nota bab2.doc

5
BAB 2: MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 2.1 TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN Keganasan 14 hari oleh Bintang Tiga 1. Selepas Jepun menyerah kalah, PKM melalui cawangan tenteranya yang dikenali sbg Malayan People’s Anti- Japanese Army (MPAJA) telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari. 2. MPAJA menggunakan lambang ____________ yang mewakili 3 kaum, iaitu Melayu, Cina dan India. 3. Antara keganasan yang dilakukan ialah: (a) Batu Pahat( Johor) membunuh seorang penghulu. (b) Jelebu (Negeri Sembilan) menghina tempat suci orang Islam spt masjid (c) Kampung Bakor dan Sungai Manik (Perak) membakar rumah bersama penghuninya pada waktu malam. 4. Di Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan _________________________ telah bertindak balas untuk menyerang orang Cina, namun ____________________________ berjaya menghalang orang Melayu daripada memulakan pertumpahan darah. 5. Ketegangan kaum ini hanya dapat diatasi melalui penubuhan ___________________________(PTB). 6. Tujuan Pentadbiran Tentera British (PTB) (September 1945-Mac 1946) diperkenalkan adalah untuk melaksanakan pentadbiran ___________________ sebelum pentadbiran awam dperkenalkan. 7. Antaranya kejayaan PTB ialah: (a) menghapuskan penguasaan PKM selama 14 hari di Tanah Melayu. (b) memujuk PKM dan MPAJA menyerahkan senjata. (c) mengawal dan menghentikan ___________ ___________________________________ . (d) mewujudkan keamanan dan ___________ _______________________. Nilai dan Iktibar Generasi hari ini perlu mengelakkan sebarang peristiwa seperti ini daripada berlaku semula kerana keganasan bukanlah penyelesaian kepada sebarang masalah. 2.2 MALAYAN UNION 1946 1. Pada _______________________, Malayan Union diisytiharkan oleh British di King s House (Carcosa Sri Negara) dan Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama di Tanah Melayu. 2. Tujuan penubuhan Malayan Union ialah: (a) mengurangkan dan mengawal kuasa politik orang Melayu (b) mengukuhkan pertahanan British (c) membentuk satu bangsa Malayan Union (d) menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri (e) menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British. (f) menjamin terus penguasaan British (g) memastikan sumbangan golongan imigran (h) mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan seragam 3. Pentadbiran Malayan Union telah mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada ________________________________. 4. Pentadbiran Malayan Union merupakan pentadbiran bersifat kesatuan. 5. Tujuan British memperkenalkannya adalah untuk mengukuhkan pengaruh politik dan ekonomi British. 6. Malayan Union juga merupakan satu bentuk penjajahan secara mutlak. 7. Ciri-ciri utama pentadbiran Malayan Union: (a) terdiri daripada Negeri- negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah daripada Negeri-negeri Selat (kecuali Singapura) yang digabungkan dalam satu unit politik. (b) diketuai oleh __________________ yang dilantik oleh Raja England. (c) Majlis ______________ dan Majlis ______________ Malayan Union dibentuk.

Transcript of nota bab2.doc

Page 1: nota bab2.doc

BAB 2: MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

2.1 TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN

Keganasan 14 hari oleh Bintang Tiga1. Selepas Jepun menyerah kalah, PKM melalui

cawangan tenteranya yang dikenali sbg Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari.

2. MPAJA menggunakan lambang ____________ yang mewakili 3 kaum, iaitu Melayu, Cina dan India.

3. Antara keganasan yang dilakukan ialah:(a) Batu Pahat( Johor) – membunuh seorang

penghulu.(b) Jelebu (Negeri Sembilan) – menghina tempat

suci orang Islam spt masjid(c) Kampung Bakor dan Sungai Manik (Perak) –

membakar rumah bersama penghuninya pada waktu malam.

4. Di Batu Pahat dan Muar, orang Melayu di bawah pimpinan _________________________telah bertindak balas untuk menyerang orang Cina, namun ____________________________berjaya menghalang orang Melayu daripada memulakan pertumpahan darah.

5. Ketegangan kaum ini hanya dapat diatasi melalui penubuhan ___________________________(PTB).

6. Tujuan Pentadbiran Tentera British (PTB) (September 1945-Mac 1946) diperkenalkan adalah untuk melaksanakan pentadbiran ___________________ sebelum pentadbiran awam dperkenalkan.

7. Antaranya kejayaan PTB ialah:(a) menghapuskan penguasaan PKM selama 14

hari di Tanah Melayu.(b) memujuk PKM dan MPAJA menyerahkan

senjata.(c) mengawal dan menghentikan ___________

___________________________________.(d) mewujudkan keamanan dan ___________

_______________________.

Nilai dan IktibarGenerasi hari ini perlu mengelakkan sebarang peristiwa seperti ini daripada berlaku semula kerana keganasan bukanlah penyelesaian kepada sebarang masalah.

2.2 MALAYAN UNION 1946

1. Pada _______________________, Malayan Union diisytiharkan oleh British di King’s House (Carcosa Sri Negara) dan Edward Gent dilantik sebagai Gabenor Malayan Union yang pertama di Tanah Melayu.

2. Tujuan penubuhan Malayan Union ialah:(a) mengurangkan dan mengawal kuasa politik

orang Melayu(b) mengukuhkan pertahanan British(c) membentuk satu bangsa Malayan Union(d) menyediakan Tanah Melayu ke arah

berkerajaan sendiri(e) menjimatkan perbelanjaan pentadbiran British.(f) menjamin terus penguasaan British(g) memastikan sumbangan golongan imigran(h) mewujudkan suatu pentadbiran yang cekap dan

seragam3. Pentadbiran Malayan Union telah mengubah status

Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada ________________________________.

4. Pentadbiran Malayan Union merupakan pentadbiran bersifat kesatuan.

5. Tujuan British memperkenalkannya adalah untuk mengukuhkan pengaruh politik dan ekonomi British.

6. Malayan Union juga merupakan satu bentuk penjajahan secara mutlak.

7. Ciri-ciri utama pentadbiran Malayan Union:(a) terdiri daripada Negeri-negeri Melayu

Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah daripada Negeri-negeri Selat (kecuali Singapura) yang digabungkan dalam satu unit politik.

(b) diketuai oleh __________________ yang dilantik oleh Raja England.

(c) Majlis ______________ dan Majlis ______________ Malayan Union dibentuk.

(d) Kewarganegaraan yang sama rata berdasarkan prinsip _________________, iaitu kerakyatan yang diberikan berdasarkan tempat kelahiran seseorang.

(e) Raja-raja hanya menjadi ahli Majlis Melayu yang membincangkan soal agama Islam dan ______________________________.

(f) Setiap negeri diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri sebagai ketua pentadbir.

(g) Parlimen __________ menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.

Page 2: nota bab2.doc

2.3 REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

1. Pelaksanaan Malayan Union mendapat penentangan daripada orang Melayu kerana:(a) penghapusan kedaulatan raja-raja Melayu(b) tamadun orang Melayu terhakis(c) kerakyatan ____________ mengancam status

quo orang Melayu(d) membantah tindakan Sir Harold MacMichael

mengancam Raja-raja Melayu2. Sekumpulan kecil orang Melayu yang bersifat

radikal menyokong Malayan Union. Antaranya ialah:(a) Barisan Tani Malaya (BATAS)(b) Angkatan Pemuda Insaf (API)(c) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)(d) Angkatan Wanita Sedar(AWAS)

3. Malayan Democratic Union (MDU) menyokong Malayan Union dan menuntut Sngapura dimasukkan ke dalam Malayan Union.

4. Golongan imigran bergabung dalam All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) di bawah pimpinan Tun Tan Cheng Lock untuk menyokong Malayan Union.

Cara penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union

1. Penentangan secara individu:(a) Bagi menentang Malayan Union,

______________________ telah menulis surat kepada Utusan Melayu untuk menyeru orang Melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization(U.M.O)

(b) Raja-raja Melayu turut membantah Malayan Union. Sebagai contoh, Sultan Johor menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Tanah Jajahan.

(c) Malayan Union juga ditentang oleh bekas pegawai British yang berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, Sir Federick Weld dan Sir Cecil Clementi Smith. Mereka menentang secara terbuka melalui akhbar The Times di London.

2. Penentangan melalui akhbar- Orang Melayu juga membuat bantahan secara

berterusan melalui akhbar Majlis , ________________ dan _______________.

3. Penentangan secara kolektif (berkumpulan)(a) Demonstrasi secara aman: Dilakukan oleh orang Melayu di beberapa

bandar utama bagi membantah tindakan Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.

Demonstrasi tersebut berlaku di:- Alor Setar, Kedah yg disertai seramai 50 000

orang- Kota Bharu, Kelantan yg disertai seramai

10 000 orang- Johor Bahru, Johor, orang ramai berkumpul di

hadapan Masjid Sultan Abu Bakar(b) Persatuan-persatuan Melayu ditubuhkan

atau dihidupkan semula bagi menghantar telegram dan surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Antaranya ialah Persatuan Melayu Terengganu dan Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor.

(c) Kongres Melayu Pertama: telah diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946

di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kongres Melayu bersetuju untuk menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) bagi menentang Malayan Union.

(d) Kongres Melayu Kedua: Kongres Melayu yang kedua telah

diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946 untuk membantah pengisytiharan Malayan Union yang akan diadakan pada 1 April 1946.

Kongres ini memutuskan 3 perkara, iatu:- Meminta Raja-raja Melayu memulaukan

upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union.

- Meminta orang Melayu yang dilantik dalam majlis pentadbiran Malayan Union agar memulaukan pelatikan tersebut.

- Meminta orang Melayu ________________ dengan melilitkan kain putih pada songkok selama 7 hari.

(e) Mengadakan rapat umum: Orang Melayu turut mengadakan rapat

umum di bandar-bandar utama semasa lawatan ahli Parlimen England, iaitu L.D. Gammans dan David Rees Williams pada bulan Mei 1946.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sejauhmanakah orang Melayu menentang Malayan Union.

(f) Peranan kaum wanita. Antaranya ialah: Cikgu Zahara Abdullah dari Batu Pahat Halimahton Majid, pemimpin Kaum Ibu

UMNO, Rembau Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid,

Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama

Persatuan Kaum Ibu Selangor.

Page 3: nota bab2.doc

2.4 UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATIONS (UMNO)

1. Presiden UMNO yang pertama ialah ______________________________________.

2. Matlamat UMNO pada tahun 1946 ialah untuk ______________________________ manakalamatlamat UMNO pada tahun 1949 ialah menuntut ___________________________.

3. Cogan kata ‘Hidup Melayu’ digunakan pada peringkat awal dan kemudiaanya ditukarkan kepada ‘Merdeka’.

4. Antara tokoh yang penting dalam UMNO ialah:(a) Dato’ Panglima Bukit Gantang(b) Dato’ Nik Ahmed Kamil(c) Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba)(d) Dato’ Hamzah Abdullah

2.5 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

1. Jawatankuasa Eksekutif yang terdiri daripada pegawai kanan British, wakil Raja-raja Melayu dan wakil UMNO dibentuk pada 25 Julai 1946 untuk menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

2. Pada Februari 1948, terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu.

3. Sebab-sebab British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu:(a) Tidak mahu orang Melayu menggunakan

____________________menentang British(b) British tertarik dengan sikap

___________________ orang Melayu(c) British tidak mahu Parti Komunis Malaya

(PKM) mempengaruhi orang Melayu(d) British juga ingin menjalankan dasar

______________________.

Ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 Konsep ____________________________,

iaitu raja yang bertakhta mengikut perlembagaan telah diperkenalkan.

Syarat kerakyatan ____________________- Kerakyatan diberikan secara kuat kuasa

undang-undang kepada rakyat raja dan rakyat British

- Kerakyatan juga diberikan secara permohonan

- Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri (kecuali Singapura)

- Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu dan diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

- Majlis Raja-raja Melayu dibentuk bagi menggantikan Majlis Melayu.

- ____________________________ menjadi ketua Persekutuan- Beliau dibantu oleh Majlis Mesyuarat Eksekutif dan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.

Latihan Objektif (Tingkatan 3:Bab 1)

Tokoh JawatanAbang Haji Openg Pegawai Daerah di KuchingDr. Burhanuddin al-Helmy

Penasihat Kebudayaan dan Istiadat Melayu

Ibrahim Hj. Yaacob Leftenan Kolonel pasukan Pembela Tanah Air (PETA)

1. Jadual di atas menunjukkan penglibatan tokoh tempatan dalam pentadbiran Jepun.Apakah kesan penglibatan tersebut?A. Mewujudkan para intelekB. Mencapai kemerdekaan negaraC. Mengekalkann status quoD. Melahirkan golongan pemimpim

2. Ekonomi Tanah Melayu semakin merosot semasa pentadbiran Jepun antara tahun 1942-1945.Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi keadaan tersebut?A. Menghentikan perdagangan antarabangsaB. Memperkenalkan ekonomi kawalanC. Melahirkan tenaga mahirD. Mengimport bahan makanan

Samad : Syukurlah,Jepun dah menyerah kalah di Singapura. Aku tak sanggup nak makan ubi kayu hari-hari.Ayob : Itu boleh tahan lagi. Aku paling tak tahan pakai baju guni.

3. Dialog di atas mungkin berlaku semasa penjajahan Jepun di negara kita.Apakah pengajaran daripada dialog tersebut?A. Bersatu untuk mencapai kemajuanB. Berusaha mengelak penjajahan asingC. Bekerjasama untuk kesejahteraan hidup

Nilai dan IktibarKita perlulah berganding bahu untuk memajukan diri dan mempertahankan kadaulatan bangsa dan negara. Pendek kata ‘Negara kita tanggungjawab kita’.

Page 4: nota bab2.doc

D. Bertoleransi untuk keharmonian kaum

4. Peta di bawah menunjukkan negeri yang diserahkan oleh Jepun kepada Thailand semasa Perang Dunia Kedua.

Mengapakah Jepun bertindak demikian?A. Menerima bekalan senjataB. Menghalang kehadiran tentera asingC. Memperoleh maklumat sulitD. Mendapat kemudahan laluan tentera

Latihan Objektif (Tingkatan 3:Bab 2)

Cukai yang tinggi kepada penduduk kampung Merampas harta benda orang kampung Melakukan keganasan yang tidak

berperikemanusiaan1. Tindakan di atas dilakukan oleh anggota Malayan

People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) di Tanah Melayu.Mengapakah anggota MPAJA bertindak demikian?A. Kekurangan sumber kewanganB. Kelewatan penubuhan kerajaanC. Kelemahan pertahanan BritishD. Keganasan tentera Jepun

2. Apakah tujuan Pentadbiran Tentera British (PTB) dilaksanakan di Tanah Melayu pada September 1945?A. Menguatkuasakan undang-undangB. Melaksanakan pentadbiran peralihanC. Menjadi asas sistem pentadbiranD. Melatih pegawai perkhidmatan awam

Pentadbiran Tentera BritishTempoh September 1945- Mac 1946Ketua Sir Ralph Hone

3. Jadual di atas menerangkan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu.Apakah kejayaan yang dicapai oleh Btitish dalam tempoh tersebut?I menegakkan undang-undangII mewujudkan keamananIII menjimatkan perbelanjaan

IV memberi latihan kepimpinanA. I dan II C. II dan IIIB. I dan IV D. III dan IV

4. Akhbar di atas memainkan peranan penting membincangkan isu semasa pada tahun 1946.Apakah isu yang dibincangkan?A. Pembentukan MalaysiaB. Pelaksanaan pilihan rayaC. Penubuhan Malayan UnionD. Pengisytiharan darurat

Ah Leong: Bertuah sungguh anak saya, Mei Ling. Dia dilahirkan pada 1 April 1946.Krishnan : Anak awak layak mendapat taraf kerakyatan Malayan Union.

5. Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan imigran pada tahun 1946.Mengapakah Mei Ling layak mendapat taraf kerakyatan Malayan Union?A. Sokongan kerajaan BritishB. Kemahiran berbahasa InggerisC. Mendapat restu Raja MelayuD. Pelaksanaan prinsip jus soli

Tempat PeristiwaAlor Setar Demonstrasi mengecam

Sir Harold MacMichaelKota Bharu6. Jadual di atas berkaitan dengan tempat berlakunya

demonstrasi pada tahun 1946.Mengapakah demonstrasi tersebut berlaku?A. Membantah keganasan komunisB. Menolak Persekutuan Tanah MelayuC. Menghalang kemasukan imigranD. Menentang pelaksanaan Malayan Union

Tarikh 1 – 4 Mac 1946Pengerusi Dato’ Onn Ja’afarKehadiran 41 Persatuan Melayu

7. Maklumat dalam jadual di atas menerangkan Kongres Melayu yang pertama.Apakah kesan daripada kongres tersebut?A. Pengisytiharan Persekutuan Tanah MelayuB. Pembubaran Kesatuan Melayu MudaC. Penubuhan UMNOD. Pengenalan Sistem Ahli

Majlis Warta Malaya Utusan Melayu

Page 5: nota bab2.doc

8. Mengapakah orang Melayu menerima Persekutuan Melayu 1948?A. Negara mendapat kemerdekaanB. Membentuk perpaduan kaumC. Menguasai bidang ekonomiD. Memperoleh perlindungan istimewa

9. Rajah di atas menunjukkan perjuangan UMNO.Apakah X ?A. Menyekat kedatangan imigranB. Mempertahankan sikap kenegerianC. Memajukan pendidikanD. Membanteras ancaman komunis

Menyatupadukan orang Melayu

X

Memajukan ekonomi orang Melayu

Mewujudkan parti bercorak kebangsaan

Perjuangan UMNO 1946