nota ADHD

23
Kanak-kanak Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan ADHD Isi Kandungan Bi l Isi Kandungan Muka Surat 1 Pengenalan 3 2 Kanak-kanak Gangguan Hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) 4 3 Punca-punca berlakunya ADHD 6 4 Ciri-ciri Kanak-kanak ADHD menurut William Cruickshank 7 5 Ciri-ciri perkembangan fizikal dan tingkahlaku perilaku kanak- kanak ADHD. 9 6 Ciri-ciri Intelektual Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD) 10 7 Ciri –ciri perkembangan motor kanak- kanak ADHD 11 8 Ciri-ciri Perkembangan Sosial kanak-kanak ADHD 11 9 Intervensi Awal melalui model perubatan dan model social 11 9.1 Intervensi Awal melalui Model Perubatan 12 9.2 Intervensi Awal melalui Model Sosial 16 10 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak ADHD. 20 11 Kesimpulan 24 Bibliografi 25 1.0 Pengenalan

description

nota ini mengandungi maksud, ciri-ciri, faktor-faktor yang mempengaruhi msalah ADHD di kalangann murid-murid. ia jyga mengandungi cara bagaimana mengatasi masalah ini.

Transcript of nota ADHD

Page 1: nota ADHD

Kanak-kanak Gangguan Hiperaktif dan Kurang Tumpuan ADHD

Isi Kandungan

Bil Isi Kandungan Muka Surat1 Pengenalan 32  Kanak-kanak Gangguan Hiperaktif  dan kurang

tumpuan (ADHD)4

3  Punca-punca berlakunya ADHD 64  Ciri-ciri Kanak-kanak ADHD menurut William

Cruickshank7

5  Ciri-ciri perkembangan fizikal dan tingkahlaku perilaku kanak-kanak              ADHD.

9

6  Ciri-ciri Intelektual Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD) 107 Ciri –ciri perkembangan motor kanak-kanak ADHD 118  Ciri-ciri Perkembangan Sosial kanak-kanak ADHD 119   Intervensi Awal melalui model perubatan dan model

social11

 9.1 Intervensi Awal melalui Model Perubatan 12 9.2 Intervensi Awal melalui Model Sosial 16

10  Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak ADHD.

20

11  Kesimpulan 24Bibliografi 25

1.0 PengenalanSudah menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpotensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila mereka dewasa kelak. Tambahan pula dengan corak kehidupan masa kini yang banyak memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta       kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.Namun begitu, tidak semua kanak-kanak ini dilahirkan normal dan mengalami masalah pembelajaran yang perlu dikesan kekurangan tersebut dari peringkat awal       lagi oleh ibu bapa dan guru. Ibu bapa perlu peka dengan setiap aktiviti  atau tindak balas yang tidak normal yang dilakukan oleh kanak-kanak ini. Mereka tidak boleh menganggap bahawa perubahan positif akan berlaku apabila meningkat remaja tanpa rawatan dan terapi yang khusus oleh pihak yang berwajib.  

Page 2: nota ADHD

1.1       Latar belakang Kurikulum Pendidikan Khas            Falsafah pendidikan khas adalah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran,        berhaluan, berupaya, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan         serta     menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat             yang    seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi memenuhi dan kehendak falsafah pendidikan khas, kurikulum yang dibina berlandaskan 3 prinsip utama :            1.1.1    Pendidikan menyeluruh dan bersepadu yang memberi fokus kepada potensi                       individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta social.            1.1.2    Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses                         pengajaran dan pembelajaran  yang dapat merangsang  dan mengekalkan                                  minat   murid   berkeperluan khas kepada pembelajaran.Ini bermakna                             pembelajaraan yang kondusif perlu diberi penekanan agar murid dapat                           menguasai pengetahuan dan kemahiran yang dapat digunakan untuk dirinya                       dan juga masyarakat amnya.            1.1.3    Pendidikan sepanjang hayat pula memberi fokus pemerolehan ilmupengetahuan    dan kemahiran di alam persekolahan  yang dapat menjana        penguasaan ilmu  secara berterusan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.Manakala objektif pendidikan khas pula adalah untuk menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan  bagi murid-murid berkeperluan khas dan juga menyediakan pendidikan yang sesuai  dan relevan  kepada setiap murid dengan keperluan khas.Selain itu, objektif pendidikan khas juga member peluang kepada murid pendidikan khas ini untuk mengembangkan bakat dan potensi mereka  di samping menguasai kemahiran asas 3M serta membina keyakinan diri yang positif terhadap pembelajaran.Menurut Jamila K.A Mohamad (2005), pendidikan khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas tetapi ia perlu diketahui oleh semua masyarakat           terutama sekali warga pendidik. Menurutnya lagi, tanpa pengetahuan tentang pendidikan        khas menyukarkan guru untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuan yang mendalam juga akan mengakibatkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini yang menyebabkan kanak-kanak ini digelar sebagai malas, bodoh, degil, nakal dan sebagainya. Situasi ini akan menyebabkan murid-murid tersebut tidak berkeyakinan diri dan sentiasa mempunyai tingkahlaku negatif yang menimbulkan masalah kepada guru dan pengajaran pembelajaran  tersebut.2.0       Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD)Menurut Barkley (1990), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau “Attention Deficit Hyperactive “(ADHD) merupakan salah satu kecelaruan psikiatri yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Menurut beliau lagi, ia adalah satu kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan,

Page 3: nota ADHD

keadaan hiperaktif – impulsif yang kerap dan teruk berbanding dengan keadaan biasa diperhatikan pada individu di peringkat yang normal. Menurut Paul Cooper dan Katherine (2002), ADHD  berlaku mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif, dan tidak member perhatian.Manakala Reif (2005) mendefinisikan Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD) sebagai “ ADHD is neurobiological behavioural disorder characterized by chronic and developmentally inappropriate degrees of intention, impulsivity and some cases hyperactivity.”   Merujuk kepada Wintraub (1997), dalam Natural Treatments For ADD and Hyperactivity, bunyi imej, warna dan pergerakkan semuanya berterusan bergerak dan berterusan mengganggu. Mereka sukar mengawal diri secukupnya untuk menumpukan perhatian dan menyelesaikan segala tugasan.  Manakala menurut Lahey (1997), ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana terhadnya kebolehanuntuk memberi tumpuan dan mereka menunjukkan tingkah laku tidak sabar.  Manakala menurut Azizi Yahaya (2006), gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan atau ADHD merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku pada zaman kanak-kanak  yang mempunyai ciri-ciri kurang tumpuan , keadaan hiperaktif yang kerap dan teruk berbanding biasa. Menurut Sir George F.Still (1902), ADHD disebabkan oleh disfungsi genetic bukan asuhan yang lemah. Horrocks dan Jackson (1972) menjelaskan bahawa sesuatu tingkah laku atau perbuatan yang berlaku dalam keadaan  yang agak tetap dianggap sebagai mengalami kecelaruan.Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) berlaku dengan begitu ketara  pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan juga murid-murid sekolah rendah. Gejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka  bagi member tumpuan yang sepenuhnya. Satu kajian telah dilakukan ke atas kanak-kanak Malaysia yang berumur di antara 5-15 tahun menunjukkan bahawa seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkan yang dihidapi oleh kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. National Insitute of Mental Health (NIMH) mengjangkakan sebanyak 3% sehingga 5% kanak-kanak akan mengalami ADHD. Dan sesetengah pakar psikiatri mengatakan bahawa ADHD terjadi 8% hingga 10% pada usia kanak-kanak sekolah.2.1 Kategori ADHD            Menurut American Academy of Family Physicians, ADHD yang berlaku di kalangan kanak-kanak terbahagi kepada tiga kategori iaitu:2.1.1    Inatesi (Kekurangan tumpuan perhatian)            Kanak-kanak ini mempunyai daya tumpuan yang singkat  terhadap sesuatu perkara.           Selain itu, kanak-kanak ini juga sering melakukan kesalahan yang sama ketika            melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama juga   kanak-kanak ini gagal mematuhi arahan  dan gagal menyiapkan tugasan atau kerja            sekolah serta kerap mengalami maslah dalam mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti   harian.             Simptom lain yang dikaitkan dengan kurang tumpuan  ialah kanak-kanak       ini tidak  akan memberikan perhatian  kepada orang yang bercakap dengannya.

Page 4: nota ADHD

2.1.2    Implusif (mengikut dorongan hati).            Bagi kanak-kanak ini pula mereka terdorong untuk melakukan sesuatu perkara dan            tindakan dengan mengikut kata hati dengan tidak berfikir terlebih dahulu. Ini           termasuklah menjawab soalan yang dikemukan oleh guru di dalam kelas dengan       terburu walaupun soalan yang diajukan belum habis disoal oleh guru. Manakala            jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak ini juga tidak tepat dengan soalan yang disoal oleh guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga sering kali mengganggu kanak-      kanak lain ketika melakukan aktiviti, bermain dan ketika menjawab soalan guru.            Apabila kanak-kanak ini melakukan sesuatu perkara, mereka akan cepat berubah             tindakan dengan melakukan tindakan yang lain pula. Sebagai contoh ketika mereka           sedang menulis sseuatu latihan yang diberi oleh guru, kanak-kanak implusif ADHD            ini akan beralih tindakan kepada bermain alat permainan di dalam kelas.2.1.3    Hiperaktif (berlaku terlalu aktif).            Bagi kanak-kanak hiperaktif ini mereka akan berkelakuan seperti menggoyangkan badan iaitu kaki dan tangannya serta resah di tempat duduknya. Kanak-kanak ini            juga sukan berlari-lari, memanjat perabot di kelas atau rumah dan sukar untuk    mereka duduk dalam keaadaan yang tenang.Kelakuan hiperaktif ini seringkali            merungsingkan ibu bapa apabila kanak-kanak yang berusia dua tahun hingga tiga   tahun yang mula pandai berlari, memanjat dan melompat. Simptom lain bagikanak-kanak hiperaktif ini ialah kanak-kanak ini banyak bercakap dan bersikap            degil serta membantah apabila arahan diberikan kepada kanak-kanak tersebut.3.0 Punca-punca berlakunya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) Terdapat pelbagai kajian yang dilakukan  bagi mengenal pasti punca berlakunya ADHD ini. Namun kajian yang dilakukan juga masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar berlakunya ADHD di kalangan kanak-kanak yang mengalami simptom-simptom ADHD tersebut. Menerusi kajian yang dilakukan oleh Friend (2006) menunjukkan bahawa sifat atau ciri ibu bapa, adik beradik dan ahli keluarga yang rapat juga boleh mempengaruhi kecacatan. Individu yang mengalami ADHD  selalunya dipengaruhi oleh  faktor keturunan. Ini kerana kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai ADHD  adalah tiga kali ganda berpotensi menjadi ADHD berbanding dengan mereka yang tidak mepunyai sejarah ADHD. Pendapat ini dibuktikan melalui pendapat Baekley (1998), yang mengatakan bahawa 80 peratus kanak-kanak ADHD adalah berpunca daripada keturunan.Manakala menurut Sandra (2005), ADHD berlaku adalah disebabkan oleh kekurangan aktiviti dan tahap metabolisme yang rendah di bahagian otak yang tertentu. Mereka yang mengalami ADHD juga menghadapi masalah kekurangan aktiviti di bahagian otak berbanding dengan mereka yang tidak mengalami ADHD. Berdasarkan pendapat Friend (2006), kajian yang dijalankan  ke atas bahagian otak  menunjukkan terdapat tiga bahagian otak iaitu prefrontal cortex, basal ganglia dan cereblum. Ketiga-tiga bahagian ini mengawal fungsi yang  berlainan. Untuk penghidap ADHD mereka akan kekuranganelectricall activity dan kekurangan tindak balas kepada stimulasi di bahagian otak.

Page 5: nota ADHD

Dalam hal ini juga, terdapat pendapat yang mengatakan bahawa  amalan merokok dan pengambilan akohol ketika ibu sedang mengandung mempengaruhi dan mempunyai risiko yang tinggi mendapat ADHD bagi  bayi yang dikandung itu. Kemudiannya, factor lain yang menyebabkan kanak-kanak penghidap ADHD ini ialah masalah kesulitan dalam pembelajaran antara penyebab seseorang kanak-kanak berkelakuan ADHD kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba memahami sesuatu yang dipelajari.4.0  Ciri -ciri kanak-kanak Hiperaktif Atau ADHD menurut Wiliam CruickshankMenurut William Cruickshank (1986) ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif terbahagi kepada dua jenis:4.1       Sensory Hyperactive (Pancaindera):            4.1.1    Lemah dan gagal memberi tumpuan .                        Kanak-kanak hiperaktif ini biasanya lemah dalam pelajaran kerana terlalu                            suka bermain dan pemikiran sentiasa tertumpu kepada sesuatu yang                                 menghiburkan walaupun seketika. Selalunya mereka gagal memberikan                          tumpuan yang baik dalam proses pembelajaran.            4.1.2    Mudah hilang tumpuan.                        Kanak-kanak ini hanya memberi tumpuan terhadap pembelajaran dan                                 aktiviti pada waktu yang seketika sahaja dan beberapa minit kemudiannya                          mereka akan mengalihkan tumpuan mereka kepada sesuatu yang lain yang                    dapat menghiburkan hatinya.            4.1.3    Tumpuan perhatian dengan melihat dan mendengar berulang kali.                        Kanak-kanak ADHD ini  memberi perhatian pada pandangan dan                                      pendengaran yang berulang kali.            4.1.4    Tidak dapat membuat gambaran, pengasingan dan meyatakan kaitan                         atau perhubungan.                        Biasanya kanak-kanak ini tidak dapat membayangkan sesuatu objek,                                  membezakannya dan menghuraikan sesuatu perkara yang ada hubung kait                          seperti perbezaan antara pokok kelapa dan pokok pinang.            4.1.5    Lemah dalam hal-hal yang berkaitan dengan ruang                        Kanak-kanak ini tidak dapat membezakan suasana dan keadaan                                         persekitaran dari saiz, jarak dan keadaan ruang.4.2       Motor Hiperaktif( motor kasar dan motor halus)            4.2.1    Tingkahlaku yang aktif dan melampau.                        Kanak-kanak ADHD ini kadangkala akan bertindak  dengan agresif yang                          boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan kecil dengan rakan -                               rakannya.            4.2.2    Memanipulasikan bahan atau apa saja yang dipegang.                        Seterusnya apabila kanak-kanak ADHD ini mendapat sesuatu bahan atau                          barang mereka akan cuba menggunakan pelbagai cara bagi                                                  memanipulasikan bahan tersebut.Mereka akan bertindak dengan                                             menghentak, memukul, membaling, melontar dan sebagainya terhadap                            bahan atau barang tersebut. Lebih-lebih lagi jika

Page 6: nota ADHD

terdapat orang di sekitar                            kanak-kanak ADHD ini, dia mugkin akan menjadi sasaran mereka untuk                            bertindak secara agresif. 5.0       Ciri-ciri perkembangan fizikal dan tingkahlaku  perilaku kanak-kanak          ADHD.            Ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya penghidap ADHD hiperaktif –impulsif mempunyai tingkahlaku yang lebih agresif daripada penghidap ADHD impulsive. Sebagai contoh, kanak-kanak  ADHD hiperaktif –impulsive kerap memulakan sesuatu pergaduhan  dan membuat             kesalahan akibat kecuaian. Mereka juga tidak mahu mendegar percakapan atau       arahan orang lain serta enggan melakukan tugasan. Keadaan ini akan menyebabkan mereka mengalami masalah pembelajaran kerana tabiatnya yang suka merayau-rayau, tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Selain itu, kanak-kanak ini juga mempamerkan ciri-ciri perkembangan bahasa yang lambat. kesemua ini akan menyebabkan dia tidak disukai oleh rakan-rakan sekelasnya dan menyebabkan terasing di dalam kelas.Namun begitu, tidak dapat dinafikan terdapat kanak-kanak hiperakif yang mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya menyebabkan dia sukar dikawal di dalam suasana kelas biasa. Oleh itu kanak-kanak ini memerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkahlaku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan  satu dengan satu atau one to one opproach. Guru-guru hendaklah sentiasa kreatif dalam tindakan mereka bagi mendapatkan perhatian kanak-kanak ADHD ini dari semasa ke semasa.Ciri-ciri lain yang sering dikenalpasti ialah :

        i.            Kemampuan akademik tidak optimal      ii.            Masalah hubungan social    iii.            Suka bermain tanpa mengira bahaya    iv.            Sikap melanggar tatatertib      v.            Suka memberontak    vi.            Bertindak sebelum berfikir  vii.            Memerlukan kepuasan dengan segeraviii.            Tidak boleh menunggu giliran    ix.            Suka mengganggu kawan      x.            Suka mencuri    xi.            Sentiasa bermasalah  xii.            Selalu merosakkan barangan orang lain.xiii.            Kadangkala berani mencederakan diri sendiri dan orang lainxiv.            Suka bising, degil dan sukar dikawal.  xv.            Tidak suka dibelai,namun kadang-kadang suka melakukan perkara yang dapat

menarik perhatian orang lain.6.0  Ciri-ciri Intelektual Kanak-kanak Hiperaktif (ADHD)            Selain daripada ciri-ciri perkembangan fizikal yang perlu kita perhatikan terhadap kanak-kanak ADHD ini, sebagai guru dan juga ibu bapa kita juga perlu mengetahui ciri-ciri

Page 7: nota ADHD

intelaktual kanak-kanak ADHD bagi memudahkan kita mengawal dan membimbing mereka di dalam kelas mahupun di rumah. Ciri-ciri tersebut ialah:6.1       Mudah terganggu            Faktor ini dapat dilihat menerusi tindakan mereka yang sentiasa resah gelisah        ketika melakukan sesuatu aktiviti di dalam kelas. Fikiran mereka akan sentiasa            terganggu dengan perkara-perkara lain semasa melakukan perkara yang dilakukan     pada ketika itu.6.2       Tidak boleh menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara.            Apabila kanak-kanak  diminta oleh guru untuk menumpukan perhatian terhadap    pengajaran guru di dalam kelas kanak-kanak ini akan bersikap sambil lewa sahaja.       Walaupun mereka melihat guru mengajar namun sebenarnya mereka memikirkan         hal lain. Reaksi ini dapat dikesan oleh guru dengan sikap mereka yang gelisah di        tempat duduk mereka di dalam kelas.6.3       Tidak boleh menyiapkan kerja dan tugasan            Bagi kanak-kanak hiperaktif ini mereka tidak akan dapat menyiapkan sesuatu        tugasan  dengan dan sempurna. Ini kerana kanak-kanak ini akan cepat berasa bosan        dengan sesuatu perkara yang mereka akan anggap penat dan membosankan.

7.0       Ciri –ciri perkembangan motor kanak-kanak ADHD            Bagi perkembangan motor sama ada motor halus atau motor kasar, kanak-kanak ADHD perlu diberi perhatian yang serius dan rapi oleh ibu bapa dan juga guru. Ini kerana kanak-kanak hiperaktif ini akan sentiasa berkelakuan dengan mengikut perasaan tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri. Keduanya kana-kanak ini juga suka melakukan aksi yang merbahaya seperti melompat dari kerusi ke kerusi dengan jarak yang jauh, memanjat grill pintu dan terjun ke bawah, memegang pisau yang tajam dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak ADHD ini juga amat suka berlari-lari di dalam kelas. Mereka menganggap ia adalah satu keseronokkan  dan kepuasan  walaupun kadang kala mereka terjatuh atau tersungkur. Seterusnya kanak-kanak ADHD ini mempunyai masalah tidur yang lasak dalam keadaan posisi badan yang tidak menentu dan beralih arah. Tidak mustahil juga jika sewaktu tidur kanak-kanak ADHD ini berjalan ke tempat yang lebih selesa untuk dia tidur. Tambahan pula kanak-kanak ADHD ini juga tidak boleh menyesuaikan diri dalam permainan dan suka mengelamun atau berkhayal yang mengundang bahaya jika khayalan tersebut tidak disedari dengan melakukan sesuatu yang di luar kawalannya.8.0 Ciri-ciri Perkembangan Sosial kanak-kanak  ADHDDalam perkembangan sosial, keadaan kanak-kanak ADHD mereka akan cepat bosan dan pada waktu yang sama juga  mereka tidak berdaya untuk menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkan. Kanak-kanak ADHD ini juga tidak mempunyai sikap empati pada perasaan orang lain. Selain itu, kanak-kanak ADHD ini kerap mengalami kesukaran pemprosesan auditori dan juga seorang yang pelupa  dan tumpuan mereka mudah terganggu dengan situasi yang pelbagai.

Page 8: nota ADHD

9.0 Intervensi Awal melalui model perubatan dan model sosial            Menurut Hanson dan Lynch (1989), intervensi awal yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi social dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti.            Intervansi awal memainkan peranan yang penting dalam melengkapkan kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Intervansi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah  kepada keluarga dan masyarakat. Tambahan pula intervensif awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal juga boleh membantu perkembangan dan kebolehan kanak-kanak.Selain itu, intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas juga mungkin akan berkurangan.             Memandangkan permasalahan ADHD ini semakin meningkat di kalangan kanak-kanak  sewajarnya langkah-langkah segera perlu dilakukan  supaya gejala ADHD di kalangan kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki tidak membawa kepada penglibatan dalam salah laku jenayah yang lebih serius  seperti membunuh, merompak dan sebagainya apabila dewasa nanti. Justeru itu  intervensi awal  perlu dilakukan melalui model perubatan dan model social bagi mengurangkan masalah ADHD di kalangan kanak-kanak.9.1       Intervensi Awal melalui Model Perubatan9.1.1 PenyaringanSebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendaklah ditentukan.kadang kala masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan pengujian diperlukan contohnya Sindorm Down. Bagi sesetengah kanak-kanak pula  adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat  tentang sesuatu perkara. Lazimnya teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan murid yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengjaran yang bersesuai dengan murid berkenaan. Sekiranya pengubahsuaian itu tidak membantu , barulah guru akan merujuk murid tersebut untuk menajalani ujian diagnostic yang lebih terperinci.9.1.1 Ujian Diagnostik            Melalui model perubatan, kanak-kanak khas perlu menjalani ujian diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi khas ke atas mereka. Membuat diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang berpengalaman

Page 9: nota ADHD

luas memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan keresahan dan tingkah laku yang meyebabkan tidak menumpukan perhatian. Diagnosis dilakukan  dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku kanak-kanak, membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku sama ada di sekolah mahupun dirumah melalui ibu bapa dan juga guru. Menurut Heward (2003) pengujan diagnosis dilakukan terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya. Lima domain tersebut ialah:

      Perkembangan motorKebolehan  bergerak dan memanipulasikan objek akan mempengaruhi pembelajaran. Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan kekuatan., kelenturan, ketahanan lasak dan koordinasi tangan –mata seseorang kanak-kanak. Pergerakkan otot besar dan pergerakkan otot halus menunjukkan perkembangan motor seseorang kanak-kanak.

      Perkembangan kognitifPengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran mengira, mengingat perkara yang telah dilakukan pada pengalaman yang lepas, merancang dan membuat keputusan apa yang akan dilakukan pada masa hadapan. Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada,  menyelesai masalah dan menghasilkan idea-idea baru adalah menunjukkan berlakunya perkembangan kognitif.

      Komunikasi dan bahasaKomunikasi adalah penyampaian maklumat seperti perasaan , keinginan, keperluan, pengetahuan, dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasauntuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat orang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi bukan lisan adalah pergerakkan badan, riak wajah, penumpuan mata dan sebaginya. Pengujian tahap tersebut akan mengesan keupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak –kanak berkeperluan khas.

      Perkembangan emosi dan sosialKanak-kanak yang mencapai kompotensi sosial rela berkongsi barang permainan dan akan bekerjasama dengan raka-rakan yang lain. Mereka mengetahui kepentingan mengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka dapat meluahkan persaan emosi dengan teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan perkembanagn emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.

      Perkembangan adaptifBagi perkembangan adptif  murid dapat melakukan sesuatu perkara tanpa mengharap bantuan orang lain. Contohnya memakai baju tanpa dibantu oleh orang lain, makan sendiri tanpa disuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan dan sebaginya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran adptif berkeperluan khas.9.1.2   Rawatan Ubatan            Terdapat beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan kanak-kanak hiperaktif menjadi lebih tenang dan tidak agresif. Namun begitu  kesan

Page 10: nota ADHD

ubat ini tidak berpanjangan kerana sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul semula. Ubatan yang digunakan oleh doktor  terhadap kanak-kanak ADHD ini adalah  mengikut peringkat umur. Ubat-ubatan tersebut ialah:

Bil Nama Ubat Peringkat Umur

1 Amphetamine 3  > tahun

2 Methylphenidate 6 > tahun

3 Pemoline 6 > tahun

4 Dexmethylphenidate 6 > tahun

5 Dextroamphetamine 6 > tahun

6 Atomextine 6 > tahun

Namun begitu, pengambilan ubat-ubatan ini memberi kesan sampingan terhadap kanak-kanak ADHD. Antara kesan-kesan sampingan tersebut ialah;

      Tidak boleh tidur      Kurang selera makan      Pitam dan mengantuk      Sakit kepala      Kadang kala menjadi pendiam dan kadang kala menjadi agresif.      Sakit perut

Sekiranya terdapat tanda-tanda yang berlarutan, ini menunjukkan bahwa dos yang diambil berlebihan dan ia mesti dikurangkan.9.1.3 Terapi Muzik            Selain daripada ubatan , rawatan boleh dilakukan terhadap kanak-kanak ADHD dengan menggunakan terapi muzik. Dengan menggunakan terapi muzik jiwa kanak-kanak ADHD akan menjadi lebih tenang dan meningkatkan kemahiran motor serta kemahiran kognitif. Selain itu ia juga dapat meningkatkan  kesihatan mental dan fizikal. Dengan menggunakan terapi muzik ini akan dapat membantu kanak-kanak ADHD untuk keupayaan mereka dalam bidang akademik dan juga mengembangkan emosi dan sosial.9.1.4 Terapi Belon Air.            Terapi belon air dapat membantu kanak-kanak untuk memberikan lebih fokus terhadap pergerakan belon di dalam baling kaca. Ini menyebabkan mereka akan menumpukan perhatian dan berupaya untuk mengembangkan kognitif mereka. Selain itu ia juga dapat membantu kanak-kanak tersebut fokus terhadap sesuatu perkara, lebih-lebih lagi jika belon air itu mengeluarkan belon berbagai warna. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui Penyelia Pusat Dalam Komuniti Kuala Terangganu, Puan Sharifah Anum Syed Abdul Hadi yang menyatakan bahawa sesi terapi yang digunakan bagi kanak-kanak hiperaktif ini telah memberi kesan kerana setiap kali sesi terapi dilakukan kanak-kanak tersebut lebih terkawal pergerakan dan akan duduk diam dengan memberi fokus terhadap sesi terapi seterusnya terhadap pembelajarannya.9.1.4    Terapi Brainwave            Terapi Brainwave adalah terapi yang digunakan terhadap kanak-kanak yang mengalami ADHD dan Autisme.  Dengan menggunakan terapi brainwave ini ia dapat mengurangkan symptom ADHD, membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi lebih tenang

Page 11: nota ADHD

dalam tindakan, meningkatkan konsentrasi dan juga menormalkan perilaku kanak-kanak ADHD. Terapi brainwave ini jugamengembangkan kebolehan  kognitif seperti membuat sesuatu keputusan, dapat memberi fokus terhadap sesuatu perkara dengan tepat dan juga mengimbangi sebarang gangguan luar.9.1.5    Pengurusan Tingkah Laku Murid ADHDDalam pengurusan tingkah laku murid ADHD ini guru hendaklah menetapkan peraturan umum  di dalam bilik darjah  agar situasi di dalam kelas dapat dikawal. Antara peraturan umum tersebut ialah:

      Sentiasa konsisten      Berkomunikasi di antara guru dengan murid perlu jelas  dan guru perlu mengelakkan

pertikaian serta mengabaikan sesetengah tingkah laku kecil.      Menghasilkan rancangan individu dan ikatan janji dengan murid sekiranya perlu.      Mengenal pasti tingkah laku khusus untuk diberikan tumpuan seperti mengangkat tangan ,

berjalan, tidak berlari di koridor.      Membuat rancangan untuk waktu yang sukar bagi murid seperti waktu rehat, berbaris ke

perhimpunan dan pergerakan di antara bilik.      Guru perlu berhati-hati dan sedar akan masalah yang timbul  dan alihkan tumpuan murid

dengan tugasan pilihan.      Guru hendaklah menyediakan beberapa strategi yang dapat diikuti oleh murid sekiranya dia

perlu menunggu untuk mendapatkan perhatian daripada orang dewasa.      Guru juga boleh menggunakan isyarat visual bagi mengingatkan murid agar memberikan

tumpuan kepada tugasan. Sebagai contoh guru boleh menggunakan sistem lampu isyarat menggunakan kad warna iaitu warna hijau, warna kuning dan warna merah. Apabila murid melakukan tugasan, kad hijau ditunjukkan dan pujian yang sesuai perlu diberikan. Kad kuning ditunjukkan bagi memberi peringatan  kepada murid supaya menumpukan perhatian  kepada tugasan. Jika murid melaksanakan tugasan guru secara serta merta memberi pujian. Manakala kad merah  digunakan apabila murid tidak meneruskan tugasan  dan hukuman dikenakan kepada murid ini.9.2 Intervensi Awal melalui Model Sosial9.2.1  Peranan Ibu Bapa terhadap anak-anak ADHD            Ibu bapa yang baik akan sentiasa menyokong  dan membimbing anak-anak mereka walaupun kanak-kanak tersebut tergolong dalam golongan yang istimewa. Menjaga nanak-anak ADHD sememangnya mencabar dan menguji kesabaran kita sebagai ibu bapa. Walaubagaimanapun ibu bapa haruslah sedar dengan tanggunjawab mereka   yang perlu sentiasa meyokong dan berada disisi anaka-anak ADHD ini. Kanak-kanak ADHD ini sentiasa menerima tekanan daripada sekeliling terutamanya daripada rakan-rakan mereka yang normal. Bagi meredakan tekanan itu, ibu bapa seharusnya menerangkan kepada anak mereka apa itu ADHD dan mengapa mereka menghidapinya. Sekiranya ibu bapa tidak dapat menerangkan lebih jelas, ibu bapa dan kanak-kanak ADHD terbabit boleh menemui pakar-pakar perubatan atau psikiatri bagi menerangkan dengan lebih jelas lagi. Ibu bapa juga perlu mengelakkan perbuatan yang boleh menyinggungkan perasaan mereka seperti menengking dan mengherdik kanak-kanak terbabit.  Sekiranya tindakan ini dilakukan oleh ibu bapa akan

Page 12: nota ADHD

menyebabkan kanak-kanak itu berasa rendah diri, rasa takut dan menjarakkan lagi jurang di antara ibu bapa dan kanak-kanak ADHD itu. Oleh itu, ibu bapa dan anak-anak  perlulah berkongsi bersama menghadapi masalah ADHD ini. Ibu bapa perlu  menggalakkan kanak-kanak ADHD terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti nyanyian, tarian , lukisan dan sebagainya.  9.2.2 Peranan  Guru Terhadap Kanak-kanak ADHD            Guru memainkan peranan yang penting  dalam menguruskan kanak-kanak hiperaktif atau ADHD ini di sekolah. Ini kerana kanak-kanak hiperaktif atau ADHD ini kadang kala sukar dikawal dan akan bertindak agresif yang boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri atau kepada orang lain. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa kreatif dalam tindakan bagi menarik minat murid ADHD ini terhadap dirinya dan juga kepada pengajarannya. Guru juga perlu mendapatkan semua maklumat yang boleh diperoleh sama ada melalui ibu bapa, doktor, pakar psikiatari, hospital dan sebagainya. Dengan demikian, guru akan dapat membantu murid ADHD menangani situasi yang dihadapi, merangsangnya terus belajar, mempermudahkan proses pembelajaran  dan meyediakan persekitaran yang membolehkan kanak-kanak ADHD ini mengamalkan apa yang dipelajarinya.   Guru hendaklah sentiasa memberikan sokongan  motivasi seperti pujian dan ganjaran  terhadap kanak-kanak ADHD ini sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan  oleh guru. Ini akan dapat membantu kanak-kanak tersebut membina keyakinan diri dan juga mengembangkan kemahiran kognitif, sosial dan emosi. Selain itu, guru hendaklah sentiasa prihatin terhadap kanak-kanak ADHD dengan meyoal mereka perkara-perkara yang berkaitan dengan  kecenderungan mereka terhadap sesuatu perkara yang amat diminati. Ini akan menimbulkan keserasian di antara guru dan murid. Sehubungan dengan itu, guru perlu memikirkan cara komunikasi yang berkesan  di antara guru dan murid bagi menunjukkan penghormatan dan kasih sayang terhadap kanak-kanak ADHD ini. Dalam masa yang sama juga guru dapat memahami dan menunjukkan perasaan empati dan simpati terhadap murid tersebut. Kesannya ia dapat memudahkan guru merancang dan menilai sesuatu aktiviti mengikut kemampuan murid-murid ADHD tersebut. Tambahan lagi, guru dapat mengimbangi emosi kanak-kanak hiperaktif ini agar tidak mempengaruhi tingkah laku mereka menjadi negatif yang akan menyulitkan keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dalam meningkatkan kemahiran bersosial  di kalangan rakan-rakan mereka, guru boleh melantik kanak-kanak ADHD ini memegang jawatan yang penting di sekolah seperti pengawas perpustakaan, Ahli Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), AJK rumah sukan dan sebagainya.  Dengan itu, mereka akan menyedari bahawa mereka sentiasa dihargai oleh guru dan rakan-rakan  serta akan mendorong mereka untuk berani berkomunikasi sesama rakan.9.2.3    Peranan Sekolah dan PIBG            Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah bagi membantu murid-murid yang bermasalah dengan ADHD ini. Pihak sekolah hendaklah memilih guru yang berkebolehan, optimis dan fleksibel dalam menangani permasalahan berkaitan murid-murid ADHD ini. Ini kerana guru yang optimis akan sentiasa menolong murid yang mengalami ADHD ini. Selain itu, pihak sekolah juga boleh merujuk kepada yang mempunyai

Page 13: nota ADHD

latihan dalam pendidikan khas kerana guru ini dapat mengenal pasti secara kasar masalah yang dihadapi oleh murid. Dan kemudiannya sekolah hendaklah merujuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pendidikan khas ini khasnya ADHD kepada pihak hospital bagi pemeriksaan yang lebih terperinci. Namun begitu, terdapat pihak pentadbir sekolah yang masih kurang memberi sokongan  kepada Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) yang dapat dilihat  dari segi layanan terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua.  Selain itu juga kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas  mengikuti peperiksaan awam di mana ia mungkin akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah. Untuk menyelesaikan isu ini, pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah perlu memberi pendedahan Program Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bagi sekolah-sekolah  yang baru membuka program ini terutamanya  Guru Besar dan Pengetua Sekolah. Lebih penting lagi  dialog di antara guru pendidikan khas, Guru Besar atau Pengetua dengan pihak Jabatan Pendidikan Khas   secara berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada penyampaian maklumat adalah telus dan terkini.  Manakala Persatuan Ibu Bapa dan Guru  hendaklah berperanan aktif dalam menyampaikan maklumat mengenai pendidikan khas ini terhadap ibu bapa yang lain. Secara tidak langsung, kanak-kanak pendidikan khas ini terutamanya kanak-kanak ADHD tidak tersisih oleh rakan-rakan mereka yang normal sekiranya pendedahan diberikan berkaitan dengan kanak-kanak istimewa ini. Mereka juga tidak akan lagi dilabel sebagai kanak-kanak yang nakal dan bodoh. Persatuan Ibu bapa dan guru juga boleh menyediakan pusat sumber khas dengan menyediakan buku bergambar, kad  dan alat permainan  serta memberi pelbagai kemudahan kepada kanak-kanak istimewa ini bagi menarik minat mereka dating ke sekolah. Taman permainan juga boleh diwujudkan bagi melatih kemahiran motor dan bersosialisasi. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan seminar, kursus atau pameran yang berkaitan dengan pendidikan khas ini bagi memberi pendedahan yang lebih mendalam berkaitan dengan kanak-kanak istimewa ini.9.2.4 Peranan Masyarakat dan NGO            Masyarakat juga mempunyai fungsi yang tersendiri bagi membantu kanak-kanak ADHD ini. Mereka juga lebih sedar tentang peranan mereka. Ini dapat dibuktikan melalui sokongan dan bantuan yang diberikan kepada kanak-kanak pendidikan khas ini. Mereka juga sangat prihatin dengan memungut derma yang akan disumbangkan kepada kanak-kanak ADHD dan juga masalah pembelajaran yang lain. Badan-badan NGO juga menyediakan pelbagai aktiviti  yang melibatkan kanak-kanak istimewa ini khasnya kanak-kanak ADHD.  Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NGO ini akan dapat memberi peluang terhadap kanak-kanak hiperaktif ini  dan juga kanak-kanak istimewa lain  untuk bergaul dengan masyarakat dan juga meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial mereka. Akhirnya, kanak-kanak ADHD ini akan mempunyai keyakinan diri  dan dapat mewujudkan silaturahim di antara kanak-kanak terbabit, ibu bapa dan juga masyarakat serta ahli NGO tersebut.9.2.5 Peranan Kerajaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat

Page 14: nota ADHD

            Pihak kerajaan telah menjadi tunjang masyarakat dalam menghapuskan jurang di antara murid aliran perdana dengan murid berkeperluan khas khususnya kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Kementerian Pelajaran sendiri telah mengadakan pelbagai program yang berkaitan bagi membantu murid  yang bermasalah bermula  dari peringkat pra sekolah sehingga ke peringkat menengah atas. Sebagai contoh telah diwujudkan beberapa buah PUSAT SEHENTI yang pada asalnya adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas.Selain itu, pihak kerajaan dan Kementerian pelajaran Malaysia  perlu menilai  aspek pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Ini kerana kebanyakkan sekolah yang mempunyai program mempunyai kelas yang tidak kondusif bagi murid terutamanya murid yang bermasalah hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi.Daripada tinjauan yang dibuat terhadap beberapa buah sekolah  sekitar Pendang didapati bahawa ruang kelas agak sempit dengan menempatkan murid sebanyak enam hingga lapan orang murid. Ruang yang sempit akan membataskan pergerakkan  murid ini terutamanya murid hiperaktif ADHD kerana murid-murid memerlukan ruang yang luas  bagi membantu  dari segi perkembangan emosi dan perubahan tingkah laku.  10.0 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan untuk membantu kanak-kanak ADHD.            Dalam menangani masalah tingkah laku ADHD di dalam kelas, guru perlu bijak untuk menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi membantu kanak-kanak ADHD.10.1 Pendekatan Belajar Melalui  Analisis Tugasan            Pendekatan Analisis Tugasan melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen yang mudah untuk dikuasai dan dipelajari oleh murid. Kaedah ini akan dapat membantu guru meyusun atur kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid. Seterusnya,  guru dapat memberikan latihan yang konsisten dan menilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:

  Memastikan kemahiran yang sesuai diajar terhadap murid mengikut tahap keupayaan.  Menghuraikan secara ringkas kemahiran yang diajar.  Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada beberapa langkah kecil yang perlu dikuasai oleh

murid.  Langkah-langkah yang dipilih juga hendaklah  mengikut kebolehan murid  Setelah itu, guru menjalankan analisis tugasan.  Guru perlu membuat pemerhatian  dan penilaian terhadap murid apabila mereka telah

menguasai sesuatu kemahiran.  Membuat penambahanbaikan jika murid belum menguasai kemahiran yang diajar.

10.2 Pendekatan Belajar melalui Bermain                     Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui aktiviti ini mereka akan  melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaan psikomotor,

Page 15: nota ADHD

kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi. Oleh  itu, guru hendaklah memastikan permainan yang dirancang menepati ciri-ciri berikut:

  Permainan tersebut mesti bebas dan terancang iaitu mengikut langkah yang tersusun.  Aktiviti tersebut dapat diterokai oleh murid dan mempunyai perkaitan dengan persekitaran

yang telah dilalui oleh murid.  Memberi peluang kepada murid untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga guru hendaklah

sentiasa menggalakkan murid dengan melibatkan secara aktif dalam aktiviti tersebut.

10.3     Pendekatan Pengajaran Bertema            Pendekatan pengajaran bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas. Pemilihan tema mestilah bersesuaian denngan persekitaran, tahap murid, situasi yang berkaitan dengan murid dan peristiwa         semasa. Di samping itu, guru hendaklah menggunakan pemeringkatan daripada      yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang lebih khusus. Dengan itu guru           dapat mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran terhadap murid.Pemilihan tema     perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

  Bersesuaian dengan kehidupan murid  Memberi peluang  untuk mengaplikasikan kemahiran kepada murid kanak-kanak ADHD

seperti mendengar, membaca, menulis, mengira, menaakul dan sebagainya.  Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.  Memilih aktiviti yang sesuai berdasarkan subtopic yang diajar bagi membantu murid

mempelajari isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam konteks yang lebih bermakna.10.4     Pendekatan Pembelajaran berdasarkan Pengalaman.            Pendekatan Pembelajaran pengalaman adalah berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini dapat meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri sendiri bagi melaksanakan kaedah ini guru hendaklah memastikan sumber untuk proses pembelajaran mudah diperolehi dan memastikan suasana yang positif untuk proses pembelajaran. Tambahan lagi, guru hendaklah memastikan murid dapat mengimbangi intelek dan emosi dalam pembelajaran serta berkongsi perasaan dan pemikiran murid tanpa mengongkong            perasaan mereka ketika berinteraksi. Antara prinsip-prinsip pendekatan      pembelajaran pengalaman ialah guru memberikan latihan dan peneguhan denganmengaitkan pembelajaran yang baru dalam kehidupan sebenar murid seperti       sekolah, keluarga dan komuniti. 10.5    Pendekatan Kolaborasi            10.5.1  Latihan Kemahiran Kerja                        Latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khasbermasalah pembelajaran terutamanya bagi kanak-kanak ADHD. Matlamat utama     latihan ini adalah sebagai memberikan kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi          dan kemahiran asas yang berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran       kerja  terbahagi kepada tiga bentuk iaitu:

  Latihan Dalaman

Page 16: nota ADHD

Bagi latihan dalaman ini, guru boleh melaksanakan aktiviti berbentuk projek seperti membuat mural di luar bilik darjah, memelihara ikan di dalam kolam di sekitar sekolah, mewujudkan sudut taman mini dan juga membuat biskut bagi jualan di kantin atau koperasi sekolah. Ketika mengadakan aktiviti ini, guru hendaklah membuat pemantauan dan pemerhatian bagi menilai kemahiran yang dibuat oleh murid. Selain itu, guru juga hendaklah sentiasa memerhati tingkah laku murid bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

  Latihan yang melibatkan aktiviti luar kelas atau luar sekolahBagi aktiviti ini guru boleh bekerjasama dengan agensi luar untuk mengadakan projek yang melibatkan murid-murid ADHD ini. Antara projek yang boleh dilakukan seperti menghasilkan kraftangan yang mudah seperti bunga telur, bakul daripada kertas surat khabar dan sebagainya.

  Latihan kerja sebenarBagi mewujudkan kerja sebenar bagi sesuatu latihan kerja guru boleh mengadakan latihan kerja yang mudah seperti membersihkan kelas dan juga persekitaran sekolah.            10.5.2  Aktiviti Luar Bilik Darjah                        Bagi aktiviti di luar waktu pembelajaran ini adalah bertujuan untuk            memberi peluang kepada murid memperoleh pengalaman yang sebenar untukditeroka, bersosialisasi dan     berkomunikasi dengan pelbagai lapisan masyarakat.     Ia juga             adalah aktiviti yang     menggembirakan di samping memperoleh ilmu            pengetahuan    yang dapat      diaplikasikan oleh kanak-kanak ADHD ini di dalam             kehidupan seharian mereka. Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah   adalah aktiviti             seperti lawatan ke tempat kraftangan atau seni kraf, perkhemahan ,       kem motivasi, aktiviti riadah dan sebagainya.10.6     Ganjaran dan hukuman            Ganjaran adalah alat yang paling berkesan untuk menguruskan tingkah laku.kanak-kanak lebih cenderung untuk memberikan reaksi yang positif terhadap pujian atau ganjaran sebaliknya hukuman akan menjadi kurang efektif dan kadangkala mendatangkan negative terhadap murid atau guru. Sebagai guru pendidikan khas, guru perlu menetapkan peraturan bilik darjah yang jelas, khusus dan ringkas yang dapat difahami oleh murid ADHD ini. Guru juga perlu memastikan murid sentiasa memahami perkara yang akan berlaku sekiranya mereka melanggar peraturan tersebut. Guru juga boleh mengubah peraturan mengikut kesesuaian jika diperlukan dan ia mesti dibincang bersama dengan murid-murid ADHD ini. Selain itu, guru juga hendaklah memberikan ganjaran dan  pujian terhadap tingkah laku yang khusus dengan serta merta seperti bagus, bijak, ingatan yang baik, menakjubkan dan sebagainya. Tetapi sekiranya kanak-kanak ADHD ini masih tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru dengan sempurna guru hendaklah mengucapkan kata-kata yang memberikan motivasi untuk menyelesaikan tugasan itu dengan lebih baik. Umpamanya,  cuba sekali lagi ,pasti kamu berjaya, peningkatan kamu agak baik walaupun tidak sempurna. Selain itu guru juga menggunakan pelekat bintang di hadapan kelas bagi menunjukkan peningkatan pretasi murid-murid ADHD ini di dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesannya murid akan berlumba untuk berada paling atas dan ini akan meningkatkan motivasi mereka dalam pembelajaran.

Page 17: nota ADHD

11.0     Kesimpulan                        Justeru itu kecelaruan ADHD ini adalah gangguan tingkah laku yang perlu di tangani dengan serius oleh semua pihak. Ini kerana kanak-kanak yang        mengalami gangguan ADHD ini akan bertindak secara agresif yang akan mengganggu kanak-           kanak lain terutamanya ketika berada di sekolah. Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak termasuk NGO dan pihak kerajaan. Seperti yang telah dibincangkan masalah ini semakin meningkat di kalangan kanak-kanak  terutamanya kanak-kanak lelaki. Jika tidak dibendung dan dirawat boleh menyebabkan kanak-kanak ADHD ini terbabit dengan salah laku jenayah yang      serius apabila dewasa nanti. Jadi, peranan ibu bapa sebagai orang yang paling rapat amatlah penting bagi menangani permasalahan kecelaruan ADHD ini. Mereka perlu sentiasa memberi sokongan, kasih sayang dan kemesraan terhadap anak-anak            ADHD agar kanak-kanak ini tidak berasa rendah diri dan bertindak dengan agresif di dalam perlakuan mereka. Namun begitu,  kasih sayang yang melampau juga   akan memberi kesan yang negative terhadap kanak-kanak ini. Justeru itu,  ibu bapa perlu menyatakan garis dan batasan tertentu yang perlu mereka patuhi.             Memberikan didikan agama  yang bermula dari kecil lagi akan dapat  memberi panduan  bahawa terdapat undang-undang yang perlu mereka patuhi. Ibu bapa juga hendaklah tidak memandang rendah  terhadap kebolehan mereka sebaliknya ibu bapa sentiasa memberi dorongan yang positif agar jati diri mereka terbina.            Peranan guru juga adalah penting bagi menangani kanak-kanak ADHD ini. Dengan itu hubungan baik  di antara guru dan murid bermasalah ADHD ini diwujudkan. Kebijaksanaan dan kawalan emosi yang tinggi dengan bersikap terbuka dan sabar perlu diamalkan apabila berhadapan dengan murid yang mengalami masalah ADHD ini. Jelaslah  disini kerjasama di antara guru, ibu bapa, komuniti masyarakat dan juga pihak kerajaan amat diperlukan bagi menangani masalah ADHD ini di kalangan kanak-kanak. Rawatan segera perlu dilakukan agar kanak-kanak ADHD ini