nota gimnastik

11
Pendahuluan Gimn astik Arti stik sering dian ggap seb aga i akti viti pendidikan yan g bert ujuan untuk memperbaiki kuali ti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan mur id sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnasti k artistik iaitu pola pendaratan , pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik ialah pe rger akan tubuh badan yang memerlukan fleksibili ti , imba ngan, kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik. Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih ba ny ak be rf okus kepada komponen kece rgas an berkaitan de ng an kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tig a aktiviti utama iaitu imbangan, keta ngk asan dan lombolan. Ket iga- tiga aktiviti ters ebut dipe cahk an kep ada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pela jar seb aga i per sediaan kepada per gera kan gimn astik yan g lebih sukar. Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah: Pendaratan Statik Gerak Edar Putaran Hamburan  Ayuna n Perk ara- per kara pent ing yan g perlu diberi perh atia n ketika melakukan akti viti gimnastik artistik ialah:

Transcript of nota gimnastik

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 1/11

Pendahuluan

Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan

untuk memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di

kalangan murid sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik

artistik iaitu pola pendaratan , pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola

imbangan dan pola ayunan. Menurut Borhanunudin (2006), Gimnastik artistik

ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan fleksibiliti , imbangan,

kekuatan,ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia

lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan

kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan

tertumpu kepada kekuatan dan daya than otot, kuasa fleksibiliti, imbangan dan

ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.

Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan,

ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada

beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan

kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai olehpelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.

Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:

• Pendaratan

• Statik

• Gerak Edar 

• Putaran

• Hamburan

•  Ayunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti

gimnastik artistik ialah:

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 2/11

• Keupayaan untik meningkatkan kecergasan gizikal dan aspek-aspek

regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan,

imbangan, kemahiran serta melombol.

• Kebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol

dalam satu pergerakan.

• Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan

yang lebih sukar.

• Penumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan

pergerakan.

• Keupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan

pergerakan dapat dihasilkan.

• Keupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.

1.0 Sejarah Gimnastik Artistik

 

Sukan Gimnastik telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Aktiviti

senaman bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh

masyarakat pada sejarah peradapan Cina 2000 tahun dahulu. Manakala

tamadun India dan Persia dikatakan telah menggunakan senaman beramai awal

seratus tahun daripada itu.

Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics

serta tempat senaman ini dikenali sebagai gymnasium. Ahli Falsafah Greek

terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan sahaja sebagai seni ,

malahan merupakan ilmu sains kemasyarakatan. Gimnastik Artistik merupakan

salah satu disiplin dalam sukan gimnastik yang memerlukan setiap peserta

melakukan rutin pendek dalam lingkungan 30 hingga 90 saat. menggunakan

pelbagai peralatan (apparatus). Gimnastik Artisitik merupakan salah satu jenis

sukan yang dipersembahkan di hadapan penonton (spectator) yang paling

terkenal pada Sukan Olimpik Musim Panas. Sukan ini terbuka kepada umum

sama ada lelaki mahupun wanita.

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 3/11

Tidak seperti sukan-sukan yang lain seperti bola sepak ataupun

badminton, sukan jenis ini memerlukan (required) para peserta membuat

persembahan di hadapan para penonton. Sukan ini juga memerlukan daya

ketahanan fi zikal dan kemahiran (skill) yang cukup tinggi walaupun ketika

membuat persembahan di peringkat asas. Latihan yang lebih diperlukan

berbanding (compared) sukan jenis lain untuk memantapkan ketahanan fizikal

dan kemahiran diri.

Walaupun begitu, masih belum ramai lagi yang menceburi sukan ini

kerana sukan ini dikenali sebagai sukan yang ‘mahal’. Manakan tidaknya,

perbelanjaan (expenses) untuk membeli sut pakaian sahaja boleh menelan

sehingga ribuan ringgit sehelai. Walaupun begitu, penyertaan peserta di dalam

sukan gimnastik ini pada asasnya lebih menjurus kepada keseronokan dan

kesihatan (fitness) berbanding kemenangan.

2.0 Aspek Keselamatan

Aspek keselamatan amat dititikberatkan ketika menjalankan aktivitigimnastik. Kita mestilah memahami penjelasan konsep-konsep penting

pergerakan dan aspek biomekanik seperti aplikasi dan penyerapan daya serta

kedudukan pusat seperti aplikasi dan penyerapan daya serta kedudukan pusat

graviti. Kamu juga mesti mengamalkan beberapa perkara berikut untuk

mengelakkan risiko kecederaan.

• Gunakan alatan yang sempurna, sesuai dan selamat.

• Lakukan aktiviti memanaskan badan, kelonggaran, dan regangan yang

secukupnya pada bahagian-bahagian otot dan sendi utama bagi

menggelakkan risiko kecederaan.

• Lakukan aktiviti setelah menerima arahan guru dengan jelas.

• Lakukan aktiviti yang sukar dengan bantuan penyokong.

• Lakukan aktiviti di kawasan berumput atau bertilam.

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 4/11

3.0 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Guling Hadapan

Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan

Mengajar Tahun 3, di bawah Tajuk Tunjang Gimnastik Artistik memfokuskan

kepada pola pergerakan dalam Gimnastik Artistik iaitu kemahiran pola

pergerakan asas Guling Hadapan. Dalam Gimnastik Artistik, kemahiran Guling

Hadapan ini, pelajar-pelajar di dedahkan dengan aktiviti-aktiviti berikut;

• Peserta hendaklah dalam kedudukan berdiri

• Lutut dibengkokkan

• Tangan diangkat lurus ke hadapan

• Pastikan belakang dalam keadaan tegak

• Kedua-dua tapak tangan berada di atas lantai dengan jarak seluas bahu

• Jongketkan badan dengan meluruskan lutut

• Menolak ke hadapan dengan jari-jari kaki

• Kepala ditundukkan ke dada

• Tangan dibengkokkan

• Bahu dibiarkan menyentuh lantai (pastikan anda tidak bergolek atas

kepala)

• Tolakkan dan pangkal jari kedua-dua belah kaki diteruskan sambil

mengekalkan kedudukan badan yang bergulung semasa berguling ke

hadapan.

• Berdiri atas kaki semula dan

• Kedua-dua belah tangan yang menjangkau ke hadapan dan dagu yang

dirapatkan ke dada serta badan yang dibulatkan akan membantunya

untuk dapat berguling terus ke hadapan dan berdiri semula.

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 5/11

4.0 Ansur Maju Guling Hadapan

 Ansur maju amat penting sebelum aktiviti kemahiran dijalankan untuk

memberikan keyakinan kepada pelajar-pelajar supaya kemahiran yang diajar 

dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

1. Berguling atas belakang dengantangan memegang kaki

Baring dan bulatkan badan

Dagu dan lutut ke dada,tanganmemegang kaki

Berguling ke belakang dan kehadapan

2. Berguling dari tempat tinggi (1)

Duduk berlutut di atas selapispeti lombol atau bangku

Lurus dan letakkan tangan diatas tilam dan dagu ke dada

Berguling ke hadapan

Pastikan bahgian belakangkepala atau bahu yangmenyentuh tilam.

3. Berguling dari tempat tinggi(2)

Guling

Sokong bahagian abdomendiatas belakang kawan/lapis petilombol/kuda pelana

Lakukan gulingan ke hadapansetelah stabil.

4. Berguling dari tempat tinggi(3)

Berguling dari tempat tinggi ke

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 6/11

tempat tendah.

5. Guling hadapan melalui gelung

Berjalan,lonjak dan bergulingmelalui gelung rotan

Kemahiran Guling Hadapan

1. Mencangkung/duduk dekam – pastikan kedudukan badan yang betul

2. Dari kedudukan dekam, letak kedua belah tangan di atas lantai –

tangan lurus seluas bahu, jari ke hadapan3. Naikkan bahagian punggung dan rapatkan dagu ke dada – pastikan

kedudukan punggung lebih tinggi daripada bahagian kepala.

4. Selepas gulingan, berdiri tegak – mendarat atas kaki dan kedudukan

badan dalam keadaan betul.

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 7/11

5.0 Rancangan Mengajar Pendidikan Jasmani Tahun 3

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN JASMANI(GIMNASTIK)

TAHUN 3

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Modul : Kemahiran

Standard Kandungan : Gimnastik Asas Guling Hadapan

Standard Pembelajaran: i) Melakukan kemahiran asas dalam gimnastik

ii) Memerhati pergerakan rangkaian ketua dan

meniru pergerakan ketua

Tarikh : 24 Julai 2012 (Selasa)

Masa : 0930 pagi hingga 10.00 pagi

Tahun : Tahun 3

Bilangan Murid : 20 orang

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaranmurid-murid dapat;

(a) Psikomotor  

• Melakukan aktiviti guling hadapan dengan

gaya yang betul dan selamat

(b) Kognitif  

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 8/11

• Memahami cara melakukan guling hadapan

melalui fasa-fasa peningkatan

(c) Afektif  

• Menunjukkan keyakinan diri dengan berusaha

melakukan aktiviti-aktiviti ansur maju guling

hadapan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:

BIL. BAHAN PENGAJARAN &

PEMBELAJARAN

JUMLAH

1. TILAM GIMNASTIK 6

2. SKITTLE KECIL 10

3. BOLA BALING MINI 2

4. CD LAGU KANAK-KANAK/RADIO 1

Penerapan Nilai : Berusaha untuk melakukan aktiviti mengikut

kemampuan diri

Kemahiran Berfikir  : Mengintepretasikan dan membanding bezakan

arahan

Strategi Utama : Kontekstual, kooperatif, penerangan, aplikasi

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 9/11

RUMUSAN

Gimnastik Artistik merupakan salah satu komponen dalam Pendidikan

Jasmani dan Kesihatan ( PJK ). Gimnastik Artistik adalah kemahiran dan aktiviti

yang mengandungi unsur-unsur dan disiplin ilmu yang disampaikan melalui

aktiviti-aktiviti yang berunsur pendidikan yang akan mempengaruhi dan membina

sifat-sifat fizikal, sosial dan emosi yang sihat.

Gimnastik Artistik bertujuan memberi peluang kepada para pelajar 

mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyegarkan dan membantu

perkembangan pertumbuhan serta kecergasan fizikal mereka. Dengan erti kata

lain, ianya membawa maksud tujuan untuk memupuk perkembangan yang

optima kepada para pelajar dari aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan

sosial. Melalui aktiviti fizikal, ianya dapat membentuk nilai-nilai personaliti yang

sihat yang akan mencorakkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif..Misalnya terdapat sikap mematuhi undang-undang, berdisiplin, berkerjasama,

bertanggungjawab, bertolak ansur, bersatu padu dan sebagainya. Sifat-sifat

yang berkualiti ini memang dikehendaki oleh semua negara khususnya di negara

kita ini.

Pembelajaran yang berkualiti sebenarnya bergantung kepada

kebolehan pendidik menggunakan pendekatan pengajaran yang dapat

memenuhi kehendak, minat serta kebolehan pelajar agar proses pengajaran ini

dapat menepati objektifnya. Guru yang terlibat dalam pengajaran pendidikan

 jasmani hendaklah dapat menggalakkan pelajar menguasai kemahiran berfikir 

supaya setiap tugasan pelajaran dapat difahami dan dinilai untuk dilaksanakan.

Penglibatan dalam aktiviti dan tugasan yang terancang ini memberi peluang

kepada pelajar mencuba dan merasai keadaan yang sebenar. Percubaan ini

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 10/11

secara tidak langsung memberikan satu bentuk pengalaman baru selaras

dengan konsep belajar melalui aktiviti fizikal dalam pembelajaran pendidikan

 jasmani di sekolah yang meliputi aspek kecergasan fizikal, psikomotor, kognitif,

afektif dan sosial.

RUJUKAN

 Abu Bakar Nordin. (1994). Reformasi pendidikan dalam menghadapi cabaran2020. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Borhannuddin, Abdul Razak, & Hamizon (2006). Pendidikan Jasmani danPendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Mohd.Sofian, Omar Fauzee (2002). Pendekatan Psikologi dalam MenanganiMasalah Atlit. Shah Alam : Karisma Pub;lications Sdn.Bhd.

Shaharudin Abd.Aziz. (2001). Mengaplikasi Teori Psikologi dalam Sukan.Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Vasudevan T.Arasoo (1991). Psikologi Sosial dalam Penddikan Jasmani danSukan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

 Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko – kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia :Satu Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko – kurikulum , Kementerian

Pendidikan Malaysia . Universiti Utara Malaysia , Kedah , Ogos , 18 – 20 .

Saifol Bahary & Hasnul Faizal(2007). Pergerakan Asas dan PendidikanPergerakan.; Kuala Lumpur : Open University (OUM).

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000).Sukatan Pelajaran PendidikanJasmani, Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

http://www.msn.gov.com.my/gimnastik/artistik. (21 Oktober 2007)

http://www.moe.gov.edu.my/huraian (21 Oktober 2007)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gimnastik Artistik

Saifol Bahary & Hasnul FaizalHushin Amri(2010). Pergerakan Artistik Dan

Kreatif.; Kuala Lumpur : Open University (OUM).

7/30/2019 nota gimnastik

http://slidepdf.com/reader/full/nota-gimnastik 11/11

Yusof Ismail (1994),Gimnastik, Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bimbingan Intensif Sains Sukan(2005); Kualiti Books Sdn. Bhd. Petaling Jaya,

Selangor.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : JAMILAH BINTI RAJLI

NO.KAD PENGENALAN : 701025135764

KUMPULAN : PPG/PJ AMBILAN JUN 2011

KOD MATAPELAJARAN : PJM 3107 GIMNASTIK

PENSYARAH PEMBIMBING: ENCIK CHULA BINA

TARIKH PERKARA YANGDIBINCANGKAN

CATATAN NAMA &T/TANGAN

23.06.2012 Menerima tugasan daripadapensyarah pembimbing En.Chula.Perbincangan dan taklimat dari-pada pensyarah.

Memahami tugasan yang diberi

Tugasan perludihantar pada1.9.2012

................(En.Chula)

.................(Pn.Jamilah)

24.06.2012Hingga29.07.2012

Mencari dan menggumpul maklumatyang relevan dari internet, bukurujukan dan sebagainya.Membaca bahan yang dikumpul

Mencetakmaklumat

Membuat nota

.................(Pn.Jamilah)

11.08.2012 Perbincangan dengan rakan-rakantentang bahan-bahan yang telah dikumpulkan.

Membetulkansemulaselepasdibincangkan

.................(Pn.Zalizan)

................(En.Ahmad)

25.08.2012

Hingga30.08.2012

Menyiapkan tugasan ..................(Pn.Jamilah)

01.09.2012 Hantar Tugasan Kepada Pensyarah................(En.Chula)