No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai...
-
Upload
duongkhanh -
Category
Documents
-
view
223 -
download
0
Transcript of No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa ... · 6.0 SKOP KERJA 10-11 ... sekali sebagai...
MANUAL MPK BIL : 62 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
PENDAFTARAN KERTAS PERTUDUHAN
DAN SAMAN
(BUKAN TRAFIK)
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI 6
4.0 CARTA BAHAGIAN /UNIT 7
5.0 SUMBER KUASA 8-9
6.0 SKOP KERJA 10-11
7.0 PROSES KERJA 10-11
8.0 CARTA ALIR 12
9.0 PENUTUP 13
10.0 LAMPIRAN 14
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang diMalaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya pengiktirafan
status Bandaraya tersebut.
Manual ini disediakan bertujuan untuk mempermudahkan lagi
pendaftaran kertas pertuduhan dan saman, supaya ianya lebih mudah
dan berkesan untuk menjalankan tindakan pendakwaan. Oleh itu,
penyediaan manual ini akan membantu MPK dalam usaha pembaikan
dari segi kelemahan dan kecacatan di dalam urusan tindakan
pendakwaan supaya ia dapat dilaksanakan dengan sempurna.Ini
adalah kerana Tujuan sesuatu pendakwaan dibuat adalah untuk
mencari kebenaran dan keadilan bukan semata-mata untuk mencapai
kemenangan melalui sabitan sahaja.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Dengan lafaz Bismillahhirahmanrrahim….. Assalamualaikum
w.r.t. dan salam perpaduan saya ucapkan. Terlebih dahulu
saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan
kurnianya penyediaan manual ini dapat direalisasikan dan
Jabatan Undang-Undang dapat menyiapkan manual kerja
bagi Jabatan Undang-Undang mengikut format dan bentuk
yang lebih tersusun dan sistematik.
Sebelum diteruskan dengan lebih lanjut lagi, ingin saya merakamkan jutaan
terima kasih kepada seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Undang-
Undang yang telah bekerjasama memikul tanggungjawab di dalam
menyediakan manual ini.
Adalah diharapkan agar manual ini dapat membantu pegawai dan kakitangan
di dalam menjalankan tugas dengan lebih cekap dan teratur seterusnya
menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. Adalah juga diharapkan agar
manual ini dapat memberi manfaat kepada kakitangan MPK seluruhnya. Akhir
sekali sebagai penutup bicara ingin saya kongsikan serangkap pantun:
“ Buah pelaga makan dihilir,
Di bawa orang dari hulu,
Sebarang kerja hendak digilir,
Supaya jangan mendapat malu”
Sekian, terima kasih.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013
1.2 Memudahkan rujukan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan
Undang-Undang.
1.3 Menyediakan langkah-langkah tindakan agar urusan memulakan tindakan pendakwaan teratur.
1.4 Menyelaras tindakan dengan lain-lain jabatan.
1.5 Memastikan setiap urusan memulakan tindakan pendakwaan adalah teratur dan mengikut perundangan yang tepat.
1.6 Memastikan bahawa setiap kompaun yang dikeluarkan diteruskan dengan urusan pendakwaan di mahkamah.
1.7 Meningkat mutu dan kualiti tindakan penguatkuasaan bagi setiap peruntukan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.
1.8 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang.
2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Untuk memulakan tindakan pendakwaan, OKK perlu didakwa
kerana telah melakukan kesalahan bukan trafik, Oleh kerana
OKK tidak membuat pembayaran kompaun ataupun notis
peringatan, maka proses susulan perlu dijalankan iaitu dengan
mendaftarkan kertas pertuduhan dan saman ke mahkamah
untuk dibuat pendakwaan bagi mendakwa OKK kerana telah
membuat kesalahan trafik.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
6
3.0 DEFINISI
3.1 Pendakwaan
Perbuatan pendakwaan (pengemukaan) penyampaian sesuatu dakwaan (tuduhan)
3.2 Daftar Susunan nama, barang dan lain-lain yang ditulis (dicatat) berturut-turut mengikut turutan angka atau abjad. 3.3 Saman
Menyaman mengeluarkan perintah kepada seseorang supaya datang ke mahkamah untuk dibicarakan. 3.4 Pertuduhan
Kenyataan yang menuduh atau mendakwa seseorang yang disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah. 3.5 Tindakan
Peraturan dan lain-lain (yang dilaksanakan), langkah yang diambil (untuk mengelakkan, mengatasi dan sebagainya sesuatu,: perintah berukurung merupakan ~ yang berkesan mencegah merebaknya rusuhan.
3.6 Mahkamah
Tempat membicarakan sesuatu yang ada hubungannya dengan undang-undang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
7
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
CARTA ORGANISASI UNIT PENDAKWAAN BUKAN TRAFIK
EMYSHIMY RIZAL B NASARUDDIN
PEGAWAI UNDANG-UNDANG
TUN MOHD SYAHMI BIN ZAKARIA
PEN. PEGAWAI UNDANG
NOR HAFIZAH BTE MD MUSA
PEM.TADBIR (N17) TETAP
ROSE RAHAYU BTE MD IDRIS
PEM.TADBIR (N17) TETAP
MOHD AZIZAN BIN HAJI SALLEH
BAILIF (N12)TETAP
S.V VIJAYA SINGAM A/L VIJAYARATNAM
BAILIF (N11) TETAP
MOHD FAZLI BIN MASZUKI
PEM. TADBIR PEJABAT (N17) TETAP
ROZITA BTE CHE ROSS
PEM. TADBIR (N17) TETAP
INTAN WANNIZA BTE AB WAHAB
PEM.TADBIR (N17) TETAP
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
8
5.0 SUMBER KUASA Sumber kuasa yang menjadirujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
Akta
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171);
ii. Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (AKTA 133);
iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (AKTA 172;
iv. Akta Pengangkutan Jalan 1987 (AKTA 336);
v. Akta Makanan 1983 (AKTA 281);
Kanun
i. Kanun Tanah Negara 1965 (AKTA 56/1965)
ii. Kanun Prosedur Jenayah (AKTA 593)
Enakmen
i. Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971
ii. Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan 1995
iii. Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980
iv. Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan
(Am)(Selangor)2001
v. Kaedah-Kaedah Perintah Pemeliharaan Pokok 2001
Peraturan
i. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan
(Permainan Snuker Dan Video) (Kawalan Dan
Penyeliaan) (Selangor) 1996
ii. Peraturan-Peraturan Dan tempat-Tempat Hiburan
(Selangor) 1996
Undang-Undang Kecil
i. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor)
1986
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
9
ii. Undang-Undang Kecil Peruntukan Mengenai Lesen
Bersesama (MPK) 1992
iii. Undang-Undang Kecil Kerja Di Jalan 1996
iv. Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-
Kesalahan) (MPK) Kerajaan Tempatan 2005
v. Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan-
Kesalahan) (MPK) Jalan, Parit Dan Bangunan 2005
vi. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta
Persendirian (MPK) 2005
vii. Undang-Undang Kecil Taman (MPK) 2005
viii. Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPK) 2005
ix. Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPK) 2005
x. Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPK)
2007
xi. Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan
Kesihatan (MPK) 2007
xii. Undang-Undang Kecil Iklan (MPK) 2007
xiii. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPK) 2007
xiv. Undang-Undang Kecil Pasar (MPK) 2007
xv. Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan
(MPK) 2007
xvi. Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan Dan
Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007
xvii. Undang-Undang Kecil Hotel (MPK) 2007
xviii. Undang-Undang Kecil Penjaja (MPK) 2007
xix. Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan
Perindustrian (MPK) 2007
xx. Undang-Undang Kecil Pusat Siber Dan Kafe Siber (MPK)
2007
xxi. Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah
Pembiakan Anjing (MPK) 2007
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
10
6.0 SKOP KERJA
6.1 Pendaftaran kertas pertuduhan dan saman purata dilakukan
seminggu 3 kali, purata setiap ikatan kertas pertuduhan dan
saman adalah sebanyak 30 fail, ini bermakna untuk seminggu
kertas pertuduhan dan saman didaftar ke mahkamah sebanyak
90 fail. Setelah didaftarkan, kertas pertuduhan dan saman yang
telah dikembalikan akan direkod dan saman akan diserah kan
kepada bailiff dan penguatkuasa untuk penyerahan saman
kepada orang kena saman (oks).
7.0 PROSES KERJA
7.1 Terima arahan daripada Pegawai Pendakwa untuk menyediakan
Kertas Pertuduhan dan Saman yang telah lengkap untuk
disemak oleh Pegawai Pendakwa.
7.2 Semak status bayaran Kertas Siasatan. Sekiranya berbayar
asingkan dan failkan ke dalam Kertas Siasatan Berbayar.
7.3 Sekiranya masih tiada bayaran, sediakan duasalinan Kertas
Pertuduhan dan tiga salinan saman melalui Sistem Maklumat
Pengurusan Kompaun.
7.4 Sediakan dua set ikatan dokumen pendakwaan:
Ikatan pertama:
a.Dua salinan saman
b.Satu salinan Kertas Pertuduhan
c.Satu salinan Pengaduan Mahkamah
d.Dua borang kebenaran serahan saman luar
kawasan (jika berkenaan)
Ikatan kedua:
a.Satu salinan saman
b.Satu salinan Kertas Pertuduhan
c.Satu salinan Pengaduan Mahkamah
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
11
7.5 Merujuk Pegawai Pendakwa untuk semakan.
7.6 Jika Kertas Pertuduhan dan saman tidak teratur, Pegawai
Pedakwa akan mengarahkan untuk membuat pembetulan seperti
diminitkan.
7.7 Sekiranya teratur, ikatan dokumen tersebut akan didaftarkan ke
Mahkamah untuk pendaftaran kes.
7.8 Pulang dari Mahkamah, kes-kes tersebut direkod dalam Buku
Rekod Pendaftaran Kes Mahkamah.
7.9 Kemaskini dan rekod tarikh daftar dan nombor kes dalam Sistem
Maklumat Pengurusan Kompaun.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
12
8.0 CARTA ALIR
Penyediaan Kertas Pertuduhan dan Saman
Terima arahan.
Semak status bayaran Kertas Siasatan.
Mula
Tamat
Rujuk kepada PP untuk semakan
Teratur?
Daftar ikatan dokumen ke Mahkamah
untuk pendaftaran kes.
Bayaran?
Sediakan 2 salinan Kertas Pertuduhan
dan 3 salinan saman melalui SPP.
Sediakan 2 set ikatan dokumen
pendakwaan. Bagi ikatan pertama
sekiranya terdapat saman luar kawasan,
hendaklah disertakan bersama Borang
Kebenaran Serahan Saman Luar Kawasan
dan ditandatangan oleh PP.
Ya
Tidak
Asingkan dan failkan
dalam Kertas Sisatan
berbayar.
Tidak
Ya
Buat pembetulan
semula seperti minit
PP.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
13
9.0 PENUTUP
Manual ini disediakan adalah untuk rujukan oleh warga Jabatan
Undang-Undang khasnya dan warga Majlis Perbandaran Klang amnya.
Manual ini disediakan adalah bagi memperkemas dan menambahbaik
tugasan jabatan agar dapat menghasilkan kerja yang lebih efisyen dan
berkesan untuk kepentingan Majlis khususnya.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 62 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tindakan Pendakwaan Pendaftaran Kertas Pertuduhan Dan Saman (Bukan Trafik)
14
10.0 LAMPIRAN