Nota EDU - Eseimen
-
Upload
noormardiana -
Category
Documents
-
view
81 -
download
0
description
Transcript of Nota EDU - Eseimen
Soalan 2: Huraikan lima langkah ke arah menwujudkan perpaduan di
kalangan pelajar.
Isu Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum penting untuk
difikirkan. Kita melihat perbezaan bukan sahaja dari segi etnik malahan
dari aspek ekonomi, kebudayaan dan agama. Sesuatu etnik adalah
mustahil untuk menjadi etnik yang lain. Maka struktur ekonomi, budaya
dan pendidikan telah dijadikan pemangkin untuk mencapai
perpaduan. Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar
pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia
juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Integrasi di
peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan’. Untuk itu,
pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta
integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin
masa hadapan.
Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui
mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum
boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok
Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan
tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana
pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional,
demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak
nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar
sekolah, untuk semua peringkat persekolahan.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang
berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan
aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik
darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan
pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar
untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.
Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan
hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan
masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar
dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.
Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di
peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk
kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat.
Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat
kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari
sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan,
perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira
apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke
arah perpaduan di antara palajar-pelajar.
Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran
pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia
berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira
agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan.
Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke
Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali
ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini,
wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk
sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.
Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-
badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah
dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini
dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi
di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan
mula berbunga apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan
berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti.
Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk
sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-
peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar
belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.
Aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan
penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Generasi awal
terutamanya para pelajar sekolah rendah perlu didedahkan betapa
pentingnya perpaduan dalam arus masyarakat Malaysia yang besifat
majmuk ini. Mahu tidak mahu, perkara ini turut melibatkan sistem
pendidikan negara kerana melalui pendidikanlah, generasi pelajar dapat
membentuk dan mencorakkan masyarakat Malaysia pada masa
hadapan. Ianya selaras dengan pepatah Melayu iaitu “ melentur buluh
birlah dari rebungnya”. Mereka ini perlu dan semestinya didedahkan
bahawa perpaduan kaum begitu bermakna dan akibat buruk yang akan
timbul daripada sikap curiga mencurigai di antara mereka. Dapat
disimpulkan bahawa, peranan seorang guru dalam mewujudkan
perpaduan dikalangan para pelajar amatlah besar. Namun, kerjasama
dari pihak yang lain juga perlu dalam merialisasikan perpaduan ini.
Rujukan:
1. Bunn Nagara (2005). Melihat Wawasan 2020 dengan Jelas. (Online).
http://www.malaysia-today.net-0404
2. Sekolah Wawasan Lurah Bilut Berkesan. (Online).
http://www.cikgu.net.my
3. My Wawasan 2020. (Online). http://www.groups.msn.com.html
4. Sekolah Wawasan. (Online). http://www.emoe.edu.my
rencana
ARKIB : 30/05/2013
Agenda perpaduan perlu diperluas di sekolahOleh Lee Lam Thye
TIMBALAN PERDANA MENTERI, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan bahawa kemajuan dan pembangunan negara terletak pada keupayaan guru dalam menyatukan generasi muda dengan menggalakkan mereka memupuk dan menerapkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan mereka.
Ia harus ditekankan bahawa Kementerian Pelajaran memainkan peranan yang penting dalam menyatukan sesebuah negara.
Tugas dalam mengharungi cabaran ini perlu dipikul oleh guru-guru yang merupakan ejen atau contoh teladan demi integrasi antara kaum dan perpaduan negara.
Keperluan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar dan meningkatkan semangat patriotik mereka berdasarkan prinsip Rukun Negara amatlah tinggi jika kita ingin melihat dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu-padu.
Selain guru-guru, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dengan menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan kaum lain dan mempunyai rakan-rakan dari pelbagai kaum selaras dengan 1Malaysia.
Walaupun kerajaan memainkan peranan utama ke arah mencapai perpaduan melalui dasar-dasar serta tindakan namun penglibatan ibu bapa adalah perlu untuk mendidik anak-anak mereka mengenai perpaduan.
Kanak-kanak tetap kanak-kanak dan mereka ini buta warna. Fikiran mereka tidak dicemari oleh isu-isu
perkauman. Pada mereka, semua orang adalah sama. Mereka boleh bergaul dan bermain dengan satu sama lain tanpa mengira kaum.
Saya telah beberapa kali menekankan bahawa kanak-kanak dan orang muda sama sekali tidak sedar bahawa orang di sebelahnya adalah dari bangsa lain atau berlainan agama. Pada mereka, hanya satu perkara yang mereka perlu sedar iaitu dia adalah sahabat mereka.
Setiap hari yang berlalu, anak-anak Malaysia perlu dengan gigih memecahkan jurang perkauman, mendekati dan berkawan dengan orang dari kumpulan etnik lain.
Ibu bapa yang sendiri dibesarkan dalam persekitaran yang berbilang kaum dan bergaul dengan rakan-rakan pelbagai kaum harus menggalakkan anak-anak mereka sendiri bergaul dengan kaum lain supaya mereka sedar bahawa betapa pentingnya keharmonian antara kaum dan agama.
Kanak-kanak dan golongan muda daripada pelbagai kaum harus diajar untuk menghormati antara satu sama lain selaras dengan semangat 1 Malaysia.
Perpaduan harus menjadi satu prinsip panduan untuk semua sekolah dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum terutamanya aktiviti sukan bagi memupuk persefahaman antara kaum.
Program perlu diperkenalkan dan dimulakan untuk membawa para pelajar dari sekolah-sekolah yang berbeza iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil bagi membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul demi kepentingan pembangunan negara.
Pelajar pada hari merupakan pemimpin masa depan kita. Mereka harus memikul tanggungjawab dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dengan matlamat yang sama.
Perpaduan dan keharmonian mesti diterapkan dalam budaya kita dan lebihkan peluang kepada kanak-kanak dan golongan muda daripada pelbagai kaum untuk berinteraksi
dan menjalin persahabatan serta persefahaman demi masa depan negara kita dan 1Malaysia.
TAN SRI LEE LAM THYE
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130530/re_06/Agenda-perpaduan-perlu-diperluas-di-sekolah#ixzz3TWa3gIfg © Utusan Melayu (M) Bhd
http://psasir.upm.edu.my/20471/1/scan0026.pdf - utk keratan akhbar scan 0026
http://www.1malaysia.com.my/en/affiliates/langkah-mengukuhkan-perpaduan-dalam-kalangan-rakyat-malaysia-0
ArticlesLangkah Mengukuhkan Perpaduan Dalam Kalangan Rakyat MalaysiaSeptember 15th, 2014
Setiap tahun menjelang sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan, rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Jika slogan tersebut dibaca dan diteliti, ia akan membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.
Perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan
negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”.
Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik.
Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah.
Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.
Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.
Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.
http://tuanmat.tripod.com/pupuk.htmlTAJUK: Cadangkan cara-cara memupuk integrasi etnik di Sekolah
1.0 Pendahuluan Sistem pendidikan yang ada di sesebuah negara boleh menjadi salah satu cara memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara etnik. Sebagaimana yang kita tahu sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yag mana kebanyakannya semua kaum atau etnik berada dalam satu bumbung yang sama. Dari situlah pelbagai kaum atau etnik dapat mempelajari nilai-nilai murni sesuatu kaum dan sterusnya menghayati proses sosialisasi secara mudah. Dengan cara tersebut bolehlah mereka mewujudkan perpaduan sebagaimana yang diharapkan oleh sekolah, masyarakat dan bangsa. Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mengwujudkan integrasi di antara etnik. Walaupun banyak kemajuan dapat dilihat dalam hubungan antara etnik pada hari ini , tetapi masih banyak yang perlu dilakukan bagi memantapkan proses integrasi ini. Cabaran-cabaran dan masalah yang timbul, menunjukkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah perlu dikemaskini dan dimantapkan lagi. Perlu ada dasar atau rancangan yang lebih konkrit bagi mencapai objektif integrasi antara etnik di sekolah. Ia hendaklah bukan sekadar di kulit luaran tetapi isinya. Pada hari ini tidak dinafikan menerusi sistem dua aliran yang ada, integrasi antara etnik di sekolah telah mencapai banyak kemajuan. Walaubagaimana pun masih banyak yang perlu dilakukan lagi bagi memantapkan lagi proses integrasi antara etnik di sekolah. Proses integrasi yang berlaku pada masa ini kadangkala menghadapi pelbagai masalah yang timbul. Ini jika tidak diatasi boleh melambatkan proses integrasi di sekolah. Oleh pelbagai rancangan dan dasar haruslah difikir dan dikaji bagi menjadikan sekolah sebagai pusat integrasi antara etnik yang terbaik.
2.0 Definisi Integrasi dan Etnik Etnik atau etnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai keturunan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Mengikut kamus Dewan pula, etnik merujuk kepada sesuatu kaum atau masyarakat majmuk yang mempunyai kelompok, yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem politik yang sama. Mengikut Sufean Hussein (1996) integrasi bermaksud menyatukan etnik-etnik atau kelompok-kelompok yang terasing pada asalnya kepada satu bentuk lain yang tersendiri. Mengikut Khalid Yaakub (1982) pula, integrasi pula merupakan proses menyatupadukan secara budaya dan sosial kelompok-kelompok sosial yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum dan tersendiri. Mengikut Mohd Salleh Lebar (1998), integrasi yang diterima atau yang biasa dikehendaki ramai adalah satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum dan mewujudkan pula pembentukkan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri dikalangan mereka.
3.0 Cara-cara memupuk integrasi etnik di sekolah 3.1 Memantapkan lagi perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Di Malaysia, pelbagai cara digunakan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di sekolah. Antaranya menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan yang menggunakan sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa penghantar yang sama. Sebagai contoh dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Moral pendekatan yang lebih baik digunakan agar pelajar dapat memahami tentang keperluan moral, sosial, agama dan kepercayaan kepada tuhan serta menjadi warga negara yang baik. Pelajar-pelajar juga sering bergaul antara pelbagai etnik secara lebih dekat semasa diadakan kegiatan ko-kurikulum, kerja luar dan juga semasa belajar dalam kelas. Dengan cara kegiatan tersebut agak mudah untuk guru memupuk semangat bekerjasama antara etnik dan saling faham dan memahami antara satu dengan lain. Sebahagian daripada dasar dan tindakan strategik ini telah dilaksanakan dengan berkesan walaupun belum sepenuhnya. Misalnya dasar penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, sekurang-kurangnya telah mewujudkan generasi dari pelbagai etnik yang lebih komunikatif antara satu sama lain dan lebih saling memahami. Walau bagaimana di waktu ini cabaran terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara etnik kadangkala dapat dilihat jelas. Walaupun Dasar Pendidikan Kebangsaan membenar sekolah dua aliran tetapi kita hendaklah memastikan matlamat penggunaan bahasa Melayu di semua sebagai alat integrasi tercapai. Sementara itu dalam Rancangan Malaysia Pertama, Kedua dan Ketiga, kerajaan terus memperkuatkan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan negara. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia Ketiga penekanan utama dalam proses integrasi ialah dengan penggunaa bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar
utama, pembentukan keperibadian, pembahagian sumber-sumber negara dengan lebih saksama dan penyatuan sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak melalui sistem pendidikan kebangsaan pada akhir tahun 1960-an.. Oleh itu pembaharuan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang bertujuan untuk menggantikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kurikulum yang sedia ada dengan unsur-unsur yang lebih mantap bagi memupuk integrasi antara etnik perlu disegerakan. Ini kerana Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah teras bagi sistem persekolahan di negara kita. Dasar-dasar yang tidak sesuai daengan kehendak semasa haruslah digantikan bagi memastikan integrasi di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengana baik.
3.2 Menjadikan sekolah sebagai alat perpaduan Sistem persekolahan sekarang yang memisahkan pelajar mengikut bahasa penghantar dan perbezaan kumpulan etnik tidak dapat memainkan peranannya yang berkesan untuk memupuk perpaduan dan persefahaman dikalangan pelajar. Usaha-usaha yang gigih harus diambil untuk mengatasi segala bentuk pengasingan dan pemisahan yang sengaja diadakan. Satu sistem persekolah yang sama patut diperkenalkan dengan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar untuk membentuk satu generasi baru yang mempunyai keperibadian Malaysia. Di samping itu, hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaan masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini hendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini juga harus didasarkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan genarasi muda negara ini adalah mengatasi segala kepentingan-kepentingan lain. Pendidikan juga dapat memupuk integrasi etnik di sekolah dengan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya. Bahasa Melayu pelu diperkayakan sebagai bahasa ilmu yang lengkap. Usaha ini bukan saja meletakkan taraf bahasa Melayu di tempat sewajarnya, tetapi dapat membantu merapatkan hubungan antara etnik di sekolah dengan penggunaan satu bahasa. Bahasa Melayu sebagai alat untuk berinteraksi dapat mewujudkan semangat kekitaan di kalangan pelajar yang berbilang etnik. Sekolah juga harus bertujuan menggalakkan pelajar-pelajar supaya boleh berfikir dan berani mengeluarkan pendapat. Pelajar-pelajar yang berlainan etnik perlu didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya. Melalui ko-kurikulum pula pelajar-pelajar dari semua kumpulan etnik hendaklaha digalakkan bercampur gaul dan memceburkan diri dalam menjalankan aktiviti-aktiviti di sekolah. Dengan ini sekolah akan melahirkan rakyat Malaysia bersatupadu dan mempunyai semangat kemalaysiaan yang kuat walaupun berlainan etnik.
3.4 Pendemokrasian Pendidikan Pendemokrasian pendidikan juga dapat memupuk integrasi antara etnik
Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar. Samada di bandar atau luar bandar rekabentuk sekolah-sekolah yang dibina adalah sama. Di samping itu alat-alat yang dibekalkan seperti kerusi, meja, almari adalah seragam di semua sekolah. Dengan ini tidak timbul perbezaan antara sekolah samada yang digunakan oleh etnik Melayu, Cina, India atau Bumiputera Sarawak dan Sabah. Pelajar-pelajar dari pelbagai etnik tidak disekat untuk untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. Mereka boleh memilih sekolah pilihan masiang-masing. Sekolah-sekolah yang berbeza aliran juga mendapat kemudahan-kemudahan yang sama. Walaupun mereka menggunakan bahasa penghantar yang berlainan tetapi sukatan, buku teks, jadual waktu dan peperiksaan diselaraskan secara berpusat. Hak-hak kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain untuk mempelajari bahasa dan kebudayaaan kumpulan etnik masing-masing patut dihormati dan diberi perlindungan yang sewajarnya. Perubahan ini haendaklah dilakukan secara saksama dan adil. Perubahan-perubahan ini harus didasrkan di atas keinsafan bahawa kebaikan dan kepentingan masa depan pelajar mengatasi kepentingan lain. Dengan ini pendemokrasian Pendidikan dapat memupuk proses integrasi antara etnik.
3.5 Perlaksanaan Sekolah Wawasan Perlaksanaan Sekolah Wawasan merupakan antara cadangan bagi memupuk integrasi antara etnik di Malaysia. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Di bawah konep ini, dua atau tiga sekolah rendah berlainan sekolah akan mempunyai bangunan yang bersambung antara satu sama lain. Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi diantara murid yang berlainan etnik dan agama. Ia juga untuk melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan perlaksanaan aktiviti. Sekolah Wawasan ini tidak langsung mengubah sistem pembelajaran yang asal kerana tiap-tiap sekolah mempunyai nama yang tersendiri disamping urusan pentadbiran dan penguruasan kewangan yang dikendalikan oleh sekolah masing-masing. Sekolah Wawasan akan membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu jawatankuasa penyelaras yang terdiri daripada guru yang diwakili dari setiap sekolah akan diwujudkan untuk menyelenggarakan segala hal seperti pengurusan kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Konsep Sekolah Wawasan ini diharap dapat merapatkan hubungan pelajar dari pelbagai etnik walaupun berlainan aliran persekolahan Sebagai negara yang pesat membangun, Malaysia telah mengalami pelbagai
perubahan dalam semua aspek keperluan negara, khususnya dalam bidang politik, sosial dan ekonomi. Namun, keutuhan Malaysia mengekalkan konsep pemajmukan pelbagai etnik, jika tidak diimbangi dengan betul akan mewujudkan pertentangan kaum. Konsep Sekolah Wawasan yang kini dipraktikkan adalah satu usaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang bersifat cintakan negara. Jika kerangka konsep sekolah dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam dan selari dengan hasrat negara. Pada hari ini masih wujud lagi sekolah yang berasaskan kaum iaitu sekolah Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan boleh dicernakan sebagai pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama. Penggabungan sekolah-sekolah yang berasaskan etnik ini dalam satu kawasan yang sama, akan menemukan pelajar yang pelbagai etnik secara kerap dan ini mewujudkan integrasi etnik dengan cepat.
3.6 Perlaksanan Sekolah satu aliran Sistem Sekolah satu aliran merupakan satu lagi alternatif bagi memupuk integrasi di antara etnik di sekolah. Sistem sekolah satu aliran ialah sistem yang menggunakan satu bahasa penghantar saja di sekolah-sekolah. Dalam konteks Malaysia, bahasa penghantar adalah bahasa Melayu. Pada waktu ini, di negara kita terdapat tiga aliran sistem persekolahan iaitu sekolah kebangsaan iaitu berbahasa penghantar bahasa Melayu, sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Masalah yang timbul di sini ialah kurangnya interaksi diantara pelbagai etnik yang menggunakan pelbagai sistem ini. Ini menyebabkan proses integrasi antara etnik di peringkat sekolah berjalan agak perlahan dan lambat. Menerusi sistem sekolah satu aliran, tidak akan menimbulkan masalah penghapusan bahasa ibunda lain-lain etnik.Alternatifnya ialah bahasa Cina dan Tamil perlu dijadikan subjek wajib bagi pelajar berkenaan dan subjek pilihan kepada pelajar Melayu atau sesiapa saja dari lain-lain etnik yang berminat. Melalui cara ini, disamping boleh bergaul secara meluas antara mereka, mereka juga boleh memahami budaya etnik atau kaum lain. Jika ini dapat dipraktikkan masalah hubungan antara etnik yang lambat dapat diatasi dengan sendirinya melalui pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan sekolah rendah ini telah menanam semangat perkauman atau etnik pelajar sekolah rendah dari awal lagi. Fenomena ini akan menular pula di peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Menerusi sistem sekolah satu aliran ini, semangat perkauman atau etnik akan dapat dihapuskan sejak peringkat sekolah rendah lagi. Pergaulan di antara pelbagai etnik yang berlainan membuatkan mereka lebih mengenali antara satu sama lain dan dapat bertolak ansur jika timbul sesuatu masalah. Hal ini perlu diberi perhatian segera demi mewujudkan proses integrasi yang jitu antara pelbagai etnik demi masa depan negara yang makmur dan harmoni.
4.0 Penutup Dasar yang dimainkan oleh pendidikan amatlah penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara. Dengan perkembangan ekonomi yang cepat
menyebabkan keadaan mobiliti masyarakat terus berubah . Dalam masa yang sama, kita harus terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Bidang pendidikan merupakan bidang terpenting bagi menjadi alat perpaduan antara etnik. Hanya menerusi pendidikan saja, rakyat malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan dari sejak kecil hinggalah dewasa. Oleh itu segala dasar dalam pendidikan yang dapat memupuk integrasi antara kaum haruslah disokong sepenuhnya oleh setiap rakyat malaysia. Sesuai dengan perubahan masa, pelbagai dasar yang telah diwujud sejak dari kita merdeka hinggalah sekarang perlulah sering disemak bagi memastikan setiap dasar yang di rancang dapat melaksanakan proses integrasi antara etnik di sekolah dengan berkesan. Sekolah merupakan unit yang terpenting dalam sistem pendidikan kita bagi mewujudkan integrasi di antara etnik. Kegagalan proses integrasi di sekolah, khasnya di peringkat rendah akan menyebabkan juga gagalnya proses integrasi peringkat menengah dan seterusnya universiti. Ini seterusnya akan menghasilkan masyarakat Malaysia bukan saja berlainan etnik tetapi tidak bersatupadu dan berlainan kefahaman. Oleh itu pelbagai cara harus digunakan bagi memupuk integrasi antara etnik di sekolah. Cadangan-cadangan yang diutarakan seperti konsep Sekolah Wawasan atau Sekolah Satu aliran harus difikirkan bagi mewujudkan integrasi antara etnik. Sekolah adalah tempat bermula segalanya dan ia harus dijaga dengan baik dan sempurna. Sekolah juga harus relevan dengan kehendak semasa yang sentiasa berubah. Tetapi walaupun perubahan yang berlaku, sekolah sebagai pusat integrasi etnik terpenting jangan sesekali hilang upayanya. Ini adalah supaya rakyat Malaysia yang berbilang etnik atau kaum dapat hidup bersatupadu, harmonis dan berjiwa Malaysia.
Senarai Rujukan Amir Hasan Dawi, 1999, Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjung Malim.
Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Mohd Salleh Lebar, 1998, Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Thinker’s Library Sdn. Bhd, Selangor
Sanusi Osman, 1989, Ikatan Etnik dan Kelas di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
Sufean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia – Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996
Dewan Masyarakat, Oktober 2000, m/s 14-25
Dewan Masyarakat , Januari 2001, m/s 50-51
Massa, 14-20 April 2001, m/s 62-63.
Dewan Masyarakat, Jun 2001, m/s 44-45.
Massa, 29 Dis- 4 Jan 2002, m/s 12-13
http://cikgumadrid.blogspot.com/2011/09/peranan-sekolah-dalam-membina-
negara_17.html
1.0 KONSEP NEGARA BANGSA
Membina Negara Bangsa bermatlamat melahirkan murid yang memiliki jati diri yang
kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup
sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur,
berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, negara bangsa didefinisikan sebagai negara
berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara-bangsa pula adalah
merupakan satu proses mewujudkan ‘semangat kenegaraan’ atau perasaan
‘kekitaan’ dalam kalangan semua penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980).
Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum
dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting
lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas
dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai,
budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH
Dalam usaha membina Negara Bangsa seperti yang dihasratkan dalam Wawasan
2020, pihak sekolah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab
memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan dalam
kalangan murid-murid. Di sekolah, Guru Besar, Guru Penolong Kanan kokurikulum
dan Organisasi Kokurikulum merupakan antara yang berperanan untuk
merialisasikan hasrat kerajaan dalam membina negara bangsa.
Semasa temubual bersama Guru Besar SK Sultan Yahya Petra 1 (SK SYP 1), Encik
Roznan bin Mohd Nor, beliau menegaskan pihak sekolah berusaha sedaya upaya
untuk merialisasikan hasrat kerajaan dalam membina negara bangsa melalui empat
fokus yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM).
Pertamanya, pihak sekolah telah memperkasakan Bahasa Kebangsaan. Guru Besar
memastikan bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa rasmi semasa sesi
pembelajaran murid-murid. Seterusnya, beliau juga telah melaksanakan Bulan
Bahasa di sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Malaysia.
Fokus kedua KPM dalam membina Negara Bangsa ialah memantapkan perpaduan
negara dan integrasi nasional. Justeru, pihak sekolah telah meningkatkan semangat
patriotik melalui aktiviti kokurikulum seperti penubuhan persatuan dan kelab, sukan
dan permainan dan unit beruniform.
Melalui temubual bersama GPK Kokurikulum, Pn. May Leng A/P Eh Wang, beliau
menyatakan beliau bersama Guru Besar sentiasa memastikan program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) berjalan dengan baik bagi memastikan
perpaduan dapat dipupuk di sekolah.
Fokus ketiga KPM dalam membina Negara Bangsa ialah memupuk kecintaan
terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Dalam hal ini, pihak sekolah telah
mengadakan kursus secara percuma kepada murid untuk belajar menulis jawi
menggunakan seni khat. Pameran seni turut dilaksanakan di sekolah ini.
Fokus keempat KPM pula ialah dengan memupuk kefahaman yang jelas terhadap
pendekatan Islam Hadhari. Di SK SYP 1, guru-guru sentiasa komited memberikan
kefahaman kepada murid-murid tentang konsep Islam Hadhari semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mahupun semasa aktiviti kokurikulum.
Antara peranan organisasi Kokurikulum dalam merialisasikan hasrat kerajaan dalam
membina Negara Bangsa ialah dengan membangunkan persekitaran sosial yang
menggalakkan komunikasi dan interaksi antara murid-murid daripada kaum, latar
belakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia
yang dapat dibanggakan.
Selain itu, organisasi Kokurikulum perlu mengadakan perancangan strategik melalui
aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan supaya usaha memupuk dan mengekalkan
semangat perpaduan dapat terus ditingkatkan.
3.0 PRASARANA
SK SYP 1 mempunyai kemudahan tempat menjalankan aktiviti kokurikulum yang
agak baik. Bagi aktiviti persatuan seperti persatuan Bahasa Melayu, persatuan
Pendidikan Moral, persatuan Sains dan sebagainya, aktiviti perjumpaan mingguan
dilaksanakan di dalam kelas. Kadang-kadang, aktiviti tersebut dijalankan di kantin
dan di perpustakaan mengikut kesesuaian aktiviti yang dirancang.
Semasa mengendalikan aktiviti, aspek keselamatan ahli turut dititikberatkan.
Sebelum aktiviti bermula, murid perlu melaporkan taraf kesihatan diri terlebih dahulu
kepada guru. Murid-murid juga mesti mengikut arahan guru atau jurulatih sepanjang
aktiviti dijalankan. Sekiranya berlaku sebarang masalah semasa aktiviti dijalankan,
murid-murid perlu melaporkan kepada guru dengan segera supaya tiada bahaya
yang lebih teruk timbul dan terjadi.
Guru juga bertanggungjawab memberi peringatan kepada murid supaya sentiasa
menjaga aspek keselamatan diri sepanjang melakukan sebarang aktiviti. Selain itu,
guru bertanggungjawab menjelaskan kepada murid tentang kepentingan menjaga
keselamatan diri melalui ceramah, bengkel, perhimpunan mingguan dan
sebagainya.
Bagi memastikan aspek keselamatan murid-murid, pihak sekolah mewajibkan murid-
murid meminta tandatangan ibu bapa sekiranya anak-anak mereka ingin
menjalankan aktiviti di luar sekolah.
Dari aspek kemudahan peralatan untuk menjalankan aktiviti kokurikulum, sekolah ini
mempunyai setor yang cukup besar untuk menyimpan semua peralatan untuk
digunakan untuk aktiviti kokurikulum.
Antara peralatan yang terdapat di dalam setor SK SYP 1 bagi menjalankan aktiviti
kokurikulum ialah khemah, peralatan untuk memasak, peralatan untuk aktiviti sukan
dan permainan seperti bola sepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya.
Peralatan yang disediakan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang selamat
untuk digunakan. Pihak sekolah akan menggantikan peralatan yang rosak dengan
peralatan yang baru.
4.0 PROGRAM DAN AKTIVITI
Melalui pemerhatian dan penelitian saya menerusi Buku Gerak Kerja kokurikulum
SK SYP 1, terdapat perbagai aktiviti yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh
berbagai-bagai persatuan.
Pertama, Persatuan Bahasa Melayu telah merancang dan melaksanakan Permainan
Bahasa yang terdiri daripada teka silang kata bagi mengasah dan meningkatkan
kemahiran berfikir murid-murid. Seterusnya, Persatuan Bahasa Melayu telah
mengadakan bengkel teknik penulisan karangan. Selain itu, persatuan ini juga
mengadakan pertandingan membuat buku skrap, pertandingan bercerita, membaca
puisi, mengumpulkan pantun-pantun dari akhbar atau majalah, pertandingan menulis
karangan serta permainan tradisional seperti congkak dan batu seremban. Aktiviti-
aktiviti ini mampu menonjolkan bakat murid-murid yang terpendam dan melahirkan
semangat cinta dan sayang kepada negara.
Kedua, Persatuan Bahasa Inggeris telah menjalankan aktiviti ‘Choral Speaking’,
‘Treasure Hunt’, ‘Story Telling’, menghasilkan Hot Dog Book dan penghasilan buku
skrap. Aktiviti-aktiviti ini memerlukan semangat sepasukan yang tinggi sekali gus
dapat membina perpaduan dalam kalangan murid-murid.
Ketiga, Persatuan Sains telah menjalankan aktiviti melukis dan melabelkan
peralatan sains dalam kumpulan bagi mewujudkan semangat kerjasama murid-
murid. Seterusnya, Persatuan Sains mengadakan pertandingan mengarang sajak
dan mendeklamasikan sajak bertemakan topik sains. Ini membolehkan murid dapat
mengaplikasikan pengetahuan sains untuk menghasilkan sajak dan menanam sikap
berani dan yakin pada diri sendiri.
Keempat, Persatuan Bahasa Arab juga terdapat di SK SYP 1. Persatuan ini telah
mengadakan pertandingan pidato, kuiz, teka silang kata dalam bahasa Arab.
Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi keyakinan kepada murid untuk
berkomunikasi dalam bahasa Arab, menguji minda murid dalam memahami kalimah
Arab serta melahirkan murid yang kreatif. Dikir Barat juga telah dipertandingkan di
sekolah ini dalam bahasa Arab. Kerjasama dalam kumpulan telah berjaya
diwujudkan dalam aktiviti-aktiviti ini sekali gus dapat merialisasikan hasrat kerajaan
untuk membina Negara Bangsa.
Selain itu, persatuan yang terdapat di sekolah ini ialah Persatuan Agama Islam.
Persatuan ini telah mengadakan bengkel penulisan khat, bengkel mempelajari
hukum tajwid, bengkel pengurusan solat jenazah dan pertandingan melaungkan
azan dan iqamah. Menurut Guru Besar SK SYP1, program ini mendapat sambutan
yang sangat menggalakkan dalam kalangan murid-murid. Ini menunjukkan murid-
murid sangat berminat dalam aktiviti-aktiviti kerohanian.
Ringkasnya, semua aktiviti yang telah dirancangkan oleh persatuan tersebut telah
dirancang dengan strategik bagi memastikan hasrat kerajaan untuk membina
Negara bangsa tercapai. Pihak pengurusan sekolah telah merancang aktiviti dan
program persatuan tersebut mengikut kehendak Jabatan Pelajaran Negeri dan
seiring dengan prinsip 1 Malaysia.
Program-program yang telah dirancang dan dilaksanakan ini mampu menarik minat
murid-murid untuk turut serta secara aktif kerana terlalu kagum dengan sikap guru
yang sangat komited melaksanakan program tersebut.
Menurut Hanis Athirah, seorang murid Tahun 6, program dan aktiviti persatuan yang
dijalankan di sekolah ini sangat menarik kerana terdapat pelbagai aktiviti yang
dipertandingkan dan hadiah yang ditawarkan juga agak istimewa. Antara
pertandingan yang pernah murid ini sertai ialah pertandingan menulis esei, pidato
dan ‘Treasure Hunt’. Murid ini pernah mewakili sekolah dalam pertandingan sajak
dan pidato dan menjadi johan di peringkat daerah. Murid ini juga pernah dinobatkan
sebagai tokoh murid bulanan. Kejayaan yang diperoleh oleh murid ini sedikit
sebanyak mampu memberi motivasi kepada murid-murid lain untuk turut mengikuti
jejak langkah murid ini.
5.0 RUMUSAN
Pembinaan Negara Bangsa memerlukan usaha gigih daripada semua pihak di
Malaysia amnya dan golongan pendidik khasnya. Melalui pendidikan, adalah
diharapkan mampu menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Justeru, guru perlulah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan hasrat
kerajaan untuk membina Negara Bangsa kerana guru merupakan orang yang paling
banyak masa bersama murid-murid selepas ibu bapa. Guru perlu mempelbagaikan
strategi dan pendekatan dalam pengajaran bagi memastikan perpaduan dapat
diwujudkan.
Sekiranya pembinaan Negara Bangsa dapat dicapai, rakyat Malaysia akan terus
hidup dalam keadaan harmoni dan bersatu-padu.
RUJUKAN
Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan
Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN.
Kamus Dewan Edisi Ke-4(2005); Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://ainulshahman.blogspot.com/2013/05/hubungan-etnik-antara-kaum.html
Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Perpaduan
Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat
mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai
kaum. Awalnya disekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam,
budaya dan agama rakan-rakan daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra
dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar
kelainan itu.
Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini membina
perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka
mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain.
Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja
tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan
pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta
integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara
langkah-langkah yang boleh diambil ialah
Aktiviti kurikulum yang seragam
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan
dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan.
Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan
Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang
diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia
seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk
tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia.
Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya
menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan
nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan
pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan
benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk
menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku
kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui
pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Hanya sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam
pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak
musuh. Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan
kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai
bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi
pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun
oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional,
demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti
yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua peringkat persekolahan.
Aktiviti kokurikulum.
Menurut http://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/14/ antara-langkah-langkah ke--
menwujudkan-perpaduan-di-kalangan-pelajar/ Kokurikulum merupakan satu saluran
pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan
pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam
bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap
kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya.
Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam
bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan
hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan
ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke
arah integrasi nasional.
Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu
melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan
pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan pelajar
pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti
pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini
akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana
kehidupan rakyat Malaysia.
Aktiviti sukan
Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan
dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di
kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman,
semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari
sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan
perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai
satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-
pelajar.
Program Anak Angkat
Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu
aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan
perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain
menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya
ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri
kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman
dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus
kepada tercapainya integrasi nasional.
Program integrasi di sekolah.
Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah diteruskan bagi
membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum ditingkatkan.
Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui program tersebut akan membawa
kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormat-menghormati antara kaum dapat
dipereratkan. Antara kata-kata beliau semasa sidang akhbar selepas menghadiri
majlis perjumpaan dengan Pemimpin Persatuan Guru dan Sekolah (PIBG) Parlimen
Kepala Batas di Penang Golf Resort
“ Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua kaum
dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan
semua pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar
untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan
alam sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisahdan bersendirian
menjadikan intergrasi sukar untuk dilaksanakan”.
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?
option=com_content&view=article&id=207%3Aperlu-program-intergrasi-di-
sekolah&lang=en
Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah.
Prinsip Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan modal
insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan
menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal demikian kerana ideologi
yang terkandung di dalam Rukun Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai
bersama yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. "Oleh itu,
penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk
pembangunan sahsiah golongan tersebut.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap dalam Majlis
Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylor’s Universiti
berkata
“ Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk
pembangunan sahsiah golongan tersebut ”
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121217/dn_03/Rukun-Negara-
perlu-kekal-jadi-teras-perpaduan-rakyat-pelbagai-kaum
Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di
Melaka, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Bin Hají Ahmad Badawi selaku
Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun
Negara ditubuhkan di sekolah.
Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di
Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh
kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran
negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah
melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara di
Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah
terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah
menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan..
http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia
Sekolah Penyayang
Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep
”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan
penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan
ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk
peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti
mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara
warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar.
Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada
awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke
semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat
akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah
supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya
persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati
terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.
KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra
secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar
semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke
arahmerealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu
padu dan harmoni.
RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang
menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai
aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan kepada bidang
kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi
Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah
serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong
Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj.
Mohd Anuar Abdul Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan
perpaduan dan amalan nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta.
http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?
option=com_content&view=article&id=578:rancangan-integrasi-murid-untuk-
perpaduan&catid=47:fokus
Antara contoh aktiviti yang boleh dianjurkan ialah Program Perkhemahan Padu
Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia, Program Rancangan
Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah
bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan
suasana muhibbah secara sedar dan terancang. Ia juga bagi melahirkan
persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.
Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari
ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah
ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan
Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-
persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokoh-
tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam
aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah
kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa,
pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum,
penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan
perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program
sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat
membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia
yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan
kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.
Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah
Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat
bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara,
Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin,
Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah,
universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah
tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan
kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan
dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri
pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama
rakyat berbilang kaum dan keturunan.
Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah
Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform
seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama
aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan
membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan
akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan
berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara
satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan
ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari
sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza.
Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan
sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan
Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti
ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup,
kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar
kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat
maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia,
nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.
Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas
ialah memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga
menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan,
memberikan fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara
yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu
mengikut susunan tahun. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya
memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran
dan pemupukan nilai-nilai. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman
menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam
rentetan peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan
dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk
mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia
(PPK 2002). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama
terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman
antara bangsa (PPK 2002) kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk
memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia
melalui pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
Persekitaran pendidikan
Menurut Zaidi Ahmad (2010) persekitaran pendidikan di malaysia menyediakan
ruang fizikal untuk pelajar pelbagai etnik berinteraksi. Di semua pusat pendidikan,
penyertaan pelajar pelbagai etnik dalam semua aktiviti adalah tinggi. Aktiviti yang
berstruktur yang diamalkan disemua institusi pendidikan di Malaysia akan
melibatkan pelajar secara menyeluruh dan berkenalan. Guru atau tenaga pengajar
akan menjadi pusat tumpuan dan menggerakkan aktiviti dan tugasan yang perlu
dilaksanakan. Polo interaksi sosial begini akan melibatkan interaksi dan pelajar akan
memilih sahabat walaupun daripada kumpulan etnik yang berbeza.
Semasa melaksanakan aktiviti seseorang pelajar, dapat mengenalpasti
kriteria pelajar lain dan situasi ini dapat membantunya memilih seorang sahabat.
Dalam situasi ini, pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar dalam kumpulan etnik
yang berlainan dapat diadakan jika murid ini ditempatkan dalam satu persekitaran
yang multietnik, jadi persekitaran pembelajaran di Malaysia menepati kriteria ini.
Teori polo interaksi sosial dapat diaplikasikan dalam keadaan ini yang mana peluang
disediakan untuk berinteraksi sosial. Pelajar mengenali antara satu sama lain
walaupun daripada etnik yang berlainan. Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat
dikenalpasti yang selanjutnya membuka ruang untuk perkongsian merentasi etnik.
KESIMPULAN
Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia
yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia
yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati
perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi.
Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di
Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah
melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa
yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik,
segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat.
Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan
masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan
mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang
semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini
perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,
selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan,
masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk
meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia.
PENGENALAN
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan
agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di
Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang
merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan
warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu
seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang
mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan
warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu
seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang,
manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.
Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan
budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain.
Menurut Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang
berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik),
kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini
merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan
ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang
dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial adalah
satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan
musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan
dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak
sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang
kemudiaannya terjelma dalam perjuangan menunutut kemerdekaan dan penggubalan
Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008).
PENGERTIAN PERPADUAN
Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011) perpaduan merujuk sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan negara.
http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia
Mengikut laman webhttp://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/07/ringkasan-
perpaduan-kaum.html Perpaduan merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai
kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza
di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus yang dapat diterima oleh majoriti
golongan etnik di negara ini.
Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia. Isu
perpaduan adalah perkara utama dari sembilan cabaran utama untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020 yang berbunyi
“ Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa
dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi diperingkat wilayah dan antara kaum, berasaskan
persamaan hak dan keadilan”.
http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia
Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan
manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.
Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis
perkauman atau etnik.
http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/