Nota Kuliah 8 BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota Kuliah 8... ·...
Transcript of Nota Kuliah 8 BBM3202 - vodppl.upm.edu.myvodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Nota Kuliah 8... ·...
Pendahuluan Satu morfem yang mempunyai sebutan yang berlainan
berdasarkan konteks atau lingkungan yang berbeza dinamakan alternasi.
Setiap varian penyebutan itu dikenali sebagai alternan atau alomorf bagi morfem tersebut.
Bagi menjelaskan proses alternasi, alternan dasarnya (bentuk dalaman) hendaklah ditentukan terlebih dahulu.
Kemudian dijelaskan rumus fonologi yang merealisasikan alternan terbitan (bentuk permukaan) daripada alternan dasar tersebut.
15-Sep-12 2 Adi Yasran, UPM
Pendahuluan (Samb.) Misalnya:
Kata dasar Kata terbitan
[gu.n] 'guna‘ [gu.na.an] 'gunaan'
Jika [] dalam [gu.n] dianggap sebagai alternan dasar, maka [a] dalam [gu.na.an] adalah alternan terbitan dan sebaliknya jika [a] dalam [gu.na.an] itu dianggap sebagai alternan dasar, maka [] dalam [gu.n] adalah alternan terbitan.
15-Sep-12 3 Adi Yasran, UPM
Kriteria Umum Menentukan Representasi Dalaman Langkah pertama: Kenal pasti segmen yang
mengalami proses alternasi dan dilingkungan manakah ia berlaku.
Misalnya: [gu.n] 'guna' [gu.na.an] 'gunaan' Dalam contoh di atas [] dalam [gu.n] beralternasi
dengan [a] dalam [gu.na.an]. [] di lingkungan akhir kata (#), dan [a] di lingkungan
[a] pada imbuhan awalan [an]. Langkah kedua: Tentukan bentuk dalaman dan
nyatakan rumus fonologi yang beroperasi menerbitkan bentuk fonetik yang tepat.
15-Sep-12 4 Adi Yasran, UPM
Kriteria Umum Menentukan Representasi Dalaman (Samb.) Dalam hal ini, secara teorinya, terdapat empat pilihan yang
munasabah.
1. Jika [] dipilih sebagai bentuk dalaman maka rumus fonologi yang beroperasi ialah:
a / __ a
Rumus di atas menunjukkan bahawa // direalisasikan sebagai [a] apabila diikuti oleh [a]. Contoh: /gun-an/ [gu.na.an]
2. Jika [a] dipilih sebagai bentuk dalaman, maka rumus fonologi yang beroperasi ialah:
a / __ #
Rumus di atas menunjukkan bahawa /a/ direalisasikan sebagai [] apabila diikuti oleh sempadan kata. Contoh: /guna/ [gu.n]
15-Sep-12 5 Adi Yasran, UPM
Kriteria Umum Menentukan Representasi Dalaman (Samb.) 3. Kedua-dua varian fonetik [] dan [a] diterbitkan
daripada segmen dalaman yang lain, misalnya [],
maka rumus fonologi yang beroperasi ialah:
* / __ #
a a
*Rumus di atas menunjukkan bahawa // direalisasikan sebagai [] apabila diikuti oleh
sempadan kata, dan direalisasikan sebagai [a] apabila dikuti oleh vokal [a]. Rumus seperti ini tidak berlaku dalam BM.
15-Sep-12 6 Adi Yasran, UPM
Kriteria Umum Menentukan Representasi Dalaman (Samb.) 4. Kedua-dua // dan /a/ dimasukkan ke dalam
representasi dalaman, dan kemudian terdapat rumus yang menggugurkan /a/ di lingkungan #, dan // di lingkungan /a/, maka rumus fonologi yang beroperasi ialah:
a / __ #
a
Rumus di atas menunjukkan bahawa /a/ digugurkan apabila diikuti oleh sempadan kata, dan // digugurkan apabila diikuti oleh /a/. Rumus seperti ini juga tidak berlaku dalam BM.
15-Sep-12 7 Adi Yasran, UPM
Pemilihan Kriteria Umum dalam Menentukan Representasi Dalaman
Dalam teori FG terdapat sekurang-kurangnya lima kriteria yang perlu dijadikan landasan untuk menentukan bentuk dalaman, iaitu:
Kebolehramalan
Kealamiahan
Kesederhanaan
Keselarasan pola
Kebolehsebaran
15-Sep-12 8 Adi Yasran, UPM
Kebolehramalan Rumus fonologi yang digunakan mampu membuat
ramalan yang tepat secara fonologisnya tentang proses alternasi yang berlaku.
Misalnya, proses alternasi antara konsonan tertentu (K) dengan segmen kosong () dalam bahasa Maori
seperti berikut:
15-Sep-12 9 Adi Yasran, UPM
Kebolehramalan Data bahasa Maori
KK Pasif Gerund Erti
hopu hopukia hopukaa ‘tangkap’
aru arumia arumaa ‘ikut’
tohu tohuia tohuaa ‘tunjuk’
maatu maaturia maaturaa ‘tahu’
15-Sep-12 10 Adi Yasran, UPM
Kebolehramalan
Alternasi 1: Bentuk Pasif sebagai bentuk dalaman / alternan dasar
K / __ # (K boleh diramal)
Alternasi 2: Kata Kerja Aktif sebagai bentuk dalaman
K / u__i (K tak boleh diramal)
15-Sep-12 11 Adi Yasran, UPM
Kemunasabahan/kealamiahan Biasanya merujuk kepada kealamiahan fonetik yang
bertujuan memudahkan artikulasi.
Rumus yang alamiah bersifat sejagat seperti yang berlaku dlm bahasa berikut:
15-Sep-12 12 Adi Yasran, UPM
Kemunasabahan/kealamiahan Kala Kini K. Lamp K. Depan Erti
lamasa lamai lamasu ‘pergi’
putasa putai putasu ‘datang’
mipaka mipaki mipaku ‘tulis’
kutula kutuli kutulu ‘lukis’
15-Sep-12 13 Adi Yasran, UPM
Kemunasabahan/kealamiahan alternasi 1: Pilih /s/ sebagai alternan dasar
s / __i (lebih munasabah / alamiah kerana /s/ berasimilasi /i/ dari segi ciri depan untuk merealisasikan [], dan /s/ sebagai bentuk dalaman bersifat sejagat – terdapat dalam kebanyakan bahasa)
alternasi 2: Pilih // sebagai alternan dasar
s / __ (u/a)
15-Sep-12 14 Adi Yasran, UPM
Ekonomi Merupakan satu pengukuran kuantitatif dengan
menggunakan jumlah mekanisme sama ada jumlah bilangan fonem, rumus fonologi, dan sebagainya yang minimum.
15-Sep-12 15 Adi Yasran, UPM
Keselarasan Pola Pola inventori fonem sesuatu bahasa memperlihatkan
satu taburan yang simetri. Contohnya: Jika /m/ bersimetri dengan /p/, /n/ bersimetri dengan /t/, maka // seharusnya bersimetri dengan /k/. Oleh itu,
/k/ adalah fonem kepada bahasa tersebut mengikut kriteria ini.
15-Sep-12 16 Adi Yasran, UPM
Penyebaran Kriteria ini biasanya digunakan untuk memilih
segmen dasar bagi segmen-segmen yang mempunyai penyebaran saling melengkapi.
Segmen dasar pada umumnya boleh hadir dalam pelbagai konteks atau dalam lingkungan yang lebih besar.
Misalnya, // tidak dianggap fonem kerana
penyebarannya terhad dan kehadirannya mudah diramal.
15-Sep-12 17 Adi Yasran, UPM
Beberapa Masalah dalam Menentukan Representasi Dalaman
Walaupun terdapat kriteria pemilihan dalam representasi dalaman, namun masalah untuk membuat pemilihan yang tepat tetap wujud kerana setiap pilihan itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
Misalnya, pemilihan x sebagai varian dasar menepati kriteria kebolehramalan dan kealamiahan, tetapi tidak menepati kriteria ekonomi, manakala pemilihan varian y pula menepati kriteria kebolehramalan dan ekonomi, tetapi tidak menepati kriteria kealamiahan.
15-Sep-12 18 Adi Yasran, UPM
Masalah Pemilihan antara varian /a/ atau // Dalam Dialek Melayu Perak (DMP), kata tunggal yang
berakhir dengan vokal [] didapati beralternasi dengan vokal [a] dalam bentuk terbitannya seperti [u.n] dan [u.na.an].
Dalam FG, dua atau lebih bentuk permukaan yang sama maknanya, mempunyai satu bentuk representasi dalaman sahaja.
Oleh itu, salah satu varian perlu dipilih sebagai varian dasar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
15-Sep-12 19 Adi Yasran, UPM
Masalah Pemilihan antara varian /a/ atau // (Samb.) Jika varian yang berakhir dengan /a/ dipilih sebagai bentuk dasar,
maka rumusnya adalah seperti berikut:
(8) a / __ #
Rumus di atas bermaksud vokal /a/ direalisasikan sebagai [] di lingkungan akhir kata.
Jika varian yang berakhir dengan vokal // dipilih sebagai bentuk dasar, maka rumusnya adalah seperti berikut:
(9) a / __ a
Rumus di atas menyatakan bahawa vokal // direalisasikan sebagai [a] apabila diikuti oleh vokal /a/.
15-Sep-12 20 Adi Yasran, UPM
Masalah Pemilihan antara varian /a/ atau // (Samb.) Kedua-dua rumus di atas memenuhi kriteria
kebolehramalan, tetapi rumus (9) lebih alamiah daripada rumus (8) kerana memperlihatkan satu proses asimilasi vokal.
Namun begitu, pemilihan varian yang berakhir dengan vokal // tak ekonomi kerana selain rumus (9), satu lagi rumus fonologi diperlukan, iaitu rumus penyisipan glotis yang menyisipkan [] di antara dua vokal yang identikal seperti berikut:
(10) / V __ V
[F] [F]
15-Sep-12 21 Adi Yasran, UPM
Masalah Pemilihan antara varian /a/ atau // (Samb.) Sebaliknya, jika varian yang berakhir dengan /a/
dipilih sebagai bentuk dasar, hanya rumus (10) diperlukan bagi menjelaskan fenomena yang berlaku dalam kata terbitan DMP (7) (lihat Zaharani 1993 hlm. 72).
Varian manakah yang anda pilih? Mengapa?
15-Sep-12 22 Adi Yasran, UPM
Kesimpulan Oleh sebab kesemua kriteria bagi menentukan
representasi dalaman itu sama pentingnya dan mempunyai motivasi yang tersendiri dalam analisis fonologi, maka permasalahan ini agak sukar untuk diselesaikan.
Akibatnya, muncul pelbagai teori baru seperti autosegmental dan optimaliti.
15-Sep-12 23 Adi Yasran, UPM