Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

19
NILAI-NILAI MURNI DALAM PENDIDIKAN

Transcript of Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

Page 1: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

NILAI-NILAI MURNI DALAM

PENDIDIKAN

Page 2: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan
Page 3: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

KUMPULAN E

• Mohamed Rasul b. Sallehudin• Nurul Hidayah bt Md Salleh

Page 4: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

PENGENALAN

• Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

• Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah merupakan asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni.

Page 5: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

DEFINISI NILAI MURNI

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Dalam pendidikan, penerapan nilai murni secara rasmi diberi penekanan adalah melalui Laporan Kabinet.

Page 6: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

DEFINISI NILAI MURNI

“Merupakan tanggapan kepada perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama”

(Wan Mohd. Zahid, 1988)

Page 7: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

NILAI-NILAI MURNI UTAMA

• Baik hati• Berdikari• Hemah tinggi• Hormat menghormati• Kasih sayang• Keadilan• Kebebasan• Keberanian• Patriotisme

• Kebersihan fizikal dan mental

• Kejujuran• Kerajinan• Kerjasama• Kesederhanaan• Kesyukuran• Rasional• Semangat

bermasyarakat

Page 8: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

RASIONAL NILAI-NILAI MURNI DALAM PENDIDIKAN

• Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita.

• Masyarakat kita tiada semangat muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum.

• Penularan pelbagai jenis penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan masyarakat mengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu nilai murni dalam pendidikan.

Page 9: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

RASIONAL NILAI-NILAI MURNI DALAM PENDIDIKAN

• Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:

" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."

Page 10: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

STRATEGI PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

1. Penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.

Page 11: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

STRATEGI PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

2. Penerapan nilai murni berlaku melalui strategi yang mempunyai kaitan

langsung dengan isi pelajaran. Fakta-fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara

langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu.

Page 12: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

TEKNIK PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENDIDIKAN

Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah:

• Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)

• Penerapan nilai murni dalam matapelajaran lain

• Aktiviti ko-kurikulum • Aktiviti persatuan sekolah

Page 13: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

NILAI-NILAI MURNI DIPUPUK MELALUI CONTOH TELADAN GURU

Guru Sebagai Pembentuk Nilai• Guru adalah contoh teladan yang baik

kepada murid-murid.• Seorang guru harus mempunyai sifat-

sifat yang terpuji untuk dicontohi oleh murid-murid. (berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, menepati masa, rajin dan sentiasa positif)

Page 14: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

NILAI-NILAI MURNI DIPUPUK MELALUI CONTOH TELADAN GURU

Guru Penyayang• Guru yang menyedari, prihatin, berminat,

bertimbang rasa, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan dan kebajikan murid-murid.

• Guru sentiasa mengejar ilmu dan memainkan peranan sebagai agen perubahan dan mahir dengan teknik mengajar yang berkesan.

Page 15: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

NILAI-NILAI MURNI DIPUPUK MELALUI CONTOH TELADAN GURU

Guru Sebagai Mentor

• Guru merupakan pembimbing dan penasihat yang berpengalaman dalam bidang pendidikan.

• Guru menolong pelajar menyediakan perancangan persekolahan sesuai dengan kebolehan, minat dan perkembangan masing-masing.

Page 16: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

NILAI-NILAI MURNI DIPUPUK MELALUI CONTOH TELADAN GURU

Guru Sebagai Patriot

• Menyemaikan semangat dan perasaan cinta terhadap negara.

• Sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

• Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa dengan mengikis semua prasangka yang bersifat perkauman.

Page 17: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

KEBERKESANAN PENERAPAN NILAI MURNI DALAM PENDIDIKAN

• Masih ramai masyarakat kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi oleh pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia.

• Kanak-kanak sekolah begitu prihatin terhadap kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan prihatin terhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa.

Page 18: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

PENUTUP

• Tugas guru dalam menerapkan nilai murni tidak semestinya bergantung 100% kepada kandungan kurikulum yang ditentukan tetapi perlulah juga berdasarkan inisiatif mereka sendiri.

• Guru sebagai "role model" perlulah menunjukkan dan memainkan peranan dalam menerapkan nilai murni baik dari segi perbuatan, perlakuan mahupun tuturkatanya.

• Guru harus cekap dalam menyampaikan isi pelajaran disamping menerapkan nilai-nilai murni dalam penyampaiannya. Begitu juga dalam memilih kaedah dan waktu hendaklah bersesuaian.

Page 19: Nilai-nilai Murni Dalam Pendidikan

BIBLIOGRAFI• Abu Bakar Nordin, 1991. Kurikulum , Perspektif dan

Perlaksanaan. Pustaka Antara, Kuala Lumpur. • Dr. Tajul Ariffin Nordin & Dr. Nor Aini Dan, 1992.

Pendidikan dan Wawasan 2020. Arena Ilmu Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

• Dr. Hussien Hj. Ahmad, Jurnal Pengurusan Pendidikan. Perihal Pendidikan dan Falsafah di Malaysia.

• Ibrahim Saad, 1982. Isu Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

• MASSA: Wawancara Reformasi Pendidikan bersama Datuk Najib. Jun 1997.

• Mok song Sang, 1991. Pendidikan di Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

• Wan Mohd Nor Wan Daud, (Jan-Mac 1996). Insan Baik Teras Kewarganegaraan. Pemikir.