Nota Literasi Bahasa
-
Upload
vince-here -
Category
Education
-
view
2.403 -
download
4
description
Transcript of Nota Literasi Bahasa
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Ada banyak pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang proses
pemerolehan bahasa. Oleh sebab pandangan yang berbeza-beza, maka wujud
pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa ini. Antara teori yang popular mengenai
pemerolehan bahasa adalah Teori Behaviouris, Teori Mentalis dan Teori
Interaksionalis.
Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu
perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang
linguisitk. Bagaimana manusia memperoleh bahasa merupakan satu isu yang amat
mengagumkan dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang
berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana
proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui bahawa sama ada
disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu
kanak-kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. “…learning a first
language is something every child does successfully, in a matter of a few years and
without the need for formal lessons.” (Language Acquisition: On-line).
Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari
bahasa secara berperingkat-peringkat dari masa ianya bayi. Apa yang penting ialah
bahawa bayi itu belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan
secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Yang perlu hanya pendedahan kepada
pemakaian bahasa itu dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa
tersebut. Jadi para sarjana cuba mencari jawapan bagaimana ini boleh berlaku. Ada
dua aliran yang mencuba menganalisa dan menerangkan fenomena ini. Ada sarjana
yang berfikir bahawa bahasa itu serupa dengan lakuan lain dan lakuan ini dikuasai
oleh kanak-kanak secara meniru segala lakuan pertuturan ibu bapanya. Kemudian
terdapat pula sarjana yang memikirkan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa
itu kerana ianya sudah terancang untuk berkembang dalam kanak-kanak tersebut
dari segi biologis. Kanak-kanak yang terdedah pada bahasa akan dengan sendirinya
mempunyai keupayaan untuk memperolehi bahasa.
Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak
kurun ke-16 lagi (Zulkifly, 1990:326-331). Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann,
seorang ahli biologi berbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin, pengasas
teori evolusi turut menjalankan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa pada
tahun 1877. Kajian-kajian yang seterusnya telah dilakukan oleh Preyer pada tahun
1882 dan kajian Sally pada tahun 1885. Selepas kajian-kajian perintis ini terdapat
banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-bahan dan subjek-subjek yang berbeza
untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan sistem-sistem
bahasa.
Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan pemerolehan bahasa
antara bahasa yang berbeza, misalnya perbandingan antara bahasa Inggeris
dengan bahasa Itali yang dilakukan oleh Antonella Devescovi dan lain-lain pada
tahun 2003 (A Cross-Linguistic Study of the Relationship between Grammar &
Lexical Development: On-line). Pemerolehan bahasa merupakan satu proses
perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan
dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua
bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-
line). Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa
ibunda kanak-kanak berkenaan. Antara teori yang popular mengenai pemerolehan
bahasa adalah Teori Behaviouris, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalis.
Teori Behaviourisme (B.F. Skinner)
Behaviour merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk
gerak balas hasil daripada rangsangan dalaman atau luaran.
Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta
suasana dalam bilik darjah.
Berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari
bahasa melalui hukuman dan ganjaran.
Proses pembelajaran berlaku secara berulang dan menekan latih tubi.
Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan.
Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan.
Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris.
B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi
dilahirkan dengan keupayaan mempelajari bahasa.
Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti “pandai”, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan dan lain-lain yang boleh meransang kanak-kanak bercakap.
Prinsip Teori Behaviorisme
Hubungan Toeri Behaviorisme Dalam P&P
Menekan analisis tatabahasa mengenai morfologi dan sintaksis.
Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji.
Mengkaji semua ayat atau ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza.
Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa
Bahasa yang ditamakan bahasa lisan
Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan
Wujudnya unsur rangsangan dan
tindak balas dalam P&P
Model-model bahasa yang terbaik perlu
diutamakan
Pengukuhan penting dalam P&P
Tulisan ialah bahasa kedua terpenting
Kekuatan Teori Behaviorisme
Teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian yang khusus daripada orang persekitarannya terutamanya guru-guru mereka.
Mereka suka dengar bentuk-bentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk penghargaan tersebut ianya dapat menaikkan semangat belajar dalam diri mereka.
Guru tidak perlu mengambil masa yang lama memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada murid-murid.
Teori ini menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca dan menulis.
Melalui aspek kemahiran yang ditekankan dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.
Kelemahan Teori Behaviorisme
Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala di mana ianya berpusat pada guru sahaja.
Guru hanya mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar guru tanpa memberi sebarang maklum balas.
Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan dipandang cara belajar yang efektif.
Penggunaan hukuman merupakan salah satu cara guru mendisiplinkan murid dan akan mendatangkan akibat buruk kepada murid.
Hal ini kerana system pembelajaran tersebut lebih tertumpu kepada ransangan dan gerak balas yang ditunjukkan.
Sebagai contoh, guru akan beri ransangan seperti hadiah dan baru mereka member jawapan yang dikehendaki guru.
Teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
Teori Mentalis (Noam Chomsky)
Memperkenalkan analisis bahasa
Transformasi generatif (Chomsky).
Mendokong istilah generatif, kreatif,
eksplisit, kegramatisan dan transformasi.
Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu
proses kognitif.
Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa
sebagai proses pemikiran yang
melibatkan aktiviti mental.
Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini
berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti
Pemerolehan Bahasa.
Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi
untuk menguasai bahasa.
Ciri Tatabahasa
Hubungan Teori Mentalis Dalam P&P
Penguasaan bahasa kecekapan
dan prestasi
Tulisan dan bacaan
diutamakan
Kaedah kod-kognitif
Teknik hafalan
Pendekatan analisis
Undang-undang bahasa
ditekankan
CIRI TATABAHASA
Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami.
Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur.
Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis.
Teori Interaksionalis (Halliday)
Pandangan Dalam P&P
Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970), Bowennan (1973), Gromer (1976).
Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa - hanya
boleh mentafsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa.
Kanak-kanakperlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan
bentuk linguistik yang jelas dan tepat.
Mementingkan aktiviti komunikasi.
Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.
Pandangan dalam P&P
Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses
mental dan linguistik
Mementingkan proses pembentukan hipotesis mengenai
undang-undang bahasa dalam P&P
Seseorang pelajar perlu menggunakan
struktur-struktur bahasa yang betul
dari segi tatabahasa dan makna
Guru perlu banyak memberi latihan kepada murid
Menganggap penyampaian makna (semantik) penting
namun struktur bahasa perlu berjalan
serentak
Prinsip P&P Interaksionalis
Kelebihan Teori Interaksionalis
Merupakan interaksi sosial harian.
Individu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mencapai motif dan sesuatu tujuan atau matlamat.
Banyak menggunakan simbol seperti warna, lampu, isyarat, gerak geri, lambang dan sebagainya dalam proses mencipta hubungan sosial.
Komunikasi dan cara hidup manusia mempunyai simboliknya yang tersendiri yang sangat penting dan saling difahami oleh setiap individu sosial.
Prinsip P&P interaksionalis
Penyampaian makna bermakna dalam
komunikasi
P&P perlu penumpuan terhadap aktiviti yang
bermakna
Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan
linguistik
Kelemahan Teori Interaksionalis
Teori ini tidak melihat kehidupan sosial secara menyeluruh.
Walau bagamanapun, teori interaksionalisme ini hanyalah salah satu daripada perspektif tentang pemahaman dan
pemikiran tentang dunia sosial.
Pebezaan pemahaman tentang dunia sosial ini menunjukkan hubungan antara manusia dengan
masyarakat adalah tidak terbatas.
Oleh itu, sebarang pendekatan sosiologi cuma boleh memberikan sebahagian huraian tentang manusia dan
masyarakat.
Apa itu KIA2M
KIA2M atau Kelas Intervensi Awal Membaca ialah program yang dirancangkan
khusus untuk membantu murid Tahun Satu menguasai kemahiran asas membaca
dan menulis dalam Bahasa Melayu. Tujuannya adalah memastikan mereka
menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Dari segi perlaksanaannya ,
KIA2M dijalankan secara sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun Satu di
sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan seluruh Negara. Di sekolah
kebangsaan, program ini dijalankan dalam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu,
iaitu 12 waktu. Kemahiran KIA2M juga diterapkan dalam mata pelajaran Seni Visual
dan Pendidikan Muzik yang kedua-duanya diperuntukkan sebanyak dua waktu. Bagi
sekolah Jenis Kebangsaan pula, Sembilan waktu diperuntukkan bagi program ini
dan diajar dalam waktu Bahasa Melayu sahaja. Elemen penting dalam KIA2M ialah:
a) Dilaksanakan untuk murid Tahun 1 di SK dan SJK dlam Bahasa Melayu
b) Semua murid Tahun 1 akan disaring pada bulan April menggunakan
instrument Penapisan KIA2M. Tujuannya untuk mengasingkan murid
mengikut pencapaian tertentu berdasarkan skor yang ditetapkan.
c) Skor 0-9 memerlukan murid dirujuk kepada pegawai perubatan. Jika murid
berkenaan didiapati tiada masalah pembelajaran maka dibenarkan mengikuti
Kelas Pendidikan Khas.
d) Skor 10-44 memerlukan murid mengikuti kelas KIA2M. Manakala murid yang
mendapat skor 45-60 akan ke kelas perdana.
e) Dalam masa tiga bulan mengikuti program ini, murid-murid perlu dimantapkan
dengan kemahiran yang telah ditetapkan.
f) Semua kemahiran adalah menjurus kepada usaha untuk menyediakan murid-
murid menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam subjek Bahasa
Melayu.
g) Kemahiran asas yang digunakan terbahagi kepada dua jenis, iaitu kemahiran
teras dan kemahiran lanjutan.