebih memberontak danmelakukan kesalahan berulang-ulang kali.Dapatan kajian ini selari dengan Arieff dan Wardah (2006) yangmenjelaskan, hukuman yang keterlaluan dapat merenggangkan hubungan antaraguru dan murid. Keadaan ini akan mewujudkan tingkah laku negatif seperti memberontak dan mereka akan sengaja melakukan kesalahan untuk mengujitahap kesabaran guru.Dapatan kajian ini juga membuktikan, remaja terlibat dalam masalah sosialdisebabkan tekanan yang diberikan oleh guru untuk mendapatkan keputusanyang cemerlang. Penyelidik berpendapat, responden tidak dapat menerimatekanan dari guru yang inginkan keputusan yang cemerlang dari murid.Dapatan kajian ini selari dengan Raman (2003) yang menyatakan, tekananyang dihadapi murid semasa di sekolah kerana terpaksa memberikan tumpuanyang lebih dalam pembelajaran serta guru yang kurang profesional dalammenangani masalah murid yang bermasalah akhirnya menyebabkan muridmengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dalamkegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Analisis juga mendapati remaja terlibat dalam masalah sosial adalahdisebabkan guru mempunyai tanggapan negatif kepada murid yang bermasalahbahawa mereka tidak boleh menjadi baik. Penyelidik berpendapat, guru lebihmudah untuk menerima murid yang mempunyai tingkah laku positif. Manakala,pelajar yang bermasalah akan terpinggir dan merasakan diri mereka tidakdiperlukan, lantaran itu mereka melakukan tindakan-tindakan negatif untukmenghilangkan rasa tidak puas hati.Penerimaan guru terhadap pelajar adalah penting. Apabila penerimaan dirimurid adalah tinggi, mereka akan terdorong untuk hadir ke sekolah danberkelakuan positif. Akhir sekali, kajian juga membuktikan, remaja terlibat dalammasalah sosial adalah disebabkan perasaan bosan berada di sekolah keranaperaturan yang terlalu ketat. Penyelidik berpendapat, peraturan yang terlalu ketatakan membuatkan jiwa murid rasa terkongkong dan tertekan.Faktor lain yang menimbulkan konflik mengamalkan nilai-nilai murni disebabkan faktor sekolah dan sistem pendidikan yang tidak memberangsangkan.Peraturan sekolah yang ketat akan mendorong murid tidak suka untuk kesekolah dan seterusnya boleh mengakibatkan gejala ponteng sekolah. Apabilakeadaan ini berlaku tidak mustahil mereka akan melakukan tindakan-tindakanyang berunsur negatif.