nilai-nilai murni.docx

11
2.0 Definisi Nilai Murni  Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai: "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988) Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh  pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-  pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani. 3.0 Falsafah Pendidikan Negara Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi :- "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan  yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi  sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang  baik dengan mengemukakan ciri-ciri: a. Percaya dan patuh kepada tuhan  b. Berilmu pengetahuan c. Berakhlak mulia d. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. e. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara. f. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Transcript of nilai-nilai murni.docx

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 1/11

2.0 Definisi Nilai Murni

 Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dantatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.

Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang 

dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai

murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjaditujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi

baik dan berakhlak mulia" 

(Wan Mohd. Zahid, 1988)

Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali

secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (LapuranMahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpinKementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM

yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-

 pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukansahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani.

3.0 Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembanganlagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

 yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" 

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri:

a. 

Percaya dan patuh kepada tuhan b.  Berilmu pengetahuan

c.  Berakhlak mulia

d.  Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.e.  Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan

negara.

f.  Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 2/11

Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika

nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum (khususnya dalam

 pendidikan formal dan tidak formal) supaya ilmu pengetahuan akan dapatdiperkembangkan sebagai khalifah Allah dimukabumi ini, manusia hendaklah

menyeru dan menyedarkan sesama manusia yang lain.

Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau selaku Menteri Pendidiakn pernah

menyeru agar FPN menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan

kebangsaan dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang hendak dicapai. Usaha dan kesedaran daripada insan itu sendiri amat penting dalam

mentafsir, membentuk dan melaksanakn hasrat falsafah pendidikan demi untuk 

melahirkan insan yang berilmu, beriman, berakal, berketerampilan dan berakhlak 

mulia.

Kesedaran tentang penanaman nilai-nilai murni disemai dan dibajai mulai zaman

kanak-kanak lagi. Ibubapa, guru-guru dan masyarakat masing-masing berperanan

dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikandan memeprsembahkan diri mereka berdasarkan kepada nilai murni yang

ditonjolkan kerana mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna nilai yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Pendidikan di rumah adalah bergantung kepada ahli keluarga itu sendiri.Rasulullah S.A.W menegaskan kepentingan pendidikan bermula di rumah iaitu

 pada peringkat keluarga lagi. Sabda baginda yang bermaksud:

" Setiap bayi yang dilahirkan itu dengan fitrahnya. Hanya ibubapanya

 yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi." 

Di sekolah guru memainkan peranan sebagai ibubapa dalam membentuk kanak-

kanak selaras dengan penerapan yang dimasukkan dalam Falsafah Pendidikan

 Negara. Nilai-nilai murni mula diterapkan dari pendidikan pra sekolah lagimerupakan basic atau asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-

kanak dalam membentuk peribadi dan bernilai murni.

Guru bukan hanya menjalankan tugas mengajar matapelajaran yang terdapat

dalam syllabus tertentu sahaja, sebab nilai murni perlu terdapat dalam setiap

matapelajaran. Dan adakalanya nilai murni yang disalurkan itu tidak terdapat

secara khusus di dalam subjek tersebut tetapi diterapkan secara tidak formalseperti komunikasi yang baik antara guru dan murid, yang akan mempengaruhi

 penanaman nilai dalam jiwa pelajar.

4.0 Rasional Nilai-nilai Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara

Pada bulan Mei 1969, rusuhan kaum berlaku dalam sejarah negara. Ini

menunjukkan kerapuhan kebangsaan kita. Masyarakat kita tiada semangat

muhibbah yang dapat menyatukan setiap kaum. Selain daripada itu tekanan

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 3/11

daripada cendikiawan Islam terutama sejak Persidangan Sedunia Tentang

Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977 serta penularan pelbagai jenis

 penyakit kerohanian, akhlak, sosial dikalangan pelbagai lapisan masyarakatmengalakkan pihak yang berkenaan memberi perhatian yang lebih kepada isu

nilai dalam pendidikan.

Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk 

melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, berpengetahuan,

 bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak  pandangan hidup atau "world view" yang harus didedahkan kepada pelajar atau

 belia sekarang untuk mereka hayati, amal dan wariskan?. Untuk melihat output

dan product yang positif yang dijelmakan oleh pelajar ialah melalui penanaman

nilai-nilai murni serta penekanan yang lebih jitu dalam usaha mendidik merekaagar selaras dengan penyataan FPN ini. Fungsi utama proses pendidikan ialah

sebagai agen pemasyarakatan dan pembudayaan dalam menerapkan nilai-nilai

tersebut. Yang penting sekali adalah kesepaduan empat sifat utama iaitu JERI

(Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) yang akan menghasilkan keseimbangandalam melahirkan individu yang berakhlak.

Masyarakt adalah agen ketiga dalam membentuk nilai murni. Melalui FPN yang

dipelajari disekolah-sekolah baik untuk ahli masyarakat yang sedang atau telah

tamat bersekolah. Mereka telah diterapkan dan diajar dengan nilai murni. Kesan

daripada apa yang dipelajari mereka boleh jelaskan kepada orang lain samadamelalui bentuk penerangan, perbincangan melihat ataupun perubahan perlakuan

sendiri. Penerapan nilai itu mestilah bersahaja dan tidak langsung dan sentiasa

 berterusan.

Di Malaysia dewasa ini isu-isu penerapan nilai murni semakin ketara danmenonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:

" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran danakan diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan

tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan

 sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan." 

5.0 16 Aspek Nilai-nilai Murni

Jawatankuasa Pendidikan Akhlak yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti

nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara kita,tidak hanya memfokuskan kepada agama Islam sahaja. Berasaskan kepada

 pandangan dan maklumbalas yang diperolehi , jawatankuasa ini yang dianggotai

oleh wakil pelbagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diajar dandiserapkan kepada semua pelajar di negara ini untuk membentuk pelajar yang

seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak.

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 4/11

Di sekolah penerapan nilai murni boleh disepadukan melalui:

a.  Secara pertuturan b.  Secara perlakuan

c.  Secara teladan

d. 

Secara isyarate.  Secara kefahaman

f.  Secara interpretasi

g.  Secara konteksual

Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya

 berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moraldiri, keluarga, komuniti dan masyarakat.

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah memperakui 16 nilai-nilai murni:-

1. 

Baik Hati

Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus

ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk orang lain. Ini meliputi:

o  Aspek belas kasihan

o  Bertimbang rasa

o  Murah hati

o  Saling faham memahami

o  Sedia memaafkan

1. 

Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Berdikari dalam konteks ini membawa pengertian:

o  Bertanggungjawab

o  Berupaya bertindak sendiri

o  Jaya diri dan yakin pada diri sendiri.

1.  Hemah Tinggi

Berbudi pekerti dengan tingkah laku mulia dan lemah lembut yang patut diamalkan olehseseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Ciri-ciri

 berhemah tinggi adalah:

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 5/11

o  Kesopanan

o  Mengakui kesalahan

o  Ramah mesra

1.  Hormat Menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberi layanan

yang bersopan. Ini merangkumi:

o  Hormat dan taat kepada ibubapa

o  Hormat kepada orang yang lebih tua, guru, rakan, jirantetangga dan pemimpin

o  Hormat kepada raja dan negara

o  Patuh kepada undang-undang

o  Hormat kepada hak asasi

o  Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai

keturunano  Hormat kepada keperibadian individu.

1.  Kasih sayang

Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan. Rasa ini lahir dari hati yang

rela terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur kepentingan diri:

o  Sayang kepada nyawa

o  Sayang kepada alam sekeliling

o  Cinta kepada negara

o Cinta kepada keamanan dan keharmonian

1.  Keadilan

Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

1.  Kebebasan

Kebebasan yang dimaksudkan ini, tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang

ditentukan oleh agama, masyarakat dan negara. Contohnya ialah:

o Kebebasan di sisi undang-undang

o  Kebebasan dalam sistem demokrasi.

1.  Keberanian

Kesanggunpan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati.

Keberanian itu perlu ada pada setiap orang. Tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya

kerana keberanian yang melulu mengakibatkan bencana. Nilai ini merangkumi:

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 6/11

o  Berani dengan tidak membuta tuli

o  Berani kerana benar 

o  Berani mempertahankan pendirian

o  Berani bertanggungjawab.

1. 

Kebersihan fizikal dan mental

Kebersihan fizikal ialah kebersihan diri dan kebersihan persekitaran. Kebersihan mental

 pula merangkumi pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian. Antaranya ialah:

o  Kebersihan diri

o  Kebersihan persekitaran

o  Pertuturan dan kelakuan yang bersopan

o  Pemikiran yang sihat dan membina

10. Kejujuran

Sikap dan perlakuan yang menunjukan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkansebarang balasan.

1.  Kerajinan

Usaha berteruan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasidan daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara.

1.  Kerjasama

Usaha baik dan membina yang dilakukan secara bersama pada peringkat individu,komuniti, masyarakat atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat seperti persaudaraan,tanggungjawab bersama, gotong royang, ketoleranan dan perpaduan.

1.  Kesedaran

Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat.

Ini termasuklah:

o  Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan

kepentingan orang lain.o  Tidak keterlaluan dalam pertuturan dan tingkah laku.

1.  Kesyukuran

Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas di atas nikmat dan kesenangan yang

diperolehi seperti berterima kasih,, mengenang budi dan penghargaan.

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 7/11

1.  Rasional

Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakanyang sewajarnya, tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Umpamanya seperti boleh membuat

 pertimbangan, boleh membuat penakulan dan berfikiran logik dan terbuka.

1.  Semangat Bermasyarakat

Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama bagi mewujudkan

keharmonian hidup dalam masyarakat seperti bermuafakat, kerajinan dan peka kepada

isu-isu sosial dalam masyarakat.

6.0 Strategi Penerapan Nilai Murni

Suatu proses perubahan yang sedang berlaku dalam Falsafah Pendidikan Negara

dengan menjadikan "Manusia" sebagai objek yang paling utama. Aspek-aspek 

Ontologi (teori kejadian), epistemologi (teori ilmu) dan axiologi (teori nilai).Ketiga-tiga aspek ini digabungkan sebagai commitment untuk menjadikan nilai-nilai murni sebagai asas utama dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.

Kementerian Pendidikan memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu

diperingkat menengah. Langkah ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua

matapelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain, malah berkaitandan bersifat bersepadu. Unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk 

mewujudkan kesepaduan itu ialah unsur nilai.

Dalam pendidikan , penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak 

langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerananilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan

satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan.

Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatankognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Fakta-fakta sejarah dan

cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang

melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yangdipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Pelajar di mana membuat

 penilaian berdasarkan kepada nilai mereka sendiri di mana guru hanya bertindak 

sebagai pembimbing kepada pelajar untuk mereka periksa nilai sendiri di sampingguru mencari alternatiif lain.

 Nilai yang diterapkan boleh menjadi kriteria panduan tentang bagaimana sesuatunilai harus dilakukan misalnya nilai keberanian ataupun rasional. Orang yang

rasional boleh membuat pertimbangan yang baik dalam menghadapi

menyelesaikan sesuatu masalah. Sikap perihatin guru dan kesedaran pelajar dalam

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 8/11

memupuk nilai murni baik secara formal ataupun spontan menyebabkan ianya

akan sentiasa dapat dipupuk dari semasa ke semasa.

Tindakan Kementerian Pendidikan yang melancarkan strategi bersepadu

diperingkat sekolah menengah (KBSM) adalah bersesuaian kerana ia bertujuan

memastikan bahawa semua matapelajaran yang diajar tidak terpisah jauh antarasatu sama lain dan sentiasa berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur yang

menunjukan kesepaduan ini ialah unsur nilai.

7.0 Teknik Penerapan Nilai Murni

Walaupun nilai-nilai murni diwar-warkan untuk dilaksanakan dan diserapkan

dalam pendidikan, jika tidak ada teknik yang sesuai ianya tidak akan mencapai

matlamat dan keberkesanannya. Antara cara yang dikenalpasti untuk menerpkan

dan menyerap serta menyemai nilai-nilai murni ialah:

 Melalui matapelajaran tertentu (Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam)

  Penerapan nilam murni dalam matapelajaran lain

  Aktiviti ko-kurikulum

  Aktiviti persatuan sekolah

Melaui teknik-teknik di atas, penerapan nilai murni akan dapat dilaksanakan

walaupun tidak sepenuhnya. Melalui matapelajaran tertentu, sekurang-kurangnya

dengan mewajibkan pelajaran mengambil subjek yang berkenaan akanmemberikan pengetahuan ataupun akan dapat menarik minat mereka untuk 

 belajar.

Begitu juga dengan penerangan melalui matapelajaran lain yang mungkin berlakusecara langsung misalnya melalui perlakuan atau interaksi. Di sini pelajar akan

dapat melihat dan membandingkan serta mengaitkan apa yang dipelajari dalammatapelajaran khusus tadi dengan apa yang dilihat sekarang. Disamping

 bimbingan guru-guru dasn ibubapa, kesedaran daripada pelajar itu sendiri amat

 penting dalam menetapkan situasi diri mereka sendiri.

Teknik ke tiga dan ke empat juga berlaku secara tak langsung di mana biasanya

melalui teknik ini penerapan nilai-nilai murni akan lebih menyerlah. Penerapan

nilai-nilai murni akan tertera dengan sendirinya. Jika kumpulan yang tidak mempunyai nilai murni mereka akan sentiasa berada dalam keadaan bermasalah.

8.0 Keberkesanan penerapan nilai murni dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Memandangkan penerapan nilai telah lama dilaksanakan dikalangan pelajar, baik melalui ibubapa, guru ataupun masyarakat, hari ini kita telah dapat melihat

 beberapa bukti yang menunjukkan sejauhmana keberkesanan ataupun

ketidakberkesanan penerapan tersebut.

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 9/11

Adakah matlamat FPN untuk melahirkan insan yang seimbang dan hamonis telah

terccapai? Jawapannya, "Ya" dan "Tidak", ini kerana walaupun penerapan nilai

telah disemai dan dilaksanakan namun masih ada yang tidak mengamalkannyawalaupun mereka telah menerimanya. "Ilmu tanpa Amal", tiada ertinya.

Antara bukti keberkesanan yang telah kita dapat lihat pada hari ini ialah semakinramai golongan remaja kita yang berakhlak mulia walaupun mereka dipengaruhi

oleh pelbagai godaan untuk memencongkan nilai murni pada diri manusia.

Golongan remaja yang awal 20-an sekarang adalah mereka yang telah diterapkandan diberi penekanan mengenai penerapan nilai-nilai murni semasa di sekolah

dahulu. Hasilnya kita lihat pada hari ini adanya kesedaran daripada golongan

remaja sendiri untuk membenteras kepincangan yang dihadapi oleh segelintir 

rakan mereka yang masih dipengaruhi oleh nilai yang tidak elok. Misalnya, dalamindustri muzik yang sentiasa mengulit remaja dengan lagu-lagu dan muzik terkini

seperti rock, dang-dut, dan lain-lain. Tapi ada juga remaja yang sedar dan cuba

menarik dan menutupinya dengan mengalunkan lagu-lagu dakwah dengan

memuji kebesaran Illahi seperti kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Hawa dansebagainya. Perkembangan kumpulan pemuzik dakwah ini sekurang-kurangnya

menunjukkan adanya kesedaran dan kejayaan pemupukan nilai murni.

Dari segi ekonomi misalnya, kanak-kanak sekolah begitu perihatin terhadap

kelemahan dan kesusahan orang lain. Penerapan nilai murni yang mereka terima

membantu menyedarkan mereka untuk menderma, menolong dan perihatiterhadap masalah yang wujud tanpa mengira siapa. Contohnya, "Derma Hari

Pahlawan" yang selalu di buat oleh kanak-kanak sekolah , menunjukkan

disamping mereka menderma mereka bekerjasama membantu memungut dermatersebut. Ini menunjukkan satu inesiatif yang baik dalam menyemai nilai-nilai

murni.

Anugerah "Tokoh Kanak-kanak", "Pingat Hang Tuah", "Olahragawan dan

Olahragwati" dan lain-lain anugerah menunjukkan nilai-nilai murni yang disemai

dan keberkesannanya kerana penganugerahan itu diberikan berdasarkan kepadasikap, sifat dan pencapaian yang baik yang ditunjukkan.

Yang paling jelas kita lihat sekarang ialah nilai saling hormat menghormati yangditunjukkan oleh remaja kita kepada ahli masyarakat. Melalui penerapan nilai di

sekolah-sekolah, ramai pelajar yang dapat menerimanya. Misalnya mereka

 prihatin dalam menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka

 pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu kelompok tertentu agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

 Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa bukan semua nilai-nilai murniyang diterapkan di sekolah-sekolah atau di rumah itu diterima pakai oleh pelajar 

kita, sebab masih ada yang menunjukkan kesan yang negatif. Masalah-masalah

sosial yang semakin meningkat sekarang menunjukkan kesukaran merekamelaksanakan nilai-nilai murni tersebut walaupun mereka mengetahuinya, tetapi

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 10/11

7/27/2019 nilai-nilai murni.docx

http://slidepdf.com/reader/full/nilai-nilai-murnidocx 11/11

antara rupa dan jiwa; di antara pembangunan keduniaan dan akhirat; dan di antara

manusia, alam dan Allah, yang mana kesemuanya bermatlamatkan pemikiran

insan soleh . Insan yang baik akan membentuk keluarga yang baik, seterusnyamasyarakat serta bangsa yang baik.

Tindakan kerajaan menukarkan kurikulum lama kepada kurikulum baru iaitu pendidikan bersepadu (KBSM) adalah satu langkah yan bijak dan tepat. Ini

menunjukkan kerajaan ada campurtangan dan turut memberi penekanan kepada

 bukan sahaja ilmu yang bersifat kerohanian dan keduniaan tetapi juga ilmu moralyang lebih bersifat kejasmanian dan keakhiratan. Pendidikan akan sentiasa terus

 berlangsung, tiada limitasinya. Matlamat akhir pendidikan bersepadu adalah

merupakan integrasi tanggungjawab membentuk insan yang baik dan seimbang

dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek selaras dengan kehendak FPN.