Nota Fonologi

14
STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI FONOLOGI KAJIAN BUNYI BAHASA DAN LAMBANG PERTUTURAN Definisi Fonologi : Fonologi ialah bidang ilmu lingustik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang kepada bunyi tersebut. Bahasa Melayu mempunyai sejumlah bunyi bahasa yang digunakan untuk menerbitkan bentuk kata yang kamudiannya menjadi unit ujaran atau pertuturan. Bunyi sesuatu bahasa terhasil melalui alat-alat pertuturan(artikulasi). Semua bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat peyebutan/ ujaran yang terdiri daripada; ALAT ARTIKULASI bibir atas bibir bawah gigi atas gigi bawah gusi lelangit keras lelangit lembut anak tekak hujung lidah hadapan lidah tengah lidah belakang lidah akar lidah epiglotis pita suara rongga tekak rongga hidung rongga mulut rahang tonggorok Alat-alat pertuturan terbahagi kepada dua. 1. Pengeluar (artikulator) alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan di beberapa kedudukan. Terdiri daripada bibir mulut, hujung lidah, lelangit lembut, dan rahang. 2. Daerah pengeluar (titik artikulasi) merupakan tempat pertuturan yang tidak bergerak (tetap) terletak di bahagian sebelah atas alat pengeluar dan dapat dicapai oleh alat-alat artikulasi.Titik artikulasi terdiri daripada gigi atas, gusi, dan lelangit keras. Fungsi Alat Pertuturan: Bibir Mulut ; Terletak di luar rongga mulut Terdiri daripada otot kenyal Berkeadaan terhampar ketika menghasilkan bunyi vokal depan [i], [e]taling, dan [a] Menjadi bundar ketika menghasilkan vokal belakang [u] dan [o] Berfungsi membuat sekatan udara yang keluar dari rongga mulut sewaktu membunyikan konsonan letupan [p] dan [b], sengauan [m],geseran pinjaman [f] dan [v], dan separuh vokal [w]. Gusi ; Terletak antara gigi dan lelangit keras Berperanan sebagai daerah artikulasi MNASIR75 1

description

blog

Transcript of Nota Fonologi

Page 1: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

FONOLOGI KAJIAN BUNYI BAHASA DAN LAMBANG PERTUTURAN

Definisi Fonologi:

Fonologi ialah bidang ilmu lingustik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang kepada bunyi tersebut.

Bahasa Melayu mempunyai sejumlah bunyi bahasa yang digunakan untuk menerbitkan bentuk kata yang kamudiannya menjadi unit ujaran atau pertuturan.

Bunyi sesuatu bahasa terhasil melalui alat-alat pertuturan(artikulasi). Semua bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat peyebutan/ ujaran yang terdiri daripada;

ALAT ARTIKULASI

bibir atas bibir bawah gigi atas gigi bawah gusi lelangit keras lelangit lembut anak tekak hujung lidah hadapan lidah tengah lidah belakang lidah akar lidah epiglotis pita suara rongga tekak rongga hidung rongga mulut rahang tonggorok

Alat-alat pertuturan terbahagi kepada dua.

1. Pengeluar (artikulator) alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan di beberapa kedudukan. Terdiri daripada bibir mulut, hujung lidah, lelangit lembut, dan rahang.

2. Daerah pengeluar (titik artikulasi) merupakan tempat pertuturan yang tidak bergerak (tetap) terletak di bahagian sebelah atas alat pengeluar dan dapat dicapai oleh alat-alat artikulasi.Titik artikulasi terdiri daripada gigi atas, gusi, dan lelangit keras.

Fungsi Alat Pertuturan:

Bibir Mulut ;

Terletak di luar rongga mulut Terdiri daripada otot kenyal Berkeadaan terhampar ketika menghasilkan

bunyi vokal depan [i], [e]taling, dan [a] Menjadi bundar ketika menghasilkan vokal

belakang [u] dan [o] Berfungsi membuat sekatan udara yang keluar

dari rongga mulut sewaktu membunyikan konsonan letupan [p] dan [b], sengauan [m],geseran pinjaman [f] dan [v], dan separuh vokal [w].

Gusi ;

Terletak antara gigi dan lelangit keras Berperanan sebagai daerah artikulasi Berfungsi untuk menyekat udara bagi konsonan

letupan [t] dan [d],sengauan [n], geseran [s],[th],[dh],dan [z],sisian [l].

Lelangit Keras;

MNASIR75 1

Page 2: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

Berfungsi sebagai daerah artikulasi Boleh menyekat udara untuk mengeluarkan

bunyi letusan [c] dan [j], sengauan [ny], dan separuh vokal [y].

Lelangit Lembut;

Boleh dinaik dan diturunkan Apabila lelangit lembut dinaikkan rongga

mulut terbuka, udara keluar melalui rongga mulut.

Apabila diturunkan rongga mulut akan tertutup, udara keluar melalui rongga hidung.

Bunyi yang terhalang di lelangit lembut ialah bunyi letupan [k],[g], [kh],[gh], dan bunyi sengauan [ng].

Anak Tekak/Hentian Glotis;

Boleh digerak-gerakkan, dinaikkan atau diturunkan

Bunyi yang terhalang di anak tekak ialah bunyi letupan glotis [?] dan bunyi geseran glotis [h].

Lidah;

Alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif

Terbahagi kepada empat; hujung lidah, depan lidah, tengah lidah, dan belakang lidah.

Boleh digerak-gerakkan, diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru.

Hujung lidah bahagian paling aktif, boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk menyekat udara bagi mengeluarkan bunyi konsonan.

Bahagian depan, tengah, dan belakang lidah penting untuk pengeluaran bunyi vokal.

KONSEP BUNYI, FONEM, HURUF, DAN SUKU KATA

Bunyi : Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna Dikeluarkan oleh alat pertuturan Bunyi dipenggalkan menjadi unit terkecil

dipanggil sebagai fon.

Fonem ;

Unit bahasa yang terkecil yang boleh membezakan makna kata

Berfungsi dalam sesuatu bahasa Dipanggil sebagai bunyi bahasa Status fonem ditandai dengan bentuk

kurungan [ ].Huruf ;

Merupakan lambang bunyi yang diberikan kepada fonem dalam bentuk tulisan

Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, terdapat 26 huruf konsonan dan 6 huruf vokal

Terdapat lima huruf gabungan iaitu gh,kh,ny,ng, dan sy

Terdapat tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh urutan vokal au, ai, dan oi.

Suku kata;

Pecahan pada sesuatu kata Terdiri daripada satu vokal atau gabungan vokal

dengan konsonan Terbentuk apabila ada bunyi vokal Terbagi kepada suku kata terbuka dan suku kata

tertutup Suku kata terbuka ialah suku kata yang berakhir

dengan vokal iaitu; V atau KV Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakir

dengan konsonan iaitu ; VK dan KVK Terdapat 11 pola suku kata dalam bahasa

Melayu. Empat pola asli dan tujuh pola pinjaman Terdapat empat pola suku kata terbuka dan

tujuh pola suku kata tertutup Pola V - i + kan (ikan), di + a (dia) Pola KV - bo + la (bola), as + ma

(asma) Pola VK - am + bil (ambil), un + ta

(unta) Pola KVK - ban + tal (bantal), ba+ lak

(balak) KKV - dra + ma, (drama)pro +

gram(program) VKK - eks + pres,(akspres) KKVK - blok, prak + tis(praktis) KVKK - bank, in + juks + i(injuksi) KKVKK - kom + pleks(kompleks) KKKV - skru KKKVK - spring

BUNYI VOKAL (V)

Bunyi vokal ialah bunyi bersuara sewaktu menghasilkanya, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mengalami sekatan atau halangan.Bunyi

MNASIR75 2

Page 3: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

vokal dipengaruhi oleh kedudukan lidah sama ada dinaikkan setinggi, separuh tinggi, separuh rendah atau serendah-rendahnya.Bentuk bibir mulut akan menjadi terhampar sewaktu membunyikan vokal depan, berkeadaan netural sewaktu pengeluaran bunyi vokal tengah, dan menjadi bundar sewaktu mengeluarkan bunyi vokal belakang.

Semua bunyi vokal bersuara, semasa menghasilkan bunyi vokal, pita suara menjadi renggan menyebabkan suara bergetar.

Ciri-ciri bunyi vokal;

1. Bergetar2. Bersuara3. Lantang dan kepanjangan4. Udara keluar dari paru-paru secara berterusan5. Keadaan bibir sama ada terhampar, biasa, atau

bundar6. Bahagian depan lidah, tengah lidah, dan

belakang lidah terlibat dalam pengeluaran bunyi vokal

7. Kedudukan lidah sama ada dinaikkan atau diturunkan

8. Keadaan glotis dirapatkan9. Pita suara bergetar10. Udara yang keluar dari rongga mulut tidak

mengalami gangguan, halangan,geseran atau sekatan.

Bunyi vokal bahasa Melayu

Terdapat enam vokal asli Tiga vokal depan [i], [e]taling,dan [a] Satu vokal tengah [e] pepet Dua vokal belakang [u] dan [o].

Dalam bahasa Melayu baku terdapat enam fonem vokal tetapi dalam abjad penulisan bunyi vokal hanya diwakili oleh lima fonem sahaja. Bunyi fonem [e] taling dan fonem [e]pepet diwakili oleh lambang huruf yang sama iaitu ‘e’.

Tiga bunyi vokal [i],[a], dan [u] dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan asli bahasa Melayu

Vokal [e]taling,[e]pepat, dan [o] hanya hadir pada awal dan tengah perkataan asli bahasa Melayu.Sekiranya vokal ini hadir pada akhir perkataan, maka perkataan tersebut terdiri daripada perkataan pinjaman atau daripada bahasa serumpun atau bahasa asing.

Bunyi vokal hadapan separuh luas dan vokal belakang separuh luas hanya wujud dalam

sebutan tidak baku, khususnya dalam menuturkan sesetengah dialek daerah atau kata pinjaman.

Vokal asli bahasa Melayu

Kedudukan lidah

Depan

Tengah

belakang

Sempit i uSeparuh sempit

e taling

o

Separuh luas

e pepet

luas aKeadaan bibir

terhampar

biasa bundar

Taburan vokal asli bahasa Melayu

Kedudukan vokal

Awal perkataan

Tengah perkataan (terbuka)

Tengah perkataan (tertutup)

Akhir perkataan

ie talingae pepetuo

piluelukasamemasumbukombak

kitaberangkarangbelaisumurbodoh

pintabengkokhantubengkaklumpurdompet

lidi-piala-paku-

Cara penghasilan bunyi vokal;

Vokal depan sempit [i]Depan lidah diangkat setinggi-tinggi udara keluar dari paru-paru tanpa halangan.Pita suara bergetar Bibir berada dalam keadaan terhampar

Vokal depan separuh sempit [e] taling.Depan lidah dinaikan separuh tinggi atau diturunkan satu pertiga dari kedudukan vokal depan sempit.Pita suara bergetar. Bibir terhampar.

Vokal depan luas [a]Depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Rongga mulut menjadi luas. Udara dari paru-paru dilepaskan tanpa sekatan. Pita suara bergetar. Bibir terhampar

Vokal tengah [e] pepet

MNASIR75 3

Page 4: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

Bahagian tengah lidah berada dalam keadaan biasa, tidak dinaikkan atau diturunkan. Rongga mulut dalam keadaan sederhana. Pita suara bergetar. Bibir berada dalam keadaan netural.

Vokal belakang sempit [u]Belakang lidah dinaikkan setinggi-tinggi tanpa menutup ruang aliran udara.Pita suara bergetar. Bibir berada dalam keadaan bundar.

Vokal belakang separuh sempit [o]Belakang lidah dinaikkan satu pertiga daripada kedudukan paling tinggi. Pita suara bergetar. Bibir menjadi bundar

Infor: hukum tentang bunyi vokal

Vokal [e]taling, [e] pepet, dan [o] tidak boleh hadir pada akhir perkataan asli bahasa Melayu, sekiranya hadir maka perkataan itu ialah kata pinjaman dari bahasa serumpun atau bahasa asing. Contoh : kole, tampe, tauge,solo,polo,soto,foto.

Nota hukum fonologi:

Setiap suku kata bahasa Melayu mesti ditandai oleh satu bunyi vokal, samada vokal itu berdiri sendiri sebagai satu suku kata (K) , diikuti oleh konsonan(VK), didahului oleh konsonan(KV) atau didahului dan diakhiri(apitan) oleh konsonan (KVK).

Suku kata yang diakhiri oleh huruf vokal dipanggil suku kata terbuka (V) dan (KV). Suku kata yang diakhiri oleh huruf konsonan dipanggil suku kata tertutup.(VK) dan (KVK)

DIFTONG

Bunyi diftong ialah bunyi geluncuran yang dihasilkan melalui kombinasi dua huruf vokal atau urutan dua huruf vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas.

Semasa menghasilkannya tidak wujud hentian yang boleh memisahkan kedua-dua bunyi vokal itu sehingga terbentuk dua suku kata.

Bunyi diftong mempunyai satu puncak kelantangan kamudian digeluncurkan, daripada satu vokal yang mendahului kepada satu vokal lain yang mengikutinya.

Bunyi vokal bertindak sebagai satu fonem dan bersifat satu suku kata.(V)

Terdapat tiga bunyi diftong dan bahasa Melayu iaitu;[ au], [ai], dan [ oi].

Diftong bahasa Melayu

Kedudukan diftong

Tengah perkataan

Akhir perkataan

ai au oi

hairansaudara-

SungaiKalautomoi

MNASIR75 4

Page 5: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

Cara penghasilan bunyi diftong

Diftong [ai] Dimulai dengan menyebut bunyi vokal depan luas ke satu puncak kelantangan kemudian digeluncurkan ke arah bunyi vokal depan sempit.Bibir dalam keadaan terhampar.

Diftong [au] Dimulai dengan menyebut bunyi vokal depan luas kamudian digeluncurkan kearah vokal belakang sempit. Keadaan bibir daripada terhampar menjadi bundar.

Diftong [oi] Dimulai dengan menyebut vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan kearah vokal depan sempit. Keadaan bibir daripada bundar menjadi terhampar

Vokal Rangkap/Rangkap vokal

Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh. Tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri. Contohnya: perkataan “baik”,“kaut, dan ‘air”. Dalam perkataan baik, a dan i ialah dua vokal penuh perkataan ini terdiri daripada dua suku kata, iaitu ba + ik , ka + in , la + in = KV + VK, ka + ut, ba + uk, la + ut = KV + VK,

BUNYI KONSONAN (K)

Bunyi konsonan ialah bunyi yang ketika menghasilkanya, udara yang keluar daripada paru-paru mengalami sekatan, halangan, rintangan, geseran, sisian, getaran atau sempitan di rongga mulut,rongga hidung, dan rongga tekak oleh alat artikulator seperti bibir mulut, lelangit lembut, anak tekak,dan lidah.

Terdapat bunyi konsonan yang bersuara dan ada tidak bersuara (bergetar dan tidak bergetar)

Dikeluarkan dengan tujuh cara sebutan Mengalami sekatan atau halangan di lima

daerah sebutan Udara tersekat di bibir mulut, gigi

gusi,lelangit keras,lelangit lembut, dan anak tekak (glotis)

Terdapat 18 bunyi konsonan asli 12 bunyi bersuara:

b,d,g,j,m,n,ny,ng,r,l,w,y. 6 bunyi tidak bersuara :p,t,k,c,s,h. 9 bunyi konsonan dapat hadir pada awal,

tengah, dan akhir perkataan asli bahasa Melayu iaitu; [p],[t][m],[n],[ng],[s],[h],[r], dan [l].

Konsonan [b],[d],[g],[c],[j],[ny],[w], dan [y] tidak dapat hadir pada akhir perkataan asli bahasa Melayu.

bunyi konsonan dikeluarkan melalui 7 cara iaitu; bunyiletupan,letusan,sengauan, geseran,sisian,getaran,dan separuh vokal.

Konsonan Asli Bahasa Melayu

Daerah

sebutan

Cara sebutan

Bibir Gigi-gusi

Lelangit keras

Lelangit lembut

glotis

Letupan

p/b t/d k/g

Letusan c/jSengauan

m n ny ng

Geseran

s h

Getaran

r

Sisian lSeparuh vokal

w y

TABURAN KONSONAN ASLI BAHASA MELAYU

Kedudukan /konsonan

Awal Perkataan

TengahPerkataan

Akhirperkataan

p Peti Papan tetap b Bola Babak - t Tari Titi ubat d Daki Dadu - k Kayu Bakar kakak g garu gagal - c Cara Acu - j Jalan Jaja - m Malar Mama malam n Nasi Nenas makan ny Nyanya Banyak - ng Nganga Angan barang s Siap Sisik nipis h Habis Bahan kawah

MNASIR75 5

Page 6: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

r Rasa Harga bayar l Lipas Lilin bantal w Warkah Awal - y Yang Bayi -

CARA MENGHASILKAN BUNYI-BUNYI KONSONAN

BUNYI LETUPAN

Letupan dua bibir [p] dan [b]

Udara yang keluar dari rongga mulut disekat dengan menutup kedua-dua bibir

Udara dilepaskan serta merta Udara dilepaskan dengan kuat Lelangit lembut dinaikan untuk menutup

rongga hidung Sekiranya pita suara tidak digetarkan maka

keluarlah bunyi letupan bibir tidak bersuara [p].

Sekiranya pita suara digetarkan maka keluarlah bunyi letupan bibir bersuara [b]

Letupan gigi-gusi [t] dan [d]

Hujung lidah dinaikan pada gusi sebelah atas bagi menyekat perjalanan udara yang keluar dari paru-paru.

Sekatan udara dilepaskan serta merta. Lelangit lembut dinaikan untuk menutup

rongga hidung. Jika pita suara tidak digetarkan maka keluarlah

bunyi letupan gigi-gusi tak bersauara [t]. Sekiranya pita suara digetarkan maka

keluarlah bunyi letupan gigi-gusi bersuara [d]

Letupan lelangit lembut [k] dan [g]

Udara yang keluar dari paru-paru disekat pada lelangit lembut yang dinaikan untuk menutup rongga hidung

Sekatan udara dilepaskan serta merta. Sekiranya pita suara tidak bergetar, maka

keluarlah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]

Sekiranyanya pita suara bergetar,maka keluarlah bunyi letupan lelangit lembut bersuara [g]

Letupan glotis [?]

Pita suara dirapatkan Anak tekak dinaikkan Udara dari paru-paru disekat kamudian

dilepaskan serta merta

Bunyi yang keluar seakan-akan bunyi [k]kecil Contohnya; so?al, sa?at, ka?edah ,keraja?an,

Terdapat tujuh bunyi letupan :

Letupan dua bibir tak bersuara [p] Letupan dua bibir bersuara [b] Letupan gigi-gusi tak bersuara [t] Letupan gigi-gusi bersuara [d] Letupan lelangit lembut tak bersuara [k] Letupan lelangit lembut bersuara [g] Letupan glotis [?]

Infor hukum fonologi ;

Semua bunyi letupan bersuara [b],[d],dan [g] tidak boleh hadir pada akhir perkataan asli bahasa Melayu. Sekiranya hadir maka perkataan itu ialah kata pinjaman sama ada daripada bahasa serumpun atau bahasa asing. Contohnya: sebab, tekad,dekad, log, beg,bab,kebab.

BUNYI LETUSAN

Letusan lelangit keras

Udara keluar dari paru-paru tersekat di lelangit keras.

Udara dilepaskan perlahan-lahan Sekiranya pita suara tidak digetarkan, bunyi

yang keluar ialah bunyi konsonan letusan lelangit keras tak bersuara[c]

Sekiranya pita suara digetarkan, maka bunyi yang keluar ialah bunyi letusan lelangit keras bersuara [j]

Kedua-dua bunyi letusan hanya hadir pada awal di tengah perkataan sahaja.

Kehadirannya pada akhir perkataan , hanya pada perkataan pinjaman sahaja contohnya ; koc,kolej.

Bunyi sengauan

Terdapat empat bunyi sengauan atau bunyi nasal

Sengauan bibir [m] udara tersekat di dua bibir

Sengauan gusi [n] udara tersekat di gusi Sengauan lelangit keras [ny] [ ]udara

tersekat di lelangit keras Sengauan lelangit lembut [ng] [ ]udara

tersekat di lelangit lembut Udara yang keluar dari paru-paru terus

keluar melalui rongga hidung

MNASIR75 6

Page 7: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

Anak tekak dan lelangit lembut diturunkan untuk menyekat laluan udara ke rongga mulut.

Semua bunyi sengauan bersuara Semasa menghasilkannya pita suara

bergetar.

Bunyi Geseran

Bunyi dikeluarkan secara bergeser Lelangit lembut dinaikan untuk

menghalang perjalanan udara ke rongga hidung.

Lidah dirapatkan pada gusi untuk menyempitkan ruang udara yang keluar melalui rongga mulut.

Sekiranya pita suara tidak bergetar maka keluarlah bunyi geseran [s]

Sekiranya sempitan dilakukan pada bahagian glotis, udara yang keluar melalui ruang tersebut akan menghasilkan bunyi geseran glotis [h]

Bunyi Getaran

Lelangit lembut diangkat hingga tersentuh belakang rongga tekak.

Hujung lidah didekatkan pada gusi Pita suara bergetar Rongga hidung ditutup dengan menaikkan

lelangit lembut dan anak tekak . Udara yang melalui rongga mulut digetar

pada gusi Bunyi yang keluar ialah [r]

Bunyi sisian

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung

Hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagian tengah gusi

Udara dari rongga mulut keluar melalui sisi kiri dan sisi kanan lidah. Bunhyi yang keluar ialah bunyi sisian [l]

Bunyi separuh vokal

Alat artikulasi iaitu bibir dan lidah berada pada kedudukan satu vokal

Dengan segera berubah kepada kedudukan vokal yang lain

Berlaku secara geluncuran

Lelangit lembut dinaikan untuk menutup rongga hidung

Pita suara bergetar. Sekiranya bibir dan belakang lidah

mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u] bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan maka keluarlah bunyi seperuh vokal dua bibir [w]

Sekiranya bibir dan lidah berkedudukan seperti menghasilkan vokal [i] dan bibir dihamparkan maka terhasilah bunyi seperuh vokal lelangit keras [y].

Kedua-dua konsonan separuh vokal tidak boleh hadir pada akhir perkataan asli bahasa Melayu.

KONSONAN PINJAMAN

Daerah sebutan/Carasebutan

Bibir-gusi

Gigi Gigi-gusi

LelangitKeras

Lelangitlembut

geseran

f/v th d

z s k gh

Akibat pertembungan dengan bahasa-bahasa asing, terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris, maka bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi bahasa-bahasa tersebut

Bahasa Melayu telah menerima lapan bunyi konsonan pinjaman.

Kesemua bunyi konsonan pinjaman ini keluar secara bergenser.

Bunyi konsonan pinjaman

Geseran bibir tak bersuara [f] Geseran bibir bersuara [v] Geseran gigi-gusi tak bersuara [th] Geseran gigi-gusi bersuara [dh] Geseran gusi bersuara [z] Geseran gusi-lelangit keras tak bersuara

[sy] Geseran lelangit lembut tak bersuara [kh] Geseran lelangit lembut bersuara [gh]

Geseran bibir bersuara [v] digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman bahasa Inggeris, manakala bunyi geseran yang lain digunakan untuk mengeja

MNASIR75 7

Page 8: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

kata pinjaman bahasa Arab. Walaupun umumnya bunyi-bunyi pinjaman ini masih jelas dalam sebutan, namun bunyi seperti dz,th,dh, dan sh kini telah ditukarkan menjadi s,z atau d, dan sy. Mengikut ejaan rumi yang telah dikemas kini.Contohnya :

Th kepada S : mithal - misal Thalasa -selasa Bahath - bahas

Dz kepada z : dzalim – zalim Adzab - azab Adzan - azan

Dh kepada d : dhaif - daif Hadhir - hadir hadhirat – hadirat

Sh kepada sy : Sharat - syarat Isharat-Isyarat

Walau bagaimanapun bagi perkataan nama khas atau yang tergolong sebagai istilah keagamaan yang berkaitan dengan aqidah dan Al –Quran bunyi asli hendaklah dikekalkan ejaanya. Contohnya;

Bachok,Chepa,Fasakh,Idhram,Hadith,Khalwat

Khatam Fasakh Warith Nusyudh

Nota infor ;

Sistem ejaan rumi yang digunakan pada masa kini ialah Sistem Ejaan Baharu yang dirasmi pemakaiannya pada 16 0gos 1972.

Terdapat 26 huruf Lima huruf vokal yang melambangkan enam

fonem. Lima daripadanya berbentuk gabungan atau

digraf, iaitu gh,kh,ng,ny, dan sy. Huruf q, v ,dan x digunakan dalam keadaan

tertentu. Huruf q digunakan untuk padanan huruf jawi

qaf untuk mengeja kata istilah agama ; qunut,quran,dan wuquf.

Huruf v untuk mengeja kata serapan bahasa Inggeris : vitamin, van, vanila

Huruf x hanya digunakan untuk istilah khusus :xenon, xenomorf, xelofon. Untuk kata umum boleh dieja dengan ek - ekspres.

Selain itu, dalam sistem ejaan bahasa Melayu terdapat tiga huruf geluncuran yang melambangkan tiga bunyi diftong iaitu, au, ai, dan oi.

PERSUKUAN SUKU KATA

Dalam bahasa Melayu, setiap suku kata terdiri daripada satu vokal. Vokal itu dapat didahului ,diikuti atau diapit oleh konsonan. Dari segi ejaan terdapat sebelas suku kata dalam bahasa Melayu.

1 V i+ni, a+ku, u+lar2 VK am, un + ta, er + ti3 KV ka + it, su + ngai4 KVK bun + tal, pan + tun5 KKV dra + ma, pro + mo +

si6 KKVK trak + tor, elek + trik7 VKK eks + port8 KVKK bank, teks9 KKVKK kom + pleks10

KKKV stra + trgi, skru

11

KKKVK struk + tur, spring

Pola 1 hingga 4 merupakan empat pola umum suku kata asli yang terdapat pada kebanyakan kata dasar bahasa Melayu.Pola 5 hingga 11 merupakan pola suku kata yang terdapat pada huruf konsonan rangkap atau gugusan konsonan, contohnya dr,tr,eks, dan str Bentuk ini diserap daripada ejaan bahasa Inggeris atau bahasa Eropah yang lain

POLA KESELARASAN VOKAL

Kesesuaian dua huruf yang membentuk dua suku kata pada sesuatu kata dasar.

Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup, sama ada VK atau KVK.

Dua suku kata tersebut terdiri daripada suku kata praakhir dan suku kata akhir tertutup.

Bagi perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih, keselarasan huruf vokal hanya dikira berdasarkan dua suku kata sahaja iaitu pasangan suku kata praakhir dengan suku kata akhir tertutup sahaja.

Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan bahasa Melayu iaitu;

MNASIR75 8

Page 9: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

Bil.

Suku kata praakhir

Suku kata akhir tertutup

contoh

1 a a ayam ,balak,sayap2 a i katil,batil,parit3 a u kasut,paruh,parut4 e pepet a pekat,selam,peram5 e pepet i petik,pelik,ketil6 e pepet u cerut,telur,beluk7 e taling a bedah,perang,bela8 e taling e taling belek,leher,selekeh9 e taling o telor,elok,belok10

i a kilas, bilang,kipas

11

i i itik,bilik,pilih

12

i u tiup,pikul,lingkup

13

o a orang,kolah,borang

14

o e taling boleh,oleh,celoteh

15

o o obor,lorong,sorong

16

u a ulat,buat,kulat

17

u i bukit,ulit,kumit

18

u u suluh,bubuk,luruh

KEKECUALIAN KESELARASAN VOKAL

Bagi mengeja perkataan pinjaman dari bahasa serumpun dan bahasa Inggeris terdapat beberapa kekecualian pola. Pola-pola kekecualian adalah seperti berikut :

Pola vokalBahasa serumpun

Bahasa Inggeris

1. a-e taling

awet,aneh,pamer

panel,kabaret

2. a-o calon,lapor atom,faktor3. e [p]-e [t]

gembeleng

4. e pepet – o

jempol gabenor

5. i – e taling

imlek simen,tiket

6. i – o pilon diftong,simbol

7. u – e taling

tulen, ulet subjek,dokumen

8. u - o lelucon,bunglon

kupon

9. a - e pepet

pakem teater

10. e taling- i

subjektif

11. e taling – u

petroleum

12. e pepet pepet13. i – e pepet

iseng filem,partikel

14. o-i fosil,hipokrit15. o-u forum,fokus16. u-e pepet

lumer skuter

PENGEJAAN KATA PINJAMAN

Bahasa Melayu meminjam ratusan ribu perkataan daripada bahasa-bahasa Sanskrit Arab Inggeris Lain-lain bahasa asing

Perkataan daripada bahasa Sanskrit telah begitu terserap sehingga menjadi sebahagian daripada kosa kata bahasa Melayu.Perkataan daripada bahasa Arab terbahagi kepada dua jenis iaitu

1. kata-kata umum2. kata-kata istilah

kata-kata ini telah diMelayukan dan dieja mengikut kelaziman sistem ejaan bahasa Melayu .

Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain diterima masuk kedalam bahasa Melayu melalui beberapa penyesuaian mengikut prinsip tertentu:

penyesuaian bentuk ejaan atau bentuk visualnya.

Cara sebutan perkataan mesti mengikut sistem bunyi bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu penyesuaian visualnya

carbon karbon perubuhan huruf c kepada k

dialogue dialog deratan dua bunyi senyap ue digugurkan

MNASIR75 9

Page 10: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

dynasty dinasti perubahan huruf y kepada i

cent sen perubahan huruf c kepada s

vaccine vaksin perubahan gabungan huruf cc kepada ks

cholera kolera perubahan gabungan bunyi ch kepada k

foetus fetus perubahan gabungan bunyi oe kepada e

Perkataan yang diterima dengan ejaan dan bunyi asalnya, tetapi disebut mengikut sistem sebutan bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Bahagian ejaan asal yang tidak berubah

automatic automatik auabstract abstrak aidealist idealis eadialect dialek iaunit unit u

Sistem Ejaan Rumi Baharu mempunyai gugus konsonan yang diterima masuk melalui pinjaman perkataan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah lain.

Gugus konsonan

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

bl-bl block blok chl-kl chlorophyll klorofil cl-kl clinic klinik dr-dr drama drama gl-gl glucose glukosa pl-pl plumbum plumbum pr-pr professor profesor sph-sf sphere sfera st-st stable Stabil str-str structure struktur

Gugus konsonan pada akhir kata atau pada akhir suku kata dalam kata pinjaman lazimnya dikekalkan dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat beberapa perkataan yang dijinjam berserta gugus konsonan.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -lf - golf -lf - golf -nce – science -ns - sains -nk - bank -nk - bank -ps - forceps -ps - forseps

-rd – standard -rd - standard -rt - concert -rt - konsert -x - complex -ks - kompleks -xt - text -ks - teks

terdapat beberapa perkataan yang dalam bahasa asalnya mempunyai huruf gugus konsonan pada akhir kata, tetapi dalam bahasa Melayu telah ditambah huruf vokal.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -ct - fact -kta - fakta -gm - paradigm

-gma - paradigma

-ism - nationalism

-isme - nasionalisme

-sm - plasm -sma - plasma

PENGEJAAN KATA TERBITAN

Kata terbitan ialah kata dasar yang menerima imbuhan (morfem terikat) iaitu awalan, akhiran, apitan,dan sisipan. Semua imbuhan tidak dapat berdiri sendiri dan ditulis bercantum.

Awalan Kata dasar Kata terbitan Anti Amerika antiamerika Ber Lari berlari Di Makan dimakan Diper Cantik dipercantik Dwi Bahasa dwibahasa Eka Metra ekametra Juru Rawat jururawat Men Jual menjual Memper Besar memperbesar Panca Indera pancaindera Pra Sejarah prasejarah Sub Golongan subgolongan Tata Susila tatasusila Ter Rasa terasaAkhiran Kata dasar Kata terbitan -an pandu panduan -ah ustaz ustazah -at muslim muslimat -i warna warnai -isme nasional nasionalisme

MNASIR75 10

Page 11: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

Apitan Kata dasar Kata terbitanber.....an jauh berjauhanber....kan senjata bersenjatakandi.......i tutup ditutupidi.......kan diri didirikandiper.....i baru diperbaharuike-.....an ada keadaanmeng....i kena mengenaimem....kan bawa membawakanpe....an labur pelaburanper.....an tani pertanianpenge.....an bom pengebomanter.....kan kata terkatakan

sisipan Kata dasar Kata terbitan -el tapak telapak -em guruh gemurah -in sambung sinambung -er sabut serabut

PENGEJAAN KATA GANDA

Kata ganda ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang.Terdapat pelbagai jenis kata ganda

Kata ganda yang diulang sepenuhnya , sama ada perkataan itu terdiri dari kata tunggal atau terbitan. Contohnya; burung-burung, rumput-rumput, bangunan-bangunan.

Kata yang diulang separa , iaitu bagi perkataan yang berimbuhan.Contohnya ; berjalan-kalan,tertanya-tanya, tari-menari,zaman-berzaman

Kata yang diulang secara berentak . Contohnya ; kuih-muih,tinggi-lampai,saudara-mara,bukit bukau.

Catatan ; Apabila kata ganda ini dijadikan bentuk dasar yang menerima apitan, tanda sempang sebagai tanda ulangan tetap digunakan. Contohnya ; dikucar-kacirkan ,memporak-perandakan, menggembar-gemburkan.

PENGEJAAN KATA MAJMUK

Kata majmuk lazimnya ditulis terpisah. Contohnya ; jam tangan,kaki ayam, segi tiga, mogok umum,lampin pakai buang,susu pekat manis.

Terdapat sejumlah kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan.Contohnya; setiausaha,kerjasama,tandatangan,jawatankuasa,kakitangan.

Catatan : Penggandaan kata majmuk melibatkan hanya unsur pertama perkataan. Contohnya ; jam-jam tangan, meja-meja tulis, Menteri-menteri Besar.

Pengimbuhan kata majmuk

Terdapat dua bentuk, iaitu; 1. Apabila kata majmuk menerima imbuhan awalan

atau akhiran- ejaannya tetap terpisah.Contohnya;

Campur aduk - bercampur aduk Ambil alih - mengambil alih Daya serap - daya serapan

2. Apabila kata majmuk menerima imbuhan apitan – ejaannya menjadi bercantum. Contohnya ;

Campur aduk - mencampuradukkan Daya serap - kedayaserapan Urus niaga - diurusniagakan

PENGEJAAN BENTUK KLITIK

Klitik ialah bentuk terikat yang tidak boleh dianggap sebagai morfem terikat kerana boleh berada dalam frasa atau klausa, tetapi tidak dianggap sebagai perkataan. Klitik terbahagi kepada dua jenis iaitu proklitik dan enklitik.Proklitik hadir di bahagian depan perkataan. Contohnya kata ganti nama singkat untuk aku dan engkau, iaitu ku dan kau. Kedua-dua bentuk ini hadir sebagai awalan penanda pasif dan ditulis serangkai dengan kata dasar. Contohnya : kumakan, Kaumakan, kutembak - kautembak

Enklitik hadir di bahagian akhir perkataan. Contohnya enklitik ialah kata ganti nama singkat ku, mu, dan nya dan partikel penegas –lah,-kah,, dan tah. Kedua bentuk ini ditulis serangkai dengan kata dasar. Contohnya : Bajuku, bajumu, bajunya, tolonglah, bilakah, apatah

TANDA BACA

Lambang-lambang yang digunakan semasa menulis untuk memberi penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan. Terdapat beberapa lambang untuk tujuan ini, seperti titik (.), koma (,),

MNASIR75 11

Page 12: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

tanda soal (?) koma bertitik (;), dua bertitik (:), dan lain-lain.

Huruf besar berfungsi menandakan permulaan ayat.

Titik atau noktah . menandakan berakhirnya sesuatu ayat penyata atau ayat perintah. Menunjukkan sesuatu bentuk itu telah

mengalami pemendekan, contohnya Dr. Dn. Hj. Untuk menunjukkan tanda perpuluhan contohnya,RM300.89

Tanda Soal (?) digunakan pada akhir ayat tanya.

Tanda Seru (!) digunakan pada akhir ayat seru.

Tanda koma (,)

Penanda pengugguran sesuatu unsur dalam ayat.contoh : Kakak menyiram bunga, ibu pula menanam sayur.

Menggantikan kata hubung gabungan dan yang digugurkan. Contoh : Ali, Abu, Ahmad , dan Alim bermain bola.

Digunakan selepas frasa atau klausa yang keterangannya mendahului ayat induk. Contohnya : Semasa melewati kubur itu, saya ternampak hantu.

Digunakan selepas penanda wacana. Contoh : Oleh itu, Oleh hal yang demikian,

Untuk memisahkan kata sapaan dalam ayat cakap ajuk. Contoh : “Ali, belikan saya gula-gula,” kata Abu.

Untuk memisahkan bahagian-bahagian yang bertentangan maksudnya dalam sesuatu ayat. Contohnya; Saya menyuruh kamu berbuat baik, bukan berbuat jahat.

Untuk memisahkan tempat atau bulan daripada tahun.Contoh : Dia tinggal di Jelor, Pasir Puteh. Surat itu bertarikh 9 mac, 2009.

Digunakan sebelum atau selepas menulis cakap ajuk.Contohnya; Ibunya berkata, “Rajin-rajin mengulang- kaji pelajaran.” “Berserahlah kepada Tuhan,” kata kawannya.

Digunakan selepas nama orang yang diikuti kelulusan atau anugerah. Contohnya Abdul Rashid, MA, Phd.

Untuk menunjukkan angka ribu dan juta. Contohnya: 54,500 atau 8,888,888

Tanda dua titik (:)

Menunjukkan maklumat lanjut tentang perkara yang tersebut dalam ayat terdahulu.Contohnya: Barang-barang itu : pinggang, gelas, piring.

Untuk menunjukkan kadar dan masa. 1:2 dan Pukul 10:40

Tanda sempang (-)

Untuk menulis kata ganda.-budak-budak Untuk menjelaskan kata dan ungkapan: ber-

evolusi atau be-relovusi Untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf

kecil: anti –Amerika, Hamba-Mu, pro-Cina Untuk merangkaikan ke dengan angka bagi

penulisan nombor ordinal: ke-2, ke-120 Untuk menunjukkan tahun dengan akhiran -an:

tahun 20-an

Tanda kurung ( ).

Untuk memberi keterangan lanjut tentang sesuatu yang telah disebutkan sebelumnya. Contoh; Tanaman sayur (terutamanya lobak atau bawang) ditanam ditanah tinggi.

Tanda Petik “ “

Untuk menunjukkan cakap ajuk,menunjukan kata pinjaman, atau untuk menunjukkan judul buku. Contohnya ; “Bila awak pulang?” “mouse” dan “Pelarian”

Tiga titik ...

Untuk menunjukkan petikan yang tidak lengkap atau bahagian yang digugurkan. Contohnya; Pengelibatan belia dalam pembangunan negara memang tidak dinafikan. Sehubungan dengan itu...

MNASIR75 12

Page 13: Nota Fonologi

STPM 910/1 BAHASA MELAYU I FONOLOGI

SISTEM EJAAN RUMI

Rancangan pembakuan sistem ejaan rumi bahasa Melayu bermula tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972.Sistem ejaan rumi yang pernah wujud ialah

Sistem Ejaan Wilkinson 1904-Ejaan sekolah Melayu diMalaya

Ejaan Za’ba 1949. Ejaan sekolah sehingga 1972.

Sistem ejaan Fajar Asia-Ejaan majalah Fajar Asia 1945-1954.

Ejaan Rumi Kongres 1956. ejaan Asas 50 (Angkatan Sasterawan 50)

Keadah Ejaan PBMUM.(Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya)- Ejaan Majalah Bahasa.

Penyatuan ejaan Rumi antara bahasa Melayu di Malaysia dengan yang di Indonesia bermula pada tahun 1959.Namun,. ejaan bersama yang dipersetujui (Ejaan Malindo tahun 1959) tidak dapat dilaksanakan. Persetujuan tentang sistem Ejaan Rumi bersama yang ditandatangani pada 27 Jun 1967, telah disytiharkan penggunaannya serentak di Malaysia dan di Indonesia pada 16 Ogos 1972. Di Malaysia dikenali dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

MNASIR75 13