Nota Memelihara Ikan Hiasan

5
TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN Ikan hiasan dipelihara bertujuan untuk : a) Mencantikkan ruang di dalam atau di luar rumah. b) Dapat member ketenangan kepada penggemarnya. c) Memupuk perasaan cinta akan haiwan peliharaan dan alam akuatik. d) Menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan MENGENAL CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN a) Warna b) Sisik c) Bentuk badan d) Sirip e) Cara pemakanan f) Cara pembiakan g) Pergerakan h) Jantina MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA 1. Ikan hiasan yang dipelihara sebagai hobi tentulah memiliki ciri- ciri yang dapat memikat hati terutama dari segi warna dan bentuk ikan. 2. Lebih menarik lagi sekiranya ikan itu dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi oleh pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup. 3. Ikan yang dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semulajadi kerana ikan liar sukar untuk menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan seperti akuarium. 4. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu ekosistem akuarium. Contohnya, ikan pemangsa harus dipelihara di dalam akuarium yang mengandungi ikan jenis itu sahaja kerana ikan pemangsa akan memburu dan memakan ikan-ikan kecil yang lain yang di letakkan di dalam akuarium yang sama. 5. Ikan yang jinak sesuai dipelihara di dalam akuarium dan boleh dibeli dari kedai hiasan atau dibiakkan sendiri. 6. Ikan hiasan yang ingin dipelihara juga mestilah adapt bertahan dengan perubahan mutu air dan tahan daripada serangan penyakit.

description

Nota Memelihara Ikan Hiasan

Transcript of Nota Memelihara Ikan Hiasan

Page 1: Nota  Memelihara Ikan Hiasan

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Ikan hiasan dipelihara bertujuan untuk :

a) Mencantikkan ruang di dalam atau di luar rumah.b) Dapat member ketenangan kepada penggemarnya.c) Memupuk perasaan cinta akan haiwan peliharaan dan alam akuatik.d) Menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan

MENGENAL CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

a) Warnab) Sisikc) Bentuk badand) Siripe) Cara pemakananf) Cara pembiakang) Pergerakanh) Jantina

MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA

1. Ikan hiasan yang dipelihara sebagai hobi tentulah memiliki ciri-ciri yang dapat memikat hati terutama dari segi warna dan bentuk ikan.

2. Lebih menarik lagi sekiranya ikan itu dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi oleh pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup.

3. Ikan yang dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang ditangkap dari habitat semulajadi kerana ikan liar sukar untuk menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan seperti akuarium.

4. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu ekosistem akuarium. Contohnya, ikan pemangsa harus dipelihara di dalam akuarium yang mengandungi ikan jenis itu sahaja kerana ikan pemangsa akan memburu dan memakan ikan-ikan kecil yang lain yang di letakkan di dalam akuarium yang sama.

5. Ikan yang jinak sesuai dipelihara di dalam akuarium dan boleh dibeli dari kedai hiasan atau dibiakkan sendiri.

6. Ikan hiasan yang ingin dipelihara juga mestilah adapt bertahan dengan perubahan mutu air dan tahan daripada serangan penyakit.

Page 2: Nota  Memelihara Ikan Hiasan

MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORI

1. Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca.

2. Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki lebar kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar sehingga 16inci hingga 18 inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk tumbesaran ikan tersebut.

3. Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. 4. Sudut yang sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan

perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber elektrik dan air yang cukup.

5. Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir, tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi.

6. Pam air terbahagi kepada dua iaitu A. AC pumper dan B. AC/DC self charging - air pump yang dikawal sendiri.

7. Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting kerana dapat memberi suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan hiasan.

MENYEDIAKAN DAN MENGHIAS AKURIUM

1. Kecantikan dan keindahan sesebuah akurium terletak pada kreativiti dan keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut.

2. Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti tangki, cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium.

3. Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai, pasir halus, dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.

MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM

1. Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan hiasan yang telah dikenalpasti ke dalam akuarium tersebut.

2. Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah seperti yang berikut :a) Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium.b) Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Ini bertujuan untuk menyamakan suhu

air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di dalam akuarium.c) Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik.d) Selepas 30 minit, buka bekas plastik yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan ikan itu keluar

dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.   

Page 3: Nota  Memelihara Ikan Hiasan

ANTARA PENYAKIT YANG SERING MENJANGKITI IKAN HIASAN

1. Jangkitan kulata) Jangkitan kulat berpunca daripada kesan luka pada bahagian anggota badan ikan yang tidak

dirawat.b) Hal ini akan menyebabkan pertumbuhan kulat pada bahagian tersebut.c) Antara bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut, dan badan yang terdapat luka.d) Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka.e) Cara merawatnya ialah mencampurkan larutan metilena biru ke dalam air atau disapukan

secara terus pada luka yang dijangkiti kulat tersebut.f) Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan daripada ikan yang sihat untuk mengelakkan

jangkitan.

2. Jangkitan bakteriaa) Jangkitan bakteria boleh disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak

sesuai, atau ikan mengalami tekanan.b) Tanda yang biasa dialami oleh ikan yang dijangkiti penyakit ini adalah seperti warna ikan

berubah menjadi pudar, sisiknya mengembang, atau perutnya menjadi buncit.c) Cara merawatnya adalah dengan menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal

ubat tempatan dengan bimbingan dan nasihat dari pegawai perikanan.

3. Penyakit bintik putiha) Penyakit ini berpunca daripada parasit yang melekat pada sisiknya disebabkan keadaan

suhu air yang terlalu sejuk.b) Cara merawatnya ialah memindahkan ikan itu ke dalam tangki lain dan mencampurkan

larutan metilena biru dan sedikit garam biasa ke dalam air tersebut.c) Selain itu, terdapat juga ubat khas bagi penyakit ini yang boleh didapati dari kedai

akuarium.

MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM

1. Tumbuhan akuatik yang diletakkan di dalam akuarium sering dijadikan sebagai perhiasan.2. Tumbuhan akuatik perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana :

a) Bertindak sebagai agen pembersih yang menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan daripada perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan.

b) Sebaliknya, bahan perkumuhan ikan dan sisa makananikan tersebut akan bertindak sebagai baja yang menyuburkan tumbuhan akuatik tersebut dengan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium.

c) Membekalkan oksigen kepada ikan di dalam akuarium hasil daripada proses fotosintesis yang dijalankan.

d) Gas oksigen ini digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.e) Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan perlindungan ikan kecil daripada musuh dan

sebagai tempat berehat.f) Menjadi sumber makanan bagi ikan jenis herbivor.

 

Page 4: Nota  Memelihara Ikan Hiasan

KEPERLUAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM AKUARIUM KARBON DIOKSIDA

1. Semua tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana manusia memerlukan oksigen untuk bernafas.

2. Gas karbon dioksida penting untuk dibekalkan kepada tumbuhan bagi menjamin pertumbuhan tumbuha akuatik yang baik.

3. Gas karbon dioksida khas bagi tujuan ini boleh didapati di kedai akuarium.4. Namun begitu, sekiranya gas karbon dioksida khas tidak dibekalkan, tumbuhan itu masih boleh

terus hidup dengan gas karbon dioksida yang terhasil daripada pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

BAJAa) Tumbuhan akuatik memerlukan baja sebagai agen yang membekalkan zat-zat mineral yang

diperlukan.b) Baja yang boleh digunakan ialah baja yang dibeli dalam pasaran mengikut kaedah yang

dicadangkan dan ditambah dengan baja yang berbentuk cecair atau biji.

CAHAYAa) Cahaya merupakan salah satu daripada unsur yang diperlukan dalam proses fotosintesis.b) Pastikan tangki akuarium dipasangkan dengan lampu yang dinyalakan selama 10hingga 12 jam

setiap hari