Nota CTU 211 (Sejarah Sains Dan Teknologi Islam)

download Nota CTU 211 (Sejarah Sains Dan Teknologi Islam)

of 25

Transcript of Nota CTU 211 (Sejarah Sains Dan Teknologi Islam)

CTU 211: SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAMTajuk 1: Sains dan Teknologi Dalam Islam.1.1 Konsep S&TMaksud sains Maksud teknologi Kedudukan s&t dalam Islam

1.2 Ciri sains Islam

Keagamaan Saintifik Universal Sepadu Harmoni

1.1 Konsep sains dan teknologiMAKSUD SAINS Berasal dari perkataan Latin scientia yang bermaksud TAHU.

Sains moden: Suatu cabang ilmu pengetahuan yang mengkaji himpunan pernyataan yang terbukti, atau fakta-fakta yang dicerap dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hukum-hukum umum. Ilmu yang didapati melalui metodologi saintifikSains dibahagikan kepada 3: 1. Sains tulen (pure science)- pengetahuan tentang alam dan kejadian-kejadian di dalamnya. 2. Sains gunaan (applied science)- pengetahuan tentang cara memanfaatkan kejadiaan alam untuk kegunaan manusia. 3. Sains sosial (social science)- ilmu yang berkaitan dgn kaedah manusia menguruskan hidupnya.

Sains Islam pula adalah merujuk kepada disiplin ilmu yang bersumberkan wahyu dan intelek, mempunyai hubungan dengan metafizik dan mempunyai prinsip yang selari dengan ajaran Islam.

Takrif sains dalam Islam adalah lebih luas berbanding sains yang biasa difahami kini.Istilah sains dalam budaya ilmu Islam berkait rapat dengan konsep ilmu yg membawa erti literal sebagai ilmu.

1. 2. 3.

Dibahagikan kepada 3 kategori: Sains propaedeutik Sains syariah Sains falsafah

Kategori Sains dalam Islam

Sains propaedeutik

Sains syariah

Sains falsafah

Contoh: Membaca Menulis Timbangan Pertanian Biografi Sejarah

Contoh:

Contoh: Ilmu tajwid Hadith Syariah Tafsir

LogikMatematik

Sains Tabie

Meteorologi

Mineralogi

Fizik

Geologi

Perbezaan sains moden dgn sains Islam:Sains moden

Sains Islam

Terbatas kepada sains tabie/ pure science. Metodologi saintifik terbatas kepada kaedah empirikal, logikal dan matematikal semata-mata. Tidak memartabatkan keagamaan / ketuhanan sebagai sumber ilmu dan kebenaran yg mutlak. Tidak menerima wahyu sbg sumber ilmu. Membina sistem nilai tersendiri yg bertunjangkan humanisme dan rasionalisme yg diasaskan oleh Aristotle.

Meliputi pelbagai disiplin ilmu. Metodologi sains Islam memperakui kaedah yang bukan empirikal seperti ilham dan gnostik (marifah, al-kasyf, kaedah tasawuf). Memartabatkan agama di tempat yang tertinggi dan menerima wahyu sebagai sumber ilmu.

Sains moden: Bersifat reductionism, iaitu memisahkan satu persoalan yang ingin ditangani dengan persoalan lain. Akibatnya, lahirlah saintis yg hanya mengetahui bidang pengkhususannya sahaja tanpa mengambil tahu bidang ilmu lain, hingga tercetus krisis moral dan etika. Bersifat kebendaan dan sekular. Membataskan kepada alam nyata sahaja. Menolak kewujudan alam ghaib, kuasa ghaib dan alam akhirat. Akibatnya, lahir golongan atheis dan manusia menghadapi krisis jiwa.

Sains Islam: Menitikberatkan nilai-nilai sosial, moral dan etika dalam sains. Tidak mengasingkan sains dari agama. Tidak terbatas kepada alam nyata yg dapat dipegang, dilihat dan dirasa sahaja.

Maksud teknologiDari segi bahasa: Techne (Yunani) seni atau kerja tangan. Logos wacana atau kata-kata sistematik. Merujuk kepada ilmu yg bersifat praktikal, berbeza dgn sains (bersifat teoretikal). Ilmu praktis / teknik yg membolehkan manusia membuat sesuatu perubahan yg bermanfaat ke atas alam tabie. Dari segi istilah: Ilmu pengetahuan dan tindakan yg bersistem Biasanya dikaitkan dgn proses industri. Kegiatan berkaitan dgn proses kejuruteraan.

Teknologi Dalam IslamIstilah yg membawa maksud yg sama ialah sinaah, atau ilmu gunaan. Pengetahuan yg berhubung dgn teknik menggunakan pengetahuan sains. Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia. Teknologi yg memberi manfaat tiada unsur kerosakan. Tidak terkeluar dari etika serta prinsip dasar Islam.

Makna ILMU dalam Islam:

Menurut Syed Naquib Al-Attas, knowledge is the arrival of the meaning into the soul, or vice versa. Ilmu berbeza dgn maklumat. Ilmu mesti memberi MAKNA (meaningful), tetapi maklumat tidak semestinya memberi makna. e.g: Komputer boleh memindahkan maklumat, tetapi tidak mampu memindahkan MAKNA sesuatu perkara ke dalam jiwa manusia tiada akal. Ilmu juga berbeza dgn kemahiran (skill). Kemahiran: memasak, menjahit, bersukan, martial arts, etc. e.g: Robot boleh dicipta dgn mempunyai pelbagai kemahiran, tetapi robot tidak dapat memindahkan ilmu (transfer of knowledge) kepada manusia tiada

Kedudukan sains dan teknologi dalam Islam:

Sains dgn maksud ilmu dalam sistem pendidikan Islam merangkumi bidang ilmu yg dinamakan sbg sains transmisi dan sains intelek. Kefardhuan sains dalam Islam merangkumi dua kefardhuan : 1. Fardhu Ain (sains transmisi) 2. Fardhu kifayah (sains intelek) Sains dan teknologi termasuk dalam bidang sains fardhu kifayah yg memberi sumbangan besar dalam menyempurnakan sains fardhu ain. e.g: Ilmu falak penting untuk mengetahui waktu mula dan berakhirnya puasa.

SAINS

Sains transmisi *

Sains Intelek

Al Quran

As sunnah

Aqidah

Syariah

Akhlak

Perubatan

Astronomi

Kimia*Sains transmisi dikenali juga sebagai Ilmu Wahyu

Pertanian

Biologi

1. Keagamaan Menerima wahyu sebagai sumber ilmu, disamping perolehan kajian dan cerapan manusia melalui akal. Sains bersifat Rabbani menghubungkan Pencipta dalam aktiviti sains dan teknologi. Allah sebagai Pencipta dan Penyebab yg pertama. Sains sebagai cara mengabdikan diri kepada Allah Taala. Terikat dgn batas-batas hukum dan etika Islam meninggalkan segala yg dilarang dan menyeru kepada kebaikan. Salah satu kaedah penyaksian terhadap kebesaran Allah s.w.t.

Ciri-ciri sains Islam

2. Saintifik Bersifat objektif, rasional, empirikal dan sintesis. 3. Universal Dihasilkan oleh Muslim dan non-Muslim. Penyumbang pelbagai bangsa, budaya dan lokasi. 4. Sepadu Tidak memisahkan antara cabang-cabang ilmu. Tanggungjawab F.A dan F.K yg sepadu. Kajian yg menyeluruh. Kajian alam fizik tidak terpisah dari metafizik. Tidak terpisah dari kepercayaan kepada Allah.

5. Harmoni Tidak bercanggah antara sains dan agama. Kajian menuju kepada matlamat mengabdikan diri kepada Allah Taala.

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAMMENGAPAKAH KITA PERLU BELAJAR DAN FAHAM SAINS DAN TEKNOLOGI? a) Tuntutan Agama. - Allah swt menggesa manusia melihat kepada kejadian alam.

Firman Allah swt dalam surah al:)461( Baqarah

Maksud ayat:Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

b)

Sebagai Khalifah Di Muka Bumi. - Oleh itu kita perlukan kepada ilmu sains dan teknologi.

c)

Supaya Manusia Ambil Iktibar. - Melihat bukan dgn sekadar mata kasar ttp memahami setiap fenomena dgn mata hati.

: )191-091 : Firman Allah swt (Ali Imran

Maksudnya:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

d)

Supaya Manusia Mampu Menetukan Dan Membuat Sesuatu Ramalan. - Menentukan Tarikh Membuat Ramalan seperti gerhana, cuaca, perubahan musim dll.

e) Supaya manusia mampu berkarya dan berinovasi.

PERANAN SAINS DAN TEKNOLOGI DLM ISLAM:1)

MEMBANTU MANUSIA MENGENALI ALLAH. - Lebih 750 ayat saintifik yg menyentuh fenomena alam dan menunjukkan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. - Cth : al-Quran terangkan bahawa manusia berasal drp Adam dan Adam drp tanah. Kajian analisis kimia menunjukkan 92 unsur tanah terdapat dlm diri manusia yg berbeza kadarnya.

-

Cth : Firman Allah ( Surah al-Anbiya :30):

Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

2) MEMBANTU MANUSIA MENTAUHIDKAN ALLAH SWT. 3) MEMBANTU MANUSIA MEMENUHI KEPERLUAN HIDUP. 4) MEMBANTU DLM PELAKSANAAN SYARIAT.

KESAN PENGABAIAN S&T KPD UMAT ISLAM:Beri Kesan Negatif Kpd : a) Sosial Ketinggalan Jatuh maruah b) Ekonomi Bergantung kuasa asing Teknologi di tangan org bkn Islam.

c) Politik

Penjajahan ke atas dunia IslamSains yg terpisah dr nilaian agama Berlaku sistem pendidikan dualisme Bergantung Teknologi Barat. Dunia Islam semakin mundur

d)

Pendidikan

e) Teknologi