NOTA KH BAB 1

15
1.2.2 Pengikat Rivet Rivet ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal. Rivet diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau loyang. Rivet digunakan bersama riveter. Glu Panas Glu panas ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek. Glu panas digunakan bersama hot glu gun. Hot glu gun menggunakan bekalan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas.

description

kemahiran hidup tingkatan 2

Transcript of NOTA KH BAB 1

1.2.2 Pengikat

Rivet Rivet ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih kepingan logam pada rangka projek secara kekal. Rivet diperbuat daripada bahan logam yang lembut seperti aluminium atau loyang. Rivet digunakan bersamariveter.

Glu Panas Glu panas ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek. Glu panas digunakan bersamahot glu gun. Hot glu gunmenggunakan bekalan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas.

Skru Benam Sendiri Skru benam sendiri ialah bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan kepingan logam pada rangka atau pemidang projek dari keluli lembut. Skru benam sendiri akan menghasilkan cantuman yang kuat. Kelebihan skru ini berbanding dengan skru biasa ialah skru ini boleh mengulir sendiri ketika dipasang.

1.3 Alatan Tangan dan Mesin1.3.1 Alatan Tangan

Pisau Pemotong Perspek Digunakan untuk memotong kepingan perspek. Menggunakan mata pemotong khas yang boleh ditukar ganti.

Gandin Getah Digunakan untuk mengelakkan permukaan kepimgan logam daripada menjadi calar atau rosak. Digunakan untuk mengetuk dan meratakan kepingan logam. Kepala gandin getah diperbuat daripada getah bagi mengelakkan permukaan kepingan logm daripada tercalar atau rosak semasa melakukan kerja

Penebuk Pusat Kegunaan : Menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum kerja menggerudi dilakukan supaya mata gerudi tidak tergelincir semasa kerja mengerudi dijalankan. Mempunyai mata yang bersudut 90 darjah dan digunakan bersama tukul bonggol bulat.

Riveter

Riveterdigunakan untuk memasang rivet secara kekal pada kepingan logam. Digunakan untuk merivet atau mencantum kepingan logam.

Hot Glu Gun Hot Glu Gundigunakan untuk mencairkan batang glu panas semasa proses mengglu. Eleman pemanasnya memerlukan masa lebih kurang lima minit untuk mencairkan glu. Apabila picu ditarik, glu yang cair akan dikeluarkan.

Stapler Gun

Digunakan untuk menyambung kepingan yang nipis dan lembut seperti kain kanvas, kulit, PVC nipis, kepingan papan lapis, MDF, dan mounting board. Digunakan bersama dengan pelbagai saiz dawai kokot. Sebelum proses menyambung dilakukan, bahagian yang hendak dicantum hendaklah dirapatkan. Jenis yang sesuai ialahheavy duty.

1.3.2 Mesin

Mesin Gergaji Jig

Kegunaan :1. Memotong lengkung, bulat, dan lurus pada papan lapis, MDF, san papan.2. Memotong bahan seperti kayu, logam lembut, dan perspek. Mata pemotong gergaji diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi.

Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah :1. Suis- Menghidupkan motor.2. Pemegang ( Hulu )- Menetapkan pegangan semasa menggergaji.3. Pemandu- Sebagai panduan mengikut garisan pemotongan semasa proses menggergaji.4. Tapak- Menetapkan gergaji pada benda kerja yang dipotong.5. Pelindung- Melindungi mata pemotong.6. Kabel- Menyambungkan bekalan elektirik.

Cordless Screwdriver

Kegunaan : Melonggar atau mengetatkan skru, Menebuk lubang kecil pada kepingan kayu dan logam dengan memasang mata gerudi pital pada rahang bindu. Menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula dan boleh dibawa kemana-mana tanpa wayar. Bahagian utama dan ungsinya adalah seperti dibawah :1. Hulu- Memegang mesin semasa kerja menskru.2. Suis- Menghidupkan motor dan melaras kelajuan pusingan bindu ( kelajuan rendah atau kelajuan tinggi )3. Pelaras arah pusingan bindu- Melaraskan pusingan bindu mesin sama ada untuk membuka atau mengetatkan skru.4. Bindu dan rahang bindu- Memegang mata pemutar skru atau mata gerudi.5. Bateri- Membekalkan arus elektrik (a.t) kepada mesin.6. Pengunci bindu- Mengetatkan cengkaman pada rahang bindu.

Sander

Sander ini digunakan untuk kerja kemasan.Meratakan permukaan projek kayu.Membuang bahagian karat pada keluli sebelum kemasan.Bahagian utama dan fungsi adalah seperti dibawah :Pemegang - Memegang mesin semasa kerja meratakan atau melicinkan projek.Suis - Menghidupkan motor mesin.Kekunci suis - Mengunci suis semasa kerja meratakan atau melicinkan projek.Kabel - Menyalurkan bekalan elektrik kepada mesin.Tapak - Bahagian yang akan dipasangkan kertas las untuk kerja kemasan projek.Penyepit - Menyepit kertas las pada tapak.

REKA BENTUK & PENGHASILAN PROJEKFaktor Utama reka bentukPengenalan Melalui proses reka bentuk dan reka cipta manusia dapat selesaikan pelbagai masalah atau keperluan harian. Produk yang dihasilkan seharusnya dapat memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Faktor atau kriteria menentukan produk sesuai atau sebaliknya terhadap pengguna.FUNGSIIa dapat berfungsi serta menepati kehendak dan keperluan pengguna.

RUPA BENTUKMenarik serta bertepatan dengan fungsinya

KESESUAIAN BAHANBahan perlu sesuai dengan penggunaan, mudah diperolehi, kos rendah dan mesra pengguna.

KAEDAH PEMBINAANPerlu mudah dihasilkan serta proses tidak merumitkan

KETAHANANKetahanan produk perlu bagi fungsinya serta masa yang panjang

KOS PRODUKKos yang berpatutan dan tidak bebankan pengguna

KEMASANMenarik, sesuai dengan bahan dan fungsinya serta mesra alam

KESELAMATANSelamat digunakan, tidak memudaratkan pengguna dan alam sekitar

NILAI KOMERSILProduk mempunyai dapat berdaya maju dan dapat bersaing apabila dipasarkan.

Jenis BahanTambahan bahan yang digunakan untuk membina produk selain kayu, papan lapis, MDF dan Mounting board (Yang telah dipelajari di tingkatan 1)

ALUMINIUM logam bukan ferus Diperolehi dari bijih bauksit Lembut, mudah dibentuk dan tidak berkarat Pengalir haba yang baik Saiz biasa diperolehi 122cm x 244cm, 91cm x 183cm Digunakan dalam binaan badan kapal terbang, kepala selinder enjin, kerangka pintu/tingkap, tin minuman, perlatan memasak dlll.

KELULI LEMBUT Logam ferus, campuran besi dan karbon Boleh dibentuk, dibengkokan, dikimpal, dipateri Saiz biasa diperolehi 610cm x 15.3cm dan 610cm x 91.5cm Digunakan untuk pembuatan bol, nat, paku, dawai, pintu pagar, jeriji dlll

PERSPEK Plastik keras, tahan lasak Dikenali juga sebagai acrylic atau poly methyl methacrlilate (PMMA) Sifatnya keras, tahan lama, mudah dicuci, tidak berkarat, mudah dipotong dan dibentuk dengan haba Kelemahan tidak tahan haba dan mudah calar Dicantumkan dengan klorofom atau simen pelarut atau glu PVC Saiz kebiasaanya 122cm x 244cm dan 61cm x 122cm Digunakan dalam binaan papan kenyataan, bekas air, plat kenderaan dan sebagainya

PVC Sejenis plastik keras dan kukuh Sifat kukuh, keras dan tahan lama Mudah dipotong dan dibentuk Tidak tahan haba Digunakan dalam perpaipan dan pendaiwaian elektrik PVC lembut digunakan dalam pembinaan baangan permainan, filem, botol dan penebat wayar

Jenis Jenis Pengikat Digunakan untuk mencamtumkan dua atau lebih bahan secara kekal atau sementara. Antara pengikat biasa digunakan Tambahan jenis pengikat yang digunakan untuk membina produk selain paku, glu dan skru (Yang telah dipelajari di tingkatan 1)

Ribet Diperbuat dari logam lembut (kuprum, keluli dan aluminium) Saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat. Tahan karat Mencamtukan secara kekal. Digunakan bersama rivetter 3 jenis ribet => kepala bulat, counter sunk dan flat. Logam

Glu Panas Boleh didapati dalam bentuk batang (stick) Biasa Saiz 13mm x 300mm Digunakan bersama glu panas (Hot Glue Gun) Kayu, logam dan plastik

Skru benam sendiri Diperbuat dari keluli lembut Saiz pelbagai dan biasanya 6mm 63mm dan ditentukan panjang skru dapat dibenamkan Mencamtumkan separa kekal bahan dan boleh dibuka semula jika tidak diperlukan. Digunakan bersama pemutar skru atau gerudi tanpa wayar (cordless screw driver) Jenis => kepala bulat, kepala timbul dan kepala rata. Kayu, logam dan plastik

ALATAN TANGAN Gandin Getah Terdapat dalam pelbagai saiz Digunakan untuk kerja melipat, membentuk dan mengetuk kepingan logam Kepala gandin getah dibuat dari getah Tujuannya menggelkkan permukaan kepingan logam daripada tercalar atau rosak.

Pisau Pemotong Perspek Digunakan untuk memotong kepingan perspek Mata pisau boleh ditukar ganti

Penebuk Pusat Digunakan untuk menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum digerudi. Ia bertujuan mengelakkan dari mata gerudi tergelincir ketika kerja mengerudi dijalankan.

Rivetter Digunakan untuk memasang ribet secara kekal pada kepingan logam. Nozzle rivetter boleh ditukar untuk memastikan saiz ribet sesuai dengan rivetter.

Hot Glue Gun Mencairkan batang glu. Memudahkan dalam proses glu panas bahan kerja.

Stapler Gun Untuk merekatkan kepingan nipis dan lembut sperti kanvas, kulit, pvc nipis, kepingan papan lapis, MDF dan mounting board. Ia digunakan bersama dawai kokot.

MESIN Mesin gergaji jig Digunakan untuk memotong lengkungan, bulat dan lurus pada kepingan papan, MDF atau papan lapis, kayu, logam lembut dan perspek. Mata pemotong diperbuat daripada keluli berkabon tinggi Mata perlu ditukarkan mengikut kesesuaian bahan yang dipotong. Bahagian2 mesin gergaji jigSuisMenghidupkan motor

PemegangTetapkan pegangan semasa mengergaji

Pemegang mataTetapkan mata gergaji jig pada benda kerja

MataMemotong bahan yang hendak dipotong

TapakMenahan benda kerja dan boleh dicondongkan 45o

MotorMenggerakkan mata gergaji jig

Gerudi pemutar skru tanpa wayar(Cordless Screw Drill) Digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkan skru dan menebuk lubang kecil pada kayu atau kepingan logam Berfungsi dengan kuasa bateri yang boleh dicas Bahagian utama Cordless screw drillBINDU DAN RAHANG BINDUMemegang mata pemutar skru

MOTORMemutar bindu

SUISMenghidupkan dan mematikan motor

MATA PEMUTAR SKRUMemutarkan skru

PEMEGANGMemegang mesin

PENGUNCI BINDUMengetatkan cengkaman pada rahan bindu

PENGECAS BATERIMengecas semula bateri mesin

TUIL PELARAS PUTARANMengubah arah putaran bindu kekiri dan kekanan pusingan

BATERIMembekalkan kuasa elektrik

Mesin pelelas Mudah Alih (Sander) Digunakan untuk melelas permukaan dengan cepa, merata permukaan kayu, membuang bahagian karat pada keluli sebelum kerja kemasan serta pada permukaan plastik Dua jenis sander, belt sender dan disc sander Kertas pelelas pada sender boleh ditukar jika haus Bahagian utama senderMOTORMenggerakkan motor

PEMEGANGMemegang mesin

TAPAKTempat pemasangan kertas pelelas

TUIL PELARASMelaraskan pergerakan tapak sender

SUISMenghidupkan motor sander

KEKUNCI SUISMengunci suis agar sentiasa mesin sentiasa hidup

KABELMenyalur bekalan elektrik

PENYEPITMenyepit kertas las pada tapak sender