Nkr as

8
NKRAs – GURU BERKUALITI JAMINAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN Oleh: Norreha bt. Haji Jani Pengenalan Era globalisasi di zaman pasca modenisasi ini banyak menerjah kita dengan berbagai cabaran yang perlu diatasi segera. Para pendidik di zaman millenium ini perlu meningkatkan kepekaan terhadap persiapan perancangan dan pengurusan serta tindakan yang lebih rapi untuk menghadapi situasi dan kemelut yang sedang dan bakal dihadapi. Organisasi pendidikan hendaklah bergerak seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh masyarakat dinamik abad ke 21 bagi tujuan mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan kepada falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Dalam usaha menangani cabaran globalisasi ini, sumber manusia yang berkualiti perlu disediakan agar mereka mampu berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam orde dunia baru. Peranan pendidikan dalam Pembangunan sumber manusia Pendidikan berperanan sebagai pembentuk bangsa dengan mengeluarkan tenaga mahir, melahirkan insan harmonis, warga negara yang cekap, berketerampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif serta bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh. Dengan erti kata lain, pendidikan diharapkan mampu melahirkan seorang insan berketerampilan seperti yang dicitrakan dalam falsafah Pendidikan Negara. Bagi memperoleh sumber manusia berketerampilan, pendidik atau guru memainkan peranan yang amat penting. Guru dilihat sebagai agen yang akan melahirkan insan-insan berketerampilan seperti yang diharapkan. Untuk memastikan keberhasilannya, guru atau pendidik hendaklah memiliki ciri- ciri yang diperlukan bagi membolehkan mereka melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berketerampilan, bersahsiah, berakhlak mulia, bersikap positif, dedikasi dan

Transcript of Nkr as

Page 1: Nkr as

NKRAs – GURU BERKUALITI JAMINAN KECEMERLANGAN PENDIDIKANOleh:

Norreha bt. Haji JaniPengenalan

Era globalisasi di zaman pasca modenisasi ini banyak menerjah kita dengan berbagai cabaran yang perlu diatasi segera. Para pendidik di zaman millenium ini perlu meningkatkan kepekaan terhadap persiapan perancangan dan pengurusan serta tindakan yang lebih rapi untuk menghadapi situasi dan kemelut yang sedang dan bakal dihadapi. Organisasi pendidikan hendaklah bergerak seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh masyarakat dinamik abad ke 21 bagi tujuan mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan kepada falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Dalam usaha menangani cabaran globalisasi ini, sumber manusia yang berkualiti perlu disediakan agar mereka mampu berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam orde dunia baru.

Peranan pendidikan dalam Pembangunan sumber manusia

Pendidikan berperanan sebagai pembentuk bangsa dengan mengeluarkan tenaga mahir, melahirkan insan harmonis, warga negara yang cekap, berketerampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif serta bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh. Dengan erti kata lain, pendidikan diharapkan mampu melahirkan seorang insan berketerampilan seperti yang dicitrakan dalam falsafah Pendidikan Negara.

Bagi memperoleh sumber manusia berketerampilan, pendidik atau guru memainkan peranan yang amat penting. Guru dilihat sebagai agen yang akan melahirkan insan-insan berketerampilan seperti yang diharapkan. Untuk memastikan keberhasilannya, guru atau pendidik hendaklah memiliki ciri-ciri yang diperlukan bagi membolehkan mereka melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berketerampilan, bersahsiah, berakhlak mulia, bersikap positif, dedikasi dan berdisiplin. Malah, guru juga berperanan penting dalam membentuk masa depan anak-anak di samping ibu bapa. Mereka menjadi salah satu pendorong utama dalam memotivasikan anak-anak bagi mencapai cita-cita mereka. Apatah lagi pada zaman globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagai punca, maka guru berperanan membimbing anak-anak memilih dan mengasingkan antara ilmu yang baik dan ilmu yang patut dijauhi. Malah di zaman globalisasi, anak-anak bukan sahaja perlu memiliki pengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran baik dari segi teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing di pentas dunia modenisasi ini.

Guru adalah tunjang kepada sistem pendidikan. Mereka merupakan golongan pelaksana segala dasar dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Seorang guru yang profesional menunjukkan ciri-ciri profesionalisme yang lazimnya dikaitkan dengan sesuatu profesion. Tetapi apakah ciri-ciri profesionalisme di bidang perguruan ? Sudahkah terdapat satu senarai yang jelas

Page 2: Nkr as

tentang ciri-ciri tersebut ? Walaupun terdapat kod etika tetapi masih tidak dikuatkuasakan yang mengakibatkan taraf profesion perguruan masih terbatas.

Guru berkualiti @ guru cemerlang. Apakah realitinya ?

”Masa depan dikandung oleh masa kini”Kenyataan ini bernaksud apa yang terjadi pada masa depan boleh ditelah pada masa kini dengan berpandukan perkembangan semasa. Masa kini dan masa depan dipenuhi dengan aneka cabaran yang besar dan hebat. Manusia perlu bertindak dengan melengkapkan diri baik dari aspek dalaman dan rohaniah bagi tujuan mengelakkan diri daripada dilanda roda perubahan yang sangat laju agar tidak mengalami kejutan masa, keretakan dan keruntuhan sosial yang boleh membawa kepada kemusnahan.

Anak bangsa yang berkualiti ( berilmu, berketerampilan, berdisiplin, berakhlak, inisiatif, inovatif, kreatif, ingin cemerlang serta berkemahiran ), ianya bermula daripada orang yang mendidik mereka iaitu guru. Keupayaan memperoleh anak bangsa yang berkualiti mestilah bertitik tolak daripada guru yang cemerlang @ berkualiti.

Kecemerlangan kerap kali diukur dalam bentuk kebendaan atau perolehan yang diterima. Sebagai contoh, McClleland (1964) dengan teori kecemerlangannya (need of achievement) beranggapan kecemerlangan berkait rapat dengan pencapaian seseorang sama ada dalam bentuk kebendaan atau pun dalam bentuk pangkat. Untuk memperoleh kecemerlangan seseorang perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berpandangan jauh, sanggup menanggung risiko, bertenaga, kreatif, inovatif, bertanggungjawab, menepati janji dan tidak berputus asa. Guru yang cemerlang @ berkualiti sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersikap profesional. Guru sebagai agen pembentuk sumber manusia harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk berhadapan dengan anak-anak didik mereka. Jika guru bersedia maka gaya pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh.

Guru berkualiti mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki dengan kaedah terkini. Guru juga mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti penyayang, penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai dan sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah pelajar. Bagi mendapatkan ciri-ciri berkualiti, guru perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut. Mengajar ilmu yang cetek iaitu daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran menjadi lebih menarik dan kepuasan dapat dikecapi.

Kualiti dan kecemerlangan, meritokrasi dan standard global adalah sesuatu yang baru diperkenalkan dalam usaha pendidikan berkualiti. Guru yang berkualiti @ cemerlang tidak pernah merasa cukup terhadap ilmu yang dipelajari, memiliki keinginan untuk terus belajar bagi memperoleh ilmu. Guru juga perlu memiliki sikap terpuji dan sentiasa

Page 3: Nkr as

menganggap perubahan sebagai satu cabaran dan bukan satu beban dalam usaha melahirkan generasi berkualiti. Guru yang cemerlang hanya dimiliki jika guru tersebut memiliki sifat yang positif terhadap segala kerjayanya dan menunaikan tanggungjawab tersebut dengan penuh komitmen. Guru-guru ini tidak kenal erti penat, sanggup mengorbankan masa, tenaga dan harta benda bagi kepentingan kerjayanya. Malah ia menganggap tugas yang diamanahkan sebagai satu ibadah.

Guru berkualiti atau guru makan gaji ?

Globalisasi membawa kepada persaingan yang kian sengit termasuk dalam pasaran buruh. Dalam persaingan yang sedemikian, hanya mereka yang berkualiti tinggi lagi cemerlang saja yang akan berjaya mendapat tempat dalam pasaran buruh berkenaan. Persoalannya, bagaimana untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang bermutu tinggi ? Dalam konteks pendidikan, perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru yang terlibat dalam sistem pendidikan mestilah cemerlang, memberikan perkhidmatan terbaik, bermutu tinggi dan mapan.

Guru yang berkualiti akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kegemilangan pelajar serta tahap pendidikan negara keseluruhannya. Oleh itu, adalah wajar bagi setiap warga pendidik untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahirannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika proses ini diambil guna oleh setiap guru, output dan ’outcome’ yang dihasilkan semestinya akan bermutu tinggi sekaligus menyumbang kepada pembangunan sumber manusia negara. Seorang pujangga Barat pernah mengatakan bahawa ’Only teachers who provide contagious learning will produce aspiring students’.

Bagaimana atau apa ciri-cirinya yang kita boleh kata guru yang berkualiti atau guru yang cekap itu ? Cekap bukan bererti mampu habiskan sukatan pelajaran tetapi tahap penguasaan atau kemahiran pelajar tidak meningkat ? Guru-guru terlatih juga jangan sampai ada berlaku sindrom guru ’letih’ dan tiada arah tujuan sebagai ’guru sebenar guru’? Begitu juga yang kita kata guru berkualiti itu adakah sekadar memiliki diploma atau ijazah sudah berkualiti ? Bagaimana tahap ilmunya jika tidak mampu memperbetulkan kelemahan pelajar dalam pelbagai aspek P&P seperti aspek ejaan, sebutan, tulisan atau lain-lain bidang kemahiran yang berkaitan ? Bagaimana boleh dikatakan seseorang guru itu guru yang berkualiti jika keterampilan ilmunya dipertikai oleh muridnya sendiri ?

Pembelajaran yang berkualiti wujud dari pengajaran yang terancang dan bermutu. Perancangan ’melepas batuk di tangga’ tidak akan mendatangkan hasil yang cemerlang di kalangan pelajar-pelajar, malahan seorang guru yang mengamalkan konsep ’profesional’nya dengan gaya ini menjadi punca utama masalah disiplin di dalam kelas. Pelajar-pelajar yang bosan, tidak bermotivasi serta disuap dengan kaedah pengajaran yang lesu adalah pencetus utama masalah-masalah disiplin di sekolah.

Budaya kerja yang berasaskan pengawasan oleh pihak atasan semata-mata perlu diubah kepada kesedaran untuk mengekalkan kualiti tugas. Budaya kerja untuk mengampu bos,

Page 4: Nkr as

kerja bila orang tengok saja, atau kerja hanya untuk dapat anugerah perlu dikikis sama sekali.

Tanpa guru berkualiti, tahap penghasilan pelajar pasti akan tetap di takuk lama. Tidak guna mempunyai fizikal sekolah yang gah sekiranya diisi oleh guru-guru tanpa kualiti. Dan yang pasti kualiti bukan diukur daripada segi kecemerlangan guru ketika menjalani kursus perguruan tetapi perlu diukur berdasarkan komitmen mereka dari semasa ke semasa.

Jangan lagi ada fenomena menjadi guru hanya untuk makan gaji. Atau masih wujud guru yang tidak lagi bersemangat atau berada dalam zon selesa atau pun lebih parah, pada tahap beku.

Kerjaya guru bukan sepatutnya hanya mengimpikan kerja yang dibayar gaji setelah tamat pengajian. Guru perlu tahan lasak mental, fizikal, emosi dan spiritual.

Pendidikan ke atas anak-anak bikan persoalan ’trial and error’. Kita tidak memerlukan pendidik yang awal-awal lagi sudah menolak sebahagian manusia dan hanya ingin mendidik manusia daripada jenis yang ia suka didik sahaja. Menjadi guru bererti bersedia menerima apa jua rupa bentuk pelajar yang datang kepadanya. Jika ada yang nakal, maka itulah cabaran yang patut diambil oleh seseorang guru. Seseorang guru tidak patut memilih-milih pelajarnya. ”Aku hendak kelas ini dan aku tidak mahu masuk kelas itu”, tak patut menjadi ungkapan seorang guru. Guru patut tahu bahawa semua pelajar itu berpotensi menjadi lebih baik. Inilah fungsi pendidikan yang patut dimainkan oleh guru. Sesungguhnya peranan guru amatlah besar. Guru bukan sahaja sebagai pengajar tetapi juga sebagai pendidik, pemberi teladan dan pembimbing kepada anak didiknya. Justeru itu, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pendidikan dan keterampilan tertentu tetapi juga membentuk sahsiah dan keperibadian murid-murid atau pelajarnya.

Guru mewarnai sistem nilai dan norma yang akan dimiliki pelajar berkenaan. Tiada gunanya memiliki prasarana dan kemudahan yang bertaraf dunia pertama tetapi memiliki minda dan budaya kerja yang bertaraf dunia ketiga. Kita tidak mahu melahirkan insan yang berilmu tinggi tetapi tidak bermoral, tidak berbudi bahasa dan tidak mengenag jasa ibubapa dan masyarakat yang telah banyak berkorban untuknya. Guru umpama bunga yang mengharumi orang disekelilingnya di samping dirinya sendiri. Apabila seseorang itu telah menjadi seorang guru, guru itu akan dipanggil ”Cikgu” di sepanjang hayatnya dan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat. Adakah patut martabat yang begitu tinggi dipersia-siakan hanya kerana sikap yang negatif ? Teaching is a dignified profession that does not discriminate persons on the basis of race, religious beliefs, color, sex, gender, physical characteristics, age or place of origin.

Tanggungjawab dan cabaran para guru dalam melaksanakan tugas amatlah berat dan besar. Pepatah Inggeris yang berbunyi ” school teachers are given too much credits and too little cash” menggambarkan betapa besarnya sumbangan para pendidik yang tidak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit. Kini, beban tugas mendidik pelajar semakin

Page 5: Nkr as

berat dan bertambah, amanah dan tanggungjawab perlu ditunaikan dengan penuh komitmen dalam usaha memperkasa dan memartabatkan lagi profesion keguruan, di samping membuktikan hasil kerja berkualiti serta berdisiplin. Guru tidak boleh bersikap lepas tangan terhadap kepentingan peranan mereka membantu pelajar mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sehingga mampu mencapai kecemerlangan menerusi pengajaran berkesan.

Guru berkualiti memainkan peranan penting untuk menghasilkan pelajar bermutu. Tanpa komitmen guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah memasuki persekolahan menengah. Justeru, guru mesti menghayati tugas murni profesion keguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar ikhlas untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir. Antara ciri guru berkualiti ialah melaksanakan tugas dengan bersungguh dan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Guru berkualiti bersedia menghadapi cabaran pelajar bermasalah dan tidak mudah mengalah atau cepat tawar hati sehingga hilang semangat untuk berusaha membantu mengatasi kelemahan mereka, selain sentiasa bekerjasama dengan pihak pentadbiran ke arah kebaikan pendidikan negara. Guru juga perlu berusaha mempertingkatkan profesionalisme dari semasa ke semasa dengan mengikuti kursus dan perkembangan terbaru bidang pendidikan. Guru berkualiti perlu seiring dengan aspirasi negara, bukan bertindak mengikut emosi peribadi. Guru mesti sentiasa menunaikan amanah dengan jujur, sekali gus berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan pesat dunia pendidikan, harus memiliki motivasi, keyakinan serta kesedaran diri untuk menghasilkan prestasi kerja berkualiti.

Penutup

Abad ke 21 adalah merupakan satu persimpangan yang penting dalam ketamadunan manusia. Sejak dua dekad kebelakangan ini satu proses transformasi telah berlaku dan melanda dunia dengan pantas. Kita perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya ketahanan supaya dapat sama-sama bersaing pada peringkat global. Pendidikan hari ini diharap dapat melahirkan ciri-ciri warganegara yang sesuai dengan keperluan sumber manusia pada masa hadapan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Guru cemerlang yang berkualiti mampu melahirkan modal insan yang berketerampilan dan negara semestinya akan menerima impak besar.