Nota Bina Ayat

2
3a. Panduan Menjawab Soalan Membina Ayat. 1. Baca arahan soalan dengan teliti. 2. Pastikan setiap ayat ada subjek dan predikat. 3. Binalah ayat majmuk dan elakkan menulis ayat tunggal. 4. Kenal pasti jenis ayat yang ingin dibina. 5. Jangan ubah kata dengan menambah / membuang imbuhan yang diberikan. 6. Jangan jadikan kata yang diberi itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. 7. Dibenarkan membina ayat jenis dialog. 8. Pastikan tatabahasa betul. Umumnya terdapat 12 jenis ayat dalam soalan membina ayat a. membina ayat daripada kata ganda. Contohnya : makan-makan b. membina ayat daripada pasangan kata ganda dan kata majmuk. Contohnya ; makan-makan makan minum c. membina ayat daripada pasangan kata ganda dan kata berimbuhan. Contohnya : masak-masak Memasakkan d. membina ayat daripada kata pasangan kata dan kata ganda Contoh : malam – semalam-malaman e. membina ayat daripada pasangan kata dan kata ganda seluruh. Contohnya : agar - agar-agar f. membina ayat daripada pasangan kata dan kata majmuk.. Contohnya : lalu - lalu lintas g. membina ayat daripada kata yang hampir sama maknanya. Contohnya ; merebus, mengukus h. membina ayat daripada kata homograf (sama eja tapi lain sebutan) contoh : sepak – sepak i. membina ayat daripada pasangan kata yang berbeza makna tetapi hampir sama bunyi. Contoh : belot – belut j. membina ayat daripada kata dan kata berimbuhan. Contohnya : didik - didikan k. membina ayat daripada pasangan kata berimbuhan Contoh : kenyataan – penyataan l. membina ayat daripada kata majmuk dan kata majmuk berimbuhan. Contohnya ; kuat kuasa - dikuatkuasakan Contoh soalan : Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan penggunaan dan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) dekat (ii) berdekatan (iii) terdekat (iv) pendekatan (v) mendekatkan (vi) mendekati (6 markah) Jawapan : [email protected] 019-575 4572 ©

description

..

Transcript of Nota Bina Ayat

Page 1: Nota Bina Ayat

3a. Panduan Menjawab Soalan Membina Ayat.

1. Baca arahan soalan dengan teliti.2. Pastikan setiap ayat ada subjek dan predikat.3. Binalah ayat majmuk dan elakkan menulis ayat

tunggal.4. Kenal pasti jenis ayat yang ingin dibina.5. Jangan ubah kata dengan menambah / membuang

imbuhan yang diberikan.6. Jangan jadikan kata yang diberi itu sebagai

peribahasa atau kata nama khas.7. Dibenarkan membina ayat jenis dialog.8. Pastikan tatabahasa betul.

Umumnya terdapat 12 jenis ayat dalam soalan membina ayat

a. membina ayat daripada kata ganda.Contohnya : makan-makanb. membina ayat daripada pasangan kata ganda dan

kata majmuk.Contohnya ; makan-makan makan minumc. membina ayat daripada pasangan kata ganda dan

kata berimbuhan.Contohnya : masak-masak Memasakkand. membina ayat daripada kata pasangan kata dan

kata gandaContoh : malam – semalam-malamane. membina ayat daripada pasangan kata dan kata

ganda seluruh.Contohnya : agar - agar-agarf. membina ayat daripada pasangan kata dan kata majmuk..Contohnya : lalu - lalu lintasg. membina ayat daripada kata yang hampir sama

maknanya.Contohnya ; merebus, mengukush. membina ayat daripada kata homograf (sama eja

tapi lain sebutan)contoh : sepak – sepaki. membina ayat daripada pasangan kata yang

berbeza makna tetapi hampir sama bunyi.Contoh : belot – belutj. membina ayat daripada kata dan kata berimbuhan.Contohnya : didik - didikank. membina ayat daripada pasangan kata

berimbuhanContoh : kenyataan – penyataanl. membina ayat daripada kata majmuk dan kata

majmuk berimbuhan.Contohnya ; kuat kuasa - dikuatkuasakan

Contoh soalan :

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan penggunaan dan perbezaan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) dekat(ii) berdekatan(iii) terdekat(iv) pendekatan(v) mendekatkan(vi) mendekati (6 markah)

Jawapan :

(i) “Saya duduk dekat dengan pintu masuk kelasnya”, kata Pie kepada Ct.

(ii) Suasana di rumah Shazlan sangat nyaman dan dingin kerana berdekatan dengan kaki Gunung Ledang.

(iii) Jiran terdekat Shaz ialah Sham yang bekerja sebagai pemandu bas mini.

(iv) Dewasa ini pendekatan psikologi digunakan untuk memulihkan penagih dadah.

(v) Setelah dia gagal dalam peperiksaan SPM dia mula insaf dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

(vi) Shazmi cuba mendekati orang gila itu tetapi malangnya dia telah dipukul oleh orang gila tersebut.

Latihan :

a. Susah i. sabut - serabutb. Senang ii. tunjuk - telunjukc. Berani iii. guruh - gemuruhd. Berange. Insentiff. Inisiatif

Latihan :a. Bungab. Berada c. Pukul

[email protected] 4572 ©