Nota Geografi Tingkatan 2

download Nota Geografi Tingkatan 2

of 81

  • date post

    28-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    61.549
  • download

    5

Embed Size (px)

Transcript of Nota Geografi Tingkatan 2

SUKATAN PELAJARAN TINGKATAN 2 BAHAGIAN A : KEMAHIRAN Unit 1: Kedudukan Unit 2: Arah Unit 3: Skala Unit 4: Graf Unit 5: Rajah Unit 6: Peta BAHAGIAN B : GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA TEMA 4 : DINAMIK PENDUDUK Unit 7 : Taburan Penduduk Unit 8 : Perubahan Penduduk Unit 9 : Migrasi Penduduk Unit 10: Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Alam Sekitar Unit 11: Hubungan Kependudukan Dengan Sumber TEMA 5 : PETEMPATAN DAN PERKEMBANGANNYA Unit 12: Petempatan Unit 13: Pembandaran TEMA 6 : PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN Unit 14: Keperluan Pengangkutan Dan Perhubungan Awal Unit 15: Perkembangan Jaringan Pengangkutan Unit 16: Perkembangan Sistem Perhubungan

UNIT 1 : KEDUDUKAN

SUB TAJUK : 1. 2. 3. 4. Objektif Mengenal Latitud Mengenal Longitud Menyata Dan Menentukan Kedudukan Sesuatu Tempat Berasaskan Latitud Dan Longitud 5. Mengira Waktu Tempatan 6. Waktu Piawai 7. Rumusan

1.

OBJEKTIF Pada akhir unit ini, anda dapat: Mengenal latitud dan longitud. Menyatakan kedudukan sesuatu tempat berasaskan latitud dan longitud. Mengenal zon waktu di atas peta dunia. Mentakrif waktu tempatan dan waktu piawai. Menentukan kedudukan sesuatu tempat dengan menggunakan latitud dan longitud. Mengira waktu tempatan berasaskan kedudukan longitud.

2.

MENGENAL LATITUD / GARIS LINTANG Garis lintang adalah garisan-garisan yang dilukis secara selari di atas peta atlas dan glob. Garis lintang adalah sama panjang pada peta atlas dan membentuk bulatan selari yang semakin kecil ke arah kutub utara dan kutub selatan. Garis lintang diberi nilai darjah ( ) Utara atau Selatan. Garis lintang di Hemisfera Utara diberi nilai 1U hingga 90U manakala di Hemisfera Selatan diberi nilai 1S hingga 90S. Garis-garis lintang yang utama ialah: i. GarisanKhatulistiwa ( 0 ) ii. Garisan Sartan ( 23U ) iii. Garisan Artik ( 66U ) iv. Garisan Jadi ( 23S ) v. Garisan Antartik ( 66S ) vi. Garisan lintang Khatulistiwa adalah garisan lintang yang terpanjang dan membahagikan bumi kepada dua hemisfera iaitu hemisfera utara dan hemisfera selatan.

3.

MENGENAL LONGITUD / GARIS BUJUR / MERIDIAN Garis longitud ialah garisan menegak yang dilukis dari kutub utara ke kutub selatan. Di atas peta, garis longitud dilukis selari dan sama panjang dari utara ke selatan. Di atas glob, garis longitud berbentuk separuh bulatan yang panjangnya adalah separuh lilitan bumi. Garis longitud yang melalui Pusat Penyelidikan Astronomi Di Raja di Greenwich, London diberi nilai 0. Garis longitud ini dikenali sebagai Meridian Greenwich atau Meridian Pangkal. Terdapat sebanyak 360 garis longitud. Garis longitud yang dilukis di sebelah timur Meridian Pangkal diberi nilai 1T hingga 180T, manakala garis longitud di sebelah barat Meridian Pangkal diberi nilai 1B hingga 180B. Oleh kerana bumi berbentuk sfera, jadi garis longitud 180T dan 180B adalah garisan yang sama. Garisan ini dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA ).

4.

MENYATA DAN MENENTUKAN KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT BERASASKAN LATITUD DAN LONGITUD Persilangan garis latitud dan garis longitud digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat. Apabila menyatakan kedudukan, nilai garis latitud dinyatakan terlebih dahulu diikuti nilai garis longitud. Bagi mendapatkan kedudukan yang lebih tepat, setiap darjah () dibahagikan kepada 60 minit ( ) Contoh: Rujuk peta di bawahNama Tempat Garis Latitud Garis Longitud Kudat 6 54U 116 51T Tuaran 6 10U 116 14T Kota Belud 6 22U 116 26T Ranau 5 58U 116 43T Kota Kinabalu 5 40U 116T Beufort 5 20U 115 46T Tenom 5 2U 115 57T Tawau 4 16U 117 53T

5.

MENGIRA WAKTU TEMPATAN Garis longitud digunakan untuk mengira waktu. Waktu tempatan dikira dengan merujuk kepada waktu di Greenwich yang terletak di Meridian Pangkal ( 0 ). Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka tempat di sebelah timur akan menerima cahaya matahari lebih dahulu daripada barat. Ini bererti waktu di timur mendahului waktu di sebelah barat.

Contoh Mengira Waktu Tempatan

Jika waktu tempatan di Meridian Pangkal ialah 1 pagi pada 20 Oktober, apakah waktu tempatan di: Bombay ( 73T ) Buenos Aires ( 58B)

1. Waktu di Bombay ( 73T ) Langkah-langkah Cari perbezaan garis longitud = 73- 0 = 73 Cari perbezaan masa = 73 15 = 4 jam 52 minit Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay = 1.00 pagi + 4 jam 52 minit = 5.52 pagi 2. Waktu di Buenos Aires ( 58B ) Langkah-langkah Cari perbezaan garis longitud Cari perbezaan masa = 58 - 0 = 58 = 58 15 = 3 jam 52 minit

Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires = 1.00 pagi 3 jam 52 minit = 9.08 minit malam

6.

WAKTU PIAWAI Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil. Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15 garis longitud.

Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA) ialah garis bujur 180 B/ 180T. Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur. Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180 mengalami keadaan tengah malam. Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok. Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA. Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan untung sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan rugi sehari.

7.

RUMUSAN

SUB TAJUK : 2.1 . Objektif 2.2 . Pengenalan 2.3 . Mengukur Bearing Dengan Menggunakan Jangka Sudut 2.4 . Contoh Pengiraan Bearing 2.5 . Rumusan

2.1 .

OBJEKTIF

Dalam unit ini anda akan dapat: Menyatakan bearing sudutan Mengukur bearing sudutan sesuatu tempat dengan menggunakan jangka sudut di atas peta lakar berasaskan peta topografi. 2.2 . PENGENALAN

Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (). Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu: 1. Bearing Bulatan Penuh / Bearing Azimut / Bearing Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0 hingga 360. 2. Bearing Sukuan Bearing sukuan, kiraan dan bacaan diasaskan pada arah utara dan selatan. Oleh itu, arah mata angin utara dan selatan ditandakan 0. Arah mata angin timur dan barat ditandakan 90.

2.3.

MENGUKUR BEARING DENGAN MENGGUNAKAN JANGKA SUDUT Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar. Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam bermula 0 hingga 360 .

2.4.

CARA MENGUKUR BEARING SUDUTAN

Sambungkan titik P dan Q dengan garis lurus. Buatkan satu palang di P dan satu palang lagi di Q. Tandakan arah Utara-Selatan pada palang di P. Ukur sudut UPQ dengan sebuah jangka sudut. Pastikan jangka sudut di garisan. Utara-Selatan dan berpusat di P. Sudut UPQ ialah bearing Q dari P, iaitu 45

U Q 450 U P

2.5.

RUMUSAN

UNIT 3

SKALA

SUB TAJUK :3.1: Objektif 3.2: Pengenalan 3.3: Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus 3.4: Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar 3.5: Menukar Jarak Di Lapangan Kepada Jarak Pada Peta 3.6: Rumusan

3.1

OBJEKTIF

Dalam bab ini anda akan dapat: Mengukur jarak antara dua tempat di atas peta dengan menggunakan skala lurus . Menukar jarak di atas peta kepada jarak sebenar dengan menggunakan skala lurus. Menukar jarak di atas lapangan kepada jarak sebenar dengan menggunakan skala lurus.

3.2

PENGENALAN Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi. Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta. Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu : 1. Skala lurus 2. Skala penyata 3. Pecahan wakilanMENGUKUR JARAK DI ANTARA DUA TEMPAT PADA PETA DENGAN MENGGUNAKAN SKALA LURUS

3.3

Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.

Contoh Skala Lurus Mengukur Jarak Lurus 1. Menggunakan Jangka Tolok 2. Menggunakan Jalur Kertas Mengukur Jarak Melengkung 1. Menggunakan Jalur Kertas 2. Menggunakan Benang MENUKAR JARAK PADA PETA KEPADA JARAK SEBENAR Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan. Contohnya:

3.4

1. 2. 3. 4.

Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi. Kemudian membaca nomborpada sekolah. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. 5. Berdasarkan skala lurusitu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.

Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.

Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km. Jarak sebenar di atas bumiditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.

3.5

MENUKAR JARAK DI LAPANGAN KEPADA JARAK PADA PETA Berpandukan skala lurus, anda boleh menukar jarak di lapangan kepada jarak di atas peta.