Nota Kritikan Sastera Aliran Sastera

6
BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN Topik ini akan menyentuh tentang bentuk-bentuk Kesusasteraan Melayu Moden. Turut dibincangkan ialah kategori, jenis, unsur, tokoh, karya, dan tidak ketinggalan membanding bezakan antara novel dan cerpen. Namun demikian, aliran penulisan karya sastera akan dijelaskan terlebih dahulu kerana aspek tersebut turut terdapat di dalam perbincangan ini. ALIRAN DALAM PENULISAN KARYA SASTERA Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Oleh sebab itu, terdapat pengarang yang memilih untuk: Berterus terang; Menggunakan cara halus dan kasar; Menumpukan perhatian kepada keindahan; dan Mementingkan isi semata-mata. Hala tuju pemikiran pengarang

description

good

Transcript of Nota Kritikan Sastera Aliran Sastera

Page 1: Nota Kritikan Sastera Aliran Sastera

BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

Topik ini akan menyentuh tentang bentuk-bentuk Kesusasteraan Melayu Moden. Turut

dibincangkan ialah kategori, jenis, unsur, tokoh, karya, dan tidak ketinggalan

membanding bezakan antara novel dan cerpen. Namun demikian, aliran penulisan

karya sastera akan dijelaskan terlebih dahulu kerana aspek tersebut turut terdapat di

dalam perbincangan ini.

ALIRAN DALAM PENULISAN KARYA SASTERA

Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan

pemikiran untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Haluan

pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Oleh sebab itu, terdapat

pengarang yang memilih untuk:

Berterus terang;

Menggunakan cara halus dan kasar;

Menumpukan perhatian kepada keindahan; dan

Mementingkan isi semata-mata.

Hala tuju pemikiran pengarang

Melalui rajah di atas, anda dapat melihat haluan pemikiran atau hala tuju pengarang

dalam mencipta karya dengan lebih jelas.

Page 2: Nota Kritikan Sastera Aliran Sastera

Aliran penulis karya sastera

Melalui rajah di atas, anda dapat melihat aliran yang diikuti oleh para penulis karya

sastera.

1. Klasikisme

‘Klasik’ berasal daripada kata classic di dalam bahasa Inggeris yang bermaksud

sesuatu yang bermutu dan tinggi nilainya. Kataclassics pula merujuk kepada karya

sastera yang agung terutamanya karya-karya zaman Greek dan

Latin. Classicalbermaksud pengelasan karya atau penilaian terhadapnya berasaskan

kesetandingan nilainya dengan karya pada zaman yang telah

disebutkan. Classicism bermaksud gaya yang didasarkan kepada tamadun berkenaan

sebagai modelnya.

Sumber lain mentakrifkan klasik sebagai sesuatu yang memiliki kedudukan yang diakui

dan tidak diragukan. Jika dirujuk kepada kesusasteraan, klasik bererti karya yang tinggi

nilainya dan sering dijadikan tolok ukur atau karya sastera zaman kuno yang bernilai

kekal. Klasikisme bererti peniruan langgam seni (kebudayaan mahupun kesusasteraan)

Yunani dan Romawi kuno, yang ditandai dengan pengutamaan bentuk, kesederhanaan

Page 3: Nota Kritikan Sastera Aliran Sastera

dan penguasaan emosi seperti yang berlaku pada abad ke-18 Masihi.

Berdasarkan keterangan di atas, dapat dirumuskan bahawa klasikisme merupakan satu

aliran yang berpegang kepada pemikiran bahawa karya sastera mestilah

mengutamakan bentuk, isi dan penuh dengan emosi. Aliran ini juga sangat

mementingkan nilai yang terkandung di dalam sesebuah karya. Sehubungan itu,

pengarangnya patuh kepada konvensi sastera yang sedia ada, tidak kira sama ada

prosa mahupun puisi. Jika karya itu serangkap pantun misalnya, konvensi pantun mesti

dipatuhi, isinya telah dikenal pasti, dan matlamatnya juga telah ditentukan.

2. Romantisisme

Aliran penulisan karya sastera ini memfokuskan kepada perasaan. Konsep itu muncul

di Eropah sebagai reaksi kepada rasionalisme. Aliran ini beranggapan bahawa fikiran

manusia terbatas. Oleh sebab itu, intuisi (gerak hati) diperlukan untuk menanggap

rahsia alam ini. Tafsiran sedemikian dikaitkan dengan karya yang bergelumang dengan

perasaan. Perasaan itu merupakan ungkapan romantis, sedih dan pilu (melankolis)

terhadap orang yang dikasihi. Namun demikian, perasaan tersebut tidak terhad kepada

kekasih sahaja malahan juga kepada negara dan Tuhan.

3. Realisme

Aliran penulisan karya sastera ini menumpukan perhatian kepada gambaran atau

penggemblengan isu masyarakat dan muncul di Barat pada tahun 1930. Di Malaysia

dan Singapura, aliran ini diamalkan oleh pengarang dan penyair ASAS 50.

Kesemuanya memperjuangkan keadilan sosial. Oleh sebab itu, persoalan utama yang

melatari karya mereka ialah isu kemasyarakatan. Antaranya ialah darurat, ketidakadilan

sosial, politik dan nasionalisme.

Akibat daripada kecenderungan untuk memihak kepada politik dan idea-idea sosialis,

muncul satu cabang baru dalam realisme, iaitu realisme sosialis. Para pengarang yang

berpegang kepada cabang realisme ini memberi kemenangan kepada golongan miskin

Page 4: Nota Kritikan Sastera Aliran Sastera

dan tertindas. Di Malaysia, Kassim Ahmad menulis kritikan sastera berasaskan

realisme sosialis.

4. Naturalisme

Pada peringkat awal, aliran penulisan karya ini dipegang oleh para pelukis. Lukisan

yang terhasil menggambarkan sesuatu objek di dalam bentuk sebenarnya. Apabila

aliran ini dibawa masuk ke dalam penghasilan karya sastera, para penulis yang

mendukunginya mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar wujud di dalam

masyarakat, terutamanya kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat.

Penggemblengan aliran ini kita temui di dalam kumpulan cerpen yang berjudul Dua

Zaman. Harus diingat bahawa cerpen yang terkumpul dalam kumpulan tersebut

dihasilkan oleh penulis ASAS 50.

5. Absurdisme

Aliran penulisan karya ini lahir sesudah eksistensialisme. Manusia seolah-olah

kehilangan segala-galanya selepas Perang Dunia Kedua. Situasi tersebut membentuk

kekosongan dalam jiwa manusia, tidak terkecuali jiwa para pengarang. Dengan

demikian, muncullah keluh-kesah di dalam jiwa pengarang. Lalu muncullah karya-karya

yang bertentangan dengan kenyataan, tidak masuk akal dan mustahil.

6. Surealisme

Surealisme muncul di dalam dunia kesusasteraan akibat daripada pelaksanaan

psikoanalisis Freud yang berhubung dengan kejiwaan manusia. Karya-karya yang

mengaplikasikannya menjurus kepada aspek tidak rasional dalam kehidupan manusia,

iaitu aspek bawah sedar.

7. Keislaman

Aliran ini muncul di Malaysia akibat tercetusnya polemik sastera Islam. Menurut aliran

ini, karya sastera yang terhasil perlu mengikut lunas Islam. Di samping itu, karya yang

Page 5: Nota Kritikan Sastera Aliran Sastera

terhasil perlu melukiskan kejernihan hidup orang bertakwa dan menggambarkan

ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam.