Not A

7

Click here to load reader

Transcript of Not A

Page 1: Not A

LITERASI BAHASA.

8 JUN 2010 ( SELASA )

KAEDAH PENGAJARAN :

1. Mengajar kemahiran lisan terlebih dahulu diikuti membaca dan menulis:o Guru mengutamakan pendekatan pendengaran.

o Respon daripada pendengaran yang menyebabkan muird bertutur.

o Guru perlu menjadi model dan contoh yang baik ketika berbahasa.

o Pengalaman bahasa baru yang diberikan oleh guru akan dikodkan

oleh murid.2. Memastikan murid belajar atau mengingati ayat-ayat asas:

o Ayat yang hampir dengan kehidupan murid.

o Penggunaan kosa kata dalam masyarakat.

o Aplikasi ayat baru berdasarkan kosa kata yang murid miliki.

3. Membentuk ayat sebagai tabiat :o Menurut pola Bahasa Melayu :

1 Frasa Nama Frasa Nama2 Frasa Nama Frasa Kerja3 Frasa Nama Frasa Adjektif4 Frasa Nama Frasa Sendi Nama

4. Perbezaan klausa dan ayat :Contoh : klausa – saya mengajar di Hulu Selangor ( mula huruf kecil / tiada noktah ) Ayat _ Saya mengajar di Hulu Selangor .( mula huruf besar / ada noktah )

5. Pengajaran bahasa berdasarkan sistem bunyi secara demonstrasi, peniruan, alatan, latihan.

o Sebutan / contoh perlu tepat.

o Hasil pemerhatian murid akan menjadi contoh untuk diikuti.

6. Perbendaharaan kata dihadkan.7. Latih tubi bidang bahasa yang menimbulkan masalah. Contoh : sebutan.

Page 2: Not A

LISAN ( struktur )

OBJEKTIF DAN MATLAMAT PENGAJARAN LISAN

1. Membolehkan murid menyebut perkataan dengan sebutan yang betul.2. Memahami pertuturan orang lain.3. Boleh berhubung dengan pihak lain untuk menyatakan keperluan, pengalaman,

pendapat.4. Boleh bertutur dengan ayat yang tersusun ( berdasarkan pola bahasa ), pemilihan

kata yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas.5. Memberikan asas yang kuat bagi kemahiran membaca dan menulis.6. Membolehkan bertutur dengan gaya, suara, intonasi, dan nada yang sewajarnya.

AKTIVITI YANG BOLEH DIJALANKAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN -k

1. Soal jawab2. Perbincangan3. Lakonan4. Bercerita5. Melafaz puisi (syair, pantun, sajak )6. Temu ramah7. Syarahan8. Permainan bahasa

LATIH TUBI SEBUTAN

1. Latih tubi sebutan meliputi penyebutan fonem ( fonetik ), suku kata, perkataan, frasa, klausa, ayat.

2. Guru menunjukkan contoh terlebih dahulu diikuti aktiviti penyebutan berulang kali.3. Pengulangan dilakukan berterusan untuk mengesan kesilapan sebutan murid.4. Latihan menyebut suku kata paling penting dan asas berbahasa selanjutnya.

Page 3: Not A

LATIH TUBI PASANGAN MINIMAL ( struktur )

1. Latih tubi abjad “d” dan “ l ”. Contoh ladang- lalang

Ledak-dedak

Dari- lari

Abjad “d ” dan “g” contoh garam-karam

garang-karang

gaya-kaya

guli-kuli

Abjad ‘b” dan “p” contoh bawang-pawang

Bajak-pajak

Barang-parang

Baba-papa

Abjad “s” dan “t” contoh kelas-kelat

Kabus-kabut

Sari-tari

Abjad “b” dan “p” contoh burung-murung

Balam-malam

Balas-malas

2. Maksud pasangan minimal ialah membezakan perkataan yang mempunyai bunyi minimum atau jarak kecil bunyi sesuatu perkataan tetapi makna berlainan.

3. Dua fonem jarak bunyi hampir sama perlu didiskriminasikan aspek pendengarannya supaya murid dapat mendengar dan seterusnya menyebut kata yang dimaksudkan.

4. Latih tubi pasangan minimal untuk memahirkan murid-murid mendengar dan menyebut bunyi yang hampir sama.

Page 4: Not A

PEMINTAL LIDAH ( struktur )

1. Latihan pemintal lidah bertujuan melatih tubi pengajaran lisan ( dengar, dan tutur )2. Guru perlu menyediakan ayat yang terkandung di dalamnya bunyi-bunyi bahasa

yang menjadi masalah kepada murid.3. Murid diminta menyebut ayat tersebut berulang-ulang sehingga mereka

menguasainya. ( dengar dan tutur )4. Contoh ayat untuk latih tubi pemintal lidah:

o Pandang pandan depan padang.

o Midon tenung tukang tenun.

o Letak tulang atas dulang.

o Lusa beli rusa.

o Letak cawan retak atas lantai dekat rantai.

o Kerana tamak haloba Baba jadi papa.

o Penarik beca pacak pancang panjang.

Page 5: Not A

BACAAN DAN PEMAHAMAN

PENDAHULUAN :

1. Bacaan bertujuan untuk meneroka ilmu pengetahuan.

TUJUAN :

1. Meluaskan pemikiran dengan bermaklumat luas.

APAKAH BACAAN?

1. Menterjemah bentuk tulisan ke dalam bentuk bahasa komunikasi yang menimbulkan makna.

2. Memahami bahan bertulis secara menterjemah huruf-huruf yang tersusun dalam bentuk perkataan, frasa, dan ayat.

3. Kebolehan mengenal lambang dan menterjemah lambang-lambang tersebut kepada bunyi bahasa dan memahami makna.

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM PEMBACAAN.

1. Mempunyai kemahiran pengamatan terhadap huruf.2. Murid mestilah boleh mendiskriminasikan bentuk huruf, pendengaran, penyebutan,

dan lambang-lambang dalam sesuatu perkataan.3. Murid boleh membentuk perkataan , frasa, dan ayat mudah iaitu kesan kepada

pembacaan.4. Aktiviti menterjemah dan memahami kata berkait rapat dengan latihan minda.5. Membaca memerlukan dua kemahiran iaitu kemahiran kognitif , mekanis yang

dibentuk oleh kemahiran asas aktiviti lisan.

Page 6: Not A

JENIS-JENIS BACAAN

1. Bacaan Mekanis :

- Bacaan kuat yang mementingkan penyebutan suku kata, bunyi yang betul, intonasi, dan nada.- Bacaan mekanis mengandungi maklumat yang mudah dan tidak memberatkan pemikiran murid.

2. Bacaan Akaliah :

- Bacaan senyap yang mementingkan pemahaman terhadap isi bahan.- Pada peringkat awal bacaan jenis ini guru telah menjelaskan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum pembacaan. ( mencari maklumat )- Bagi peringkat awal, bacaan akaliah tidak dipentingkan.

PERBEZAAN / PERBANDINGAN BACAAN MEKANIS DAN BACAAN AKALIAH.

1. Murid mesti menguasai bacaan mekanis terlebih dahulu berbanding dengan bacaan akaliah.

2. Di peringkat sekolah rendah bacaan mekanis diutamakan manakala bacaan akaliah disuburkan di sekolah menengah.

TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BACAAN.

1. Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama, dan bunyi huruf.2. Melatih murid membaca dengan sebutan, nada, dan intonasi yang betul.3. Melatih murid membaca pantas.4. Melatih murid menyatakan semula isi kandungan.

PERINGKAT KESEDIAAN MEMBACA

1. Faktor persekitaran murid, kesediaan mental, dan pengalaman yang memadai akan menyediakan murid untuk membaca.

2. Pengajaran pembacaan sesuai dengan keadaan murid yang berbeza kebolehan.3. Prinsip-prinsip yang mematuhi peringkat kesediaan membaca adalah seperti berikut :

o Murid-murid tidak dipaksa membaca tanpa perkembangan

kematangannya.o Murid-murid bersedia untuk menguasai kemahiran jika kemahiran

tersebut dibina dari pengalamannya.o Guru berperanan menyuburkan kesediaan membaca murid melalui

pengalaman persekitaran murid.

Page 7: Not A

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA

1. Keadaan jasmani dan fizikal murid.2. Pengalaman dan persekitaran.3. Emosi, motivasi, dan sahsiah murid.4. Kecerdasan, dan perkembangan kognitif murid.5. Daya diskriminasi muird.6. Kebolehan membeza.