Nota Caya Langkara

5
Peranan watak Raja Jin dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) 1. Sebagai penyelamat/pembantu kepada Caya Langkara Contoh : Raja Jin membunuh penunggu penjara dan ramai rakyat Raja Peringgi yang menyerang/hendak membunuh Caya Langkara/Raja Jin membantu menyelamatkan Caya Langkara yang diserang dan hendak dibunuh oleh penunggu penjara dan rakyat Raja Peringgi. 2. Sebagai hikmat/kesaktian kepada Caya Langkara Contoh: Mangkubumi/Menteri Raja Peringgi/Raja Mesir merasa hairan kerana semasa sedang mengepung dan berperang dengan Caya Langkara, dirinya ditangkap oleh sesuatu yang tidak nampak dilihat ( Raja Jin ). Peranan watak Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) 1.Membantu orang yang dalam kesusahan Contoh: Caya Langkara membantu Muqaddam dan Muqaddimyang kehausan di dalam hutan dengan memberikan air minuman. 2.Pemberi semangat Contoh: Caya Langkara memberi semangat kepada Muqaddam dan Muqaddim supaya tidak takut kepada raksasa dan harimau yang ditemui mereka di hutan. 3.Penyelamat Contoh: Caya Langkara menyelamatkan Muqaddam dan Muqaddim dengan mengeluarkan mereka dari penjara Raja Peringgi. 4.Orang yang berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir Contoh: Caya Langkara telah berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir seperti yang dikehendaki oleh Tuan Puteri Ra’ana Kassen. 5. Orang yang mempertemukan jodoh kepada Muqaddam dan Muqaddim Contoh: Caya Langkara mencadangkan kepada Raja Peringgi agar Tuan Puteri Ratna Dewi dikahwinkan dengan Muqaddam dan kepada Raja Mesir agar Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala dikahwinkan dengan Muqaddim. 6. Pembawa kembang kuma-kuma putih ke negeri Mesir Contoh: Caya Langkara telah membawa kembang kuma-kuma putih yang berakar di tapak tangan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen kepada Raja Mesir. 7.Menjodohkan Raja Madinah dengan bondanya Contoh: Caya Langkara telah menitahkan tuan kadi mengahwinkan Raja Madinah dengan bondanya Tuan Puteri Sekandrum. 8. Pendakwah/penyebar agama Islam Contoh: Caya Langkara telah mengislamkan ajar-ajar dan Raja Jin di negeri Peringg Peranan watak kucing putih dan kucing hitam dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) 1.Pengawal keselamatan Contoh: Kucing putih dan kucing hitam diarahkan oleh naga kuna supaya mengawal keselamatan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen yang keluar dari gua bersama dengan Caya Langkara. 2.Sebagai pesuruh/orang suruhan Contoh: Caya Langkara menyuruh kucing putih dan kucing hitam pergi memanggil naga kuna supaya datang ke tempatnya secepat mungkin untuk mengambil kembang kuma-kuma putih/Naga kuna menyuruh kucing putih dan kucing hitam mencari Caya Langkara. 3. Sebagai perisik/pengintip Contoh: Kucing putih dan kucing hitam masuk ke dalam pagar mangkumi Raja Mesir di kota

description

nota novel bm

Transcript of Nota Caya Langkara

Page 1: Nota Caya Langkara

Peranan watak Raja Jin dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) 1. Sebagai penyelamat/pembantu kepada Caya Langkara    Contoh : Raja Jin membunuh penunggu penjara dan ramai rakyat Raja Peringgi yang menyerang/hendak membunuh Caya Langkara/Raja Jin membantu menyelamatkan Caya Langkara yang diserang dan hendak dibunuh oleh penunggu penjara dan rakyat Raja Peringgi. 2. Sebagai hikmat/kesaktian kepada Caya Langkara     Contoh: Mangkubumi/Menteri Raja Peringgi/Raja Mesir merasa hairan kerana semasa sedang mengepung dan berperang dengan Caya Langkara, dirinya ditangkap oleh sesuatu yang tidak nampak dilihat ( Raja Jin ).   

Peranan watak Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) 1.Membantu orang yang dalam kesusahan  Contoh: Caya Langkara membantu Muqaddam dan Muqaddimyang kehausan di dalam hutan dengan memberikan air minuman. 2.Pemberi semangat      Contoh: Caya Langkara memberi semangat kepada Muqaddam      dan Muqaddim supaya tidak takut kepada raksasa dan harimau yang ditemui mereka di hutan. 3.Penyelamat  Contoh: Caya Langkara menyelamatkan Muqaddam dan Muqaddim dengan mengeluarkan mereka dari penjara Raja Peringgi. 4.Orang yang berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir   Contoh: Caya Langkara telah berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak gunung Mesir seperti yang dikehendaki oleh Tuan Puteri Ra’ana Kassen. 5.  Orang yang mempertemukan jodoh kepada Muqaddam dan Muqaddim   Contoh:  Caya Langkara mencadangkan kepada Raja Peringgi agar Tuan Puteri Ratna Dewi dikahwinkan dengan Muqaddam dan kepada Raja Mesir agar Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala dikahwinkan dengan Muqaddim. 6. Pembawa kembang kuma-kuma putih ke negeri Mesir   Contoh: Caya Langkara telah membawa kembang kuma-kuma putih yang berakar di tapak tangan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen kepada Raja Mesir.  7.Menjodohkan Raja Madinah dengan bondanya  Contoh: Caya Langkara telah menitahkan tuan kadi mengahwinkan Raja Madinah dengan bondanya Tuan Puteri Sekandrum. 8. Pendakwah/penyebar agama Islam    Contoh: Caya Langkara telah mengislamkan ajar-ajar dan Raja Jin di negeri Peringg

Peranan watak kucing putih dan kucing hitam dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) 1.Pengawal keselamatan   Contoh: Kucing putih dan kucing hitam diarahkan oleh naga kuna supaya mengawal keselamatan Tuan Puteri Ra’ana Kaseen yang keluar dari gua bersama dengan Caya Langkara. 2.Sebagai pesuruh/orang suruhan   Contoh: Caya Langkara menyuruh kucing putih dan kucing hitam pergi memanggil naga kuna supaya datang ke tempatnya secepat mungkin untuk mengambil kembang kuma-kuma putih/Naga kuna menyuruh kucing putih dan kucing hitam mencari Caya Langkara. 3. Sebagai perisik/pengintip   Contoh: Kucing putih dan kucing hitam masuk ke dalam pagar mangkumi Raja Mesir di kota Mesir pada waktu malam untuk merisik Caya Langkara yang hilang. Melalui perbualan yang didengar di antara mangkubumi dengan isterinya, Caya Langkara telah ditangkap dan dibawa ke negeri Raja Peringgi. 4. Pemberi maklumat   Contoh: Kucing putih dan kucing hitam memberitahu kepada naga kuna yang Caya Langkara telah ditangkap dan dibawa ke negeri Raja Peringgi. 5. Sebagai hikmat/kuasa sakti Caya Langkara   Contoh: Caya Langkara mengeluarkan kucing putih dan kucing hitam yang besarnya seperti gajah dan rupanya seperti harimau mengusir Raja dan rakyat Raja Jin yang menyerang dan hendak menangkapnya di negeri Peringgi.

Unsur-unsur agama Islam dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) Maksud unsur agama Segala  hal-ehwal yang berkaitan dengan amalan, kepercayaan, kebajikan, gelaran jawatan, peristiwa kebesaran, zaman, tahun,  bulan, waktu, benda, tempat, hukum hakam, peralatan  dan sebagainya yang ada kaitan dengan keagamaan

Page 2: Nota Caya Langkara

Islam.  Unsur-unsur agama Islam dalam petikan     Maka sembah kadi, “ Ramainya”. Maka kadi pun tersenyum serta mengucap syukur “ alhamdulillahi Rabbil’alamin”. Maka sembah kadi, “ Ya tuanku, adapun alamat adinda itu akan menjadi raja besar terlalu sangat saktinya, insya-Allah Taala”.                                                        ( Dipetik dari Hikayat Caya Langkara, Teks SKSH, hal. 177 )    1. Ada gelaran jawatan     Contoh: Kadi 2. Adanya mengucapkan syukur kepada Allah     Contoh: Kadi mengucapkan syukur “alhamdulillahi Rabbil’alamin. 3. Ada menyebut perkataan insya-Allah Taala     Contoh: Kadi menyebut insya-Allah Taala.  Unsur-unsur agama Islam dalam Hikayat Caya Langkara 1.Ada menyebut perkataan Allah SWT   Contoh: Tuan Puteri Sekandrum terlalu sangat hendak beranak tiada juga diberi Allah SWT akan anak. 2.Dengan takdir Allah Taala   Contoh: Dengan takdir Allah Taala Tuan Puteri Sekandah Bayang-bayang/Tuan Puteri Sekandrum pun hamillah. 3.Berdoa kepada Allah SWT   Contoh: Tuan Puteri Sekandrum berdoa kepada Allah SWT untuk mendapatkan seorang anak lelaki.   4.Adanya mengucapkan syukur alhamdulillahi  Rabbil’alamin   Contoh: Para ahli nujum mengucapkan syukur alhamdulillahi Rabbil’alamin di atas kelahiran Caya Langkara. 5.Adanya ilmu falak   Contoh: Para ahli nujum menyuruh Raja Saiful Muluk/raja negeri Ajam Saqat mencari kadi yang tahu ilmu falak untuk mendapatkan makna sebenar nama puteranya Caya Langkara. 6.Adanya gelaran jawatan kadi   Contoh: Kadi al-Mauli. 7.Adanya nama nabi   Contoh: Nabi Sulaiman/Muhammad SAW   8.Nama-nama negeri/negara yang berunsurkan Islam   Contoh: Negeri Mesir/negeri Madinah 9.Adanya konsep dosa dan pahala   Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen melarang Muqaddam dan Muqaddim berbuat dosa kepada Allah SWT iaitu untuk mengkhianati saudaranya Caya Langkara. 10.Adanya konsep neraka dan syurga   Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen memberi tahu kepada Muqaddam dan Muqaddim bahawa orang yang melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT akan dimasukkan ke dalam neraka jahanam. 11.Ada menyebut perkataan insya-Allah   Contoh: Tuan Puteri Ra’ana Kaseen memberitahu kepada Muqaddam dan Muqaddim ayahanda mereka insya-Allah akan mati jika menangkapnya. 12.Memberi sedekah     Contoh: Caya Langkara memberi sedekah           kepada fakir miskin semasa berada di negeri Mesir. 13. Berdakwah/menyebarkan agama Islam      Contoh: Caya Langkara mengislamkan ajar-     ajar dan Raja Jin di negeri Peringgi.  

Unsur-unsur kesaktian/luar biasa/mitos dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) Segala perkara yang berlaku dan wujud di luar akal pemikiran logik manusia sama ada peristiwa, benda, perlakuan, tindakan sesuatu watak dan lain-lain.  Unsur-unsur mitos/sakti/luar biasa dalam petikan Maka Muqaddam dan Muqaddim pun tertidur ia di bawah pohon kayu beringin terlalu besar. Maka dilihat oleh Caya Langkara, Muqaddam dan Muqaddim tidur seperti orang mati, maka Caya Langkara pun naik ke atas pohon beringin itu. Maka dipatahkannya pucuk beringin itu dengan takdir Allah SWT maka terbitlah air daripada pucuk beringin itu memancar-mancar seperti pancuran keluar air dari dalam pucuk beringin itu. Maka Caya Langkara pun membangunkan saudaranya, maka ujarnya, “Hai kakandaku, bangunlah minum air”.                              ( Dipetik daripada Hikayat Caya Langkara, Teks SKSH, hal. 185-186 )  Unsur mitos/sakti ialah:  Caya Langkara mematahkan pucuk pohon beringin dan dengan takdir Allah SWT keluar pancuran air daripada pucuk tersebut.    Maka kata Caya Langkara, “Hai kakanda janganlah takut sudah adat anak laki-laki”. Maka kata Muqaddam dan Muqaddim, “Mengapa menangis berteriak”. Maka ujar Caya Langkara, ”Hai raksasa dan harimau, nyahlah engkau dari sini kerana kakanda ini takut  melihat engkau.” Maka kata raksasa dan harimau , “Ya tuanku Caya Langkara, hamba ini hendak menerangkan Tuanku Caya Langkara hamba ini tuanku pada tempat kembang kuma-kuma putih itu”.                                         ( Petikan daripada Hikayat Caya Langkara Teks SKSH, hal. 186 )  Unsur-unsur mitos/sakti ialah:  1.Harimau dan raksasa dapat bercakap dengan Caya Langkara. 2.Kembang kuma-kuma putih    Unsur-unsur mitos/sakti/luar bias dalam Hikyat Caya Langkara  1.Kembang kuma-kuma putih   Contoh: Muqaddam/Muqaddim/TP Ra’ana Kaseen/Caya Langkara  pergi ke puncak gunung Mesir untuk

Page 3: Nota Caya Langkara

mendapatkan kembang kuma-kuma putih. 2.Pucuk pohon beringin mengeluarkan air   Contoh: Caya Langkara yang naik ke atas pohon beringin dan mematahkan pucuknya menyebabkan keluar air yang terlalu banyak. 3.Naga yang besar dan boleh bercakap   Contoh: Naga yang membuka mulut bibir atasnya setinggi puncak gunung Mesir dan bibir bawahnya di kaki gunung.  4.Naga kuna yang ajaib   Contoh: Naga kuna yang marah telah menghempaskan dirinya di dalam gua menyebabkan gua runtuh dan bumi bergerak. 5.Air laut yang bercahaya/bernyala-nyala   Contoh: Caya Langkara yang berpegang pada daun kembang kuma-kuma sehelai berenang di tengah laut dan air laut menjadi bercahaya/bernyala-nyala. 6.Sebuah pulau di tengah laut bercahaya seperti cahaya matahari   Contoh: Ajar-ajar di atas bukit Peringgi ternampak Caya Langkara  yang duduk di atas air laut seperti sebuah pulau yang bercahaya seperti cahaya matahari.  7.Gunung terlalu besar   Contoh: Ajar-ajar yang marah kepada Caya Langkara telah mengeluarkan senjatanya berupa gunung terlalu besar dan hendak digugurkan kepada Caya Langkara. 8.Kuda putih/Caya Langka Kisna Sina yang terlalu besar   Contoh: Caya Langkara terlihat seekor kuda putih yang terlalu besar hendak menyambarnya. 9.Api yang terlalu besar   Contoh: Ajar-ajar mengeluarkan api yang terlalu besar hendak memakan Caya Langkara. 10.Hujan batu terlalu besar dan lebat   Contoh: Raja Jin Kafir yang marah kepada Caya Langkara telah terbang ke udara dan menurunkan hujan batu terlalu besar dan sangat lebat.  11.Rakyat tujuh laksa   Contoh:  Mangkubumi Raja Peringgi membawa rakyat seramai tujuh laksa untuk menangkap Caya Langkara yang menceroboh negerinya. 12.Makanan naga kuna   Contoh: Raja Peringgi memerintahkan rakyatnya memasak beberapa ekor kerbau, unta, lembu, kambing, kijang, nasi dan daging setinggi bukit untuk dijadikan makanan naga kuna. 13.Raja Jin/rakyat Jin menangkap mangkubumi Raja Peringgi   Contoh: Mangkubumi Raja Peringgi merasa hairan kerana tidak nampak orang yang menangkap dan menawannya. 14. Kelajuan naga kuna berenang di dalam laut   Contoh:  Naga kuna berenang di dalam laut yang kelajuannya seperti anak panah dan tidak sempat dilihat orang.

Cabaran-cabaran hidup watak Caya Langkara dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) Menjadi mangsa fitnah oleh Muqaddam dan Muqaddim sehingga dibuang bersama bondanya ke hutan rimba oleh ayahandanya/Raja Saiful Muluk. Hampir-hampir dibunuh oleh ayahandanya/Raja Saiful Muluk akibat difitnah oleh Muqaddam dan Muqaddim yang mengatakan Caya Langkara membawa maksud negeri akan menjadi celaka dan rakyat akan susah. Menangis kerana kehausan air/susu semasa berada di dalam gua bersama bondanya/Tuan Puteri Sekandrum. Ditolak dari puncak gunung negeri Mesir ke dalam laut oleh Muqaddam dan Muqaddim dengan niat untuk membunuhnya. Ditutup dan dibakar pintu gua oleh Muqaddam dan Muqaddim dengan niat untuk membunuhnya. Berperang dengan ajar-ajar dan Raja Jin Kafir di negeri Peringgi sewaktu hendak membebaskan Tuan Puteri Ra'na Kaseen, Muqaddam dan Muqaddim di penjara negeri Peringgi. Berperang dengan mangkubumi dan rakyat negeri Mesir. Berperang dengan mangkubumi dan rakyat negeri Peringgi. Berperang dengan penunggu/penjaga penjara negeri Peringgi

ujuan/sebab-sebab Muqaddam/Muqaddim, Tuan Puteri Ra'na Kaseen, Tuan Puteri Ratna Dewi dan Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala mencari kembang kuma-kuma putih dalam Hikayat Caya Langkara ( Teks Seuntai Kasih Secebis Harapan ) Muqaddam dan Muqaddim pergi mencari kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja Saiful Muluk seperti yang disuruh oleh ahli nujum. Tuan Puteri Ra'na Kaseen pergi mencari kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit ayahandanya Raja Negeri Madinah seperti yang disuruh oleh seorang tua dalam mimpinya. Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ( Puteri Raja Negeri Mesir ) pergi mencari kembang kuma-kuma putih di puncak gunung negeri Mesir kerana diberitahu oleh seorang perempuan tua dalam mimpinya yang mengatakan ada sejenis permainan bunga tujuh

Page 4: Nota Caya Langkara

warna yang sangat indah ( kembang kuma-kuma putih ) dipegang oleh seorang perempuan yang terdapat di puncak gunung negeri Mesir. Tuan Puteri Ratna Dewi ( Puteri Raja Peringgi ) bermimpi bertemu dengan seorang perempuan tua yang memberitahu ada suatu permainan yang paling ajaib ( kembang kuma-kuma putih ) yang sesuai untuk permainan anak raja-raja yang sedang di bawa oleh seorang perempuan dan dua orang lelaki di puncak gunung negeri Mesir. Ayahandanya ( Raja Negeri Peringgi ) telah memerintahkan mangkubumi dan hulubalang Peringgi pergi mencari kembang kuma-kuma putih tersebut di puncak gunung negeri Mesir.