“NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria...

16
ASPIRASI INTEGRITI WARGA MPPG KE ARAH PASIR GUDANG LEBIH CEMERLANG www.mppg.gov.my | Gemilang, Lestari, Sejahtera “NO GIFT POLICY” KAUNTER MUAFAKAT JAUHAR JOHOR M/s3 M/s6 M/s7 RAIH NAIB JOHAN

Transcript of “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria...

Page 1: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

TERBITAN RASMI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGJULAI 2017

2017

EKSA

BERITABERITA

PASIR GUDANG

ASPIRASI INTEGRITI WARGA MPPG KE ARAH PASIR GUDANG LEBIH CEMERLANG

w w w . m p p g . g o v . m y | Gemilang, Lestari , Sejahtera

“NO GIFT POLICY”

KAUNTERMUAFAKAT

JAUHAR

JOHORM/s3

M/s6

M/s7RAIH NAIB JOHAN

Page 2: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

PENASIHATEncik Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

AJK SIDANG REDAKSI 2017

BERITA PASIR GUDANG

PerutusanYANG DIPERTUA

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

Sebarang maklum balas atau pandangan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh MPPG hubungi kami di talian 07-254 7777 atau hantar emel ke [email protected].............................................

Diterbitkan olehJABATANPEMBANGUNAN MASYARAKAT

KANDUNGAN

2

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Alhamdulillah sekali lagi kita bertemu kembali dalam tinta pemudah bicara

pada bulan Julai ini dan semua ini berlaku dengan izin Allah S.W.T semata-mata supaya kita sama-sama dapat berkongsi idea yang mampu mentransformasi pemikiran dan gerak kerja kita supaya dapat memacu tanggungjawab membangunkan negara kita yang tercinta dengan lebih mantap lagi. Bulan Julai ini kita masih lagi meraikan Syawal yang mulia dan pastinya kita dihujani dengan jemputan program rumah terbuka dan harus diingatkan kesihatan dan pemakanan haruslah dikawal di samping kemeriahan menghadiri rumah terbuka yang akan menjadi medan untuk merapatkan lagi ukhwah sesama kita. Dalam memenuhi jemputan jangan sesekali kita melupai mereka yang kurang bernasib baik dan marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka di dunia ini. Lagipun jangan lupa matlamat utama diadakan rumah terbuka tidak lain tidak bukan untuk merapatkan kembali saf-saf yang renggang dan memperkuatkan lagi ikatan hubungan kemanusiaan supaya terus kukuh dan secara tidak langsung menggambarkan organisasi yang kukuh lahir daripada warga kerja yang sentiasa mementingkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara satu sama lain. MPPG begitu komited untuk mengajak warganya bebas rasuah, justeru apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Johor di jemput untuk mengendalikan sesi khas ‘No Gift Policy’ kepada semua warga kerja bagi memastikan perkhidmatan yang bersih dan bebas daripada unsur-unsur yang meragukan maka ianya adalah satu

iltizam untuk menjadikan penjawat awam mempunyai nilai integriti yang tinggi. Secara tidak langsung profesion dalam sektor awam dipandang tinggi oleh semua pihak di samping perkhidmatan yang lebih integriti merupakan komitmen kepada semua warga kerja. Kejayaan MPPG mengekalkan pensijilan ISO 14001:2008 pada tahun ini perlu dijadikan sebagai satu aspirasi untuk semua warga kerja MPPG terus mengekalkan momentum positif untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai. Kecemerlangan ini bukan setakat ditunjukkan di atas sebuah sijil yang telah diaudit tetapi juga perlu diterjemahkan kepada kecekapan perkhidmatan yang boleh dinilai dan diukur. Realitinya manusia menilai kerja kita melalui output yang boleh dilihat dengan mata kepala supaya nampak gambaran yang sebenarnya. Sehubungan dengan itu, tugas-tugasan hakiki kita sebagai sebuah PBT yang memberikan perkhidmatan teras yang merupakan tanggungjawab utama iaitu SLJR, S; perkhidmatan sampah yang perlu dipertingkatkan, L; memastikan lampu-lampu jalan dalam keadaan baik, J; memastikan sistem jalan dalam penyelenggaraan yang baik manakala R; rumput dan sistem jalan dan perparitan diselenggara dengan baik dan mengikut jadual seperti yang ditetapkan dan harus dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Bulan ini juga merupakan penggal kedua tuntutan cukai taksiran dikeluarkan kepada semua premis-premis yang berada di dalam kawasan MPPG. Lanjutan daripada itu saya menyeru kepada semua penduduk dan pemilik-pemilik premis yang berada dalam pentadbiran MPPG supaya menjalankan tanggungjawab

‘No Gift Policy’ Aspirasi Integriti Warga MPPG Ke Arah Pasir Gudang Lebih Cemerlang.

Riang Ria Syawal Sekitar Pasir Gudang.

Jom Beraya Bersama YDP.

Menteri Besar Lancar Kaunter Muafakat Johor (KMJ) Pasir Gudang.

JAUHAR Raih Naib Johan dalam Festival Nasyid.

Lensa MPPG Julai 2017.

Kejohanan Ping Pong Terbuka Pasir Gudang.

MPPG Perluaskan Program Pengkomposan Sisa Makanan dan Kitar Semula.Kerjasama JPN, JKM dan MPPG Basmi Gelandangan di Pasir Gudang.

Bengkel Inisiatif PembangunanKarbon Rendah Pasir Gudang.Wabak ‘Rabies’ Dibasmi Habis-habisan.

YDP Turun Padang.Combi Pergiat Cegah Denggi.

Yayasan Pasir Gudang - Program Sepanjang Julai 2017.

Kursus Pengendali Makanan & Kitar Semula Minyak Masak.

3

12

11

456

7

1014

13

168&9

masing-masing supaya menjelaskan bayaran cukai masing-masing. Kutipan cukai yang diperolehi kelak manfaatnya sudah pasti akan digunakan untuk membangunkan Pasir Gudang juga akhirnya. Yang akan mendapat keuntungan adalah kita juga. Tidak salah untuk mengingatkan rakan-rakan atau jiran kita secara berhemah kerana itulah tanggungjawab kita semua. Setengah tahun telah berlalu dan ini bermakna kita hanya mempunyai kurang enam bulan lagi untuk melihat hasil kerja kita. Maka saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga kepada yang lain-lain untuk terus mencapai sasaran kerja tahunan yang telah disasarkan. Sehubungan itu jadikan program Walkabout YDP sebagai medan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang perlu diselesaikan dengan segera supaya PBT seperti MPPG terus relevan di mata masyarakat sekeliling kita. Ini disebabkan apabila kita berjaya memenuhi aspirasi yang ditetapkan secara tidak langsung imej kita sendiri juga yang melonjak. Ayuh kita terus bergerak ke hadapan. Kita sudah boleh ke gear 6 dan bukannya gear 1 lagi untuk tempoh ini. Sehingga kita menyambung tinta yang penuh barakah dan hikmah dalam keluaran bulan akan datang. Jumpa lagi.

Sekian.

Hasrin Kamal bin HashimYang Dipertua MPPG

KETuA EDITorEncik Saipol rahman bin Hj. AmatSetiausaha MPPG

PENoloNG KETuA EDITorPuan rahamah binti MahmoodKetua Jabatan Pembangunan Masyarakat

PENGArANGEncik Nazarul bin Jaafar

PEMbErITA- Cik Nur lina binti Abdul Karim- Puan Nadztasha binti Mohd Puad

JurufoTo- Encik Khairul Anuar bin Muhammad Sayut- Encik Muhammad firdaus bin roslan

Page 3: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 3

MPPG telah melancarkan ‘No Gift Policy’ bersempena Majlis Ikrar

Bebas Rasuah MPPG bagi memantapkan dan memperkukuhkan etika dan integriti warga kerja MPPG dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dan penuh akauntabiliti.

Majlis pelancaran ini telah diadakan serentak perhimpunan pagi yang merupakan program bulanan MPPG. Pelancaran ‘No Gift Policy’ ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor. Program ini turut dihadiri Ahli-Ahli Majlis MPPG, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai MPPG dan sekalian warga kerja.

Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias menggesa semua warga kerja agar sentiasa menekankan aspek amanah, jujur dan berintegriti dalam menjalankan tugas dan menggalas tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam. Warga kerja MPPG bersama Tuan Yang Dipertua juga telah mengangkat sumpah ikrar bebas rasuah yang diketuai oleh Tuan YDP sendiri. Melalui dasar yang diperkenalkan ini, kredibiliti dan ketelusan warga kerja MPPG dinilai dan diperhalusi dalam setiap penyampaian pergaulan dan budaya kerja.

Sebagaimana makluman SPRM, MPPG merupakan antara PBT yang merekodkan bilangan aduan berkaitan integriti antara yang terendah di jabatan Kerajaan Negeri Johor.

.............................................

Pelancaran polisi yang disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Johor.

Ikrar warga kerja yang diketuai oleh Tuan Yang Dipertua MPPG.

Yang Berbahagia Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias Pengarah SPRM Negeri Johor

sedang menyampaikan ucapannya.

“NO GIFT POLICY”

Hadir sama semasa pelancaran adalah wakil pegawai-pegawai dari SPRM, Ahli-Ahli Majlis

MPPG, ketua-ketua jabatan dan warga kerja MPPG.

ASPIRASI INTEGRITI WARGA MPPG KE ARAH PASIR GUDANG LEBIH CEMERLANG

Page 4: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

4

Sumbangan Hari Raya turut disampaikan dalam Jamuan Hari Raya anjuran Zon Kota Masai 3.

Jamuan Hari Raya dan perasmian gelanggang futsal Zon Rinting 1.

Jamuan Hari Raya Zon Taman Scientex 2yang diadakan di Jalan Merbah Utama.

ProGrAM lA21:SAMbuTANMAJLIS HARI RAYADI JKZ PASIr GuDANG

Riang Ria SYAWALSambutan Syawal yang diraikan baru-baru ini begitu memberikan kesan kegembiraan

kepada semua warga Pasir Gudang, tanpa mengira semua lapisan masyarakat dan termasuklah warga kerja MPPG, seluruh zon di bawah pentadbiran MPPG, dan khusus kepada penduduk Pasir Gudang sendiri. Justeru, majlis sambutan meraikan Syawal telah dianjurkan oleh pelbagai agensi sama ada jawatankuasa Zon, Syarikat industri, jabatan/unit dalam MPPG dan individu perseorangan. Dipaparkan di beberapa tempat atau zon sekitar Pasir Gudang dalam meraikan Riang Ria Adilfitri sepanjang bulan Syawal 1438 Hijrah lalu.

SEKITAR PASIR GUDANG

Rumah terbuka Adilfitiri anjuranJabatan Perancang Bandar.

Anjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Landskap

Tetamu menjamu selera di rumah terbuka Aidilfitri Unit Industri & Penyelenggaraan Aset.

Riang ria Aidilfitri anjuranJabatan Pembangunan Masyarakat

Mahabbah Syawal anjuranZon Nusa Damai.

Suasana sambutan jamuanhari raya anjuran Zon Masai.

Muafakat Aidilfitri yang dipenuhi oleh pelbagai aktiviti antaranya mauluddan ceramah, sukan futsal dan bola jaring anjuran Zon Taman Mawar

yang berlangsung di dewan Terbuka Fasa 1.

Page 5: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

Majlis riang ria Aidilfitiri anjuran barisan pengurusan MPPG yang diketuai oleh pejabat YDP MPPG, Unit

Korporat & Perhubungan Awam, Unit Audit Dalam, Unit Ukur Bahan dan Unit Undang-undang adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara warga kerja sesama jabatan.

Terdapat pelbagai juadah hari raya yang enak lagi menyelerakan disajikan antaranya nasi beryani, ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto, mee kari, dan pelbagai jenis kuih serta biskut raya turut dihidang kepada tetamu. Sajian barat juga turut diselitkan yang dimasak khas oleh warga kerja MPPG sendiri iaitu lasagna bersalut keju.Tuan Yang Dipertua turut mengambil peluang beramah mesra dengan semua warga kerja dan tetamu yang hadir.

Hubungan yang erat dan rapat antara warga kerja dan pihak pengurusan adalah penting untuk memastikan sesebuah organisasi berada di landasan yang tepat untuk memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya. Justeru itu, majlis yang diadakan di kafeteria Aras 1, Menara Aqabah menceritakan seribu satu kemanisan riang ria Aidlfitri bagi tahun 2017 ini.

Dato’ Mohamad bin Dolmat Ahli Majlis Zon Taman Pasir Putih dan Tuan Haji Herman Irmadi bin Ismail Ahli Ismail Ahli Majlis Zon Kota Masai 2

turut memeriahkan majlis Jamuan Hari Raya yang dianjurkan.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 5

Dalam meraikan Syawal baru-baru ini, MPPG turut menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

yang dihadiri oleh warga kerja, anggota keluarga, Ahli Majlis MPPG, dan tetamu-tetamu jemputan yang lain. Majlis diserikan lagi dengan persembahan artis tempatan, Ronnie Hussin. Acara cabutan bertuah dan pemberian duit raya kepada anak-anak warga kerja turut diadakan. Kelihatan semua tetamu begitu gembira dan teruja dengan suasana majlis yang disambut.

SAMbuTANMAJLIS HARI RAYAMPPG BERSAMA YDP

JomBeraya

Muafakat Aidilfitri yang dipenuhi oleh pelbagai aktiviti antaranya mauluddan ceramah, sukan futsal dan bola jaring anjuran Zon Taman Mawar

yang berlangsung di dewan Terbuka Fasa 1.

YDP bergambar bersamaAhli Majlis dan tetamu jemputan.

Majlis Aidilfitri JKZ Scientex 1yang berlangsung di Jalan Tiong

Taman Scientex.Sambutan Aidilfitri 1438H di Zon

Cahaya Masai.

Page 6: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

Bagi meningkatkan mutu kualiti perkhidmatan kepada rakyat, MPPG sekali lagi dengan kerjasama Pejabat

Tanah Johor Bahru, Pejabat Tanah & Galian Johor, SUK Perumahan Negeri Johor serta perkhidmatan agen bank BSN telah dilancarkan di bawah Kaunter Muafakat Johor (KMJ) yang terletak di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (KPBPG). Pelancaran telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin sambil diiringi YDP MPPG Encik Hasrin Kamal bin Hashim, Timbalan Pengarah PTG Johor, Encik Mohd Ridha bin Dato’ Abd Kadir, Ahli-Ahli Majlis dan Ketua-Ketua Jabatan MPPG.

Kaunter Muafakat Johor (KMJ) menawarkan perkhidmatan bayaran dan semakan sewaan rumah pangsa SUK Perumahan Johor, bayaran dan semakan cukai harta, sewaan MPPG serta pembayaran bil-bil utiliti dibuka 9.00 pagi hingga 4.30 petang sepanjang hari bekerja.

Pembukaan KMJ ini sebagai langkah permulaan bagi menarik lebih banyak perkhidmatan kerajaan ke KPBPG supaya lebih dekat dan memudahkan akses dan urusan rakyat. Selain menjadi satu-satunya kaunter bersepadu perkhidmatan kerajaan Negeri Johor, ia juga sebagai salah satu persiapan ke arah pengwujudan pusat transformasi bandar (UTC) Pasir Gudang tidak lama lagi.

Sehubungan itu, KMJ ini akan memberi manfaat kepada lebih 350 ribu penduduk Pasir Gudang untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

BERITA PASIR GUDANG6

MENTERI BESARLANCAR KAUNTER

MUAFAKAT JOHOR (kMJ)PASIR GUDANG

Menteri Besar menandatangani plak perasmian tanda mula beroperasi KMJ.

YAB Menteri Besar memotong reben bagi acara perasmian Kaunter Muafakat Johor (KMJ).

YAB Menteri Besar membuat lawatan kesekitar ruang Kaunter Muafakat Johor (KMJ).

Page 7: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

7

JAUHARAksi kumpulan Jauhar ketika berentap

di pusingan Akhir Festival NasyidPeringkat Negeri Johor 2017.

Jauhar menerima hadiah kemenangan ‘Mock Cheque’ beserta plak

dan sijil penghargaan.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

RAIH

Kumpulan ini mendapat sentuhan didikan dari Encik Ismail bin Bahari dalam skop pembaharuan lagu dan latihan manakala Puan Hamidah binti Ibrahim dalam skop formasi genre nasyid di mana kedua-dua jurulatih ini dilantik dari Yayasan Warisan Johor. Jauhar telah diuruskan sepenuhnya oleh pengurus, Encik Azizan bin Mohamad. Berikut merupakan senarai anggota kumpulan Jauhar. 1. Muhammad Nur Hafiz bin Neemat 2. Mohd Norizwan bin Nordin 3. Mohd Tarmizi bin Ab Halim 4. Muhammad Afiq bin Mohamed Suti 5. Mohd Fazirul bin Ahmad Adabi 6. Mohamad Azri bin Mohammad Zain

TAHNIAH KUMPULAN NASYID JAUHAR MPPG

Kumpulan nasyid Jauhar membuktikan persembahan mantap dan bertenaga serta mempunyai keyakinan

diri mampu memikat juri di Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 2017 yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor baru-baru ini bertempat di Kompleks Islam Johor.

Baru setahun ditubuhkan dan disertai oleh 6 orang ahli telah mempersembahkan sebuah lagu bertajuk ‘Teralpa’ yang telah Berjaya meraih RM1,000.00 untuk menduduki tempat kedua daripada 10 kumpulan keseluruhan. Kumpulan nasyid Jauhar ini ditubuhkan pada 2016 yang dianggotai oleh warga kerja MPPG sendiri. Pernah menyertai Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Johor pada tahun 2016 dan meraih hadiah saguhati. Tidak pernah mengaku kalah dan cekal meneruskan perjuangan merupakan prinsip kumpulan ini yang hasilnya membawa kejayaan merangkul tempat Naib Johan pada Festival Nasyid 2017.

Jauhar bukan sahaja memenangi Naib Johan dalam Festival Nasyid Peringkat Negeri Johor 2017, malahan dinobatkan sebagai Johan bagi kategori Anugerah Lirik Lagu Terbaik yang melayakkan kumpulan ini membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM4,000.00 beserta plak dan sijil penghargaan.

Lagu berjudul ‘Teralpa’ hasil karya penyanyi popular tanah air iaitu Ayai Ilusi manakala lagu ciptaan dari Komposer terkenal tanah air Habsah Hassan dan Fauzi Marzuki berjaya mencuri hati para juri untuk dinobatkan sebagai Johan Lirik Lagu Terbaik pada anjuran kali ini.

Pasir Gudang School Band (PGSB) yang ditubuhkan melalui inisiatif MPPG dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah

Pasir Gudang pada tahun 2007 telah terlibat dengan pelbagai persembahan hingga kini. Sepanjang penubuhannya pasukan ini, pelbagai kejayaan berjaya dicapai. Antara kejayaan terkini yang berjaya diperoleh oleh pasukan ini ialah memenangi anugerah Perak dalam Pertandingan National Wind Orchestra Festival 2017 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Perak baru-baru ini. PGSB telah bertanding dalam Kategori Sekolah Menengah Divisyen 2.

Keanggotaannya yang seramai 40 orang ahli yang terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 2 hingga 4. Gabungan empat buah sekolah di Pasir Gudang iatu SMK Pasir Gudang 1, SMK Pasir Gudang 2, SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Nusa Damai.

Antara istimewanya pasukan ini hanya dianggotai dan diterajui oleh golongan pelajar perempuan sahaja. PGSB mendapat sentuhan didikan muzik dari pensyarah dalam bidang muzik Encik Azharuddin bin Abd Shukor dan pemuzik professional kumpulan Yamaha Mr Sani Ess Lee. Tahniah dan syabas diucapkan kepada PGSB. Semoga pelbagai lagi kejayaan akan berjaya di peroleh pada masa akan datang.

NAIB JOHAN

ANUGERAH PERAK MILIK PGSB DI WIND orCHESTrA uPSI

DALAM FESTIVAL NASYID

Bergambar kenangan bersama hadiah kemenangan.

Barisan ahli PGSB berbarisuntuk masuk ke dalam dewan

bagi memulakan persembahan.

Page 8: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

BERITA PASIR GUDANG8

Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017SAMBUTAN AIDILFITRI ANJURAN YAYASAN PASIR

GUDANG BERSAMA YAB MENTERI BESAR

TAKLIMAT PETUGAS-PETUGAS PILIHANRAYA UMUM KE-14, P.159 (parlimenpasir gudang), N48 dan N42 (BAHAGIAN PERMAS DAN JOHOR JAYA)

MAJLIS DOA SELAMAT TAPAK PERKUBURAN CAHAYA MASAI

JULAI2017

YAB Menteri Besar bersamatetamu VIP yang hadir.

YDP menyampaikan sumbangan duit raya bersama Ahli Majlis Bukit Dahlia Puan Hajah Che Nooriah binti Ismail

YDP menyampaikan taklimat kepada bakal-bakal petugasbagi Pilihan Raya umum akan datang.

Ketua-ketua Jabatan dan pegawai berbincangbersama YDP mengenai kawasan tapak

tanah perkuburan Cahaya Masai.

Perbincangan bersama pegawai,Ahli Majlis kawasan serta JKZ Zon yang terlibat.

YDP mendengar aduan yang disampaikan.

Page 9: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

Karnival Jualan Mega Muafakat Johor 2017

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 9

SAMBUTAN AIDILFITRI MPPG

JULAI2017

YB Dato’ Md Jais bin Sarday Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor bergambar bersama YDP, pegawai-pegawai dan warga

kerja MPPG di ‘booth’ bersempena hari terbuka Aidilfitri 1438Hbertempat di Atrium, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

SAMBUTAN HARI RAYA MPPG DI KOMPLEKSPUSAT BANDAR PASIR GUDANG (KPBPG)

MAJLIS DOA SELAMAT PEMBINAANDEWAN MUAFAKAT KG PASIR PUTIH

COMMUNITY ENGAGEMENT : WALKABOUT DI ZON SIERRA PERDANA, TAMAN RINTING 1 DAN TAMAN RINTING 2

Kehadiran orang awam di majlis hari terbuka Aidilfitri MPPG di Kompleks Pusat Bandar

Pasir Gudang.

Perbincangan bersama pegawai,Ahli Majlis kawasan serta JKZ Zon yang terlibat.

Bacaan doa selamat yang diketuai oleh En AzraiMahmood, Ketua Biro Agama KSK MPPG.YDP mendengar aduan yang disampaikan.

Page 10: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

Kejohanan Ping Pong Terbuka Pasir Gudang kali pertama yang diadakan baru-baru ini mampu mencetus fenomena baru terutamanya kepada anak-anak

muda khususnya di Pasir Gudang untuk menjadikan sukan sebagai aktiviti yang menyihatkan minda. Justeru, MPPG telah menganjurkan Kejohanan Ping Pong Terbuka Pasir Gudang.

Kejohanan ini terbuka kepada kategori beregu. Kejohanan ini terbuka kepada penduduk negeri Johor. Bagi kategori beregu ianya telah menarik 15 penyertaan. Kejohanan diserikan lagi dengan penyertaan dari bekas pemain ping pong Sukan Komanwel Malaysia, Encik Tan Chin. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua WHIP, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Encik Teh Kee Sin.

Berikut adalah senarai pemenang :

BERITA PASIR GUDANG10

KEJOHANANPING PONGTERBUKAPASIr GuDANG

Johan Salim & Friends B

1) Muhamad Akmal bin Jamaludin2) Kee Sze Xian

RM1,000.00 + Piala

Naib Johan

Salim & Friends C

1) Arif bin Muhamad2) Mohamad Suffian bin Abd Rashid

RM 700.00 + Piala

Ketiga Bufallo Soldier 1) Khairul Anwar bin Jumali2) Yazid Bin Haji Maksom

RM 400.00 + Piala

Keempat Salim & Friends A

1) Tan Chin2) Tay Wei Tar

RM 400.00 + Piala

Kelima Setia Indah B 1) Tee Siang Hwa2) Chong Wee Hin

RM 200.00

Keenam Team Rambo 1) Zol bin Ghani2) Ezudin bin Hadjeli

RM 200.00

Ketujuh Felda JB 1) Azrul bin Kadir2) Mohd Shafie bin Nordin

RM 200.00

Kelapan Setia Indah A 1) Ngu Wan Jing2) Peh Hock Chin

RM 200.00

BEREGU

Antara aksi pemain ping pongyang dipamerkan dalam kejohanan kali ini.

Tuan YDP bergambar bersamaregu perlawanan akhir. Pemenang bergambar bersama hadiah kemenangan masing-masing.

Page 11: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

Dalam menangani masalah gelandangan di sekitar Pasir Gudang, MPPG mengambil inisiatif melalui Jabatan Penguatkuasaan bekerjasama

dengan Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pihak IPD Seri Alam bagi melaksanakan operasi bersepadu membanteras golongan ini di sekitar Pasir Gudang.

Ini merupakan kali pertama operasi ini dijalankan dan akan dilaksanakan secara berkala mengikut aduan dan kesesuaian. Operasi dijalankan hasil aduan awam yang disalurkan kepada pihak MPPG beserta siasatan yang telah dijalankan oleh anggota penguatkuasaan MPPG.

Hasil operasi yang dijalankan, tindakan pihak yang terlibat berjaya menyelamatkan enam orang gelandangan di Stesen Bas Masai (2 perempuan dan 4 lelaki), seorang lelaki di Perkedaian Jalan Ara 1, Taman Rinting dan seorang lelaki di Jalan Besar, Masai. Gelandangan yang telah diselamatkan dibawa ke pejabat JKM daerah Johor Bahru bagi tindakan selanjutnya.

Semoga operasi sedemikian mampu mewujudkan masyarakat bebas gelandangan dan memberi imej yang baik terhadap Pasir Gudang.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 1

KERJASAMA JPN, JKM DAN MPPGBASMI GELANDANGAN DI PASIR GUDANG

Pihak JKM mengenalpasti warga gelandangan yang dijumpai.

Kesedaran menjaga alam sekitar perlu disemai pada setiap individu. Ini penting untuk memastikan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar yang ada dalam

diri masing-masing dapat dipupuk supaya persekitaran kita terjaga dan tidak dicemari oleh perkara-perkara yang menyumbang kepada kerosakan. Justeru, MPPG telah menggalakkan warga Pasir Gudang dengan menganjurkan aktiviti kitar semula dan program pengkomposan sisa makanan.

Aktiviti seumpama ini mendidik supaya setiap orang dapat mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula bagi memastikan persekitaran kita bersih dan bebas daripada bahan-bahan yang tidak boleh dilupuskan. Selain daripada itu, pengkomposan sisa makanan mengajar kita bagaimana untuk memproses semula bahan-bahan sisa makanan yang lazimnya dibuang yang boleh digunakan untuk menghasilkan baja kompos.

Antara bahan-bahan yang digunakan ialah seperti sayur-sayuran yang dibuang, nasi, sisa-sisa daging, dan ikan dicampurkan dengan tanah, daun-daun kering dan sedikit bahan kimia bagi tujuan pengkomposan yang akan menghasilkan baja kompos yang organik. Secara tidak langsung program ini mampu mendidik semua golongan khususnya suri rumah untuk meningkatkan tahap penjagaan kebersihan di premis masing-masing.

Ia juga mampu menjana ekonomi rumahtangga kerana baja kompos yang baik boleh mendatangkan hasil yang lumayan untuk tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di pasu seperti kasturi, cili, serai, tomato dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan juga pokok-pokok bunga yang menjadi hiasan laman laman rumah dan sekolah serta taman-taman perumahan.

MPPG PERLUASKAN PROGRAM PENGKOMPOSAN SISA MAKANAN DAN KITAR SEMULA

Kitar semula di SMK Taman Nusa Damai

Program pengkomposan sisa pepejal makanandi SMK Pasir Gudang 1.

Program pengkomposan sisa pepejal Makanan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Seri Alam.

Kitar semula yang menjadi program bulanan oleh warga kerja MPPG bertempat

di lobi Menara Aqabah.

Page 12: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

BERITA PASIR GUDANG1 2

KARBON RENDAHPASIr GuDANG

BENGKEL INISIATIF PEMBANGUNAN

Dalam merealisasikan matlamat Pasir Gudang ingin mencapai visi untuk menjadikan Pasir Gudang Bandar Sejahtera, MPPG sekali lagi mengambil

inisiatif mengorak langkah dalam memberi pendedahan dan input kepada hampir 70 orang warga kerjanya dalam bengkel Pembangunan Karbon Rendah Pasir Gudang yang dianjurkan bertempat di Amansari Residence Resort.

Bengkel ini dihadiri hampir 70 orang warga kerja MPPG yang melibatkan beberapa jabatan, Antaranya Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Kewangan, Jabatan Landskap, Jabatan Kawalan Bangunan, Jabatan Kesihatan Awam, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Industri dan Penyelenggaraan Aset, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta. Objektif bengkel ini adalah untuk merangka target dan sasaran Pasir Gudang bagi pengurangan pelepasan karbon untuk projek kecil dan program inisiatif karbon rendah untuk jangka pendek, sederhana dan panjang untuk perlaksanaan setiap jabatan bagi tahun 2015 dan tahun mendatang sehingga 2030. Ia turut bertujuan mewujudkan Jawatan Kuasa Pembangunan Bandar Karbon Rendah MPPG dan melatih peserta untuk menilai impak setiap projek menggunapakai ‘Low Carbon City Framework’ (LCCF) Track Online bagi pengurangan pelepasan karbon.

Bengkel yang bertumpu kepada perbincangan dan gerak kerja kumpulan mengikut jabatan mengenai pelaksanaan (2015-2025), tindakan kesinambungan pelaksanaan inisiatif Pembangunan Karbon Rendah Pasir Gudang selaras dengan Low Carbon Society Pasir Gudang 2025 yang telah dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Johor di Paris pada 2015. Bengkel ini telah dipandu oleh Profesor Dr Ho Chin Siong dan bersama enam orang fasilitator yang diundang khas dari UTM - Low Carbon Asia Reseach Centre, Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia.

Di akhir input bengkel ini, peserta telah diberi pemahaman mengenai apa itu Bandar Karbon Rendah dan Hala tuju Pembangunan Bandar Rendah Karbon Pasir Gudang. Selain pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab serta indikator pemilihan termasuk peranan jabatan mengenai Bandar Karbon Rendah Pasir Gudang.

Dewasa ini, kita dikejutkan degan wabak ‘Rabies’ yang dikenali dengan nama penyakit anjing gila telah mula menular dan mampu mengundang

maut, bukan sahaja kepada haiwan itu sendiri, malah kepada manusia juga.

Justeru itu, bagi membendung wabak tersebut, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menangani masalah tersebut. MPPG melalui Jabatan Kesihatan Awam telah mengadakan kerja-kerja menangkap anjing liar melalui unit kawalan zoonosis berdasarkan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Veterinar. Operasi ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya penduduk Pasir Gudang mengenai wabak Rabies yang perlu dipandang serius, selain mengawal penularan anjing liar yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan Pasir Gudang.

Bagi memastikan operasi yang dijalankan memberi kesan, kerja-kerja kawalan dijalankan sebanyak 4 kali seminggu di seluruh kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Penyakit Rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti Rabies. Rabies berjangkit melalui luka gigitan, luka terbuka pada kulit dari air liur, cairan atau tisu tubuh dari haiwan tersebut kepada manusia.

Masa inkubasi Rabies adalah 3 minggu hingga 2 bulan dari gigitan haiwan rabid hingga timbul gejala. Individu yang dijangkiti Rabies akan mengalami tanda klinikal seperti demam, sakit badan dan kepala, hidrofobia, lumpuh dan koma. Rabies adalah satu penyakit yang boleh membawa MAUT!.

Pembentangan yang disampaikan oleh Profesor Dr Ho Chin Siong dari Low carbon Asia Research Centre,

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia.

Antara peserta yang menghadiri bengkel Inisiatif Pembangunan Karbon Rendah

Pasir Gudang.

Bergambar kenangan selepas selesai bengkel yang disertai.

Operasi dilakukan oleh anggotadi Jabatan Kesihatan Awam MPPG.

WABAKDIBASMI HABIS-HABISAN

‘RABIES’

Page 13: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

Walkabaout YDP diteruskan lagi bulan Julai yang lalu dengan

tinjauan dan turun padang ke tiga buah zon, Zon Sierra Perdana, Taman Rinting 1 dan Taman Rinting 2. Pelbagai aduan, rintihan dan masalah yang diajukan oleh penduduk berjaya disampaikan melalui lawatan dan tinjauan oleh Tuan Yang Dipertua sendiri bersama Ahli Majlis yang mewakili zon masing-masing.

Pada sebelah pagi bertempat di Gelanggang futsal Taman Rinting, taklimat bagi zon Taman Rinting 1 telah disampaikan oleh pegawai khas zon, Puan Masliana Hussin sebelum memulakan tinjauan. Tinjauan ke Zon Taman Rinting 2 yang dikenal pasti untuk menyelesaikan beberapa permasalahan dan dengan tinjauan ke zon yang diberi

ZON TAMAN RINTING 2

- Isu kenderaan dari arah Pasir Gudang ke Sierra Perdana tidak melalui bulatan pusingan tetapi membuat pusingan U yang membahayakan pengguna jalan raya dari arah lain di Kampung Kuala Masai.

- Selekoh di kawasan perumahan Jalan Sungei sempit dan dinaiki air apabila air pasang.

- Kawasan yang gelap di perjiranan Balau yang berbahaya dan berisiko tinggi terdedah kepada kemalangan atau kecurian.

perhatian dan zon terakhir iaitu Zon Sierra Perdana.

Seterusnya tinjauan ke Zon Taman Rinting 2 dilakukan dengan melihat beberapa isu yang ada di sini seperti isu masalah lalulintas, selekoh jalan dan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi.

Lokasi terakhir yang menjadi destinasi Yang Dipertua dan rombongannya ialah Zon Sierra Perdana yang juga mempunyai isu-isu berbangkit yang memerlukan perhatian pengurusan MPPG.

Berikut merupakan beberapa masalah yang diadukan dan direkodkan mengikut zon masing-masing.

COMMUNITY ENGAGEMENT:WALKABOUT YDP ZON SIERRA PERDANA , RINTING 1 DAN RINTING 2

COMBI merupakan singkatan bagi ‘Communication for Behavioural Impact’ (Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku) iaitu satu program menggunakan pendekatan komunikasi untuk mengubah

tingkahlaku manusia. Konsep ini telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan digunakan oleh beberapa buah negara dalam mencegah dan mengawal penyakit Tuberkulosis (TB), Kusta dan Filariasis. Di Malaysia, pendekatan ini digunakan bagi mencegah penyakit Demam Denggi.

Inisiatif JKZ Taman Kota Masai menjemput penceramah dari COMBI untuk memberikan penerangan dan pendedahan kepada kanak-kanak di Tadika Kemas Nur Kasih Taman Kota Masai wajar diberi penghargaan dan pujian. Program ini bertujuan memberi penekanan mengenai penjagaan kebersihan untuk mencegah wabak denggi bagi kanak-kanak tadika. Selain itu, kanak-kanak ini juga diajar cara pembuangan sampah yang betul melalui amalan 3K (kebersihan, kesihatan, keselamatan) serta pencegahan wabak denggi pada anak-anak seawal tadika bagi menjadikan ianya satu amalan ilmu yang dipratikkan dalam kehidupan mereka sehingga dewasa kelak untuk menuju LA21. Program ini dianjurkan dengan kerjasama SWcorp dan Combi Team Lokaliti Ciku.

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 3

ZON TAMAN RINTING 1

- Kekurangan tempat meletak kenderaan di Masjid Taman Rinting.

- Taman permainan kurang ciri-ciri keselamatan.

- Isu banjir di Jalan Cendana terutama sekali ketika musim hujan lebat.

ZON SIERRA PERDANA

- Rumah terbiar dan tidak diuruskan dengan baik oleh pemilik.

- Binaan haram di tanah rezab di Jalan Sierra Perdana 2.

- Ketiadaan lampu jalan di penghujung kawasan perumahan.

Melawat kawasan premis kediaman yang terbiar dan tidak diurus dengan baik.

DENGGICOMBI PERGIAT CEGAH

Kanak-kanak Tadika Nur Kasih bergambarselepas selesai program dijalankan.

Penerangan mengenai penggunaanubat jentik-jentik yang betul

Encik Aznan Sanip dari COMBIZon Kota Masai 1 memberi

penerangan kepada kanak-kanak tadika mengenai cara-cara

menjaga kebersihan dengan betul.

YDP bergambar bersama jawatankuasaZon Taman Rinting 2 yang terlibat.

YDP bersama Ahli Majlis Zon Taman Rinting 1, Puan Liang Nyok Ying meninjau kawasan

isu peniaga tanpa lesen

Page 14: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

YAYASAN PASIR GUDANGPROGRAM SEPANJANG JULAI 2017

BERITA PASIR GUDANG14

9 JULAI 2017

18 JULAI 2017

10 JULAI 2017

11 JULAI 2017

12 JULAI 2017

13 JULAI 2017

Nama Program : Program Transformasi Ekonomi Rakyat (Era) : Penanaman Fertigasi Cili Taman Air BiruMasa : 9.00 PagiTempat : Tanah Lapang Perjiranan 9 Taman Air BiruJumlah Peserta/ Penerima : 25 Orang (Anggaran)Butiran : Pada permulaannya, penyediaan kawasan dan tempat penanaman pokok cili telah diadakan. Kawasan tanah

lapang di Perjiranan 9 Taman Air Biru telah menjadi tempat untuk memulakan program ini. Komuniti di kawasan tersebut telah terlibat secara langsung untuk menjayakan program ini.

Nama Program : Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Pasir Gudang Bersama Yab Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor Merangkap Pengerusi Yayasan Pasir GudangMasa : 8.00 Malam - 11.00 MalamTempat : Tanah Lapang Taman Cendana (Blok 43)Senarai VIP : 1) YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor Merangkap Pengerusi Yayasan Pasir GudangJumlah Peserta/ Penerima : 5000 orang pengunjungButiran : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Pasir Gudang telah diadakan di Taman Cendana. Tujuan majlis ini diadakan

adalah untuk menjemput penduduk kawasan sekitar bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor merangkap pengerusi Yayasan Pasir Gudang.

Nama Program : Program Kecemerlangan Akademik UPSR 2017Masa : 8.00 Pagi - 6.00 PetangTempat : Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang Senarai Vip : 1) En Sharul Akmal bin Johari (Pengurus Yayasan Pasir Gudang)Jumlah Peserta/Penerima : 300 Orang PelajarButiran : Yayasan Pasir Gudang telah mengadakan Program Kecemerlangan Akademik 2017 pada 10-13 Julai 2017

bertempat di Sewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang. Pada 10 julai 2017, telah diadakan teknik menjawab untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2017. Seramai 300 orang pelajar dari 25 buah sekolah rendah dan 6 pusat tuisyen komuniti YPG telah menyertai program ini. Pada program kali ini, sebanyak 4 subjek telah dipilih iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Nama Program : Program Kecemerlangan Akademik PT3 2017Masa : 8.00 Pagi - 6.00 PetangTempat : Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang Senarai Vip : 1) En Sharul Akmal bin Johari (Pengurus Yayasan Pasir Gudang)Jumlah Peserta/Penerima : 350 Orang PelajarButiran : Yayasan Pasir Gudang telah mengadakan Program Kecemerlangan Akademik 2017 pada 10-13 Julai 2017

bertempat di Sewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang. Pada 11 Julai 2017, telah diadakan teknik menjawab untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan PT3 2017. Seramai 350 orang pelajar dari 13 buah sekolah menengah dan 7 pusat tuisyen komuniti YPG telah menyertai program ini. Pada program kali ini, sebanyak 4 subjek telah dipilih iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Nama Program : Program Kecemerlangan Akademik SPM (TERAS) 2017Masa : 8.00 Pagi - 6.00 PetangTempat : Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang Senarai Vip : 1) En Sharul Akmal bin Johari (Pengurus Yayasan Pasir Gudang)Jumlah Peserta/Penerima : 350 Orang PelajarButiran : Yayasan Pasir Gudang telah mengadakan Program Kecemerlangan Akademik 2017 pada 10-13 Julai 2017

bertempat di Sewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang. Pada 12 Julai 2017, telah diadakan teknik menjawab untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM (TERAS) 2017. Seramai 350 orang pelajar dari 11 buah sekolah menengah dan 7 pusat tuisyen komuniti YPG telah menyertai program ini. Pada program kali ini, sebanyak 4 subjek telah dipilih iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.

Nama Program : Program Kecemerlangan Akademik (SAINS) 2017Masa : 8.00 Pagi - 6.00 PetangTempat : Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang Senarai Vip : 1) Cik Riyana binti Rabu (Penolong Pegawai Yayasan Pasir Gudang)Jumlah Peserta/Penerima : 350 Orang PelajarButiran : Yayasan Pasir Gudang telah mengadakan Program Kecemerlangan Akademik 2017 pada 10-13 Julai 2017

bertempat di Sewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang. Pada 13 Julai 2017, telah diadakan teknik menjawab untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan SPM (SAINS) 2017. Seramai 280 orang pelajar dari 14 buah sekolah menengah telah menyertai program ini. Pada program kali ini, sebanyak 4 subjek telah dipilih iaitu Kimia, Biologi, Fizik dan Matematik Tambahan (Kertas 2).

Page 15: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG 1 5

19 JULAI 2017

26 JULAI 2017

29 JULAI 2017

29 JULAI 2017

30 JULAI 2017

Nama Program : Mobile Team Dan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota JohorMasa : 9.00 PagiTempat : Kawasan Pasir GudangSenarai VIP : 1) Encik Mohamad Nafis bin Abdul Razak Penolong Pegawai Daerah Johor Bahru 2) Encik Saipol Rahman bin Haji Amat Setiausaha Majlis Perbandaran Pasir GudangJumlah Peserta/ Penerima : 6 Buah KeluargaButiran : Pada 19 Julai 2017, Penolong Pegawai Daerah telah menyertai program Mobile Team dan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota

Johor sebagai wakil rasmi kepada Pegawai Daerah. Program ini adalah untuk menziarahi keluarga-keluarga kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan. Selain pihak pejabat daerah Johor Bahru, agensi lain yang terlibat adalah Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Yayasan Pasir Gudang, Majlis Agama Islam Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sumbangan dalam bentuk wang tunai telah diberikan kepada 6 buah keluarga yang terpilih. Antara kawasan yang terpilih adalah Taman Air Biru (1 rumah), Taman Kota Masai (1 rumah), Taman Pasir Putih (1 rumah), dan Kg Pasir Putih (3 rumah).

Nama Program : Teknik Menjawab Bahasa Tamil PT3 Dan SPMMasa : 8.00 Pagi - 1.00 PetangTempat : Dewanraya MasaiSenarai VIP : 1) Encik Sharul Akmal bin Johari Pengurus Yayasan Pasir Gudang 2) Encik Kanan A/L Muniandy Pengetua Sekolah Pendidikan Khas Cerebral Palsy Johor 3) Puan Ratneswary Ketua Panitia Bahasa Tamil Daerah Pasir GudangJumlah Peserta/Penerima : 200 Orang PelajarButiran : Teknik menjawab Bahasa Tamil telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang mengambil

Bahasa Tamil. Sekolah-sekolah di kawasan Pasir Gudang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

Nama Program : Program Pembangunan Komuniti Orang Asli 2017 (JAKOA)Masa : 9.00 Pagi - 1.00 PetangTempat : Balairaya Kg Orang Asli Kuala MasaiJumlah Peserta/Penerima : 45 Orang PesertaButiran : JAKOA telah ditugaskan untuk menjadi tenaga pengajar pada 29 Julai 2017. Antara aktiviti yang telah dilakukan

JAKOA adalah aktiviti dalaman seperti mewarna dan aktiviti luaran seperti sukaneka. Sebanyak 4 perkampungan orang asli terlibat bersama-sama di dalam program ini antaranya perkampungan orang asli Kg Kuala Masai, perkampungan orang asli Kg Pasir Putih, perkampungan orang asli Teluk Kabung, dan perkampungan orang asli Kg Pasir Salam Ulu Tiram. Sesi pembelajaran dan pembangunan untuk masyarakat orang asli ini diadakan sebanyak 2 kali pada setiap bulan sehingga bulan Oktober.

Nama Program : Sesi Taklimat Dan Pembelian Pertama Program Bantuan Smartfood Mykasih YPG 2017Masa : 10.00 PagiTempat : Econsave Taman ScientexJumlah Peserta/Penerima : 25 OrangButiran : Seramai 25 orang penerima telah terpilih untuk bantuan Smartfood Mykasih pada kali ini. Program ini adalah

bertujuan untuk membantu keluarga kurang berkemampuan dari segi membeli barang keperluan asas. Sebanyak RM 80.00 telah diperuntukkan kepada setiap keluarga untuk berbelanja di tempat yang terpilih seperti Econsave Taman Scientex, Mydin Taman Rinting dan Redmart Taman Kota Masai.

Nama Program : Taklimat Subsidi Tambang Bas Sekolah 2017 Fasa 2Masa : 9.00 PagiTempat : Dewan Serbaguna Taman Kota MasaiSenarai VIP : 1) Encik Sharul Akmal Bin Johari Pengurus Yayasan Pasir GudangJumlah Peserta/Penerima: 114 Orang PelajarButiran : Seramai 114 orang pelajar telah menerima bantuan subsidi tambang bas sekolah fasa 2 yang bermula Jun

sehingga Oktober 2017. Ibu bapa pelajar telah dijemput untuk mendengar taklimat berhubung program ini yang telah disampaikan oleh En Sharul Akmal bin Johari, pengurus yayasan pasir gudang.

Page 16: “NO GIFT POLICY” EKSA - mppg.gov.my · SAMbuTAN MAJLIS HARI RAYA DI JKZ PASIr GuDANG Riang Ria SYAWAL S ... ketupat palas, ketupat bersama rendang, kambing bakar, laksa, mee soto,

BIL TARIKH PUSAT LATIHAN1. 24/01/2017 (Selasa) Principal Amity

2. 21/02/2017 (Selasa) Principal Amity

3. 21/03/2017 (Selasa) Principal Amity

4. 25/04/2017 (Selasa) Principal Amity

5. 23/052017 (Selasa) Principal Amity

6. 25/06/2017 (Selasa) Principal Amity

7. 22/07/2017 (Selasa) Principal Amity

8. 26/08/2017 (Selasa) Principal Amity

9. 24/09/2017 (Selasa) Principal Amity

10. 21/11/2017 (Selasa) Principal Amity

11. 19/12/2017 (Selasa) Principal Amity

Tujuan kursus pengendali makanan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan dalam mengendalikan makanan.

Semua pengendali makanan perlu mengikuti kursus ini sekali seumur hidup. Namun begitu, pengendali makanan perlu menghadiri kursus semula sekiranya berlaku kejadian keracunan makanan dan premis tidak sanitari.

Telah diwartakan 28 Februari 2009 di dalam Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Bahagian IV Bab 1.

(Jika gagal, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 (sepuluh ribu ringgit) atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun).

Untuk tempahan, sila hubungi :MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG Aras 19, Menara Aqabah, Jalan Bandar, 81700 Pasir Gudang.

Tel : 07-254 7777 (Sambungan ke Bahagian Kesihatan)Faks : 07-251 5260

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :JABATAN KESIHATAN AWAM (KESIHATAN)MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANGAras 15, Menara Aqabah, Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang.Tel : 07-254 7777 / 07-2513720/21/22Email : [email protected]

LOKASI : Bilik Latihan Aras 4, Menara Aqabah MPPGMASA : 8.30 Pagi - 1.00 TengahariBAYARAN : RM50

KURSUS PENGENDALI MAKANAN

JADUAL KURSUS PENGENDALI MAKANAN TAHUN 2017

KURSUSPENGENDALI MAKANAN

JOM KITAR SEMULA MINYAK MASAK

SILA HUBUNGI UNTUK PENGAMBILAN MINYAK :07-254 7777 (BAHAGIAN KESIHATAN MPPG)

PENGAMBILAN SETIAP HARI KHAMIS JAM 5.00 PETANG-7.00 PETANG

NILAIAN TUNAI !

1KG = RM1

SERTAI PROGRAMKITAR SEMULA MINYAK MASAK

BERSAMA MPPG… MINYAK MASAK TERPAKAI• Sisaminyakmasakhasildaripadagorengayam,ikan,sayurdan

sebagainya.• Penggunaanberulangkalibolehmemudaratkankesihatandan

pencemaran.

KESAN & BAHAYA MINYAK MASAK TERPAKAI•Pembuanganminyakmasaksecaratidakefisenbolehmenyebabkan

pencemaran alam sekitar & longkang tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan lipas dan tikus

•Kesihatanterjejas,peningkatankolestroldanseranganjantung.

KITAR SEMULA MINYAK MASAK•Minyakmasakterpakaidiprosesmenjadibiodieseluntuk kegunaan mesin dan jentera.•Kumpulminyakmasakterpakaidalambekasataubotolyangsesuai.•Bawaminyakmasakterpakaikepusatpengumpulanatauhubungi

anggota MPPG bertugas untuk kutipan.