nota graf 2014.doc

69
Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2 Bab 3: Alih Bentuk Komunikasi (Bahagian B) (20 Markah) 3.1 Linear kepada bukan linear 1. Cara Pemberian Markah: Pengkelasan Pemboleh Ubah (PA) 5 Kesesuaian Teknik (KT) 5 Ketepatan Isi (KI) 5 Kejelasan (KJ) 5 _________ Jumlah ___20____ 2. Persediaan Jadual Setiap jadual perlu ada, contohnya seperti:- KELAHIRAN HIDUP MENGIKUT BERAT KELAHIRAN, KUMPULAN EKTNIK, JANTINA BAYI DI SEMENANJUNG MALAYSIA PADA TAHUN 2010 Berat (kg) Lelaki (orang) Perempuan (orang) Melayu Cina India Melayu Cina India 1.00-1.99 2033 480 428 2056 2976 508 2.00-2.99 41915 11876 7243 47922 70245 14426 3.00-3.99 81052 26055 7021 68914 1081645 30433 Sumber: Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 1996 3. Graf Perkara-perkara yang perlu ada pada graf i. Tajuk ii. Skala iii. Nilai/Unit pada paksi iv. Petunjuk v. Sumber 4. Jenis-jenis graf i. Graf garis - Graf garis mudah/kompaun (Tiada perkataan jumlah pada soalan) - Graf garis komponen (Mesti perkataan jumlah pada soalan) - Petunjuk minimum graf garis ialah mesti ada perkataan perubahan, turun naik, kadar, aliran, indeks harga dan pola perubahan. 1

Transcript of nota graf 2014.doc

Page 1: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

Bab 3: Alih Bentuk Komunikasi (Bahagian B) (20 Markah)

3.1 Linear kepada bukan linear

1. Cara Pemberian Markah:Pengkelasan Pemboleh Ubah (PA) 5Kesesuaian Teknik (KT) 5Ketepatan Isi (KI) 5Kejelasan (KJ) 5

_________Jumlah ___20____

2. Persediaan JadualSetiap jadual perlu ada, contohnya seperti:-

KELAHIRAN HIDUP MENGIKUT BERAT KELAHIRAN, KUMPULAN EKTNIK, JANTINA BAYI DI SEMENANJUNG MALAYSIA PADA TAHUN 2010

Berat (kg) Lelaki (orang) Perempuan (orang)Melayu Cina India Melayu Cina India

1.00-1.99 2033 480 428 2056 2976 5082.00-2.99 41915 11876 7243 47922 70245 144263.00-3.99 81052 26055 7021 68914 1081645 30433

Sumber: Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 1996

3. GrafPerkara-perkara yang perlu ada pada graf

i. Tajuk ii. Skalaiii. Nilai/Unit pada paksiiv. Petunjukv. Sumber

4. Jenis-jenis grafi. Graf garis

- Graf garis mudah/kompaun (Tiada perkataan jumlah pada soalan)- Graf garis komponen (Mesti perkataan jumlah pada soalan)- Petunjuk minimum graf garis ialah mesti ada perkataan perubahan, turun naik, kadar,

aliran, indeks harga dan pola perubahan.

ii. Graf Bar- Graf bar mudah/kompaun (tiada perkataan jumlah pada soalan)- Graf Bar Komponen (Mesti ada perkataan jumlah pada soalan)- Graf Bar Piramid/cermin- Petunjuk minimum graf bar ialah mesti ada kuantiti, peruntukkan perbelanjaan, bilangan

.

1

Page 2: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

iii. Carta Pai- Carta Pai Mudah (sebiji –iaitu hanya ada satu tahun sahaja)- Carta pai Bandingan (Carta dua biji dan mesti ada perbandingan untuk 2 tahun)- Carta Pai Bertingkat

iv. Graf Bar Gabungan - Gabungan Bar Kompaun dan Graf garis Satu/ lebih- Gabungan Bar Komponen dan graf Garis satu/ lebih

v. Graf bar memesong ( petunjuknya mesti ada perkataan peratus perubahan/kadar perubahan pada soalan)

Latihan mengenalpasti grafBil Soalan Bentuk graf1998 Berdasarkan maklumat yang diberikan petikan di bawah sediakan carta

yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan nilai pasaran utama eksport sektor pembuatan Malaysia mengikut negara pengimport bagi tahun 1990 dan tahun 1995.

1998 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Pasaran Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tempoh tahun 1990 hingga tahun 1995.

1999 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang menunjukkan perbandingan kuantiti keluaran komoditi pertanian yang dipilih di Malaysia antara tahun 1990 dengan anggaran bagi tahun 2000.

1999 Berdasarkan perikan di bawah sediakan satu graf garis tentang trend syarat perdagangan dan kadar pertukaran negara bagi tahun 1987 hingga 1997

2000 Berdasarkan maklumat yang diberikan di dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yang dipilih dalam Saham Kuala Lumpur.

2000 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan , peruntukkan perbelanjaan sektor ekonomi Kerajaan Persekutuan antara Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malaysia Ketujuh.

2001 Berdasarkan meklaumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar pertumbuhan ekonomi di pelbagai sektor di Malaysia.

2001 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar dan juga data setiap jenis kenderaan bermotor di Malaysia bagi tempoh yang dilaporkan .

2002 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pengguna air mengikut

2

Page 3: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

negeri pada tahun 1990, 1993 dan 1995 antara Bandar dengan luar Bandar di Malaysia.

2002 Berdasarkan majlumat dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang menunjukkan perbandingan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi sektor sosial antara RMK7 (1996-2000) dengan RMK8 (2001-2005)

2003 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan import dan eksport Malaysia bagi tahun 1998.

2003 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan bilangan kes kebakaran mengikut punca dari tahun 1996 hingga tahun 2000.

2004 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.

2004 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan antara rekod daftar pemilih masuk dengan pemilih keluar di negeri-negeri tertentu dalam tempoh yang dinyatakan.

2005 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek bagi tahun 2002 dan 2003.

2005 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran kadar perubahan indeks harga pengguna di negara-negara ASEAN dari, tahun 1996 hingga tahun 2000.

2006 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1998 hingga 2001.

2006 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.

2007 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pencarum kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut kumpulan umur pada tahun 1999 dan tahun 2003.

2007 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yangs sesuai untuk menunjukkan kuantiti import dan jumlah nilai import barang makanan terpilih di Malaysia dari tahun 1997 hingga

3

Page 4: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

tahun 2000.

2008 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberi oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004.

2008 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan urama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.

2009 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan eksport kayu balak dalam kalangan negara Asia yang terpilih bagi jangka masa yang dilaporkan.

2009 Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport dan nilai import Malaysia dengan Amerika Syarikat serta aliran imbangan dagangan antara dua buah negara tersebut bagi tempoh yang dinyatakan.

2010 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia mengikut jenis media terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.

2010 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan prospek ekonomi di Malaysia mengikut jenis petunjuk bagi tahun 2002 hingga tahun 2006.

2011 Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan pendaftaran baru kenderaan persendirian mengikut jenis dan jumlah pendaftaran bulanan pada tahun 2006.

2011 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan bilangan jenayah mengikut jenis kes yang dapat diselesaikan oleh polis antara tahun 2005 hingga tahun 2006.

2012 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan penumpang penerbangan dalam negeri dan antarabangsa yang berlepas dari lapangan terbang di Sabah dan di Sarawak pada tahun 2005, 2006 dan 2007

2012 Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keluasan kawasan penanaman dan pola pengeluaran hasil kelapa sawit mengikut kawasan penanaman di Malaysia dari tahun 2003 hingga tahun 2007.

4

Page 5: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

BENGKEL BAHAGIAN D - MENGENALPASTI JENIS GRAF/CARTA

1. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kedatangan pekerja asing ke Malaysia mengikut negara asal pada tahun-tahun yang dilaporkan.

Jenis Graf/Carta :

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Jenis Graf/Carta :

3. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan perubahan dalam eksport komoditi utama terpilih negara bagi tahun 2008 hingga 2009

Jenis Graf/Carta :

4. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan purata perolehan eksport barangan utama terpilih mengikut tempoh yang dinyatakan.

Jenis Graf/Carta :

5. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah aliran keluarga setinggan mengikut negeri-negeri terpilih bagi tahun-tahun yang diliputi.

Jenis Graf/Carta :

6. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan penduduk di kawasan bandar utama di Malaysia pada tahun 2000 dan 2010.

Jenis Graf/Carta :

7. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia dan purata upah pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Jenis Graf/Carta :

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah perubahan indeks penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tempoh yang dinyatakan.

Jenis Graf/Carta :

9. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada tahun 2007 hingga 2010.

Jenis Graf/Carta :

10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Jenis Graf/Carta :

5

Page 6: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

11. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Jenis Graf/Carta :

12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan panjang jalan di Malaysia mengikut jenis dan bidang kuasa pada tahun 2006, 2008 dan 2010.

Jenis Graf/Carta :

13. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada tahun 2011.

Jenis Graf/Carta :

14 Berdasarkan petikan berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah warganegara mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tahun-tahun yang dilaporkan.

Jenis Graf/Carta :

15. Berdasarkan maklumat yang diberikan dibawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan sabitan mengikut jantina dan kaum pada tahun 2001 dan 2002

Jenis Graf/Carta :

16. Dengan berpandukan laporan yang diberikan dibawah sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan eksport komoditi terpilih antara tahun 2005 dan tahun 2006.

Jenis Graf/Carta :

17. Berdasarkan petikan dibawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kelahiran dan kadar kematian secara kasar di beberapa buah negara terpilih dari tahun-tahun yang diliputi.

Jenis Graf/Carta :

18. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan dibawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import dan serta harga minyak mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan

Jenis Graf/Carta :

19. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penjanaan tenaga elektrik mengikut stesyen janakuasa Sabah dan Sarawak dari tahun 2008 hingga 2010 di Malaysia.

Jenis Graf/Carta :

20. Berdasarkan maklumat dalam petikan dibawah, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan kes malaria mengikut negeri terpilih di Malaysia mengikut tempoh masa yang dinyatakan.

Jenis Graf/Carta :

6

Page 7: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

Latih Tubi Graf berdasarkan petikan teks.

1. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan bilangan doktor mengikut kategori di Negara P antara sektor awam dengan sektor swasta dalam tempoh yang dinyatakan.

Menjelang tahun 2010, jumlah doktor di Negara P dijangka meningkat menjadi 8740 orang dengan 43.02 peratus berkhidmat dalam sektor awam. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 2000 orang doktor berbanding tahun 2000 yang berjumlah 6740 orang. Daripada jumlah ini, seramai 3770 orang doktor berkhidmat di sektor swasta manakala baki selebihnya seramai 2970 orang dalam sektor awam.

Pada tahun 2000, bilangan doktor yang berkhidmat dalam sektor awam, bagi kategori warganegara adalah seramai 2500 orang, 380 orang doktor adalah penduduk tetap, dan bakinya seramai 90 orang adalah doktor bukan warganegara. Dalam sektor swasta, bilangan doktor warganegara adalah seramai 3100 orang, doktor penduduk tetap seramai 520 orang manakala doktor dalam kalangan bukan warganegara seramai 150 orang.

Bilangan keseluruhan doktor di Negara P pada tahun 2005, telah bertambah seramai 910 orang berbanding tahun 2000. Dalam sektor awam, bilangan doktor telah meningkat seramai 360 orang menjadi 3330 orang, manakala dalam sektor swasta adalah seramai 4320 orang doktor. Dalam sector awam, doktor bagi kategori warganegara telah mengatasi kategori lain dengan bilangan seramai 2800 orang, bagi kategori penduduk tetap telah bertambah menjadi 410 orang. Akhir sekali bilangan doktor bagi kategori bukan warganegara meningkat kepada 120 orang.

Bilangan doktor di sektor swasta juga bertambah dengan ketara. Bagi kategori warganegara adalah seramai 82.18 peratus dari jumlah keseluruhan 4320 orang. Dalam kategori penduduk tetap, bilangan doktor bertambah menjadi 560 orang, manakala bakinya adalah dalam kategori bukan warganegara.

Menjelang tahun 2010, adalah dijangkakan bilangan doktor di negara berkenaan akan meningkat melebihi 64.1 peratus bagi kedua-dua sektor berbanding tahun 2005. Dalam sektor awam, bilangan doktor bagi kategori warganegara telah meningkat kepada 3100 orang, manakala bagi kategori penduduk tetap pula dijangka meningkat sebanyak 30 orang berbanding tahun 2005. Bakinya adalah dalam kategori bukan warganegara.

Pada tahun yang sama, bilangan doktor swasta dalam kategori warganegara dijangka meningkat seramai 550 orang menjadi 4100 orang. Bilangan doktor dalam kategori penduduk tetap

7

Page 8: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

dan bukan warganegara pula, masing-masing seramai 610 orang dan 270 orang. Pertambahan ini dijangka berupaya meningkatkan lagi taraf hidup penduduk di Negara P.

(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Perangkaan Sosial Negara P, 2005)

2. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah penduduk mengikut negeri terpilih dan kadar pertumbuhan mengikut tahun-tahun yang dinyatakan.

Banci 2010 merupakan banci kelima dijalankan bagi Malaysia. Banci terdahulu telah dilakukan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Laporan Kiraan Permulaan Banci 2010 menunjukkan bahawa penduduk di Malaysia adalah seramai 27,565,821 orang dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.17%.

Pada tahun 1980, taburan penduduk di negeri Johor ialah seramai 1,580,423 orang meningkat kepada 2,069,740 orang pada tahun 1991. Jumlah ini meningkat lagi kepada 2,584,997 orang pada tahun 2000. Pada tahun 2010 jumlahnya ialah sebanyak 11.73% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Dalam tempoh yang sama taburan penduduk di Negeri Sembilan, dan Sabah masing-masing mencatatkan jumlah sebanyak 3.62% dan 11.32%.

Negeri Sembilan merupakan antara negeri yang mencatatkan bilangan taburan penduduk yang agak rendah berbanding dengan negeri yang lain di Malaysia. Pada tahun 1980, jumlah taburan penduduknya seramai 551,442 orang berbanding tahun 2000 yang berjumlah 829,774 orang. Seramai 692,897 orang dicatatkan bagi tahun 1991.

Dalam banci pada tahun 1980, taburan penduduk Sabah ialah seramai 929299 orang meningkat kepada 1,734,685 orang pada tahun 1991. Pada tahun 2000 sebanyak 2,468,246 orang dicatatkan berbanding di Selangor jumlah yang dicatatkan dalam tempoh yang sama ialah 3,941,316 orang. Pada tahun 2010, Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi iaitu seramai 5,411,171 orang iaitu 19.63% daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Seramai 1,426,250 orang dicatatkan pada tahun 1980 meningkat kepada 2,291,429 orang.

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan di seluruh Malaysia pada tahun 1991 dan 2000 menunjukkan penurunan masing-masing kepada 2.64% dan 2.60%. Pada tahun 1980 kadar pertumbuhannya ialah 2.32%. Dari segi purata saiz isi rumah di mana dalam banci 2010 menunjukkan trend yang semakin mengecil dengan purata sebanyak 4.31%. Maklumat yang diperoleh penting untuk perancangan dan pelaksanaan pembangunan Negara.

Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, Jan 2011)

8

Page 9: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

3. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadatangan pekerja asing ke Malaysia mengikut negara asal pada tahun-tahun yang dilaporkan.

Malaysia ialah sebuah negara yang aman, mesra pengunjung dan mempunyai banyak peluang pekerjaan. Kedatangan pekerja asing ke Malaysia adalah menceburi sektor pekerjaan seperti pembantu rumah, pembuatan, perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pertanian. Pada tahun 2006, jumlah kedatangan pekerja asing adalah sejumlah 1 286 332 orang, Warga Indonesia merupakan pekerja asing yang paling ramai dilaporkan iaitu 1 174 013 orang atau 91%. Begitu pun pada tahun 2007, jumlah berkurangan kepada 1 148 050 orang. Kebanyakan warga Indonesia mengambil pas lawatan kerja sementera untuk suatu tempoh tertentu. Pada tahun 2008, data yang direkodkan ialah seramai 1 085 658 orang pekerja asing warga Indonesia.

Sementara itu, kemasukan pekerja asing dari negara Bangladesh bagi ketiga-tiga tahun menunjukkan peningkatan yang berterusan. Pada tahun 2006, seramai 300 867 orang warga Bangladesh menceburi pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Pada tahun 2007, jumlahnya telah meningkat kepada 217 238 orang dan terus meningkat seramai 99 163 orqng pada tahun 2008.

Kemasukan pekerja asing warga Filipina dan Thailand banyak menceburi pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perladangan. Pada tahun 2006 seramai 24 088 orang warga Filipina bekerja di Malaysia iaitu melebihi sebanyak 10 277 orang daripada warga Thailand. Penurunan seramai 805 orang pekerja asing warga Filipina manakala peningkatan pekerja asing warga Thailand seramai 4645 orang pada tahun 2007. Laporan kedatangan pekerja asing warga Filipina pada tahun 2008 menunjukkan peningkatan daripada tahun 2007 iaitu meningkat kepada 26 713 orang dan 21 065 orang warga Thailand.

Dalam kalangan pekerja asing warga Pakistan juga menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2006, sejumlah 11 551 orang atau 0.89% daripada jumlah keseluruhan 1 286 332 orang. Peningkatan kedatangan warga Pakistan seramai 4960 orang pada tahun 2007 yang menceburi sektor pekerjaan pembinaan dan perladangan. Seramai 21 278 orang warga Pakistan dilaporkan sebagai pekerja asing pada tahun 2008 iaitu meningkat seramai 4767 orang berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhannya, jumlah kehadiran pekerja asing di Malaysia daripada pelbagai negara di dunia menunjukkan peningkatan dari segi jumlahnya. Kehadiran yang semakin ramai ini membantu peningkatan pembangunan negara terutamanya dalam sektor perladangan, pembuatan dan pembinaan yang semakin kurang diminati oleh warga Malaysia terutamanya golongan remaja.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2011,Jabatan Perangkaan Malaysia )

9

Page 10: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Perbelanjan mengurus Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2007 hingga tahun 2010 meliputi pelbagai sektor dengan melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus yang berubah-ubah. Pada tahun 2007, keseluruhan jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan ialah RM110 071 juta. Daripada jumlah ini, peruntukan perbelanjaan diagih-agihkan kepada beberapa sektor pengurusan kerajaan. Peruntukan perbelanjaan mengurus untuk sektor emolumen berjumlah RM32 587 juta. Sektor pencen dan ganjaran pula menerima agihan perbelanjaan mengurus berjumlah RM8251 juta. Peruntukan untuk bayaran khidmat hutang melebihi RM4660 juta berbanding peruntukan pencen dan ganjaran. Jumlah perbelanjaan mengurus untuk sektor bekalan dan perkhidmatan adalah sebanyak RM23 622 juta. Perbelanjaan mengurus juga meliputi pemberian dan pindahan yang berjumlah RM3904 juta. Selebihnya adalah untuk lain-lain perbelanjaan mengurus yang terletak dii bawah tanggungan Kerajaan Persekutuan.

Pada tahun 2008, perbelanjaan mengurus untuk emolumen menunjukkan peningkatan sebanyak RM8424 juta berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran meningkat sebanyak RM1771 juta berbanding tahun 2007. Manakala perbelanjaan mengurus untuk bayaran khidmat hutang menunjukkan pengurangan sebanyak RM814 juta. Perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan serta pemberian dan pindahan masing-masing adalah sebanyak RM25 197 juta dan RM4365 juta dan selebihnya adalah lain-lain perbelanjaan daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus pada tahun 2008 iaitu RM120 097 juta.

Tahun 2009 menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan sebanyak RM10 901 juta berbanding jumlah perbelanjaan mengurus tahun 2008. Perbelanjaan mengurus untuk bayaran emolumen sahaja berjumlah RM42 778 juta. Pada tahun ini juga menunjukkan beberapa sektor pengurusan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan berlaku peningkatan yang tinggi. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran, bayaran khidmat hutang, bekalan dan perkhidmatan serta pemberian dan pindahan masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak RM124 juta, RM2125 juta, RM1175 juta, RM530 juta berbanding perbelanjaan tahun 2008.

Pada tahun 2010, jumlah keseluruhan mengurus Kerajaan Persekutuan mengalami penurunan kepada RM126 658 juta. Pada tahun ini, perbelanjaan mengurus untuk emolumen menunjukkan peningkatan sebanyak RM3885 juta berbanding tahun 2009. Perbelanjaan mengurus untuk pencen dan ganjaran pula menunjukkan lebihan peruntukan sebanyak RM1369 juta berbanding peruntukan untuk tahun 2009. Bayaran khidmat hutang meningkat sebanyak RM1399 juta berbanding tahun 2009. Peruntukan yang kedua terbesar pada tahun 2010 ialah perbelanjaan mengurus untuk bekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM23 841 juta. Pemberian dan pindahan pula menunjukkan penurunan sebanyak RM206 juta berbanding tahun sebelumnya.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan

Perangkaan Malaysia 2011, Jabatan Perangkaan Malaysia )

10

Page 11: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan panjang jalan raya mengikut jenis dan bidang kuasa mengurus dalam jangka masa yang diliputi.

Setiap tahun, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah wang kepada kerajaan-kerajaan negeri. Peruntukkan ini berdasarkan kepada 2 perkara utama iaitu bilangan penduduk dan panjangnya jalanraya. Jalan raya yang digunakan sebagai alat perhubungan utama di Malaysia ini dibahagi kepada pelbagai jenis dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Jalan raya berturap paling panjang terdapat di Malaysia berbanding dengan jalan raya jenis lain. Pada tahun 2000, daripada jumlah besar 66445km jalan raya di seluruh Malaysia 50621km merupakan jalan raya berturap. Daripada jumlah ini, Kerajaan Persekutuan menguruskan jalan berturap sepanjang 14776km. Pada tahun yang sama, jalan kerikil yang diuruskan oleh Kerajaan Negeri adalah sebanyak 11641km manakala Kerajaan Persekutuan cuma mengurus 352km sahaja. Bagi jalan tanah pula, Kerajaan Persekutuan menguruskan sepanjang 503km manakala bakinya diuruskan oleh Kerajaan Negeri.

Pada tahun 2002 pula, tiada banyak perubahan yang dicatat dalam pengurusan jalan berturap oleh Kerajaan Persekutuan yang mencatatkan 14891km kalau dibandingkan dengan nilai 2 tahun dahulu. Tetapi, jalan berturap yang diurus oleh Kerajaan Negeri telah meningkat sebanyak 5612km berbanding dengan tahun 2000. Jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2002 kekal panjangnya seperti tahun 2000. Cuma jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan kecil menjadi 11659km. Daripada jumlah besar 72165km jalan raya tahun 2002, Kerajaan Persekutuan cuma mengurus 503km jalan tanah manakala bakinya diurus oleh Kerajaan Negeri.

Pada tahun 2004 pula, jumlah panjang jalan raya di Malaysia telah meningkat sebanyak 5530km berbanding dengan tahun 2002. Jalan berturap pada tahun tersebut adalah sepanjang 59254km, yang pengurusannya oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah 15917km dan 43337km masing-masing. Jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Persekutuan telah berkurangan sedikit kepanjangannya dan cuma mencatatkan 114km sahaja. Sebaliknya, jalan kerikil yang diurus oleh Kerajaan Negeri telah meningkat sebanyak 3365km jika dibandingkan dengan tahun 2002. Manakala jalan tanah yang diurus kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menurun kepanjangannya kepada 243km untuk Kerajaan Persekutuan dan 3060km untuk Kerajaan Negeri.

Sebenarnya, pembinaan dan pengurusan jalan merupakan projek yang banyak menelan belanja. Namun demikian, kerajaan mengarahkan agar peruntukan wang untuk projek ini diteruskan demi kebajikan sosial rakyatnya.

(Sumber:Dipetik dan disesuaikan daripada

Jabatan Kerja Raya Malaysia, 2005)

11

Page 12: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

6. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratus perubahan eksport barangan pembuatan Malaysia antara tahun 2006 dengan 2007.

Eksport barangan pembuatan Malaysia pada tahun 2007 telah menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pada tahun 2006. Usaha yang lebih gigih diperlukan bagi meningkatkan lagi jumlah eksport barangan pembuatan Malaysia.

Setelah mencatatkan kejatuhan yang ketara sebanyak 5.3 peratus pada tahun 2006, eksport barangan elektronik, jentera dan perkakasan elektrik terus merosot daripada RM 300,787 juta pada tahun 2006 kepada RM 288,326 juta pada tahun 2007. Kemerosotan ini disebabkan oleh peningkatan nilai ringgit yang menyebabkan harga barangan keluaran Malaysia menjadi agak tinggi di pasaran dunia.

Selaras dengan usaha kerajaan untuk terus memelihara sumber perhutanan, pengeksportan produk kayu tidak banyak berubah, iaitu daripada RM 14,791 juta pada tahun 2006 kepada RM 14,391 juta pada tahun 2007.

Pada tahun 2007, pengeksportan produk getah pula mengalami perubahan yang agak sedikit, iaitu daripada RM 9,332 juta pada tahun 2006 kepada RM 10,588 juta pada tahun 2007. Namun begitu, Malaysia masih mengekalkan kedudukannya sebagai pengeluar utama produk getah dengan menyumbang sebanyak 47 peratus daripada keperluan dunia.

Usaha untuk mempelbagaikan produk petroleum telah berjaya meningkatkan nilai eksportnya. Pada tahun 2006 eksport produk petroleum bernilai RM 23,930 juta dan telah menokok sebanyak RM 2,159 juta pada tahun 2007. Selain itu, hasil petroleum juga turut membantu perkembangan dalam pengeksportan kimia, produk kimia dan plastik. Pada tahun 2006 nilai eksport kimia, produk kimia dan plastik adalah sebanyak RM 37,716 juta dan telah melonjak kepada RM 41,572 juta pada tahun 2007.

Eksport kelengkapan pengangkutan seperti alat ganti dan aksesori kenderaaan telah mengalami penyusutan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh persaingan daripada negara pengeluar lain yang dapat menawarkan harga yang lebih murah. Pada tahun 2006 nilai eksport sebanyak RM 8,559 juta menyusut kepada RM 8,384 juta. Eksport besi, keluli dan produk logam telah mengalami peningkatan yang agak ketara. Negara pengimport utama produk ini ialah China, yang sedang dalam persiapan akhir untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik Beijing 2008. Eksport pada tahun 2007 adalah sebanyak RM 26,695 juta setelah mengalami peningkatan sebanyak RM 3,774 juta daripada tahun sebelumnya.

Tekstil, pakaian dan kasut antara barangan eksport Malaysia yang mendapat saingan hebat daripada negara pengeluar lain, terutamanya negara China. Keadaan ini telah menyebabkan nilai eksportnya mengalami sedikit kemerosotan, iaitu RM 10,925 juta dan RM 10,631 juta.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Jabatan Perangkaan Malaysia 2008)

12

Page 13: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

7. Berdasarkan jadual di bawah lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan kutipan hasil dan pinjaman Kerajaan Persekutuan bagi Tahun 2009 dan 2010.

Hasil Kerajaan Persekutuan2009 2010

RM Juta Peratus Sudut RM Juta Peratus Sudut

Pinjaman dan Penggunaan Aset Kerajaan

29649.45 14.4 51.8 41121.28 21.7 78.12

Duti Eksport 3088.49 1.5 5.4 1515.99 0.8 2.88

Duti Import 2264.89 1.1 4.0 1705.49 0.9 3.24

Cukai Tak Langsung 26972.77 13.1 47.2 24445.37 12.9 46.4

HasilBukan Cukai dan Cukai-Cukai Lain 55386.83 26.9 96.8 48132.75 25.4 91.44

Cukai Pendapatan 88536.57 43 154.8 72578.12 38.3 137.88

Jumlah 205899 100 360 189499 100 360

Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2008/2009,

Kementerian Kewangan Malaysia.

13

Page 14: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

8. Berdasarkan jadual di bawah lukis graf yang sesuai untuk membandingkan jumlah enrolmen pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta mengikut negara-negara asal terpilih bagi tempoh 2006 dan 2007.

Negara-Negara Asal2006 (orang) 2007 (orang)

IPTA IPTS Jumlah IPTA IPTS Jumlah

Thailand 464 480 944 719 429 1148

Iran 736 1048 1784 2049 1629 3678

Indonesia 1850 5691 7541 3000 5454 8454

China 373 6937 7310 1160 5308 6468

Bangladesh 230 6287 6517 309 2197 2506

Jumlah 3653 20443 24096 7237 15017 22254

Sumber: Disesuaikan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia 2008.

14

Page 15: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

9. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan warganegara Malaysia mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tempoh yang dinyatakan.

Penduduk Malaysia berdasarkan data daripada statistik yang dilaporkan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan peningkatan yang begitu ketara daripada tahun 2007 hingga 2009. Penduduk Malaysia dikategorikan kepada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia.

Pada tahun 2007, jumlah warganegara Malaysia adalah 25 265.8 ribu orang yang terdiri daripada kaum Melayu dan Bumiputera yang lain merupakan bilangan yang terbesar iaitu berjumlah 16 768 ribu orang. Bilangan lelaki adalah sebanyak 8458.9 ribu orang, manakala selebihnya adalah perempuan. Etnik kedua terbesar adalah kaum Cina, bilangan lelakinya berjumlah 3209.4 ribu orang iaitu melebihi sebanyak 2269.7 ribu orang berbanding dengan bilangan bilangan lelaki India. Manakala bilangan perempuan Cina dan India pula masing-masing berjumlah sebanyak 3078.5 ribu orang dan 944.1 ribu orang. Bilangan selebihnya adalah kaum-kaum lain iaitu sebanyak 161.2 ribu orang perempuan dan 164.9 ribu orang adalah lelaki.

Jumlah warganegara Malaysia pada tahun 2008 meningkat sebanyak 1.91% menjadi 25 749.6 ribu orang. Kaum Melayu dan Bumiputera lain sebanyak 17 145.3 ribu orang iaitu bilangan perempuan sebanyak 8494.8 ribu orang. Bilangan lelaki Cina meningkat sebanyak 35.3 ribu orang berbanding tahun 2007 manakala bilangan perempuan kaum ini kurang sebanyak 129.1 ribu orang daripada bilangan lelakinya. Etnik India adalah sebanyak 1910.7 ribu orang dan bilangan lelaki India adalah sebanyak 952.5 ribu orang. Kaum-kaum lain adalah sebanyak 333.3 ribu orang iaitu bilangan lelakinya lebih banyak daripada bilangan perempuan iaitu 168.7 ribu orang.

Peningkatan warganegara Malaysia pada tahun 2009 adalah sebanyak 506.2 ribu orang berbanding tahun sebelumnya, manakala penduduk Malaysia yang bukan warganegara adalah sebanyak 2021.0 ribu orang yang turut mengalami peningkatan. Warganegara Malaysia daripada kaum Melayu dan Bumiputera lain berjumlah 17 538.3 ribu orang, bilangan lelakinya sebanyak 8943.8 ribu orang iaitu lebih sebanyak 349.3 ribu orang daripada bilangan perempuannya. Etnik Cina lelaki dan perempuannya mengalami peningkatan yang masing-masingnya meningkat sebanyak 56.8 ribu orang dan 20.6 ribu orang berbanding tahun 2008. Manakala kaum India berjumlah 1939.2 ribu orang, iaitu bilangan perempuan nya sebanyak 854.9 ribu orang dan selebihnya adalah bilangan lelakinya. Selain itu, kaum-kaum lain merupakan etnik yang terkecil yang berjumlah sebanyak 340.6 ribu orang iaitu bilangan lelakinya sebanyak 173.4 ribu orang dan selebihnya adalah perempuan.

Peningkatan bilangan penduduk Malaysia adalah matlamat Dasar Kependudukan Negara bagi menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.

( Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan 2010,

Jabatan Perangkaan Malaysia )

15

Page 16: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan jumlah nilai eksport komoditi terpilih negara bagi tahun 2005 hingga tahun 2008.

Malaysia mengeksport pelbagai barangan ke beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, China, India, Australia dan lain-lain negara. Petroleum mentah merupakan komoditi yang menghasilkan pendapatan eksport negara yang terbesar. Pada tahun 2005, jumlah nilai eksport petroleum mentah Malaysia ialah RM29 653.5 juta, meningkat sebanyak RM2313.1 juta pada tahun 2006. Nilai eksportnya pada tahun 2007 adalah berjumlah RM32 863 juta dan meningkat lagi sebanyak RM10 375 juta pada tahun 2008. Pertambahan besar ini adalah berikutan peningkatan harga petroleum mentah di pasaran dunia.

Hasil usaha kerajaan dalam Dasar Pertanian Negara bagi memajukan sektor pertanian supaya menghasilkan produk pertanian yang berdaya saing maka eksport minyak kelapa sawit dan hasil keluarannya menunjukkan peningkatan yang ketara daripada tahun 2005 hingga 2008. Nilai eksportnya pada tahun 2007 adalah berjumlah RM45 610 juta iaitu peningkatan melebihi 100%, sebanyak RM23 492.6 berbanding tahun 2006 dan meningkat sebanyak RM18 955 juta pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya. Eksport minyak kelapa sawit dan hasil keluarannya pada tahun 2005 adalah kurang sebanyak RM2679.5 juta daripada nilai eksport pada tahun 2006.

Sementara itu, nilai eksport kayu dan hasil keluaran kayu juga menyumbangkan pendapatan yang agak tinggi kepada negara. Pada tahun 2005, nilai eksportnya adalah RM11 273 juta dan mengalami peningkatan pada tahun 2006 dan 2007 yang masing-masing meningkat sebanyak RM1621.8 juta dan RM9757.2 juta berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2008, pengeluaran kayu dan hasil keluaran kayu mengalami penurunan yang menyebabkan nilai eksportnya juga turut menurun kepada RM21 216 juta berbanding nilai eksportnya pada tahun 2007.

Selain hasil pertanian kelapa sawit yang menyumbangkan kepada eksport negara, hasil getah asli juga merupakan komoditi utama eksport negara. Pada tahun 2005, jumlah perolehan eksportnya adalah sebanyak RM5786.5 juta dan meningkat sebanyak RM2448.1 juta pada tahun 2006. Namun begitu akibat penurunan harga getah di pasaran menyebabkan nilai eksport getah asli pada tahun 2007 menurun kepada RM7335 juta. Pada tahun 2008, nilai eksport getah asli kembali meningkat sebanyak RM776 juta berbanding tahun sebelumnya.

Pakaian juga merupakan produk eksport utama negara yang menunjukkan peningkatan bagi tahun 2005 hingga tahun 2008. Pada tahun 2005, nilai eksportnya berjumlah RM9384.1 juta iaitu kurang sebanyak RM1035 juta daripada nilai eksport pakaian pada tahun 2006. Manakala nilai eksport bagi pakaian pada tahun 2007, adalah lebih sebanyak RM428.9 juta daripada nilai eksportnya pada tahun 2006. Pada tahun 2008, nilai eksportnya adalah meningkat kepada RM15 023 juta.

Secara keseluruhannya jumlah nilai eksport bagi tahun 2005 hingga tahun 2008 menunjukkan peningkatan hasil usaha-usaha kerajaan membangunkan ekonomi negara dan meluaskan pasaran antarabangsa bagi produk negara.

16

Page 17: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

( Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009/2010 )

11. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untk menunjukkan peratus perubahan guna tenaga pelbagai kumpulan pekerjaan di Malaysia antara tahun 2008 hingga anggaran tahun 2010.

Malaysia telah berkembang pesat sebagai sebuah negara perindustrian baru dalam kalangan negara dunia ketiga. Perkembangan yang pesat ini telah menyebabkan permintaan dan penawaran guna tenaga kerja dalam pelbagai bidang turut bertambah selaras dengan kemajuan negara. Berdasarkan Laporan Ekonomi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menunjukkan terdapat peningkatan penggunaan guna tenaga dalam pelbagai bidang. Pada tahun 2008, terdapat 14.8 juta guna tenaga dalam pelbagai bidang dan jumlah ini terus meningkat kepada 15.3 juta. Keadaan ini dijangka akan meningkat lagi kepada 16.4 juta pada tahun 2010

Kumpulan pekerjaan teknikal menyediakan sebanyak 1.7 juta guna tenaga dan jumlah ini terus meningkat sebanyak 0.2 juta guna tenaga pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, guna tenaga dalam bidang teknikal dianggarkan terus meningkat menjadi 2.1 juta orang. Bagi kumpulan pekerjaan pentadbiran dan pengurusan, terdapat sebanyak 0.52 juta orang pada tahun 2009 iaitu bertambah sebanyak 0.07 juta orang berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2010 pula, guna tenaga dalam pentadbiran dan pengurusan ialah dianggarkan berjumlah 0.56 juta orang. Pertambahan dalam bidang ini adalah bertujuan untuk memastikan pengurusan dan pentadbiran negara berada pada pencapaian maksimum.

Bidang pemasaran dan jualan pula menunjukkan perkembangan yang amat menggalakkan. Pada tahun 2008 terdapat 1.9 juta orang dan jumlah ini terus bertambah sebanyak 0.6 juta orang pada tahun 2009. Pada tahun 2010 jumlah tenaga kerja dalam sektor ini dianggarkan terus meningkat kepada 3.2 juta orang . Bidang pengeluaran juga memainkan peranan penting dalam kemajuan sesebuah negara. Pada tahun 2008, guna tenaga dalam bidang ini berjumlah 4.8 juta orang. Akibat permintaan yang tinggi sektor ini terus menjanjikan pertambahan sektor pekerjaan kepada 5.3 juta orang dan dianggarkan terus menerima pertambahan pekerja pada tahun 2010 kepada 5.9 juta orang.

Bidang pertanian juga menunjukkan guna tenaga yang tidak konsisten. Pada tahun 2008, terdapat 1.9 juta orang petani dan jumlah ini terus meningkat sebanyak 0.2 juta orang pada tahun 2009, tetapi dianggarkan mengalami sedikit penurunan sebanyak 0.1 juta orang pada tahun berikutnya. Keadaan pencapaian yang tidak konsisten ini kerana bidang pertanian lebih terdedah kepada faktor cuaca. Pekerjaan-pekerjaan lain juga turut menyumbang kepada kemajuan negara. Pada tahun 2008, terdapat 4.05 juta orang dalam bidang tersebut dan jumlah ini terus merosot menjadi 2.98 juta orang pada tahun 2009 dan dianggarkan menurun kepada 2.64 juta orang pada tahun berikutnya. Kemerosotan penggunaan guna tenaga dalam pekerjaan-pekerjaan lain adalah disebabkan tranfomasi dalam pemodenan pengurusan dan bidang teknikal yang lebih menunpukan kepada e-perkhidmatan atau pentadbiran tampa kertas.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, 2009/2010)

17

Page 18: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

12. Berdasarkan maklumat yang diberikan, sediakan carta perbandingan yang sesuai untuk menunjukkan jumlah buruh asing dari negara-negara asal terpilih mengikut sektor pekerjaan pada tahun 2009.

Perkembangan dalam sosioekonomi negara dan faktor penarik warganegara beberapa buah negara jiran mendorong kepada peningkatan jumlah pekerja asing di Malaysia. Kebanjiran pekerja asing ini mengubah landskap sosiobudaya dan ekonomi rakyat tempatan. Keadaan ini sebenarnya memberi pelbagai impak kepada sosiobudaya rakyat tempatan.

Pada tahun 2009, jumlah pekerja asing dalam sektor perladangan dan perkilangan sebanyak 349736 orang dan daripada jumlah tersebut 214179 adalah pekerja sektor perladangan. Seramai 258131 orang pekerja warga Indonesia bekerja di kedua-dua sektor tersebut dan sejumlah 112241 orang adalah pekerja sektor perkilangan.

Pekerja Bangladesh adalah berjumlah 56638 orang dan 18.47% daripadanya terlibat dalam sektor perkilangan. Pada tahun yang sama, warga Thailand seramai 5329 orang dalam sektor perladangan dan wujud perbezaan jumlah yang besar dalam sektor perladangan berbanding sektor perkilangan. Sejumlah 6.30% daripada jumlah pekerja asing dalam sektor perkilangan adalah warganegara Thailand. Warganegara Myanmar yang terlibat dalam sektor yang sama seramai 1315 orang manakala sektor perladangan adalah 6698 orang lebih daripada sektor perkilangan.

Seramai 6650 orang pekerja dari negara India dalam sektor perladangan , namun dalam sektor perkilangan pula jumlah ini amat sedikit. Warganegara India yang bekerja dalam sektor perkilangan seramai 1563 orang dan jumlah ini hampir sama dengan warganegara Pakistan yang bekerja dalam sektor yang sama seramai 1437 orang. Kebanyakan warga Pakistan lebih gemar berniaga tekstil dan permaidani dengan mengamalkan konsep jualan langsung rumah ke rumah. Sementara itu, seramai 0.99% daripada jumlah pekerja asing dalam sektor perladangan adalah warga negara Pakistan.

Walaupun pekerja asing membantu meningkatkan ekonomi dan pembangunan negara, namun wujud masalah terutama pekerja Indonesia dan Bangladesh telah memaksa kerajaan mengurangkan bilangan di samping menggalakkan rakyat tempatan terlibat secara aktif dalam sektor-sektor utama negara. Kurang penjagaan kebersihan dalam kalangan pekerja asing menyebabkan berlaku penularan pelbagai jenis penyakit seperti batuk kering dan demam denggi. Keadaan ini memberi imej buruk negara pada pandangan dunia.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Imigresen Malaysia, 2010 )

18

Page 19: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

13. Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan jumlah guna tenaga sektor pertanian dari tahun 2007 hingga tahun 2010.

Sektor pertanian di negara ini memberi sumbangan yang agak besar terhadap penawaran peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Pada tahun 2007, jumlah guna tenaga dalam empat sektor yang terlibat, iaitu sektor penanaman, pemprosesan, pemasaran serta pengetinan dan pembungkusan berjumlah 19381 orang. Jumlah ini tidak termasuk jenis-jenis pekerjaan yang lain. Daripada jumlah tersebut, sektor pemasaran mencatatkan jumlah yang terbesar, iaitu seramai 6745 orang, diikuti oleh sektor pengetinan dan pembungkusan seramai 5679 orang, penanaman seramai 4524 orang dan yang selebihnya sektor pemprosesan.

Pada tahun 2008, jumlah guna tenaga sektor ini bertambah seramai 2511 orang berbanding jumlahnya bagi tahun 2007. Daripada jumlah ini, sektor pemasaran memerlukan jumlah guna tenaga yang paling ramai, iaitu seramai 7134 orang, diikuti oleh jumlah pekerja dalam bahagian pengetinan dan pembungkusan seramai 6221 orang. Guna tenaga yang mencatat angka terendah adalah kekal, iaitu yang melibatkan sektor pemprosesan, hanya 3216 orang. Guna tenaga selebihnya terlibat dalam kerja-kerja penanaman. Jumlah guna tenaga sektor pertanian dijangka akan bertambah dengan ketara bagi tahun-tahun berikutnya disebabkan penekanan yang lebih serius telah diberikan oleh kerajaan kepada sektor ini.

Pada tahun 2010, jumlah guna tenaga sektor ini meningkat sebanyak 47.29% berbanding tahun 2007. Guna tenaga dalam sektor pengetinan dan pembungkusan berjumlah 7820 orang, manakala sektor pemasaran mencatatkan angka terbanyak, iaitu 9472 orang. Sektor pemprosesan masih mencatatkan angka terkecil, iaitu 4728 orang dan yang selebihnya ialah pekerja bagi kegiatan penanaman. Pada tahun sebelumnya, iaitu tahun 2009, jumlah guna tenaga yang melibatkan kerja-kerja penanaman ialah seramai 5847 orang, melebihi 1431 tenaga kerja dalam bidang pemprosesan. Sektor pemasaran pula mencatatkan jumlah 8539 orang, manakala bahagian pengetinan dan pembungkusan mencatatkan angka 6997 orang.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Ekonomi,2009/2010)

19

Page 20: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

14. Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan bilangan calon yang mengikuti beberapa Program Pengajian Sains di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA )yang terpilih bagi sesi 2009/2010.

Setiap tahun universiti dan kolej universiti awam menerima kemasukan pelajar baru untuk sesi pengajian yang bermula bulan Julai. Seramai 39976 orang lulusan matrikulasi, Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan kelulusan yang setaraf telah ditawarkan tempat di tujuh buah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi Julai 2009/2010.

Calon paling ramai ditempatkan dalam program Kejuruteraan Elektronik iaitu seramai 8748 orang. Manakala calon yang mengikuti program Kejuruteraan Mekanikal kurang sebanyak 307 orang daripada jumlah calon yang ditempatkan untuk program kejuruteraan Elektronik. Kemasukan pelajar ke program Kejuruteraan Kimia hanya 15.5 peratus daripada jumlah keseluruhan calon.

Program perubatan mendapat tempat ketiga dalam senarai program yang terdapat di IPTA yang terpilih. Ramai pelajar daripada kaum Cina yang berminat dengan program ini. Jumlah mereka yang terlibat dalam program tersebut seramai 6676 calon. Program Farmasi semakin diminati oleh calon. Bilangan ini semakin bertambah dari tahun ke tahun. Pada sesi ini, program tersebut mencatat angka 4845 orang. Program Pergigian hanya mengambil sebanyak 12.68 peratus daripada jumlah keseluruhan calon.

Keseluruhan program ditawarkan kepada tujuh buah IPTA terpilih di seluruh negara bagi sesi 2009/2010. Penempatan pelajar di Universiti Malaya melebihi daripada universiti-universiti lain. Seramai 8115 orang ditempatkan di Universiti Malaya sementara Universiti Kebangsaan menempatkan pelajarnya seramai kurang 2.3 peratus berbanding dengan Universiti Malaya. Tempat ketiga paling ramai pelajar ialah di Universiti Islam Antarabangsa iaitu sebanyak 17.4 peratus daripada jumlah keseluruhan. Penempatan pelajar ke Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Putera Malaysia, masing-masing 15.2 peratus dan 11.9 peratus. Dua lagi universiti yang terpilih ialah Universiti Sains Malaysia iaitu 10.5 peratus dan selebihnya di Universiti Utara Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada

Buku Pengangkaan, 2009/2010

20

Page 21: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

15. Berdasarkan petikan yang diberikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pekerja am dalam sektor pembuatan berasaskan makanan di Malaysia dan purata upah pada tahun-tahun yang dinyatakan

Sektor pembuatan merupakan antara sektor terpenting dalam perkembangan ekonomi negara. Sektor ini memerlukan banyak tenaga buruh yang kebanyakannya buruh tempatan dan juga buruh yang diimport. Mereka dibayar upah antara RM 500.00 hingga RM 700.00 sebulan.

Bilangan pekerja di kilang memproses ikan laut kepada bebola ikan dan bentuk kering adalah sebanyak 9145 orang pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak 408 orang pada tahun berikutnya. Di kilang nanas, pekerja yang mengetin nanas sebanyak 7960 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 390 orang pada tahun berikutnya. Pada tempoh yang sama, bilangan pekerja yang mengilang tepung adalah sebanyak 8615 orang dan bertambah kepada 8890 orang pada tahun berikutnya. Bilangan pekerja yang terlibat dengan pemprosesan minyak daripada sayur-sayuran adalah sebanyak 11900 orang pada tahun 2009 setelah bertambah sebanyak 667 orang berbanding tahun sebelumnya, dan pekerja di kilang padi adalah sebanyak 12669 orang pada tahun 2008 dan bertambah sebanyak 406 orang pada tahun berikutnya.

Permintaan yang menggalakkan terhadap ikan yang telah diproses menyebabkan pertambahan bilangan pekerja memproses ikan. Pada tahun 2010, bilangan pekerja memproses ikan laut telah bertambah sebanyak 6.312% berbanding tahun sebelumnya. Bilangan pekerja yang terlibat dalam memproses tepung juga telah meningkat kepada 9218 orang pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 603 orang berbanding tahun 2008. Bilangan pekerja di kilang mengetin nanas juga telah bertambah sebanyak 790 orang pada tahun 2010 berbanding tahun 2008. Pada tahun 2010, peningkatan hasil padi juga telah mendorong kilang padi menambah bilangan pekerjanya kepada 13517 orang dan bilangan pekerja di kilang memproses minyak sayur-sayuran juga telah bertambah sebanyak 280 orang berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2008, upah terbanyak diraih oleh pekerja pertanian ialah pengilang padi sebanyak RM 7.4 juta, manakala purata upah keseluruhan semua sektor yang terlibat hanyalah RM 6.97 juta. Pada tahun berikutnya, purata upah semua sektor telah meningkat sedikit kepada RM 7.26 juta iaitu lebih sedikit berbanding purata upah pekerja mengilang tepung sebanyak RM 7.11 juta. Pada tahun 2010, purata upah mengilang padi masih yang tertinggi iaitu RM 7.43 juta berbanding purata upah semua sektor adalah RM 7.39 juta.

Purata upah dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang bertambah baik dan secara tidak langsung berupaya menjana pertumbuhan ekonomi negara.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Perangkaan Sektor Pembuatan Bulanan Malaysia,

Jabatan Perangkaan Malaysia, 2011)

21

Page 22: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

16. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah perubahan indeks penting di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur bagi tempoh yang dinyatakan.

Keadaan turun naik pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur banyak bergantung kepada keadaan pasaran saham di seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat. Petunjuk utama pasaran saham Kuala Lumpur ialah indeks komposit. Secara purata, Indeks Komposit berada pada paras 890 mata pada tahun 2006, meningkat sebanyak 50 mata pada tahun berikutnya. Pada tahun 2008, Indeks Komposit mencecah ke paras 1050 mata, tetapi menurun sebanyak 65 mata pada tahun berikutnya. Pada tahun 2010, Indeks Komposit mencecah 1230 mata dan diangarkan meningkat sebanyak 120 mata pada tahun 2011.

Indeks Emas pula menunjukkan peningkatan yang sederhana iaitu daripada paras 245 mata pada tahun 2006 meningkat ke paras 260 mata pada tahun 2007. Pada tahun 2008, Indeks Emas telah meningkat sebanyak 55 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2009, Indeks Emas telah menurun sedikit sebanyak 20 mata berbanding tahun sebelumya. Pada tahun 2010, Indeks Emas telah meningkat semula sebanyak 65 mata dan dianggarkan meningkat sebanyak 40 mata lagi pada tahun 2011.

Indeks Perindustrian pada tahun 2007 telah meningkat sebanyak 75 mata berbanding 1516 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Perindustrian terus bertambah menjadi 1680 mata. Pada tahun 2009, Indeks Perindustrian merosot sedikit sebanyak 125 mata berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2010, Indeks Perindustrian telah meningkat semula sebanyak 165 mata berbanding tahun sebelumnya dan pada tahun 2011 dianggarkan meningkat kepada 1850 mata.

Indeks Kewangan pula bertambah sebanyak 75 mata pada tahun 2007 daripada paras 2605 mata pada tahun 2006. Pada tahun 2008, Indeks Kewangan terus bertambah ke paras 2740 mata tetapi merosot sedikit sebanyak 80 mata pada tahun 2009 berbanding tahun sebelumnya. Indeks Kewangan meningkat semula sebanyak 95 mata pada tahun 2010 dan dianggarkan terus meningkat lagi sebanyak 87 mata pada tahun 2011 menjadi 2842 mata.

Indeks Harta dan Indeks Perladangan mengalami prestasi naik turun sepanjang enam tahun. Pada tahun 2006, 2007, dan 2008 Indeks Harta telah mencapai paras 2550 mata, 2660 mata, dan 2740 mata. Indeks Perladangan pula berada pada paras 2765 mata pada tahun 2006 dan terus bertambah menjadi 2870 mata dan 2986 mata untuk dua tahun berikutnya. Pada tahun 2009, Indeks Harta dan Indeks Perladangan merosot sedikit menjadi 2690 mata dan 2910 mata. Pada tahun 2010, Indeks Harta meningkat semula ke paras 2815 mata, manakala Indeks Perladangan meningkat sebanyak 80 mata. Indeks Harta dan Indeks Perladangan dijangka terus meningkat menjadi 2898 mata dan 3050 mata pada tahun 2011

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

22

Page 23: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

17. Berdasarkan petikan di bawah, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan pembiayaan kos pengajian pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA) ke luar negara dalam bidang perubatan dan pergigian mengikut negara-negara terpilih pada tahun 2011.

Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM 39.5 bilion untuk membiayai sektor pendidikan dalam Bajet 2011. Pendidikan yang dinikmati oleh rakyat negara ini, bukan setakat dalam negara sahaja malahan turut diperluas ke luar negara. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan agensi utama kerajaan yang membiayai kos pendidikan pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada tahun 2011, JPA telah mengeluarkan kos pembiayaan sebanyak RM4658.87 ribu dalam bidang perubatan mengikut negara-negara terpilih.

Kos pembiayaan dalam bidang pergigian yang dibiayai oleh pihak JPA ke negara-negara terpilih yang sama lebih kecil berbanding bidang perubatan. Jumlah kos untuk bidang ini berkurang sebanyak RM1020.9 ribu berbanding bidang perubatan ke negara-negara terpilih yang sama.

Kos pembiayaan pelajar-pelajar tajaan JPA ke Australia dalam bidang perubatan berjumlah RM1067.35 ribu atau 22.91% daripada jumlah keseluruhan negara-negara terpilih. Negara India adalah antara negara pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA kerana kos hidup yang lebih rendah. Keadaan ini mempengaruhi kos pembiayaan pendidikan perubatan yang hanya mencatat sebanyak RM587.74 ribu sahaja. Manakala, kos yang dibiayai untuk pelajar-pelajar ke India dalam bidang pergigian pula berkurang sebanyak RM206.05 ribu berbanding bidang perubatan.

Faktor geografi dan latar belakang budaya turut mempengaruhi pilihan pelajar-pelajar tajaan JPA untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara Indonesia. Jumlah kos yang dibiayai untuk ke negara ini pada tahun 2011 adalah sebanyak RM267.48 ribu. Perbezaan kos pendidikan ke negara-negara Eropah berbanding Indonesia amat ketara. Kos pendidikan ke negara-negara Eropah ini telah mencatat jumlah tertinggi sehingga mencecah 58.73%. Negara-negara Eropah yang menjadi tumpuan pelajar dan diiktiraf oleh kerajaan khususnya JPA adalah Ireland dan United Kingdom masing-masing mencatat RM1382.20 ribu dan RM1354.10 ribu. Negara-negara Eropah turut mencatat kos pendidikan yang tinggi dalam bidang pergigian pada tahun yang sama. Kos pendidikan yang mengalir ke negara Ireland telah mencatat lebih kurang 30.17% daripada jumlah keseluruhan pembiayaan bidang pergigian. Jumlah yang ditanggung oleh JPA untuk pelajar-pelajar tajaannya ke United Kingdom adalah sebanyak RM1104.99 ribu atau kira-kira 30.37%.

Seterusnya, kos pendidikan pelajar yang mengikuti bidang pergigian di Indonesia hanya berjumlah sebanyak RM232.09 ribu iaitu lebih rendah berbanding kos pendidikan di Australia dalam bidang yang sama. Kos yang dikeluarkan untuk pelajar-pelajar ke Australia melebihi Indonesia sebanyak RM589.71 ribu. Kerajaan masih menghantar pelajar-pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kepakaran pelajar-pelajar negara ini terutama dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan.

(Disesuaikan daripada Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012)

23

Page 24: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

18. Berdasarkan petikan berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah warganegara mengikut kumpulan etnik dan jantina bagi tahun-tahun yang dilaporkan.

Penduduk Malaysia terdiri daripada warganegara dan bukan warganegara. Jumlah penduduk adalah berdasarkan kepada data Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang telah disesuaikan daripada Penyiasatan Penilaian Liputan Banci.

Pada tahun 2008, keseluruhan warganegara Malaysia berjumlah 25 071.6 ribu orang. Seramai 12 642.6 ribu orang daripadanya merupakan lelaki. Jumlah warganegara meningkat pada tahun berikutnya kepada 25 423.8 ribu orang. Manakala pada tahun 2010, jumlah warganegara dijangka mencecah 25 776.7 ribu orang.

Warganegara lelaki mencatatkan 12 815.1 ribu orang pada tahun 2009 dan dijangka meningkat menjadi 12 987.7 ribu orang pada tahun seterusnya. Jumlah warganegara perempuan melonjak berterusan bagi tiga tahun berturut-turut. Pada tahun 2009 mencatatkan 12 608.7 ribu orang dan dijangka mencatatkan 12 789 ribu orang pada tahun 2010.

Pada tahun 2008, lelaki bumiputera mencatatkan 8 310 ribu orang, berbanding perempuan sebanyak 8200.9 ribu orang. Bagi kaum Cina, jumlah warganegara lelaki seramai 3 224.8 ribu orang. Jumlah ini meningkat sebanyak 27.3 ribu orang pada tahun berikutnya sebelum dijangka meningkat menjadi 3 278.3 ribu orang pada 2010. Bagi warganegara lelaki berketurunan India pula menunjukkan pola yang semakin meningkat dari tahun 2008 hingga 2010. Sebanyak 937.3 ribu orang dicatatkan pada tahun 2008, menokok kepada 946.2 ribu orang dan 954.9 ribu orang bagi tahun 2009 dan 2010 masing-masing.

Warganegara Malaysia perempuan bumiputera merekodkan 8 333.5 ribu orang pada tahun 2009 dan jumlah ini kurang sebanyak 108 ribu orang berbanding lelaki bumiputera pada tahun yang sama. Bilangan warganegara perempuan dan lelaki bumiputera masing-masing dijangka meningkat kepada 8 467.7 ribu orang dan 8 574.4 ribu orang pada tahun 2010.

Bilangan warganegara berketurunan Cina perempuan menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada tahun 2008, bilangannya adalah sebanyak 3 111.1 ribu orang. Bilangan ini terus meningkat pada tahun berikutnya menjadi 3 142.5 ribu orang. Seterusnya dijangka menokok kepada 3 173 ribu orang pada tahun 2010. Manakala data bagi kaum India perempuan mencatatkan 947.8 ribu orang, 958.8 ribu orang dan 969.9 ribu orang bagi tahun-tahun yang terlibat. Selebihnya adalah untuk kaum-kaum lain.

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

24

Page 25: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

19. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perubahan jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan pada tahun 2007 hingga 2010.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan menunjukkan peningkatan yang ketara sepanjang tahun 2007 hingga tahun 2010. Mengikut statistik, jumlah perbelanjaan mengurus pada tahun 2007 sebanyak RM56 547 juta, meningkat kepada RM68 699 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 iaitu sebanyak RM63 757 juta. Pada tahun 2010, jumlah perbelanjaan meningkat lagi kepada RM73 235 juta.

Emolumen menunjukkan jumlah perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tempoh 4 tahun berkenaan. Pada tahun 2007, perbelanjaannya sebanyak RM15 557 juta meningkat kepada RM20 842 juta pada tahun 2009 berbanding tahun 2008 yang berjumlah RM17 443 juta. Manakala pada tahun 2010 perbelanjaan ini menurun kepada RM19 727 juta.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi pembayaran pencen yang diperuntukkan kepada pesara-pesara. Jumlah perbelanjaan ini untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola menurun. Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan adalah sebanyak RM6 987 juta, menurun sebanyak RM276 juta pada tahun 2008 dan menjadi RM6 534 juta pada tahun 2009. Pada tahun 2010, perbelanjaan ini menurun lagi kepada RM6 408 juta.

Khidmat hutang juga mencatat perbelanjaan mengurus yang agak tinggi sepanjang tahun berkenaan. Perbelanjaan mengurus untuk khidmat hutang berjumlah RM9 555 juta pada tahun 2007, meningkat kepada RM10 134 juta pada tahun 2008. Perbelanjaan ini terus meningkat sebanyak RM35 juta pada tahun 2009 dan menurun semula kepada RM9 368 juta pada tahun berikutnya.

Perbelanjaan mengurus juga merangkumi bekalan dan perkhidmatan yang menunjukkan peningkatan ketara sepanjang tempoh empat tahun. Pada tahun 2008, perbelanjaan adalah sebanyak RM10 703 juta mengatasi tahun 2007 sebanyak RM3 343 juta. Perbelanjaan meningkat kepada RM11 269 juta pada tahun 2009 dan terus meningkat sebanyak RM3 512 juta pada tahun 2010.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus bagi lain-lain mencatatkan jumlah yang tertinggi daripada semua jumlah perbelanjaan. Pada tahun 2008, perbelanjaan sebanyak RM18 766 juta berbanding hanya RM17 088 juta pada tahun 2007. Jumlah ini terus meningkat kepada RM19 885 juta pada tahun 2009, iaitu berkurangan sebanyak RM3 066 juta berbanding tahun 2010.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi, 2011)

20. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti pengeluaran, eksport, import serta harga minyak mentah di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Minyak mentah keluaran Malaysia adalah yang terbaik di dunia. Malaysia akan memperoleh keuntungan yang tinggi jika minyak mentah ini di eksport ke luar negara. Pada tahun 2006 kuantiti pengeluaran minyak mentah Malaysia ialah sebanyak 255 ribu tong sehari. Pengeluaran ini merosot sebanyak 22 ribu tong sehari pada tahun 2007. Namun, pada tahun 2008, pengeluaran bagi minyak mentah ini mengalami peningkatan kepada 300 ribu tong sehari. Pengeluaran minyak mentah ini juga mengalami peningkatan yang paling besar iaitu sebanyak 50.67% kepada 452 ribu tong sehari pada tahun 2009.

25

Page 26: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

Pada tahun 2010, pengeluaran minyak mentah merosot sebanyak 31 ribu tong sehari,berbanding tahun sebelumnya. Kuantiti eksport minyak mentah ini sentiasa lebih besar berbanding dengan kuantiti import sepanjang tempoh 2006 -2010. Walaupun harga minyak mentah pada tahun 2006 ialah US$75 setong, namun kuantiti eksport dan import minyak mentah mengalami pengurangan pada tahun tersebut iaitu masing-masing kepada 202 ribu tong sehari dan 92 ribu tong sehari.

Malaysia memperoleh keuntungan yang tinggi apabila kuantiti eksport lebih besar daripada kuantiti import dengan harga minyak mentah berada pada tahap yang tinggi di pasaran dunia. Keadaan ini berlaku pada tahun 2007 apabila kuantiti eksport petroleum mentah ialah 212 ribu tong sehari berbanding dengan kuantiti importnya sebanyak 73 ribu tong sehari. Harga minyak mentah adalah paling tinggi untuk tahun tersebut iaitu US$ 88 setong. Begitu juga pada tahun 2008, kuantiti eksport minyak mentah Malaysia telah bertambah kepada 239 ribu tong sehari, manakala kuantiti importnya adalah jauh lebih rendah dengan 48 ribu tong sehari. Pada tahun tersebut harga minyak mentah adalah US$ 75 setong.

Walaupun kuantiti import minyak mentah Malaysia adalah sama antara tahun 2008 hingga tahun 2010 iaitu 48 ribu tong sehari namun kuantiti eksport dan harga komoditi ini di pasaran dunia masih tidak konsisten. Kuantiti eksport minyak mentah pada tahun 2009 ialah 390 ribu tong sehari pada harga US$ 69 setong di pasaran dunia. Pada tahun 2010 kuantiti eksport minyak mentah merosot sebanyak 37 ribu tong sehari selaras dengan penurunan harga minyak mentah kepada US$ 67 setong di pasaran dunia.

( Sumber dipetik dan diubahsuaikan daripadaLaporan Ekonomi 2009/2010)

26

Page 27: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

21. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai bagi menunjukkan perubahan dalam eksport komoditi utama terpipih negara bagi tahun 2008 hingga 2009

Pada tahun 2009, eksport Malaysia yang terdiri daripada pelbagai komoditi utama telah menghasilkan pendapatan sebanyak RM588 949 juta, iaitu meningkat sebanyak RM55 161 juta berbanding dengan tahun sebelumnya, 2008. Hal ini telah dicapai hasil daripada usaha gigih kerajaan untuk terus memajukan ekonomi negara.

Barangan elektrik dan elektronik terus kekal sebagai sumber pendapatan eksport Malaysia yang terbesar. Pada tahun 2008, nilai eksportnya ialah sebanyak 35.8% daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun tersebut. Pendapatan eksport sektor ini meningkat sebanyak RM7269.9 juta bagi tahun 2009.Pada tahun 2009, barangan kilang menyumbang pendapatan sebanyak RM152 647.57 juta, iaitu meningkat sebanyak RM19 200.57 juta berbanding tahun 2008. Perkembangan ini membuktikan bahawa sektor perkilangan terusmenyumbang lebih daripada 50 peratus daripada jumlah pendapatan eksport bagi tahun berkenaan.

Petroleum mentah merupakan komoditi eksport keempat terbesar mewakili sebanyak RM65 122.62 juta daripada jumlah eksport negara pada tahun 2008 dan meningkat sebanyak RM9 084.96 juta pada tahun 2009. Pertambahan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga purata eksportnya sebanyak 17.6 peratus atau RM284.30 setong dalam tempoh tersebut.Peningkatan eksport sektor ini dijangka terus kukuh untuk tahun-tahun berikutnya.

Eksport minyak kelapa sawit berjumlah RM32 392.2 juta pada tahun 2009.Angka ini menunjukkan sumber pendapatan kelima negara pada tahun tersebut dan menjadikan peningkatan sebanyak RM4 101.44 juta berbading tahun 2008.Perkembangan positif ini hasil kejayaan FELDA dalam menerokai pelbagai bidang baru dalam sektor perladangan.

Eksport kayu gergaji merupakan nilai paling kecil yang hanya menyumbang kepada pendapatan eksport sebanayk 4.0 peratus daripada nilai keseluruhan pada tahun 2008.Walau bagaimana pun, eksport sektor ini meningkat sebanyak RM2 206.44 juta atau 10.34 peratus kepada RM 23 557.96 juta pada tahun berikutnya.Selebihnya pendapatan eksport disumbangkan oleh lain-lain sektor komoditi yang terdiri dari sekor pakaian, getah asli serta ubat-ubatan.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi Negara,

2010/2011, Kementerian Kewangan Negara)

27

Page 28: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

22. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti eskport komoditi utama dan jumlah perolehan eksport komoditi berkenaan mengikut tahun yang dinyatakan.

Walaupun minyak petroleum mentah dijulang sebagai penyumbang utama dalam penghasilan pendapatan eksport negara namun jumlah eskport merosot dari tahun 2006 hingga tahun 2009, kecuali pada tahun 2008 jumlah eksportnya sebanyak 21 032 ribu tan metrik. Pada tahun 2006, jumlah eksport minyak petroleum mentah Malaysia ialah 22 595 ribu tan metrik. Pada tahun berikutnya, eskport minyak petroleum mentah telah menurun sebanyak 9000 ribu tan metrik berbanding tahun sebelumnya. Pada tahun 2009 pula jumlah eksport minyak petroleum adalah sebanyak 9546 ribu tan metrik. Pengurangan petroleum mentah yang mencatat RM10 196 juta pada tahun 2006 , menurun sebanyak RM1049 juta pada tahun 2007 berbanding perolehan tahun 2006.

Komoditi kelapa sawit juga dieksport secara giat oleh negara kita, menunjukkan sejumlah 5509 ribu tan metrik pada tahun 2006 iaitu lebih 97 ribu tan metrik berbanding tahun 2007.Walaupun banyak lombong bijih timah sudah kehabisan bijih, jumlah eksport bijih timah masih menunjukkan peningkatan sebanyak 2.7 ribu tan metrik dengan catatan 45.1 ribu tan metrik pada tahun 2007 berbanding tahun 2006. Sebaliknya, eksport getah menurun sebanyak 95 ribu tan metrik pada tahun 2007, berbanding tahun 2006 yang mencatat 1132 ribu tan metrik.

Jumlah perolehan daripada eksport daripada kelapa sawit meningkat sebanyak RM524 juta pada tahun 2007 dengan perolehan bernilai RM6060 juta berbanding tahun 2006.Perolehan eskport getah menurun sebanyak RM333 juta pada tahun 2007 yang mencatat RM2024 juta berbanding tahun 2006.Walau bagaimanapun, perolehan eskport timah pula telah meningkat daripada RM684 juta pada tahun 2006 kepada RM721 juta pada tahun 2007. Pada tahun 2009 pula, jumlah eksport minyak kelapa sawit menurun sebanyak 2286 ribu tan metrik berbanding tahun 2008 yang mencatat 5838 ribu tan metrik. Perubahan cuaca yang berpunca daripada keadaan berjerebu sejak bulan September 2009, dijangka memberi kesan negatif kepada hasil pengeluaran kelapa sawit.Sungguhpun demikian, Malaysia masih kekal sebagai pengeluar utama minyak kelapa sawit.Jumlah perolehan eskport minyak kelapa sawit menurun daripada RM5772 juta pada tahun 2008 yang mencatat RM7996 juta.Pada tahun 2008, jumlah eskport getah ialah 937 ribu tan metrik berbanding 457.8 ribu tan metrik pada tahun 2009. Pengurangan ini berpunca daripada penukaran kawasan getah kepada tanaman lain dan projek-projek bukan pertanian. Jumlah perolehan getah menurun daripada RM2132 juta pada tahun 2008 kepada RM1159 juta pada tahun 2009.

Komoditi bijih timah pada tahun 2009 mencatat sebanyak 18.5 ribu tan metrik dan perolehan berjumlah RM258 juta berbanding 35.5 ribu tan metrik dan perolehan RM489 juta pada tahun sebelumnya. Hal ini berlaku kerana jumlah lombong yang masih dikendalikan itu berkurangan.

(Sumber : Dipetik dan diubah suaikan daripada Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, 2010/2011)

28

Page 29: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

23. Sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratusan taburan isi rumah mengikut kelas pendapatan di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Pendapatan isi rumah di negara kita merujuk kepada pendapatan isi rumah dalam bentuk wang tunai termasuk pendapatan wang yang diterima secara berulang selain gaji atau upah. Punca utama pendapatan isi rumah ialah pendapatan yang diterima daripada pekerjaan bergaji, pendapatan daripada bekerja sendiri, pendapatan daripada harta benda, penerimaan pindahan semasa dan pendapatan lain seperti sewa. Kelas pendapatan isi rumah di negara ini bermula daripada bawah RM 499 sebulan sehingga RM 5000 ke atas sebulan.

Hasil laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas ( PPIR/KA ) 2007 terhadap 5459.3 ribu isi rumah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 2.8 % daripada jumlah isi rumah tersebut mempunyai pendapatan kurang daripada RM 499 sebulan pada tahun 2004. Peratusan ini adalah paling kecil berbanding dengan kelas pendapatan lain. Pada tahun 2007, peratusan isi rumah yang berada dalam kelas pendapatan tersebut menurun sebanyak 1.1% berbanding dengan tahun 2004. Penurunan peratusan isi rumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan ini membuktikan kejayaan usaha pihak kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar.

Peratusan isi rumah yang berpendapatan RM 500 – RM 999 sebulan mencatatkan penurunan sebanyak 6.7 % pada tahun 2007 berbanding dengan 13.5 % pada tahun 2004. Kejatuhan peratusan taburan isi rumah yang menerima pendapatan yang masih dianggap rendah ini menunjukkan kejayaan pelaksanaan program pembangunan oleh pihak kerajaan yang bertujuan meningkatkan pendapatan penduduk.

Pada tahun 2004 dan 2007, peratusan isi rumah yang menerima pendapatan RM 1000 – RM 1499 sebulan ialah 15.8 %. Walaupun peratusannya tidak berubah, namun jumlah isi rumah telah meningkat daripada 862 570 isi rumah pada tahun 2004 kepada 912 766 isi rumah pada tahun 2007.

Peratusan isi rumah dalam kelas-kelas pendapatan berikutnya menunjukkan peningkatan pada tahun 2007 berbanding dengan tahun 2004. Peratusan dan bilangan isi rumah yang berpendapatan sederhana semakin bertambah. Keadaan ini disebabkan kejayaan program-program pembangunan yang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan dan Rancangan Malaysia Kesembilan. Misalnya, peratusan isi rumah dalam kelas pendapatan RM 1500 – RM 1999 sebulan meningkat daripada 13.2% pada tahun 2004 kepda 13.5 % pada tahun 2007.

Bagi kelas pendapatan seterusnya, iaitu RM 2000 – RM 2499 sebulan, peratusan isi rumah telah meningkat sebanyak 0.5 % pada tahun 2007 berbanding dengan 10.8 % pada tahun 2004. Peratusan isi rumah yang menerima pendapatan RM 2500 – RM 2999 sebulan pula meningkat daripada 8.2 % kepada 8.6 % dalam tempoh yang sama. Walaupun peratusan isi rumah dalam kelas pendapatan tersebut cuma meningkat sebanyak 0.4 %, namun jumlah isi rumah telah meningkat daripada 447 662 isi rumah kepada 496 822 isi rumah.

29

Page 30: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

Program pembangunan yang berterusan berjaya meningkatkan pendapatan penduduk di negara ini. Bilangan isi rumah yang berpendapatan RM3000 – RM 3499 sebulan terus meningkat dalam tempoh tiga tahun tersebut, iaitu meningkat daripada 354 856 isi rumah atau 6.5 % pada tahun 2004 kepada 410 167 isi rumah atau 7.1 % pada tahun 2007. Begitu juga peratusan isi rumah yang berpendapatan RM 3500 –RM 3999 sebulan juga meningkat, iaitu daripada 5.2 % pada tahun 2004 kepada 5.8 % pada tahun 2007.

Peratusan isi rumah dalam dua kelas pendapatan tertinggi juga semakin bertambah. Misalnya, pada tahun 2004, peratusan isi rumah yang menerima pendapatan RM 4000 – RM 4999 sebulan ialah 7.2 % dan kadar ini meningkat kepada 8.6 % pada tahun 2007. Peratusan isi rumah yang berpendapatan RM 5000 ke atas sebulan pula meningkat sebanyak 4 % kepada 20.8 % dalam tempoh yang sama.

Peningkatan peratusan taburan isi rumah dalam kebanyakan kelas pendapatan adalah selaras dengan matlamat jangka panjang kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan kajian

Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas ( PPIR/KA )

2007, Jabatan Perangkaan Malaysia

24. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan isi rumah miskin mengikut pekerjaan dan peratusan isi rumah miskin di bandar dan luar bandar pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Salah satu strategi utama kerajaan di bawah Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara ialah membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, pelbagai projek pembangunan telah dilaksanakan dan kesannya, kadar kemiskinan telah menurun, khususnya di kawasan bandar. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan masih tinggi di kawasan luar bandar.

Pada tahun 2004, bilangan pekebun kecil getah yang miskin ialah 155 200 isi rumah. Angka ini semakin berkurang setiap tahun kecuali pada tahun 2008 apabila bilangannya meningkat kepada 120 576 isi rumah berbanding dengan 100 312 isi rumah pada tahun sebelumnya. Pelbagai usaha kerajaan dalam membantu pekebun kecil getah menambahkan pendapatan mererka seperti pemberian subsidi penanaman semula pokok getah berjaya mengurangkan bilangan isi rumah miskin dalam kumpulan ini. Buktinya, bilangan isi rumah miskin berkurang sebanyak 24 960 isi rumah pada tahun 2005 dan berkurang lagi sebanyak 16 728 isi rumah pada tahun berikutnya.

Kerajaan juga banyak membantu isi rumah yang bekerja sebagai nelayan untuk meningkatkan pendapatan mereka dan seterusnya mengurangkan kemiskinan. Usaha kerajaan terbukti berjaya mengurangkan bilangan isi rumah miskin dalam kumpulan tersebut, iaitu daripada 50 000 isi rumah

30

Page 31: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

pada tahun 2004 kepada 25 000 isi rumah pada tahun 2005. Bilangan isi rumah miskin terus menurun daripada 24 120 isi rumah pada tahun 2006 kepada 21 700 isi rumah pada tahun 2007. Walau bagaimanapun, bilangan isi rumah miskin meningkat sebanyak 9770 isi rumah pada tahun berikutnya.

Keadaaan yang sama turut dialami oleh pekerja estet. Bilangan pekerja estet yang miskin berkurang setiap tahun kecuali pada tahun 2008 apablia angkanya meningkat kepada 69 400 isi rumah berbanding dengan tahun sebelumnya. Sebelum itu, keprihatinan kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan pekerja estet berjaya mengurangkan bilangan isi rumah miskin daripada 85 000 isi rumah pada tahun 2004 kepada 79 990 isi rumah pada tahun berikutnya. Taraf hidup pekerja estet terus meningkat pada tahun 2006 dan 2007 apabila bilangan isi rumah yang miskin masing-masing berkurang sebanyak 10 190 isi rumah dan 12 400 isi rumah.

Peratusan isi rumah miskin di luar bandar lebih tinggi berbanding dengan bandar pada setiap tahun. Walau bagaimanapun, peratusannya semakin berkurang setiap tahun kecuali pada tahun 2008. Peratusan isi rumah miskin di kawasn bandar menurun daripada 7.1 % pada tahun 2004 kepada 3.6 % pada tahun 2005. Kadar ini terus menurun kepada 3.3% pada tahun 2006 dan menurun lagi sebanyak 1.3 % pada tahun berikutnya. Namun, peratusan isi rumah di bandar meningkat sebanyak 0.5 % pada tahun 2008.

Usaha kerajaan membina infrastruktur yang baru dan menaik taraf infrastruktur yang sedia ada berjaya membantu is rumah di kawasan luar bandar menjalani kehidupan yang lebih sihat dan selesa. Oleh itu, peratusan isi rumah miskin di luar bandar menurun daripada 21.1 % pada tahun 2004 kepada 14.9 % pada tahun 2005. Peratusan isi rumah miskin di luar bandar terus menurun pada tahun 2006 dan 2007, iaitu masing-masing sebanyak 0.1 % dan 3.4 %. Walau bagaimanapun, peratusan isi rumah miskin di luar bandar kemudiannya meningkat sebanyak 0.5 % pada tahun 2008.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2009 )

31

Page 32: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

25. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan cartakan pai yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut objek bagi tahun 2002 dan 2003.

Perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan terdiri daripada pelbagai objek. Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuaan pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak RM2000 juta daripada tahun 2002 yang berjumlah RM70,000 juta.

Pada tahun 2002, perbelanjaan mengurus yang terbesar adalah bagi objek emolumen, iaitu merangkumi 30% daripada jumlah perbelanjaan keseluruhan, manakala perbelanjaan mengurus yang terkecil adalah bagi objek bayaran balik, iaitu sebanyak RM1792 juta atau 2.6%. Objek bekalan dan perkhidmatan menduduki tempat kedua dari segi besarnya perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan pada tahun 2002, iaitu sebanyak RM11269 juta atau 16.1% daripada perbelanjaan keseluruhan.

Perbelanjaan mengurus objek pemberian kepada badan-badan berkanun ialah sebanyak RM6361 juta manakala perbelanjaan bagi bayaran khidmat hutang adalag RM7135 juta lebih daripada perbelanjaan bagi pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri yang berjumlah RM2534 juta. Objek pencen dan ganjaran pula berjumlah RM5134 juta atau 7.3%. Pemberian subsidi merupakan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dan sejumlah RM3677 juta telah dibelanjakan pada tahun 2002 untuk tujuan ini. Perbelanjaan mengurus objek lain-lain berjumlah RM8564 juta atau 12.2%.

Pada tahun 2003, perbelanjaan mengurus emolumen masih merupakan perbelanjaan mengurus yang terbesar, iaitu 25% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan, diikuti oleh perbelanjaan mengurus bekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM14781 juta atau 20.5%. Perbelanjaan mengurus bayaran khidmat hutang telah menurun sebanyak RM801 juta berbanding dengan tahun 2002, manakala perbelanjaan mengurus objek lain-lain telah mengambil tempat yang ketiga terbesar dalam perbelanjaan mengurus, iaitu sebanyak RM9899 juta atau 13.7%.

Objek perbelanjaan mengurus bayaran balik pada tahun 2003 telah bertambah sebanyak RM939 juta berbanding dengan tahun 2002. Di samping itu, objek perbelanjaan mengurus subsidi dan pemberian kepada badan-badan berkanun turut mengalami peningkatan dengan masing-masing mencatatkan jumlah RM3925 juta dan RM6854 juta. Objek pencen dan ganjaran telah mengalami penurunan sebanyak RM726 juta berbanding dengan tahun 2002. Perbelanjaan mengurus yang terkecil pada tahun 2003 ialah pemberian dan serahan kepada Kerajaan Negeri, jumlah ini tidak berubah daripada tahun sebelumnya.

Berdasarkan penerangan di atas, jumlah perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan telah meningkat. Ini selaras dengan dasar fiskal mengembang dan pakej rangsangan fiskal tambahan yang dilaksanakan sejak bulan Mei 2003.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, laporan Ekonomi 2003/2004, Kuala Lumpur)

32

Page 33: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

26. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sedikan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran kadar perubahan indeks harga pengguna di negara-negara ASEAN dari tahun 1996 hingga tahun 2000

Ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi dunia, terutama sekali masalah kemelesetan ekonomi dan kegawatan ekonomi yang melanda rantau Asia dalam tempoh masa dari tahun 1996 hingga tahun 2000. Keadaan ini telah mempengaruhi penunjuk sosioekonomi, iaitu indeks harga pengguna. Pada tahun 1996, kadar perubahan indeks harga pengguna di Malaysia ialah 3.5%. Kadar perubahan ini telah menurun sebanyak 0.7% pada tahun berikutnya sebelum meningkat semula kepada 5.3% pada tahun 1998. Indeks harga pengguna telah merosot semula kepada 2.8% pada tahun 1999 dan terus menurun sebanyak 1.2% pada tahun 2000.

Indeks harga pengguna bagi negara jiran Malaysia, iaitu Indonesia, agak tinggi berbanding dengan Malaysia. Pada tahun 1996, indeks harga pengguna di Indonesia ialah 6.5% sebelum meningkat kepada 11.1% pada tahun 1997. Walau bagaimanapun, pada tahun 1998 indeks ini menurun semula kepada 7.6% sebelum menurun lagi sebanyak 5.6% pada tahun 1999. Pada tahun 2000 pula, perubahan indeks harga pengguna di Indonesia meningkat semula sebanyak 7.4% berbanding dengan tahun sebelumnya.

Thailand juga turut terasa bahang masalah ekonomi dunia. Indeks harga pengguna di Thailand pada tahun 1996 adalah yang ketiga tertinggi selepas Filipina dan Indonesia, iaitu 5.9%. Pada tahun 1997, kadar perubahannya merosot sebanyak 0.3% sebelum meningkat semula kepada 8.1% pada tahun berikutnya. Pada tahun 1999, suatu perubahan drastik telah berlaku terhadap indeks harga pengguna di Thailand. Indeks harga pengguna telah menurun kepada 0.3% sahaja. Walau bagaimanapun, pada tahun 2000 kadar ini meningkat semula sebanyak 1.3%.

Filipina menunjukkan kadar perubahan indeks harga pengguna yang tinggi berbanding dengan negara-negara ASEAN lain. Pada tahun 1996, indeks harga pengguna ialah 9.0% tetapi turun sedikit kepada 5.9% pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, pada tahun 1998 kadar ini telah meningkat kepada 9.7% iaitu tahap yang tertinggi dalam tempoh lima tahun. Pada tahun 1999, kadar indeks harga pengguna di Filipina menurun sebanyak 3.0% dan terus menurun ke tahap 4.4% pada tahun berikutnya.

Singapura agak berbeza daripada negara-negara ASEAN yang lain kerana mempunyai indeks harga pengguna yang rendah. Pada tahun 1996, kadar indeks ialah 1.4% dan apabila berlaku kegawatan kadar tersebut meningkat kepada 2.0% sahaja pada tahun 1997. Singapura telah mengalami kadar perubahan yang negatif, iaitu menurun ke tahap -0.3% pada tahun 1998. Walau bagaimanapun , keadaan ini hanya kekal selama setahun sebelum meningkat kepada 0.1% pada tahun 1999 dan meningkat lagi kepada 1.3% pada tahun 2000. Indeks harga pengguna di Brunei agak rendah pada tahun 1996, iaitu 2.0% sahaja, dan terus menurun dua tahun berturut-turut kepada 1.7% dan -0.4%. Pada tahun 1999, keadaannya masih kekal pada tahap -1.0% sebelum meningkat kepada 1.2% pada tahun 2000.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2001, Jabatan Perangkaan Malaysia)

33

Page 34: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

27. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kutipan hasil cukai tidak langsung Kerajaan Persekutuan bagi tahun 1998 hingga tahun 2001.

Kutipan hasil cukai tidak langsung mengalami peningkatan bagi tempoh antara tahun 1998 hingga tahun 1999, tetapi merosot sedikit pada tahun 2000. Walau bagaimanapun, jumlah ini dijangka meningkat kepada RM18300 juta pada tahun 2001.

Pungutan duti eksport pada tahun 1998 ialah sebanyak RM623 juta dan meningkat secara konsisten pada tahun 1999, 2000 dan 2001, iaitu masing-masing kepada RM670 juta, RM1032 juta dan RM1052 juta. Duti import turut menyumbang kepada hasil pendapatan negara. Jumlah pungutannya untuk tempoh empat tahun menunjukkan pola yang tidak konsisten. Pada tahun 1998, sumbangan duti import ialah sebanyak RM3868 juta dan jumlah ini meningkat kepada RM4720 juta pada tahun 1999. Walau bagaimanapun, pungutan hasil daripada duti import ini telah menurun dua tahun berturut-turut kepada RM3599 juta pada tahun 2000 dan dijangka sebanyak RM3318 juta pada tahun 2001.

Pada tahun 1999, jumlah pungutan duti eksais ialah sebanyak RM4723 juta berbanding dengan RM3586 juta sahaja pada tahun 1998. Pada tahun 2001, jumlah pungutan dijangka sebanyak RM3916 juta berbanding dengan RM3803 juta pada tahun 2000.

Sumbangan cukai jualan juga tidak kurang besarnya terhadap hasil pendapatan negara. Pada tahun 2001, jumlah pungutan dijangka mencecah RM6269 juta berbanding dengan RM5968 juta pada tahun 2000. Jumlah kutipan menunjukkan peningkatan berterusan sepanjang empat tahun berturut-turut. Pada tahun 1999, sumbangan cukai jualan ialah RM4488 juta manakala pada tahun 1998 sumbangan cukai ini cuma RM3845 juta.

Sementara itu, pungutan cukai perkhidmatan adalah sebanayk RM1447 juta pada tahun 1998 dan terus meningkat secara berterusan sepanjang tiga tahun berikutnya. Pada tahun 1999, sumbangan cukai perkhidmatan ialah RM1459 juta, dan meningkat kepada RM1701 juta pada tahun 2000 dan dijangka meningkat lagi kepada RM1734 juta pada tahun 2001. Sumbangan cukai tidak langsung lain pada tahun 1998 ialah sebanyak RM1951 juta dan meningkat kepada RM2040 juta pada tahun 1999. Pada tahun 2000, sumbangannya sebanyak RM1914 juta dan dijangka meningkat pada tahun 2001 kepada RM2011 juta.

(Dipetik dan diubah suai daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2001, Jabatan Perangkaan Malaysia)

34

Page 35: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

28. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi perkhidmatan sosial dan ekonomi terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Perbelanjaan pembangunan disediakan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan serta kebolehan memperbaiki tahap social dan ekonomi di samping menyediakan persekitaran yang dapat mengalakkan daya saing dan kecemerlangan sector swasta.

Pada tahun 2001, sejumlah RM4830 juta telah diperuntukkan bagi perkhidmatan perdagangan dan perindustrian. Pada tahun 2002 pula, peruntukkan ini telah meningkat kepada RM5546 juta, tetapi berkurang sebanyak RM29 juta pada tahun 2003.

Peningkatan perbelanjaan bagi sektor pertanian dan pembangunan luar bandar adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk menjanakan semula sector tersebut sebagai jentera pertumbuhan ketiga. Jumlah yang diperuntukkan pada tahun 2001 adalah sebanyak RM1394 juta, tetapi peruntukkan bagi tahun 2002 telah ditingkatkan sebanyak 118%. Seterusnya, jumlah ini telah berkurang sebanyak RM153 juta pada tahun 2003.

Bidang keselamatan merupakan bidang yang sentiasa diberi tumpuan utama oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu, peruntukan yang besar sentiasa diberikan kepada bidang ini. Pada tahun 2001, sebanyak RM3286 juta telah diperuntukkan kepada bidang keselamatan. Walau bagaimanapun, peruntukan ini telah dikurangkan sebanyak RM206 juta pada tahun 2002 dan dikurangkan lagi sebanyak RM17 pada tahun berikutnya.

Secara keseluruhan, perbelanjaan untuk pendidikan kekal besar sungguhpun pada tahun 2002 perbelanjaan ini berkurang sebanyak 10.5% daripada jumlah perbelanjaan sebanyak RM10 363 juta pada tahun 2001. Tahun 2003 pula menunjukkan peningkatan semula perbelanjaan untuk perkhidmatan pendidikan, iaitu sebanyak RM520 juta.

Perbelanjaan untuk perkhidmatan kesihatan pada tahun 2003 ialah RM1790 juta. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 36.0% berbanding dengan tahun 2002. Jumlah perbelanjaan pada tahun 2002 ini pula telah berkurang sebanyak RM254 juta berbanding dengan jumlah perbelanjaan pada tahun 2001.

(Dipetik dan diubah suai daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2002/2003, Kuala Lumpur, hal. 85-86)

35

Page 36: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

29. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yang ditawarkan pada tahun 2004.

CGC bukan sahaja memberikan khidmat nasihat dalam perkara-perkara teknikal tetapi juga, malah lebih penting lagi, memberikan jaminan kredit kepada usahawan PKS yang sering berhadapan dengan masalah ketiadaan dalam permohonan pinjaman mereka kepada pihak bank. Jumlah jaminan kredit CGC pada tahun 2004 bernilai RM3007.6 juta. Angka ini merupakan peningkatan sebanyak 12.1% berbanding dengan tahun 2003, dengan bilangan usahawan yang terlibat sebanyak 8452 orang. Daripada jumlah RM3007.6 juta itu, sebanyak RM1822.09 juta diberikan kepada usahawan PKS yang menjalankan perniagaan am. Jumlah usahawan yang mendapat jaminan kredit untuk jenis perniagaan ini adalah yang paling banyak, iaitu 5624 orang.

Usahawan PKS yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan sector pembuatan merupakan golongan kedua terbanyak yang menerima jaminan kredit daripada syarikat ini, iaitu bernilai RM766.11 juta. Perniagaan yang berkaitan dengan sector pertanian pula mencatat nilai terkecil, iaitu hanya RM28.81 juta. Jumlah yang selebihnya adalah untuk jaminan kredit kepada usahawan yang menjalankan jenis perniagaan lain.

Skim jaminan kredit yang diberikan oleh CGC pada umumnya dapat dibahagikan kepada lima skim, iaitu Skim Jaminan Utama Baharu, Skim Jaminan Laluan Terus, Skim Jaminan Anjal, Skim Jaminan Usahawan Kecil dan Skim Jaminan Lain. Skim Jaminan Utama Baharu mencatat angka tertinggi dari segi nilai jaminan, iaitu RM1061.68 juta, diikuti oleh Skim Jaminan Laluan Terus yang mencatat nilai RM962.88 juta. Skim Jaminan Anjal pula mencatat 27.14% daripada jumlah keseluruhan nilai jaminan kredit yang diberikan oleh syarikat, manakala bagi Skim Jaminan Usahawan Kecil, nilainya berjumlah RM44.03 juta. Jumlah selebihnya ialah nilai jaminan yang diberikan kepada Skim Jaminan Lain.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Ekonomi, November 2005)

36

Page 37: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

30. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.

Sektor pertanian dan perlombongan terus menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara disamping membekalkan bahan mentah kepada industri tertentu di Malaysia.

Pengeluaran minyak sawit Malaysia dianggar mencatat peningkatan yang berterusan dari tahun 2002 hingga tahun 2005 berikutan dengan peningkatan hasil sehektar dan harga minyak sawit yang tinggi. Pada tahun 2002, minyak sawit mencatat pengeluaran sebanyak 11909 ribu tan metrik, iaitu pengurangan sebanyak 1446 ribu tan metrik berbanding dengan tahun 2003. Pengeluaran minyak sawit terus meningkat kepada 13976 ribu tan metrik pada tahun 2004 dan dianggar meningkat lagi sebanyak 1324 ribu tan metrik setahun kemudiannya. Walau bagaimanapun, peningkatan pengeluaran ini tidak menjamin peningkatan yang berterusan bagi jumlah perolehan eksport minyak sawit Malaysia kerana pada tahun 2004, perolehan eksport minyak sawit telah menurun sebanyak RM364 juta berbanding dengan RM20411 juta pada tahun 2003. Pada tahun 2002, perolehan eksport minyak sawit Malaysia ialah RM14838 juta dan dianggar mencapai RM20550 juta pada tahun 2005.

Pengeluaran getah pula mencatat peningkatan yang berterusan hingga tahun 2004, tetapi dianggar merosot pada tahun 2005 kerana keluasan kawasan tanaman getah yang semakin berkurang. Pada tahun 2002, pengeluaran getah adalah sebanyak 890000 tan metric dan terus meningkat sebanyak 96000 tan metrik pada tahun 2003. Pada tahun 2004, pengeluaran getah meningkat lagi sebanyak 182000 tan metrik berbanding dengan tahun sebelumnya tetapi diramalkan merosot sebanyak 23000 tan metrik pada tahun 2005. Perolehan eksport getah negara mengalami situasi yang sama apabila mengalami penurunan pada tahun 2005 setelah mencatat peningkatan dari tahun 2002 hingga tahun 2004. Pada tahun 2003, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM3582 juta, iaitu peningkatan sebanyak RM1090 juta berbanding dengan tahun 2002. Pada tahun 2004, perolehan eksport getah adalah sebanyak RM5197 juta tetapi dianggar berkurang sebanyak RM197 juta pada tahun 2005.

Gas asli cecair pula menunjukkan pengeluaran yang tinggi selaras dengan pertambahan medan gas asli cecair yang baru beroperasi. Pada tahuna 2002 sahaja pengeluarannya adalah sebanyak 150007 ribu tan metrik dan meningkat kepada 20729 ribu tan metrik pada tahun 2004, iaitu peningkatan sebanyak 3418 ribu tan metrik berbanding dengan pengeluaran pada tahun 2003. Pengeluaran ini dijangka meningkat lagi kepada 20936 ribu tan metrik pada tahun 2005, manakala perolehan eksport gas asli cecair pada tahun 2003 telah meningkat sebanyak RM3470 juta berbanding dengan tahun 2002 yang mencatat perolehan sebanyak RM9888 juta. Jumlah perolehan ini meningkat kepada RM17079 juta pada tahun 2004 dan dijangka meningkat lagi sebanyak RM1596 juta pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2004.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2005/2006, Kualal Lumpur)

37

Page 38: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

31. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan eksport kayu balak dalam kalangan Negara Asia yang terpilih bagi jangka masa yang dilaporkan.

Sumber kayu balak di merata ceruk dunia termasuk di Asia akhir-akhir ini menjadi tidak menentu. Keadaan ini terjadi disebabkan banyak kawasan hutan yang telah dimusnahkan, sedangkan kegiatan tanam semula hutan tidak diusahakan secara berkesan. Sebagai kesannya, kuantiti eksport kayu balak sering tidak dapat menampung jumlah permintaan, yang seterusnya mendesak kenaikan harga kayu balak di pasaran antarabangsa.

Pada tahun 2002, eksport kayu balak Jepun berjumlah 1641 ribu meter padu (rmp) dan jumlah ini melebihi eksport kayu balak India sebanyak 643 rmp. Jurang eksport yang agak ketara ini dipengaruhi oleh tahap kemajuan teknologi antara dua buah negara berkenaan. Seterusnya, dalam tempoh yang sama eksport kayu balak bagi Republik Rakyat China, China Taipei, dan Korea juga tidak sekata. Republik Rakyat China paling banyak mengeksport kayu balak iaitu berjumlah 1106 rmp, diikuti oleh China Taipei sebanyak 651 rmp. Korea paling sedikit mengeksport kayu balak antara negara tersebut, iaitu berbeza sebanyak 492 rmp berbanding dengan China Taipei.

Bagi Thailand, Hong Kong dan negara-negara Asia yang lain, eksport kayu balak pada tahun 2002 tidak jauh berbeza. Thailand berkedudukan tercorot dengan jumlah eksportnya sebanyak 39 rmp, manakala Hong Kong mengatasinya sebanyak 149 rmp. Eksport kayu balak bagi negara-negara Asia yang lain pula berjumlah 322 rmp dan meningkat sebanyak 152 rmp bagi tahun 2003.

Pada tahun 2003, eksport kayu balak India berjumlah 1369 rmp. Jumlah ini mengatasi eksport kayu balak Jepun sebanyak 13 rmp. Pada tahun yang sama, eksport kayu balak Republik Rakyat China meningkat kepada 1336 rmp, manakala eksport kayu balak China Taipei meningkat kepada 694 rmp, iaitu mengatasi eksport kayu balak Korea sebanyak 554 rmp.

Thailand kekal sebagai negara pengeksport kayu balak yang paling sedikit pada tahun 2003. Walaupun jumlahnya meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya, namun eksportnya berbeza sebanyak 43 rmp jika dibandingkan dengan eksport kayu balak Hong Kong yang berjumlah 103 rmp bagi tahun berkenaan.

(Disesuaikan daripada Laporan Bank Negara Malaysia, 2004)

38

Page 39: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

32. Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport dan nilai import Malaysia dengan Amerika Syarikat serta aliran imbangan dagangan antara dua buah Negara tersebut bagi tempoh yang dinyatakan.

Amerika Syarikat merupakan rakan dagang Malaysia yang penting dan nilai dagangan yang dicatat dari tahun 2001 hingga tahun 2006 menunjukkan angka yang besar.

Sepanjang tempoh enam tahun yang dinyatakan, jelas bahawa imbangan dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat sentiasa mencatat nilai lebihan. Pada tahun 2001, jumlah eksport adalah sebanyak RM67618 juta berbanding dengan jumlah import yang bernilai RM44811 juta, iaitu menunjukkan imbangan dagangan yang mencatat lebihan. Pada tahun yang berikutnya, walaupun jumlah eksport bertambah sebanyak RM3884 juta, tetapi disebabkan jumlah import juga bertambah, maka jumlah lebihan dagangan pada tahun itu menurun sebanyak RM927 juta berbanding dengan tahun 2001.

Pada tahun 2003, jumlah import bertambah sebanyak RM3553 juta berbanding dengan tahun sebelumnya, manakala jumlah eksport meningkat sebanyak RM10610 juta atau 14.84% berbanding dengan tahun 2002. Keadaan ini telah menyebabkan jumlah imbangan dagangan juga bertambah.

Jumlah eksport Malaysia ke Amerika Syarikat pada tahun yang seterusnya mancatat angka yang lebih tinggi daripada peningkatan importnya, iaitu pertambahan sebanyak RM8070 juta berbanding dengan peningkatan import yang bernilai RM4635 juta. Keadaan yang positif ini berterusan pada tahun 2005 dan 2006. Eksport Malaysia ke negara tersebut bagi tahun 2005 adalah sebanyak RM105 033 juta, dengan nilai imbangan dagangannya berjumlah RM49115 juta. Bagi tahun yang berikutnya, nilai eksport, import dan imbangan dagangan masing-masing meningkat sebanyak RM5312 juta, RM4335 juta dan RM977 juta berbanding dengan tahun 2005.

Jika usaha terus dilaksanakan untuk mencari pasaran bagi produk-produk baharu di negara tersebut, kita yakin bahawa Amerika Syarikat akan terus menjadi rakan dagang yang utama bagi negara ini.

(Disesuaikan daripada Dewan Ekonomi, Ogos 2007)

39

Page 40: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

33. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia mengikut jenis media terpilih pada tahun-tahun yang dinyatakan.

Industri pengiklanan tempatan telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun 2007 dengan peningkatan jumlah perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM701 831 juta berbanding dengan tahun 2006 yang mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM4 761 371 juta.

Pada tahun 2006 , media cetak terutamanya akhbar terus menguasai pasaran iklan di Malaysia apabila mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM2 746 617 juta atau 57.7% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan . Media elektronik, iaitu televisyen, juga merupakan media yang amat efektif untuk mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kerana televisyen ditonton oleh lebih kurang 20 juta orang penonton setiap hari. Kelebihan ini menyebabkan perbelanjaan pengiklanan di televisyen mencecah RM1 477 554 juta atau 31.0%.

Perbelanjaan pengiklanan di radio berjumlah RM203815 juta, iaitu RM48 141 juta lebih banyak daripada perbelanjaan pengiklanan di majalah. Media iklan luar pula mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM109 327 juta, manakala perbelanjaan pengiklanan menerusi media terminal jualan adalah RM60 483 juta kurang daripada perbelanjaan menerusi media iklan luar . Media terakhir yang menjadi pilihan pengiklan ialah panggung wayang yang mencatatkan perbelanjaan pengiklanan terendah, iaitu sebanyak RM19540 juta sahaja, berbanding dengan media lain pada tahun 2006.

Pada tahun 2007, semua media mencatatkan peningkatan perbelanjaan pengiklanan kecuali media iklan luar. Iklan di akhbar masih mencatatkan perbelanjaan terbesar, iaitu sebanyak RM3 065 218 juta atau 56.1%, daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan pada tahun 2007. Perbelanjaan pengiklanan di telebisyen dan radio turut memperlihatkan peningkatan prestasi yang kukuh dengan masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak RM320 894 juta dan RM37 273 juta berbanding dengan tahun 2006.

Seterusnya, media majalah mencatatkan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM166 164 juta tetapi peratusannya menurun kepada 3.0% daripada 3.3% pada tahun 2006. Media iklan luar pula mencatatkan penurunan perbelanjaan pengiklanan sebanyak RM1165 juta kepada RM108 162 juta. Perbelanjaan pengiklanan bagi media terminal jualan adalah sebanyak RM57 855 juta, manakala perbelanjaan pengiklanan menerusi media panggung wayang mencatatkan peningkatan sebanyak 34.4% berbanding dengan tahun 2006. Usaha promosi menerusi media terpilih tersebut telah membuka peluang yang lebih luas kepada pada pengiklan untuk lebih berdaya saing baik di dalam negara mahupun di luar negara.

(Disesuaikan daripada Berita Harian , 14 Februari 2008)

40

Page 41: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

34. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan prospek ekonomi di Malaysia mengikut jenis petunjuk bagi tahun 2002 hingga tahun 2006.

Prospek ekonomi yang baik melalui petunjuk yang tertentu penting untuk memperlihatkan kejayaan pembangunan sosioekonomi negara.

Pada tahun 2002, imbangan akaun semasa negara mencatatkan lebihan RM30.495 bilion dan meningkat sebanyak RM20.071 bilion pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004 pula, imbangan akaun semasa terus meningkat kepada jumlah RM56.513 bilion. Imbangan akaun semasa terus mencatatkan lebihan pada tahun 2005 dan 2006, iaitu masing-masing mencatat peningkatan sebanyak RM18.820 bilion dan RM37.226 bilion berbanding dengan tahun 2004.

Rizab bersih antarabangsa negara mencatatkan jumlah sebanyak RM126.980 bilion pada tahun 2002 sebelum meningkat kepada RM166.755 bilion pada tahun 2003. Dalam tempoh tiga tahun berikutnya, rizab bersih antarabangsa menunjukkan peningkatan yang drastic berbanding dengan tahun 2003, iaitu masing-masing meningkat kepada RM250.591 bilion, RM264.955 bilion dan RM301.651 bilion.

Pada tahun 2003, peratusan perubahan tahunan KDNK pada harga semasa ialah 5.8%, iaitu bertambah sebanyak 0.4% berbanding dengan tahun sebelumnya. Peratusan ini terus meningkat kepada 6.8% pada tahun 2004 sebelum menurun kepada 5% pada tahun 2005. Sungguhpun demikian, peratusan ini meningkat semula kepada 5.9% pada tahun 2006.

Kadar inflasi negara pada tahun 2002 ialah 1.8% sebelum menurun kepada 1.2% pada tahun berikutnya. Pada tahun 2004, kadar inflasi meningkat semula kepada 1.4%. Kadar ini terus, meningkat dengan cepat kepada 3.1% pada tahun 2005 sebelum meningkat lagi sebanyak 0.5% pada tahun 2006.

Kadar pengangguran negara secara keseluruhannya adalah rendah, iaitu 3.5% pada setiap tahun 2002, 2004 dan 2005. Walau bagaimanapun, kadar ini meningkat sebanyak 0.1% pada tahun 2003 dan menurun sebanyak 0.2% pada tahun 2006.

Petunjuk-petunjuk ekonomi ini menunjukkan keadaan ekonomi negara yang stabil selepas krisis kewangan tahun 1997.

(Disesuaikan daripada Petunjuk-petunjuk Utama 2007, Bank Pembangunan Asia)

41

Page 42: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

35. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut kumpulan umur pada tahun 1999 dan tahun 2003.

Umur pekerja yang paling muda mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah 16 tahun. Dalam tempoh 5 tahun, bilangan pencarum KWSP telah meningkat hampir 1 juta orang, iaitu daripada 9.53 juta orang pada tahun 1999 kepada 10.36 juta orang pada tahun 2003.

Pecarum KWSP boleh dibahagikan kepada lapan kumpulan umur, iaitu dari kumpulan umur 16 hingga 25 tahun sehingga kumpulan umur lebih daripada 55 tahun. Secara umumnya, bilangan pencarum semakin berkurang apabila kumpulan umur semakin meningkat. Pada tahun 1999 dan 2003, pekerja dalam kumpulan umur 16 hingga 25 tahun adalah yang paling banyak mencarum, iaitu masing-masing 2.39 juta orang dan 2.36 juta orang.

Berbanding dengan tahun 1999, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 26 hingga 30 tahun telah menunjukkan peningkatan sebanyak 70 ribu orang kepada 1,68 juta orang pada tahun 2003. Dalam tempoh yang sama juga , bilangan pencarum dalam kumpulan umur 31 hingga 35 tahun telah meningkat kepada 1.52 juta orang.

Bagi kumpulan umur 36 hingga 40 tahun pula, bilangan pencarum telah meningkat sebanyak 8% pada tahun 2003 berbanding dengan 1.26 juta pencarum pada tahun 1999. Bilangan pencarum dalam kumpulan umur 41 hingga 45 tahun pula telah meningkat sebanyak 17.14% pada tahun 2003, iaitu kepada 1.23 juta orang.

Bagi kumpulan umur yang lebih tinggi, bilangan pencarum kurang daripada 1 juta orang. Pada tahun 1999, pencarum dalam kumpulan umur 46 hingga 50 tahun, kumpulan umur 51 hingga 55 tahun , dan kumpulan umur lebih 55 tahun masing-masing sebanyak 790 ribu, 490 ribu dan 510 ribu orang sahaja. Dalam tempoh empat tahun berikutnya, bilangan pencarum dalam kumpulan umur 51 hingga 55 tahun telah bertambah sebanyak 180 ribu orang, manakala bilangan pencarum dalam kumpulan umur 46 hingga 50 tahun telah bertambah sebanyak 200 ribu orang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2004, Jabatan Perangkaan Malaysia)

42

Page 43: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

36. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kuantiti import dan jumlah nilai import barangan makanan terpilih di Malaysia dari tahun 1997 hingga tahun 2000.

Pertambahan penduduk dan pembangunan negara yang semakin pesat menyebabkan berlakunya pertambahan dalam permintaan makanan. Bagi menampung permintaan makanan dalam negara yang semakin meningkat, kerajaan terpaksa mengimport barang makanan dari luar negara. Antaranya termasuklah gandum, beras, jagung, gula dan keperluan lain.

Pada tahun 1997, jumlah kuantiti import barang makanan ialah sebanyak 5602.7 juta tan metric dengan nilai RM3331.4 juta. Jagung merupakan barang import yang utama pada tahun 1997 dengan jumlah sebanyak 2745.1 juta tan metrik. Ini diikuti dengan gula sebanyak 1141.8 juta tan metrik dan gandum sebanyak 1069.2 juta tan metrik. Sungguhpun Malaysia mengeluarkan beras, namun kerajaan telah mengimport sebanyak 646.6 juta tan metrik beras pada tahun 1997. Nilai import gandum pada tahun berkenaan ialah sebanyak RM607.2 juta, beras sebanyak RM701.3 juta , jagung sebanyak RM1144.3 juta dan gula sebanyak RM878.6 juta.

Pada tahun 1998, kegiatan mengimport makanan agak merosot akibat masalah kewangan ekonomi yang melanda rantau Asia, dan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima kesannya. Jumlah kuantiti import pada tahun berkenaan turun kepada 4819.8 juta tan metrik dengan jagung merupakan barangan import utama, iaitu sebanyak 2066.9 juta tan metrik. Gandum merupakan barang import yang kedua terbanyak, iaitu sebanyak 1056.3 juta tan metrik, diikuti oleh gula sebanyak 1038.7 juta tan metrik, dan beras sebanyak 657.9 juta tan metrik. Nilai import bagi gandum ialah RM734.3 juta, beras sebanyak RM910.5 juta dan jagung sebanyak RM987.5 juta. Nilai import gula merupakan yang paling banyak pada tahun berkenaan, iaitu RM1051.1 juta. Jumlah keseluruhan nilai import barang makanan pada tahun 1998 ialah RM3683.4 juta.

Gandum merupakan barang makanan utama untuk sarapan pagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Kuantiti import gandum pada tahun 1999 adalah sebanyak 1289.1 juta tan metrik dan merosot sebanyak 143.6 juta tan metrik pada tahun 2000. Kuantiti import beras turut mengalami kemerosotan, iaitu daripada 611.4 juta tan metric pada tahun 1999 kepada 594.1 juta tan metric pada tahun 2000. Jagung masih merupakan barangan import yang utama pada tahun 1999, iaitu sebanyak 2492.7 juta tan metrik tetapi merosot kepada 2390.2 juta tan metrik pada tahun 2000. Import gula pada tahun 1999 adalah sebanyak 1157.9 juta tan metrik dan kuantitinya meningkat sebanyak 28.8 juta tan metrik pada tahun 2000.

Jumlah nilai import barang makanan pada tahun 1999 ialah RM3623.7 juta dan jumlah ini merosot kepada RM3452.4 juta pada tahun 2000. Nilai import gandum pada tahun berkenaan ialah RM818.2 juta , diikuti oleh beras sebanyak RM718.9 juta, dan jagung sebanyak RM1114.3 juta yang merupakan barang import utama pada tahun 1999. Baki selebihnya ialah nilai import bagi gula. Pada tahun 2000 pula, nilai import jagung ialah sebanyak RM1088.4 juta iaitu masih merupakan import utama negara. Ini diikuti dengan import gula sebanyak RM963.8 juta, gandum sbanyak RM710.9 juta, dan beras sebanyak RM689.3 juta. Walaupun merupakan negara yang berasaskan pertanian, namun Malaysia masih belum mampu memenuhi keperluan rakyatnya.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2001, Jabatan Perangkaan Malaysia)

43

Page 44: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

37. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan pendaftaran baru kenderaan persendirian mengikut jenis dan jumlah pendaftaran bulanan pada tahun 2006.

Jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar di Malaysia sentiasa meningkat. Pada tahun 2006, sejumlah 971 513 unit kenderaan persendiriaan yang terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan telah didaftarkan. Perkembangan ini perlu diseimbangkan dengan perkembangan rangkaian dan sistem jalan raya.

Kenderaan persendiriaan yang paling banyak didaftarkan pada tahun 2006 ialah motokar, iaitu sebanyak 458 294 unit. Hal ini disebabkan oleh peningkatan taraf hidup masyarakat. Motosikal merupakan kenderaan yang kedua popular selepas motokar dan bilangan yang didaftarkan kurang sebanyak 9543 unit berbanding dengan motokar. Pad tahun tersebutm pendaftaran kenderaan barang juga melebihi 30,000 unit, iaitu kurang sebanyak 413, 074 unit berbanding dengan motosikal.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan awam telah mempengaruhi pendaftaran baru bas, teksi, kereta sewa dan kenderaan lain. Pada tahun 2006, sebanyak 7051 unit teksi dan kereta sewa telah didaftarkan, iaitu kurang sebanyak 12650 unit berbanding dengan kenderaan lain. Bas merupakan kenderaan yang paling sedikit didaftarkan pada tahun tersebut, iaitu sebanyak 2039 unit sahaja.

Jumlah pendaftaran bagi pelbagai kenderaan persendirian telah melebihi 50,000 unit pada setiap bulan. Pada bulan Januari sahaja, jumlah yang didaftarkan adalah sebanyak 81 932 unit. Walau bagaimanapun, angka ini berkurang sebanyak 7313 unit pada bulan Februari. Pendaftaran kenderaan persendirian paling banyak diterima pada bulan Mac, iaitu meningkat sebanyak 20994 unit kepada 95 613 unit, dan seterusnya berkurang sebanyak 14 244 unit pada bulan April. Pada bulan Mei, berlaku peningkatan pendaftaran kenderaan persendirian kepada 84 833 unit . Pada bulan Jun sebanyak 80 491 unit kenderaan persendirian telah didaftarkan dan terus meningkat pada dua bulan berikutnya, iaitu pada bulan Julai dan Ogos, masing-masing sebanyak 82 056 unit dan 90 741 unit. Tiga bulan berikutnya jumlah pendaftaran turun berturut-turut, iaitu turun kepada 84 341 unit pada bulan September, turun sebanyak 11 740 unit pada bulan Oktober, dan turun lagi sebanyak 2218 unit pada bulan November. Walau bagaimanapun, bilangan kenderaan persendirian yang didaftarkan meningkat kembali pada bulan Disember, iaitu melebihi bilangan bagi bulan November sebanyak 2151 unit.

(Disesuaikan daripada Buletin Perangkaan Bulanan Malaysia 2007, Jabatan Perangkaan Malaysia)

44

Page 45: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

38. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan bilangan jenayah mengikut jenis kes yang dapat diselesaikan oleh pihak polis antara tahun 2005 hingga tahun 2006.

Statistik jenayah yang disediakan oleh polis menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kes jenayah kekerasan dan jenayah harta benda yang agak ketara di negara ini dalam tempoh tiga tahun belakangan ini.

Pada tahun 2005, kes curi yang melibatkan motokar yang dapat diselesaikan oleh pihak polis adalah sebanyak 4532 kes. Pada tahun 2006, bilangan kes ini yang dapat diselesaikan adalah sebanyak 2935 kes sahaja daripada 11,101 kes yang dilaporkan. Keadaan yang sama juga berlaku bagi kes yang melibatkan kecurian motosikal. Bilangan kes yang dapat diselesaikan pada tahun 2006 adalah sebanyak 10 330 kes berbanding dengan 22 448 kes pada tahun 2005, iaitu kira-kira 43.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan.

Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak berkuasa, namun bilangan kes curi ragut semakin meningkat dari setahun ke setahun. Menurut laporan yang dikeluarkan, pada tahun 2005, bilangan kes ini yang dapat diselesaikan adalah sebanyak 5325 kes daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan. Pada tahun 2006, sebanyak 4264 kes dapat diselesaikan, iaitu kira-kira 44.6 peratus daripada jumlah kes pada tahun berkenaan.

Selaras dengan perkembangan teknologi, siasatan polis dilihat semakin Berjaya menyelesaikan kes yang berkaitan dengan jenayah kekerasan. Misalnya kes bunuh yang dapat diselesaikan adalah sebanyak 385 kes atau 63 peratus pada tahun 2006 berbanding dengan 328 kes atau 65.5 peratus pada tahun 2005. Demikian juga halnya dengan kes rogol apabila polis berjaya menyelesaikan sebanyak 1769 kes pada tahun 2005 dan 2238 kes sepanjang tahun 2006, iaitu kira-kira 90 peratus daripada bilangan kes yang dilaporkan.

Polis juga banyak menerima aduan yang berkaitan dengan kes samun bersenjata api, iaitu sebanyak 247 kes pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, hanya 44 kes sahaja yang dapat diselesaikan oleh pihak polis. Pada tahun 2005, sebanyak 59 kes, iaitu kira-kira 18.6% , telah dapat diselesaikan daripada keseluruhan kes yang dilaporkan.

Kes jenayah lain seperti kes curi dan kes mencederakan juga menunjukkan peningkatan yang ketara. Kes curi dan kes mencederakan yang masing-masing sebanyak 19 626 kes dan 3546 kes pada tahun 2005 telah meningkat kepada 20 099 kes dan 4582 kes pada tahun 2006. Sesuatu kes hanya dianggap selesai apabila penjenayah dijatuhi hukuman di mahkamah. Jika setakat orang yang disyaki ditangkap, kes tersebut dianggap masih belum selesai.

(Disesuaikan daripada Dewan Masyarakat, November 2007)

45

Page 46: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

39. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan penumpang penerbangan dalam negeri dan antarabangsa yang berlepas dari lapangan terbang di Sabah dan di Sarawak pada tahun 2005, 2006 dan 2007.

Perkembangan sistem pengangkutan udara di Sabah dan di Sarawak selari dengan perkembangan ekonomi dan sosial di kedua-dua negeri tersebut. Kemampuan penduduk menggunakan pengangkutan ini bertambah sama ada bagi penerbangan dalam negeri mahupun penerbangan antarabangsa.

Pada tahun 2005, 2006 dan 2007 didapati bahawa bilangan penumpang yang menggunakan lapangan terbang di kedua-dua negeri ini turun naik tetapi tidak begitu ketara. Pada tahun 2005, bilangan penumpang yang menggunakan lapangan terbang di Sabah ialah sebanyak 2 924 137 orang yang terdiri daripada 311 196 orang penumpang dalam negeri dan yang selebihnya ialah penumpang penerbangan antarabangsa. DI Sarawak, bilangan penumpang penerbangan dalam negeri jauh lebih rendah daripada di Sabah pada tahun yang sama, iaitu terdapat sebanyak 3 131 056 orang penumpang untuk penerbangan antarabangsa dan 91 188 orang penumpang untuk penerbangan dalam negeri.

Pada tahun 2006, bilangan penumpang yang berlepas melalui lapangan terbang di Sabah masih lagi mengatasi Sarawak untuk penerbangan antarabangsa. Bilangan penumpang penerbangan dalam negeri di Sabah ialah sebanyak 2 581 202 orang, iaitu kurang 459 785 orang daripada bilangan penumpang bagi penerbangan dalam negeri di Sarawak dalam tahun yang sama. Bilangan penumpang penerbangan antarabangsa di Sabah dan Sarawak pada tahun ini ialah sebanyak 359 938 orang dan 84 580 orang.

Pada tahun 2007, bilangan penumpang yang berlepas melalui lapangan terbang di Sabah bagi kedua-dua jenis penerbangan menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelumnya. Bilangan penumpang untuk penerbangan dalam negeri ialah sebanyak 2 708 302 orang, iaitu kurang sebanyak 210, 951 orang daripada bilangan penumpang penerbangan dalam negeri di Sarawak bagi tempoh yang sama. Bagi penumpang penerbangan antarabangsa, bilangan penumpang yang berlepas melalui lapangan terbang di kedua-dua negeri meningkat dari tahun sebelumnya. Di Sabah, pertambahan ialah sebanyak 76 236 orang dan di Sarawak pula meningkat sebanyak 4416 orang dari tahun sebelumnya.

Bilangan penumpang ini tidak termasuk mereka yang transit di lapangan terbang tersebut. Peningkatan ekonomi dan taraf hidup penduduk menjadikan mereka mampu menggunakan pengangkutan udara untuk ke destinasi dalam dan luar negara.

(Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia 2008. Putrajaya: Perangkaan Malaysia, Mac 2009)

46

Page 47: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

40. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan keluasan kawasan penanaman dan pola pengeluaran hasil kelapa sawit mengikut kawasan penanaman di Malaysia dari tahun 2003 hingga tahun 2007.

Kelapa sawit merupakan komoditi utama eksport negara. Keluasan kawasan penanaman kelapa sawit semakin bertambah pada setiap tahun. Di negara ini, penanaman kelapa sawit banyak diusahakan secara estet dan yang selebihnya secara kebun kecil oleh individu tertentu.

Penanaman kelapa sawit secara estet pada tahun 2003 mencapai keluasan 2248 ribu hektar, dengan pengeluaran hasil sebanyak 42 689.5 ribu tan metrik. Keluasan kawasan penanaman kelapa sawit secara estet kemudiannya meningkat sebanyak 350.9 ribu hektar bagi tahun 2007 dan pengeluaran hasil juga meningkat daripada 1554 ribu hektar pada tahun 2003 kepada 1713.4 ribu hektar pada tahun 2007. Pengeluaran hasil secara kebun kecil pula ialah sebanyak 29 510.5 ribu tan metrik pada tahun 2003 dan meningkat sebanyak 3105 ribu tan metrik pada tahun 2007. Jumlah ini telah berkurangan sedikit berbanding dengan tahun sebelumnya. Pengeluaran hasil kelapa sawit bagi tahun 2004 ialah sebanyak 43 404.9 ribu tan metric dan 28 675.6 ribu tan metric bagi penanaman secara estet dan kebun kecil.

Pada tahun 2004, keluasan kawasan penanaman kelapa sawit secara estet bertambah kepada 2333.6 ribu hektar dan terus meningkat sebanyak 79.1 ribu hektar setahun kemudian. Pada tahun 2006, keluasann meningkat lagi kepada 2476.1 ribu hektar. Penanaman secara kebun kecil mencatat keluasan sebanyak 1541.7 ribu hektar pada tahun 2004, seterusnya bertambah kepada 1638.6 ribu hektar setahun kemudian. Pada tahun 2006, berlaku peningkatan keluasan penanaman secara kebun kecil sebanyak 50.5 ribu hektar berbanding dengan tahun sebelumnya. Peningkatan ini berlaku kerana ramai petani telah menukarkan tanaman mereka kepada kelapa sawit lantaran harga yang menarik dalam pasaran semasa.

Pengeluaran hasil kelapa sawit memperlihatkan peningkatan yang berterusan sehingga tahun 2007, kecuali berlaku sedikit penurunan pengeluaran dari kebun kecil pada tahun yang berkenaan. Pada tahun 2005, pengeluaran hasil kelapa sawit oleh estet ialah sebanyak 45 551.8 ribu tan metrik dan kemudian meningkat sebanyak 2979.8 ribu tan metrik pda tahun 2006. Pengeluaran hasil kelapa sawit secara kebun kecil pada tahun 2005 ialah sebanyak 30 936.8 ribu tan metric dan meningkat sebanyak 2169.6 ribu tan metric bagi tahun 2006. Pengeluaran yang sentiasa meningkat ini adalah selaras dengan permintaan pasaran yang semakin berkembang ekoran daripada penemuan pelbagai produk baharu yang berasaskan minyak kelapa sawit.

(Disesuaikan daripada Buletin Tahunan 2008 Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB))

47

Page 48: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

48

Page 49: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

49

Page 50: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

50

Page 51: nota graf 2014.doc

Modul Pengajaran: Bab 3 Linear kepada bukan linear (graf) Penggal 2: Pengajian Am 900/2

51