Nota matematik

21
1.0 Pendahuluan. Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan dan konsep pelajaran yang dipelajari, Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku. Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D, 3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari segi penggunaannya. Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih bijak menggunakan teknologi. Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini. Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan menghadapi praktikum. Oleh itu dengan bimbingan yang diberikan sebelum, semasa dan selepas akan dipraktikkan agar pelajar dapat menguasai ilmu mengajar dengan baik. Posted by nurfadhillah ghazali at 23:53 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Esei Pendek - Penggunaan Resos Dapat Membantu Mengukuhkan dan Menghasilkan PdP yang berkesan

Transcript of Nota matematik

Page 1: Nota matematik

1.0 Pendahuluan. Pembelajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerap berhadapan dengan masalah

murid yang berbeza latar belakar kebolehnya. Sebagai seorang guru, guru perlu bijak memainkan

peranan untuk menentukan pendekatan yang sangat sesuai dengan menggunakan strategi dan

teknik yang sesuai semasa pembelajaran dan pembelajaran dilakukan. Teknik, pendekatan serta

strategi perlu selari dengan kebolehan murid agar murid lebih dapat memahami isi kandungan

dan konsep pelajaran yang dipelajari,

Selain itu, sebagai seorang guru, guru tersebut perlu bijak menggunakan bahan bantu

mengajar atau lebih dikenali sebagai resos semasa pembelajaran dan pengajaran berlaku.

Terdapat beberapa jenis resos yang boleh digunakan. Sebagai contoh resos yang berbentuk 2D,

3D dan maujud. Penggunaan resos ini sangat penting untuk menarik minat murid dan

memudahkan guru untuk mengajar konsep sesuatu pelajaran. Selain itu, resos yang digunakan

perlu bermanfaat dan berpotensi agar resos itu bukan hanya cantik pada rupa tetapi bagus dari

segi penggunaannya.

Bukan itu sahaja, penggunaan multimedia laman sesawang juga boleh digunakan sebagai

resos kerana kini adalah zaman berteknologi dan murid juga lebih bijak menggunakan teknologi.

Oleh itu, guru perlu seiring dengan dunia teknologi yang kian berkembang pada zaman kini.

Microteaching merupakan salah satu cara untuk mempersiapkan diri pelajar ke dunia

ilmu pendidikan yang sebenar. Lebih-lebih lagi pelajar semester 5 yang akan menghadapi

praktikum. Oleh itu dengan bimbingan yang diberikan sebelum, semasa dan selepas akan

dipraktikkan agar pelajar dapat menguasai ilmu mengajar dengan baik.

Posted by nurfadhillah ghazali at 23:53 No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

Esei Pendek - Penggunaan Resos

Dapat Membantu Mengukuhkan

dan Menghasilkan PdP yang

berkesan

Page 2: Nota matematik

2.0 Esei Pendek

Ngui Kuen Sang (1981) menyatakan bahawa kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang

alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran

dalam situasi pengajaran dan pembelajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang

pelajar.

Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada

berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan

pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama ‘alat bantu

mengajar’.

Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari

pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina

hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang

belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam

pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan

membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.

Terdapat beberapa jenis resos yang guru boleh gunakan untuk sesi pembelajaran dan

pembelajaran berjalan. Antara jenis resos yang boleh digunakan adalah Alat bantu mengajar

(resos) mengajar bukan elektronik. Apa yang dikatakan dengan resos bukan elektronik adalah

Papan hitam atau papan tulis, buku teks, papan pamer atau papan buletin, fail tegak dan bahan

bacaan, gambar, kad imbasan dan kad cantuman , carta, grafik, papan pengajaran (yang mudah

alih dan mudah dibawa), model tiga dimensi, boneka atau patong dan diorama (satu rekabentuk

gabungan bahan-bahan nyata, patung dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan

seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi).

Resos bukan elektronik ini sering digunakan kerana resos ini berbentuk maujud dan mudah

dibuat dan murid akan lebih tertarik dengan resos yang berbentuk maujud kerana mereka boleh

Page 3: Nota matematik

pegang sendiri dan merasa sendiri resos tersebut dengan tangan mereka sendiri. Selain itu, cara

membuat resos ini juga perlu kreatif dan pemilihan warna sangat penting seperti kombinasi

warna yang ceria tetapi tidak terlalu serabut.

Selain resos bukan elektronik, terdapat juga resos elektronik yang digunakan semasa sesi

pembelajaran dan pengajaran. Seperti yang sedia maklum, dunia kini kian berpesat dengan

teknologi yang serba canggih. Oleh itu pengetahuan guru tentang teknologi perlu seiiring dengan

peredaran masa. Seseorang guru dikehendaki sekurang-kurangnya mengetahui aplikasi dan

software asas komputer untuk membuat resos berasaskan teknologi. Sebagai contoh Overhead

projektor (OHP), pita slaid (filem slaid), radio, televisyen dan VCR (Video Cassete Recorder),

alat rakaman, filem tayang atau filem jalur dan komputer. Software yang paling mudah dipelajari

adalah software Microsoft. Guru perlu bijak menggunakn perisian tersebut.

Hal ini demikian kerana terdapat banyak aplikasi dalam perisian yang sangat bermanfaat

yang boleh digunakan dalam Microsoft, Apabila menggunakan elektronik , guru boleh

menyelitkan bunyi-bunyian yang menarik untuk mendapat perhatian murid atau video yang

berkaitan dengan pembelajaran agar murid dapat merasakan sesuatu yang baru dalam

pembelajaran seharian.

Bukan itu sahaja, penggunaan resos elektronik memudahkan guru kerana teknologi yang

digunakan hanya dihujung jari sahaja, malah lebih jimat penggunaan kertas dan lebih cepat untuk

dibuat. Selain itu, dengan penggunaan elektronik guru juga boleh menjadikan resos tersebut

sebagai resos yang berinteraktif dimana terdapat interaksi dua hala iaitu murid-murid memberi

maklum balas pada resos yang dicipta oleh guru. Oleh itu, kelas akan menjadi lebih kondusif dan

lebih ceria dengan berlakunya interaksi dua hala di dalam kelas.

Selain daripada resos bukan elektronik dan resos elektronik, terdapat satu lagi jenis resos

yang boleh digunakan oleh guru untuk proses pembelajaran dan pengajaran agar berjalan lebih

Page 4: Nota matematik

lancar dan memberi manfaat. Jenis resos tersebut resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar.

Apa yang dikatakan dengan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar adalah seperti

lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran dan alat sebenar daripada alam sekitar atau

disebut sebagai ‘realia’ iaitu merupakan benda semulajadi. Ia dikelaskan dalam bahan jenis tiga

dimensi dan dibahagi kepada beberapa kumpulan iaitu: benda bukan hidup, benda buatan,

tumbuh-tumbuhan dan benda hidup.

Sebagai contoh, matapelajaran matematik juga memerlukan lakonon sebagai resos iaitu

simulasi penggunaan wang semasa membeli-belah dan sebagainya. Hal ini sangat penting kerana

resos yang seperti ini memerlukan murid untuk terlibat secara keseluruhan dan secara tidak

langsung murid akan lebih memahami kerana mengalami sendiri pengalaman tersebut. Selain itu,

pameran juga boleh dijalankan. Sebagai contoh, guru boleh mengadakan minggu matematik.

Pada minggu itu, pelbagai info tentang matematik boleh diketengahkan sebagai contoh pameran

bentuk-bentuk yang dipelajari dalam matematik, kepelbagaian bacaan ukuran, timbangan dan

panjang.

Penggunaan resos bercorak pengalaman dan bahan sebenar walaupun tidak digunakan secara

berkala kerana resos seperti ini memakan masa sedikit, namun impak dan manfaat yang dapat

diperoleh oleh murid sangat banyak dan memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran

murid tersebut

Aktiviti yang kami telah sediakan juga bersesuaian dengan

kemampuan murid tahun 2 kerana soalan, nota dan kaedah pengajaran

telah kami rujuk daripada Modul Abakus Kementerian Pelajaran Malaysia.

Soalan telah disusun daripada tahap pengenalan sehingga peringkat

pemikiran kompleks. Ini dapat meningkatkan daya kreativiti murid dalam

menyelesaikan masalah menggunakan abakus.

Selain itu, langkah pelaksanaan juga telah dirancang dengan

sebaiknya. Pada permulaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru

Page 5: Nota matematik

perlu menerangkan kepada murid mengenai sejarah dan kepentingan

penggunaan abakus dalam kehidupan harian. Seterusnya, murid akan

diterangkan mengenai nilai tempah dan digit bagi sebarang nombor

menggunakan abakus. Setelah menerangkan cara penggunaan abakus,

murid dibahagiakan dalam kumpulan berempat kerana kami ingin

membawa pendekatan pembelajaran secara kolaboratif. Kemudian, guru

menunjukkan demosntrasi menggunakan abakus melibatkan 2 hingga 3

nombor.

Selain itu, dalam pembelajaran kolaboratif, guru berfungsi sebagai

pemudahcara iaitu membantu dan memantau aktiviti murid. Berdasarkan

aktiviti yang kami telah hasilkan, murid perlu berbincang dalam kumpulan

bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian mereka perlu

membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas bersama demonstrasi

penggunaan abakus. Melalui aktiviti ini, semua murid akan terlibat secara

langsung dalam kelas hasil pembentangan rakan-rakan mereka.

Penggunaan abacus perlu diterapkan dalam diri murid kerana melalui

abakus murid dapat memahami konsep operasi dengan lebih baik.

Penggunaan dekak-dekak yang efisien membolehkan murid-murid

membezakan nilai tempat tersebut dengan senang. Murid juga boleh

membanding-beza yang mana satu nilai yang lebih besar dan lebih kecil.

Bukan itu sahaja, murid juga dapat menggunakan dekak-dekak ini untuk

menambah atau menolak nombor. Guru perlu menyediakan manic atau

polysterene yang digunakan untuk dimasukan dalam palang dengan dua

atau tiga warna yang berbeza. Hal ini demikian kerana untuk membezakan

setiap nilai nombor. Secara tidak langsung pengguna warna yang pelbagai

menyenangkan murid untuk membezakan dan dapat menarik minat murid

untuk menumpukan dengan penuh perhatian.

Selain itu, dekak-dekak ini amat mudah dibawa oleh guru kerana

ringan dan boleh dibuat mengikut saiz yang dikehendaki. Selain itu, cara

Page 6: Nota matematik

pembuatannya juga mudah dan senang. Jika saiz yang ingin dibuat oleh itu

banyak dekak-dekak yang boleh dicipta, oleh itu guru boleh menggunakan

kaedah kooperatif tetapi dalam jumlah murid yang sedikit. Hal ini demikian

kerana, jika jumlah murid yang sikit dalam sesuatu kumpulan, setiap murid

berpeluang untuk merasai pengalaman sendiri menggunakan dekak-dekak

tersebut.

Bukan itu sahaja, penggunaan dekak-dekak ini boleh dipelbagaikan

mengikut kreativiti guru yang mengajar. Penggunaan dekak-dekak ini

hampir sama dengan penggunaan abakus atau lebih dikenali sebagai

sempoa. Inovasi cara penggunaan boleh digunakan untuk mendapatkan

hasil yang lebih baik dan lebih kreatif agar mendapat cara baru untuk

mengajar murid-murid di sekolah.

Bukan itu sahaja, kini di sekolah-sekolah juga telah menyediakan

jumlah dekak-dekak yang banyak kerana fungsi penggunaan dekak-dekak

telah terbukti keberkesananya dalam subjek matematik. Bukan itu sahaja,

tugas juga juga kian mudah kerana dekak-dekak yang tersedia boleh

digunakan pada bila-bila masa. Penggunaan dekak-dekak juga boleh

digunakan tanpa pengawasan guru secara terperinci kerana, dekak-dekak

tidak membahayakan murid-murid. Dekak-dekak merupakan satu alat yang

selamat digunakan untuk semua lapisan umur.

Pembelajaran dan pengajaran menggunakanbahan bantu belajar

memudahkan murid-murid memahami konsep penambahan Bahan-bahan

yang dapat dipegang dandilihat membolehkan murid-murid melakukan

aktiviti. Seterusnya, mereka dapat mengaplikasikannya dalam pengiraan,

tanpa menggunakan bahan-bahan tersebut.

Zoltan P. Dienes (1916)teori-teori pembelajarannya meninggalkan

kesan yang mendalam kepada bidang pendidikan matematik. Nama Dienes

sinonim dengan blok Multi-asas (juga dikenalisebagai blok Dienes) yang

Page 7: Nota matematik

dihasilkan untuk pengajaran nilai tempat. Pencipta bahan Aljabar dan blok

logik, yang menggunakan kontemporari bahan manipulasi

dalampengajaran matematik. Nilai tempat Dienes adalah unik dalam bidang

pendidikan matematik kerana terdapat teori-teori tentang bagaimana

struktur matematik boleh diajar. Gred awal menggunakan penjelmaan

pelbagai melalui manipulatif, permainan, cerita dan tarian.

Resos lain dalam matematik yang sering digunakan adalah Blok

Dienes. Blok dienes adalah salah satu alat bantuan yang boleh digunakan

untuk memantapkan lagi konsep penambahan, penolakan, darab, mahupun

bahagi. Alat bantuan ini cukup berkesan untuk pelajar sekolah rendah,

murid-murid boleh bereksperimen dan mencari sendiri konsep yang perlu

dikuasai, sehingga belajar menjadi lebih menyenangkan bagi kanak-kanak.

Pada umumnya adalah alatan ini mempunyai jumlah yang banyak di

sekolah oleh itu, tidak semua pelajar dapat menggunakannya dengan

selesa.

Blok Dienes adalah alat manipulatif digunakan oleh pelajar untuk

belajar konsep-konsep asas matematik Penambahan, Penolakan, Rasa

nombor, Nilai tempat, Mengira. Pelajar boleh memanipulasi blok dalam cara

yangberbeza untuk menyatakan nombor dan corak. Blok 3-

dimensi an dibuat bahan-bahan yang terpakai dan sebagainya.

Blok dienes apabila digunakan dengan berkesan, murid dapat

membezakan kumpulan nilai tempat seperti jika nilai tempat sa, terdapat

sebuah kiub, mankala jila nilai tempat pu, kiub yang terhasil adalah 10 kiub

dan berbrcantum serta bentuknya menegak, jika nilai tempat ra, terdapat 10

kali ganda kiub pu iaitu 100 kiub. Oleh itu, jika murid sudah dapat

mengenal pasti dengan jelas, murid akan lebih senang untuk menjalankan

pergiraan.

Page 8: Nota matematik

Selain itu untuk pengajaran dalam matematik, popular dalam

pengajaran matematiksekolah rendah. Guru boleh menggunakan di dalam

bilik darjah dan guru-guru sebagai konsep model. Bukan itu sahaja, murid-

murid dapat mengukuhkan kefahaman merekasendiri tentang konsep

matematik yang ingin dipelajarinya. Selain itu, murid-murid apabila

menggunakan blok dienes, mereka berpeluang untuk memanipulasi objek -

satu teknik penting dalampembelajaran prinsip-prinsip asas

matematik,terutama di peringkat awal perkembangan kognitif. Kajian telah

menunjukkan bahawa penggunaanalat manipulatif berkurangan semasa

merekabergerak kepada pembelajaran tinggi. Oleh itu, Dalam aktiviti ini

pelajar menggunakan Dienesblok menunjukkan pemahaman nilai tempat.

Mereka "membina" dan membaca nombor disamping menjadi lebih biasa

dengan istilah lebih besar, lebih kecil, kurang daripada,lebihbesar daripada

yang paling dekat nilai,digit tempat.

Posted by nurfadhillah ghazali at 22:00 No comments:

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

3.0 Membina Resos - DEKAK-

DEKAK

3.0 PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN RESOS

Page 11: Nota matematik

Rajah 3.1.3 : Tiang Dekak-Dekak dipacak pada tapak

Kemudian, mencipta buah dekak-dekak. Ianya diperbuat daripada

polisterin dan boleh direka dalam pelbagai bentuk bagi tujuan menarik

perhatian murid-murid, tetapi bentuk kesemua bentuk buah tersebut

mestilah selaras. Jika bentuk segi empat yang dipilih, maka kesemua buah

tersebut mestilah berbentuk segi empat. Di bahagian tengah pula, ianya

ditebuk sebesar saiz batang paip yang digunakan untuk dijadikan tiang

bagi tujuan untuk memasukkan buah tersebut ke dalam tiang. Buah

tersebut digunakan untuk mewakili nilai bagi setiap rumah. Contohnya,

232. Ini bermakna, dua buah akan dimasukkan ke rumah sa, tiga buah ke

dalam rumah puluh dan dua buah ke dalam rumah ratus.

Page 13: Nota matematik

Rajah 3.1.5 : Buah yang dimasukkan ke dalam tiang

Rumah bagi sa, puluh, ratus dan juga ribu perlulah dilabelkan untuk

mengelakkan kekeliruan semasa membuat operasi tambah. Selain daripada

dilabelkan, ianya juga mengikut warna tiang untuk menjadikannya

seragam.

Page 15: Nota matematik

Rajah 3.1.7 : Label rumah dan warna tiang adalah seragam

3.2 Contoh Penggunaan Dekak-Dekak untuk Operasi Tambah

Page 16: Nota matematik

Sebelum kita memembincangkan dengan lebih jauh mengenai isu penggunaan resos ini marilah kita terlebih dahulu mengungkap maksud ataupun takrif-takrif yang telah diberikan kepada resos ini.Resos merupakan bahan–bahan yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya menjadi lebih berkesan dan menarik. Atan Long (1982) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai „alat

Page 17: Nota matematik

bantu mengajar‟. Umumnya, resos boleh dianggap sebagai sebarang bahan-bahan, objek, kelengkapan, model, rekaan, alat, gambar, carta, penerbitan atau sebarang kemudahan yang dapat menolong menambah atau memudahkan pembelajaran matematik. Resos boleh merujuk kepada segala benda dalam persekitaran luar pelajaran. Ini bermaksud resos merujuk kepada set „benda‟ yang boleh digunakan untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran matematik serta meningkatkan pemikiran matematik pelajar. Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak berapa menarik minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera terutama sekali dalam pembelajaran matapelajaran Matematik. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian.Menurut teori Konstruktivisme pula pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Ini menunjukkan bahawa perlunya ada objek atau bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan untuk menyokong sesi pembelajaran. Resos memain peranan serta banyak membantu dalam proses pengajaran. Resos mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan oleh guru untuk membuat pengajaran di dalam kelas. Matematik banyak melibatkan idea-idea abstrak lebih daripada objek. Implikasinya bahan resos jarang digunakan secara optimum seperti yang diharapkan. Sesuatu makna atau konsep abstrak tidak semuanya dapat ditafsir dan diterangkan melalui pengajaran langsung iaitu dengan menggunakan perkataan sahaja. Kebiasaannya, apabila seorang guru gagal menerangkan konsep matematik kepada murid secara berlisan, dia seharusnya mencari jalan inisiatif lain untuk mencapai matlamat tersebut. Di sinilah pentingnya penggunaan resos dalam pengajaran matematik. Salah satu daripada fungsi resos adalah untuk membantu murid menemui konsep, prinsip dan kemahiran matematik. Kemahiran metematik merujuk kepada keupayaan seperti menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan mengaplikasikan penaakulan matematik serta menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia fizikal. Selain itu, resos juga berfungsi sebagai kaedah untuk mempelbagaikan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru sekolah rendah digalakkan mempelbagaikan kaedah

Page 18: Nota matematik

mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan satu aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini bagi memastikan segala bahan resos yang digunakan oleh guru mahupun pelajar dapat membawa manfaat dan kelebihan kepada kedua-dua pihak. Dengan penggunaan resos yang menarik dan sesuai, murid akan lebih berminat dan seronok untuk lebih memahami matematik. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid, bahan resos yang digunakan harus disediakan ciri fizikal yang sesuai seperti saiz yang tidak terlalu besar dan jelas. Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu diambil kira. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan. Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpanan maklumat. Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Seorang guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta pemikiran matematik murid-murid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid- murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam pelbagi bentuk seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.

Page 19: Nota matematik

Carta Grafik Bahan Bantu Mengajar

Bagaimana resos tersebut dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :

Page 20: Nota matematik

1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. 2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya. 3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar -pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. 4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai. 5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. 6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar. 7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela. Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria. Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya. Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman, 1997 m.s.18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan positif seperti; 1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. 2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. 3. Membantu mencapai objektif pengajaran.

Page 21: Nota matematik

4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan pelajaran. b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran. c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan. d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar. e. Menjimatkan masa pengajar. f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar. Justeru, tidak syak lagi bahawa penggunaan resos dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dapat memberikan banyak menafaat di samping dapat mengukuh dan menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan. Mari kita lihat pula kepada beberapa contoh bahan – bahan resos yang sering digunapakai di dalam kurikulum pendidikan Matematik sekolah rendah. Secara umumnya terdapat banyak bahan resos seperti Blok Dienes, Dekak-dekak, Jalur Nombor, Kit Pecahan, Domino Pecahan, Papan Perpuluhan, Carta Nilai Tempat, Petak Seratus, Papan Geometri, Model Peratus, Grid Peratus, Bekas Air Bersenggat dan banyak lagi. Semuanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu membantu meningkatkan pemahaman murid-murid dan bagi meyokong lagi pengajaran para guru.