No. Kontrak D.H. KONTRAK PEKERJAAN · PDF fileKontrak ini dibuat antara ... Perjanjian ini...

download No. Kontrak D.H. KONTRAK PEKERJAAN  · PDF fileKontrak ini dibuat antara ... Perjanjian ini berkuat kuasa, ... Contoh tempat penginapan yang tidak sesuai ialah:

If you can't read please download the document

Transcript of No. Kontrak D.H. KONTRAK PEKERJAAN · PDF fileKontrak ini dibuat antara ... Perjanjian ini...

  • 1

    No. Kontrak D.H. _______ KONTRAK PEKERJAAN

    (Bagi Pembantu Rumah yang direkrutkan dari luar negara)

    Kontrak ini dibuat antara......................................................("Majikan") dan............................ ("Pembantu

    Rumah") pada ............................ dan mengandungi terma-terma seperti yang berikut:

    1. Bagi tujuan kontrak ini Pembantu Rumah tersebut berasal dari ............................................................................................................................. .......................................................

    .................................................................................................................................................................. .....................

    2. (A) Pembantu Rumah hendaklah diambil bekerja oleh Majikan sebagai pembantu rumah bagi tempoh dua tahun bermula dari tarikh Pembantu Rumah tiba di Hong Kong.

    (B) Pembantu Rumah hendaklah diambil bekerja oleh Majikan sebagai pembantu rumah untuk tempoh dua

    tahun bermula dari ..............., iaitu tarikh selepas tamatnya No. Kontrak D.H. ............ bagi pekerjaan dengan Majikan

    yang sama.

    (C) Pembantu Rumah hendaklah diambil bekerja oleh Majikan sebagai pembantu rumah untuk tempoh dua

    tahun bermula dari tarikh Pengarah Imigresen memberi kebenaran kepada Pembantu Rumah untuk terus tinggal di

    Hong Kong bagi memulakan pekerjaan di bawah kontrak ini.

    3. Pembantu Rumah hendaklah bekerja dan tinggal di kediaman Majikan di ...........................................................

    4. (a) Pembantu Rumah hendaklah hanya menjalankan kerja rumah seperti yang terdapat dalam Jadual Penginapan dan Tugas Pembantu Rumah untuk Majikan yang dilampirkan.

    (b) Pembantu Rumah tidak boleh melakukan, dan tidak boleh dikehendaki oleh Majikan untuk melakukan,

    apa-apa pekerjaan lain dengan mana-mana orang lain.

    (c) Majikan dan Pembantu Rumah dengan ini mengakui bahawa Fasal 4 (a) dan (b) akan menjadi sebahagian

    daripada syarat-syarat untuk menetap yang akan dikenakan ke atas Pembantu Rumah oleh Jabatan Imigresen semasa

    kemasukan Pembantu Rumah untuk bekerja di Hong Kong di bawah kontrak ini. Pelanggaran satu atau kedua-dua

    syarat untuk menetap tersebut akan menyebabkan Pembantu Rumah dan/atau mana-mana orang yang menolong dan

    bersubahat boleh dikenakan pendakwaan jenayah.

    5. (a) Majikan hendaklah membayar upah Pembantu Rumah sebanyak HK$ .................... ...................sebulan. Jumlah upah tidak boleh kurang daripada upah minimum yang dibenarkan yang diumumkan oleh Kerajaan Wilayah

    Pentadbiran Khas Hong Kong dan yang lazim pada tarikh kontrak ini. Seseorang majikan yang gagal membayar upah

    yang kena dibayar di bawah kontrak pekerjaan ini boleh dikenakan pendakwaan jenayah.

    (b) Majikan hendaklah menyediakan Pembantu Rumah dengan tempat tinggal yang sesuai dan dilengkapi

    dengan perabot seperti yang terdapat dalam Jadual Penginapan dan Tugas Pembantu Rumah yang dilampirkan dan

    makanan secara percuma. Jika tiada makanan disediakan, elaun makan sebanyak HK$........ sebulan hendaklah dibayar

    kepada Pembantu Rumah.

    (c) Majikan hendaklah menyediakan resit bagi pembayaran upah dan elaun makanan dan Pembantu Rumah

    hendaklah mengakui penerimaan jumlah itu melalui tandatangan Pembantu Rumah.

    6. Pembantu Rumah berhak mendapat semua cuti rehat, cuti berkanun, dan cuti tahunan berbayar seperti yang dinyatakan dalam Ordinan Pekerjaan, Bab 57.

    7. (a) Majikan hendaklah menyediakan Pembantu Rumah dengan tiket perjalanan percuma dari tempat asal Pembantu Rumah ke Hong Kong dan tiket perjalanan balik percuma ke tempat asal Pembantu Rumah itu pada

    penamatan atau tamat tempoh kontrak ini.

    (b) Elaun makanan dan perjalanan harian sebanyak HK$100 sehari hendaklah dibayar kepada Pembantu

    Rumah mulai tarikh Pembantu Rumah berlepas dari tempat asal mereka sehingga tarikh Pembantu Rumah tiba di

    Hong Kong jika perjalanan melalui laluan yang paling terus. Bayaran yang sama hendaklah dibuat apabila Pembantu

    Rumah kembali ke tempat asal mereka selepas penamatan atau tamat tempoh kontrak ini.

    8. Majikan hendaklah bertanggungjawab bagi yuran dan perbelanjaan berikut (jika ada) bagi perjalanan berlepas Pembantu Rumah dari tempat asal mereka dan kemasukan ke Hong Kong:

    (i) fi pemeriksaan perubatan; (ii) fi pengesahan oleh Pejabat Konsul yang berkaitan; (iii) fi visa; (iv) fi insurans; (v) fi pentadbiran atau fi seperti fi Pentadbiran Pekerjaan Luar Negara Filipina, atau fi lain yang

    serupa yang dikenakan oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkenaan; dan

    (vi) lain-lain:.....................................................................................

    Sekiranya Pembantu Rumah telah membayar kos atau fi di atas, Majikan hendaklah dengan serta-merta membayar

    balik sepenuhnya kepada Pembantu Rumah jumlah yang dibayar oleh Pembantu Rumah apabila diminta dan perlu

    menunjukkan resit atau dokumen sebagai bukti pembayaran.

    * Potong yang tidak bersesuaian

    Gunakan sama ada Fasal 2A, 2B atau 2C yang mana bersesuaian.

    ID 407 (02/2012)

  • 2

    9 . (a ) Sekiranya Pembantu Rumah jatuh sakit atau mengalami kecederaan semasa tempoh pekerjaan yang

    dinyatakan dalam Fasal 2, kecuali bagi tempoh Pembantu Rumah meninggalkan Hong Kong atas kerelaan

    Pembantu Rumah sendiri dan untuk tujuan peribadi Pembantu Rumah, Majikan hendaklah menyediakan rawatan

    perubatan percuma kepada Pembantu Rumah. Rawatan perubatan percuma termasuk perundingan perubatan,

    rawatan di hospital dan rawatan pergigian kecemasan. Pembantu Rumah hendaklah menerima rawatan perubatan

    yang disediakan oleh mana-mana pengamal perubatan berdaftar.

    (b) Jika Pembantu Rumah mengalami kecederaan akibat kemalangan atau penyakit akibat daripada dan

    dalam perjalanan pekerjaan, Majikan hendaklah membuat bayaran pampasan mengikut Ordinan Pampasan Pekerja,

    Bab 282.

    (c) Sekiranya seorang pengamal perubatan mengesahkan bahawa Pembantu Rumah adalah tidak layak

    untuk perkhidmatan selanjutnya, Majikan boleh, tertakluk kepada peruntukan undang-undang Ordinan berkaitan

    menamatkan pekerjaan itu dan hendaklah dengan segera mengambil langkah-langkah untuk menghantar pulang

    Pembantu Rumah ke tempat asal mengikut Fasal 7.

    10. Mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak ini dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis

    atau sebulan upah sebagai ganti notis.

    11. Walau apa pun Fasal 10, mana-mana pihak boleh secara bertulis menamatkan kontrak ini tanpa notis atau

    menyediakan bayaran sebagai ganti dalam keadaan yang dibenarkan oleh Ordinan Pekerjaan, Bab 57.

    12. Sekiranya berlaku penamatan kontrak ini, kedua-dua Majikan dan Pembantu Rumah hendaklah memberi

    notis secara bertulis kepada Pengarah Imigresen dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh penamatan. Salinan

    perakuan bertulis pihak yang lain berhubung dengan penamatan juga hendaklah dikemukakan kepada Pengarah

    Imigresen.

    13. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat kontrak baru selepas tamat kontrak yang sedia ada,

    Pembantu Rumah hendaklah kembali ke tempat asal mereka untuk cuti yang dibayar / tidak dibayar selama tidak

    kurang daripada tujuh hari melainkan jika kelulusan untuk melanjutkan tempoh tinggal di Hong Kong diberikan

    oleh Pengarah Imigresen.

    14. Sekiranya berlaku kematian Pembantu Rumah, Majikan hendaklah membayar kos membawa pulang

    mayat Pembantu Rumah dan harta peribadi dari Hong Kong ke tempat asal mereka.

    15. Melainkan untuk perubahan seperti yang berikut, apa-apa perubahan atau tambahan kepada syarat-syarat

    kontrak ini (termasuk Jadual Penginapan dan Tugas Pembantu Rumah yang dilampirkan), semasa tempoh

    Perjanjian ini berkuat kuasa, adalah tidak sah melainkan jika dibuat dengan persetujuan Pesuruhjaya Buruh di

    Hong Kong terlebih dahulu:

    ( ) perubahan tempoh pekerjaan yang dinyatakan dalam Fasal 2 melalui lanjutan tempoh tersebut tidak

    lebih daripada satu bulan dengan persetujuan bersama dan dengan kelulusan diperolehi terlebih dahulu daripada

    Pengarah Imigresen ;

    (b ) perubahan alamat kediaman Majikan seperti yang dinyatakan dalam Fasal 3 apabila diberikan notis

    secara bertulis kepada Pengarah Imigresen, dengan syarat Pembantu Rumah tersebut akan terus bekerja dan

    tinggal di alamat kediaman baru Majikan;

    (c ) perubahan dalam Jadual Penginapan dan Tugas Pembantu Rumah yang dibuat mengikut cara yang

    ditetapkan di bawah perkara 6 dalam Jadual Penginapan dan Tugas Pembantu Rumah; dan

    (d ) perubahan perkara 4 pada Jadual Penginapan dan Tugas Pembantu Rumah berkenaan dengan

    pemanduan kenderaan motor sama ada kenderaan itu milik Majikan atau tidak, oleh Pembantu Rumah dengan

    persetujuan bersama dalam bentuk Perjanjian Tambahan kepada Jadual dan dengan kebenaran secara bertulis yang

    diberikan oleh Pengarah Imigresen untuk Pembantu Rumah melaksanakan tugas memandu.

    16. Syarat-syarat di atas tidak menghalang Pembantu Rumah daripada menerima hak lain di bawah Ordinan

    Pekerjaan, Bab 57, Ordinan Pampasan Pekerja, Bab 282 dan mana-mana Ordinan lain yang berkaitan.

    17. Pihak-pihak dengan ini mengaku bahawa Pembantu Rumah telah diperiksa dari segi perubatan mengenai

    kesesuaiannya untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan sijil perubatannya telah dikeluarkan untuk pemeriksaan

    oleh Majikan.

    Ditandatangani oleh Majikan _________________________

    (Tandatangan Majikan)

  • 3

    di hadapan __________