NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah...

25
MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR DI KALANGAN KANAK-KANAK AUTISTIK NORKAMARIAH BINTI MAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah...

Page 1: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR DI KALANGAN KANAK-KANAK AUTISTIK

NORKAMARIAH BINTI MAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

PSZ 19:16 (Pind. 1/17)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***

JUDUL : MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR DI KALANGAN

KANAK-KANAK AUTISTIK

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya : NORKAMARIAH BINTI MAN________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

585 KG SURA HUJUNG, Nama Penyelia: PUAN HALIJAH BT IBRAHIM

23000 DUNGUN, TERENGGANU. Tarikh : 17 APRIL 2006 Tarikh : 17 APRIL 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

*** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

Page 3: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PUAN HALIJAH BINTI IBRAHIM

Tarikh : 17 APRIL 2006

Page 4: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

MENGUKUR TAHAP KEUPAYAAN KEMAHIRAN MOTOR KASAR

DI KALANGAN KANAK-KANAK AUTISTIK

NORKAMARIAH BINTI MAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerjaya saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : NORKAMARIAH BINTI MAN

Tarikh : 17 APRIL 2006

Page 6: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

iii

DEDIKASI

Teristimewa Buat

Ayahanda Dan Bonda Ku Tersayang

Man Bin Mohamad

Dan

Zainab Binti Mohd Amin

Kakanda Dan Adinda Tercinta

Norhamida, Noranisah, Noraini Dan Ahmad Fauzi

Kekasih Hati Ku

Mohd Faiz Bin Tajudin

Sahabat Ku

Tarveen Kaur Dan Shaney Charmaine Albert

Hadirnya Kalian Adalah Pencetus Sumber Inspirasiku

Semalam, Kini Dan Selamanya

Kan Ku Semai Segar Di Ingatan

Page 7: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani….

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya kesihatan dan kewarasan

yang baik, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini tepat seperti yang telah

ditetapkan.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada insan

yang telah banyak meyumbangkan tenaga dan idea sepanjang kajian ini dilakukan.

Tanpa bantuan dan sokongan daripada pelbagai pihak ini, tidak mungkin saya akan

berjaya menyelesaikan amanah yang diberikan dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah

Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

dalam penghasilan kajian ini.

Jutaan penghargaan kepada Persatuan Kanak-kanak Kerencatan Johor,

Pengetua, guru-guru dan kakitangan Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru,

Johor di atas kerjasama padu yang diberikan.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak autistik ( subjek) di

atas kesudian mengizinkan mereka melibatkan diri di dalam kajian ini.

Buat adik-adik tersayang (subjek), walaupun kalian tidak mengerti, namun ianya

merupakan hadiah paling besar untuk saya menyiapkan kajian ini. Terima kasih………

Page 8: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

v

ABSTRAK

Kemahiran motor kasar ialah kemampuan otot-otot besar untuk melakukan

pergerakan tubuh di dalam kehidupan seharian. Kanak-kanak autistik pula merujuk

kepada individu yang berumur di bawah 18 tahun yang mempunyai kecacatan

perkembangan fungsi otak yang melibatkan masalah rangsangan saraf, perhubungan

sosial, komunikasi, emosi, minat, aktiviti, perangai dan integrasi deria . Kajian ini

dilakukan untuk mengukur tahap keupayaan kemahiran motor kasar di kalangan kanak-

kanak autistik yang melibatkan subjek seramai n=7 iaitu 3 lelaki dan 4 perempuan.

Kajian ini dijalankan secara eksperimental dan subjek adalah di kalangan populasi

Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru, Johor. Kajian ini dilaksanakan dengan

menggunakan ujian Texas Revision Of Fait’s Basic Motor Skills: Basic Movement

Performance Profile 1974 yang mengandungi 20 item ujian lokomotor, bukan

lokomotor dan manipulatif . Ujian kawalan ke atas 7 orang kanak-kanak normal

berumur lingkungan 9 hingga 17 tahun dilakukan sebagai asas untuk mengetahui tahap

kesukaran tugasan item ujian. Amnya, kanak-kanak normal ini mencapai nilai purata 4

dari skor keseluruhan iaitu 4 markah, manakala terdapat 4 aktiviti yang tidak mendapat

purata penuh iaitu dalam aktiviti guling hadapan, bergantung pada palang, imbangan

statik dan menendang bola. Secara keseluruhannya, kanak-kanak autistik mencapai skor

purata 2. Purata skor untuk setiap aktiviti menunjukkan bahawa aktiviti bukan

lokomotor adalah aktiviti yang sukar dilakukan manakala lokomotor adalah aktiviti

yang boleh dilakukan dengan mudah untuk kumpulan ini. Terdapat perkaitan di antara

keupayaan perlakuan lokomotor dengan bukan lokomotor (r = 0.804, p < 0.05),

lokomotor dengan manipulatif (r = 0.933, p <0.01), manipulatif dengan bukan

lokomotor (r = 0.884, p < 0.01 ) di kalangan kanak-kanak autistik. Berdasarkan dapatan,

kanak-kanak autistik ini menunjukkan prestasi yang sederhana di dalam kemahiran

motor kasar. Oleh yang demikian, kemahiran motor kasar kanak-kanak autistik boleh

diperkembangkan dengan pelbagai pendekatan yang lebih baik dimasa akan datang.

Page 9: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

vi

ABSTRACT

Gross motor skills are defined as movements of large muscles in the body.

Autism is defined as a brain dysfunction that involves neurological, social interaction,

communication, emotion, behavior, interest, activities and sense of integration problem

in children below 18 years of age. This research focuses on assessing gross motor skills

towards a total of n = 7, 3 boys and 4 girls autistic children from Sekolah Kanak-kanak

Istimewa Johor Bahru, Johor. This was an experimental research and subjects were

chosen from the population. The research was done using the Texas Revision of Fait’s

Basic Motor Skills Test: Basic Movement Performance Profile 1974 which consist of

20 items. The items were divided into three sections that are locomotor, non locomotor

and manipulative skills. The control group of 7 normal children, 3 boys and 4 girls

between the age of 9-17 years were formed to identify the level of difficulty in the given

test items. Generally, this control group got a mean score of 4 from the overall 4 marks,

where as 4 items were difficult: forward roll, hanging on horizontal bar, kicking ball,

and static balance. Overall, the autistic children got a mean score of 2. The average

score for each activity showed that the non-locomotor activities were more difficult

compared to the locomotor activities. There were correlations between locomotor and

non-locomotor (r = 0.804, p <0.05), locomotor and manipulative (r = 0.933, p <0.01),

manipulative and non-locomotor (r = 0.844, p <0.01) in the autistic children. Based on

the findings of this research, the autistic children showed a moderate level in gross

motor skills. Therefore, gross motor skills in autistic children can be develop with many

other kind of training and practices in the future.

Page 10: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan Penulis ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual viii

Senarai Rajah xi

Senarai Lampiran xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Persoalan Kajian 6

1.4 Kepentingan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 8

1.7 Definisi Operasional 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Perkaitan Kajian Kemahiran Motor Kasar 12

Page 11: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

viii

2.3 Perkaitan Kajian Terhadap Autism 15

2.4 Kesimpulan 18

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 19

3.2 Reka Bentuk Kajian 19

3.3 Tempat Kajian 20

3.4 Subjek Kajian 20

3.5 Instrumen Kajian 21

3.6 Prosedur Kajian 21

3.7 Pengumpulan Data 24

3.8 Analisis Data 24

BAB 4 PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Diskriptif 27

4.3 Analisis Inferensi 41

4.4 Penutup 42

BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan ` 43

5.2 Ringkasan Kajian 43

5.3 Perbincangan Kajian 44

5.4 Kesimpulan 49

5.5 Cadangan 50

5.6 Penutup 52

Page 12: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

ix

RUJUKAN 54

Lampiran 57

Page 13: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

x

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

JADUAL

4.1 Kemahiran Lokomotor, Bukan Lokomotor 36

dan Kemahiran Manipulatif

4.2 Purata Skor Subjek Berdasarkan Jantina 38

4.3 Purata Skor Subjek Berdasarkan Tahap Umur 39

4.4 Item Ujian Berdasarkan Tahap Kesukaran 40

4.5 Perkaitan Nilai Korelasi Kemahiran Lokomotor, 41

Bukan Lokomotor, dan Kemahiran Manipulatif

Page 14: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

xi

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKA SURAT

RAJAH

4.1 Peratusan Skor 20 Item Ujian 27

4.2 Skor Imbangan Statik dan Dinamik 28

4.3 Skor Menolak dan Menarik Kerusi Roda 29

4.4 Skor Memanjat Tangga Lipat, Mendaki dan 30

Menuruni Anak Tangga Dewan

4.5 Skor Lompat Ke Bawah dan Lompat Jauh Berdiri 31

4.6 Skor Ujian Manipulatif Alatan 32

4.7 Skor Ujian Berjalan dan Berlari 33

4.8 Skor Ujian Manipulatif Bola 34

4.9 Skor Ujian Merayap, Guling Hadapan, Mengelak 35

Bola Besar dan Bergantung Pada Palang

4.10 Purata Skor Bagi Kemahiran Lokomotor, Bukan 37

Lokomotor, dan Kemahiran Manipulatif

4.11 Purata Skor 20 Item Ujian Bagi Setiap Subjek 38

Page 15: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Senarai 20 Item Ujian Texas Revision Of Fait’s 57

Basic Motor Skills: Basic Movement Performance

Profile (1974).

B Surat Kebenaran Pihak Sekolah 58

C Jadual Ujian Bagi Subjek 59

D Borang Skor 60

E Prosedur Bateri Ujian 61

Page 16: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas yang tertentu.

Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau gerakan badan

untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Manakala Maier (1989) berpendapat

bahawa kemahiran ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak perlakuan yang

berhubung dengan persekitaran tertentu dalam arena sukan seperti permainan yang

menggunakan raket, jaring, gelanggang dan bola.

Tingkah laku pergerakan manusia adalah penting dan merupakan satu keperluan

untuk kehidupan yang sempurna. Pergerakan ini berkait rapat dengan kemahiran motor.

Tingkah laku phylogenetic adalah sebahagian daripada warisan biologi dan mampu pula

mempertingkatkan lagi potensi kehidupan manusia. Kanak-kanak mengenali akan

kepentingan pergerakan sejak awal-awal kehidupan mereka lagi dan sedar bahawa

keupayaan bergerak sempurna turut mempengaruhi penerimaan masyarakat serta

persahabatan (Arasoo, 1989). Ini adalah kerana kemahiran motor yang baik selalunya

dapat mendorong seseorang individu kekal aktif dan cergas.

Page 17: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

2

Kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran motor asas untuk menghasilkan

pergerakan yang cekap. Kemahiran-kemahiran asas ini perlu untuk cara hidup yang aktif

serta berjaya dalam permainan dan sukan. Dari segi psikososial, kemahiran asas ini turut

mempengaruhi konsep diri yang positif dalam perhubungan rakan sebaya. Kanak-kanak

yang mempunyai kemahiran motor yang rendah akan menghadapi masalah dalam

menguasai kemahiran-kemahiran motor asas (Arasoo, 1989).

Pergerakan dan memperoleh kemahiran motor adalah unsur-unsur asas tingkah

laku manusia. Kebanyakan kemahiran motor asas kanak-kanak yang normal lebih

mudah dikuasai berbanding dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bagi kanak-kanak

yang memerlukan perkembangan motor yang istimewa, penguasaan kemahiran tidak

wujud secara semulajadi kerana dihalang oleh faktor lain seperti ketidakupayaan atau

cacat dari segi fizikal dan mental. Walau apa pun keadaan kanak-kanak itu,

perkembangan kemahiran motor bagi mereka adalah perlu dibangunkan bagi fungsi

fisiologikal dan psikososial terutamanya dalam proses komunikasi.

Terdapat dua faktor utama yang mengawal kemahiran motor iaitu sikap atau

persekitaran dan faktor genetik, termasuk perkembangan sistem saraf pusat dan fungsi

neurologikal (Arasoo, 1989). Kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-

kanak adalah disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor yang disebutkan. Namun yang

demikian, kemahiran motor kanak-kanak ini boleh dibangunkan melalui latihan yang

sesuai.

Menurut McCarthy (1979), kemahiran motor asas ini dipecahkan kepada dua

bahagian iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kemahiran motor

kasar ialah pergerakan yang melibatkan otot-otot besar badan seperti otot lengan dan

kaki serta melibatkan perlakuan berjalan, berlari dan memukul. Kemahiran motor halus

pula ialah perlakuan kecil seperti mengutip objek di antara celahan jari tangan serta

Page 18: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

3

menguji rangsangan terhadap deria rasa. Kedua-dua kemahiran motor ini penting di

dalam kehidupan seharian kanak-kanak untuk bergaul dan berinteraksi dengan

persekitaran mereka.

Interaksi perlu bagi memenuhi keperluan asas setiap kanak-kanak normal dan

kanak-kanak istimewa semasa proses pembesaran. Menurut Akta Kanak-kanak 2001 di

Malaysia, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yang berumur 18 tahun ke bawah.

Dalam kajian ini, kanak-kanak autistik telah menjadi skop utama pengkaji dalam

meneruskan usaha mengukur sejauh manakah tahap keupayaan kemahiran motor kasar

mereka.

Autism merupakan kecacatan perkembangan fungsi otak yang melibatkan

masalah rangsangan saraf. Individu yang mengalami autism mengalami masalah dengan

perhubungan sosial, komunikasi, emosi, minat, aktiviti, perangai dan integrasi deria

(Sposato, 1993).

Kebiasaannya individu yang mengalami autism tidak mengalami kecacatan

fizikal malah kelihatan normal jika melihatnya dari sudut pandangan fizikal. Namun

disebaliknya, tersembunyi rahsia serta beberapa masalah yang telah pun disebutkan

seperti di atas. Menurut Morin dan Reid, 1985, kebanyakan individu yang mengalami

autism mempunyai kemahiran motor yang lemah. Kenyataan ini ditangkas oleh Mangus

dan Henderson, 1988 dimana mereka berpendapat bahawa kanak-kanak autistik masih

boleh menjalankan aktiviti pendidikan fizikal melalui bantuan dan sokongan daripada

guru dan jurulatih yang rapat dengan mereka serta mengetahui latar belakang kanak-

kanak tersebut.

Page 19: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

4

Berdasarkan pendapat yang dikemukakan, pengkaji dapat merumuskan bahawa

kanak-kanak autistik ini berupaya untuk melakukan pergerakan kemahiran motor

melalui latihan dengan bantuan tambahan dan sokongan individu yang rapat dengan

mereka untuk mengawal emosi dan tingkah laku semasa aktiviti dijalankan. Namun

yang demikian, kanak-kanak autistik yang dipilih perlulah mempunyai rekod kesihatan

yang bebas daripada kecacatan fizikal serta penyakit kronik yang lain seperti lelah,

jantung, masalah paru-paru dan lain-lain.

1.2 Penyataan Masalah

Kanak-kanak autistik sering dikaitkan dengan masalah tingkahlaku yang tidak

dapat dikawal. Komunikasi yang lemah serta sikap yang suka menyendiri di kalangan

mereka membataskan proses perlakuan dalam kehidupan seharian.

Selain daripada faktor semulajadi yang dialami, masalah ini wujud akibat

beberapa faktor lain iaitu kurangnya perhatian oleh segelintir masyarakat sekeliling

untuk membantu mengembangkan aktiviti lakuan fizikal mereka. Apabila mereka tidak

diendahkan, kanak-kanak ini akan terus hidup dengan dunia mereka sendiri. Kelemahan

ini boleh menjadi salah satu faktor utama kurangnya minat kanak-kanak ini untuk

bermain bersama rakan-rakan yang lain. Semasa bermain, kanak-kanak ini akan

melibatkan aktiviti fizikal yang memerlukan pergerakan anggota badan untuk bergerak

dari satu tempat ke tempat yang lain bagi mewujudkan suasana supaya lebih seronok.

Pergerakan badan manusia melibatkan penggunaan pelbagai jenis otot badan

yang berfungsi untuk menggerakkan tubuh. Kemampuan badan melakukan pergerakan

Page 20: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

5

ini dikenali sebagai kemahiran motor kasar. Secara keseluruhannya, aktiviti seperti

berjalan, berlari dan melompat adalah sebahagian daripada kemahiran motor kasar.

Secara amnya, kanak-kanak autistik sebenarnya telah lama menguasai kemahiran motor

kasar dan masih banyak lagi aktiviti yang boleh dikembangkan oleh kanak-kanak ini

melalui pendekatan yang sesuai dengan tingkahlaku semulajadi yang dihadapi oleh

mereka.

Melalui pernyataan yang dijelaskan, pengkaji mendapati bahawa kanak-kanak

autistik ini masih mempunyai peluang untuk menunjukkan prestasi di dalam kemahiran

motor kasar yang merangkumi keseluruhan aktiviti harian. Pendekatan yang kurang

sesuai dalam usaha memupuk minat kanak-kanak autistik ini mungkin menjadi salah

satu punca batasan kepada keupayaan mereka untuk melakukan aktiviti kemahiran

motor kasar.

Berdasarkan masalah yang dibangkitkan, pengkaji ingin meneruskan usaha untuk

mengkaji tahap keupayaan motor kasar di kalangan kanak-kanak autistik melalui ujian

Texas Revision Of Fait’s Basic Motor Skills: Basic Movement Performance Profile 1974

(Fait, 1978). Ujian ini disediakan untuk kanak-kanak yang mempunyai kecacatan mental

yang merangkumi 20 item ujian melibatkan perlakuan kemahiran motor kasar. Ujian ini

dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu kemahiran lokomotor, bukan

lokomotor dan manipulatif. Pengkaji menggunakan pelbagai teknik pendekatan yang

sesuai seperti demonstrasi dan menunjukkan visual gambaran setiap item bagi menarik

minat kanak-kanak ini untuk melakukan ujian.

Page 21: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

6

1.3 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan persolan berikut:

1.3.1 Adakah kanak-kanak autistik berupaya melakukan kemahiran motor kasar

melalui 20 item ujian Texas Revision Of Fait’s Basic Motor Skills: Basic

Movement Performance Profile (1974) (Fait, 1978).

1.3.2 Adakah terdapat perkaitan di antara keupayaan melakukan aktiviti lokomotor,

aktiviti bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif di kalangan kanak-kanak

autistik.

1.3.2 Adakah terdapat tahap kesukaran di antara aktiviti lokomotor,

aktiviti bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif di kalangan kanak-kanak

autistik.

1.4 Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian ini akan dapat memberi faedah kepada beberapa perkara

berikut:-

Page 22: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

7

1.4.1 Sumber rujukan kepada masyarakat, kerana kajian seperti ini belum pernah

dijalankan di Malaysia. Malah tiada rekod dokumentasi ditemui seandainya

kajian seumpama ini telah dilakukan sebelum ini. Kajian ini diharap akan dapat

dijadikan sumber rujukan bagi individu tertentu seperti guru Pendidikan Jasmani

Suaian, ibu bapa, penjaga dan mana-mana pihak yang berminat untuk

melaksanakan penyelidikan seterusnya.

1.4.2 Dapat mengukur tahap keupayaan kemahiran motor kasar di kalangan kanak-

kanak autistik.

1.5 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-

1.5.1 Untuk mengukur tahap keupayaan kemahiran motor kasar di kalangan kanak-

kanak autistik.

1.5.2 Untuk mengetahui jenis-jenis aktiviti yang dikategorikan sebagai sukar,

sederhana dan mudah dilakukan oleh kanak-kanak autistik.

Page 23: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

8

1.6 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah dibataskan kepada:-

1.6.1 Kanak-kanak autistik dari Sekolah Kanak-kanak Istimewa, Johor Bahru,

Johor.

1.6.3 Subjek ialah terdiri daripada 7 orang kanak-kanak autistik .

1.6.4 Subjek terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan.

1.6.5 Semua subjek mempunyai rekod kesihatan yang bebas daripada kecacatan

fizikal serta penyakit kronik seperti lelah, jantung, dan masalah paru-paru.

1.6.6 Semua subjek tidak pernah mewakili mana-mana acara sukan di peringkat tinggi

seperti mewakili sekolah, daerah, negeri mahupun negara.

1.6.7 Guru yang dipilih akan mengawal semua kanak-kanak autistik sepanjang sesi

ujian dijalankan.

1.6.8 Pengujian dijalankan di sekolah subjek bagi tujuan penyesuaian terhadap kanak-

Page 24: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

9

kanak autistik itu sendiri.

1.7 Definisi Operasional

Berikut merupakan senarai definisi yang digunakan untuk memberi maksud

tertentu dalam kajian ini:-

1.7.1 Autism

Sejenis kecacatan yang mempengaruhi kemampuan komunikasi lisan dan bukan

lisan, interaksi sosial yang mana kebiasaannya dapat dikesan seawal umur 18 bulan

hingga 3 tahun selepas kelahiran (Federal Register, 1992).

1.7.2 Autistik

Kanak-kanak yang dikategorikan mengalami masalah autism.

Page 25: NORKAMARIAH BINTI MAN · Setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Halijah Bt. Ibrahim dan keluarga, kerana sudi memberi pandangan dan komen yang bernas di

10

1.7.3 Kemahiran motor kasar

.

Pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot besar bahagian badan.

1.7.4 Kemahiran Lokomotor

Kebolehan bergerak di dalam satu garisan lurus atau pun bengkok dengan semua

bahagian badan berada pada arah dan kelajuan yang sama.

1.7.5 Kemahiran Bukan Lokomotor

Kebolehan pergerakan badan dalam keadaan tetap dan tidak berulang-ulang.

1.7.6 Kemahiran Manipulatif

Kebolehan melakukan sesuatu terhadap alatan dengan menggunakan anggota

badan seperti tangan dan kaki dengan keadaan tetap dan tidak berubah-rubah.

1.7.7 Kanak-kanak

Semua individu yang berumur kurang daripada 18 tahun.