NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16...

25
KEBERKESANAN PENGAJARAN MIKRO TERHADAP KEMAMPUAN GURU PELATIH DI JABATAN SAINS DAN MATEMATIK, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR NORZAWATI BINTI ABD WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16...

Page 1: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

KEBERKESANAN PENGAJARAN MIKRO TERHADAP KEMAMPUAN GURU

PELATIH DI JABATAN SAINS DAN MATEMATIK, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SEMASA MENJALANI

LATIHAN MENGAJAR

NORZAWATI BINTI ABD WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : KEBERKESANAN PENGAJARAN MIKRO TERHADAP KEMAMPUAN

GURU PELATIH DI JABATAN SAINS DAN MATEMATIK, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya : NORZAWATI BINTI ABD WAHAB___________________

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia : 160 KILOMETER 7, KUALA IBAI, PROF. DR. NOOR AZLAN 20400 KUALA TERENGGANU. AHMAD ZANZALI TERENGGANU Tarikh: 28 April 2008 Tarikh: 28 April 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains)”.

Tandatangan : ..........................................

Nama Penyelia : PROF. DR. NOOR AZLAN AHMAD ZANZALI

Tarikh : 28 April 2008

Page 4: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

i

KEBERKESANAN PENGAJARAN MIKRO TERHADAP KEMAMPUAN GURU

PELATIH DI JABATAN SAINS DAN MATEMATIK, FAKULTI PENDIDIKAN,

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI SEMASA MENJALANI

LATIHAN MENGAJAR

NORZAWATI BINTI ABD WAHAB

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 5: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ...........................................

Nama Penulis : NORZAWATI BINTI ABD WAHAB

Tarikh : 28 April 2008

Page 6: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

iii

DEDIKASI

Alhamdulilah.......

Ku panjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi

Dengan izinMu, rahmatMu, hidayahMu

Maka selesailah laporan projek sarjana muda ini..

Istimewa buat....

Ayah yang dihormati... Encik Abd Wahab bin Ngah

Emak yang dikasihi... Puan Rafeah binti Ripin

Sesungguhnya, kalianlah segalanya untukku....

Akan ku kenang segala jasamu...

Akan ku abadikan kasih sayangmu...

Teristimewa juga buat adik beradikku,

Abg D , Apis , Izeri dan Uda

Kalian adalah penerang hidupku... Penawar resahku...

Sesungguhnya kejayaan ini milik kita bersama...

Buat sahabatku dan rakan-rakanku...

Umi, Ita, Lydia serta Rakan 4 SPN...

Kalian adalah semangatku... Pembakar ilhamku...

Terima kasih atas segalanya...

Page 7: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah dengan syukur kehadrat Illahi dan dengan limpah kurnia-Nya,

maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat saya untuk mendapatkan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah diri dan tulus

ikhlas merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia projek saya, Prof. Dr. Noor

Azlan Ahmad Zanzali atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang

diberikan sepanjang penyelidikan bagi projek sarjana muda ini.

Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan sokongan dalam meniti

perjuangan menuntut ilmu ini. Iringan doa agar keutuhan keluarga akan kekal ke akhir

hayat dipanjatkan kepada Allah SWT.

Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua

pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya panjatkan doa agar diberi pembalasan yang

setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan

tetap dikenang hingga akhir hayat.

Page 8: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Pengajaran Mikro terhadap

kemampuan guru pelatih di Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai semasa menjalani latihan mengajar. Matlamat kajian ini

adalah berpandukan kepada empat objektif kajian iaitu untuk mengenalpasti tahap

kemahiran penulisan rancangan pengajaran, tahap kemahiran penyampaian pengajaran,

tahap menyediakan bahan bantu mengajar dan yang terakhir peranan kelas pengajaran

mikro dalam membantu pelajar semasa menjalani latihan mengajar. Kajian yang

dilakukan adalah berbentuk kuantitatif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen

kajian. Sampel kajian melibatkan 80 orang guru pelatih 3 SPC, 3 SPF, 3 SPM dan 3

SPN. Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan Perisian Window Statistical

Package For Social Science (SPSS) versi 12.0. Kajian ini menggunakan ujian statistik

deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa keempat-empat objektif yang dikaji

mempunyai min yang tinggi dan yang paling tinggi adalah kemahiran menyediakan

bahan bantu mengajar. Secara keseluruhannya, guru pelatih mempunyai tahap

kemahiran yang tinggi dalam pengajaran mikro dan mampu untuk mengaplikasikannya

semasa latihan mengajar.

Page 9: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

vi

ABSTRACT

This research was conducted in order to identify the effectiveness of micro teaching

course on the teacher trainees’ ability, in Science and Mathematic Department,

Education Faculty, UTM Skudai while during the practical teaching. The goal of this

research is based on four research objectives which are to identify the level of lesson

plan writing skills, the level of delivery teaching skills, the level of preparing teaching

aids and lastly is the role of micro teaching class in helping students while during the

practical teaching. The method of analysis for this research is accumulated in the form of

quantitative. A set of questionnaire was used as an instrument for the research. The

sample of this research involves 80 practical teachers which are 3 SPC, 3 SPF, 3 SPM

and 3 SPN. The collected data was analyzed by using the Statistical Package for Social

Science (SPSS) version 12.0. The descriptive statistics were used in this research. The

result of the research showed that all the variables were at high levels and the highest is

skill to prepared teaching aids. Overall, practical teachers have highest skills level in

micro teaching and able to apply it during practical teaching.

Page 10: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS -

AKUAN PENYELIA -

MUKA DEPAN i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 11: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

viii

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

1.9 Penutup 10

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 11

2.2 Peranan Latihan Mengajar 11

2.3 Peranan Tahap Kemahiran Penulisan

Rancangan Pengajaran 13

2.3.1 Objektif Pengajaran-Pembelajaran 14

2.3.2 Set Induksi 15

2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16

2.3.4 Penutup Pengajaran 17

2.4 Peranan Tahap Kemahiran Penyampaian Pengajaran 18

2.4.1 Komunikasi 19

2.4.2 Penguasaan Kemahiran Penyampaian

Dan Menerang 19

2.4.3 Pendekatan Dan Strategi Dalam Pengajaran

Dan Pembelajaran 21

2.4.4 Penerapan Nilai Murni 22

2.5 Peranan Tahap Kemahiran Menyediakan

Bahan Bantu Mengajar 24

2.6 Kesimpulan 25

Page 12: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

ix

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Populasi Dan Persampelan Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 31

3.5.1 Bahagian A 31

3.5.2 Bahagian B 32

3.6 Keesahan Soal Selidik 33

3.7 Kajian Rintis 34

3.8 Kajian Sebenar 34

3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35

4.0 Analisis Data 36

4.1 Prosedur Kajian 38

4.2 Kesimpulan 39

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data Bahagian A 40

4.2.1 Jantina 41

4.2.2 Bangsa 41

4.2.3 Kursus 42

4.2.4 Umur 42

4.2.5 Mata Pelajaran Yang Di Ajar Semasa

Latihan Mengajar 43

4.3 Analisis Data Bahagian B 43

4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 46

Page 13: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

x

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 50

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 54

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 58

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 61

4.5 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 62

4.6 Kesimpulan 63

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan 64

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 65

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item Yang

Dikemukakan 67

5.3 Perbincangan 68

5.3.1 Tahap Kemahiran Penulisan

Rancangan Pengajaran 69

5.3.2 Tahap Kemahiran Penyampaian

Pengajaran 71

5.3.3 Tahap Kemahiran Menyediakan

Bahan Bantu Mengajar 73

5.3.4 Peranan Kelas Pengajaran Mikro 76

5.4 Kesimpulan Kajian 77

5.5 Cadangan 78

5.5.1 Pelajar/Guru Pelatih 79

5.5.2 Fakulti Pendidikan 79

5.5.3 Pensyarah 80

5.5.4 Penyelia Latihan Mengajar 80

Page 14: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

xi

5.6 Implikasi Kajian 81

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.8 Penutup 83

RUJUKAN 85

LAMPIRAN

Page 15: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Penentuan Saiz Sampel ( Krejcie, R.V & Morgan D.W) 30

3.2 Bilangan Sebenar Pelajar Tahun 3 Jabatan Sains dan Matematik,

Fakulti Pendidikan. UTM Skudai 30

3.3 Pengkelasan Nombor Dalam Skala Likert 33

3.4 Nilai Alpa Cronbach 35

3.5 Skala Tahap Persetujuan 37

3.6 Pengkelasan Maklumbalas/ Perubahan Skala Likert Lima Mata

Kepada Dua Mata 37

4.1 Kekerapan Dan Peratusan Jantina Responden 41

4.2 Kekerapan Dan Peratusan Bangsa Responden 41

4.3 Kekerapan Dan Peratusan Kursus 42

4.4 Kekerapan Dan Peratusan Umur Responden 42

4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar

Oleh Responden 43

4.6 Item-item Mengikut Persoalan Kajian 44

4.7 Pengkelasan Skala Terhadap Item 45

4.8 Skala Min 45

4.9 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 45

4.10 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Tahap

Kemahiran Penulisan Rancangan Pengajaran 46

4.11 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Tahap

Kemahiran Penyampaian Pengajaran 50

Page 16: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

xiii

4.12 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Tahap

Kemahiran Menyediakan Bahan Bantu Mengajar 54

4.13 Kekerapan, Peratusan Dan Min Responden Terhadap Peranan

Kelas Pengajaran Mikro Dalam Menjalani Latihan Mengajar 58

4.14 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 62

Page 17: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

xiv

SENARAI SINGKATAN

% - Peratus

Bil. - Bilangan

f - Kekerapan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

LM - Latihan Mengajar

N - Saiz Populasi

S - Saiz Sampel

SPC - Sarjana Muda Sains Serta pendidikan (Kimia)

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPM - Sarjana Muda Sains Serta pendidikan (Matematik

dan Fizik/Kimia)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta pendidikan (Sains)

SPSS - Statistic Package Of Scince Social

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Penentuan Saiz Sampel Bagi Populasi

B Borang Soal Selidik Pelajar

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Fakulti

D Surat Pengesahan Instrumen Kajian

E Kajian Rintis ( Realibility Analisis-Scale (Alpha))

Page 19: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Ini

bersesuaian dengan hasrat pemimpin negara yang ingin menjadikan Malaysia sebuah

negara maju pada tahun 2020 seperti yang terdapat dalam Wawasan 2020. Untuk

menjadi sebuah negara yang maju, keperluan untuk meningkatkan taraf pendidikan

rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia

mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang dalam

bidang pendidikan.

Secara umumnya, pengajaran adalah satu sistem tindakan yang bertujuan

mengerakkan pembelajaran. Proses pengajaran melibatkan penyusunan dan manipulasi

sesuatu keadaan di mana terdapat rintangan atau halangan yang perlu diatasi oleh

individu. Jadi, tujuan pengajaran adalah memberikan pengetahuan dan kemahiran, di

samping membentuk dan mengembangkan nilai yang diperlukan oleh individu bagi

melakukan tugas pembelajaran.

Proses pengajaran melibatkan beberapa aktiviti termasuk merancang (menyusun

bahan dan aktiviti), mengelola, menyampai, membimbing, meransang dan menilai

pembelajaran pelajar. Pengajaran yang berkesan bergantung pada kemampuan guru

Page 20: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

2

merancang episod pembelajaran ke arah matlamat pendidikan yang dikehendaki. Jadi

tugas utama guru semasa proses pengajaran adalah menyediakan aktiviti pembelajaran

yang terancang kepada pelajar, bukannya memindahkan pengetahuan.

Para pendidik mungkin mempunyai pandangan berbeza mengenai bagaimana

seseorang itu boleh dilatih untuk mengajar. Walau bagaimanapun kesemua mereka

bersetuju bahawa kebolehan mengajar perlu dilatih dan tidak boleh dianggap sebagai

sesuatu bakat yang berkembang secara semulajadi. Oleh itu, latihan haruslah diadakan

untuk melatih guru supaya mereka mampu menjalankan proses pengajaran dengan lebih

berkesan. Ini kerana ia bukannya proses yang mudah. Ia memerlukan bentuk latihan

yang sistematik dalam aspek teori dan praktikal.

Program latihan mengajar merupakan komponen penting dalam kursus

pendidikan perguruan. Ia dijalankan untuk merealisasikan teori dan praktikal yang telah

dipelajari oleh guru pelatih dalam kuliah. Melalui pengalaman sebenar dan di bawah

penyeliaan, latihan mengajar boleh membantu guru pelatih supaya dapat melaksanakan

kerja guru dengan lebih “professional”. Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran

berlaku secara berkesan, guru pelatih perlulah meningkatkan setiap kemahiran yang

terlibat. Antaranya yang paling berkesan yang boleh digunakan untuk mencapai objektif

ini ialah melalui pengajaran mikro.

Pengajaran mikro berasal di Universiti Stanford pada tahun 1963 dan ia adalah

salah satu dari perkembangan yang amat penting dalam bidang latihan perguruan. Pada

asasnya, pengajaran mikro merupakan satu kelas simulasi di mana keadaan pengajaran

boleh dikawal dengan mudahnya. Umpamanya, dalam pengajaran mikro, keadaan kelas

biasanya adalah dikecilkan dan masalah-masalah kompleks adalah dikurangkan. Situasi

seperti tersebut membolehkan seorang guru pelatih memperoleh kemahiran pengajaran

satu persatu secara beransur-ansur.

Page 21: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

3

Menurut Allen dan Ryan (1969), di dalam buku Mook Soon Sang (2001) butir-

butir utama dalam pengajaran mikro adalah seperti berikut:

i. Ia adalah pengajaran sebenar. Meskipun keadaan pengajaran itu adalah

berbentuk simulasi, ia adalah dijalankan seperti yang dilakukan dalam kelas

biasa.

ii. Ia mengurangkan masalah-masalah kompleks seperti saiz kelas, isi kandungan

dan masa yang biasa dihadapi dalam keadaan kelas di sekolah.

iii. Ia memusatkan perhatian kepada latihan dalam kemahiran pengajaran.

iv. Ia membenarkan keadaan pengajaran dikelolakan dengan lebih rapi.

v. Ia memberi peluang kepada seseorang guru pelatih menonton rakaman

pengajarannya serta membincang dan menilai pengajarannya dengan penyelianya

bersama guru-guru pelatih yang lain. Berikutan perbincangan tersebut, ia boleh

merancang untuk mengajar semula.

1.2 Latar belakang Masalah

Program latihan mengajar yang dianjurkan oleh UTM merupakan satu daripada

syarat yang diwajibkan untuk bakal guru bagi mendapatkan kelayakan untuk menjadi

seorang guru. Latihan mengajar ini merupakan peluang pertama bagi bakal guru untuk

mengamalkan teori-teori , kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan yang diperolehi

daripada perkuliahan.

Untuk melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan teknologi tinggi,

mereka haruslah bermula daripada sekolah. Tetapi sebelum itu guru-guru di sekolah

perlu dilatih supaya dapat mencapai matlamat negara untuk membawa perubahan

kepada generasi baru dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

Page 22: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

4

Sehingga kini masih ramai lagi guru sekolah mempertikaikan kelemahan-

kelemahan guru-guru pelatih apabila guru pelatih tersebut menjalankan latihan mengajar

di sekolah-sekolah mereka. Antara isu yang sering diperkatakan adalah guru-guru

pelatih masih gagal memanfaatkan apa yang dipelajari dalam subjek pengajaran mikro

semasa menjalani latihan mengajar. Ada segelintir guru-guru sekolah juga membuat

tanggapan bahawa sesetengah guru pelatih tidak mempunyai pengalaman mengajar

langsung seolah-olah tidak dilatih dengan betul.

Antara isu-isu lain yang sering timbul apabila bercakap mengenai kelemahan

guru-guru pelatih ini adalah seperti berikut

Masalah 1 : Penyediaan Rancangan Pengajaran

Menurut Ishak Haron (1993), disepanjang penyeliaannya, terdapat guru pelatih

yang menghadapi masalah semasa menjalani latihan mengajar. Masalah ini termasuklah

masalah kurang membuat persediaan, gagal mengawal disiplin murid, dan masalah

peribadi. Menurutnya lagi, ada pelajar yang tidak menyediakan rancangan pengajaran

yang hendak diajar dan apabila penyelia datang dia menggunakan rancangan pengajaran

yang pernah diajar dahulu. Dengan menggunakan blanco, dia mengubah tarikh yang

tercatat dalam rancangan pengajaran. Ada yang menyediakan separuh sahaja dan

apabila mengajar dia tidak dapat mengajar dengan lancar.

Masalah 2 : Penyediaan Alat Bantu Mengajar

Menurut Abd. Ghafar Md.Din (1993), ketika latihan mengajar, ramai guru-guru

pelatih yang rajin membuat alat bantu mengajar (ABM). Tetapi terdapat juga guru

pelatih yang malas membuat ABM. Walau bagaimanapun, guru pelatih tersebut tidak

mahu pula mengosongkan ruang menulis ABM dalam rancangan pengajarannya. Guru

pelatih tersebut menulis :

Alat Bantu Mengajar : Papan tulis, kapur putih, kapur-kapur warna dan pemadam

papan tulis

Page 23: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

5

Masalah 3 : Penyampaian Pengajaran

Robiah Sidin (1998) berpendapat, terdapat guru-guru yang lemah dalam aspek

kemahiran belajar ditahap yang lebih tinggi serta memerlukan imaginasi dan kreativiti.

Ini kerana proses pengajaran memerlukan kekreativitian yang tinggi untuk mewujudkan

proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan.

Zainun Ishak (1993), mendapati bahawa guru-guru pelatih tidak tahu

mengaitkan apa yang dipelajari semasa kuliah dengan pengetahuan dan kemahiran

dalam mata pelajaran yang diajar.

1.3 Penyataan Masalah

Memandangkan beberapa masalah yang dihadapi seperti yang dijelaskan dalam

latar belakang tadi, penyelidik ingin membuat kajian untuk mengetahui sejauh mana

keberkesanan pengajaran mikro Pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik Sesi

2007/2008 semasa menjalani latihan mengajar sebenar.

Dalam kajian ini penyelidik ingin mengenal pasti tahap kemahiran dalam diri

pelajar terhadap subjek Pengajaran Mikro (dari aspek penulisan rancangan pengajaran,

penyampaian pengajaran dan menyediakan bahan bantu mengajar) dalam membantu

pelajar menjalani latihan mengajar. Penyelidik juga ingin mengenal pasti sama ada

kelas pengajaran mikro dapat membantu pelajar semasa menjalani latihan mengajar atau

tidak.

Page 24: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan bagi mencapai beberapa objektif yang ingin disasarkan

iaitu:

i. Mengenal pasti tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran yang

telah dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik

semasa mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi

2006/2007.

ii. Mengenal pasti tahap kemahiran penyampaian pengajaran yang telah

dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik semasa

mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi 2006/2007.

iii. Mengenal pasti tahap kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar

yang telah dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik

semasa mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi

2006/2007.

iv. Mengenal pasti sama ada kelas pengajaran mikro dapat membantu pelajar

semasa menjalani latihan mengajar.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan utama kajian ialah:

i. Apakah tahap kemahiran penulisan rancangan pengajaran yang telah

dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik semasa

mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi 2006/2007?

ii. Apakah tahap kemahiran penyampaian pengajaran yang telah dipelajari

oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik semasa mengikuti

kelas pengajaran mikro pada semester II sesi 2006/2007?

Page 25: NORZAWATI BINTI ABD WAHAB · 2013. 11. 19. · 2.3.2 Set Induksi 15 2.3.3 Sukatan Isi Pelajaran 16 2.3.4 ... 4.5 Taburan Mata Pelajaran Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar Oleh Responden

7

iii. Apakah tahap kemahiran menyediakan bahan bantu mengajar yang telah

dipelajari oleh pelajar Tahun 3 di Jabatan Sains dan Matematik semasa

mengikuti kelas pengajaran mikro pada semester II sesi 2006/2007.

iv. Adakah kelas pengajaran mikro dapat membantu pelajar semasa

menjalani latihan mengajar?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan yang tertentu. Penyelidik berharap

hasil daripada kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pihak-pihak berikut:

i. Pelajar

Dengan adanya hasil kajian ini ia dapat membantu menyedarkan pelajar betapa

pentingnya pengajaran mikro sebelum seseorang pelajar itu menghadapi sesi

pengajaran yang sebenar semasa latihan mengajar mahupun untuk kerjaya sebagai

guru kelak.

ii. Fakulti Pendidikan

Pihak Fakulti Pendidikan boleh mengambil tindakan untuk menyusun strategi

dengan berdasarkan dapatan yang diperolehi bagi mempertingkatkan lagi

pengajaran mikro supaya penggunaanya lebih berkesan dalam latihan mengajar oleh

guru pelatih.

iii. Pensyarah

Para pensyarah yang mengajar pengajaran mikro boleh menggunakan hasil dapatan

kajian ini sebagai rujukan serta garis panduan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk guru pelatih pada sesi akan datang.