NOTA Cerpen 3- idola T5.doc

download NOTA Cerpen 3- idola T5.doc

of 4

Transcript of NOTA Cerpen 3- idola T5.doc

Cerpen 3 Idola ( Zaen Kasturi )TemaHuraian

Cerpen ini bertemakan / mengutarakan tema kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar.Contohnya, Penjaga panggung di sebuah tempat pementasan menyimpan minat yang tinggi untuk menjadi hero bangsawan seperti idolanya. Dia menganggap hero itu gagah perkasa kerana berjaya menempuh semua halangan sedangkan perkara itu hanya lakonan. Dia akhirnya dinasihati oleh idolanya agar berpijak di bumi nyata.

PersoalanHuraian

Persoalan tentang kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Contohnya, si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil kerana pendapatannya rendah.

Persoalan tentang suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Contohnya, si penjaga panggung sentiasa berangan-angan menjadi hero.

Persoalan tentang kejujuran memberikan pengertian kehidupan yang sebenar. Contohnya, hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.

Persoalan tentang kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Contohnya, isteri si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya.

Persoalan tentang rasional dalam membuat sebarang keputusan atau perkaraContohnya, isteri si penjaga panggung berfikiran rasional dengan menasinati suaminya agar berada dalam dunia realiti dan bukannya masih berimaginasi.

Watak dan Perwatakan

(i) Si Penjaga Panggung ( Watak Utama ) Luaran watak Bekerja sebagai penjaga panggung bangsawan pada waktu malam. Mempunyai sepuluh orang anak

Perwatakan Si penjaga panggung seorang yang bercita-cita tinggi. Contohnya, si penjaga panggung menyimpan cita-cita yangtinggi untuk menjadi hero bangsawan yang berjaya sepertiidolanya. Si penjaga panggung keras kepala. Contohnya, dia tidak menerima pandangan isterinya agar

menerima hakikat untuk menjadi dirinya sendiri. Si penjaga panggung keliru dengan pendirian diri terhadap idola. Contohnya, Si penjaga panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.

Penyayang Contohnya, dia masih mengingati isteri dan 10 orang anaknya di rumah meskipun pada masa itu dia sedang bekerja. Si penjaga panggung seorang yang ikhlas. Contohnya, dia ikhlas memuji lakonan pelakonyang memegang watak hero.

Si penjaga panggung seorang yang berterus terang. Contohnya, ketika dia menemui pelakon yang memegang watak hero,dia menyatakan bahawa dia inginmemegang watak hero seperti pelokon tersebut.

(ii) Isteri si penjaga panggung ( Watak Sampingan ) Luaran watakMempunyai 10 orang anak.

Perwatakan Isteri si penjaga panggung berfikiran terbuka dan ingin mengubah nasib. Contohnya, isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.

Isteri si penjaga panggung seorang yang rasional.Contohnya, isteri si penjaga panggung berfikiran rasional

dengan menasinati suaminya agar berada dalam duniarealiti dan bukannya masih berimaginasi.

Isteri si penjaga panggung seorang penyabar. Contohnya, dia tetap bersabar dengan sikap keras kepala suaminya yang sukar menerima nasihat.

(iii) Hero Bangsawan ( Watak Sampingan )

Luaran watak Pelakon yang hebat di pentas

Perwatakan

Hero Bangsawan seorang yang rendah diriContohnya, dia mengatakan lakonannya biasa sahajaapabila dipuji oleh penjaga panggung.

Hero Bangsawan seorang yang rasionalContohnya, dia sedar akan realiti kehidupan.Walaupundia hebat dalam pementasan, tidak semestinya dia juga hebatdalam kehidupan sebenar.

Hero Bangsawan seorang yang beramanah dan bertanggungjawab.Contohnya, dia melakonkan watak hero dengan penuh tanggungjawab dan amanah kepada pengarahpementasan dan penonton yang membelanjakan duit untuk membeli tiketnya. Hero Bangsawan suka memberikan nasihatContohnya, dia menasihati penjaga panggung agar menjadi diri sendiri kerana kehidupan alam realiti lebih mencabar dan menuntut perjuangan yang bersungguh-sungguh. Hero Bangsawan seorang yang suka berterus terang

Contohnya, dia memberitahu si penjaga panggung bahawa kehebatan lakonannya di pentas bangsawan tidak sama dengan kehidupannya yang sebenar.

Nilai / Pengajaran Huraian

Kasih sayang

Kita hendaklah menyayangi keluarga Contohnya, si penjaga panggung masih mengingati isteri dan 10 orang anaknya di rumah meskipun pada masa itu dia sedang bekerja.

Rasional

Kita hendaklah berfikiran rasional dalam kehidupan kitaContohnya, isteri si penjaga panggung berfikiran rasional dengan menasinati suaminya agar berada dalam dunia realiti dan bukannya masih berimaginasi.

Kejujuran

Kita hendaklah jujur dalam pekerjaanContohnya, dengan jujurnya, hero memberitahu kenyataan hidup berbeza dengan dunia lakonan.

Keinsafan Kita hendaklah insaf dan berusaha berpijak di bumi nyataContohnya, penjaga panggung akhirnya sedar bahawa angan-angannya untuk menjadi hero dalam pementasan tidak akan tercapai.

Kesabaran

Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam rumahtangga

Contohnya, isteri penjaga panggung sabar menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.

Ketabahan Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anakContohnya, isteri penjaga panggung tabah menghadapi cabaran membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin dan tinggal di kawasan setinggan.

Latar

Latar masa Waktu malamContohnya, penjaga panggung baru selesai menyusun

12 buah kerusi di dalam panggung sedangkan masih ada beratus-ratus buah kerusi lain yang perlu disusunnya. Waktu petang . Contohnya, penjaga panggung menemui pelakon yangmemegang watak hero dalam pementasan dan merekaberbual-bual.

Latar tempat

Rumah penjaga panggung

Contohnya, penjaga panggung sekeluarga tinggal didalam rumah yang kecil,di sebatang lorong yangsempit ,longkang yang busuk airnya dan dikambusisampah sarap. Panggung bangsawan Contohnya, pementasan sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.

Latar masyarakat

Masyarakat yang terlibat dengan pementasan,Contohnya, hero bangsawan merupakan pelakon pentas. Masyarakat yang tinggal di perkampungan setingganContohnya, keluarga penjaga panggung yang tinggal di perkampungan setinggan, rumahnya kecil dan terletak disebatang lorong yang sempit, tepi longkang. Masyarakat yang suka akan hiburanContohnya, penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan. Masyarakat yang suka berkhayalContohnya, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero.

Gaya BahasaContoh

Kata ganda putera-puteri

Peribahasa merendah diri

Personifikasi kerusi-kerusi tetap kaku

Sinkof ku

Metafora kawah lupa diri

Hiperbola suaranya bak halilintar

Repetisi sutradara tidak tahu. Pemilik panggung tidak tahu. Pelakon-pelakon tidak tahu