no 1

download no 1

of 19

description

notes

Transcript of no 1

MATLAMAT PENUBUHAN PERSATUAN

Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-masing dan seterusnya menjadi contoh/rujukan kepada semua pihak

Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli

Bersama memaju dan memperkasakan kepakaran ikhtisas dan professional di kalangan ahli selaras dengan keperluan, perancangan dan peranan Universiti

Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa

Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta dengan pihak pengurusan universiti bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak di dalam aspek perkhidmatan, perjawatan, kebajikan serta profesionlisme kerjaya ahli dan organisasi.

Sumber : http://ppti.ump.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=61:matlamat-penubuhan-persatuan&catid=34:maincontent&Itemid=70FASA II MATLAMAT DAN OBJEKTIFFASA IIMATLAMAT DAN OBJEKTIF2.1Matlamata) Menjaga kebajikan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisasb)Mencapai persefahaman, kerjasama dan kesejahteraan ahlic)Menegak dan mengukuhkan prinsip pengurusan yang cekap, adil dan demokratikd)Mengada dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain badan yang sesuai dengan tugas dan matlamat Persatuane)Memajukan bidang pentadbiran, ikhtisas dan bidang-bidang lain yang dapat meninggikan lagi imej universiti.2.2Objektif2.2.1 Tujuan-tujuan Persatuan ialah :-a) Menjadi satu badan yang mewakili Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas Universiti Teknologi Malaysiab)Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan perkhidmatan, pentadbiran dan ikhtisas Universitic) Memelihara matlamat Universitid) Menjadi badan perunding semua perkara berkenaan kebajikan dan kepentingan ahlie) Menjadi ahli gabungan kepada mana-mana pertubuhan yang berdaftar di Malaysia dan sesuai dengan dasar Persatuanf) Bekerjasama dengan lain-lain Pertubuhan yang berdaftar di Malaysia yang sesuai dengan dasar Persatuang) Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahlih) Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada pihak berkuasa Universiti, agensi dan Kerajaan serta badan-badan lain mengenai perkara yang berkaitan dengan kepentingan ahli.Sumber : http://www.utm.my/pertisas/perlembagaan/fasa-2/

Perlembagaan Persatuan

PERLEMBAGAANPersatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Fasal 1: NAMA

1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan selepas ini disebut Persatuan.

Fasal 2: TEMPAT URUSAN

1. Alamat tempat urusan ialah:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & AlumniNo. 19, 21, 23 dan 25 Jalan SerawakTaman Bukit Kubu Jaya02000 Kuala Perlis

2. Dan alamat surat menyurat ialah:

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & AlumniNo. 19, 21, 23 dan 25 Jalan SerawakTaman Bukit Kubu Jaya02000 Kuala Perlis

Alamat tempat urusan dan alamat surat menyurat Persatuan tidak boleh diubah dengan tidak dibenarkan oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Fasal 3 : BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

Tiada

Fasal 4 : TUJUAN / MATLAMAT

Tujuan Persatuan ini ialah:

1. Menggalakkan semua ahli-ahli Persatuan cenderung dalam aktiviti sosial.2. Merancang dan mengadakan segala aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi bagi ahli-ahli, keluarga dan warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).3. Merancang dan mengadakan khidmat komuniti.4. Dapat menggunakan pelbagai kemudahan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).5. Membantu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam membudayakan semangat cintakan universiti kepada pelajar-pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Fasal 5: KEAHLIAN

Keahlian Persatuan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu:

1. Ahli Biasa a. Terdiri daripada semua graduan UniMAP;b. Bersetuju mematuhi syarat-syarat keahlian serta perlembagaan persatuan ini;c. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama persatuan dengan;

i. Mengambil bahagian di dalam semua mesyuarat agung Persatuan;ii. Mengundi dalam semua perkara di dalam mesyuarat Persatuan.iii. Memegang sebarang jawatan yang ditetapkan dalam mesyuarat agung dan mesyuarat Jawatankuasa;iv. Menyertai dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang diadakan.

2. Ahli Bersekutu

a. Terbuka kepada mana-mana kakitangan UniMAP sahaja. Bagi kakitangan yang tidak lagi berkerja di UniMAP ini secara automatik gugur dari menjadi ahli bersekutu;b. Telah dipersetujui oleh ahli Jawatankuasa (AJK);c. Mematuhi syarat-syarat keahlian dan sanggup menerima serta mematuhi perlembagaan persatuan ini;d. Bertanggungjawab menjaga dan menaikkan nama persatuan ini.

3. Seseorang yang ingin menjadi ahli Persatuan ini hendaklah mengisi borang keahlian yang boleh didapati secara percuma dari setiausaha persatuan.4. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan, yang hendaklah mengemukakan permohonan itu secepat mungkin kepada ahli Jawatankuasa kerja untuk diluluskan. Jawatankuasa kerja boleh menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.5. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan hendaklah menjelaskan bayaran masuk dan yuran bulanan pertama seperti yang ditentukan dan berhaklah ia sebagai ahli persatuan.

Fasal 6: BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN

1. Bayaran masuk dan yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

i) Bayaran masuk a. ahli biasa - RM 50.00( Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

b. ahli bersekutu - RM 100.00( Ringgit Malaysia Seratus Sahaja)

(**dibayar sekali sahaja seumur hidup)

2. Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara-pekara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan mesyuarat agung.3. Persatuan boleh menerima sumbangan sama ada berupa wang atau lain-lain bentuk bantuan daripada bukan ahli, orang perseorangan atau swasta serta mengadakan kutipan derma dengan syarat mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa dengan tujuan untuk memajukan aktiviti persatuan.

Fasal 7: PEMBERHENTIAN DAN PERMECATAN

1. Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli persatuan hendaklah memberikan kenyataan yang bertulis dua minggu sebelum berhenti kepada setiausaha, dan melunaskan segala hutangnya.

2. Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang persatuan atau bertindak dengan cara yang boleh mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang menerangkan dan membela diri. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut.

Fasal 8: MESYUARAT AGUNG

1. Pengelolaan Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

2. Jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir untuk menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa mengubah undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

3. Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhir tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa. Agenda-agenda Mesyuarat Agung Tahunan ialah :i. Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan kerja-kerja persatuan ini di dalam tahun yang lalu.ii. Menerima laporan Bendahari dan penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.iii. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang.iv. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

4. Setiausaha hendaklah menghantar kepada setiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan suatu pengumuman mesyuarat yang menerangkan tarikh, masa dan tempat serta agenda mesyuarat termasuk salinan-salinan peringatan mesyuarat dan laporan-laporan beserta dengan penyata kira-kira persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan persatuan.

5. Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:-i) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atauii) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang daripada satu perlima (1/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

6. Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

7. Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.

8. Fasal 8(1) dan 8(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa enam (6) bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

9. Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan tiap-tiap mesyuarat Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.

Fasal 9: JAWATANKUASA

1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:i. Seorang Pengerusiii. Seorang Naib Pengerusiiii. Seorang Setiausahaiv. Seorang Naib Setiausahav. Seorang Bendaharivi. Seorang Penolong Bendaharivii. 5 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

2. Pemegang-pemegang jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

3. Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka akan memegang jawatan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula.

4. Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan persatuan dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

5. Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa empat (4) bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terdahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang dari 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang- kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

6. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli Jawatankuasa secara mengedarkan surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima:i) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa.ii) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; daniii) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatitkan di dalam peringatan mesyuarat.

7. Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.

8. Seorang ahli Jawatankuasa berhak untuk melantik ahli persatuan yang lain bagi memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

9. Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan persatuan dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkannya mustahak.Jawatankuasa boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam tugas, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan persatuan.

10. Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.

Fasal 10: KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

1. Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi semua Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangai peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama Setiausaha dan Bendahari.

2. Naib Pengerusi hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaanya.

3. Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentabiran persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah perintah Mesyuarat Agung dan Jawatankuasa.Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan meyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah setiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah di dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

4. Bendahari adalah bertangungjawab berkenaan semua hal kewangan persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertangungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

5. Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

Fasal 11: KEWANGAN

1. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan persatuan termasuklah belanja pertadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

2. Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama persatuan.

3. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira persatuan hendaklah ditandatangan bersama oleh Pengerusi, Bendahari atau Setiausaha maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang persatuan.

4. Perbelanjaan yang lebih daripada RM10000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih daripada RM50000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM10000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Bendahari atau Setiausaha.

5. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksaan Kira-kira mengikut Fasal 12 dengan seberapa segera setelah tamatnya tahunan kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutan dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan persatuan.

6. Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.

Fasal 12: PEMERIKSA KIRA-KIRA

1. Dua orang yang bukannya AJK yang boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang jawatan selama 3 tahun dan boleh dilantik semula.

2. Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira persatuan bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.

Fasal 13: PEMEGANG AMANAH

Tiada

Fasal 14: TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

1. Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

2. Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung keputusa Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

Fasal 15: PENASIHAT / PENAUNG

Jawatankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat / Penaung bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.

Fasal 16: LARANGAN

1. Ahli-ahli adalah dilarang daripada bermain sebarang jenis permainan berbentuk perjudian di dalam kawasan Persatuan;2. Ahli-ahli dilarang sama sekali meminum sebarang minuman keras di dalam kawasan persatuan;3. Persatuan atau ahli-ahlinya tidak harus menghalang atau dengan cara apa jua mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959;4. Persatuan ini tidak boleh menjalankan aktiviti perjudian samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak atas nama persatuan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan;5. Faedah-faedah seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966 tidaklah boleh diberi oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.

Fasal 17: PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari daripada tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Fasal 18: PEMBUBARAN

1. Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya,2. Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.3. Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu.

*Perlembagaan ini telah disahkan dalam mesyuarat agung persatuan pada 30 Julai 2011 dan telah didaftarkan di Pendaftar PertubuhanSumber : http://alumni.unimap.edu.my/index.php/pendaftaran-ahli/perlembagaan-persatuan.html

MONDAY, JULY 12, 2010Prosedur Penubuhan Kelab/PersatuanBENGKEL PENUBUHAN KELAB PENGGUNA IPT ZON UTARARUMAH PERSEKUTUAN BRINCHANG CAMERON HAIGHLAND(14 HINGGA 16 JULAI 2010)

Disediakan OlehHaji Ahmad Jasmi DonPensyarah Kanan KokurikulumIPG Kampus Tuanku Bainun BM

PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

1. OBJEKTIF

1.1 Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di IPT dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

1.2 Memberi Pengetahuan dan kefahaman kepada peserta bengkel kaedah atau tatacara untuk menubuhkan persatuan/kelab di IPT masing-masing

1.3 Memberi keyakinan diri kepada peserta untuk memimpin, mengurus,menyelia dan melaksanakan operasi/kegiatan persatuan/kelab pengguna di IPT masing-masing.

2. PERSATUAN/KELAB

2.1 Definisi:

Sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berpelembagaan, berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh Ahli-ahli yang berdaftar, mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat berpersatuan/kelab yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama.

2.2 Matlamat/Tujuan penubuhan persatuan/kelab

Menyediakan peluang dan ruang kepada rakan pelajar yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama untuk bergabung dan menggembeling tenaga, ilmu dan idea dibawah satu pimpinan dan pertubuhan. Kemudian berkongsi mengadakan aktiviti yang lebih besar,sehat dan bermakna supaya boleh dimanaafatkan oleh semua ahli dan komuniti.

3. BAGAIMANA MENUBUHKAN KELAB ATAU PERSATUAN

Umumnya kita akan juruskan perbincangan kepada 4 langkah tatacara penubuhan persatuan/kelab yang biasa dilaksanakan.

3.1 LANGKAH 1 : Mewujudkan Jawatankuasa Penaja

3.1.1 Atas kesedaran diri Pemimpin pelajar (semua yang ada dalam bengkelini) menubuhkan jawatankuasa Penggerak/Jawatankuasa Penajadengan menyenaraikan diri sebagai AJK Penaja .Jawatankuasa Penajaini terdiri dari:-

a. Pengerusib. Naib Pengerusic. Setiausahad. Bendaharie. 6-7 Ahli AJK biasa

3.1.1 AJK Penaja mengadakan Mesyuarat sesama sendiri bagi membincangkan perkara berkaitan penubuhan kelab, matlamat dan tujuan, merangka strategi kelulusan,peraturan-peraturan, perlembagaan,keahlian, kegiatan/aktiviti, dan lain-lain maklumat berkaitan kelab .3.1.2 Mesyuarat ini mesti ada agendanya, setiap perbincangan diminitkan dan difailkan /didokumentasikan3.1.3 Pelaksanaan tugas hasil mesyuarat ikut adalah mengikut jawatan masing-masing.

3.2 LANGKAH 2 : Hebahan Umum dan Persetujuan/Mandat dariWarga/Komuniti

3.2.1 AJK Penaja mengadakan Mesyuarat Agung Penajaan/Majlis Pertemuan dengan keseluruhan pelajar/warga kampus untuk membentangkan hasrat dan mendapat restu persetujuan semua ahli.

3.2.2 Urusan surat-menyurat , jemputan yang dikeluarkan adalah atas namaAJK Penaja.contohnya: Kelab Pengguna IPG Kampus Tuanku BainunAlamat:..

3.2.3 Semua surat ditandatangani oleh Pengerusi AJK Penaja.3.2.4 Cadangan Agenda:

1. Ucapan Aluan Pengerusi2. Pembentangan Senarai Nama JK Penaja (Bayangan) untuk mendapat persetujuan ahli mesyuarat.3. Penjelasan/Penerangan tujuan Penubuhan Kelab

3.2.5 Setia usaha minit dan dokumentasikan mesyuarat.3.3 LANGKAH 3 : Mendapatkan Kelulusan Pendaftar Kelab/Persatuan

3.3.1 Tanggung Jawab AJK Penaja sebelum mendapat kelulusan Pendaftar

3.3.1.1 Menyediakan Perlembagaan Kelab/Persatuan Mengikut nasihat pendaftaran (Boleh dapatkan contoh dari pendaftar pertsatuan).

3.3.1.2 Mengadakan Mesyuarat Agung Khas - Membentangkan Perlembagaan untuk bincang dan meluluskan perlembagaan KECUALI kalau mesyuarat agung yang lalu telah memberi mandat/kepercayaan sepenuhnya kepada JK penaja untuk meluluskan perlembagaan itu maka mesyuarat khas ini tidak perlu dibuat.

3.3.1.3 Jawatankuasa penaja menulis permohonan rasmi kepada Pendaftar (Pengarah,Pengetua atau Guru Besar) dengan menyertakan dokuman termasuk perlembagaan yang telah dipersetujui di atas.

3.3.1.4 Merancang/merangka aktiviti Tahunan. (Aktiviti hanya boleh dilaksanakan apabila persatuan/kelab telah diluluskan dan didaftarkan secara sah oleh pendaftar surat kelulusan sebagai dokumen bukti disimpan untuk rujukan)

3.3.2 Selepas Mendapat Kelulusan

3.3.2.1 JK Penaja mengadakan Mesyuarat AGUNG3.3.2.2 Membuat dan mengedar Notis Mesyuarat Agung dan borang cadangan usul.3.3.2.3 Draf Aktiviti/kegiatan persatuan/kelab3.3.2.4 Membuat Surat jemputan Mesyuarat Agung kepada semua ahli.3.3.2.5 Melaksanakan & Mengendali Mesyuarat Agung

Antara Agenda Mesyuarat:-1. Ucapan Aluan Pengerusi2. Pengesahan Minit Mesyuarat3. Perkara Berbangkit4. Melantik JK Persatuan/Kelab (bilangan AJK hendaklah mengikut perlembagaan)AJK Penaja boleh diganti jika ada persetujuan.

5. Membentang & membaca kandungan perlembagaan untuk maklumat ahli (Sekiranya terdapat pindaan yang dibuat oleh pihak pendaftar)

6. Membentang & mengesahkan Laporan Kewangan persatuan/Kelab berakhir pada..(jika sebelum ini JK penaja mendapat sumbangan/kutipan kewangan drp mana-mana pihak).

7. Bincang Usul-usul yang diterima termasuk usul-usul dari JK8. Ucapan Penangguhan

3.4 LANGKAH 4 : Melaksana Tanggungjawab sebagai AJK Baru

3.4.1 JK persatuan/kelab yang telah dilantik dalam mesyuarat agung perlu mengadakan Mesyuarat JK secepat mungkin untuk membincang, melaksanakan usul atau aktiviti yang telah dirancangkan.

3.4.2 Contoh Agenda Mesyuarat JK ialah:-

1. Ucapan Aluan Pengerusi2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat JK yang lalu3. Perkara Berbangkit4. Membentang & mengesahkan Penyata Kewangan yang berakhir pada:.5. Membincangkan usul-usul dan tindakan pelaksanaan (usul yang telah diluluskan dlm mesyuarat agung yang lalu).6. Membincangkan aktiviti tahunan7. Hal-hal lain

3.4.3 Perbincangan perlu diminitkan utuk tujuan rekod dan rujukantindakan.

LAMPIRAN 1 : RUMUSAN PROSEDUR PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB

Prosedur Penubuhan:

1. Mewujudkan/Penubuhan Jawatankuasa Penaja (Minimum 7 org Ahli)2. Mengadakan Mesyuarat JK Penaja- Bincang Persediaan Penubuhan.3. Membina dan menyediakan Draf Perlembagaan Persatuan dan PeraturanPersatuan Kelab/Persatuan.4. Draf Aktiviti Tahunan.5. Mengadakan Majlis perjumpaan / Mesyuarat Agung Penajaan dgn ahli5. Surat Permohonan Penubuhan Kelab dan Persatuan (Penaja).6. Surat Kelulusan Penubuhan oleh Pendaftar Kelab dan Persatuan(Pengarah/Pengetua/Guru Besar) institusi masing-masing.7. Pengendalian Mesyuarat Agung (Tjwb Jawatankuasa Penaja):

i. Notis Mesyuarat Agung, Edar borang Usulii. Surat Jemputan Mesyuaratiii. Mesyuarat Agung.a. Pelantikan pengerusi dan AJKb. Perbincangan Perlembagaan (persetujuan/pindaan)c. Peraturan-peraturand. Sumber Kewangan Persatuane. Cadangan Aktivitif. Hal-hal lainiv. Mencatat Minit

8. Pengurusan, Pelaksanaan aktiviti kelab dan Pemantauan(T/Jwb AJK Kelab)9. Dokumentasi dan system fail10. Pengauditan.

LAMPIRAN 2 : Contoh Surat Permohonan Penubuhan Persatuan

ALamat JK Penaja

_________________________________________________________________________

Ruj kami : IPGKTB/KOKO/KG/08/5(2)Tarikh : 06 Januari 2010Pengarah,IPG Kampus Tuanku Bainun,14000 Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB PENGGUNA

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ( nama). berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196, yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Pengguna, di Institusi ini (IPG Kampus Tuanku Bainun , Bukit Mertajam, Pulau Pinang) mulai 25 Ogos 2010.

2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:2.1 Draf Perlembagaan2.2 Draf Aktiviti Asas Kelab2.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara di atas terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARABERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

Saya yang menurut perintah,

(Don Fairuz bin Marzuki)Pengerusi JK Penaja,Kelab Pengguna IPG Kampus Tuanku Bainun,14000 Bukit Mertajam , Penang.

LAMPIRAN 3 : Tanggungjawab JK PenajaPENUBUHAN PERSATUAN/KELAB1. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja (minimum 7 orang Ahli)2. Apakah tanggung jawab Jawatankuasa Penaja ini?Mengadakan Mesyuarat JK PenajaPenyediaan Dokumen-dokumenTujuan dan PersetujuanPerlantikan JawatankuasaPerlembagaanMenubuh pertubuhanMeluluskan nama pertubuhan.(selaras dengan tujuan dan keahlian)meluluskan alamat pertubuhan(surat kebenaran tuan pemunya alamat)Memohon kelulusan pendaftar

3. Mesyuarat Agung kali PertamaBincang Tentang Penubuhan kelab, (nama, logo, alamat)Kelulusan Pertubuhan/aktaPembentangan & Perbahasan PerlembagaanPernyataan & Penjelasan Peraturan-peraturanPelantikan Peresiden & Ahli Jawatan kuasa & Tanggung jawabKeahlianYuranDraf Aktiviti-aktiviti/kegiatanAsetDll4. Pelaksanaan5. Kepimpinan6. Pemantauan & audit

LAMPIRAN 4 : Bengkel Merangka Aktiviti Kelab

TEMA AKTIVITI KELAB PENGGUNA.

1. Hak dan Tanggungjawab Pengguna2. Jadilah Pengguna Bijak3. Pengguna dan Alam Sekitar4. Amalan Makanan Halal lagi Baik/bermutu5. Pengguan dan Gaya Hidup Sehat6. Gerkanan Pengguna dan Masyarakat/Komuniti7. Barangan dan perkhidmatan berkualiti8. Pengguna dan Budaya9. Pengeluar dan Kepenggunaan10. Pengguna Lestari11. Aduan dan Tuntuan Pengguna12. Kelab Pengguna dan Warga IPT/IPG

Bengkel : Merangka Aktiviti KelabBengkelkan bersama Kumpulan anda melalui sumbangsaran bagi menyediakan sekuarang-kurangnya 2 aktiviti bertemakan mana-mana 2 dari tema di atas untuk dikongsikan dan akan diguna sebagai panduan untuk aktiviti kelab pengguna di kampus anda kelak. Bincangkan dan rekodkan cadangan aktiviti anda itu berdasarkan kandungan berikut :-1. TEMA: (nama tema yang dipilih)2. Tajuk Aktiviti:3. Objektif Aktiviti:4. Lokasi Aktiviti:5. Tempoh masa aktiviti:6. Peruntukan/Kos: (anggaran Perbelanjaan dan sumber Jika berkaitan)7. Peralatan Yang diperlukan: (jika ada)8. Huraian Aktiviti : (kaedah pelaksanaannya)9. Refleksi/Pengajaran/Faedah : (Senaraikan Jangkaan Refleksi/Pengajaran/kebaikan yang boleh diperolehi dari aktiviti yang anda cadangkan untuk dilaksanakan)Sumber : http://jasmidon.blogspot.com/2010/07/prosedur-penubuhan-kelabpersatuan.html