NOTA KH

download NOTA KH

of 26

description

nota

Transcript of NOTA KH

BAB 1 ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan

1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.2. Murid menjalankan tugas secara berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan bersistematik.

1.1.1 Struktur Organisasi BengkelDiketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang penolong formen bagi setiap kelas.

1.1.2 Langkah Keselamatan

AMALAN 4Ma) Membersih-Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat

-Menitikberatkan kebersihan diri dan mental

-Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek

-Kebersihan mental iaitu berfikiran positif

-Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu :

b) Menyusun Atur

-Guna alat mengikut kegunaannya

-Simpan alat di tempat yang betul

c) Menilai

-Menilai diri sendiri dan tempat kerja

-Melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab

-Melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan pertolongan cemas serta penggunaanalat pemadam api.

d) Mendisiplin

-Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

KESELAMATAN AM1. Keselamatan Bengkel

-Lantai tak licin

-Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru

2. Keselamatan Diri

-Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel

-Memakai apron dan kasut getah

3. Keselamatan Alatan

-Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak

-Gunakan alatan mengikut fungsinya

4. Keselamatan Penggunaan Elektrik

-Pastikan tangan tidak basah

-Jangan menggunakan peralatan yang rosak

PENGELASAN ALAT PEMADAM API1. Kelas A (jenis air): Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan kertas2. Kelas B (jenis Buih): Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak dan cat3. Kelas B & C (jenis karbon dioksida) : Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan suis dan seumpamanya4. Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering) : Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium dan memadamkan api kelas A, B dan C.

*Etika Kerjamerangkumi disiplin dan sikap seperti menepati masa, bertanggungjawab, amanah dan patuh kepada arahan.

*Budaya Kerjabermaksud peradaban yang menjadi amalan semua pekerja

BAB 2 : REKABENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

2.1 Pengenalan Reka bentuk dan Teknologi

1. Definisi Rekabentuk : susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk2. Definisi Teknologi : pengajian dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta pelbagai jenis alat, sumber dan teknik.

2.2 Faktor Rekabentuk Fungsi menepati kehendak pengguna

Rupa bentuk saiznya sesuai , tepat dan menarik

Kesesuaian bahan tak melebihi kos

Kaedah pembinaan cara pembuatan yang sesuai

Ketahanan boleh digunakan lama

Kos produk berpatutan

Kemasan hiasan menarik

Faktor keselamatan mesra pengguna dan alam

Bernilai komersial dapat dipasarkan2.3Jenis Bahan dan Pengikat

2.3.1 Bahan :

Kayu

- bahan utama dalam pembinaan perabot

- contoh kayu ialah cengal, meranti, jelutung dan sepetir

- saiz ditentukan mengikut tebal, panjang dan lebar

Saiz kayu :

Papan Lapis

- lapisan kayu nipis yang diglu

- ketebalan : 3 32 mm

- saiz : 1220 dan 2440 mm

- perabot, dinding bilik

Medium Density Fibreboard (MDF)

- papan gentian yg dimampat dengan glu

- saiz : 2440 1220mm Mounting Board

- diguna dalam pembinaan model

- saiz : 610 x 1220mm / 610 x 910mm

2.3.2 Pengikat

Paku

- Mencantum kayu / kepingan logam pada kayu

- Diperbuat daripada keluli lembut

- Saiz mengikut panjang batangnya

- 2 jenis: a. paku kepala rata b. paku panel

- Memaku serong lebih kuat berbanding memaku tegak.

Skru

- Memegang/merapatkan kepingan kayu, logam dan engsel

- Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum dan loyang

- 2 jenis: a. skru kepala bulat b. skru kepala benam

- Cara menskru :

a. skru beralur lurus guna pemutar skru rata

b. skru beralur palang guna skru philips

Glu

- Melekatkan dua bahan supaya kukuh

- 2 jenis:

a. Glu PVA melekatkan kepingan kayu

b. Glu sentuh melekatkan bahan yang berlainan(plastik dengan kayu/plastik dengan logam

2.4Alatan Tangan dan Mesin

2.4.1 Alatan Tangan

Kriteria pemilihan alatan :

1. kesesuaian saiz alatan dengan bahan

2. kemahiran mengendalikan alatan

3. keselamatan

4. kemudahan mendapatkan alatan

JENIS ALATAN TANGAN

2.4.2 Mesin

1. Mesin Gerudi Mudah Alih

- membuat lubang kayu dan logam lembut

- saiz mesin ditentukan oleh diameter mata gerudi

- mata gerudi pintal diperbuat daripada keluli tahan lasak

- 2 jenis :

a. kuasa elektrik (berwayar)

b. kuasa bateri (tanpa wayar)

- bahagian utama mesin:

a. bindu memutar mata gerudi

b. motor memutar bindu

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

Mesin Gerudi lantai

- membuat lubang pada kayu atau logam

- saiz mesin mengikut diameter mata gerudi

- benda kerja diapit pada ragum untuk digerudi

- bahagian utama mesin:

a. pelaras meja melaraskan aras meja gerudi

b. takal mengawal kelajuan putaran bindu

c. tuas pemasuk menurun/menaikkan bindu

d. bindu melonggar/mengetat rahang

e. rahang mencengkam mata gerudi

- langkah keselamatan :

a. pakai apron b. pakai kasut

c. kunci bindu dengan kemas

d. gunakan gogal e. apit benda kerja pada ragum

f. laraskan meja gerudi

2.5Proses Reka Bentuk

2.5.1 Lukisan Projek

-Ada 4 langkah melukis projek :

1. Lakaran 3D

- lakaran ini menunjukkan gambar sebenar projek.

- contoh lakaran : lukisan oblik dan lukisan isometri

2. Lakaran 2D

- menunjukkan bentuk objek dalam dua atau tiga pandangan,iaitu pandangan hadapan,

pandangan sisi dan pandangan atas(pelan)

- contoh lakaran : lukisan ortografik

- kedua-dua lakaran 2D dan 3D boleh juga dilakar dalam bentuk perspektif (lakaran menunjukkan pandangan objek mengikut aras mata.)

- lakaran dilukis dalam bentuk perspektif satu titik atau perspektif dua titik

LAKARAN PERSPEKTIF 1 TITIK

LAKARAN BEBAS PERSPEKTIF 2 TITIK

LAKARAN 2D ORTOGRAFIK

3. Mendimensi Lakaran

- dimensi lakaran menunjukkan ukuran sebenar projek

- penting untuk kerja mengukur dan menanda

4. Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai

- pemilihan berpandukan kriteria rekabentuk yang dicadangkan.

2.5.2 PEMBINAAN PROJEK

Proses Mengukur

- mengukur berpandukan kertas projek

- Alat digunakan : pembaris keluli, pita pengukur dan sesiku L

- Tujuan : hasilkan ketepatan pengukuran

2. Proses Menanda

- Ditanda bahagian yang ingin dipotong, digerudi atau buat tanggam

- Alat digunakan : pensil, pisau penanda dan tolok penanda

3. Proses Memotong

- Alat memotong kayu/papan : gergaji tangan atau gergaji puting digunakan

- Alat memotong papan lapis/mounting board : pisau pemotong

- Penorehan dengan pisau dilakukan pada papan lapis tebal untuk mendapatkan potongan yang kemas semasa menggergaji

4. Proses Membina dan Mencantum

- Merangkumi kerja pembinaan tanggam, mengglu, memaku dan memasang skru

5. Membuat Tanggam

- Membuat cantuman untuk menghasilkan produk

- Jenis tanggam : tanggam temu, tanggam parit(untuk papan) dan tanggam lekap(sesuai untuk kayu tebal)

6. Mengglu

- Bersih bahagian yang akan diglu, glu pada kedua-dua bahagian projek dan apit pada

ragum

7. Memaku

- Tukul dipegang pada hujung hulu

- Kepala tukul sentiasa lurus ketika menukul

8. Menskru

- Jika guna skru kepala benam : buat lubang benam dengan mata gerudi benam ros

- Benam kepala skru sehingga rata dengan permukaan kayu

2.5.3 KEMASAN

Kemasan: proses menyapu bahan kemasan (cat,syelek,tona kayu)

- Tujuan menyapu bahan kemasan :

a. kelihatan cantik b. selamat digunakan

c. lebih tahan lama

d. mudah untuk dibersihkan- Alat kemasan :

a. berus cat - cuci berus dengan turpentin

b. berus syelek - cuci guna spirit metil

c. pengikis - untuk mengikis karat, menyumbat tepung penyumbat. Saiz mengikut lebar hujung pengikis

d. Kertas las untuk melicin, menghilangkan kesan calar kayu. Dibuat daripada kayu api, garnet, kaca,bahan tiruan(silikon karbida dan aluminium oksida)

e. tepung penyumbat menyumbat liang kayu

- Bahan Kemasan

a. Cat Licau hasilkan permukaan licin dan berkilat. Cat ini kalis air dan dilarutkan dengan turpentin. Tiga kaedah menyapu cat licau iaitu kaedah berus cat, kaedah semburan mesin pemampat udara dan kaedah semburan tin.

b. Syelek - untuk melindungi dan mencantikkan projek

- dilarutkan dengan spirit metil

c. Tona Kayu

- untuk mengemas permukaan kayu

- sapu lapisan tona kayu dan biar kering. Gosok dengan kertas las dan sapu lapisan tona kayu yang kedua.

d. Lekar

- mengilatkan kayu

- diperbuat daripada selulosa

- dilarutkan dengan thinner

- lekar disapu selepas syelek, mencegah kayu menjadi calar

e. Pelekat

- setelah dilekat, sapu selapisan lekar

- guna glu sentuh atau glu PVA

2.6REKABENTUK PROJEK

2.6.1 Pernyataan Masalah Atau Keperluan

Kenalpasti Masalah/Keperluan

- Contoh : masalah untuk simpan buku, masalah meletakkan alatulis dengan kemas

Cadangan Rekabentuk

- Cadangan : reka rak buku

- Mengumpul Maklumat dan Data

- Jumlah buku, saiz sesuai, kegunaan, bahan, bahan kemasan dan kos.

Menyenaraikan Pelbagai Allternatif Penyelesaian Masalah dalam Bentuk Lakaran Bebas

Penyelesaian masalah : peta minda, sumbangsaran, perbincangan, lakaran,lawatan

2.6.2 Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian Projek

- Menyediakan jadual kerja

- Tujuan : kerja secara sistematik dan elak pembaziran

- Menyenaraikan Bahan dan Alatan Tangan

- Pemilihan bahan berdasarkan fungsi dan kesesuaian produk

- Membuat Projek Berdasarkan Lukisan Kerja yang Dipilih

- Mengikut saiz, ukuran, bahan dan rekabentukMenguji dan Menilai Produk

- Penilaian kualiti dan aspek keselamatan

- Berfungsi dan ikut spesifikasi

- Mengubahsuai Projek

- Kecacatan dan kelemahan perlu dibaiki

2.6.3 Pendokumentasian

- Mengumpul, menyimpan dan merekod maklumat projek seperti lakaran, jenis bahan,

kemasan dan proses pembuatan di dalam fail

- Mengira Kos Projek

- Kos pengeluaran : segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk hasilkan produk

- Kos pengeluaran: kos bahan + kos upah + kos overhead

- Kos bahan bahan mentah

- Kos upah bayaran tenaga kerja

- Kos overhead (sampingan) bil air, bil elektrik, gas, pengangkutan dan bil telefon

Membuat persembahan Projek

- Menerangkan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek

- sediakan carta, gambar dan buku folio

BAB 3 : ELEKTRIK

3.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK

3.1.1 SUMBER ELEKTRIK

A. KemagnetanB. Tindakan kimia

C. Cahaya

Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik

- Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang magnet di dalam gegelung wayar

- Contoh :

a. Prinsip Kendalian Dinamo

- 3 bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan gegelung wayar

- Gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum

- dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet

- Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet

menghasilkan arus elektrik pada gegelung wayar

- teras besi mengembangkan medan magnet

b. Turbin

- turbin : alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar oleh aliran air, stim atau angin

- turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga mekanikal, menggerakkan pam air dan penjana elektrik

- rotor : bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar. Gandar dihubungkan dengan penjana elektrik.

Tindakan Kimia Sebagai Sumber Elektrik

- Contoh :

a. Sel Kering

- voltan sebanyak 1.5 volt

- karbon : punca positif

- elektrolit : campuran ammonium klorida dan mangan dioksida. - zink : punca negatif

- tindakbalas kimia antara elektrolit dan bekas zink menghasilkan arus elektrik

b. Sel Basah

- tenaga lebih tinggi dari sel kering

- guna dalam kenderaan bermotor (kereta, bas)

- boleh dicas semula

- contohnya sel asid plumbum terdiri daripada :

i. plumbum peroksida elektrod positif

ii. Plumbum elektrod negatif

iii. Asid sulfurik elektrolit (bahan kimia dalam sel yang dapat hasilkan tenaga elektrik semasa tindakbalas kimia.

- sel asid plumbum berkuasa 6 dan 12 volt

Cahaya Sebagai Sumber Elektrik

- Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada tenaga elektrik apabila menerima cahaya.

- Sel foto yang terima cahaya matahari akan hasilkan tenaga elektrik

- Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik juga tinggi

3.1.2 KEGUNAAN ELEKTRIK

Hasilkan Haba

- Tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba

- Contoh alat : seterika, periuk nasi, cerek

Hasilkan Tenaga Kinetik

- Tukar tenaga elektrik tenaga kinetik

- Contoh : mesin basuh, kipas angin

Hasilkan Cahaya

- Tukar tenaga elektrik tenaga cahaya

- Contoh, lampu ada 2 jenis : a. Lampu pendarflour b. Lampu pijar - guna filamen untuk menukar tenaga elektrik kepada tenaga cahaya

- Lampu pendarflour :

- tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri

- arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri menghasilkan sinaran ultra ungu, tukar cahaya putih bila terkena lapisan fosfur

Hasilkan Bunyi

- Tenaga elektrik tenaga bunyi

- Alat : televisyen, pembesar suara, radio

3.2JENIS WAYAR DAN KERJA PENDAWAIAN

3.2.1 ALATAN TANGAN

Pena Ujian

- Kegunaan : menguji, mengesan kebocoran elektrik dan mengetatkan skru kecil

- Apabila pena ujian tersentuh pada wayar hidup, lampu neon di dalamnya akan menyala

Pemotong Sisi

Kegunaan : memotong wayar elektrik

Playar Muncung Tirus

Kegunaan : memegang benda kecil, memotong dawai, membentuk kaki komponen

Playar Gabung

Kegunaan : memegang benda bulat, memotong, membentuk dawai

Penjalur Wayar

- 2 jenis : a. penjalur wayar mudah

b. Penjalur wayar spring

- Kegunaan : menjalur dan memotong wayar

3.2.2 JENIS WAYAR

Wayar Kuprum Berenamel

- Kegunaan : membuat gegelung pada motor elektrik dan transformer Wayar Lembar Tunggal (berpenebat)

Kegunaan : membuat pendawaian litar mudah seperti radio Wayar Teras Tunggal (berpenebat)

- Diperbuat dari lembaran halus dan lembaran kasar

- Lembar halus : mudah lentur, untuk pendawaian di radio dan pembesar suara

- Lembar kasar : untuk pendawaian litar elektrik di rumah

Wayar Teras Kembar

- dua wayar teras tunggal yang dilekatkan

- Untuk pendawaian radio, soket dan tv

Wayar Tiga Teras

- 2 Jenis ;

a. berpenebat PVC untuk pendawaian perkakas elektrik yang tak hasilkan haba (kipas angin, peti sejuk)

b. berpenebat PVC serta beranyaman benang untuk pendawaian alat elektrik yang menghasilkan haba (ketuhar, seterika, cerek)

3.2.3 JENIS PLAG

Plag 2 Pin 2 Ampere

- Menggunakan wayar teras kembar

- Ada dua tamatan : teras hidup(L) dan teras neutral (N)

- Alat : radio, pencukur elektrik

Plag 3 Pin 13 Ampere

- Ada 3 tamatan : tamatan dawai hidup (L), dawai neutral (N), tamatan dawai bumi (E)

- Fius katrij 13A dipasang di dalam plag ini untuk keselamatan

Plag 3 Pin 15 Ampere

- Pinnya bulat dan tidak berfius

- Untuk kelengkapan elektrik berkuasa tinggi(pemanas air dan pendingin udara)

3.2.5 FIUS

- Fungsi : melindungi litar dan perkakas elektrik

- Fius di dalam plag akan melebur dan arus elektrik terputus jika arus itu terlalu tinggi

- Fius disambung pada tamatan hidup (L)

- Fius ditentukan mengikut arus iaitu 2A, 5A, 10A, 13A

- Ada 2 jenis :

a. Fius Dawai

- Berbentuk dawai dan kadarannya tetap

- Fius yang lebur boleh diganti

- Pemegang fius diperbuat daripada seramik dan bakelit

b. Fius Katrij

- Fius yang tebakar diganti dengan fius kadaran yang betul

3.2.6 LAMPU PENDARFLOUR

Bahagian Lampu Pendarflour

Tiub Pendarfluor

- Diperbuat daripada kaca berisi merkuri dan gas argon

- Dindingnya disalut dengan lapisan fosfur

- Dihujung tiub ada 2 pin elektrod yang mengalirkan arus ke tiub

Perumah

Mengandungi pemegang tiub, cok dan suis penghidup

Cok

- Kegunaan : 1. untuk membekalkan voltan tinggi

- Menstabilkan voltan selepas lampu menyala

Pemegang Tiub

- Terletak pada hujung perumah

- Berfungsi menyangga tiub pendafluor

Pemegang Suis Penghidup

Berfungsi untuk menempatkan suis penghidup

Suis Penghidup

- Berfungsi menghidupkan lampu

- Tidak berfungsi lagi setelah lampu dihidupkan

BAB 4 : KERJA PAIP ASAS

Sistem bekalan air di rumah:a.Sistem terusMembekalkan air terus dari paip perkhidmatan ke semua pili.

b.Sistem tidak terusmembekalkan air ke tangki simpanan air yang akan menyalurkannya semula kepada pili di dalam rumah.

Paip Bekalan AirPaip Perhubunganmenghubungkan paip utama dengan meter air.

Paip Perkhidmatanmenghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur.

Paip Agihanmengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah.

Menggunakan paip jenis BG atau PVC

Paip CuciDipasang di dasar tangki

Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan

Paip LimpahDipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air

Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan

Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak.

Tangki Simpanan Air Fungsi: menyimpan air sebelum diagihkan ke kelengkapan perpaipan lain di rumah. Terletak di atas bilik air dan bertutup untuk mengelakkan pencemaran. Menerima air dari paip perkhidmatan dan dikawal oleh injap bebola serta pelampung. Ia diperbuat daripada bahan kepingan galvani, gentian kaca atau poli. Muatan tangki biasanya antara 140 liter hingga 450 liter.

Jenis Paip, Penyambung Paip dan Bahan Pemasangan PaipJenis Paip1. Paip besi bergalvani (BG)

- Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink.

- Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip

- Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter.

- Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm.

Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.

GredKetebalanKod warnaKegunaan

ANipisPerangPaip Limpah

BSederhanaBiruPaip Agihan

CTebalMerahPaip perhubungan dan paip perkhidmatan

2. Paip polivinil klorida (PVC)

Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC) Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas. Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm. Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

3. Paip Poli (HDPE)

boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan. berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan danboleh digulung. ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai. lebih mahal dan tidak boleh ditegakan. apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu. boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji. penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli. di dalam sleeve terdapat gelang getah.

Penyambung Paip

Bahan Pemasangan Paip1. Pita PTFE untuk sambunganpaip yang berulir. dililit pada ulir mengikut arah pusingan jam sebelum penyambung dipasang pada paip. 2. Glu Paip PVC (simen pelarut)

bahan perekat cecair yang dijual dalam tin. disapu padapaip atau pemyambung PVCyangtidak berulirsebelum pemasangan dilakukan.

JENIS DAN KELENGKAPAN PAIPAlatan Tangan

Pita pengukur digunakan untuk mengukur

Gergaji besi untuk memotong paip PVC dan paip besi bergalvani mempunyai bingkai yang boleh dilaraskan bagi saiz mata gergaji yang berlainan ukuran.Pemotong paip beroda memotong paip besi bergalvani dengan tepat dan cepat

Ragum paip yoke memegang dan mengapit batang paip besi bergalvani supaya tidak bergerak semasa memotong, mengulir dan melakukan kerja-kerja pemasangan.

Kikir bulat untuk membuang gerigis di dalam hujunh paip selepas dipotong

Kikir rata membuang gerigis luar pada hujung paip

Pemotong paip PVC/Poli untuk memotong paip PVC/poli dengan tepat dan cepat apit pemotong paip PVC/poli pada batang paip yang hendak dipotong dan pusing disekelilingnya tambah tekanan perlahan-lahan

Perengkuh Paip mencengkam dan memutarkan batang paip rahangnya boleh dilaraskan untuk mencengkam batang paip tidak sesuai untuk melonggarkan atau mengetatkan bahagian kepala pili, nat atau penyambung yang tepinya rata

Sepana boleh laras melonggarkan atau mengetatkan nat pada pili dan penyambung. rahangnya boleh dilaraskan untuk disesuaikan dengan saiz benda kerja

Playar cengkam seribu mencengkam batang paip dan mengetatkan penutup penyambung poli semasa menjalankan kerja pemasangan paip poli

TANGKI SIMBAH terdapat 2 jenis tangki simbah tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah untuk membersihkan mangkuk tandas diperbuat daripada plastik atau tembikar boleh menyimpan air sehingga 9 liter.

Tangki Simbah Aras Rendah Dan Tangki Simbah Aras Tinggi

BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH1. Paip alur masuk(paip agihan) : membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.2. Paip alur keluar(paip simbah) : menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk tandas.3. Paip limpah : menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau pelampung.4. Injap bebola : mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.5. Pelampung : terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.6. Injap gegendang : mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.7. Tuil tarik/tangkai pelepas : tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk menyimbah air.8. Tiub sifon : menyalurkan air ke paip simbah

MENGAWAL ARAS AIR DALAM TANGKI SIMBAHKedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang terlalu rendah dan kekurangan air menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.

PILI digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip. diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium. terdapat2 jenispili iaitupili berbibirdanpili bertiang.

PILI BERBIBIR alur masuk mendatar. biasa digunakan pada tab mandi dan singki di dapur.

PILI BERTIANG alur masuk menegak. biasa dipasang pada tab mandi dan singki jenis tembikar.

BAB 7 : PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIANDiet Seimbang -sajian makanan yang mengandungisemua nutrienyangdiperlukan tubuhpada kadar yang betul.

Prinsip Asas Diet Seimbang Lebihkan pengambilan makanan berseratdankurangkan makanan berlemak dan kolestroltinggi. Diet seimbang dirancang berdasarkan Piramid Makanan.

Tabiat Makan yang Sihat perlu untuk kesihatan badan. makan mengikut waktu yang ditetapkan remaja perlu makan lebih banyak makanan pembina tubuh dan pemberi tenaga kurangkan gula, garam dan lemak kunyah makanan dengan sempurna dan minum air secukupnya lebihkan pengambilan makanan bervitamin dan garam mineral ambil hidangan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam

PERANCANGAN MENU

Menu -senarai hidangan lengkap untuk suatu sajian.Perancangan Menu- cara merancang sajian yang seimbang dan berkhasiat.

Tujuan Merancang Menu1. memastikan sajian seimbang dan mengandungi semua nutrien yang diperlukan

2. jimatkan masa, tenaga dan bahan makanan

3. ikut anggaran belanjawan

4. sajian menarik, berkhasiat dan menyelerakan

Faktor yang Mempengaruhi Perancangan Menu1. Jenis Hidangan- majlis formal atau tidak formal

2. Kegemaran- supaya semua pihak berpuas hati

3. Perbelanjaan- untuk mengelakkan pembaziran kos

4. Sumber Makanan Semasa- pilih sumber makanan semasa atau dalam musim kerana lebih segar, murah dan mudah didapati terutamanya buah-buahan bermusim.

5. Kemudahan Fizikal- alatan memasak lengkap bagi membantu menyedia, memasak dan menghidang dengan cepat dan sempurna.

6. Sumber Masa dan Tenaga- memudahkan dan mempercepatkan penyediaan menu yang dirancang.

7. Kepelbagaian- ambil kira faktor variasi dari segi jenis makanan, warna saiz, rasa, tekstur dan kaedah memasak.

8. Keperluan- mengandungi nutrien bergantung kepada faktor umur, jantina, saiz tubuh, aktiviti dan kesihatan.

PRINSIP MEMASAK

Prinsip Memasak- memasak makanan menggunakan haba kering dan haba lembap.

Memasak dengan haba kering memasak makanan dalamudara panasseperti membakar dalam ketuhar, mengril (pancaran haba) dan menggoreng dalam minyak yang panas.

Memasak dengan haba lembap masak makanan dalamcecair panas atau mengewap makanan.

Makanan dimasak untuk: -menjadikan makanan lebih enak - mempelbagaikan sajian -menjadikan makanan selamat dimakan - membaiki rasa dan rupa - melembutkan makanan - menjadikannya tahan lamaBAB 8 : BATERPengertian:Bater ialah adunan campuran tepung dan cecair seperti air, susu / santan. Telur dicampurkan pada bater untuk mendapatkan adunan yang lebih berkhasiat dan sedap rasanya.Jenis Bater

Bahan-Bahan

Penyediaan Makanan

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT BATER DAN KUIH YANG DIHASILKAN

KUIH DARIPADA BATER CAIR

KUIH DARIPADA BATER PEKAT

BAB 9 : KUIH TEMPATAN

Pengertian: Kuih Tempatan ialah kuih yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan tempatan seperti sayur-sayuran berubi, tepung pulut, tepung beras, kelapa, gula melaka dan sebagainyaJenis-jenis Kuih Tempatan

Sumber Kuih Tempatan

Penyediaan KuihTempatan

1. Memasak - antara kaedah : menggoreng, mengukus,merebus dan memanggang

2. Menghias - dialas menggunakan daun pisang/kertasdoili

3. Menghidang-

4. Membungkus - daun pisang/daun pandan

5. Membuat pengiraan kos - kos bahan, kosupah dan kos sampingan

BAB 10 : PAKAIANPrinsip dalam pemilihan pakaian Corak Warna Tekstur dan Rupa fabrikCorakGarisan Menegak : Orang rendah dan gemuk kelihatan tinggi dan langsing

Garisan Melintang : Orang yang kurus dan tinggi kelihatan gempal dan rendah

Corak Besar : Orang yang kurus kelihatan gempal

Corak Kecil : Orang gempal kelihatan kurus dan langsing

Warna Terang Lembut GelapTekstur dan Rupa fabrik Fabrik licin dan keras kelihatan lebih besar Fabrik bertenun timbul menjadikan orang yang kurus kelihatan lebih gempal Fabrik berkilau kelihatan lebih gempalFAKTOR PEMILIHAN PAKAIAN Perlindungan Identiti Budaya Masa Tujuan Memakai Stail26