Nini Comel Berbaju Merah

5
NINI COMEL BERBAJU MERAH Pada zaman dahulu, ada seorang budak perempuan tinggal bersama ibunya di dalam hutan yang jauh dari bandar. Namanya Nini. Dia selalu memakai baju yang berwarna merah setiap kali keluar dari rumah untuk bersiar-siar atau bermain di rumah neneknya. Oleh sebab itu, ibunya memanggilnya “Nini Comel Berbaju Merah.” Pada suatu hari, dia meminta izin ibunya untuk membawa makanan ke rumah neneknya yang tinggal jauh dari rumahnya di dalam hutan tebal. Neneknya sedang sakit dan terbaring sahaja. Dia berfikir dan berkata di dalam hati, “Tentu nenek akan gembira melihat Nini membawa makanan untuk nenek”. Monolog Nini di dalam hati sambil tersenyum simpul. Sebelum keluar meninggalkan rumah, ibu Nini berpesan, “ Nini, jangan behenti berjalan dan jangan bercakap dengan sesiapa dalam perjalanan nanti, ya nak.” Nini menganggukkan kepala sambil berkata “ Baiklah, ibu. Nini akan dengar nasihat ibu.”. Nini juga berjanji akan kembali dengan segera sebelum menjelang malam. Dia berjalan dengan pantas. Dia hanya berhenti untuk memetik bunga-bunga segar untuk neneknya. Nenek Nini sangat suka akan bungan hutan yang tumbuh meliar itu. Tiba-Tiba… Seekor serigala muncul di hadapan Nini dan berkata,” Apa khabar, cik adik? Kemana kamu hendak pergi pada hari yang ceria ini?” kata serigala sambil tersenyum sinis. Nini berkata,”Saya hendak melawat nenek saya yang sedang sakit. Dia tinggal jauh di dalam hutan tebal sana.” Serigala terus mengucapkan selamat tinggal dan berlari kearah rumah nenek Nini. Nini tidak mengetahui niat jahat Sang Serigala itu. Sang Serigala mengetuk pintu dan meniru suara Nini. “Nenek, Nenek,” Sang Serigala menjerit persis suara Nini. “ Saya ada makanan dan bunga-bunga yang cantik untuk nenek.” “ Pintu tak berkunci “ kata nenek. Apabila nenek nampak serigala itu, nenek terus melompat dari katil dan bersembunyi di dalam almari pakaiannya.

description

cerita

Transcript of Nini Comel Berbaju Merah

Page 1: Nini Comel Berbaju Merah

NINI COMEL BERBAJU MERAH

Pada zaman dahulu, ada seorang budak perempuan tinggal bersama ibunya di dalam hutan yang jauh dari bandar. Namanya Nini. Dia selalu memakai baju yang berwarna merah setiap kali keluar dari rumah untuk bersiar-siar atau bermain di rumah neneknya. Oleh sebab itu, ibunya memanggilnya “Nini Comel Berbaju Merah.”

Pada suatu hari, dia meminta izin ibunya untuk membawa makanan ke rumah neneknya yang tinggal jauh dari rumahnya di dalam hutan tebal. Neneknya sedang sakit dan terbaring sahaja. Dia berfikir dan berkata di dalam hati, “Tentu nenek akan gembira melihat Nini membawa makanan untuk nenek”. Monolog Nini di dalam hati sambil tersenyum simpul.

Sebelum keluar meninggalkan rumah, ibu Nini berpesan, “ Nini, jangan behenti berjalan dan jangan bercakap dengan sesiapa dalam perjalanan nanti, ya nak.”

Nini menganggukkan kepala sambil berkata “ Baiklah, ibu. Nini akan dengar nasihat ibu.”. Nini juga berjanji akan kembali dengan segera sebelum menjelang malam. Dia berjalan dengan pantas. Dia hanya berhenti untuk memetik bunga-bunga segar untuk neneknya. Nenek Nini sangat suka akan bungan hutan yang tumbuh meliar itu.

Tiba-Tiba… Seekor serigala muncul di hadapan Nini dan berkata,” Apa khabar, cik adik? Kemana kamu hendak pergi pada hari yang ceria ini?” kata serigala sambil tersenyum sinis.

Nini berkata,”Saya hendak melawat nenek saya yang sedang sakit. Dia tinggal jauh di dalam hutan tebal sana.”

Serigala terus mengucapkan selamat tinggal dan berlari kearah rumah nenek Nini. Nini tidak mengetahui niat jahat Sang Serigala itu. Sang Serigala mengetuk pintu dan meniru suara Nini.

“Nenek, Nenek,” Sang Serigala menjerit persis suara Nini.

“ Saya ada makanan dan bunga-bunga yang cantik untuk nenek.”

“ Pintu tak berkunci “ kata nenek.

Apabila nenek nampak serigala itu, nenek terus melompat dari katil dan bersembunyi di dalam almari pakaiannya.

Serigala segera memakai baju tidur dan cermin mata nenek. Kemudian, ia menutup badannya dengan selimut.

Tidak lama kemudian, Sang Serigala terdengar Nini mengetuk pintu dan memanggil neneknya. Serigala menjawab, “ Bukalah pintu dan silakan masuk, sayang.” Nini masuk ke dalam rumah neneknya. Dia melihat rupa neneknya sangat ganjil.

“Nenek, telinga nenek sungguh besar sekali!” dia berkata.

Page 2: Nini Comel Berbaju Merah

“Supaya senang untuk mendengar suaramu, sayang,” serigala itu berkata.

“ Nenek, mata nenek sungguh besar sekali!” dia berkata.

“Supaya senang untuk melihat rupamu, sayang,” serigala berkata lagi.

“Gigi nenek sungguh tajam sekali!” Nini berkata agak kuat.

“ Supaya mudah untuk makan kamu!” kata serigala dengan kuat lalu melompat dari katil itu.

Nini menjerit ketakutan dan berlari dari situ.

Seorang pemotong kayu yang berada tidak jauh dari rumah itu terdengar jeritan Nini. Dia terus masuk ke rumah nenek Nini dengan kapaknya dan menangkap serigala yang cuba mengejar Nini itu. Pemotong kayu mengapak belakang serigala lalu menyembur darah Sang serigala.

Kemudian, mereka terdengar suara nenek ketakutan memanggil dari dalam almari. Apabila nenek berjaya keluar dari almari, nenek terus memeluk cucu kesayangannya.

“Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa kami,” kata nenek kepada pemotong kayu.

” Kita tidak akan melihat serigala yang jahat itu lagi di kawasan ini.” Sambung pemotong kayu.

Selepas selesai membersihkan rumah dan berehat, Nini berkata, “ Saya menyesal kerana tidak mendengar pesanan ibu tadi . Ibu berpesan supaya tidak bercakap dengan sesiapa pun yang saya tidak kenali. Saya perlu lebih berhati-hati selepas ini .” kata Nini sambil memeluk nenknya.

Kawan-kawan, pengajaran dari cerita saya ini ialah kita mestilah mendengar kata ibu bapa dan orang yang lebih dewasa dari kita. Kita juga tidak boleh mempercayai sesiapa pun yang tidak dikenali.

JALI DAN KACANG AJAIB

Page 3: Nini Comel Berbaju Merah

Pada zaman dahulu, ada seorang budak bernama Jali . Dia tinggal bersama ibunya di sebuah ladang kecil. Mereka sangat miskin. Kadang-kadang mereka tidak dapat makan dan sering kelaparan.

Pada suatu hari, ibu Jali menyuruh Jali menjual lembunya supaya mereka dapat wang untuk membeli makanan. Dia menyuruh Jali membawa lembu itu ke pasar. Dengan perasaan sedih, Jali pun membawa lembu kesayangannya ke pasar. Sepanjang hari, tetapi tidak siapa pun yang mahu Jali membeli lembunya. Lama-kelamaan dia berasa putus asa dan membawa lembunya pulang.

Dalam perjalanan pulang, dia berjumpa dengan seorang tua yang mahu membeli lembunya. Orang tua itu berkata, “Saya hanya boleh bayar kamu dengan biji kacang-kacang ini. Biji-biji kacang ini adalah biji-biji kacang ajaib.”

Jali bersetuju dan menerima segenggam biji kacang yang berwarna-warni itu sebagai bayaran untuk lembunya.

Apabila sampai di rumah, ibunya sangat marah apabila mendapat tahu yang Jali telah menerima biji-biji kacang sebagai bayaran lembunya. “Biji kacang ajaib!” Dia menjerit, “ Kamu sudah kena tipu! Kamu telah memberi lembu itu kepadanya dengan percuma!” Dengan marah ibunya terus membaling biji-biji kacang itu keluar dari tingkap. Malam itu, Jali terpaksa tidur kelaparan.

Keesokan harinya, dia terkejut melihat sebatang pokok yang besar di luar tingkap biliknya. Pokok itu telah tumbuh di tempat ibunya membaling biji-biji kacang ajaib itu. Jali berlari keluar untuk melihat pokok kacang itu. Dia terus memanjat pokok besar itu hingga ke pucuknya. Dia mengikut jalan menghala ke lorong menuju ke sebuah istana yang sangat besar dan cantik.

Jali menolak pintu besarnya dan masuk ke dalam istana itu. Dia berada di sebuah bilik besar. Di atas lantai, terdapat setimbun wang perak dan emas. Dia melihat sebuah meja besar yang penuh dengan makanan yang sangat lazat dan menyelerakan. Jali berasa sangat lapar. Dia memanjat ke atas kerusi besar itu dan makan makanan yang yang dihidangkan.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi yang kuat dari satu penjuru bilik. Rupa-rupanya seorang gergasi sedang tidur nyenyak dan berdengkur dengan kuat sekali!

Jali berasa sangat takut dan terus melompat turun dari meja. Semasa dia berlari keluar dari istana itu, dia sempat mengambil beberapa keping wang yang berada di lantai. Dia kemudian berlari dengan pantas dan turun ke tanah melalui pokok kacang tadi.

Pada pagi berikutnya, Jali memberanikan diri untuk memanjat semula pokok kacang itu. Kali ini dia ternampak seekor itik dengan dua biji telur emas di sebelah gegasi yang sedang tidur nyenyak.

Jali berjalan perlahan-lahan menuju itik itu tetapi di terjatuh. Gergasi terjaga dan ternampak Jali. “Siapa yang masuk ke istana aku!” Dia mengejar Jali.Jali berlari keluar dari istana. Jali sempat menangkap itik itu dan terus turun melalui pokok kacang itu.

Apabila Jali sampai ke tanah dia menjerit, “Ibu, Ibu ! cepat bawakan kapak saya!”

Page 4: Nini Comel Berbaju Merah

Ibunya berlari membawa kapak itu. Jali menebang pokok itu sekuat hatinya. Pokok itu tumbang dan gergasi itu pun jatuh lalu mati. Sejak dari peristiwa itu, Jali dan ibunya tidak miskin lagi. Dengan wang yang mereka ada, mereka membeli beberapa ekor lembu dan mereka hidup kaya raya. Mereka juga tidak kedekut untuk bersedekah. Itik itu sentiasa bertelur dan mengeluarkan telur emas sehingga berpuluh tahun. Mereka hidup bahagia buat selama-lamanya.

Kawan-kawan, nilai murni dari cerita ini ialah kita tidak boleh memperlekehkan pemberian orang lain. Kita mestilah menghargai hadiah atau pemberian orang lain kepada kita. Nasib manusia juga berbeza-beza. Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu.