NOOR’ AMIRAH BTE ABD GHAFFAR - fp.utm.myAMIRAHAP050164D...umat Islam dalam menyelesaikan isu...
-
Upload
vuongnguyet -
Category
Documents
-
view
244 -
download
0
Transcript of NOOR’ AMIRAH BTE ABD GHAFFAR - fp.utm.myAMIRAHAP050164D...umat Islam dalam menyelesaikan isu...
PALESTIN KEPENTINGANNYA KEPADA UMAT ISLAM
NOOR’ AMIRAH BTE ABD GHAFFAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
PALESTIN KEPENTINGANNYA KEPADA UMAT ISLAM
NOOR’ AMIRAH BTE ABDUL GHAFFAR
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
17 APRIL 2009
v
DEDIKASI
Segala pujian dan kesyukuran dirafa’kan kepada Ilahi Rabbi Atas segala rahmat serta kurniaannya yang tidak ternilai
Gugusan selawat dan salam buat para anbia’ Yang menempuh pelbagai halangan dan rintangan
Dalam menegakkan dan meneruskan syiar Islam
Hamparan kasih dan cinta buat bonda tersayang, Kamariah Bt Nordin Yang sangat menyayangi dan sentiasa memberi dorongan dan galakan
yang tiada penghujungnya,Pengorbanan serta jasamu yang tidak terhingga tidak terbalas walaupun dengan segunung emas mahupun permata
Titipan doa yang tidak putus-putus ku panjatkan kepada-Nya atas curahan kasih sayangmu yang tiada noktahnya. Iringan al-Fatihah dan doaku kirimkan buat
ayahanda yang dikasihi, Abd Ghaffar B Salleh moga rohmu dicucuri rahmat, ditempatkan bersama para solihin
dan memperoleh kebahagiaan nun di sana…
Hamparan kasih juga buat suami tercinta, Mat Kamil Deraman, Yang amat memahami dan mengerti tuntutan perjuangan ini.
Doa, pengorbanan serta kasih sayangmu menguatkan semangat dalam meneruskan perjuangan ini
Tautan ukhuwwah abadi buat adik-adikku dan pensyarah, Dr. Farahwahida,segala
jasa dan pengorbanan kalian tidak akanku lupakan selama-lamanya.Terima kasih atas kasih sayang dan keprihatinan kalian…
vi
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, pujian-pujian bagi Allah S.W.T pentadbir sekalian alam. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Setinggi-tinggi kesyukuran
kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan hidayah-Nya saya dapat
menyiapkan Projek Sarjana Muda bertajuk “Palestin Kepentingannya Kepada Umat
Islam” dalam tempoh yang ditetapkan.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat
Dr. Farahwahida Mohd Yusof selaku penyelia, yang banyak meluangkan masa memberi
tunjuk ajar dan bimbingan dalam menghasilkan laporan ini. Segala tunjuk ajar dan
keprihatinan amat dihargai. Ucapan terima kasih juga buat ibu, suami dan adik saya
yang banyak memberikan dorongan dan galakkan dari segi mental dan material semasa
menjayakan Projek Sarjana Muda ini. Terima kasih juga kepada pihak Aman Palestin
yang telah memberikan banyak maklumat berkaitan dengan tema kajian ini.
Akhir kalam, sesungguhnya segala perkara yang baik itu datangnya daripada
Allah S.W.T manakala, segala kekurangan itu datangnya daripada kekurangan saya
sendiri. Semoga Allah S.W.T memberi keredhaan dan keberkatan kepada semua pihak
yang telah menjayakan tugasan ini. Diharapkan agar kajian ini dapat mencetuskan idea
serta dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
vii
ABSTRACT
The importance of Palestine to the Muslim ummah has definitely caught the
attention of the author. This study is aimed at finding out the background and history of
Palestine’s existence. Besides that, this study also seeks to identify the importance of the
nation of Palestine to the Muslim ummah and the roles that the ummah needs to play in
resolving the ongoing issue involving Palestine. This study identifies the research
subject, data collection and data analysis to obtain research findings. The findings show
that the majority of the Muslim ummah are aware of the importance of their role in
liberating Palestine from the Zionists. However, the Muslim ummah has yet to respond
effectively in resolving the Palestinian crisis. At the end of the research, a conclusion
and suggestions for the attention of certain parties involved aimed at resolving the
Palestinian in a more systematic and effective manner are included.
viii
ABSTRAK
Kepentingan Palestin kepada umat Islam sememangnya telah mendapat perhatian
penulis. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang dan sejarah kewujudan
negara Palestin. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
kepentingan negara Palestin kepada umat Islam dan peranan yang perlu dimainkan oleh
umat Islam dalam menyelesaikan isu Palestin. Kajian ini menggunakan metode
penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode analisis data untuk
mendapatkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti umat Islam
menyedari tentang pentingnya peranan mereka untuk membebaskan bumi Palestin
daripada cengkaman Zionis. Namun demikian, umat Islam kurang memberi
maklumbalas berkesan terhadap tindakan yang sewajarnya diambil dalam
menyelesaikan kemelut yang menimpa Palestin. Di akhir kajian, dinyatakan kesimpulan
dan cadangan untuk perhatian pihak tertentu yang terlibat bagi menangani isu Palestin
dengan lebih sistematik dan berkesan.
ix
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
HALAMAN JUDUL iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
HALAMAN DEDIKASI v
HALAMAN PENGHARGAAN vi
ABSTRACT vii
ABSTRAK viii
ISI KANDUNGAN ix
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
x
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Kesimpulan 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Latar Belakang Dan Sejarah Palestin 12
2.3 Latar Belakang Dan Sejarah Bangsa Yahudi 15
2.4 Zionisme 27
2.5 Kronologi Yang Memudahkan Regim Zionis
Menetap Di Palestin 36
2.6 Strategi Zionisme Untuk Menguasai Palestin
Dan Baitul Maqdis 42
2.7 Kepentingan Palestin Kepada Umat Islam 47
2.8 Kepentingan Palestin Kepada Agama Lain 60
2.9 Peristiwa Keganasan Dan Kezaliman Zionis
Terhadap Penduduk Palestin 63
2.10 Tokoh-tokoh Pejuang Palestin 71
2.11 Kesimpulan 77
xi BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 78
3.2 Metode Penentuan Subjek 78
3.3 Metode Pengumpulan Data 79
3.4 Metode Analisis Data 81
3.4.1 Metode Induktif 81
3.4.2 Metode Deduktif 81
3.5 Kesimpulan 82
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 83
4.2 Peranan Umat Islam Dalam Menangani Isu Palestin 83
4.3 Kesimpulan 99
BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 100
5.2 Kesimpulan 100
5.3 Cadangan 102
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 109
5.5 Penutup 110
xiii
SENARAI SINGKATAN
ABC American Broadcasting Company
AS Amerika Syarikat
DAKAP Dana Kemanusiaan Palestin
DU Uranium yang dikurangkan
ESPN Entertainment and Sports Programming Network
FTA Free Trade Agreement
HAMAS Harakat al-Muqawamat al-Islamiyyah
HBO Home Box Office
IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
IRM Islamic Relief Malaysia
KIST Kolej Islam Sains dan Teknologi
MERCY Malaysia Medical Relief Society
MITI Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
NGO Non-Goverment Organisations
OIC Organisation of the Islamic Conference
PBB Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
xiv s.a.w Sallallahhualaihiwasallam
S.M Sebelum Masihi
S.W.T Subhanahu wataala
UAE The United Arab Emirates
UNRWA United Nations Relief and Works Agency
US United States
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Risalah Bantulah Gaza B Risalah Boikot Produk Israel C Risalah Projek Bantuan Untuk Kanak-kanak Gaza D Risalah Selamatkan Palestin Selamatkan al-Aqsa E Risalah Sempena Sambutan Hari al-Aqsa Sedunia
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam merupakan agama wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada
manusia melalui utusan-Nya Nabi Muhammad s.a.w. Kesyumulan Islam meliputi
segenap lapangan kehidupan manusia termasuk politik, ekonomi, muamalah mahupun
sosial. Dengan penurunan agama wahyu ini maka ia menjadi rahmat kepada manusia
secara keseluruhannya.
Salah satu rahmat yang dibawa oleh Islam terhadap umatnya ialah konsep
persaudaraan sesama muslim. Firman Allah S.W.T :
$yϑ̄ΡÎ) tβθãΖ ÏΒ÷σ ßϑø9 $# ×ο uθ÷zÎ)
Maksudnya: “Sebenarnya orang Islam itu adalah bersaudara”
(al-Hujurat: 10)
2
Ayat ini, jelas menegaskan bahawa setiap mukmin itu mempunyai hubungan
dengan mukmin yang lain. Bahkan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengambil
berat tentang keadaan saudaranya yang lain. Tidak sempurna iman seorang muslim
sekiranya mereka tidak mengasihi saudara muslimnya yang lain sebagaimana yang
ditegaskan oleh hadis Nabi s.a.w:
عليه وسلم عن خادم رسول اهللا صلى اهللا، حمزة أنس بن مالك رضى اهللا عنهبيأعن
) لنفسه ما یحب الیؤمن أحدآم حتى یحب ألخيه(النبي اهللا صلى اهللا عليه وسلم قال
.رواه البخاري ومسلم
Maksudnya: “Daripada Abu Hamzah Anas Ibn Malik r.a, khadam Rasulullah s.a.w, daripada Nabi s.a.w, Baginda bersabda: “Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim: Hadis No. 71)
Selain itu, Allah S.W.T mengingatkan umat Islam agar saling bantu-membantu
antara satu sama lain. Firman-Nya:
(#θçΡuρ$yès?uρ ’ n? tã Îh É9ø9 $# 3“uθø) −G9 $# uρ ( Ÿωuρ (#θçΡuρ$yès? ’ n? tã ÉΟ øO M}$# Èβ≡ uρô‰ãèø9 $# uρ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (al-Maidah: 2)
3
Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab umat Islam antara satu sama lain
untuk membantu saudaranya yang lain apabila mereka ditimpa kesusahan.
Dewasa ini, Islam diserang dari pelbagai sudut oleh musuh-musuhnya. Pelbagai
agenda telah dirancang rapi seperti penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w, peperangan,
pergaduhan sesama Islam dan sebagainya. Serangan ini bertujuan untuk menjatuhkan
maruah agama Islam sekaligus mampu menjejaskan imej dan kewibawaannya. Keadaan
ini dibuktikan melalui konflik yang berlaku di Palestin.
1.2 Latar Belakang Masalah
Setelah 60 tahun dunia memperkatakan isu Palestin, namun isu tersebut masih
lagi berterusan sehingga ke hari ini dan tidak menunjukkan sebarang tanda penyelesaian.
Kegagalan umat Islam menyelesaikan isu tersebut telah menyebabkan bumi suci ini
dirampas Zionis sekaligus membawa penderitaan yang hebat kepada berjuta-juta nyawa
rakyat Palestin.
Ada di antara rakyat Palestin terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri, di usir
dari tanah air mereka, dibunuh tanpa belas kasihan, sesetengahnya turut dipenjarakan
tanpa mengetahui kesalahan yang telah dilakukan dan pelbagai bentuk penindasan serta
kezaliman yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Situasi ini amat berbeza sekali dengan
keadaan hidup rakyat Malaysia yang aman dan damai. Justeru, menjadi tanggungjawab
umat Islam untuk membantu saudara se-Islam di Palestin.
Isu Palestin bukan sekadar menuntut keprihatinan dari sudut kemanusiaan. Ia
juga merupakan isu akidah bagi umat Islam. Hal ini demikian kerana masjid al-Aqsa
merupakan kiblat pertama umat Islam dan merupakan Tanah Haram ketiga selepas
4 Mekah dan Madinah terletak di Palestin. Selain itu, di sinilah Rasulullah s.a.w telah di
Mikrajkan ke langit oleh Allah S.W.T.
Hampir 60 tahun bumi Palestin dikuasai oleh Zionis. Penjajahan, kekejaman dan
penindasan dilakukan oleh Zionis ke atas umat Islam Palestin. Oleh yang demikian,
seluruh umat Islam wajib menyertai misi pembebasannya daripada terus dijajah dan
ditindas Zionis. Di samping itu, isu Palestin ini adalah isu seluruh umat Islam dan bukan
isu masyarakat Arab semata-mata.
Dunia Arab melihat isu Palestin adalah isu yang hanya melibatkan Palestin dan
Israel sahaja sedangkan realitinya ia melambangkan isu akidah umat Islam dan
kemanusiaan sejagat. Menurut Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Jemaah Ikhwanul
Muslimin, semua umat Islam dituntut membebaskan Palestin dari Zionis dan berkorban
serta berjihad dengan perkataan, harta dan nyawa sehinggalah bumi itu dimerdekakan
sebagaimana yang dituntut oleh Islam (Maszlee Malik, 2005: 117).
1.3 Penyataan Masalah
Isu Palestin bukanlah isu baru bagi dunia Islam dan masyarakat antarabangsa.
Bahkan ia turut menjadi isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa, dan
negara. Hal ini kerana isu Palestin melibatkan isu hak asasi manusia sebagaimana yang
digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Dewasa ini, kebanyakan umat Islam sudah tidak memahami dan kurang arif
terhadap isu-isu berkaitan dengan Palestin yang membabitkan umat Islam dan
kepentingannya kepada dunia Islam. Situasi ini termasuklah konflik antara Palestin dan
regim Israel. Ramai yang mengatakan bahawa ia hanya satu konflik politik dunia Arab.
5 Ada yang mengatakan bahawa ia soal perkauman, apartheid, soal agama, pembersihan
etnik dan lain-lain (Hafidzi Mohd Noor, 2006: iii ).
Selain itu, masyarakat menganggap bahawa isu Palestin sebagai isu perjuangan
agama Islam dan isu penduduk Palestin sahaja. Bahkan terdapat juga umat Islam yang
langsung tidak mengetahui dan mengambil peduli mengenai Palestin. Keadaan ini
menggambarkan seolah-olahnya Palestin adalah dunia yang asing dan tidak pernah
wujud di muka bumi ini. Sedangkan konflik di Palestin itu melibatkan isu tanah, isu
kemerdekaan, isu kedaulatan dan isu keperibadian sesebuah bangsa, isu keadilan dan
kemanusiaan sejagat. Oleh yang demikian, penulis merasakan perlu dibuat satu kajian
untuk mengkaji kepentingan negara Palestin kepada umat Islam (Chandra Muzaffar,
2007: 63).
1.4 Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif dan tujuan kajian ini dijalankan. Berikut merupakan
objektif kajian ini.
1.4.1 Untuk mengenalpasti latar belakang dan sejarah kewujudan negara Palestin.
1.4.2 Untuk mengenalpasti kepentingan negara Palestin kepada umat Islam.
1.4.3 Untuk mengenalpasti peranan umat Islam dalam menangani isu Palestin.
6 1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa
persoalan yang berikut:
1.5.1 Bagaimanakah latar belakang dan sejarah kewujudan negara Palestin ?
1.5.2 Apakah kepentingan negara Palestin kepada umat Islam?
1.5.3 Apakah peranan umat Islam dalam menangani isu Palestin?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dilaksanakan ini amat penting dan sangat bermanfaat kepada
masyarakat Islam khususnya, masyarakat awam umumnya, pelajar dan Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO). Berikut merupakan kepentingan kajian secara terperinci
terhadap masyarakat, pelajar dan NGO.
1.6.1 Masyarakat
Kajian ini amat penting kepada masyarakat Islam secara khususnya kerana ia
memberi pendedahan dan penerangan yang sebenar tentang kepentingan negara Palestin
kepada umat Islam. Hal ini demikian kerana isu Palestin melibatkan isu akidah umat
Islam secara keseluruhannya. Justeru, masyarakat Islam perlu bersatu dan memainkan
peranan mereka bagi membebaskan bumi suci umat Islam itu dari cengkaman Zionis.
7
Penulis juga berharap kajian ini mampu memberikan kefahaman dan gambaran
yang sebenar kepada masyarakat awam tentang Palestin. Pada umumnya masyarakat
sering mendapat maklumat yang tidak tepat tentang perjuangan rakyat Palestin. Mereka
disogokkan dengan pelbagai berita palsu yang sebenarnya jelas bertujuan untuk
menyokong propaganda Barat.
Justeru, penulis amat berharap kajian ini mampu membantu menyedarkan
masyarakat bahawa isu Palestin ini merupakan satu isu kemanusiaan sejagat yang
merentas sempadan masa, agama, bangsa, dan negara. Hal ini demikian kerana isu ini
melibatkan pelbagai persoalan seperti kedaulatan sebuah negara yang dicabul, hak
kemanusiaan yang telah dirampas dan juga pelbagai peristiwa kezaliman yang tidak
pernah tercatat dalam sejarah manusia moden.
1.6.2 Pelajar
Pelajar merupakan generasi penting yang bakal memimpin negara pada masa
hadapan. Merekalah yang akan menentukan corak kepimpinan negara. Oleh yang
demikian, menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengambil berat dan peka kepada isu
semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Penulis amat berharap kajian ini mampu
memberikan maklumat yang jelas dan berguna kepada para pelajar agar mereka dapat
memahami situasi yang sedang berlaku di Palestin dan kepentingan negara Palestin itu
sendiri kepada umat Islam.
Diharapkan, para pelajar dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang
berlaku di Palestin seterusnya menggunakan peluang yang ada untuk memajukan diri ke
tahap yang lebih baik.
8 1.6.3 Non-Goverment Organisations (NGO)
Penulis berharap agar kajian ini dapat memberi dan menyumbangkan idea
kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menyalurkan bantuan dan sumbangan
kepada masyarakat Palestin dengan lebih progresif dan konsisten. Hal ini perlu bagi
meringankan beban masyarakat Palestin yang telah berusaha keras untuk membebaskan
bumi Palestin daripada terus dijajah oleh Zionis demi mempertahankan maruah agama
Islam.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini membincangkan isu-isu berkaitan dengan negara Palestin bermula dari
latar belakang dan sejarah kewujudannya yang berkait rapat dengan akidah umat Islam.
Kepentingan isu ini diketengahkan kepada umat Islam supaya mereka lebih peka dan
mengetahui dengan benar berkenaan dengan peranan mereka dalam menangani isu
Palestin.
1.8 Definisi Istilah
Berikut merupakan beberapa definisi istilah berkaitan kajian ini yang perlu
dijelaskan bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan. Istilah-istilah tersebut adalah seperti
berikut:
9 1.8.1 Kepentingan
Thesaurus Bahasa Melayu Dewan (Ismail, 1998: 685) mentakrifkan kepentingan
sebagai keutamaan, prioriti, kemustahakan dan keperluan.
1.8.2 Umat Islam
Perkataan umat ditakrifkan sebagai jemaah, pengikut atau penganut bagi sesuatu
agama (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 1994: 336). Menurut Farahwahida Mohd.
Yusof (2007: 9), menyatakan bahawa perkataan Islam bukan hasil rekaan Nabi
Muhammad s.a.w tetapi perkataan tersebut telah ditetapkan oleh Allah S.W.T dalam
(surah al-Maidah: 3). Perkataan Islam dari segi bahasa Arab (لم membawa maksud (س
selamat, sejahtera, menyerah, taat dan penghormatan. Dari segi syarak bermaksud
menyerah kepada Allah S.W.T, menerima segala perintah dan meninggalkan segala
larangan-Nya sebagaimana yang terkandung dalam wahyu yang diturunkan kepada
Nabi. Dalam kajian ini, umat Islam yang dimaksudkan ialah sekalian manusia yang
beragama Islam.
1.8.3 Palestin Peter Hanson menyatakan dalam “Dictionary of Social Science” (1998: 247)
berkenaan dengan maksud perkataan “Palestine” ialah:
“The Biblical Holy Land, Palestine now belongs mostly to Israel. The
Romaas took Palestine in 63BC and, in the AD 70s, they crushed Jewish
opposition and many Jews emigrated. The are came under Moslim Arab
rule in and 600s. In 1882 a group of Zionist pioneers seetled in Palestine
and Israel was established in 1948. Part of Palestine in neighbouring
Arabnnations were taken by Israel during Arab-Israel wars.”
10
Dr. Ahmad Susah (Muhammad Baihaqi, 2005: 187), dalam bukunya “Sejarah
Bangsa Arab & Yahudi” mengatakan:
“Asal usul perkataan “Palestine” merupakan sebutan orang-orang
Palestine yang pertama kali terdapat pada teks kerajaan Mesir dan Asyur
(Iraq). Negaranya dinamakan sebagai “Palastu” atau “Pilistu”, sama
dengan istilah Yunani “Philistia” yang kemudiannya menjadi
“Palestine”.”
Sementara itu, Dr. Fuad Muhammad Shebal dan Dr. Syafiq Gharbal (Muhammad
Baihaqi, 2005: 188), yang merupakan penterjemah buku “Study of History” oleh
A.J.Toynbee mengatakan:
“Sebutan nama Palestine merupakan kalimah Philistine mulai digunakan
pada permulaan abad ke 17 masihi sebagai penyataan kehinaan dan
penolakan. Kemudian digunakan untuk menyatakan tentang hilangnya
kedudukan kemasyarakatan dan kebudayaan kerana pengaruh keadaan
penduduk Palestine selama masa Taurat dan sebelum didiami bangsa
Arab.”
Oleh yang demikian, dalam kajian ini Palestin yang dimaksudkan oleh penulis
merujuk kepada nama bagi sebuah negara yang dirampas oleh Zionis secara kekerasan
tanpa menghormati hak kedaulatan bagi sebuah negara lain.
11 1.9 Kesimpulan
Dalam bab ini penulis menjelaskan latar belakang masalah dan penyataan
masalah yang dikaji. Di samping itu, penulis turut menyatakan objektif kajian ini
dilaksanakan, persoalan kajian, dan kepentingan kajian ini. Penulis juga telah
membataskan kajian ini dengan mengetengahkan kepentingan isu ini kepada umat Islam
agar masyarakat Islam sentiasa peka terhadap segala isu yang berkait dengan Islam.