Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem...

24
KAJIAN: BAGAIMANA FILEM MENYAMPAIKAN KESAN PSIKOLOGI SEORANG WATAK TERHADAP PENONTON. Norinawati Binti Kamarulzaman Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian QP 42 (Sinematografi) R841 2007 2007

Transcript of Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem...

Page 1: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

KAJIAN: BAGAIMANA FILEM MENYAMPAIKAN KESAN P SIKOLOGI SEORANG WATAK TERHADAP PENONTON.

Norinawati Binti Kamarulzaman

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan KepujianQP 42 (Sinematografi) R841 2007 2007

Page 2: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

P.KHIOMAT MAKlUMAT AKAOEMIK mat Akaa ml~l:Jusat Kbidmal MBklU SARAW~ UNIVERSITI MALAYSiA

Q4~OO KOill SamarahiUl,,11/ "'"iiiiiulIlIl1000191091

KAJIAN: BAGAIMANA FILEM MENYAMPAIKAN KESAN PSIKOLOGI SEORANG

WATAK TERHADAP PENONTON.

NORINAWATI BINTI KAMARULZAMAN

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

(Sinematografi)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 3: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESISI LAPORAN

JUOUL :BAGAIMANA FILEM MENYAMPAIKAN KESAN PSIKOLOGI SEORANG WATAK TERHADAP PENONTON

SESI PENGAJIAN : 2004/2007

Saya NORINA W ATI KAMARULZAMAN

Mengaku membenarkan tesisl laporan *ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

I. Tesisl Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

salinan tesisl laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. *sila tandakan .J

SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disediakan

Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

Tarikh: 11 Mei lo~1 Tarikh:

Alamat Tetap:

No.10 Jalan Ju jur 1/8, Taman Bakti. 68000 Ampang, Selangor Darnl Ehsan.

Catatan: Tesisl Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Do tor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda * Jika Tesisl Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasal

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesisl laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

Page 4: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

Projek bertajuk 'Sonatina' telah disediakan oleh Norinawati Kamarulzaman dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi).

Diterima untuk diperiksa oleh:

(Candida Jau)

Tarikh:

11

Page 5: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

PENGHARGAAN

B ismillahhirrahmanirrahim .. .

Syukur ke had rat Illahi dengan izin-Nya tesis ini berjaya disiapkan dan

diaplikasikan ke dalam video pendek bertajuk Sonatina. Dalam proses menyiapkan tesis

ini, ingin saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih saya kepada Puan Candida Jau selaku

penyelia saya, kerana sering berbincang mengenai penyelidikan dan penulisan. Juga

kepada En. Gregory Wee Lik Hoo yang telah mendorong dan membantu saya di awal

permulaan tesis. Tidak ketinggalan juga buat pensyarah-pensyarah Sinematografi yang

lain iaitu En. Abdul Riezal Dim, En. M.Fazmi Hisham dan Cik Teo Miaw Lee di atas

segala sokongan dan perkongsian ilmu kalian. T erima kasih juga kepada pensyarah­

pensyarah, unit teknikal dan staf-staf Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti

Malaysia Sarawak, Kota Samarahan.

Penghargaan istimewa buat keluarga tercinta ayahanda dan bonda; Tuan Hj.

Kamarulzaman Othman dan Puan Hjh. Fuzoyah Ibrahim, adik-adik yang tersayang;

Muhammad Hafiz, Nur Azimah, dan Muhammad Hisyam yang sentiasa mendoakan

kejayaan dan sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk menyemarakkan ilmu dalam

bidang ini. Juga buat Ezarisyirwan Basri, yang sekali gus menjadi sumber inspirasi saya

dan memberi sokongan dalam bidang yang diceburi. Terima kasih atas sokongan,

kesabaran dan kasih sayang kalian.

Terima kasih juga buat ternan-ternan seperJuangan terutamanya kepada rakan­

rakan dalam program Sinematografi yang selarna ini sarna-sarna berkongsi ilmu dan saling

membantu sarna ada secara langsung dan tidak langsung. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

Sekian, Terirna Kasih.

III

l

Page 6: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

iF t'usat Khidmal MaKiumat Akaaerr UNIVERSm .. 1ALAYSIA SARAWA

0,' f , . ". ...~~ \O,r:mii"

KANDUNGAN

PENGESAHAN

PENGAKUAN 11

IIIPENGHARGAAN

KANDUNGAN

ABSTRAK

IV

VI

ABSTRACT Vll

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Objektif 2

1.2 Kenyataan Masalah 2

1.3 Metodologi Kajian 3

1.4 Skop Kajian 5

1.5 Coding 5

BAB2: ANALISA ARTlKEL

2.0 Defmis psikologi 7

2.1 Watak dan psikologi 8

2.2 Psikologi dalam filem 8

BAB3: ANALISIS FILEM

3.0 Pengenalan 17

3.1 Sinopsis filem kajian 18

3.2 Struktur naratif filem kajian 19

3.3 Gaya visual filem kajian 26

3.4 Bunyi/ Muzik filem kajian 29

IV

Page 7: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

BAB4: PERBINCANGAN PROJEK TAHUN AKHIR 'SONATINA'

334.0 Pemilihan tajuk Sonatina

334.1 Sinopsis

334.2 Logline

334.3 Sasaran penonton

344.4 Tema

4.5 Konsep/ Idea 34

4.6 Elemen yang diaplikasikan dalam Sonatina 35

4.7 Aplikasi aspek psikologi 35

4.8 Aplikasi Bunyil Muzik 36

4.9 Aplikasi Struktur Naratif 37

4.10 Aplikasi Gaya Visual 38

4.11 Kesimpulan 39

BIBLIOGRAFI 41

APENDIKS 45

v

Page 8: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

,....

ABSTRAK

Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan

psikologikal dan emosional seseorang. Tumpuan terhadap filem dari kesan psikologi

adalah diantara seni yang unik, dimana kita perlu pelajari melalui perhatian pergerakan

dan illusi. Kajian dijalankan adalah untuk, menilai sejauh mana aplikasi yang digunakan

dalam filem dapat memberi kesan kepada penonton dari sudut psikologi yang boleh

menimbulkan satu tindak balas atau kesan terhadap emosi.

VI

Page 9: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

,....

ABSTRACT

Films contain elements that can influence psychological and emotional needs ofan

individual. Psychologically, watching a film is a unique art, where we need to learn via

motion and illusion observation. The objective of the research is to evaluate how

psychologically affective is one character in a film onto to viewer that can stimulate

emotional reaction.

VB

Page 10: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

,......

I

BAB 1

PENGENALAN

Filem merupakan sumber hiburan yang paling mudah didapati dan difahami Filem

berpengaruh besar ke atas kelakuan penonton terutamanya golongan remaja dan kanak­

kanak, tidak terkecuali kepada golongan dewasa. Filem juga mengandungi elemen­

elemen yang dapat mempengaruhi psikologi dan emosi seseorang. Tumpuan terhadap

filem dari kesan psikologi adalah di antara seni yang unik, di mana kita perlu pelajari

melalui perhatian, pergerakan dan illusi. N amun begitu ia juga bergantung kepada gaya

penyampaian dalam sesebuah filem itu sendiri.

Filem harus menjadi alat yang akan membuat orang sedar tentang sesuatu. Ia juga

hams menjadi pantulan kepada pemikiran masyarakat atau mentaliti masyarakat. Filem

boleh dilihat kepada dua aspek, iaitu sifatnya dan kewujudannya. Filem adalah medium

yang popular dan ada pengaruhnya. Oleh itu, filem harus dijadikan sebagai bahan

penyelidikan.

Filem adalah bentuk seni dalam penyampaian naratif yang mempunyai prinsip dan

gaya tersendiri. Setiap bentuk yang dihasilkan mempunyai corak perkembangan tersendiri

dari pennulaan hingga ke penghujung sesebuah filem yang merangkumi peranan seperti

mise-en-scene, shot, penyuntingan, bunyi dalam pembentukan naratif dan gaya visual

filem. Sesebuah filem itu, dapat menyampaikan mesej dan kesan melalui struktur dan

stailnya.

Page 11: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

Melalui pendekatan ini, penyelidik mengambil peluang untuk mengkaji bagaimana

,....

filem dapat menyampaikan kesan psikologi seorang watak terhadap penonton melalui

penggunaan struktur naratif, penyampaian maklumat, bunyi dan muzik, juga terhadap

gaya visual yang diaplikasikan dalam sesebuah filem.

1.1 Objektif

Obj ekt if- objektif utama kajian ini dijalankan adalah mengkaji kesan psikologi

terhadap kelakuan atau tingkah laku seorang watak dalam filem. Juga membuat

perbandiogan struktur naratif filem yang dikaji bagi menentukan kesan psikologi pada

filem yang dapat menentukan cara pemikiran bagi membentuk naratif dan plot yang

menarik. Serta menganalisa keberkesanan terhadap muzik dan bunyi yang boleh

membantu dalam pemahaman filem melalui pandangan psikologikal.

1.2 Kenyataan Masalah

Status industri perfileman di Malaysia semakin maju dan telah mendapat sokongan

daripada masyarakat. Filem-filem yang telah dihasilkan oleh pengarah-pengarah tempatan

kini sudah mendapat tempat di arena antarabangsa dan dikenali. Namun begitu, pengkaji

akan mengutarakan permasalahan yang timbul dalam kajian bagaimana filem-filem dapat

menyampaikan kesan psikologi seorang watak terhadap penonton. Permasalahan­

permasalahan daripada kajian ini adalah seperti keberkesanan penyampaian psikologi

seorang watak terhadap penonton dalam filem yang ada sekarang contahnya bagaimana

penonton dapat menghayati sesebuah jalan cerita bagi mendalami lakonan seorang watak.

Penggunaan teknik-teknik sinematografi seperti mise-en shot, pencahayaan dan

p unaan wama dalam filem yang boleh menimbulkan kesan emosi terhadap penonton

2

Page 12: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

,... r ,.

apabila menonton sesebuah filem. Selain daripada itu adalah kesesuaian penggunaan gaya

visual dalam penyampaian struktur naratif

1.3 Metodologi Kajian

Penyelidikan adalah merupakan satu tatacara yang teratur yang digunakan oleh

penyelidik untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang baru, dan berbeza sekali dengan

penemuan ilmu secara kebetulan ataupun spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut

langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru.

Judith Preissle (Definition of qualitative research) menyatakan bahawa

"Qualitative research is a loosely defined category of research designs or models, all of

which elicit verbal, visual, tactile, o!lactory, and gustatory data in the form ofdescriptive

narratives like field notes, recordings, or other transcriptions from audio- and videotapes

and other written records and pictures orfilms. "

Perpandukan defmisi tersebut, kajian kualitatif juga boleh dipanggil sebagai

penyelidikan terhadap interpretive, penyelidikan naturalistik, penyelidikan

phenomenological, dan juga penyelidikan bersifat menghurai (descriptive research).

Menurut Rubin (1990), ada dua huraian mengenai kandungan analisis (content

analys~). Selain kaedah tentang pemerhatian atau pendapat dalam kandungan analisis,

dimana kaedah ini difokus kepada sifat mengenai mesej yang berkaitan dengan

komunikasi.

3

Page 13: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

,.

Tujuannya adalah supaya dapat mempelajari sesuatu tentang isi kandungan dan

mereka yang menghasilkannya memperolehi mesej tersebut untuk rujukan kajian yang

dijalankan. Mungkin ini adalah salah satu kekuatan tarikan keadaan dengan memberi

kesan dalam kandungan analisis terhadap penyelidikan yang lain, seperti; tinjauan laporan

penyelidikan (survey research) untuk mencari sesuatu dengan bertanya yang memberi

kesan terhadap kajian.

Dalam kandungan analisis; pertuturan, laporan terbaru, dan program televisyen

sering kali dijadikan subjek kepada kandungan analisis untuk mempelajari mengenai

kekurangan keadaan sikap, mempengaruhi atau pengulangan tema dalam kandungan

anal isis. Kandungan analisis ini digunakan untuk menganalisa dokumen yang ada teks

atau visual (dianggap juga sebagai teks).

DaIam menjalankan kajian ini, penyelidik akan mengunakan beberapa kaedah bagi

menyiapkan keseluruhan kajian. Kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana aplikasi

yang digunakan dalam filem dapat memberi kesan kepada penonton dari sudut psikologi

yang boleh menimbulkan satu tindak balas atau kesan terhadap emosi penonton. Antara

kaedah yang akan dilakukan dalam menyiapkan kajian ini adalah seperti:

I. Kajian filem

Membuat analisa isi kandungan cerita berdasarkan peranan watak dalam filem yang

dikaji. Tiga filem yang akan dipilih bagi tujuan analisis adalah 'Secret Window',

arahan David Koepp, 'Scent oj a Woman' arahan Martin Brest, dan 'The Insider'

araban Michael Mann.

4

Page 14: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

2. Kajian semulaJ Ulasan

Menganalisa artikel-artikel dan pengumpulan data dari pembacaan melalui artikel

oleh penulis dan penyelidik yang berkaitan dengan kajian melalui buku, majalah, dan

internet.

1.4 Skop Kajian

Dalam skop kajian yang dikaji, pengkaji akan menghadkan kajian berdasarkan

kepada peranan watak iaitu bagaimana filem menyampaikan kesan psikologi seorang

watak dalam struktur naratifyang boleh menimbulkan kesan psikologi terhadap penonton.

Pengkaji juga akan membuat kajian psikologi dalam mental subjektiviti dan perspektif

subjektiviti iaitu seperti flash back, babak mimpi yang terdapat dalam filern, pandangan

pelakon terhadap sesuatu (point ofview), kesan bunyi dan muzik dalam filem, gaya visual

seperti mengkaji shot tertentu, penggunaan warna, pencahayaan dan juga mise-en-scene

yang boleh menimbulkan kesan psikologi seorang watak. Skop ini juga akan menyentuh

struktur naratif dalam filem yang dikaji yang berdasarkan informasi cerita dan juga plot

cerita. Analisis yang dijalankan adalah melalui tiga filem yang akan dipilih iaitu 'Secret

Window ', arahan David Koepp, 'Scent of a Woman ' arahan Martin Brest, dan The

Insider ' arahan Michael Mann.

1.5 Coding

Kriteria-kriteria utama kajian yang dianalisa adalah seperti berikut;

1) Mengkaji aspek-aspek psikologi dalam filem yang terbahagi kepada dua iaitu;

a) Perspektif subjektiviti

i) Pandangan pelakon terhadap sesuatu (point ofview)

5

Page 15: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

b) Mental subjektiviti

i) Flash back

ii) Babak mimpi yang terdapat dalam filem

2) Menganalisa aspek penggunaan bunyi dan muzik dalam filem.

3) Mengkaji jalan cerita bagi menentukan kesan psikologi pada filem yang dapat

menentukan cara pemikiran bentuk atau jalan cerita pada sesebuah filem.

a) Struktur naratif

i) Plot

ii) Penyampaian maklumat

4) Membuat kajian mengenai gaya visual seperti;

a) Mengkaji shot tertentu (mise-en-shot)

b) Penggunaan wama dalam filem

c) Kesan dan aplikasi pencahayaan dalam filem

d) Mise-en-scene

6

Page 16: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

BAB2

ANALISA ARTIKEL

2.0 Defmisi psikologi

IImu psikologi mengkaji fungsi-fungsi asas kehidupan seperti pembelajaran,

ingatan, bahasa, pemikiran, emosi dan motif (Psikologi, Ma'rof Redzuan, Haslinda

Abdullah, 2001, ms 1). Istilah psikologi berasal daripada dua istilah, iaitu psyche, yang

menutur Arsitotle sebagai intipati kehidupan dan dalam bahasa seharian kita katakan

sebagai jiwa dan logos yang dirujuk sebagai ilmu atau sains. Dengan mudah psikologi

bererti sains atau ilmu yang mengkaji jiwa. Namun demikian konsep psikologi sekarang

adalah lebih khusus, iaitu didefmisikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku dan

proses mental Definisi tersebut menyatakan bahawa konsep psikologi merangkumi tiga

kata kunci yang menggunakan kaedah saintifik dan biologi proses iaitu sains, tingkah

laku, dan proses mental iaitu pemikiran, emosi, perasaan dan motif. (Psikologi, Ma'rof

Redzuan, Haslinda Abdullah, 2001, rns 2).

Pengasas psikologi moden bermula di Eropah dengan Wilhelm Wundt yang

pertarna menubuhkan makmal psikologi. Tumpuan psikologi awal ialah mengkaji aspek­

aspek sensasi (sensation), persepsi (perception) dan tumpuan (attention). (Psychology of

Learning: It's History). Berhubung dengan kejadian semasa, secara am, makna filem teori

boleh dimaksudkan sebagai prinsip kasar ujian yang menjadi dasar pembentukan sesuatu

ilmu pengetahuan (theoretical examination) dari perbezaan mekanikal dengan teknik yang

berkenaan dengan gaya sastera atau seni, faktor ini merupakan hasil filem. (Geoffrey A.

J hns, Judith Roof. 5 December 2003)

7

Page 17: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

2.1 Watak dan psikologi

Menurut Syd Field, watak adalah nadi kepada struktur naratif untuk membina atau

memperkernbangkan sesuatu lakonlayar. Manakala dari sudut kesan psikologi pula watak

merangkurni aspek-aspek psikologi, sosiologi dan fisiologi watak. Ketiga-tiga aspek ini

boleh juga dikategorikan sebagai latarbelakang cerita yang akan rnernpengaruhi tindakan

watak di dalarn cerita. (Berman, R.A, J988)

Dalarn buku The Elements of Screenwritting, rnenyatakan bahawa satu watak itu

bukan hanya dilihat pada wajah watak yang bercakap sahaja. Tetapi, penonton juga perlu

tahu ada beberapa aspek utama pada watak seperti aspek fizikal, mental, budaya dan

moral. Ini kerana watak melakukan sesuatu perbuatan kepada dirinya contohnya seperti

tabiat, perilaku, sifat, keperibadian watak, tindak tanduk dan sebagainya adalah berkait

dengan elernen-elernen yang ada dalarn konsep psikologi seperti pergerakan bad an watak

dalarn lakonan juga dapat menggarnbarkan sifat dalaman watak yang berkaitan dengan

biografi watak. Ini rnenunjukkan watak yang dilakonan itu, akan menentukan tindakan

terhadap sesuatu perkara yang akan dihadapi di dalarn filem.

2.2 Psikologi dalam filem

Sebagai takrifan, kegagalan kepada rnengakui sifat psikologi secara sernulajadi

dalam kesernua aspek, ini rnerupakan 'cinematic apparatus '. Sernasa filern teori ini

dibincangkan dari sudut yang berlainan teknik dan proses, ia berakhir kepada penghabisan

kerja dengan khususnya kepada pemeriksaan pernik iran rnanusia. (Geoffrey A. Johns,

Judith Roqf, 5 December 2003)

8

Page 18: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

Kesan daripada beberapa teknik filem ke at as minda, boleh dilihat daripada tiga

peringkat yang berlainan dengan; psikologikal tidak sedar akan diri (psychological

unconscious), kesedaran intelek (conscious intellectual) dan emosi, dimana kemungkinan

boleh wujud kesedaran dan tidak kesedaran. (Geoffrey A. Johns, Judith Roof, 5 December

2003)

Berkenaan dengan peringkat pertama, iaitu psikologikal tidak sedar akan diri,

pengkaji filem perlu mengimbangi berkenaan asas di dalam imej yang melihat dan arahan

kepada minda. Ini adalah aspek dalam teori filem, khusus kepada yang mengandaikan

pendapat bergantung kepada yang mahu mengatasi pendapat tentang 'realiti' projek imej

di dalam mencuba menghasilkan deria dengan apa yang dilihat. (Geoffrey A. Johns,

Judith Roof, 5 December 2003)

Examples ojthis sort ojtheory in practice can

be seen in Daniel Dayan's discussion oJthe idea

oj "tutor codes" and "suture "-terms used to

describe the process ojthe spectator's perceptions

ojhis or her role as the "witness" to the events oj

ajUm; Bela Balasz 's and Vsevolod Pudovkin 's

discussions ojthe Johns 2 "close up" as they relate

to the selective attribution ojemphasis to various

gestures, actions, and objects; and Laura Mulvey's

and Manthia Diawara 's discussions oj "identity" and

the vie1Ver's role as spectator, where it is examined how

9

Page 19: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

the viewer imagines him or herself in relation to the

characters and events ojthe film, which may at times

be completely incongrnous to the reality ojthe

spectator's personal experiences.

(Geoffrey A. Johns, Judith Roof)

Emosi yang terlalu rnengikut perasaan adalah aspek dalarn teori filern yang

melibatkan peristiwa atau objek kepunyaan penggolongan untuk rnenimbulkan satu tindak

balas atau kesan terhadap ernosi. Reaksi ini, merakarn peringkat sarna ada kepada tidak

sedar akan diri atau kesedaran akan diri. Contoh seperti; Sergei Eisenstein's teori

"overtonal montage " yang rnencuba untuk rnenghasilkan reaksi kepada tidak sedar akan

diri. (Geoffrey A. Johns, Judith Roof, 5 December 2003)

Films offer invitations to feel. Film audiences

can accept the invitation and experience some

oJthe range oJJeelings proffered by the text,

or they can reject the film 's invitation.

To accept the invitation, one must be an

"educated viewer" who has prerequisite skills

required to read the emotion cues. Not all

"educated viewer" accept the invitation, ojcause.

You can properly recognize how afilm is

cuing you to Jeel and still reject the invitation

by not Jeeling those emotions. Film complicates

10

Page 20: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

the "invitation" metaphor, because film does not

extend a single invitation but a succession of

invitations across time. Film continually

extends invitations to feel, and we can accept

or reject anyone ofthem. (Greg M.Smith)

Eisenstein's membincangkan secara meluas mengenai emosi tetapi tidak memberi

kesan pencanan saintifik kepada penganalisa-penganalisa yang lain, untuk

membincangkan mengenai emosi (tidak seperti persepsi beliau yang tertumpu mengenai

penyuntingan) (Greg M.Smith)

Andre Bazin juga menitikberatkan bahawa pembikin filem perlu timbulkan emosi,

tetapi beliau mengetengahkan penerangan terperinci makna untuk mendapatkan maklumat

tentang emosi (realisme). Pada era moden, mempelajari reaksi emosi dalam filem menjadi

satu tugas atau tanggungjawab yang mesti dilakukan secara kuantitatif komunikasi dalam

penyelidikan. (Greg M.Smith)

Menurut artikal "Music Cognition and the Cognitive Psychology of Film

Structure." Pada awal tahun 20-an, seorang ahli psikologi, telah menarik perhatian dalam

persamaan antara proses mental untuk mendapatkan maklumat terhadap filem dan muzik.

Seorang ahli teori filem pada era tersebut, juga ada menyatakan beberapa hal yang

sarna mengenai filem dan struktur muzik. Oi mana menggunakan beberapa pendekatan

uzik dalam metafora sebagai tajuk perbincangan terhadap pandangan filem dan

~mnillya dengan kesan psikologi. Namun demikian, tesis tersebut tiada kajian percubaan

11

Page 21: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

dijalankan bagi tujuan penyelidikan psikologi pada filem, jika dibandingkan dengan

meluas terhadap muzik dan filem. (Music Cognition and the Cognitive Psychology of

Film Structure.)

Menurut M. Miinsterberg, pada tahun 1922, beliau menyatakan bahawa "he

believed that film provided psychologists two opportunities: the theoretical opportunity

for studying the impact of a new art in the making and the practical opportunity for

disseminating mental tests and demonstrations of psychological phenomena to a wide

audience . .. (Music Cognition and the Cognitive Psychology ofFilm Structure.)

Seperti Hugo Miinsterberg's, mempercayai bahawa muzik itu sendiri boleh

membantu dalam pemahaman filem melalui pandangan psikologikal. Bukan sahaja telah

melalui analogies tetapi cuba mendapatkan maklumat antara dua bidang, tetapi beliau

telah memahami banyak aspek dalam persepsi muzik pada filem dari segi kesan kepada

psikologi. (Music Cognition and the Cognitive Psychology ofFilm Structure.)

Lewat tahun 40~an, filem Muzik adalah sebahagian daripada gelombang industri.

Dimana ia menyentuh melalui kesan kepada teori analisis mengenai jiwa yang berkenaan

dengan Freud. Selain teori yang menumpukan motivasi psikologikal, ia telah meletakkan

kesan psikologi terhadap kelakuan atau tingkah laku penonton apabila menonton filem,

dimana penonton terpengaruh kepada perwatakan watak dan perasaan. (Stuart Fischoft)

Dalam artikal "The Evolution of Music in Film and its Psychological Impact on

AII.n,ces" yang ditulis oleh Stuart Fischoff, beliau telah membincangkan mengapa perlu

12

Page 22: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

. Hastings, 2001-02)

ada muzik dalarn ftlem, bagairnana sekiranya tiada rnuzik dalarn filern dari kesan

psikologi adalah perbincangan yang harnpir sarna dengan artikal "Music Cognition and

,. Cognitive Psychology of Film Structure. " Kedua-dua artikal ini rnenyatakan idea

JIDg sarna rnengenai psikologi dalarn filern terhadap rnuzik.

HIf eel that music on the screen can seek out and

intensify the inner thoughts ofthe characters. It

can invest a scene with terror, grandeur, gaiety, or

misery. It can propel narrative swiftly forward, or

slow it down. It often lifts mere dialogue into the

realm ofpoetry. Finally, it is the communicating link

between the screen and the audience, reaching out

and enveloping all into one single experience. " Film

composer Bernard Herrmann. (Stuart FischofJ)

Konsep psikoanalisis juga digunakan untuk rnengkaji filern dalarn pelbagai cara.

Contohnya seperti mernbentuk jalan cerita bagi rnenentukan kesan psikologi pada filern.

Psikoanalisis tergolong dalarn kajian rnengenai psikologi teori dan kaedah. Secara

penganalisa psikologi rnengakui bahawa cerita atau jalan cerita

ctiperkernbangkan apabila sifat rnanusia diterokai oleh pengertian dalarn kehidupan. (Brad

Bruner (1986) has delineated two "modes of thought "

or mys ofunderstanding the world. In the paradigmatic

13

Page 23: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

daripada penonton

, Judith Roo] 5 December 2003).

mode, humans attempt to comprehend the world using

reductionism, empiricism, and logical proof This mode

should befamiliar to most psychologists and political

scientists. for it is part ofany scientific training.

(Brad M. Hastings. 2001-02)

Sudut pandangan kedua dalam konteks gaya memahami dunia yang di tentukan

oleh Bruner, adalah mengenai perhubungan di antara sesama manusia. Ini dapat

menentukan cara pemikiran bentuk atau jalan cerita pada sesebuah filem. Dimana

penerimaan peranan manusia adalah bergantung kepada ingatan, matlamat dan kehendak

yang merentasi masa. (Brad M. Hastings, 2001-02)

Intipati ini menjeiaskan, matlamat cerita itu perlu ada penumpuan perhatian, yang

bererti dan dipercayai. Pemahaman kepada idea manusia sesama manusia ini adalah [ensa

yang akan menunjukkan jalan bahagian utama atau terpenting dalam lakonan atau cerita

dengan radikal yang berlainan bentuk dan konsep mengenai manusia sejagat. (Brad M.

Maklumat mengenai penerimaan deria adalah penuras yang menerusi setiap satu

psikologi penonton, pengalaman individu, merasai identiti deria dan lain-lain, disusun

untuk fonnula kepada set idea atau konsep. Filem teori secara tidak lang sung memainkan

proses pelbagai variasi, keputusan emosi, fikiran walaupun respon ketidaksedaran diri

uotuk menceritakan sesuatu cerita dan seni filem yang boleh

clisimpulkan dan disoalkan kepada anggapan mengikut kebiasaan personaliti. (Geoffrey A.

14

Page 24: Norinawati Binti Kamarulzaman - ir.unimas.my ; bagaimana filem menyampaikan... · ABSTRAK . Filem mengandungi elemen-elemen yang dapat mempengaruhi keperluan psikologikal dan emosional

Menurut Graham Roberts dan Heather Wallis dalam Introducing Film, kajian

filem adalah kajian mengenai bagaimana cerita itu dipersembahkan. Ia bukan saja

lakonlayar tetapi apa yang dinamakan mise-en-scene, sinematografi,

tpaI!yuntolgan, bunyi dan struktur cerita.

The concepts ofpsychoanalysis have been

applied to films in various ways. However,

the 1970s and 1980s saw the development

oftheory that took concepts developed by the

French psychoanalyst and writer Jacaues Lacan

and applied them to the experience ofwatching

a film. Thefilm viewer is seen as the subject ofa

"~aze" that is largely "constmcted" by the film itself.

where what is on screen becomes the object

ofthat subject's desire. (Psychoanalytical film theory)

Konsep psikoanalitikal yang digunakan dalam filem membawa maksud cara yang

· kepada filem. Psikoanalisis dan penulis Jacques Lacan menggunakan teori

ut sebagai pengalaman dari menonton filem. (Psychoanalytical film theory)

Sudut pandangan filem difahamkan, subjek seperti "gaze" adalah sebahagian

yang dibina melalui filem itu sendiri, dengan apa yang dilihat pada skrin. Ia menjadi

kepada keinginan subjek tersebut. (Psychoanalytical film theory)

15

IteJltJag~