Nombor bulat

4
Salam sejahtera Nombor Bulat Saya sependapat dengan cikgu Nombor 0, 1, 2, 3, ..., 50 ..., 8614, ... yang digunakan dalam proses pengiraan dipanggil 'nombor bulat' (whole numbers). Nombor bulat terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 yang boleh ditulis dalam perkataan atau angka. Nombor 1, 2, 3, 4, ... dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus-menerusnya yang juga dipanggil elipsis (ellipsis). Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 4,128,925 adalah seperti berikut; Juta - angka 4 Ratus ribu - angka 1 Puluh ribu - angka 2 Ribu - angka 8 Ratus - angka 9 Puluh -angka 2 Unit - angka 5 Sekian Nombor Pecahan 1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan. 2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan. 3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya adalah sama; Contoh: 2/2, 4/4 ,6/6 dan sebagainya. 4. Bahagian-bahagian pada pecahan:

Transcript of Nombor bulat

Page 1: Nombor bulat

Salam sejahtera

Nombor Bulat Saya sependapat dengan cikgu Nombor 0, 1, 2, 3, ..., 50 ..., 8614, ... yang digunakan dalam proses pengiraan dipanggil 'nombor bulat' (whole numbers).Nombor bulat terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 yang boleh ditulis dalam perkataan atau angka.Nombor 1, 2, 3, 4, ... dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus-menerusnya yang juga dipanggil elipsis (ellipsis).Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 4,128,925 adalah seperti berikut;Juta - angka 4Ratus ribu - angka 1Puluh ribu - angka 2Ribu - angka 8Ratus - angka 9Puluh -angka 2Unit - angka 5

 Sekian

Nombor Pecahan1. Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

2. Nombor 1 mewakili semua bahagian dalam keseluruhan.

3. Nombor 1 boleh diwakili oleh pecahan di mana pengangka dan penyebutnya adalah sama; Contoh: 2/2, 4/4 ,6/6 dan sebagainya.

4. Bahagian-bahagian pada pecahan:

a) Pengangka - angka yang terletak di atas b) Penyebut - angka yang terletak di bawah 5. Jenis-jenis pecahan: i) Pecahan wajar - pengangka lebih kecil daripada penyebut. Contoh: 3/5, 4/7(ii) Pecahan tak wajar - pengangka lebih besar daripada penyebut.

 

Page 2: Nombor bulat

Contoh: 8/5, 6/3

(iii) Pecahan setara - dua pecahan yang sama nilainya.

Contoh: 1/2 setara dengan 2/4

(iv) Nombor bercampur - terdiri daripada nombor bulat dan pecahan wajar. Contoh: 2 3/5, 4 4/7

 

Nombor bulat merupakan nombor asli yang boleh berdiri secara tunggal dan bersama manakala pecahan tidak boleh berdiri secara tunggal ia terpaksa terdiri daripada penyebut dan pengangka. Nombor Bulat boleh diajar dengan mengunakan nilai tempat seperti sa,pu,ra dan sebagainya. Manakala pecahan pula perlu diajar dengan pemisah pengangka dan penyebut dengan mengunakan perkataan ‘per’. Nombor Bulat boleh disebut Seratus dua puluh dua manakala pecahan satu per dua dan sebagainya. Nombor yang paling kecil bagi nombor bulat ialah satu manakala nombor yang paling besar bagi pecahan ialah satu. Bentuk nombor bulat ialah 0,10,100, 1000 dan sebagainya.manakala Bentuk nombor bagi pecahan ialah 2/10 , 1/2, 3/4 dan sebagainya lagi.

Salam Sejahtera

Menurut  Mohd. Uzi B. Dollah dan Noor Shah B.Saad dalam  modul KRM 3013- Asas Nombor  sistem penomboran asas 10 yang kita gunakan hari ini dipanggil sistem penomboran Hindu- Arabic.

Nombor 0, 1, 2, 3, ..., 50 ..., 8614, ... yang digunakan dalam proses pengiraan dipanggil 'nombor bulat' (whole numbers).

Nombor bulat terdiri daripada angka 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9  yang boleh ditulis dalam perkataan atau angka.

Nombor 1, 2, 3, 4, ... dipanggil nombor tabii / asli (natural numbers). Set tiga titik dibelakang nombor-nombor tersebut menunjukkan bahawa corak terus-menerusnya yang juga dipanggil elipsis (ellipsis).

Setiap angka nombor bulat mewakili nilai tertentu mengikut kedudukan nilai angka dalam nombor tersebut. Sebagai contoh, nilai bagi setiap angka dalam nombor 4,128,925 adalah seperti berikut;

Page 3: Nombor bulat

Juta - angka 4 Ratus ribu - angka 1 Puluh ribu - angka 2 Ribu - angka 8 Ratus - angka 9 Puluh -angka 2       sa  -  angka 5

Apabila satu unit dari keseluruhan kuantiti dibahagikan kepada bahagian yang sama, mana-mana bahagian dalam kuantiti tersebut dipanggil sebagai pecahan unit (fractions of the unit).

 Jadual dibawah menunjukkan bagaimana pecahan dibaca.

 

Pecahan adalah nombor yang mewakili satu atau lebih bahagian yang sama dibahagikan daripada keseluruhannya. Contohnya, Dalam rajah dibawah, setiap bahagian adalah 1 daripada 6 bahagian yang sama.

                                                 

Pecahan juga boleh digunakan untuk menamakan sebahagian daripada koleksi atau satu set objek atau kumpulan. Contohnya,

 

Setiap pensil di atas adalah 1 daripada sekumpulan 4 pensel.

 Pecahan boleh diwakili oleh gambar rajah. Contohnya,

                                           

 Bahagian-bahagian yang berlorek dalam gambar rajah adalah mewakili 8 bahagian daripada 9 bahagian yang sama. Dengan kata lain, 8/9 daripada gambar rajah.